The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TNCHEPA_Skrip_Penuh_Amanat_2020_Edaran_v1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandi.uthm, 2020-02-11 08:57:53

TNCHEPA_Skrip_Penuh_Amanat_2020_Edaran_v1

TNCHEPA_Skrip_Penuh_Amanat_2020_Edaran_v1

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (HEPA)

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi”

Afandi Bin Ahmad

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 2/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Bahagian A: Pendahuluan

1. Perjuangan Tahun Pertama
a. Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja HEPA atas kesungguhan
dalam merealisasikan segala perancangan dan tindakan, seawal saya memulakan tugas
pada 15 November 2018 serta sepanjang tahun 2019.

b. Terima kasih juga kepada semua kepimpinan mahasiswa yang bersama-sama mengorak
langkah perubahan dalam usaha kita memberikan khidmat terbaik khususnya kepada para
pelajar di UTHM.

c. Penghargaan juga kepada YBhg Datuk Naib Canselor serta kepimpinan Universiti yang
banyak memberikan tunjuk ajar bagi membolehkan saya melaksanakan fungsi sebagai
TNCHEPA dengan berkesan.

d. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-
jemu memberikan teguran, menjadi cermin buat saya dan teruslah memberi teguran demi
kebaikan organisasi.

e. Jika pada tahun 2019, amanat disampaikan pada hari ke 78 saya memikul amanah
memimpin HEPA UTHM, hari ini sampai pula pada titik berikutnya, hari ke 455. Pantas
sekali masa berlalu dan pada sepanjang tempoh ini, banyak perkara baharu yang saya
pelajari. Mohon jasa baik agar warga HEPA terus mendoakan agar saya terus diberi
kekuatan dan kesabaran, memikul amanah besar ini dengan penuh integriti dan dedikasi.

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 3/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Bahagian B: Penghargaan

2. Terima Kasih Mantan YB Menteri Pendidikan
a. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri
Pendidikan, YB Dr Maszlee Bin Malek atas daya kepimpinan dan usaha menyeluruh yang
dilakukan sepanjang beliau memimpin pendidikan di Malaysia.

b. Dengan tema “Pendidikan Untuk Semua”, pelbagai perkara positif terus dipergiatkan oleh
kita semua. Misalnya kini, kita sedang mengusahakan penelitian dan pelaksanaan dasar
inklusif orang kelainan upaya (OKU) di UTHM. Walaupun pada masa ini, kita hanya memiliki
22 orang pelajar OKU di UTHM, tidak sama sekali angka kecil ini menjadi alasan untuk kita
meminggirkan mereka.

c. Kita juga tetap terus memberikan ruangan pemberdayaan kepada mahasiswa untuk
merealisasikan kesatuan pelajar yang seharusnya boleh memberikan lebih daya saing dan
membina kematangan serta memperkaya pengalaman.

d. Saya secara peribadi juga begitu dekat dengan tiga (3) nilai yang sentiasa menjadi sebutan
beliau, iaitu kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati. Saya akan terus
menjadikan nilai ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan saya selaku yang diberi
amanah sebagai TNCHEPA.

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 4/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Bahagian C: Panduan & Buah Fikiran

3. Amanat YB Pemangku Menteri Pendidikan
a. Dengan mengemukakan 14 amanat dan aspirasi, jelas sekali mesej yang jelas disampaikan
misalnya berhubung agenda pemerkasaan STEM, pendidikan TVET, Sekolah Wawasan
dan Kemakmuran Bersama.

b. Dalam konteks Sekolah Wawasan misalnya, sejauh manakah kita melihat mahasiswa kita
yang berbilang bangsa duduk bersama menyantuni antara satu sama lain? Bagaimanakah
agaknya tahap patriotisme dalam kalangan mereka? Adakah setelah berada di Universiti,
perkara ini menjadi lebih baik?

c. Bagaimana pula fahamnya kita akan gagasan Wawasan Kemakmuran Bersama? Apakah
peranan yang Universiti perlu mainkan ke arah menjayakan WKB 2030? Saya kira,
nampaknya beberapa isu penting seperti WKB 2030 dan Sustainable Development Goals
2030 (SDG) perlu kita berikan lebih perhatian.

