The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afandi.uthm, 2018-09-08 14:57:33

UTHM_Niche_Area_BM_Final_Document_v2

UTHM_Niche_Area_BM_Final_Document_v2

tujahBidang

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

t u j a hB i d a n g

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ahli Jawatankuasa Penerbitan HAK CIPTA TERPELIHARA 2018
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
Penasihat data, artikel, ilustrasi, audio, v ideo dan isi kandungan laman ini
Profesor Dr Ismail Bin Abdul Rahman dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada
Profesor Ts Dr Ruzairi Bin Abdul Rahim secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Penolong
Pengerusi Naib Canselor Perancangan Strategik & Perhubungan
Profesor Madya Dr Afandi Bin Ahmad Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Editor 3
Profesor Dr Mustafa Bin Mat Deris
Profesor Dr Nazri Bin Mohd Nawi
Profesor Dr Rozaida Binti Ghazali
Ts Dr Shahiron Bin Shahidan
Dr Rosli Bin Omar
Dr Junaidah Binti Jailani
Dr Tong Yean Ghing
Dr Sharifah Salwa Binti Mohd Zuki

Grafik
En Muhammad Muzakkir Bin Mohd Nadzri

Penerbitan
En Anuar Bin Othman
En Yazeed Bin Norman
En Sani Bin Saidun
En Shaizan bin Ahmad Mahmud

Hubungi
Pejabat Penolong Naib Canselor
Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat
Univ ersiti Tun Hussein Onn Malaysia
[email protected] 07-4537445 07-4536580

Kandungan

1 – Pengenalan
2 – Teknologi Lestari
3 – Kejuruteraan Data
4 – Rumusan

t u j a hB i d a n g

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pengenalan

5

1 - Pengenalan

Latar Belakang

Menerusi Memorandum Daripada Menteri Pengajian Tinggi (Julai 2012) berhubung P elaksanaan Program
Teknologi Kejuruteraan oleh Malaysian Technical Universiti Netrowk (MTUN ), Perkara 17 menjelaskan
berkaitan bidang tujahan bagi setiap MTUN. Untuk UTHM, pada masa tersebut, bidang tujahan yang
dipersetujui ialah Green Technology and Environmental Engineering (Teknologi Hijau dan Kejuruteraan
Alam Sekitar).

Perkara 17 - Menerusi
Memorandum Daripada Menteri
Pengajian Tinggi (Julai 2012)

6 | Bidang Tujah U THM

1 - Pengenalan

Perubahan

Mengambil kira hasil perbincangan bagi menyediakan pelan tindakan berkaitan MTUN Excellence
Programme, semua MTUN telah diminta menyemak semula bidang tujahan masing-masing. UTH M
menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil XX yang bersidang pada XX Julai 2018 telah menerima
syor agar bidang tujahan yang baharu adalah Sustainable Technology & Data Engineering (Teknologi
Lestari & Kejuruteraan Data).

1 2

Sustainable Technology & Advanced Manufacturing and
Data Engineering Computing Technology

Bidang tujahan MTUN NICHE
menerusi MTUN ARIEP AS
Excellence Programme

4Fine and Specialty Chemicals 3 Electronic, Mechanization

and Automation
Engineering

Bidang Tujah U THM 7

1 - Pengenalan

Asas Perubahan

Setelah m emperhalusi kekuatan UTHM serta melihat beberapa elemen yang berkaitan secara langsung
dengan visi dan misi UTHM, empat (4) perkara berikut merujuk kepada asas perubahan:
1. Kekuatan merentasi tiga (3) bidang utama (kejuruteraan, sains

komputer dan sains bahan) berdasarkan Scopus.

2. Sustainable technology - merujuk kepada penyelesaian masalah
berteraskan kelestarian. Ini merangkumi semua bidang pengajian
di UTHM - kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan
teknologi, sains gunaan, teknologi maklumat, pendidikan, bahasa
dan sains sosial

3. Data engineering - merujuk kepada peranan, fungsi dan Analisa penerbitan UTHM
manipulasi data yang sangat penting dalam semua lapangan menerusi SCOPUS
pengajian, penyelidikan dan inov asi, selain kekuatan UTHM juga
dalam bidang sains komputer.

