The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KES SALAH LAKU DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarah02-1018, 2022-03-19 06:05:56

M6B T14 T2 KES SALAH LAKU

KES SALAH LAKU DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN

Keywords: SALAH LAKU,KEGURUAN,PENDIDIKAN,HUKUMAN

(TUGASAN DALAM BENTUK MOD HIBRID)

Kes- kes salah laku dan kes- kes yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah berkaitan
dengan guru/pegawai perkhidmatan pendidikan di Malaysia. Anda dikehendaki mencari
10 kes salah laku yang berkaitan dengan guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan
yang telah disabitkan kesalahan oleh makamah dalam tempoh 8 tahun sehingga 2021.
Contoh kes perlu merangkumi pelbagai bentuk kesalahan. Cari petikan kes dengan
melayari laman sesawang yang sesuai seperti berita online. Nyatakan rumusan bentuk
kesalahan, hukuman yang telah dikenakan dan kaitkan dengan kesalahan di bawah
peraturan tata tertib yang sesuai. Nyatakan juga sumber dan tarikh laporan tersebut
diperolehi.

Tugasan adalah secara berkumpulan tidak melebihi 4 orang. Hasil tugasan perlu dibuat
dalam bentuk anyflip dan PDF.

NAMA AHLI KUMPULAN:
AFAF MAWADDAH BINTI MOHAMAD

NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI
SITI SARAH HANANIE BINTI MOHD ZAMRI

WAN SARAH TASNIM BINTI WAN ZIN

KUMPULAN:
PISMP BAHASA ARAB 1

(AMBILAN JUN 2018)
2

PENGENALAN

(ISU DAN SALAH LAKU DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN)

3

KES – KES SALAH LAKU GURU

4

RUMUSAN KESALAHAN:
Guru Besar didakwa salah guna kuasa dengan mengarahkan Mazuri Catering
untuk melantik syarikat milik isterinya bagi membekalkan makanan yang
dimasak di bawah kontrak Rancangan Makanan Tambahan untuk kontrak
Sekolah Kebangsaan (SK) Gita 2, yang bernilai RM86.190.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan jaminan RM10,000 dengan dua
penjamin dan menetapkan 28 September ini untuk pengurusan kes manakala
perbicaraan kes pula ditetapkan selama tiga hari bermula 11 November
ini.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
kerana menyalahgunakan kuasa, yang boleh dihukum penjara maksimum 20
tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

SUMBER:
Berita Harian Online, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/324028/guru-besar-didakwa-salah-guna-

kuasa

TARIKH LAPORAN:
18 Januari 2021 @ 2:29 pm

5

6

RUMUSAN KESALAHAN:
Seorang guru didakwa menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi
pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah terbabit
bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat daripada sebuah bank berjumlah
kira-kira RM75,000 untuk bantuan anak asnaf. Sebaliknya wang tersebut
digunakan untuk kepentingannya sendiri

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Perintah reman sehingga 25 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Nur
Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam untuk membantu
siasatan. Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya
Pencegahah Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum
di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
kerana menyalahgunakan kuasa, yang boleh dihukum penjara maksimum 20
tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

SUMBER:
Berita Harian Online, NORZAMIRA CHE NOH
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/05/819118/guru-besar-ditahan-salah-guna-

kuasa

TARIKH LAPORAN:
21 Mei 2021 @ 1:11pm

7

8

Jawatankuasa RUMUSAN KESALAHAN: meminta Suruhanjaya
Bertindak Pendidikan Perak

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat salah guna kuasa dilakukan

pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berikutan isu

penempatan tiga guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di

daerah Kinta Utara dan mengesyaki pegawai berkenaan menerima bayaran

dalam jumlah tertentu untuk penempatan semula guru besar di sekolah

berkenaan. Bahkan, pihaknya turut mengesyaki pertukaran berkenaan

dibuat membabitkan syarikat pembekal alat tulis yang mahu mengaut

keuntungan tinggi jika mereka dapat membekalkannya.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Perak meminta pihak
berkuasa terutama SPRM menyiasat perkara itu bagi mengelak lebih
banyak sekolah terbabit dalam penempatan guru besar di sekolah tanpa
mengikut saluran betul.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
kerana menyalahgunakan kuasa, yang boleh dihukum penjara maksimum 20
tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