4. Amanat YBhg Datuk Naib Canselor
a. Mendepani tahun 2020, tiga (3) cabaran utama digariskan dan memerlukan kita bersama-
sama membuat penelitian, iaitu kecekapan organisasi, pemantapan jenama dan kelestarian
kewangan. Tema “Mendominasi Cabaran & Memenuhi Impian” diangkat sebagai seruan
agar kita terus berani menghadapi cabaran dan berjiwa besar untuk memenuhi impian.

b. Jelas sekali, dalam konteks HEPA tiga (3) cabaran ini sangat berkait rapat – bagaimana
organisasi di HEPA boleh memberikan perkhidmatan kepada para pelajar dengan lebih
cekap dan berdaya saing? Bagaimana bakat pelajar boleh memperkukuh jenama UTHM di
peringkat domestik dan global? Bagaimana kita menguruskan sumber kewangan secara
bijaksana dan lestari?

c. Sepanjang tahun 2019, saya kerap kali menekankan konsep “accrual accounting” kepada
semua kepimpinan HEPA, agar seluruh organisasi HEPA mula mengurus sumber
kewangan dengan prinsip pengurusan perakaunan yang tepat. Tidak ketinggalan juga,

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 5/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

saya mula cuba melakukan transformasi minda kepimpinan mahasiswa dalam aspek
kewangan aktiviti pelajar. Sekiranya kira cuai dalam menerapkan konsep ini, saya bimbang
kita tidak berbelanja dengan teratur.

d. Dalam pada itu, amanat mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) antaranya berkaitan
pengurusan perubahan mesti terus diberikan perhatian yang serius. Sebahagian daripada
kita, masih lagi selesa dengan cara kerja yang sama tanpa penilaian penambahbaikan
kualiti berterusan. Dengan mutakhir ini perkembangan dunia VUCA semakin menjadi-jadi,
kita tidak lagi relevan sekiranya kita tidak sedia berubah untuk menerima perubahan.

e. “No Gift Policy” dan “Saya Yang Menjalankan Amanah” (SYMA) adalah antara contoh
mengapa integriti perlu diangkat sebagai intipati amanat pada tahun ini. Integriti merentasi
semua pihak – kita warga staf mesti menunaikan amanah dengan penuh integriti. Ini sudah
tentu cukup berat untuk direalisasi. Bagaimana pula dengan tugas untuk mendidik nilai
integriti dekat diri mahasiswa?

f. Sebagai IPTA Model 2 serta peneraju TVET, persoalan kebolehpasaran graduan (GE)
dilihat begitu dekat dengan HEPA. Akan tetapi, saya kira ini bukanlah resipi yang tepat.
Jenama UTHM menerusi GE yang hebat bukan kerja pihak HEPA semata-mata. Bukan
juga usaha singkat semalaman, tetapi perlu dihayati dan menjadi amali buat semua, agar
gagasan “We Produce Professionals” bukan hanya indah dalam sebutan sahaja.

g. Apabila kita memberanikan diri meminda Penasihat Akademik kepada Penasihat Akademik
& Kerjaya menerusi pengenalan Kerangka GE UTHM, kita melalui pengalaman dalam
mengurus perubahan. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bersama-sama
bekerja keras hingga kita berjaya mencatatkan dapatan GE SKPG2 tertinggi dalam tempoh
lima (5) tahun sejak SKPG2 dilaksanakan dengan pencapaian 94.46% berbanding 89%
(2015), 92.8% (2016) dan 90% (2017). Cabarannya tidak mudah, tetapi kita mesti terus
deras merangka strategi terbaik dan tidak boleh berpeluk tubuh atau tersenyum selesa.

h. Dalam sesi amanat tersebut juga, saya secara jelas mengetengahkan bagaimana kita perlu
memperkukuh usaha melahirkan bakat terunggul pelajar menerusi program HUSSEIN
Global. Hal ini juga adalah selari dengan peri pentingnya agenda kemenjadian mahasiswa
yang hanya boleh terhasil menerusi ekosistem kampus yang menyeluruh. Justeru, ingin

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 6/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

saya tegaskan di sini bahawa beberapa perubahan terkini organisasi di HEPA juga adalah
demi memberikan fokus kepada tiga (3) perkara ini, iaitu bakat terunggul pelajar,
kemenjadian mahasiswa dan ekosistem kampus yang menyeluruh.

Bahagian D: Integriti & Potensi

5. Amanat TNCHEPA
a. Rasional
(i) Untuk meneruskan kesinambungan, sesi amanat diteruskan agar seluruh warga HEPA
mendapat maklumat terus akan usaha yang perlu digerakkan ke arah bersama-sama
mereaslisasi aspirasi “Memacu Pengalaman Kampus Menyeluruh” di UTHM.

(ii) Amanat ini juga dilaksanakan usai kedua-dua amanat YB Pemangku Menteri
Pendidikan dan YBhg Datuk Naib Canselor, bagi membolehkan usaha kita di HEPA
selari dengan agenda yang digariskan di peringkat tertinggi.

b. Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi
(i) “Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” diketengahkan menjadi akar pada tahun
2020 bersama-sama dua (2) kata kunci iaitu integriti dan potensi. Integriti merupakan
perkataan pertama apabila kita memulakan bait lirik lagu Gemilang UTHM.
Mengapakah perkataan ini disebut seawalnya?

