Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn. 3 25
BAB SEDEKAH KUNCI KEBAIKAN
9 (BIDANG HADIS KEFAHAMAN)
1. Sabda Rasulullah SAW :
: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: عن أبي هريرة رضي الله عنه قال
وتعين، تعدل بين اثنين صدقة: كل يوم تطلع فيه الشمس، كل سلامى من الناس عليه صدقة
وبكل خطوة، والكلمة الطيبة صدقة، الرجل في دابّته فتحمله عليها أو ترفع له متاعه صدقة
( متفق عليه وتميط الأذى عن الطريق صدقة، تمشيها إلى الصلاة صدقة
)
MAKSUD HADIS PETIKAN HADIS
Setiap sendi di tubuh badan manusia ialah
كل سلامى من الناس عليه صدقة
sSeeهdيtلieعakpقahفhتaمbriayginaynag terbit padanya matahari
كل يوم تطلع فيه الشمس
Kamu berlaku adil terhadap dua orang (yang تعدل بين اثنين صدقة
bertelingkah) ialah sedekah وتعين الرجل في دابّته فتحمله عليها
Dan kamu membantu seseorang menaiki
tunggangannya أو ترفع له متاعه صدقة
Atau kamu mengangkat barang-barang ke والكلمة الطيبة صدقة
atas tunggangannya ialah sedekah
Dan perkataan yang baik ialah sedekah
Dan setiap langkah kamu berjalan untuk وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة
menunaikan solat ialah sedekah وتميط الأذى عن الطريق صدقة
Dan kamu mengalihkan sesuatu yang
berbahaya di jalan ialah sedekah
2. Maksud sedekah.
Bahasa : Pemberian.
Istilah : Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
3. Contoh-contoh sedekah yang terdapat dalam hadis di atas
- Berlaku adil dalam tindakan.
- Mendamaikan orang yang bertelingkah.
- Membantu orang menaiki kenderaan
- Membantu orang mengangkat barang ke dalam kenderaannya.
- Mengucapkan perkataan yang baik.
- Berjalan untuk menunaikan solat.
- Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
Nadi Bestari Pendidikan Islam Tkn. 3 26
4. Kelebihan beramal dengan amalan sedekah dalam hadis ialah :
Berlaku adil terhadap dua orang yang bertelingkah
- Mententeramkan hati kedua-dua belah pihak
- Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah SAW
agar tidak berterusan bertelingkah selama 3 hari.
Membantu orang menaiki kenderaan / mengangkat barang ke dalam
kenderaan
- Meringankan beban orang lain
- Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan seperti warga
emas, pesakit, ibu mengandung dan orang kurang upaya.
Mengucapkan perkataan yang baik
- Menenangkan hati pendengar
- Menampilkan imej dan peribadi yang disenangi
- Menyuburkan budaya komunikasi berkesan
Berjalan untuk menunaikan solat
- Dapat mengamalkan gaya hidup sihat
- Ditingkatkan darjat dan dihapuskan dosa jika menuju ke masjid dalam keadaan
berwudhuk
- Diberi cahaya yang sempurna dalam kegelapan akhirat kerana berjalan dalam
kegelapan subuh
Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan
- Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT
- Mengurangkan risiko kemalangan
- Memberikan keselesaan kepada pengguna yang lain
5. Lima tingkatan sedekah ialah :
- Bersedekah dengan duit.
- Jika tidak mampu, hendaklah dia bekerja sehingga mampu untuk bersedekah.
- Jika tidak mampu, hendaklah dia membantu orang yang dalam kesusahan.
- Jika tidak mampu, hendaklah dia menyuruh kepada kebaikkan.
- Jika tidak mampu, hendaklah dia menahan diri daripada melakukan
keburukkan.
6. Pengajaran hadis
- Kita hendaklah sentiasa memanfaatkan masa, tenaga dan kemahiran yang
ada untuk membantu orang lain agar menjadi orang bertakwa
- Kita hendaklah mendamaikan orang yang bertelingkah kerana setiap mukmin
bersaudara.
- Kita hendaklah membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang-
barangnya agar Allah SWT meringankan urusan kita pula.
- Kita hendaklah sentiasa bercakap hal-hal yang baik kerana itu merupakan
tanda keimanan kita kepada Allah SWT dan hari akhirat