The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PNCPSPK_Laporan_Tahunan_UTHM_2017_Draf_Exec_LPU_AA_Semakan_v1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandi.uthm, 2018-02-04 19:33:07

PNCPSPK_Laporan_Tahunan_UTHM_2017_Draf_Exec_LPU_AA_Semakan_v1

PNCPSPK_Laporan_Tahunan_UTHM_2017_Draf_Exec_LPU_AA_Semakan_v1

Perpustakaan
Tunku Tun Aminah (PTTA)

Laporan Tahunan UTHM 2017 146

BAB 8

PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH

8.1 Pengenalan

Perkhidmatan perpustakaan merupakan salah satu sektor yang penting dalam
pendidikan tinggi. Peningkatan dalam kualiti perkhidmatan seharusnya diberi
perhatian dalam usaha menjadikan Perpustakaan sebagai pusat pengetahuan dan
pembangunan intelektual. Langkah ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau. Bagi memastikan
Perpustakaan berupaya melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kualiti
perkhidmatannya Perpustakaan mestilah bersedia untuk berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Pada masa kini pihak pengurusan Perpustakaan Akademik di
Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran kekangan kew angan. Perpustakaan
perlu mengurus peruntukan secara berhemah dan mengoptimumkan sumber sedia
ada. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani cabaran ini
adalah melalui penjanaan pendapatan. Pelbagai kaedah untuk penjanaan
pendapatan perlu dilaksanakan termasuklah sew aan ruang dan peralatan,
perkhidmatan sokongan akademik, penjualan cenderamata, perkhidmatan pakej
maklumat dan sebagainya. Selain dari itu, Perpustakaan juga perlu
mengoptimumkan penggunaan staf, pembelian bahan rujukan dan melaksanakan
pelan penjimatan tenaga dan utiliti.

Perpustakaan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan terus relevan dan berdaya
saing. Ruang fizikal yang ada perlu dioptimumkan penggunaannya untuk aktiviti
akademik, sosial, keusahawanan dan kemasyarakatan. Disamping itu menaik taraf
ruang sedia ada perlu dilaksanakan sesuai dengan keperluan pengguna dan trend
semasa (Foto 8.1). Selain itu Perpustakaan juga perlu meningkatkan perkhidmatan
secara atas talian dan penyediaan bahan digital untuk memperkasakan akses
maklumat secara maya, persidangan v ideo, komunikasi melalui media sosial dan
sebagainya dapat dilaksanakan. Pembangunan koleksi Perpustakaan perlu berpaksi
kepada permintaan pengguna dari pelbagai latarbelakang dan tahap pendidikan.
Keperluan maklumat bagi setiap pengguna adalah berbeza antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, Perpustakaan perlu memenuhi kepelbagaian keperluan
pengguna ini dalam membangunkan koleksi sama ada v ersi bercetak, sumber atas
talian dan bahan-bahan yang didigitalkan dari koleksi penulisan ilmiah univ ersiti
seperti kertas persidangan, laporan penyelidikan, artikel jurnal, tesis dan sebagainya.

Laporan Tahunan UTHM 2017 147

Foto 8.1: Suasana di PTTA

Trend penggunaan Perpustakaan ternyata telah berubah terutamanya dari
kalangan generasi muda. Keperluan maklumat pengguna pada masa kini lebih
kompleks, memerlukan perkhidmatan Perpustakaan yang lebih cekap dan responsif.
Secara relatif, pada masa kini pengguna lebih cenderung untuk mengakses secara
atas talian berbanding mengunjungi Perpustakaan secara fizikal. Pengguna lebih
selesa menggunakan telefon pintar, tablet PC, ‘laptop’ dan lain-lain gajet serta
media sosial seperti facebook, tw itter, blog dalam mendapatkan maklumat dan
berinteraksi dengan pihak Perpustakaan. Oleh yang demikian pihak Perpustakaan
perlu mengambil inisiatif membangun dan menyediakan perkhidmatan digital secara
terancang, sistematik dan bersepadu dengan mengambilkira keperluan pengguna
dan perkembangan teknologi semasa dalam pemilihan perkakasan, perisian,
teknologi dan sistem Perpustakaan yang bersesuaian seperti gambaran dalam
Foto 8.2.

