K E N EGARAAN MA L AYS War AI isan: Terusan Wan Mat Saman KUMPULAN 9 Terusan yang Terpanjang di Malaysia Warisan Istimewa Berusia 134 Tahun Terbiar Kepentingan Terusan kepada Masyarakat Cabaran yang dihadapi oleh Terusan LEE ZHEN HUI (299123) SANGHITA MAYALAGAN (293672) AFIF AIMAN BIN ASHRAF (297409) ARTHUR ROBERT ANAK SUDAN (302414) NUR ALIA BINTI SUHAIMY (302134) SYAZFINA IZWA BINTI ISMAIL (298269) ELLY NOOR KASIH BINTI AHMAD (300447) NURHADHIRAH BINTI ABDUL HADI (300840) NADIAH SYAFIAH BATRISYA BINTI MOHD RAFI (297444) MUHAMMAD FAIQ AIMAN BIN ANNUAR KHAN (300789) Cara Penjagaan Terusan
Ahli Kumpulan 9 2 SYAZFINA IZWA BINTI ISMAIL 298269 NUR ALIA BINTI SUHAIMY 302134 ARTHUR ROBERT ANAK SUDAN 302414 NADIAH SYAFIAH BATRISYA BINTI MOHD RAFI 297444 ELLY NOOR KASIH BINTI AHMAD 300447 LEE ZHEN HUI 299123 SANGHITA MAYALAGAN 293672 NURHADHIRAH BINTI ABDUL HADI 300840 AFIF AIMAN BIN ASHRAF 297409 MUHAMMAD FAIQ AIMAN BIN ANNUAR KHAN 300789
Pengenalan ISI KANDUNGAN 1.0 3 2.0 Sejarah Terusan Wan Mat Saman 3.0 Sumbangan & Kepentingn Terusan 4.0 3.1 Pembangunan Ekonomi 3.2 Pembangunan Sistem Perhubungan & Pengangkutan Cabaran Dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman Cara Penjagaan Terusan Wan Mat Saman 4.1 Individu yang Tidak Bertanggungjawab 4.2 Musim yang Tidak Menentu 4.3 Bencana Alam 4.4 Masalah Pengairan 5.0 5.1 Individu 5.2 Masyarakat 5.3 Kerajaan 7.0 Penutup 6.0 Sesi Temu Bual Bersama Penduduk Setempat 8.0 Rujukan
TERUSAN WAN MAT SAMAN TERUSAN WAN MAT SAMAN 4 Warisan Generasi akan Datang Gambar 1: Hasil dapatan kajian di Terusan Wan Mat Saman
1.0 PENGENALAN Malaysia yang terkenal dek rencaman budaya dan adat menjadi elemen yang menarik untuk diterokai. Jika dilihat dari aspek warisan dan tinggalan sejarah, negara ini kaya dengan khazanah peninggalan yang unik dan hadir dengan varian yang tersendiri. Memiliki warisan yang pelbagai di setiap pelusuk menjadi indikator dan bukti bahawa negara ini memiliki budaya yang kuat dan tidak goyah ditelan peralihan zaman yang kian menjamah atas dasar terma ‘’modenisasi’’. 5 Menjelajahi keunikan negeri yang masyhur dengan penanaman cempa yang terletak di bahagian utara Malaysia yang terkenal dengan julukan “negeri jelapang padi” sememangnya menarik dan memberi warna kepada kajian kes yang dijalankan ini. Tema yang dipilih selari dengan topik yang bakal dikupas iaitu ‘’Terusan Wan Mat Saman: Warisan untuk Generasi Masa Depan’’. Melalui kajian kes yang menarik ini, diharapkan dapat ditemui penyelesaian praktikal dan strategik untuk melestarikan serta mempromosikan keunikan dan kepentingan warisan tersebut bagi manfaat generasi kini dan akan datang. Gambar 2: Hasil dapatan kajian di kawasan sawah padi sekitar Alor Setar
2.0 SEJARAH TERUSAN WAN MAT SAMAN 6 Terusan Wan Muhammad Saman dikenali sebagai terusan yang terpanjang di Malaysia yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, selatan Kedah. Sumbangan terbesar Terusan Wan Muhammad Saman adalah dari segi pembangunan ekonomi negeri Kedah yang telah membangunkan dan memajukan negeri Kedah dalam bidang pengairan dan pertanian. Projek Terusan Wan Muhammad Saman telah dibina pada tahun 1885 oleh Dato’ Wan Muhammad Saman. Beliau merupakan Perdana Menteri Kedah yang pertama. Tujuan utama pembinaan terusan ini adalah untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian khususnya kepada penanaman padi di kawasan Kedah. Gambar 3: Gambar Tandop Batu 16/Padang Lumat penyalur air dari Terusan Wan Muhammad Saman ke tanah bendang Sumber: http://www.memori-kedah.com/gallerynext.php?
Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman mempunyai tiga fasa. Fasa pertama melibatkan dari Lubuk Katong hingga ke Kota Sarang Semut. Pada hari ini, Lubuk Katong dikenali sebagai Tandop, menjadi lokasi kunci air untuk mengawal aliran semasa musim tengkujuh dan kemarau. Seterusnya, fasa kedua dimulai dari Gunung Jerai ke Kota Sarang Semut, manakala fasa ketiga dari Lubuk Katong ke Tanjung Chali di tebing Sungai Kedah. Terusan ini membentuk sistem pengairan yang sistematik untuk kegunaan petani dalam mengairi sawah dan mengalirkan air apabila diperlukan (Johan et al., 2017, dirujuk kepada Mohamed Roselan Abdul Malek, 1998). Terusan dibina dengan menggunakan sepenuhnya tenaga rakyat jelata melalui sistem kerah. Sistem kerah ialah kerja yang dibuat dengan paksaan tanpa memberi upah seperti membina istana atau kubu. Setiap rakyat jelata tidak terkecuali sama ada tua atau muda perlu bersama-sama menggunakan tenaga dalam melaksanakan pembinaan terusan. Bagi rakyat yang sudah berusia atau uzur, mereka juga perlu menyumbang kepada pembinaan terusan dengan membekalkan makanan kepada para pekerja. Ini menunjukkan yang tiada seorang pun terlepas daripada ditugaskan untuk menyiapkan pembinaan terusan. Sekiranya terdapat seseorang yang cuba untuk melarikan diri dengan memberikan alasan yang tidak munasabah, mereka akan dihukum dengan hukuman yang berat seperti rotan (Johan et al., 2017). Gambar 5: Gambar Terusan Wan Mat Saman di bahagian Kaki Gunung Jerai seiring dengannya ialah jalan raya Alor Setar - Sungai Petani Sumber: http://www.memorikedah.com/gallerynext.php? 7 Gambar 4: Gambar Tandop Lubuk Katong Sumber: http://www.memori-kedah.com/gallerynext.php?
Menurut sejarah, kerja-kerja mengorek menggunakan sepenuhnya alatan tradisional seperti cangkul, parang, raga, dan cop. Hal ini demikian menyebabkan ramai pekerja melarikan diri kerana mereka tidak larat bekerja dengan ketiadaan upah atas hasil usaha keras mereka. Usaha yang tidak berjaya ini menyebabkan beliau terpaksa mengupah buruh Cina dari Pulau Pinang untuk menjayakan pembinaan terusan walaupun dikenakan bayaran yang tinggi untuk setiap pekerja buruh di antara $2.00 hingga $3.00 sehari. Oleh yang demikan, Wan Muhammad Saman mengalami masalah kewangan sehingga berdepan dengan ancaman bunuh di mana beliau terpaksa menggunakan wang simpanannya dan menjual harta benda miliknya bagi melangsaikan bayaran upah yang tertangguh (Johan et al., 2017, dirujuk kepada Baharuddin Abdul Majid, 1979). Gambar 6: Gambar buruh-buruh Cina membina Terusan Wan Mat Saman. Sumber: https://soscili.my/terusan-wanmat-saman-yang-mengambil-nyawabuatkan-pm-sanggup-berhutang/ 8
Dengan usaha keras beliau, maka bermulalah permulaan kepada perkembangan ekonomi di negeri Kedah daripada kaedah tradisional kepada ekonomi moden yang dapat dilihat sehingga hari ini. Antara peranan Terusan Wan Muhammad Saman adalah dalam sektor pertanian terutamanya penghasilan padi sehingga mendapat gelaran sebagai “Negeri Jelapang Padi” dan “Jelapang Padi Malaysia”. Gambar 8: Gambar Terusan Wan Mat Saman disambungkan dari pekan Tandop sehingga ke Sungai Petani. Sumber: http://www.memorikedah.com/gallerynext.php? 9 Gambar 7: Gambar Batu kenangan yang menunjukkan Terusan Wan Muhammad Saman mulai dikorek pada tahun 1885, terletak di Kaki Gunung Jerai Sumber: http://www.memorikedah.com/gallerynext.php? Bukan itu sahaja, dengan adanya Terusan Wan Muhammad Saman, Kedah dikenali sebagai negeri yang mempunyai terusan dan tali air yang paling banyak dan pada masa yang sama telah memajukan aktiviti sosio ekonomi dengan mewujudkan beberapa buah petempatan penduduk di pekan kecil yang telah berkembang pesat.