4. Selari dengan kandungan dalam v isi UTHM, “…ke arah
pembangunan lestari…” serta yang komponen di dalam
Sustainable Developm ent Goal (SDG).

8 | Bidang Tujah U THM

1 - Pengenalan

Sustainable Development Goals (SDGs)

Sustainable Develop ment Goals (SDGs) telah diasaskan menerusi United Nations Conference on
Sustainable Development di Rio de Janeiro pada 2012. SDG bertujuan untuk membentuk satu matlamat
menyeluruh k e arah keperluan m endesar berkaitan alam sekitar, politik dan cabaran ekonomi yang
dihadapi dunia. SDG juga adalah komitmen tegas untuk meneruskan apa yang telah dimulakan
sebelumnya menerusi Millennium Development Goals (MDGs), sebagai usaha global pada tahun 2000.

17 sasaran menerusi SDG

Bidang Tujah U THM 9

1 - Pengenalan

Sustainable Development Goals (SDGs)

Kesemua 17 sasaran merujuk kepada cabaran yang semakin menekan dunia hari ini dan semuanya
adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Mudahnya, setiap perubahan adalah diperlukan bagi
memastikan kehidupan yang lebih baik untuk generasi masa depan. SDG adalah unik dan mencakupi
semua isu yang berkaitan dengan kita dan ini juga mengukuhkan komitmen antarabangsa untuk
menamatkan kemiskinan di mana sahaja tanpa ada seorang pun yang tercicir di belakang. Ini juga
adalah iltizam semua untuk membina kehidupan yang lestari, selamat dan bermanfaat buat semua.

10 | Bidang Tujah U THM

Teknologi Lestari

11

2 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari di UTHM

Dalam konteks UTHM, teknologi lestari merujuk kepada prinsip-prinsip kelestarian seperti pemuliharaan

sumber, penggunaan dan kitar semula, keberkesanan tenaga, pengurangan dan peminimuman

pencemaran dan kesan persekitaran serta pendidikan dan penyampaian maklumat berkaitan

kelestarian.

Pendidikan & Penyampaian Maklumat Pengurusan Tenaga

Proses pendidikan dan peny ampaian Pengurusan t enaga y ang berkesan
maklumat berkesan berhubung merangkumi aspek penghasilan dan
penjanaan t enaga
kelest arian, t eknologi dan kesanny a

Pengurusan Sumber

Pengembangan penggunaan
sumber sedia ada secara bijaksana

Pembinaan & Penghasilan Produk

I nt egrasi ant ara konsep
kelest arian dengan pembinaan

dan penghasilan produk

Pengurusan Sisa & Kitar Semula

Pemerkasaan pengurusan sisa dan
amalan kit ar semula y ang berkesan

Teknologi lestari dalam konteks UTHM

U THM Niche Area | 12

1 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari di UTHM

Ini juga adalah selari dengan nilai teras yang digariskan dalam Pelan Strategik UTHM 2017 – 2020.

Nilai Teras Huraian
Kelestarian
Kreatif & Inovatif Persekitaran tempatan dan global, kesihatan organisasi dan keupayaan UTHM untuk menghasilkan
Endah masa depan yang positif dan cerah
Jujur & Berintegriti
Cemerlang Peluang pelajar dan staf untuk memenuhi potensi diri melalui budaya kreatif dan inovatif dalam
Keterlibatan penyelesaian masalah. Nilai kreatif dan inovatif amat perlu diaplikasikan oleh di semua peringkat dalam
mencapai visi dan misi UTHM.

Endah kepada staf dan pelajar sebagai individu dan membuat setiap usaha untuk membangunkan
perhubungan yang lestari dengan memberi respon pada keperluan mereka. Memberi empowerment
antara staf dan juga pelajar untuk mengembang, menyumbang, memberi cabaran dan memberi
kelainan.