Perubahan dalam bidang pendidikan tinggi dan kemajuan teknologi pada
masa kini memerlukan pustakaw an memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Oleh itu, pihak perpustakaan perlu membangunkan kemahiran staf dalam mengesan
dan mencapai maklumat, menyampaikan maklumat dengan berkesan dan
berkeupayaan memberikan khidmat rundingan yang memuaskan kepada
pengguna. Pengguna Perpustakaan sama ada staf akademik, penyelidik dan pelajar
akan menilai kemampuan Perpustakaan berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan
yang diberikan. Oleh itu, pihak Perpustakaan perlu menyediakan sumber maklumat
yang berkualiti, penyampaian perkhidmatan yang terbaik, menjalinkan kerjasama
dengan fakulti dan pusat kecemerlangan dan sebagainya.

Laporan Tahunan UTHM 2017 148

Foto 8.2: Penerangan Pegawai perpustakan mengenai sistem perkhidmatan digital

Perpustakaan akan terus menerajui pembangunan harta intelek dan
menyokong program kesarjanaan Universiti. Antara langkah yang perlu diperluaskan
adalah dengan menjadikan Perpustakaan sebagai pusat rujukan yang terlibat
secara aktif dalam proses pengumpulan, pemuliharaan dan penyebaran koleksi
harta intelek para ilmuw an. Oleh itu para ilmuw an perlu dilibatkan sebagai pakar rujuk
dalam pembangunan koleksi khusus. Pustakaw an juga perlu berperanan dalam
penyebaran maklumat yang berkaitan dengan hak cipta, lesen dan perjanjian agar
pengguna mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

8.2 Perkembangan Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Koleksi

Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM menyediakan koleksi rujukan
yang pelbagai kepada para pengguna untuk membuat rujukan. Sehingga Disember
2017, jumlah koleksi PTTA UTHM adalah sebanyak 279,062 naskah monograf dan audio
v isual, 18,283 judul tesis, 50 judul bahan serial dan 210,491 judul koleksi atas talian.

Pendaftaran Keahlian

Pihak PTTA UTHM akan mendaftarkan semua pelajar dan staf UTHM sebagai
ahli. Pelajar dan staf baru dinasihatkan agar menyemak akaun pengguna melalui
laman w eb PTTA UTHM. Pihak PTTA UTHM memuat-turun rekod pelajar/staf dari sistem
maklumat pelajar/staf ke dalam sistem PTTA UTHM dari semasa ke semasa. Sekiranya
rekod tersebut masih belum terdapat dalam sistem, pengguna hendaklah mengisi
borang pendaftaran keahlian di Kaunter Sirkulasi. Kelayakan peminjaman bagi setiap
ahli akan ditentukan mengikut kategori pengguna. Ahli masyarakat di luar kampus
boleh memohon keahlian luar untuk bersama memanfaatkan sumber maklumat,
perkhidmatan dan kemudahan.

Laporan Tahunan UTHM 2017 149

Peminjaman Dan Pemulangan

Peminjaman bahan PTTA UTHM boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau di
mesin pinjaman layan diri. Pengguna perlu membaw a kad pelajar/staf semasa
berurusan di kaunter atau mesin pinjaman. Pengguna dilarang menggunakan kad
pengguna lain. Setiap transaksi peminjaman bahan akan disertakan slip peminjaman.
Pengguna dinasihatkan menyemak tarikh pemulangan bahan pada slip tersebut
atau melalui rekod pinjaman dalam akaun pengguna bagi mengelakkan dendaan
lew at memulangkan bahan. Kadar dendaan lew at adalah mengikut kategori bahan.
Pemulangan bahan perpustakaan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi atau melalui
Book Drop (Foto 8.3). Setiap transaksi pemulangan bahan akan disertakan slip
pemulangan. Pengguna dinasihatkan menyimpan slip tersebut sehingga rekod
pinjaman dalam akaun pengguna disemak dan dipastikan telah dikemaskini.

Foto 8.3: Sistem Book Drop

Perkhidmatan Penghantaran

Perkhidmatan penghantaran bahan PTTA UTHM adalah untuk staf akademik
dalam kaw asan kampus sahaja. Perkhidmatan ini meliputi penghantaran bahan
yang ditempah iaitu buku koleksi akses terbuka, bahan audio v isual dan bahan yang
dimohon melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan. Bahan yang
dimohon akan direkodkan dalam akaun pengguna pemohon dan akan dihantar ke
pejabat pemohon. Pengguna juga boleh memohon untuk memulangkan bahan
melalui perkhidmatan ini.