3.0 Sumbangan & Kepentingan Terusan Wan Mat Saman Terusan Wan Mat Saman merupakan satu sistem pengairan yang sangat penting dalam aktiviti penanaman sawah padi di Kedah. Penciptaan Terusan Wan Mat Saman telah memberi sumbangan kepada penduduk setempat dalam pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi, pembangunan sistem perhubungan, dan sistem pengangkutan. Tujuan utama Terusan Wan Mat Saman dibina adalah untuk menampung sumber air bagi aktiviti penanaman padi di Kedah. 10 Gambar 9: Gambar Sungai dua lapis di Tanah Merah Pendang (Tanah Merah Aquaduct) Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/89916/edisi/utara/evolusisistem-pengairan-dan-saliran
Pembinaan Terusan Wan Mat Saman telah mempengaruhi pembangunan ekonomi setempat. Pembinaan terusan ini telah menyebabkan aktiviti ekonomi terutamanya kegiatan penanaman padi di Kedah berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana enanaman padi memerlukan sumber air yang mencukupi untuk memastikan proses pengairannya berjalan dengan lancar. Selepas pembinaan Terusan Wan Mat Saman ini siap dibina, kebanyakan petani telah membuka tanah dan penempatan baharu untuk menjalankan aktiviti penanaman padi mereka. Hal ini menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran tanaman padi dan juga pendapatan para petani. Ekoran daripada perkembangan terusan ini, negeri Kedah telah menjadi pengeluar utama penanaman padi di Malaysia dan juga dikenali sebagai periuk nasi Malaysia. Selain itu, perkembangan ekonomi di Kedah telah menyebabkan kuasa beli penduduk setempat semakin meningkat dek kerana mempunyai pendapatan yang tinggi hasil daripada aktiviti penanaman padi. Terusan Wan Mat Saman sangat penting dan telah membawa sumbangan yang sangat besar terhadap pembangunan ekonomi di Kedah. 11 3.1 Pembangunan Ekonomi Gambar 10: Hasil dapatan kajian di kawasan Terusan Wan Mat Saman sekitar Sungai Raja
12 Pembinaan Terusan Wan Mat Saman secara tidak langsung dapat memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di negeri Kedah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dengan adanya terusan ini, penduduk setempat dapat membuka penempatan baharu di sepanjang terusan Wan Mat Saman ini. Antaranya ialah di Pekan Tandop, Simpang Empat, dan Gurun. Dengan pembukaan penempatan baharu ini, kemudahan asas lain turut seiring berkembang seperti adanya klinik, balai polis, dan sekolah. Selain daripada pembukaan penempatan baharu, pembukaan tanah untuk penanaman padi juga dibuka dan terdapat saliran-saliran kecil yang dibina supaya dapat mengairi air ke kawasan sawah. Sebagai contoh, Sungai Kota Sarang Semut dan Sungai Limau yang masih kekal digunakan untuk mengairi sawah padi. Selain itu, sistem pengangkutan seperti jalan raya turut berkembang maju untuk memudahkan pergerakan dan mobiliti penduduk dalam menjalankan kegiatan harian mereka. Sebagai contoh, jalan raya yang dibina ini telah menghubungkan antara kawasan di bandar Alor Setar sehingga ke kawasan selatan negeri Kedah seperti Gurun dan Sungai Petani. Lebih mengagumkan lagi jalan raya ini masih kekal digunakan oleh penduduk setempat untuk menghubungkan mereka antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain. 3.2 Pembangunan Sistem Perhubungan & Pengangkutan Gambar 11: Hasil dapatan kajian sekitar saluran air Terusan Wan Mat Saman di Alor Setar Gambar 12: Hasil dapatan kawasan penempatan penduduk dalam kawasan sawah padi di Alor Setar
