The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 784-9-aiman, 2024-03-26 12:46:32

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Buku Cerita Kanak-kanak

AimanZul Karya & Ilustrasi : TAHAP 1


1


Setiap petang, Ahmad akan duduk di luar rumah sambil termenung. Dia bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak terkenal. “Seronoknya jika dapat bermain bola sepak di dalam stadium yang besar” , kata Ahmad. Setiap petang, Ahmad akan duduk di luar rumah sambil termenung. Dia bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak terkenal. “Seronoknya jika dapat bermain bola sepak di dalam stadium yang besar” , kata Ahmad. 2


Ahmad sentiasa berlatih bola sepak di padang. Kasut yang dimiliki oleh Ahmad telah lusuh dan hampir koyak. Akan tetapi, Ahmad tidak kisah akan keadaan kasut tersebut. Ahmad sentiasa berlatih bola sepak di padang. Kasut yang dimiliki oleh Ahmad telah lusuh dan hampir koyak. Akan tetapi, Ahmad tidak kisah akan keadaan kasut tersebut. 3


Di sekolah, terdapat beberapa orang murid nakal. Mereka selalu mengejek Ahmad. “Kau miskin Ahmad, usahlah kamu bercitacita menjadi pemain bola” ujar mereka sambil mentertawakan Ahmad. Walaupun diejek, Ahmad tetap tidak berputus asa. Ahmad tekad untuk berlatih bersungguhsungguh. Di sekolah, terdapat beberapa orang murid nakal. Mereka selalu mengejek Ahmad. “Kau miskin Ahmad, usahlah kamu bercitacita menjadi pemain bola” ujar mereka sambil mentertawakan Ahmad. Walaupun diejek, Ahmad tetap tidak berputus asa. Ahmad tekad untuk berlatih bersungguhsungguh. 4


Cikgu Lee peka akan bakat Ahmad. Beliau mahu membantu Ahmad mencapai cita-cita menjadi pemain bola sepak. Cikgu Lee menghadiahkan sepasang kasut dan peralatan bola sepak kepada Ahmad. Cikgu Lee peka akan bakat Ahmad. Beliau mahu membantu Ahmad mencapai cita-cita menjadi pemain bola sepak. Cikgu Lee menghadiahkan sepasang kasut dan peralatan bola sepak kepada Ahmad. 5


Pada suatu hari, Ahmad telah menerima sepucuk surat. Alangkah gembiranya Ahmad apabila mengetahui dirinya terpilih memasuki akademi bola sepak terkemuka. Pada suatu hari, Ahmad telah menerima sepucuk surat. Alangkah gembiranya Ahmad apabila mengetahui dirinya terpilih memasuki akademi bola sepak terkemuka. 6


Berkat kesungguhan Ahmad yang tidak berputus asa dalam mencapai cita-citanya, Ahmad telah berjaya menjadi pemain bola sepak dan mewakili negara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berkat kesungguhan Ahmad yang tidak berputus asa dalam mencapai cita-citanya, Ahmad telah berjaya menjadi pemain bola sepak dan mewakili negara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 7


Pengajaran: 1) Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. 2) Kita perlulah tidak mudah berputus asa dalam menghadapi kesusahan 8


Ahmad, seorang kanak-kanak miskin dari kampung, mempunyai impian besar untuk menjadi pemain bola sepak professional walaupun menghadapi pelbagai halangan. Cerita ini menggambarkan nilai kegigihan dan ketabahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat dalam kehidupan. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH


Click to View FlipBook Version