Laporan Tahunan UTHM 2017 150

Pangkalan Data Atas Talian

Pangkalan data atas talian adalah salah satu kemudahan yang di sediakan
oleh PTTA UTHM bagi memenuhi keperluan akademik di Universiti. Subjek bidang yang
disediakan dalam pangkalan data ini meliputi bidang kejuruteraan, sains,
pengurusan, ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Akses pangkalan data
ini adalah secara atas talian dan boleh dicapai oleh pengguna di dalam atau luar
kaw asan UTHM. Pangkalan data ini menyediakan akses teks penuh yang boleh
dibuka melalui format PDF atau HTML.

Jurnal Elektronik

Sehingga Disember 2017, sebanyak 80 judul jurnal terdapat di dalam koleksi
PTTA UTHM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 66 judul disediakan pautan dalam
v ersi elektronik yang boleh diakses secara teks penuh manakala 14 judul adalah
dalam bentuk bercetak. Judul elektronik ini boleh dicapai di dalam kaw asan kampus
dan menggunakan EZproxy bagi luar kampus.

Buku Elektronik

PTTA UTHM telah memperoleh dan melanggan tiga (3) pangkalan data yang
menyediakan kemudahan e-buku iaitu ProQuest Ebook Central (Ebrary), Knov el dan
I GI Global I nfoSci. Selain itu, pengguna juga dapat mengakses eBook Collection
(EBSCOhost) dan World Scientific e-Books yang diperoleh oleh Pusat Sitasi Malaysia.
Sebanyak 158,888 judul e-buku telah disediakan dan boleh diakses oleh pengguna 24
jam sehari, 7 hari seminggu. e-buku ini menggunakan format PDF dan boleh diakses
di dalam kaw asan kampus dan luar kampus dengan menggunakan EZproxy.

Perkhidmatan Rujukan

Pengguna yang ingin mendapatkan bahan untuk penyelidikan dinasihatkan
berjumpa pustakaw an di meja rujukan (Aras 1). Pengguna boleh berbincang dengan
pustakaw an yang bertugas untuk mendapatkan panduan berkenaan kaedah
pencarian bahan yang sesuai dengan keperluan pengguna. Pustakaw an akan
mengenalpasti keperluan sebenar pengguna sebelum mencadangkan beberapa
sumber maklumat yang boleh digunakan.

Kelas Kemahiran Literasi Maklumat

Kelas ini adalah program bimbingan khusus mengenai penggunaan
perkhidmatan dan kemudahan di PTTA UTHM. Pustakaw an akan mengendalikan
kelas pada tarikh yang telah ditentukan pada setiap semester. Topik perbincangan
meliputi teknik pencarian bahan melalui katalog perpustakaan dan pencarian

Laporan Tahunan UTHM 2017 151

maklumat melalui pangkalan data atas talian. Dengan mengikuti kelas ini, pengguna
berpeluang mempraktikkan teknik pencarian maklumat dengan bimbingan
pustakaw an. Sehingga Disember 2017, kelas kemahiran yang diadakan oleh PTTA
UTHM adalah berjumlah 51 sesi dengan kehadiran 3,838 peserta seperti di Foto 8.4.

Foto 8.4: Kelas Kemahiran Literasi Maklumat

Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan ini membantu pengguna mendapatkan bahan yang tiada
dalam koleksi PTTA UTHM tetapi terdapat di perpustakaan univ ersiti tempatan yang
lain dan di British Library. Bahan rujukan yang dibenarkan dipinjam melalui
perkhidmatan ini adalah buku, artikel jurnal, kertas persidangan dan piaw ai sahaja.
Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan kepada pengguna. Tempoh pinjaman
bahan yang dimohon adalah tertakluk kepada peraturan yang dikenakan oleh
perpustakaan pembekal. Pengguna dikehendaki mengisi maklumat bahan yang
dimohon dengan lengkap dalam borang permohonan PAP yang boleh didapati di
Kaunter Sirkulasi. Status permohonan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui
e-mail atau telefon.

Penyebaran Maklumat Terpilih

Perkhidmatan ini meliputi penghantaran halaman kandungan jurnal terkini dan
senarai bahan baru. Perkhidmatan halaman kandungan jurnal terkini adalah untuk
staf akademik sahaja dimana halaman kandungan jurnal yang dipilih akan dihantar
terus kepada pemohon melalui e-mail. Perkhidmatan senarai bahan baru disediakan
untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai bahan-bahan terkini di PTTA
UTHM. Senarai ini diedarkan kepada pelajar dan staf.