10 4.0 Cabaran yang Dihadapi oleh Warisan Wan Mat Saman Kepentingan Terusan Wan Muhammad Saman semakin dilupakan, terutamanya oleh generasi muda hari ini. Perubahan fungsi terusan menjadi sebab utama fenomena ini. Sekarang, sebagai hasil dari kerjasama antara Kerajaan Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), terusan telah berubah fungsi menjadi sistem perparitan. Sistem ini bertujuan untuk mengalirkan lebihan air dari sawah padi dan saliran domestik. Namun, penyelenggaraan yang tidak konsisten telah memburukkan keadaan ini. Keadaan terusan yang kotor dan tidak terurus disebabkan oleh sikap masyarakat setempat yang mengabaikannya. Jadi, terusan telah dipenuhi oleh sampah yang dibuang oleh Masyarakat setempat. Ini telah mengubah terusan menjadi parit yang kotor sdan dipenuhi oleh air hiitam pekat. 13 Gambar 13: Gambar Terusan Wan Mat Saman yang dipenuhi sampah sarap Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/terusanberusia-137-tahun-kini-kotor-busuk/
14 Masalah pencemaran yang serius berlaku di beberapa kawasan sepanjang terusan, terutamanya Kota Sarang Semut, Simpang Empat, TandopSungai Limau dan Guar Chempedak. Penduduk setempat membuang sumpah merata-rata telah menyebabkan air Terusan Wan Mat Saman menjadi kotor dan hitam serta berbau busuk. Individu yang tidak bertanggungjawab telah menjejaskan keindahan terusan dan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran Terusan Wan Mat Saman yang serius telah menyebabkan pelancong kurang berminat untuk datang ke kawasan terusan ini. Jadi, setiap individu perlu memahami bahawa kepentingan pemeliharan warisan seperti Terusan Wan Mat Saman serta bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. 4.1 Individu yang Tidak Bertanggungjawab Gambar 15: Gambar sisa sampah yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab Sumber: https://forum.lowyat.net/topic/5340838/all Gambar 14: Gambar Terusan Wan Mat Saman yang telah menjadi parit yang busuk dan berlumut Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasion al/2019/02/532516/eksklusif-terusan-wan-matsaman-kotor-jadi-parit-terbiar
14 4.2 Musim yang Tidak Menentu Musim yang tidak bertentu akan menyebabkan banjir kilat akibat hujan lebat. Banjir kilat merupakan salah satu cabaran untuk dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman. Air banjir yang dicemar akan dipenuhi oleh pelbagai sampah sarap, Najis dan bahan kimia industri. Sekiranya air banjir yang dicemar masuk dalam Terusan Wan Mat Saman, ini akan menyebabkan pencamaran air di terusan dan menjejaskan alam sekitar srta ekosistem yang halus. Jadi, pelaksanaan amalan pertanian pintar iklim dan ramalan cuaca amat penting untuk mengurangkan kesan banjir kilat kepada Terusan Wan Mat Saman. 15 Gambar 17: Gambar pokok tumbang sekitar kawasan Terusan Wan Mat Saman yang terbiar Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/terusan-wan-mat-saman-perlu-dipulihara/ Gambar 16: Gambar kawasan banjir di Tanah Merah, Kedah Sumber : https://malaysiagazette.com/2017/09/27/banjir-di-tanah-merah-kedah/
16 4.3 Bencana Alam Bencana alam juga merupakan sesuatu cabaran yang dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman seperti kemarau. Kemarau merupakan sesuatu cabaran yang dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman. Tujuan utama pembinaan terusan ini adalah untuk mengairkan air ke kawasan sawah padi. Namun, kemarau mungkin akan menyebabkan kekurangan air dan aliran air tersekat. Keadaan ini akan menganggu aliraan air dalam terusan dan telah menjadi salah satu cabaran yang dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman. Gambar 18: musim kemarau di kawasan sawah padi Sumber: https://biotis.co.id/april-masuk-musimkemarau-ini-prediksi-puncak-kemarau-berdasar-pulau/ Gambar 19: Musim banjir Sumber: https://malaysiagazette.com/2017/09/27/banjirdi-tanah-merah-kedah/