(ii) Sejauh mana kita melihat integriti boleh menjadi nadi kepada kecemerlangan
organisasi? Adakah integriti yang tersemat dalam diri, hanya didorong oleh kehendak
majikan yang memerhati?

(iii) Jika kita bergantung harap kepada sistem televisyen litar tertutup (CCTV), CCTV pun
akan mati. Jika kita bergantung harap kepada manusia, manusia juga akan tidur. Jadi,
kepada siapalah integriti perlu kita pasakkan dalam diri?

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 7/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

(iv) Warga kerja yang memikul ampuh integriti pasti tidak akan lupa diri. Usaha
memperteguh nilai integriti, bukan hanya gah menerusi papan notis atau kain rentang
semata-mata. Yang dilafazkan mesti dilaksanakan. Ketua mesti memimpin organisasi
untuk membudayakan integriti. Akhirnya, agar semua faham integriti bukan hanya
untuk kehidupan hari ini, tetapi apakah bekal yang bakal kita bawa untuk alam abadi
selepas ini.

(v) Sebagai warga kerja yang secara langsung dilihat sinonim dengan mahasiswa, sudah
pasti cabarannya tidak mudah. Ketika ramai lena tidur di tengah malam, ada pihak yang
perlu berjaga membantu pelajar ke hospital. Ketika ramai yang sedang berehat, ada
pihak yang sedang gigih melatih pelajar merungkai potensi diri.

(vi) Potensi pada diri kita semuanya adalah anugerah yang perlu disantuni. Saya lebih
selesa jika kita kini lebih memahami hirarki HEPA lebih merujuk keadaan melintang
berbanding menegak. Analoginya mudah, jika kita ada abjad A hingga Z, itulah kita
semuanya. Potensi kita berbeza, posisi kita berbeza. Tercicir walau hanya satu (1)
abjad, pasti perkataan yang dieja akan mengelirukan.

(vii) Saya yakin dan percaya, lebih tanggungjawab dan pemberdayaan perlu diberikan
kepada warga kerja HEPA. Menerusi pemberdayaan ini, potensi staf akan lebih dicabar
dan membolehkan kita semua keluar dari zon selesa.

(viii) Ingatlah, mereka yang lebih berjaya bukan hanya kerana mereka memiliki segalanya.
Tetapi mereka telah memaksa diri untuk keluar dari kepompong keselesaan. Mereka
telah lebih awal gagal, terhantuk kepala di dinding percubaan, berundur, mengubah
strategi, mengasah potensi.

(ix) Atas rasional inilah, saya fikir tahun 2020 merupakan tahun untuk sama-sama kita terus
memberanikan diri mencuba dan terus mencuba untuk menjadi lebih baik dan lebih
berdaya saing. Integriti dan potensi akan membawa kita ke destinasi kejayaan.

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 8/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Bahagian E: Terus Memperbaiki!

6. Integrasi Komponen 3S
a. Untuk tahun kedua, saya konsisten dengan perjuangan untuk “Memacu Pengalaman
Kampus Menyeluruh”. Memacu Pengalaman Kampus Menyeluruh merupakan proses
penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) ke arah merealisasikan kemenjadian mahasiswa.
Menghargai mahasiswa sebagai aset yang sangat berharga, memberikan kasih sayang
serta melalui pengalaman ekosistem kampus yang menyeluruh adalah signifikan untuk
menghadapi kehidupan sebenar selepas bergraduan yang jauh lebih kompleks.

b. Untuk itu, jangan sesekali kita lupa tanggungjawab, budaya kerja, kerangka kerja dan hala
tuju yang digariskan. Misalnya, warga kerja HEPA UTHM mesti berbudaya endah agar
mahasiswa dapat dididik menjiwai citra kecemerlangan.

c. Tahun lalu, saya telah mengasaskan penjajaran antara tiga (3) komponen, iaitu Student –
Staff – System (3S) dan kini 2020, pastinya masih kekal relevan.

7. Usaha Berterusan – 20 Projek HEPA untuk Tahun 2020
Menerusi Laporan Setahun TNCHEPA, telah saya dikongsikan secara telus status setiap
usaha dan impaknya. Laporan tersebut juga bertujuan sebagai laporan penilaian kendiri bagi
memastikan setiap yang diusahakan berada di landasan yang betul. Bagi meneruskan
kesinambungan daya usaha ini, untuk terus melalui tahun 2020 dengan lebih berdaya saing,
digariskan 20 projek seperti dalam Jadual 1 yang diformulakan sebagai strategi taktikal. Ini
adalah ke arah menyelesaikan masalah yang berulang selain menambah nilai keadaan sedia
ada. Selain itu, projek-projek ini juga digariskan selari dengan indeks pengukur prestasi (KPI)
dan sasaran kerja tahunan (SKT) yang telah ditetapkan.