Laporan Tahunan UTHM 2017 152

8.3 Kemudahan-Kemudahan Lain

Katalog Perpustakaan
Pengguna boleh mengakses katalog perpustakaan (OPAC) melalui laman

w eb PTTA UTHM menggunakan komputer yang disediakan di setiap aras. Melalui
OPAC, pengguna boleh melakukan carian rekod bibliografi dan status bahan rujukan
yang terdapat di PTTA UTHM. Pengguna juga boleh menyemak akaun perpustakaan
menggunakan kemudahan ini.

Loker

Pengguna boleh menyimpan barang di dalam loker yang disediakan
berhampiran pintu masuk utama PTTA UTHM. Pengguna dinasihatkan tidak
menyimpan barangan berharga. Pihak PTTA UTHM tidak bertanggungjaw ab keatas
sebarang kehilangan barang persendirian milik pengguna.

Karel Terbuka (BILIK IQRA’)

Pengguna yang memerlukan privacy untuk belajar boleh menggunakan bilik
karel (Bilik I qra’). Terdapat 2 jenis bilik karel (iqra’) iaitu bilik karel terbuka dan bilik karel
tertutup (tempahan sahaja seperti Foto 8.5). Bilik karel terbuka boleh digunakan pada
bila-bila masa secara w alk-in. Manakala bilik karel tertutup pula pengguna perlu
membuat tempahan untuk menggunakannya. Tempahan boleh di buat di kaunter
sirkulasi perpustakaan. Pengguna boleh menempah bilik karel tertutup selama satu
bulan sehingga enam bulan dengan kadar sew a sebanyak RM10 tanpa GST/sebulan.
Terdapat 118 bilik karel di PTTA, 61 adalah terbuka mankala 57 adalah untuk
tempahan sahaja.

Foto 8.5: Bilik Karel 153
Laporan Tahunan UTHM 2017

Kunci Laptop

Kunci laptop disediakan untuk memastikan keselamatan laptop pengguna
semasa berada di dalam PTTA UTHM. Pengguna yang membaw a laptop dinasihatkan
menggunakan kemudahan ini. Permohonan untuk meminjam kunci laptop boleh
dilakukan di Kaunter Sirkulasi (Aras 1).

WI-FI Access

Bangunan PTTA UTHM dilengkapi dengan kemudahan mengakses internet
tanpa w ayar atau Wi-Fi.

Mesin Pinjaman Layan Diri

Pengguna boleh meminjam buku koleksi Akses Terbuka tanpa perlu beratur di
Kaunter Sirkulasi dengan menggunakan lima (5) unit mesin pinjaman layan diri yang
disediakan seperti Foto 8.6. Terdapat 1 unit di tingkat 1, manakala 4 unit lagi berada
di tingkat 3 dan 4.

Foto 8.6: Mesin pinjaman layan diri

Book Drop

Tiga (3) unit Book Drop disediakan untuk pemulangan buku iaitu di aras bawah
Bangunan PTTA UTHM, Arked dan Kolej Kediaman Tun Dr. I smail untuk pemulangan
buku yang beroperasi 24 jam.

Bilik IQRA'

Seratus (100) unit bilik karel yang dinamakan Bilik I qra', disediakan untuk
kemudahan pengguna yang memerlukan lebih privacy untuk belajar bersendirian.
Bilik-bilik tersebut yang dilengkapi dengan network point dan electric socket terletak
di Aras 2 dan Aras 4. Kadar sew aan adalah sebanyak RM10.00/ bulan.

Laporan Tahunan UTHM 2017 154

Bilik Hikmah Dan Eksplorasi

Empat puluh (40) unit bilik untuk kemudahan pengguna mengadakan
perbincangan dan pembelajaran secara berkumpulan disediakan di Aras 2 dan Aras
3. Bilik-bilik ini dinamakan Bilik Hikmah dan Bilik Eksplorasi. Bilik Hikmah boleh
memuatkan sehingga 6 orang pengguna, manakala Bilik Eksplorasi pula sehingga 10
orang pengguna. Bilik-bilik tersebut dilengkapi dengan network point dan electric
socket. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter Sirkulasi (Aras 1).

Bilik Lestari

Dua (2) unit bilik disediakan untuk kemudahan pengguna mengadakan
persidangan dan perbincangan ilmiah di Aras 3. Bilik-bilik ini dinamakan Bilik Lestari
seperti Foto 8.7. I a boleh memuatkan sehingga 80 orang pengguna bagi setiap bilik
dan dilengkapi dengan projektor LCD dan skrin. Tempahan boleh dilakukan di
Kaunter Sirkulasi (Aras 1).