4.4 Masalah Pengairan Masalah pengairan merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh Terusan Wan Mat Saman. Salah satu cabarannya adalah mekanisme pelepasan air yang mungkin tidak sesuai dengan tahap penanaman padi, menyebabkan beberapa kawasan menerima air yang tidak mencukupi atau berlebihan, yang boleh menjejaskan hasil dan kualiti padi. Selain itu, kelebihan air di sawah padi boleh menghalang operasi peralatan penuaian, menyebabkan kerugian kewangan kepada pesawah. Di beberapa tempat, pesawah mungkin tidak dapat mengendalikan sawah dengan baik, yang menghalang mereka daripada menerima bekalan air dan menjejaskan produktiviti dan hasil tanaman mereka. 17 Gambar 20: Hasil dapatan kajian penggunaan jentera sawah padi
18 5.0 Cara Penjagaan Terusan Wan Mat Saman Terdapat beberapa cara boleh diambil untuk memelihara dan memulihara Terusan Wan Mat Saman supaya dapat mengekalkan kelestarian ekosistem air yang sangat penting untuk kehidupan.Terdapat beberapa pihak yang perlu mengambil peranan dalam penjagaan Terusan Wan Mat Saman seperti pihak individu, pihak masyarakat dan pihak kerajaan. Gambar 21: Gambar proses penambahbaikan Terusan Wan Mat Saman Sumber: https://fourkeyzd.blogspot.com/2021/05/terusan-wan-mat-samantotal-length-is.html Gambar 22: Hasil dapatan kajian kawasan sekitar sawah padi yang subur di Kota Sarang Semut
11 5.1 Individu Individu memainkan peranan penting dalam memelihara dan memulihara Terusan Wan Mat Saman. Tanggungjawab mereka termasuk menjaga kebersihan sungai, mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai dan menguruskan sisa isi rumah dengan betul. Selain itu, individu juga berperanan terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan sungai seperti program pembersihan bersama dan penanaman pokok di tebing sungai. Dengan tindakan ini, individu membentuk asas bagi usaha pemulihan dan penyelenggaraan Terusan Wan Mat Saman yang lebih luas, mewujudkan kesan positif ke atas ekosistem akuatik secara keseluruhan. Masyarakat memainkan peranan penting dalam pemuliharaan dan pemulihan sungai. Ini termasuk pendidikan alam sekitar untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan sungai, penyertaan dalam aktiviti pemuliharaan seperti penanaman pokok dan pembersihan kolektif, serta pemantauan dan pelaporan aktiviti yang merosakkan sungai. Kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan atau organisasi alam sekitar dapat membantu dalam menangani isu pencemaran dan memastikan pemulihan yang diperlukan. 5.2 Masyarakat 19 Gambar 23: Gambar Thb Maintenance Sdn Bhd yang bersih dan bentuk semula longkang tanah yang selari dengan Terusan Wan Mat Saman Sumber:https://fourkeyzd.blogspot.com/2021/05/terusan-wan-mat-saman-total-length-is.html Gambar 24: Gambar pembersihan sungai sekitar terusan Sumber:https://galerisampul.blogspot.com/2021/07/co ntoh-proposal-kegiatan-gotong-royong.html
20 5.3 Kerajaan Peranan kerajaan negeri Kedah dalam mengekalkan dan memelihara sungai adalah penting untuk mengekalkan kelestarian ekosistem terusan wan mat saman.Sebagai Contohnya MADA. MADA merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan program program pertanian. MADA juga mempunyai tanggungjawab untuk mereka bentuk, melaksana dan menguatkuasakan dasar alam sekitar yang tertumpu kepada perlindungan sungai. Ini termasuk mewujudkan peraturan ketat untuk mencegah pencemaran sungai, mengurus pembangunan di sekitar sungai, dan memastikan pengekalan