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 9/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Jadual 1: Senarai 20 Projek HEPA Tahun 2020

Bil Projek Status Quo Pelaksana Kluster

1 Aplikasi Total Campus Experience Maklumat berkaitan HEPA (perkhidmatan dan Pej TNCHEPA Sistem
Sistem
(TCE) pembangunan, aktiviti) berdiri secara bersendirian. Pelajar
Sistem
2 Sistem Pencerapan Kerangka GE Kerangka GE yang telah dibangunkan tidak PKKA
Pelajar
memiliki sistem pengukuran dan pencerapan data.
Pelajar
3 Kemudahan Sukan di Kolej Tiada kemudahan sukan dalam kawasan Kolej PSU
Pelajar
Kediaman Pagoh Kediaman Pagoh
Pelajar
4 Sistem Bersepadu Aktiviti Pelajar - Sistem permohonan aktiviti pelajar (MyAktiviti) PBP Sistem

Keberhasilan Graduan - lebih bersifat sehala sahaja. Tiada kesinambungan Pelajar

Pengiktirafan dengan elemen keberhasilan graduan (transkrip Pelajar
Sistem
aktiviti pelajar) dan pengiktirafan (anugerah). Pelajar

5 Tadarus Al Quran Perdana Tiada pelaksanaan aktiviti peningkatan celik Al KK & PTA Staf

Quran yang menyeluruh dan berstruktur di kolej Staf
Sistem
kediaman
Staf
6 Care & Cure Perkara seperti tabiat merokok, dadah, seks bebas PKU Pelajar
Pelajar &
dan kesihatan mental dilihat sebagai perkara
Staf
taboo. Pelajar

7 Job on Campus (JoC) Tiada kerangka job on campus yang PTP

membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan

dalam kampus untuk para pelajar diwujudkan.

8 Sukarelawan Berteknologi Penglibatan pelajar BU lebih bersifat bersendirian BU

dan kurang digarap bersama elemen teknologi.

9 HEPA untuk LNPT & Beban Tiada peruntukan khas secara langsung TDHEPA

Akademik berhubung penglibatan komponen HEPA dalam

LNPT & SBPA

10 Bilik Masakan Mahasiswa Tiada bilik khas untuk pelajar memasak makanan PRP

di kolej-kolej kediaman. Pelajar cenderung

membawa peralatan masakan untuk tujuan

penjimatan berbelanja.

11 MTM Fleksi MTM semasa dilangsungkan secara pukal untuk PHEP

semua saluran kemasukan.

12 Polisi HEPA Low Carbon Society Tiada polisi kepentingan kelestarian dalam warga MPP & MKP

HEPA.

13 Wakaf Al Quran Alumni- Tiada projek alumni secara khusus terus kepada PKKA

Mahasiswa siswa siswi (senior - junior).

14 Bonding Time Session Tiada aktiviti bersama yang melibatkan PCU

keseluruhan warga kerja HEPA dalam suasana

santai.

15 Audit Integriti Organisasi HEPA Audit yang berjalan (Contoh ISO) hanya berlaku Khas

mengikut sampel terpilih.

16 Barometer "Pengalaman Kampus Tiada sistem penilaian menyeluruh tahunan PHEP

Menyeluruh" terhadap kepuasan perkhidmatan HEPA kepada

para pelajar dibuat.

17 Sembang Santap HEPA Sesi pertemuan bersemuka bersama kumpulan Pej TNCHEPA

staf HEPA terhad.

18 High Impact Project - HIP HEPA Tiada dana terbuka bagi menyokong projek Pej TNCHEPA

berimpak tinggi pelajar.

19 Dataran Budaya & Usahawan Banyak program dan pengembangan potensi PBU & PTP

HEPA berlaku secara terpencil dan tidak diukur.

20 Penambahbaikan Sistem Bekalan Sistem bekalan air minuman dan mesin basuh PRP

Air Minuman & Mesin Basuh di yang terhad dan kurang diselenggara.

Kolej-kolej Kediaman

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 10/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

Bahagian F: Rumusan

8. Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa
a. Jawatan adalah tentang tindakan bukan kedudukan
b. Lebihkan bekerja daripada bercakap
c. Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua
d. Kurangkan kosmetik dan ropol, fokus kepada proses dan impak
e. Sinergi = kepimpinan + kerja berpasukan

Disediakan oleh:

afandi

…………………………………………......
Profesor Madya Dr Afandi Bin Ahmad
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tarikh: 11 Februari 2020

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 11/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 12/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 13/14

Amanat Tahun 2020
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM

“Memperteguh Integriti, Menyantuni Potensi” Muka surat 14/14


Click to View FlipBook Version