Kejujuran, kepercayaan, keadilan, dan keterbukaan adalah fundamental, w arga UTHM juga
mempunyai integriti dan beretika dalam semua perkara yang dibuat, memenuhi janji dan mengakui
kesilapan.

Mengejar kecemerlangan dalam semua perkara yang dilakukan dan mengekalkan tahap pencapaian
yang tertinggi. Dalam mengekalkan kecemerlangan, tanggungjawab kew ajipan disampaikan pada
sesama staf, pelajar, rakan kongsi dan masyarakat

Terlibat dan berkolaborasi antara satu sama lain, pelajar-pelajar UTHM , alumni, rakan kongsi, profesion,
industri dan masyarakat di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Konsep kelestarian sebagai nilai teras UTHM

13 | Bidang Tujahan UTHM

2 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari di UTHM

Selain daripada aspek kelestarian disebut dalam nilai teras UTHM, perkara ini juga jelas disentuh dalam
penyataan hala tuju dan visi UTHM. Justeru, dengan meletakkan teknologi lestari sebagai bidang tujahan
diyakini secara langsung berupaya memberi sinergi untuk seluruh warga UTHM menjiwai dan
merealisasikan perkara ini di UTHM.

Halatuju Membangun universiti teknologi lestari masa depan

Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam Visi
kejuruteraan, sains dan teknologi untuk
pembangunan lestari

Penyataan hala tuju dan visi UTHM

U THM Niche Area | 14

1 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari di UTHM

Dalam pada itu, dengan mengambil kira prinsip-prinsip kelestarian yang digariskan serta penyataan
halatuju dan visi UTHM berhubung aspek teknologi dan pembangunan lestari, pemetaan langsung
berkaitan perkara ini dengan setiap Fakulti dihasilkan. Pemetaan ini merujuk secara langsung berkaitan
program akademik dan penyelidikan di setiap Fakulti berkaitan.

Pemetaan antara prinsip kelestarian dengan Fakulti*

Fakulti P engur usan P engur usan Pengurusan Sisa Pembinaan & Pendidikan &
Tenaga Sumber & Kitar Semula P enghasilan P enyampaian
FKAAS  
FKEE   P r oduk Maklumat
FK M P  
FPTP  
FPTV   
FSKTM   
FAST 
FTK 
PPD

15 | Bidang Tujahan UTHM




*Akan dikemaskini setelah mendapat pengesahan Dekan Fakulti

2 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari di Industri

Ringkasnya, teknologi lestari merujuk kepada
peningkatan kesan persekitaran dan sosial di
setiap peringkat kitaran kehidupan, bermula
dengan pemilihan bahan asas hingga ke
akhirnya. Ini adalah antara contoh bagaimana
pihak industri, iaitu ST Micro electronics melihat
konsep teknologi lestari dalam ekosistem mereka.

Teknologi lestari oleh ST

U THM Niche Area | 16

1 – Teknologi Lest ari

Teknologi Lestari Pada Masa Depan

Melihat kepada kerangka UTHM yang meletakkan teknologi dan pembangunan lestari secara jelas serta
keupayaan Fakulti-fakulti berkaitan aspek ini, pemilihan bidang tujahan teknologi lestari adalah signifikan.
1. Teknologi lestari tidak boleh dilihat secara terpencil yang hanya berkisar kepada kitar semula dan

penjagaan alam sekitar semata-mata. Teknologi lestari mesti dilihat dalam konteks yang lebih tepat
secara makro dan mikro.
2. Penetapan bidang tujahan ini juga adalah sepadan dengan perkembangan dunia yang melihat
aspek kelestarian dan teknologi mesti diberikan perhatian yang serius. Hal yang sama juga ditetapkan
oleh pemain-pemain industri dalam penggunaan teknologi dan penghasilan produk mereka.
3. Menerusi bidang tujahan ini, program akademik dan penyelidikan UTHM akan lebih terpimpin
menjurus kepada titik temu akhir iaitu bagaimana pembangunan sumber manusia menerusi program
akademik berkualiti berupaya menghasilkan modal insan yang menitik beratkan kelestarian.
4. Dalam aspek penyelidikan pula, penetapan hala tuju seperti ini membolehkan lebih banyak
penyelidikan merentasi pelbagai bidang direalisasikan demi manfaat masyarakat dan negara.