Foto 8.7: Bilik Lestari

Bilik Pencarian Maklumat
Pengguna boleh menggunakan lima puluh (50) unit komputer yang disediakan

di dalam Bilik Pencarian Maklumat yang terletak di Aras 2 untuk mengakses online
databases, e-journals, e-books dan katalog perpustakaan. Melayari internet hanya
dibenarkan untuk tujuan penyelidikan dan akademik sahaja. Bilik ini dilengkapi
dengan pencetak laser. Bayaran bagi mencetak sehelai kertas bersaiz A4 ialah
RM0.20 untuk cetakan hitam dan putih dan RM0.50 untuk cetakan w arna.

Bilik Sarjana AL-SHIRAZI

Bilik Sarjana Al-Shirazi disediakan khas untuk kegunaan pelajar pasca ijazah
dan staf akademik. I a terletak di Aras 3 dan boleh memuatkan sehingga 100 orang
pengguna. Bilik ini dilengkapi dengan tiga puluh (30) unit komputer, sofa, TV, karel,
electric socket dan network point.

Laporan Tahunan UTHM 2017 155

Bilik Bacaan 24 Jam

Bilik Bacaan 24 Jam boleh digunakan untuk aktiv iti pembelajaran semasa dan
selepas w aktu pembukaan perpustakaan. I a dilengkapi dengan electric sockets dan
wireless internet access, dan mampu memuatkan sehingga 500 orang pengguna.

Bilik Jurnal

Bilik Jurnal menempatkan koleksi jurnal dan majalah yang dilanggan oleh PTTA
UTHM. Koleksi ini adalah untuk bacaan dalaman sahaja. I a terletak di Aras 3 dan boleh
memuatkan sehingga 50 orang pengguna.

Bilik Rujukan Terhad

Bilik Rujukan Terhad disediakan untuk kegunaan pengguna merujuk bahan-
bahan koleksi rujukan, koleksi akses terhad, koleksi khas dan akhbar harian. Bahan-
bahan tersebut adalah untuk bacaan dalaman sahaja. Bilik ini terletak di Aras 1 dan
boleh memuatkan sehingga 140 orang pengguna.

Auditorium AL-JAZARI

Auditorium Al-Jazari seperti Foto 8.8 boleh memuatkan sehingga 150 orang
pengguna terletak di Aras 3 dengan dilengkapi projektor LCD dan skrin. I a boleh
digunakan untuk tayangan v ideo akademik yang berkaitan dengan program
pengajaran dan pembelajaran di univ ersiti. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter
Sirkulasi (Aras 1).

Foto 8.8: Auditorium Al-Jazari

Bacaan Terbuka

Ruang bacaan terbuka terdapat di Aras 2, 3 dan 4. Meja bacaan untuk 2 dan
4 pengguna dan karel disediakan. Electric socket dan network point juga disediakan
disebahagian ruang tersebut.

Laporan Tahunan UTHM 2017 156

Ruang Galeri Dan Pameran

Ruang galeri dan pameran terletak di Aras 1 berhampiran Kaunter Sirkulasi.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan PTTA UTHM,
pengetahuan am dan isu semasa dengan mengunjungi ruang ini.

Kiosk Maklumat

Kiosk Maklumat adalah touch screen directory yang membolehkan pengguna
mendapatkan maklumat mengenai PTTA UTHM seperti pelan lantai, lokasi bilik-bilik,
w aktu perkhidmatan, koleksi, perkhidmatan, kemudahan dan direktori staf. Ia
ditempatkan di Aras 1 berhadapan dengan pintu masuk utama PTTA UTHM.

8.4 Lawatan Pihak Luar

Sepanjang tahun 2017, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM telah
menerima law atan seramai sekurang-kurangnya 1,750 orang pelaw at dari 39
organisasi dalam dan luar negara seperti Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Senarai dan jumlah pelawat bagi tahun 2017

Bil Tarikh Organisasi/Program Jumlah Kategori Pelawat Jumlah
Pelawat
Staf/Guru Pelajar

1 1/2/2017 Taska Hikmah UTHM 4 30 34

2 15/02/2017 Sek. Men. Keb.Agama W ataniah, 4 38 42
18500 Machang Kelantan

3 26/02/2017 Univ ersiti Teknologi Petronas 6 -6

Sek. Men.Keb Tasek Utara 2, Jalan

4 26/02/2017 Taruka, Off Jalan Datin Halimah 4 36 40
80350 Johor Bahru

5 19/03/2017 Sek. Men. Keb Jengka 6, Marang 6 25 31
Pahang (Bawah Fakulti)

6 5/4/2017 Kolej Vokasional Batu Pahat Johor 4 49 53

7 12/4/2017 SMK Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram, 4 38 42
Johor

SMK Dato' Sulaiman, Parit Sulong,

8 12/4/2017 Batu Pahat, Johor (Khidmat 14 32 46

Masyarakat Perpustakaan)

9 13/04/2017 SMK Semencu, Kota Tinggi, Johor 4 82 86
Bahru

10 20/04/2017 Sek. Keb. LKTP Kemelah, Segamat 6 41 47
Johor.