habitat semula jadi. Di samping itu, pelaburan dalam infrastruktur hijau, seperti perancangan spatial sungai dan pembangunan sistem pengurusan air mampan, merupakan langkah utama yang mesti diambil oleh kerajaan. Dengan peranan ini, kerajaan boleh mewujudkan persekitaran perundangan dan dasar yang menyokong usaha mengekalkan dan memulihkan sungai, sekali gus menyediakan asas yang kukuh untuk kebajikan ekosistem sungai dan masyarakat yang bergantung kepadanya. Gambar 26: Gambar pengutipan sampah di kawasan sekitar terusan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Sumber:https://www.utusan.com.my/nasional/ 2022/12/mbas-bersihkan-sampah-cemariterusan-wan-mat-saman/ Gambar 25: Gambar Sekitar Terusan Wan Mat Saman Sumber: https://gempak.com/rojakdaily/skop/terusanwan-mat-saman-terima-pengiktirafan-antarabangsa-61159
6.0 Sesi Temu Bual Bersama Penduduk Setempat 2 Salah seorang penduduk yang menetap di kawasan Terusan Wan Mat Saman iaitu di Alor Setar selama 74 tahun telah menceritakan sedikit perkongsian mengenai pembinaan terusan ini. Menurut beliau, keadaan terusan pada zaman dahulu amat bersih dan dijaga rapi oleh penduduk namun sekarang terusan tersebut telah dipenuhi sampah sarap. Lau Ten Chui Encik Nazrim merupakan salah seorang penduduk tempatan yang telah menetap di Alor Setar selama 36 tahun. Pada pandangan Encik Nazrim, masyarakat perlu mengambil peranan bersama dalam menjaga Terusan Wan Mat Saman seperti mengadakan aktiviti bergotong royong. Encik Nazrim juga berharap agar masyarakat lebih prihatin dan peka dengan keadaan Terusan Wan Mat Saman ini. Nazrim bin Abdullah 1 20 21
3 22 Raja Gopal juga salah seorang penduduk yang menetap di kawasan Terusan Wan Mat Saman iaitu di Alor Setar selama 69 tahun dan telah menceritakan sedikit perkongsian mengenai pembinaan terusan ini. Beliau mengatakan bahawa beliau sangat kagum dengan kejayaan Wan Mat Saman dalam membina terusan ini. Beliau juga ada menunjukkan tugu Wan Mat Saman kepada kami dan ini menunjukkan beliau menghargai dan mengambil berat mengenai Terusan Wan Mat Saman ini. Beliau berkata “Saya pun selalu petang-petang kutip sampah apa, ini dekat sekitar terusan ini, ialah kotor kan mesti lah kita taknak, kena jaga lah baru cantik”. Raja Gopal 4 Ramli bin Salleh merupakan salah seorang keturunan dan merangkap cicit kepada Wan Mat Saman. Walaupun beliau mempunyai pertalian darah dengan Wan Mat Saman, namun beliau tidak mempunyai pengetahuan yang sepenuhnya tentang Wan Mat Saman. Namun begitu, menurut Ramli bin Salleh, Wan Mat Saman merupakan seorang yang berdedikasi dan cakna akan perkembangan penanaman padi di negeri Kedah ini. Oleh yang demikian, Ramli bin Salleh berusaha untuk terus memelihara dan mengekalkan terusan ini agar generasi akan datang mengetahui mengenai sejarah terusan Wat Mat Saman. Ramli bin Salleh Tugu Wan Mat Saman
Menjengah warisan di negeri Kedah yang menjadi wadah bermanfaat untuk menyokong perairan dan sekaligus membawa kepada perkembangan ekonomi sememangnya menyeronokkan. Melihat tinggalan sejarah yang masih berfungsi dengan baik menimbulkan rasa bangga dihati. Namun terdetik rasa terkilan dek sikap warga sekeliling yang sewenang-wenangnya melakukan aktiviti tidak bermoral seakan tidak menghargai jerit perih usaha nenek moyang terdahulu yang bertungkus lumus menggali terusan ini demi kelansungan dan kemudahan perairan padi di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, pentingnya kesedaran dan usaha berterusan daripada pihak berkuasa tempatan, organisasi warisan, dan masyarakat. Program pemuliharaan, pengurusan yang konsisten, dan pendidikan awam mengenai sejarah serta sumbangan terusan perlu dipertimbangkan. Dengan cara ini, kita boleh memastikan bahawa warisan ini tidak hanya dihargai oleh generasi kini, tetapi juga diteruskan kepada generasi akan datang. Keadaan terkini terusan yang terbiar dan diabaikan perlu diberi perhatian yang serius, dan usaha membaik pulih yang betul-betul berkesan perlu diambil untuk memastikan kelestarian dan fungsi asal terusan itu dapat diguna semula. 