SUMBER:

Berita Harian Online, Farah Suhaidah Othman
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/537539/dakwaan-salah-guna-kuasa-

jpn-perak-ngo-lapor-sprm

TARIKH LAPORAN:
5 Mac 2019 @ 1:59pm

9

10

RUMUSAN KESALAHAN:
Seorang bekas guru besar didakwa menerima benda berharga tanpa suatu
balasan iaitu sekeping cek daripada PSZ bernilai RM1,000 antara Julai
hingga Oktober 2015 di SK Buang Sayang, Kinabatangan.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Hukuman yang dikenakan denda RM3,000 atas kesalahan menerima benda
berharga iaitu wang daripada Pusat Zakat Sabah (PSZ) di Mahkamah Khas
Rasuah. Walau bagaimanapun, tertuduh bebas tuduhan utama dan didakwa
mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima benda berharga
iaitu cek daripada PZS bernilai RM1,000.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda
tidak lebih lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-
mana yang lebih tinggi.

SUMBER:
Borneo Today Online
https://www.borneotoday.net/guru-besar-didenda-rm3000-terima-suapan-duit-zakat/

TARIKH LAPORAN:
14 December 2021

11

12

RUMUSAN KESALAHAN:
Seorang guru besar wanita didakwa atas enam pertuduhan menerima rasuah
berjumlah RM6,837 pada 2014 dan 2015. Guru tersebut menerima kesemua
wang tersebut daripada penama yang sama yang diketahui ada perhubungan
dengan kerja rasminya. Perbuatan rasuah itu dilakukan di bilik Guru
Besar SK Sungai Pasir Kechil dan pejabat sekolah.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk
setiap pertuduhan itu berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu
menyerahkan dokumen perjalanan diri kepada mahkamah selain perlu
melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) terdekat dengan tempat tinggal setiap bulan.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah
seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga
tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

SUMBER:
Berita Harian Online - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/01/777440/guru-besar-didakwa-terima-rasuah-

lebih-rm6000-pada-2014-2015

TARIKH LAPORAN:
18, Januari 2021 @ 2:29pm

13

14

RUMUSAN KESALAHAN:
Bekas guru tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas dakwaan
melakukan amang seksual terhadap pelajar berusia 11 tahun enam bulan,
awal bulan ini. Tertuduh didakwa mencium mangsa sebelum melakukan
seks oral terhadap mangsa dalam bilik warden dan menyuruh mangsa
menggosok dan menghisap kemaluannya.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Mengikut Seksyen 14(a) & 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual
Terhadap Kanak-kanak 2017. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum
penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Tertuduh boleh diikat jamin
sebanyak RM10000 kerana mengaku tidak bersalah.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 14(a) & 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-
kanak 2017. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak
lebih 20 tahun dan sebatan.

SUMBER:
UTUSAN ONLINE - NIK SUKRY RAMLI
https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/bekas-guru-tahfiz-didakwa-cabul-pelajar-11-

tahun/

TARIKH LAPORAN:
23 Disember 2020, 1:55 PM

15

16

17

RUMUSAN KESALAHAN:
Seorang guru lelaki Sekolah Rendah berusia 52 tahun dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen di sini atas lima dakwaan melakukan kesalahan seksual
bernafsu songsang dengan remaja berusia 17 tahun 10 bulan.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Seksyen 12(1) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak
2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 akta sama yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh disebat
jika sabit kesalahan. Dakwaan kedua dan ketiga mengikut Seksyen 14 (a)
dan 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017
dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat jika sabit kesalahan.
Dakwaan keempat mengikut Seksyen 11 (1) (a) Akta Kesalahan- kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen
11 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga
tahun jika sabit kesalahan. Pendakwaan bagi tuduhan kelima dibuat
mengikut Seksyen 15 (f) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap
Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama
yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda maksimum RM
20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

18

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah
RM30,000 dengan dua penjamin serta syarat tertuduh tidak boleh
mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan. Guru itu juga perlu
melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan dan kes
ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 April depan. Tertuduh kemudian
membayar jaminan itu.