11 30/04/2017 Sek. Men. Seri Medan, Jalan Parit Haji 2 40 42
Arif, Sri Medan, Batu Pahat.

Lawatan Akademik dari Kementerian

12 2/5/2017 Pendidikan Malaysia, Jabatan 16 46 62

Pendidikan Negeri Pulau Pinang

13 3/5/2017 SMP Plus Rahmat, Pasantren Kota 15 44 59
Kediri, Jawa, Indonesia.

14 23/05/2017 Kolej Vokasional Batu Pahat Johor 3 28 31

15 23/05/2017 Sek. Men. Keb. Meru, Klang, Selangor 4 40 44

16 6/6/2017 Tadika Khalifah Junior, UTHM 5 50 55

Laporan Tahunan UTHM 2017 157

Jadual 8.1: Senarai dan jumlah pelawat bagi tahun 2017 (Sambungan)

Bil Tarikh Organisasi/Program Jumlah Jumlah Bil
Kategori Pelawat
17 6/7/2017 S ek.Men.Mat ang, Pelawat 44
Sek. Men. Jenderis 40 22
4 20 24
18 9/7/2017 Univ ersiti Neresuan Thailand 2 22
2 89
19 6/7/2017 Kolej Vokasional Sungai Buluh, 79 59
S el angor 10 54 4
4 24
Sek. Men. Agama An-Nur, Sek. 5 20 20
20 17/08/2017 Agama Bantuan Kerajaan (SABK) - 15 42
33 42
Benut, Pontian, Johor 5 37 46
5 41 70
21 28/08/2017 Unida Gontor, Indonesia 9 40 31
29
22 17/09/2017 Sek. Men.Keb. Dato' Sulaiman Parit 5 25
Sulong, Batu Pahat 21 55
5 50 42
23 8/10/2017 SMK Munshi Sulaiman (Pendidikan 30 40 83
Khas) 80
2 102
24 8/10/2017 SMK Suria Perdana (Pendidikan Khas) 100
4 44
25 8/10/2017 SMK Seri Medan (Pendidikan 36 39
Khas) 5 35 52
25 25
26 8/10/2017 S MK Dat o' Onn 2 20 33
30 13
(Pendidikan Khas) 3 10 1750

27 8/10/2017 SMK Datin Onn Jaafar (Pendidikan 2
Khas)
8
28 12/10/2017 SMK Tun Ismail
4
Sek. Men. Agama Parit Raja (SABK), 27
5
29 17/10/2017 Pos 2, Jln Sekolah Arab, Parit Raja, 3
Batu Pahat. 3

30 19/10/2017 Tabika KEMAS Parit Hailam, Kg. Parit
Hailam, Senggarang, Batu Pahat

31 19/10/2017 Tabika Khalifah Junior, Univ ersiti Tun
Hussein Onn Malaysia

32 24/10/2017 Sek. Men. Kebangsaan Seri Intan, Jln
Intan 1, Taman Intan, Kluang, Johor

33 25/10/2017 Sek. Men. Sri Medan, Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor

Sek. Men. Agama Parit Raja (SABK),

34 13/11/2017 Pos 2, Jln Sekolah Arab, Parit Raja,

Batu Pahat.

35 15/11/2017 Sek. Keb. Pasir Panjang Kuala
Terengganu

36 16/11/2017 Kolej Profesional Mara Bandar
Penawar, Kota Tinggi, Johor.

37 26/11/2017 Tadika W imin Ayer Hitam.

