The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaurh, 2023-11-26 08:45:25

MAJALAH PERGAULAN BEBAS

PENGAJIAN ISLAM [KUMPULAN 1]

REMAJA APA ITU PERGAULAN BEBAS? Sayangilah masa depanmu.. 230 NOVEMBER 2023 PUNCA PERGAULAN BEBAS & KESANNYA KE ATAS SESEORANG REMAJA ITU PERGAULAN BEBAS BOLEH DIUBAH? Cegah Budaya Haram !!!


MATA PENA INTELEK MUDA ISI KANDUNGAN 1 1 2 SIDANG REDAKSI MAJALAH 3 PENGENALAN 4 OBJEKTIF APA ITU 5 PERGAULAN BEBAS MENGAPA PERGAULAN BEBAS ITU BERLAKU STATISTIC KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH CARA MENCEGAH PERGAULAN BEBAS KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS PENUTUP RUJUKAN DALIL NABI 6-8 16-17 18 15 13-14 12 9-11


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya , kami berdua dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Islam (MPU23012) ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada diri kami sendiri kerana tidak putus asa untuk menyiapkan efolio ini Bersama-sama dan individu penting yang banyak membantu kami sepanjang menjalankan tugasan ini iaitu Puan Noor Aslinda Binti Jalil , selaku pensyarah Pengajian Islam (MPU23012). Tujuan penulisan majalah Remaja ini adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca mengenai isu pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Sekalung penghargaan kepada ahli kumpulan ini kerana telah berhempas pulas dalam melaksanakan efolio masingmasing. Bantuan dari segi informasi mengenai tajuk yang diperoleh kumpulan ini amat dihargai.Akir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang efolio kami dilaksanakan. MATA PENA INTELEK MUDA 3 1


NURSYAHIRAH ANISAH BINTI ISA [PENULIS & PENYUNTING] ( 06DPR22F2036 ) FAKRUNNISA SYAURAH BINTI MOHD LEHAT [PENULIS & EDITOR] ( 06DPR22F2026 ) SIDANG REDAKSI MAJALAH PUAN NOOR ASLINDA BINTI JALIL Pensyarah Politeknik Port Dickson DARI PENA PENDIDIKAN Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Majalah Remaja ini merupakan satu platform yang ada kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengjian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu remaja. 2 Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang pergaulan bebas remaja. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DPR2B, Jbatan Perdagangan bagi pengajian sesi I 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah Remaja untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. PUAN NOOR ASLINDA BINTI JALIL Pensyarah Politeknik Port Dickson usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis ke arahpembentukan model insan yang holistik dan komprehensif


3 PENGENALAN Pergaulan bebas merupakan salah satu penyakit yang melanda umat pada masa kini. Pada zaman pasca modenisasi ini, pergaulan bebas tidak lagi menjadi kudis kepada pandangan masyarakat. Selain itu, masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana kurangnya didikan agama. Remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negative. Oleh kerana itu, perlu dilakukan kajian mengenai masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja sekolah. Metodologi kajian meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Kesimpulan kajian ini iaitu golongan dikenali sebagai remaja ini merupakan seseorang yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 21 tahun yang sedang berada di dalam fasa peralihan dimana berlakunya perubahan menuju kematangan. Masalah pergaulan bebas boleh dibendung jika semua pihak termasuk agensi kerajaan atau bukan kerajaan bersama-sama berganding bahu membanteras masalah ini. Pihak utama yang perlu mengesan perkara ini ialah ibu bapa, sekolah, dan lingkungan masyarakat. BY NURSYAHIRAH ANISAH BINTI ISA


OBJEKTIF 4 Memberi iktibar dan pengajaran kepada pembaca tentang implikasi pergaulan bebas Mengenal pasti masalah & kesan daripada pergaulan bebas dalam kalangan remaja Mencari cara untuk mengatasi & tindakan masalah pergaulan bebas


5 ITU PERGAULANBEBAS ??? APA Pergaulan bebas (ikhtilat) mengikut hukum islam adalah merupakan sesuatu bentuk pergaulan atau hubungan secara bebas yang melibatkan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi sama ada di tempat sunyi mahupun tempat terbuka. Ia juga merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai-nilai serta sistem hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa sistem dan nilai hidup yang dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas meliputi pelbagai perkara yang bukan sahaja antara lelaki dan perempuan yang akhirnya terjerumus dengan salah laku seks ataupun zina. Malah, pergaulan bebas remaja juga terjerumus kepada kes buli, dadah, gejala vandalisme dan lain-lain lagi. BY NURSYAHIRAH ANISAH BINTI ISA


7 MENGAPAkah PERGAULAN BEBAS ITU BERLAKU ??? KEADAAN EKONOMI KELUARGA YANG TIDAK STABIL KURANG PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA KURANG KESEDARAN REMAJA BY NURSYAHIRAH ANISAH 6