7.0 PENUTUP Dengan berbuat demikian, kita dapat memastikan bahawa Terusan Wan Muhammad Saman terus memberikan sumbangan positif kepada perkembangan ekonomi dan sosial di negeri Kedah, serta diiktiraf sebagai warisan yang bernilai dalam sejarah Malaysia. Setinggi tinggi pengharapan di pasakkan agar generasi kini memartabatkan warisan tinggalan nenek moyang yang berharga ini. Buah fikiran dan usaha mereka harus dihargai dan dipelihara agar usaha ini tidak menjadi sia-sia. 23 Gambar 27: Hasil dapatan kajian di kawasan sawah padi di Kampung Hutan Putus, Kuala Kedah Gambar 28: Hasil dapatan kajian di kawasan sawah padi di Kota Sarang Semut
Abbas, M., & Abbas, M. (2019, November 19). Terusan Wan Mat Saman: Lambang kebijaksanaan ilmu pengairan orang Melayu. The Patriots. https://www.thepatriots.asia/terusan-wan-mat-samanlambang-kebijaksanaan-ilmu-pengairan-orang-melayu/ Abdullah, J. (2022, December 20). Terusan Wan Mat Saman perlu dipulihara. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/terusanwan-mat-saman-perlu-dipulihara/ Dato Haji wan mat saman. (1830). Geni_Family_Tree. https://www.geni.com/people/Dato-Haji-Wan-MatSaman/4982280285360081994 Ibrahim, J. A., Razak, N. A., & Ahmad, M. Z. (2017). Terusan Wan Muhammad Saman (1895-2015): Tinggalan Sejarah dan Potensinya Sebagai Sebuah Produk Pelancongan: Wan Muhammad Saman Canal (1895-2015): Historical Relics and Its Potential as a Tourism Product. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 9(1), 1–15. Retrieved from https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1749 Ishak, A., & Ishak, A. (2022, July 19). Terusan Wan Mat Saman yang ‘mengambil nyawa’ & buatkan PM sanggup berhutang. SOSCILI | Luar Sensasi, Dalam Berisi. https://soscili.my/terusan-wan-mat-saman-yangmengambil-nyawa-buatkan-pm-sanggup-berhutang/ 8.0 Rujukan 24 Noor, S. (2021, June 22). How one longkang made Kedah the biggest rice producer in Malaysia. CILISOS - Current Issues Tambah Pedas! https://cilisos.my/how-one-longkang-made-kedahthe-biggest-rice-producer-in-malaysia/ Othman, A. J. (1995a). Jasa wan mat saman: Wang pokok pisang. Shuhada. (1997). Wan mat saman: pembina terusan. View of Terusan Wan Muhammad Saman (1895- 2015): Tinggalan Sejarah dan Potensinya Sebagai Sebuah Produk Pelancongan. (n.d.). https://ojs.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/ 1749/1275 Wan Mat Saman Canal, Alor Setar. (n.d.). Penang Travel Tips. https://www.penangtraveltips.com/malaysia/kedah/alor-setar/wan-matsaman-canal.htm Gambar 29: Hasil dapatan kajian di kawasan Terusan Wan Mat Saman sekitar Tanjung Charli di Alor Setar Gambar 30: Hasil dapatan kajian Batu Peringatan Terusan Wan Mat Saman di Alor Setar
Warisan Kita, Tanggungjawab Kita, Pelihara Generasi Kita! 25 Gambar 31: Hasil dapatan kajian di kawasan Terusan Wan Mat Saman sekitar Tanjung Charli di Alor Setar Gambar 32: Hasil dapatan kajian di Batu kenangan yang telah dibina Terusan Wan Muhammad Saman untuk makluman pelancong yang datang ke Negeri Kedah Gambar 33: Hasil dapatan kajian di sekolah kebangsaan sempena nama Dato’ Wan Muhammad Saman di Alor Setar