38 19/12/2017 Tadika ABS Taman Univ ersiti Parit Raja

39 27/12/2017 Tadika UTHM

40 28/12/2017 Rumah Kebajikan Asnaf Sahabat
Muqarrabin Muadzam Shah

Jumlah Pelawat

8.5 Program Kemasyarakatan

PTTA UTHM turut terlibat di dalam aktiv iti-aktiviti kemasyarakatan bagi
mengembangkan fungsi dan peranannya sebagai gedung ilmu, yang bukan hanya
tertumpu kepada w arga kampus malah kepada suatu kelompok yang lebih besar
dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan yang sedang

Laporan Tahunan UTHM 2017 158

dahagakan ilmu pengetahuan. Sepanjang tahun 2017, PTTA UTHM telah
menganjurkan 10 program khidmat masyarakat di sekitar Johor, termasuk program
yang dijalankan di PTTA sendiri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Senarai Program kemasyarakatan

Bil. Nama Program T arikh Pengisian Program Peserta
5 orang staf
Program Perpustakaan  Menyampaikan Perpustakaan Tunku
Tun Aminah, UTHM
1. Angkat S ekolah 9 Mac 2017 sumbangan 2 buah 12 orang AJK
Kebangsaan Bandar komputer untuk Program Khidmat
Masyarakat
Paloh kegunaan pusat sumber. Perpustakaan Tunku
Tun Aminah, UTHM
Program Eksplorasi  Pendedahan kepada
pelajar tentang peluang 25 orang AJK
Kampus S ekolah 12 April melanjutkan pelajaran di Program Khidmat
2017 UTHM.
2. Menengah Kebangsaan Masyarakat
 Tips pelajar cemerlang Perpustakaan Tunku
Dato' Sulaiman, Parit dan pengurusan masa Tun Aminah, UTHM

S ul ong 10 orang AJK
Program Khidmat
 Menambah koleksi
bahan bacaan untuk Masyarakat
Perpustakaan Tunku
sekolah yang terlibat. Tun Aminah, UTHM

 Menjadikan murid 12 orang staf
banyak membaca Perpustakaan Tunku

Program Khidmat bukan sahaja Tun Aminah.

3. Masyarakat Sekolah 20-22 April pembacaan yang
berori ent asi kan
Kebangsaan Seri Utama, 2017

Semerah, Batu Pahat peperiksaan

 Menggalakkan sekolah

terus menjana idea

kreatif dan inov atif bagi

menyertai tabiat

membaca.

 Mewujudkan sudut

Program Khidmat membaca bagi
kegunaan masjid.
4. Masyarakat Masjid 22 April  Menggalakkan
2017 masyarakat setempat
Kampung Sungai Nibong, terus menjana idea
kreatif dan inov atif bagi
Semerah, Batu Pahat menyertai tabiat

membaca.
 Menceriakan kawasan

sudut membaca.

 Membantu memberikan
khidmat nasihat dalam

menubuhkan sebuaH

pusat sumber di kawasan

Parit Yaa'ni.

 Menyediakan susun atur

Program Jaringan 9 Mei 2017 dan hiasan dalaman
hingga pusat sumber mengikut
5. Komuniti Khidmat Nasihat kesesuaian.
20 Mei 2017 Menceriakan dan
Al Huda Toy Library, Parit  menyediakan maklumat

Yaa'ni.

arahan di pusat sumber.

 Membantu mendidik

petugas sedia ada

dalam penyusunan

bahan bacaan mengikut

peraturan perpustakaan.

Laporan Tahunan UTHM 2017 159

Jadual 8.2: Senarai Program kemasyarakatan (Sambungan)

Bil. Nama Program T arikh  Pengisian Program Peserta

 Mengadakan kem 25 orang AJK
Program Khidmat
motiv asi kepada pelajar
Masyarakat
sebelum menjalani Perpustakaan Tunku
Tun Aminah, UTHM
Program Mot i vasi 17 hingga peperiksaan.
19 Ogos  Pendedahan kepada 12 orang AJK
6. bersama S ekolah Program Khidmat
2017 pelajar tentang peluang
Menengah Agama Al- melanjutkan pelajaran di Masyarakat
UTHM. Perpustakaan Tunku
Hidayah, Benut, Pontian. Tun Aminah, UTHM

 Ekplorasi bahan

bermaklumat di

perpust akaan

 Mengadakan kem

motiv asi kepada pelajar

Kursus Literasi Maklumat sebelum menjalani

Pelajar Tingkatan 6, 22 peperiksaan.

7. Sekolah Menengah Nov ember  Pendedahan kepada

Kebangsaan Tun Ismail, 2017 pelajar tentang peluang

Parit Raja melanjutkan pelajaran di

UTHM.

 Mendidik dan mengajar

teknik menggunakan sifir

dengan teknik yang

Program Bijak Sifir di t erki ni . 4 orang staf
Perpustakaan Tunku
8. Sekolah Kebangsaan Seri 21 April  Mewujudkan kerjasama
Utama, Semerah, Batu 2017 aktiv iti pelajar diantara Tun Aminah.

