NAMA: NAVINA KUMARAN
ANGKA GILIRAN: 2022182310061
NO.K/P: 040308080446
UNIT: BAHASA MELAYU 3
NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN: SISTEM EJAAN RUMI
NAMA PENSYARAH: EN. MOHAMMAD YAZI BIN KERYA
SISTEM EJAAN RUMI
Menjelang awal abad ke-20, keperluan kepada sistem ejaan rumi menjadi amat penting
berikutan ejaan Jawi tidak dapat menjelaskan sistem bunyi bahasa Melayu yang
sepatutnya bagi mereka yang tidak faham akan apa yang sedang disampaikan. Tambahan
pula, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidkan negara.
Lantaran itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang teratur dan seragam serta lebih
mudah difahami bagi menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.
SEBELUM MERDEKA
Pada tahun 1902, kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) telah mengambil langkah saujana R.J. WILKINSON
untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang dipimpin oleh R.J. Wilkinson. Hal ini kerana pihak atasan telah
menyedari hakikat bahawa keseragaman ejaan amat penting. Oleh itu, perancangan ejaan yang pertama telah
dimulakan di Tanah Melayu pada tahun 1902. Sistem ejaan rumi Wilkinson yang diterapkan secara meluas di semua
sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang diterapkan dalam semua kamus termasuklah penerbitan
dari karya Wilkinson dari tahun 1901 hingga 1940-an.Wilkinson telah menjelaskan bahawa terdapat dua sistem yang
logis bagi perumian bahasa Melayu iaitu perumian secara harafiah berdasarkan ejaan dan perumian secara fonetik
berdasarkan sebutan sesuatu kata perkataan.
Jika ditelitikan dengan lebih mendalam, kaedah harafiah merujuk kepada pengambilan huruf-huruf Jawi
yang menghasilkan sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima manakala
kaedah fonetik pula menggambarkan huruf-huruf secara sebutan atau lafaz. Walaubagaimanapun, kaedah ini memiliki
kebaikan dan keburukannya tersendiri. Antara kebaikannya adalah dapat menjurus kepada keseragaman dengan
maksud manakala keburukannya pula vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal
Melayu.
SISTEM EJAAN ZA’BA
Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba telah melakukan
penambahbaikan kepada sistem ejaan Wilkinson. Sistem ejaan ini telah dimulakan di
Maktab Perguruan Sultan Idris. Senarai buku yang ditulis oleh Za’ba adalah seperti ilmu
Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941) dan Daftar Ejaan
Melayu ( Jawi-Rumi ) (1949) yang berjudul Petua-petua Ejaan Rumi. Walaubagaimanapun
terdapat pembaharuan dalam ejaan Za’ba adalah seperti membahagikan huruf-huruf
bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi merupakan vokal yang
terdiri daripada enam abjad iaitu a,e (pepet), e(taling), i, o, dan u. Huruf benar
merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
Sistem ejaan ini juga memiliki kekurangannya tersendiri. Antaranya ialah
salah satu sistem yang agak sukar kerana mempunyai pengejaan kata yang masih menurut
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson dan penggunaan pelbagai ragam lambang huruf telah
menyebabkan ketidaksamaan pengejaan kata dalam penulisan yang melibatkan penggunaan
tulisan Rumi
SISTEM EJAAN FAJAR ASIA
Sistem Ejaan Rumi Za’ba menghadapi kesukaran kerana masih terdapat pengejaan kata
yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem
terutamanya dari aspek cara penggunaan yang beragam-ragam telah mendorong kepada Sistem Ejaan
Fajar Asia. Sistem Ejaan Fajar Asia merupakan kaedah ejaan yang digunakan dalam majalah dwimingguan
Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1943 di bawah pimpinan daripada Zainal Abidin bin
Ahmad sebagai ketua pengarang.
Dari aspek pengejaan kata dan cara penulisan keharmonian vocal. Sistem Ejaan Fajar Asia
adalah percubaan pertama dalam iniasitif menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi
bahasa bahasa Indonesia. Sistem Ejaan Fajar Asia juga dijadikan sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan
Sasterawan 50.
