The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwani, 2021-11-23 16:44:41

PBL F2 - MASALAH OBESITI 2021

PBL F2 - MASALAH OBESITI 2021

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Tema : Penyelenggaraan Dan Kesinambungan Hidup
Standard Kandungan : 3.2 Kepentingan gizi seimbang
Standard Pembelajaran : Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi
seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat dalam
mengekalkan kesihatan badan.

SOALAN

Obesiti dalam kalangan murid sekolah semakin meningkat di Malaysia. Ini sangat
berkaitan dengan cara pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup. Jalankan satu
kajian ke atas masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah masing-masing.
Hubungkaitkan dengan pemakanan makanan diproses dan juga makanan rapu dengan
masalah obesiti.
Cadangkan cara untuk menyelesaikan masalah ini di peringkat sekolah.

* Kerja kumpulan (4-5 pelajar)

Cadangan Langkah-Langkah Penghasilan Projek:

1) Sediakan satu soal selidik online berkaitan masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah anda
(boleh menggunakan Google Form). Soal selidik anda perlulah mempunyai maklumat-maklumat
berikut;
a) Makanan yang kerap dimakan selain daripada makanan utama (nasi) ketika di rumah sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
dilaksanakan
b) Aktiviti yang dijalankan sewaktu riadah atau pada waktu petang
c) Tinggi
d) Berat
e) BMI

2) Laksanakan kajian (sekurang-kurangnya 50 responden – responden mestilah terdiri pelajar-pelajar
Tingkatan 1- Tingkatan 5 di sekolah anda).

3) Bentangkan analisis kajian anda di dalam kelas PdPR Sains sama ada dalam bentuk graf atau mana-
mana bentuk data yang sesuai dengan menggunakan perisian Ms Powerpoint / Google Slide /
aplikasi-aplikasi lain yang sesuai.

4) Berdasarkan dapatan anda, bina 2 graf palang atau carta bar menggunakan maklumat dalam
Jadual 1 dan Jadual 2.

5) Berdasarkan dapatan dan maklumat dalam graf palang,
a. Adakah pelajar SM Sains Kepala Batas mengambil menu yang seimbang?
b. Adakah Pelajar SM Sains Kepala Batas mempunyai risiko yang besar untuk mengalami
obesiti? Terangkan jawapan anda.
c. Adakah pelajar SM Sains Kepala Batas pelajar yang aktif? Terangkan jawapan anda.
d. Cadangkan satu langkah penyelesaian yang boleh diambil oleh pelajar-pelajar untuk
mengelakkan masalah obesiti daripada berlaku di SM Sains Kepala Batas
e. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 sejak tahun 2020.
Sehingga 21 September 2021, Malaysia telah mencatatkan 24078 kematian. Adakah
obesiti merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kematian kepada pesakit covid-19?
Jelaskan jawapan anda.

Panduan penghasilan SLIDE PEMBENTANGAN (cadangan isi kandungan SLIDE PEMBENTANGAN)

Penilaian aspek Markah

Slide Pembentangan mesti mengandungi: Pengenalan 1
1. Muka depan 1
Isi 1
i. Tajuk Kandungan 1
ii. Mata pelajaran
iii. Ahli kumpulan Paparan 1
2. Isi kandungan
3. Paparan 1 Paparan 2
- Soalan tugasan
4. Paparan 2 Langkah- 2
i. Tema langkah
ii. Standard Kandungan Penghasilan
iii. Standard Pembelajaran Projek
iv. Objektif/ tujuan:
v. Ahli kumpulan dan agihan tugas Borang Soal 2
5. Paparan 3 dan seterusnya Selidik Online
- Langkah-langkah penghasilan projek
- Soal Selidik Online Dapatan 2
- Dapatan kajian Kajian 2

- Jadual Analisis Data 2
- Carta bar 2
- Analisis data Perbincangan 2
- Perbincangan
- Jelaskan dapatan kajian dengan konsep yang Rujukan 1
Lampiran 1
dipelajari JUMLAH 20
- Langkah-langkah penyelesaian masalah MARKAH

obesiti
- Adakah obesiti merupakan salah satu faktor

yang menyebabkan kematian kepada
pesakit Covid-19?
6. Paparan Penutup
- Sumber rujukan
7. Lampiran : Borang pengumpulan maklumat
Gambar/ brochure/

NOTA:

- TEMPOH TUGASAN PBL – 30.9.2021 – 20.10.2021 (3 MINGGU)
- PEMBENTANGAN PBL AKAN DIJALANKAN DI DALAM KELAS PdPR SAINS

PADA 21.10.2021 (KHAMIS)
- SLIDE PEMBENTANGAN PERLU DIHANTAR KEPADA GURU SUBJEK

MASING-MASING SEBELUM PEMBENTANGAN BERMULA

Panduan mengumpul data bagi Penilaian No 5 : DAPATAN KAJIAN

1. Dapatan Kajian:
a- Penjadualan data (dapatan kajian-penjadualan data)
i. Analisis data CONTOH
Graf Bar

DESKRIPSI BMI PELAJAR SEK

10

8

6

4

2

0

SUSUT BERAT BERAT BADAN BERLEBIHAN OBES

BADAN NORMAL BERAT BADAN

ii. Ulasan graf
- pelajar perlu mengulas data graf

1) Langkah-langkah menyelesaikan masalah obesiti di sekolah
- Nyatakan 3-4 langkah yang bersesuaian

2) Borang pengumpulan maklumat

Borang Pengumpulan maklumat.

Dapatkan maklumat daripada 50 orang pelajar SM Sains Kepala Batas mengenai makanan yang
dimakan setiap hari selain makanan utama, aktiviti yang dijalankan sewaktu riadah atau pada waktu
petang, tinggi, berat dan BMI

Bil Nama Makanan yang Aktiviti Pada Tinggi Berat BMI
kerap dimakan Waktu Riadah
selain makanan
utama (nasi) / Petang

1. Rekodkan dapatan anda dalam jadual yang dibekalkan di bawah Bil Pelajar

Jadual 1 : Jenis Makanan yang dimakan selain makanan utama (nasi)
Bil Jenis Makanan yang dimakan selain makanan utama (nasi)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Jadual 2 : Aktiviti Pelajar pada waktu riadah atau waktu petang

Bil Aktiviti Pada Waktu Riadah atau Waktu Petang Bil Pelajar
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

LAMPIRAN :
PENGIRAAN BMI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH


Click to View FlipBook Version