SUMBER:
SINAR HARIAN ONLINE - ADILA SHARINNI WAHID
https://www.sinarharian.com.my/article/122783/BERITA/Semasa/Guru-didakwa-cabul-

pelajar-lelaki
TARIKH LAPORAN:

07 Februari 2021

19

20

RUMUSAN KESALAHAN:
Seorang guru disiplin sekolah rendah di Beluran dijatuhi hukuman
penjara berjumlah 80 tahun dan 20 sebatan atas 14 pertuduhan rogol,
cabul serta liwat terhadap lapan murid perempuan. Tertuduh didakwa
merogol muridnya berumur sembilan tahun di sekolah tempat dia bekerja
di Beluran

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 80 tahun dan 20 sebatan
atas 14 pertuduhan rogol, cabul serta liwat terhadap lapan murid
perempuan.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Seksyen 14(a) & 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-
kanak 2017. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak
lebih 20 tahun dan sebatan.

SUMBER:
UTUSAN ONLINE - NIK SUKRY RAMLI
https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/bekas-guru-tahfiz-didakwa-cabul-pelajar-11-

tahun/

TARIKH LAPORAN:
23 Disember 2020, 1:55 PM

21

22

RUMUSAN KESALAHAN:
Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid- murid tentang budi
bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini
apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada
pelajar sehingga cedera ketika mengajar subjek itu. la berpunca
daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua
rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:
Kementerian tidak akan membiarkan kelakuan seperti itu dan tidak
memandang perkara ini secara ringan. Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pegawai Pendidikan Daerah akan melakukan siasatan dan akan dirujuk
kepada jawatankuasa tatatertib. Jawatankuasa tatatertib akan
mengambil tindakan selanjutnya. Dalam perkembangan terbaru, guru
tersebut dikatakan sudah ditukar sekolah serta merta ke sekolah lain.
Guru tersebut juga telah dipanggil bagi membantu siasatan terhadap
kes tersebut. Guru terbabit perlu menjalani sesi kaunseling bersama
pihak kaunseling dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Merujuk kepada Akta kanak-kanak 2001 di bawah Seksyen 2 Akta 611,
kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang berada di bawah umur
18 tahun. Manakala mengikut Seksyen 17(2), seorang kanak-kanak itu
dikatakan sebagai telah didera dari segi fizikal jika terdapat
kecederaan yang ketara dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh
kanak-kanak itu. Kecederaan ini boleh disebabkan oleh perbuatan
kekerasan yang disengajakan terhadap tubuhnya.

SUMBER:
PERAK TODAY - BERNAMA
https://peraktoday.com.my/2014/07/cikgu-naik-angin-baling-kasut/

TARIKH LAPORAN:
11 Julai 2014

23

24

RUMUSAN KESALAHAN:
Nafirah Siman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Taun Gusi memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran, guru Bahasa
Inggeris yang didakwa tidak masuk kelas dalam tempoh berkenaan pada
2015, ketika dia berada di Tingkatan Empat. Dia turut menamakan
pengetua Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah
Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai
defendan.

HUKUMAN YANG TELAH DIKENAKAN:

Kes menyaman guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas
selama tujuh bulan akan didengar pada 2 Nov ini. Kes terbabit
sepatutnya dibicarakan pada Mei lalu namun terpaksa ditunda ekoran
wabak Covid-19.

PERKAITAN KESALAHAN DENGAN PERATURAN DAN TATATERTIB:
Peraturan 4(2)(a) dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (1993)
seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan peribadinya. Peraturan 4(2)(f) seseorang pegawai tidak
boleh tidak jujur dan tidak amanah.

SUMBER:
BERITA HARIAN ONLINE - WAN FAIZAL ISMAYATIM
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/492547/saman-guru-tak-masuk-kelas-7-bulan

https://tiada.guru/bm/kenyataan-akhbar-plaintif

TARIKH LAPORAN:
30 Oktober 2018 @ 9:46pm

25

KESIMPULAN

26


Click to View FlipBook Version