The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by k.navinaaa, 2024-03-16 21:00:19

FLIPBOOK 2 (2)

FLIPBOOK 2 (2)

Bmmb 3203 Morfologi bahasa Melayu “bacalah sayang” I S U K E S A L A H A N K A T A D A R I S U D U T M O R F O L O G I D A L A M P E L B A G A I S U M B E R


I S I K A N D U N G A N Pengenalan Media Cetak Media Elektronik Hak Asasi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan Manual penggunaan


M A N U A L P E N G G U N A A N Sila tekan link di bawah: https://anyflip.com/letlr/mejc/ tekan di bawah ke muka surat seterusnya “ zoom in ” untuk pembacaan yang lebih jelas


P E N G E N A L A N Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam masyarakat untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Kelestarian bahasa bergantung kepada pengguna bahasa bukan sahaja penggunaan secara meluas tetapi melalui penggunaan tatabahasa, ejaan dan cara sebutan yang betul ISU Pelbagai isu menjadi pokok persoalan dalam kalangan pengguna bahasa pada masa kini. Terdapat isu morfologi dari segi ejaan dan pemilihan perkataan yang salah dalam media cetak, media elektronik dan sebagainya. Dalam komunikasi lisan pula, berlaku isu penggunaan perkataan yang salah dari segi sebutan, kata tugas, istilah dan pemilihan diksi atau perkataan yang salah bagi laras bahasa tertentu.


media cetak Alat atau saluran komunikasi yang merupakan bahan cetakan atau terbitan seperti surat khabar, majalah dan sebagainya. Contoh bahan media cetak:


Kata sendi nama “di” ditulis dekat ketika disambung dengan kata kerja. Contohyna: ditulis, dimakan, dikejar Kata sendi nama “di” dijarakkan ketika disambung dengan kata selain daripada kata kerja seperti kata nama, kata arah dan kata sendi nama. Contohnya: di kolam, di sana, di dalam K E SALAHAN DAR I S E G I P E N G G U NAAN KATA S E N D I NA M A d i k o l a m d i k o l a m


Kesalahan hukum bahasa yang dikenali di sini ialah hukum D-M Hukum D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Oleh itu, unsur yang diterangkan ialah unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama diikuti unsur penerang (Kamus Tatabahasa Dewan,2015) Penggunaan unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M seperti dalam gambar ini adalah salah dan tidak diterima iaitu goreng pisang. Penggunaan yang betul ialah pisang goreng iaitu pisang (unsur inti frasa nama) dan goreng (unsur penerang). K E SALAHAN DAR I S E G I P E N G G U NAAN H U K U M D - M g o r e n g p i s a n g p i s a n g g o r e n g


b u ff e t b u f e t R a m a d h a n R a m a d a n Berdasarkan gambar di atas, terdapat dua kesalahan ejaan. Pertama ialah buffet. Perkataan buffet ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Satu huruf ‘f’ perlu digugurkan. Jadi, ejaan yang betul ialah bufet. Kedua ialah ramadhan. Perkataan ramadhan ialah kata pinjaman daripada bahasa Arab. Pengaruh sebutan bahasa Arab telah menyebabkan perkataan ini dieja dengan salah. Dalam sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi “dh” diejakan dengan “d” Jadi, ejaan yang betul ialah ramadan K E SALAHAN DAR I S E G I P E N G G U NAAN E JAAN


Alat atau saluran komunikasi yang menggunakan alat-alat elektronik moden seperti radio, televisyen, telefon bimbit dan sebagainya media elektronik Contoh bahan media elektronik:


Berdasarkan gambar di atas, terdapat satu kesalahan ejaan. Perkataan tersebut ialah redha. Perkataan redha ialah kata pinjaman daripada bahasa Arab. Pengaruh sebutan bahasa Arab telah menyebabkan perkataan ini dieja dengan salah. Dalam sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai “dh” diejakan dengan “d” Jadi, ejaan yang betul ialah reda. r e d h a r e d a


t e m u d u g a t e m u d u g a Berdasarkan gambar di atas, terdapat satu kesalahan dari segi tatabahasa. Perkataan tersebut ialah temuduga. Perkataan temuduga merupakan kata majmuk yang harus dijarakkan kerana tidak tersenarai dalam kata majmuk mantap. Jadi, perkataan tersebut perlu ditulis berasingan iaitu temu duga.


hak asasi menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan Hak yang dimiliki seseorang dan kebebasan yang layak dipunyai setiap insan yang bergelar manusia Pendidikan bahasa berperanan mengembangkan potensi berbahasa agar individu dapat menjalankan kehidupan sebagai manusia yang mampu melaksanakan tanggungjawab. Penggunaan bahasa yang betul dalam pendidikan melahirkan individu yang dapat menyampaikan perasaan, idea dan sebagainya.


