PEL 11
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
&
SOLAT SUNAT TASBIH
DISEDIAKAN OLEH
ABDUL MUHAIMIN BIN JASRI
UNIT 1
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
PENING!!
TERLALU BANYAK
PILIHAN..
TAPI TAK TAHU NAK PILIH
YANG MANA SATU??
TANYALAH ALLAH!!
MUDAH!!
2 RAKAAT SAHAJA!!
4.25.1
MAKSUD & HUKUM SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
MAKSUD HUKUM
• Solat yang dilakukan untuk • SUNAT.
MEMOHON PETUNJUK
Allah SWT dalam
MENENTUKAN PILIHAN
bagi sesuatu perkara.
DALIL NAQLI SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Jabir bin Abdullah al-Ansari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW pernah mengajarkan kami tentang istikharah. Baginda
bersabda:
“Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang
sesuatu perkara maka dirikanlah solat sunat dua
rakaat selain daripada yang difardhukan.”
4.25.3
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
NIAT Usolli sunnatal istikharati
rak’ataini lillahi ta’ala
Sahaja aku solat sunat istikharah
dua rakaat kerana Allah Ta’ala
4.25.3
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
BILANGAN 2 Rakaat
RAKAAT
CARA
PELAKSANAAN Bersendirian
4.25.3
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
BACAAN RAKAAT 1 AL-KAFIRUN @
DALAM SURAH LAIN
SOLAT AL-IKHLAS @
SURAH LAIN
RAKAAT 2
4.25.3
KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
SEMPURNAKAN RUKUN LAIN
HINGGA SALAM
BERDOA DENGAN DOA YANG SESUAI
4.25.5
HIKMAH MENUNAIKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
TINGKAT IMAN DIDIK MANUSIA JAUH DIRI DARI
SEBAB HANYA SENTIASA MOHON SYIRIK SEPERTI
BERGANTUNG
PADA ALLAH PADA ALLAH BOMOH
DOA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya
Allah.
Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku
memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu.
Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih
tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (SEBUTKAN PERKARA
TERSEBUT) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan
pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (SEBUTKAN
PERKARA TERSEBUT) memberi keburukan bagiku untuk agamaku,
kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan
ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana
sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
(Riwayat al-Bukhari)