17 | Bidang Tujahan UTHM

Kejuruteraan Data

3 – Kejurut eraan Dat a

Kejuruteraan Data

Pada era yang serba mencabar ini, apabila Maklumat Keputusan
konsep VUC A (volatility, uncertainty, complexit y,
ambiguity) berl egar-l egar dalam segenap inci Pencerapan dat a & penget ahuan Tindakan diambil
perbahasan, penguasaan terhadap data begitu
signifikan, mendapatkan data yang betul untuk Data
keputusan yang tepat. Dengan peningkatan data
berlaku tanpa dapat disekat, proses untuk fakt a
mencerap dan mengumpul data juga menjadi
semakin kompleks. Menganalisa data pula Pengetahuan
memerlukan kepada pendekatan secara statistik
dan pembelajaran mesin untuk menyaring data. Pemet aan dengan dunia luar

Permodelan kejuruteraan-info

Kejuruteraan data muncul sebagai penyel esaian terbaik dan ini merupakan perkara asas dalam dunia
baharu data raya, yang bukan sahaja berkisar tentang peningkatan data tetapi memastikan data
tersebut adalah tepat, konsisten dan berkualiti. Hari ini dan pada masa depan, kejuruteraan data
memainkan peranan dalam membantu saintis data untuk membangunkan keupayaan bagi
mengoptimumkan fungsi data masa nyata. Aspek ini membawa paradigma baharu berhubung
pengurusan data dan ini berkait rapat dengan membuat jangkaan dan juga keputusan.

Bidang Tujahan UTHM |
19

3 – Kejurut eraan Dat a

Kejuruteraan Data di UTHM

Dalam konteks UTHM, kejuruteraan data merupakan kep erluan merentasi disiplin sama ada kejuruteraan
dan bukan-kejuruteraan. Ini juga adalah seiring dengan gagasan UTHM untuk melahirkan ahli profesional
serta sasaran UTHM untuk menjadi universiti teknikal premier menjelang tahun 2025 seperti yang
dinyatakan dalam Pelan Strategik UTHM 2017 – 2020.

Untuk membolehkan kolaborasi direalisasikan merentasi sempadan, penghasilan modal insan yang
berpandangan global berkaitan pelbagai perkara antaranya ialah data raya adalah amat diperlukan.
Staf dan pelajar UTHM pelu mempunyai ciri-ciri dinamik yang akan membentuk masa depan universiti
seperti berikut.

Mempunyai Warga universiti mampu menjana idea yang kreatif
budaya dan dinamik dalam melakukan kerja dengan
mencabar kemampuan diri sendiri serta bijak
keusahawanan menguruskan risiko yang terlibat.
dalam kerja

Berpandangan dan Kolaborasi yang dilakukan merentasi sempadan Ciri-ciri dinamik staf dan pelajar UTHM
penampilan tahap negara dengan mengambil kira penetapan tahap
oleh organisasi di peringkat global.
global

Profesional dan Pembangunan kurikulum dan penyelidikan yang
berorientasikan dilakukan adalah diiktiraf dan mampu memenuhi
keperluan industri keperluan industri.

20 | Bidang Tujahan UTHM

3 – Kejurut eraan Dat a

Proses Berkaitan Sains Data

Terdapat empat (4) proses berkaitan kejuruteraan data, iaitu penyaringan, penjelmaan, penganalisaan
dan paparan. Semua proses ini adalah berkaitan dengan aplikasi data merentasi semua Fakulti di UTHM.
Organisasi seperti UTHM tidak boleh terkecuali dalam melaksanakan prinsip kejuruteraan data untuk
pebagai tujuan seperti pelaporan serta analisa data bagi tujuan penetapan keputusan.