Sistem Ejaan Rumi Kongres
Sistem Ejaan Rumi Kongres merupakan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang
dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Terdapat 4 dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antarannya ialah ejaan di
Malaya dan Indonesia hendaklah disatukan dan disamakan. Selain itu, peraturan ejaan
hendaklah mudah difahami, maka sistem fonologi diterima sebagai sistem yang baik
daripada sistem fonetik dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda
sahaja. Seterusnya, pengejaan hendaklah tetap sekata bersandarkan kaedah yang satu dan
sama. Akhir sekali, kata- kata daripada bahasa asing haruslah disusunkan pengejaanya
dengan hukum-hukum berdasarkan fonologi Melayu.
SELEPAS MERDEKA
SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)
Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
merupakan satu sistem ejaan rumi yang digunakan dalam Jurnal Bahasa Melayu yang
diterbitkan oleh PBMUM pada 1959. Sistem ejaan Rumi ini merupakan satu tindakan iniasitif
untuk percubaan melanjutkan ke arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem ejaan ini hamper menyerupai dengan
sistem ejaan Fajar Asia.
Pada tahun 1956, PBMUM telah mengusulkan tentang sistem ejaan PBMUM dalam
Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu yang ke-III. Antara cadangan yang dikemukakan oleh
PBMUM dalam kongres tersebut ialah menolak penggunaan huruf-huruf kembar dan perlu
digantikan dengan fonem lain. Misalnya sh digantikan dengan x dan tidak ada perbezaan antara
fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’.
SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN MALINDO)
Sistem Kongres dan sistem ejaan PBMUM yang tidak mencapai
matlamat dalam menyeragamkan tulisan kerana wujud sifat yang terlalu idealistik
dari sudut linguistik yang menyebabkan sistem ini sukar diamalkan. Oleh itu, satu
usaha dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi antara kedua-dua negara jiran iaitu
Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan. Selain itu, wujud satu pertemuan antara
jawatankuasa Persekutuan Ejaan Rumi Tanah Melayu dengan Panitia Kerjasama
Bahasa Melayu – Bahasa Indonesia Ketika perjanjian persahabatan yang dimeterai
pada tahun 1959. Pertemuan ini telah digagaskan MALINDO ini mengandungi
maklumat tentang fonem vokal, diftong, konsanan dan kaedah penulisan.
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia adalah
kemuncak kepada segala kegiatan penyempurnaan kepada semua sistem ejaan. Sistem ejaan
ini dilancarkan oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 1972 di
Dewan Bahasa dan Pustaka. Sistem ejaan ini dirasmikan serentak di Malaysia dan
Indonesia. Sistem ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama yang
digunakan sehingga kini di Malaysia. Antara ciri-ciri Sistem Ejaan Rumi 1972 ialah terdapat
beberapajenis huruf dalam bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong atau huruf konsanan.
Selain itu, wujudnya sistem keselaras.an huruf vocal. Seterusnya, penulisan kata bahasa
Melayu seperti rangkai kata serta penggunaan tanda baca. Akhir sekali, penulisan partikel
seperti lah, kah dan tah yang dieja berangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.
PERANAN DEWAN
BAHASA DAN
PUSTAKA (DBP)
DALAM
MENYERAGAMKAN
BAHASA MELAYU
1. Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berperanan dalam melahirkan
bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa
Melayu. DBP giat menjalankan pelbagai program seperti Minggu Penulis Remaja
agar melahirkan penulis muda dalam kalangan masyarakat Malaysia
terutamanya golongan remaja pada masa depan. Bukan itu sahaja, DBP
menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakan sasterawan-
sasterawan menceburi bidang ini.
2. Berperanan dalam menerbitkan buku-buku, risalah, dan sebagainya dalam bahasa kebangsaan
Pihak DBP merupakan sebuah badan organisasi yang amat penting dalam industri
percetakan dan penerbitan bahan bacaan kerana ia adalah salah satu organisasi penerbitan yang
terbesar di Malaysia. Pihak DBP juga mencetak an menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah
seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang amat penting begi golongan
pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Jelaslah bahawa, DBP memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan insan yang bermutu serta memberikan kesan positif dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan percetakan Negara.
3. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam semua bidang
Bahasa Melayu haruslah dijadikan sebagai bahasa pertuturan kita dengan
menggunakannya dalam bidang pentadbiran, bidang pengajian tinggi dan sebagainya.
Setiap individu di Malaysia haruslah mengutamakan bahasa Melayu kerana bahasa
Melayu merupakan bahasa utama negara kita dan pernah menjadi bahasa lingua franca
suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh
golongan pedagang di nusantara. Hal ini telah menyebabkan bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa perpaduan negara kita.
CABARAN
SISTEM EJAAN
RUMI MASA
DEPAN
1. Penggunaan bahasa rojak secara berleluasa
Cabaran yang pertama adalah penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dalam
kalangan masyarakat Malaysia terutamnya golongan remaja. Bahasa rojak adalah suatu jenis
penulisan atau percakapan di Malaysia yang didefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa dalam
satu pertuturan. Antara contoh yang dapat dikemukakan ialah seperti di bawah:
i. I pasti tak dapat siapkan homework itu. (Saya pasti tidak dapat menyiapkan kerja rumah itu)
ii. Baby itu sangat cute lah ! (Bayi itu sangat comel ! )
Jelaslah bahawa, penggunaan bahasa rojak mampu mempengaruhi keaslian bahasa
Melayu kerana mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot serta menjejaskan keberkesanan
komunikasi dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga akan dipandang rendah oleh
rakyat negara lain yang mampu menjejaskan imej negara kita.
2. Penggunaan bahasa slanga dalam pertuturan seharian
Cabaran kedua adalah penggunaan bahasa slanga yang juga semakin meluas dalam
kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja. Bahasa slanga bermaksud
penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap sebagai
standard dalam sesuatu bahasa. Antara contoh penggunaan bahasa slanga telah dikemukakan
seperti di bawah:
i. kucen aq dak sihat ( kucing aku tidak sihat )
ii. tak tau lah smlm besa je ( tidak tahulah semalam biasa sahaja )
Jelaslah bahawa, penggunaan bahasa slanga dalam pertuturan seharian
seseorang individu mampu menjejaskan keaslian bahasa Melayu itu sendiri. Selain itu,
penggunaan bahasa slanga juga menjejaskan kemahiran berbahasa dalam kalangan penutur
muda kerana mereka beranggapan bahawa bahasa slanga yang dihasilkan memiliki ragam
bahasa yang tersendiri kerana kebanyakkan rakyat turut menggunakannya. Perkara ini juga
mampu menjejaskan taraf bahasa Melayu di persada dunia.
3. Penggunaan singkatan dalam komunikasi seharian
Bahasa merupakan medium yang digunakan ketika berkomunikasi. Oleh itu,
bahasa Melayu formal dan standard haruslah digunakan dalam pertuturan seharian agar
melahirkan generasi yang mahir dari segi berbahasa. Penggunaan singakatan juga salah
satu cabaran yang akan dihadapi pada masa depan. Antara contoh bahasa singkatan yang
digunakan adalah seperti di bawah:
i. Tak gi ( tak pergi)
ii. Pastu nape ( selepas itu kenapa)
Jelaslah bahawa, penggunaan singkatan kemungkinan besar mempengaruhi
percakapan seseorang individu serta menjejaskan mutu bahasa Melayu. Bahasa Melayu
juga dipandang rendah serta menjejaskan darjat sesebuah bahasa.
RUMUSAN
Kesimpulannya, kita mestilah menghargai tulisan Rumi ini sebagai khazanah negara
agar standing dengan tulisan-tulisan dunia yang lain. Sebagai seorang rakyat
Malaysia, kita seharusnya berganding bahu mengkaji bahasa dan tulisan agar tidak
dipinggirkan. Tambahan pula, bahasa Melayu kini terpaksa menghadapi pelbagai isu
dan cabaran dalam era globalisasi ini. Oleh itu, semua pihak mestilah bersama-
sama memikul tanggungjawab untuk meningkaykan kegemilangan bahasa Melayu
yang pernah dikecapi suatu masa dahulu.