The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP111022 Nur Hurin Binti Zaini, 2023-03-17 19:13:53

RPH MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

Pendidikan Islam Tingkatan 2

Keywords: akhlak

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 Mata pelajaran Pendidikan Islam (Akhlak Islamiah) Kelas 2 Nilai Tarikh/Hari 13 Sya’ban 1444/6 Mac 2023/Isnin Masa 10.00-11.00 pagi (60 minit) Bilangan murid 28 orang (lelaki : 12, perempuan: 16) Tajuk Muliakan ibu bapa bahagiakan keluarga Penegtahuan sedia ada Murid-murid pernah mengamalkan adab dengan ibu bapa semasa dirumah. Standard kandungan 6.7 Merumus adab kepada ibu bapa dan keluarga dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Standard pembelajaran 6.7.1 Menyatakan dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa. 6.7.2 Menjelaskan cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga dari aspek percakapan dan tingkah laku. 6.7.3 Menerangkan kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga. Objektif pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Menyatakan dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa dengan lancar selepas menghafaz secara berpasangan. 2. Menjelaskan cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga dari aspek percakapan dan tingkah laku dengan betul selepas aktiviti kumpulan (lakonan). 3. Menerangkan kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga dengan jelas selepas soal jawab bersama guru. Kemahiran berfikir Mengelaskan cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga mengikut kategori yang betul. Gabung jalin Al-Quran : membaca dalil naqli Penyerapan Sains : proses kejadian manusia Penerapan nilai Hormat-menghormati, bertanggungjawab, kasih sayang Amalan pedagogi masa kini Pembelajaran koperatif : Kemahiran insaniah Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah EMK Keusahawanan : murid bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan yang telah diberikan.


Nilai murni : Tekun, rajin dan berani Penilaian PdP Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 1. Menulis golongan-golongan yang wajib berbuat kepadanya berdasarkan dalil naqli ayat 36 surah An-Nisa’ melalui aplikasi Jamboard. 2. Menyusun dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa menggunakan aplikasi Wordwall. 3. Menyelesaikan silang kata berkenaan dengan cara-cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga melalui aplikasi Hot Potatoes. 4. Menyatakan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan keluarga dalam aplikasi Jamboard Bahan bantu mengajar 1. Power point 2. Komputer 3. Projektor 4. Video Youtube 5. Canva


Langkah Isi Kandungan Muqadimah (3 minit) Bacaan doa belajar: Bacaan syahadah:


Cadangan Aktiviti Catatan 1. Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa. 2. Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa dan bersama-sama mengaminkan. 3. Semua murid melafazkan kalimah syahadah bersama-sama. Penerapan nilai: - Khusyuk - Tawakal


Set induksi (5 minit) Tayangan video: Tanda Kasih Soalan: 1. Apakah yang anda lihat menerusi tayangan video “Tanda Kasih” tersebut? 2. Mengapakah perlakuan sedemikian boleh berlaku? 3. Sebagai seorang anak, wajarkah perlakuan itu dilakukan? Berikan pendapat anda. 4. Nyatakan pengajaran yang boleh dimabil daripada kisah tersebut?


1. Guru menayangkan video Youtube “Tanda Kasih” 2. Murid memerhati video Tanda Kasih dengan teliti. 3. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan video tersebut. 4. Guru membuat rumusan dan mengaitkan dengan tajuk muliakan ibu bapa bahagiakan keluarga.


Langkah 1 (10 minit) Dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa. ▪ Dalil Al-Quran: Maksud: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah, janganlah kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu. Hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga diri. ▪ Dalil Hadis:


1. Guru memaparkan dalil naqli kewajipan beradab kepada ibu bapa ayat 36 surah An-Nisa’ menggunakan Canva. 2. Murid membaca ayat 36 An-Nisa’ secara berulangkali. 3. Murid menghafaz ayat 36 An-Nisa’ secara berpasangan. 4. Guru membincangkan bersama-sama murid mengenai terjemahan ayat 36 surah An-Nisa’ dengan terperinci. EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi Kaedah: Hafazan berpasangan


Langkah 2 (20 minit) Cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga: Ibu dan anak Menantu dan mertua Ayah dan anak Ibu bapa dan anak Kakak dan adik Langkah 3 (10 minit) Kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga:


1. Guru memaparkan slaid power point tentang cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga dari aspek hati, percakapan dan tingkah laku melalui menggunakan projektor. 2. Murid mendengar penerangan guru. 3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 4. Setiap kumpulan diminta mencabut 1 sampul yang berbeza warna. 5. Setiap sampul mengandungi situasi yang berbezabeza. 6. Setiap kumpulan diminta melakonkan cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga yang sepatutnya diamalkan berdasarkan kepada situasi yang telah dipilih dengan kreativiti masing-masing dalam masa 3 minit. 7. Setiap kumpulan memberikan komen terhadap persembahan lakonan kumpulan lain. Amalan pedagogi masa kini: Pembelajaran koperatif: Lakonan Bahan bantu mengajar: Sampul surat berwarna-warni 1. Guru memaparkan slaid power point mengenai kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga. 2. Murid mendengar penerangan guru. 3. Setiap murid dibekalkan dengan sticky notes 4. Murid diminta menuliskan satu kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga selain yang telah EMK: Nilai murni Amalan pedagogi masa kini: PAK21 – Stick and Win


Langkah 4 (7 minit) Aktiviti pengukuhan 1. Dalil kewajipan beradab kepada ibu bapa. 2. Cara beradab dengan ibu bapa dan keluarga. 3. Kepentingan beradab dengan ibu bapa dan keluarga. Penutup (5 minit) Penutup kognitif: Kita wajib berbuat baik kepada ibu bapa. Penutup sosial: Sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak sejak dari kecil hingga dewasa.


dipelajari pada sticky notes dalam masa 3 minit. 5. Murid yang telah siap diminta menampal sticky notes berkenaan pada papan putih. 6. Murid yang telah menampal diminta memilih rakan lain untuk menilai kepentingan yang ditulis itu boleh diterima ataupun tidak. Bahan bantu mengajar: Sticky notes 1. Guru mengemukakan 4 soalan kepada murid. 2. Guru membuat putaran nama murid untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan. 3. Murid yang terpilih diminta menjawab soalan dengan betul. Amalan pedagogi masa kini: PAK21 -Wheel of names 1. Murid diminta membuat rumusan mengenai tajuk pembelajaran hari ini, “muliakan ibu bapa bahagiakan keluarga”. 2. Murid diingatkan agar sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang membesarkan anakanak dari kecil hingga dewasa. 3. Guru meminta semua murid membacakan doa kedua ibu bapa bersama-sama. 4. Murid dibekalkan dengan lembaran kerja. Penerapan nilai: Bertanggungjawab Kasih sayang Hormatmenghormati


Click to View FlipBook Version