Penyaringan Penjelmaan Penganalisaan Paparan

ExtracEtxtracEtTxrtarnascfTtoErrxamtnrsafcoTtrrmaAnnsfaoTlyrrsmaeAnnsafolyrsmeALnoaaldysAeLnoaaldyse Load Load
Proses-proses berkaitan sains data

Oleh kerana kejuruteraan data merupakan subset kepada sains data, maka sains data adalah

melibatkan kedua-dua data berstruktur dan tidak berstruktur. Ini juga merupakan bidang pelbagai

disiplin yang melibatkan proses berkaitan pembersihan, penyediaan dan penganalisaan data. Dalam

konteks penyelidikan di UTHM, setiap kumpulan dan penyelidikan melibatkan data dengan aplikasi yang

pelbagai.

Bidang Tujahan UTHM |
21

3 – Kejurut eraan Dat a

Kejuruteraan Data & Masa Depan

Pada suatu masa dahulu, mereka yang memiliki data akan mendahului pihak lain. Hari ini, kenyataan ini
adalah tidak tepat. Ini disebabkan, proses untuk mengakses data menjadi semakin terbuka dan lebih
mudah. Yang akan membezakan ialah proses untuk menghargai data dengan mengkaji corak data
serta memanfaatkannya untuk tujuan pembuatan keputusan yang berkaitan. Pelbagai jenis data –
video, media sosial, internet pelbagai objek (IoT), log pelayan, data spatial dan banyak lagi.

1. Kejuruteraan data tidak boleh dilihat bersifat fokus kepada bidang berkaitan sains komputer atau
kejuruteraan elektrik dan elektronik. Semua bidang pengajian melibatkan analisa data – sama ada
kejuruteraan mahupun bukan kejuruteraan, analog ataupun digital.

2. Kebolehan mencerap data sahaja tidak lagi memadai, sebaliknya bagaimana UTHM boleh
memanfaatkan sumber untuk melahirkan modal insan yang mahir memanfaatkan data dan
seterusnya membantu dalam penetapan sebarang keputusan.

3. Penyelidikan merentasi pelbagai bidang akan lebih meningkatkan kerumitan data dan cara
mengurusnya. Dengan menjadikan kejuruteraan data sebagai bidang tujahan di UTHM, proses
pengintegrasian antara Fakulti akan menjadi lebih baik kerana kita saling memerlukan antara satu
sama lain.

22 | Bidang Tujahan UTHM

Rumusan

23

4 - Rumusan

Rumusan

Secara keseluruhannya, penetapan bidang tujahan teknologi lestari dan kejuruteraan data adalah
mencakupi keseluruhan Fakulti di UTHM. Ini diukur berdasarkan faktor seperti program akademik,
kekuatan penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan.

Pemetaan bidang tujahan berdasarkan Fakulti/Pusat Pengajian

Fakulti/Pusat Pengajian Teknologi Lestari Kejuruteraan Data

FKAAS *** **

FKEE ** ***

FKMP *** **

FPTP *** **

FSKTM ** ***

FPTV *** *

* Perkaitan Tidak Langsung ** Perkaitan Langsung *** Sangat Berkaitan

24 | Bidang Tujahan UTHM

4 – Rumusan

Rumusan

Pemetaan bidang tujahan berdasarkan Fakulti/Pusat Pengajian (Samb…)

Fakulti/Pusat Pengajian Teknologi Lestari Kejuruteraan Data

FTK *** ***
FAST *** **
PPD *** ***
PPB ** *
PPUK ** *

* Perkaitan Tidak Langsung ** Perkaitan Langsung *** Sangat Berkaitan

Bidang Tujahan UTHM | 25

t u j a hB i d a n g

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

t u j a hB i d a n g

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

t u j a hB i d a n g

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Click to View FlipBook Version