7 MENGAPAkah PERGAULAN BEBAS ITU BERLAKU ??? PENGARUH RAKAN SEBAYA KURANG DIDIKAN AGAMA GAYA HIDUP YANG KURANG BAIK 7


7 MENGAPAkah PERGAULAN BEBAS ITU BERLAKU ??? PENYALAHGUNAAN INTERNET RENDAHNYA TARAF PENDIDIKAN KELUARGA 8


#STOPPERGAULANBEBAS


1. INDIVIDU -Telah menjatuhkan maruah diri dan keluarga. -Dibenci oleh masyarakat. -Mudah mendapat penyakit(HIV dan AIDS). 2.MASYARAKAT -Masyarakat akan memandang serong. -Masyarakat tidak akan mempedulikan seseorang itu jika dia ditimpa masalah. -Masyarakat tidak akan bergaul dengan seseorang tersebut. 3.NEGARA -Negara akan dipandang hina oleh negara lain. -Masalah sosial akan semakin bertambah dalam negara. -Ekonomi negara semakin merosot. KESAN PERGAULAN BEBAS BY FAKRUNNISA SYAURAH BINTI MOHD LEHAT 9


KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS 10 2 Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Tersebarnya penyakitpenyakit yang membawa maut Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya Pembuangan bayi 1 BY FAKRUNNISA SYAURAH


3 11 Perlakuan seks bebas semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti kemandulan,jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga akan mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi tidak tenteram serta rasa bersalah. Peningkatan kes pengguguran 4 Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkaraperkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan Kemerosotan Pelajaran Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulankumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur. Keruntuhan Akhlak 5


16 Pergaulan bebas di kalangan remaja kini semakin berleluasa PERATUS KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH DI SETIAP NEGERI Ya betul,Azam. Pergaulan bebas ini boleh menjadi punca berlakunya hamil luar nikah 12


13 1. Selektif dalam Memilih Kawan Karakter seseorang boleh terbentuk dari siapa dia berkawan. Bagi remaja, kawan adalah orang yang sering menjalin relasi. Sebab itu hindari menjalin pergaulan dengan kawan yang dirasa bisa membawa iampak buruk padanya. 2. Berpendirian Teguh Pendirian yang teguh boleh membuat remaja tidak mudah terbawa arus pergaulan bebas. Remaja juga akan lebih berani mengatakan tidak pada perilaku yang berkelakuan buruk. Jadi, jika ada kawan yang mengajak melakukan hal-hal tidak elok. Jadi, tolaklah dengan tegas. 3. Perbanyak Kegiatan Positif Untuk menghindari pergaulan bebas, maka, hal yang boleh dilakukan adalah menyibukan diri dengan kegiatan positif. Misalnya melakukan banyak aktiviti di dalam organisasi yang baik. Dengan begitu, tentunya ia boleh menghindarkan diri dari perbuatan tidak baik seperti pergaulan bebas. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS BY FAKRUNNISA SYAURAH


14 4. Ingat dengan Orang Tua Selalu mengingat orang tua bisa menghindarkan diri dari perbuatan buruk. Orang tua telah bersusah payah dalam memperjuangkan anaknya untuk sekolah agar menjadi orang yang baik dan sukses. Untuk itu jangan sampai pergaulan bebas menjadi penghancur harapan orang tua. 5. Mendekatkan Diri dengan Agama Mendekatkan diri dengan mendalami agama akan menghindarkan seseorang dari hal-hal yang dilarang oleh agama. Sehingga, ketika ingin berbuat hal buruk, maka akan ada pengingat yang membuat kita sadar akan dosa. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS


Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia. PENUTUP 15


DALIL-DALIL “Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan sesuatu jalan yang buruk. “ (al-Isra’: 32) “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya & memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (An-Nur: 30) 16


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), & memelihara kehormatan mereka; & janganlah mereka memperlihatkanperhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; & hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; & janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudarasaudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua & tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; & janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; & bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31) 17


RUJUKAN https://lamintang.org/journal/index.php/ijhumass/article/view/21 https://www.studocu.com/my/document/uni versiti-teknologi-mara/prinsip-asasislam/updated-ctu101-masalah-pergaulanbebas/42681875 http://stoppergaulanbebasremajakini.blogsp ot.com/2014/04/faktor-pergaulanbebas.html https://id.scribd.com/document/487083076/ Kesan-pergaulan-bebas-terhadap-remajadocx http://stoppergaulanbebasremajakini.blogsp ot.com/2014/04/kesan-kesan-pergaulanbebas.html https://ashefagriyapusaka.co.id/beritarehabilitasi-narkoba/cara-mengatasipergaulan-bebas/ https://news.detik.com/berita/d5055416/surat-al-isra-ayat-32-tentanglarangan-mendekati-zina/amp 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 18


Click to View FlipBook Version