Menurut Ainnasliza (2011), dialek merupakan suatu bentuk bahasa yang dituturkan di kawasan atau di daerah tertentu serta memperlihatkan perbezaan yang memadai dengan bentuk baku atau bentuk persuratan bahasa tersebut dari segi sebutan dan binaan tatabahasa. dialek


d e g h o y a n d u r i a n Ejaan deghoyan tidak wujud di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat Perkataan tersebut merupakan perkataan berbentuk dialek yang wujud dan digunakan oleh masyarakat di Perak yang membawa maksud “buah durian ” Perkataan yang sebenarnya ialah durian.


B a k a q B a k a r Ejaan Bakaq tidak wujud di dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Perkataan berbentuk dialek tersebut wujud dan digunakan oleh masyarakat di utara yang membawa maksud bakar. Ejaan yang sebenarnya ialah bakar.


pencampuran kod Pencampuran kod adalah satu keadaan di mana penutur berbicara menggunakan dua kata atau lebih bahasa dama ada bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil ataupun menggunakan dialek Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa basahannya di mana seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti.


Berdasarkan gambar di atas, pengirim telah mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penggunaan ayat Perkataan bahasa Inggeris yang terdapat dalam rajah tersebut ialah “i” dan “dinner” Perkataan bahasa Inggeris tersebut sepatutnya digunakan dengan perkataan bahasa Melayu iaitu saya (i) dan makan malam (dinner) Penggunaan dua bahasa dalam satu ayat tidak boleh digunakan untuk menghasilkan ayat yang betul. “i” s a y a d i n n e r m a k a n m a l a m


t e h t e a Berdasarkan gambar di atas, pengirim telah mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penggunaan ayat di laman twitter. Perkataan bahasa Inggeris yang terdapat dalam rajah tersenut ialah tea. Perkataan bahasa Inggeris tersebut sepatutunya digunakan dengan perkataan bahasa Melayu iaitu teh Penggunaan dua bahasa dalam satu ayat merupakan salah satu daripada kesalahan kata iaitu pencampuran kod.


bahasa melayu baku Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2012), bahasa Melayu baku ialah bahasa yang teratur dan mantap dalam pelbagai aspek seperti ejaan, bentuk kata dan tatabahasa serta diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul dan sahih.


Berdasarkan poster ini, kita dapat melihat kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu baku ketika menyiarkan maklumat. Sebagai rakyat yang bertanggunjawab kita perlulah menggunakan ejaan dan bahasa Melayu baku yang betul agar memudahkan pembaca untuk memahami maklumat ingin disampaikan Ayat yang perlu digunakan ialah “Pengguna bijak sentiasa berjimat”


kata pinjaman asing Proses peminjaman merupakan proses pengambilan dan penggunaan unsurunsur daripada satu bahasa yang lain dalam konteks yang lain. Peminjaman ini berlaku hasil daripada pertembungan bahasa atau kontak bahasa. Pertembungan bahasa dianggap oleh sesetengah ahli antropologi sebagai satu aspek dalam pertembungan budaya dan peminjaman merupakan contoh penyerapan budaya yakni penyebaran satu butiran budaya dariapada seseorang kepada yang lain.


Berdasarkan rajah di atas, terdapat kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang digunakan dalam perbualan aplikasi “Twitter ”. Antara faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu berpengaruh terhadap bahasa Melayu kerana peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan penyerapan bahasa Inggeris yang membentuk bahasa Melayu menjadi bahasa moden Antara bahasa Inggeris yang digunakan dalam rajah di atas ialah “ police ” yang bermaksud polis dan “telephone ” yang bermaksud telefon. Kesan daripada penggunaan ini akan menyebabkan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan ciri-ciri bahasa lain. Oleh itu, bahasa Melayu akan menjadi bahasa rojak serta menjejaskan fungsi bahasa Melayu


sekian terima kasih


Click to View FlipBook Version