The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8801380, 2022-05-04 00:53:53

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA AIDILFITRI 2022 PSS STBS

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
PAMERAN BERTEMA
HARI RAYA AIDILFITRI

i)NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-
Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra
atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast,
Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan
Bayrami( Turki).

ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam
di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri
ialah kaum Melayu yang beragama Islam.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

iii)TARIKH/TEMPOH MASA DIRAYAKAN

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini
bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya
bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun
secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai
bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang
strategik.

iv)TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan

sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan

atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari

sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada

melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan

membatalkan puasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

LATAR BELAKANG

i)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke
Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa
Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua
hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka
sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada
datuknenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih
bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau
Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah
perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama,
maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut
sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya
mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang
Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara
dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah
menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan
daripada kemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan
kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya
suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa
dan noda.

ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut
hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila
saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat.
Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan
bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari
semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”Pada pagi hari raya dimulakan
dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat
Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung
di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah
mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam
menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya
melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja
semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu
banyak.Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda
dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini
saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya:
“Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju
baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar
sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini
bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru.
Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak
semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa
yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran.
Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli
sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api
amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat
kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan
kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya
seperti kita.Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya
ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak
melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya
berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit
raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk
diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya,
dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu
kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri
ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan
kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut
lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan
kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang
disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan
dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu
yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

iv)TEMPAT KHUSUS SAMBUTAN DIJALANKAN

Tempat sambutan Hari Raya Puasa dijalankan di Masjid pada waktu
pagi.Selain itu,sambutan ini juga disambut di desa.Mereka akan berkumpul
satu keluarga pulang ke desa untuk menyambut Hari Raya.Selain itu,kubur
adalah tempat khusus kerana pada waktu pagi umat islam akan menziarahi
keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

i)SEBELUM PERAYAAN

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-
minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang
Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan
murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya
juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang
berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena
Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan
akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman
untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.
Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang
bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu
syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui
kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan
menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali
ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang
berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah,
bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian
ketiga pembebasan dari api neraka

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat
yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan
lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang
berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir
Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul
Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA PERAYAAN

Pada pagi raya,umat islam bersarapan pagi untuk isi perut.Selepas itu mereka
bermaaf-maafan dengan orang yang lebih tua.Umat islam pergi ke masjid
untuk sembahyang berjemaah selepas bermaaf-maafan.Umat islam pergi
menziarahi kubur keluarga yang telah meninggal dunia.Selesai menziarahi
kubur,umat islam pergi ke rumah sedara-mara mereka yng terdekat dan ke

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
rumah kawan-kawan.Bagi yang kanak-kanak,mereka akan dapat ‘Duit Raya’ dari
orang tua atau tuan rumah.

iii)SELEPAS PERAYAAN

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan
merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut
kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan
amalan sunat dan fardhu seperti biasa.
BULAN ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w
telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah.
Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan
oleh Allah

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan
dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan
diperkenankan oleh Allah

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa
pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa
kubur

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan
kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan
dan dikunci 30 pintu kesulitannya

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu
daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari
berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala
yang banyak oleh Allah

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim
bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh
itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada
hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam
keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai

b)
menunaikan solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang

c)
menggunakan jalan yang lain

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10

Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah

e)

(Takbir Muqayyad)

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah
selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib
pada malam pertama awal Muharram.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

PERATURAN/PANTANG-LARANG/AMALAN SAMPINGAN

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan
berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu
sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah
menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah
kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka
akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari
Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.Amalan memberi wang kepada kanak-kanak
juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang
dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau
dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang
memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-
syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang
kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan
pemberian hadiah-hadiah.Sudut agama pula, malam tujuh likur sering
dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim
merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk
mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi
sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang
berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan
Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin
membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada
kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w.
mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu
sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami."
], dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى الله عنه‬menyebutkan bahawa:"Barangsiapa
yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan
memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " Rumah-rumah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan
sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila
semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama
hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan
siraturrahim sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan
bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan
adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan
pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan
kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua
kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan
masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung
mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan
dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum
terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan
berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta
dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan
yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber
perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana
dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita
meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas
sebulan menjalani bulan Ramadhan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

PAMERAN BERTEMA SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Click to View FlipBook Version