Pahat sekolah dan univ ersiti. 4 orang staf
Perpustakaan Tunku
 Sempena Program
Tun Aminah.
Jalinan Ukhuwah Masjid
4 orang staf
& Surau (JUMS) Perpustakaan Tunku

 Mendidik dan mengajar Tun Aminah.

teknik origami.

 Mendidik kesabaran

Origami bersama Tadika murid dalam membentuk

9. Khalifah Junior, UTHM di 16 Mei 2017  satu-satu origami.
Perpustakaan Permata Mewujudkan kerjasama

Hikmah, PTTA. aktiv iti pelajar diantara

sekolah dan univ ersiti.

 Sempena Program Sister

Talk @ Library

Pertandingan Mewarna  Mendidik dan mengajar

bersama Tabika KEMAS teknik mewarna.

Parit Hailam, Kampung 19 Oktober  Pendedahan teknik
2017  mewarna yang betul.
10. Parit Hailam, Senggarang, Mewujudkan persaingan

Bat u Pahat di

Perpustakaan Permata sesama pelajar dengan

Hikmah, PTTA. cara yang sihat.

Laporan Tahunan UTHM 2017 160

8.6 Aktiviti Promosi dan Pameran

Pelbagai aktiv iti telah dirancang oleh pihak Perpustakaan Tunku Tun Aminah
(PTTA) UTHM bagi menyemarakkan lagi program promosi perpustakaan kepada
semua w arga univ ersiti. Antara aktiv iti yang telah diadakan sepanjang tahun 2017
ialah Program Hari Bersama Pelanggan dan pameran sama ada pameran buku atau
pameran berkaitan perkhidmatan dan kemudahan PTTA UTHM serta pengetahuan
am bagi menyampaikan mesej penting kepada pengguna dengan cara yang lebih
praktikal dan efisien. Objektif utama pelaksanaan Program Hari Bersama Pelanggan
ialah bagi memberi peluang kepada pengguna PTTA UTHM menggunakan
perkhidmatan yang disediakan secara lebih cepat dan mudah. Di samping itu, ia
juga dapat meningkatkan kesedaran pengguna dengan mempromosikan
perkhidmatan dan kemudahan terbaru yang disediakan oleh pihak PTTA UTHM.
Justeru, hubungan yang lebih mesra antara staf PTTA UTHM dengan pengguna sama
ada staf atau pelajar dapat diw ujudkan. Sepanjang tahun 2017, pihak PTTA UTHM
telah melaksanakan empat (3) Program Hari Bersama Pelanggan (Foto 8.9) dan tujuh
(5) pameran di sekitar UTHM.

Foto 8.9: Program Hari Bersama Pelanggan

8.7 Kejayaan Pencapaian dan Pengiktirafan

Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) UTHM telah memperolehi beberapa
pencapaian/kejayaan pada tahun 2017. Antaranya ialah Kumpulan KI K daripada
PTTA iaitu kumpulan Firuz telah menyertai pameran inov asi I nDeLib2017 yang
diadakan pada 13 September 2017 di DEWAN TUN ABU ZAHAR, Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP), Kuala Lumpur seperti yang ditunjukkan dalam Foto 8.10. Keputusan
daripada pameran tersebut, Kumpulan Firuz telah dipilih oleh The I nternational
Federation of Library Associations and I nstitutions (I FLA) untuk menyertai pameran
inov asi di World Library and I nformation Congress yang akan berlangsung pada bulan
Ogos 2018 di Kuala Lumpur Conv ention Centre. Di samping itu, tiada ketidakpatuhan
dalam auditan I SO 9001:2008 – Recertification Audit Plan oleh SI RIM terhadap Pusat

Laporan Tahunan UTHM 2017 161

Tanggungjaw ab ini. Sepanjang tahun 2017 juga, PTTA UTHM juga telah membantu
fakulti dalam proses pengiktirafan programdaripada Malaysian Qualification Agency
(MQA) dan Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi 6 program
terpilih sebagaimana butiran berikut:

i. Program Sarjana Muda Teknologi Makanan
ii. Program Sarjana Muda Statistik I ndustri
iii. Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
iv . Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

 Program Diploma Kejuruteraan Aw am
 Program Diploma Kejuruteraan Elektrikal

Berdasarkan kepada maklum balas pihak audit MQA, keupayaan PTTA UTHM dalam
persediaan koleksi, kemudahan dan perkhidmatan kepada keperluan pelajar
berada di tahap terbaik.

Foto 8.10: Pameran inovasi InDeLib2017

Laporan Tahunan UTHM 2017 162

Laporan Tahunan UTHM 2017 163


Click to View FlipBook Version