The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidiliman39, 2021-12-28 22:30:32

INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN

INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN

INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN
SESI JUN 2020

1. Nor Asyraf Afiq bin Nor Ismail 33DPC19F1089
2. Fared Zulhakim bin Shahidan 33DPC19F1081
3. Abdul Azim bin Abdul Razak 33DPC19F1077
4. Mohd Zul Ikhmal bin Ali Hamjah 33DPC19F1079
5. Amerrul Hakim bin Roslan 33DPC19F1078

NAMA PENSYARAH: MOHD FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH

Isi kandungan:

Bil. Perkara
1 Penghargaan

2 Pengenalan

3 Maksud inovasi social

4 Maksud Perpaduan

5 Cara-cara memupuk perpaduan

6 Apa itu pembangunan sosial

7 Apa itu factor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sosial

8 Faedah inovasi sosial terhadap perpaduan

9 Kesan jika mengabaikan inovasi sosial terhadap perpaduan

10 Kesimpulan

11 Rujukan

Penghargaan

Assalamualaikum, kami bersyukur kerana dapat juga menyaipkan folio kami yang telah
diusahakan selama ini yang bertajuk Inovasi Sosial Berkenaan Dengan Perpaduan. Folio yang
ini amat penting buat kami kerana perkara ini merupakan sebahagian folio daripada subjek
Penghayatan Etika dan Peradaban.

Sekalung penghargaan untuk pensyarah subjek ini iaitu Encik Mohd Firdaus bin Mamat
Junoh kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan folio ini. Selain itu,
kami juga sangat menghargai jasa beliau kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang
amat berguna untuk kami serta membantu kami.

Ribuan terima kasih kami ucapkankepada individu pentingyang banyak membantu kami
sepanjang menyiapkan folio ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana
memberikan sokongan dan dorongan

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan folio ini. Bantuan kalian dari segi informasi
terkini mengenai projek folio amat dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang peojek folio ini dijalankan dan debentangkan.

Pengenalan

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup denga
naman dah sejahtera. Perpaduan telah ditakrifkan sebagai hubungan bersifat toleransi yang
diwujudkan dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza seperti kaum Melayu, Cina, India
dan lain lain. Demi mencapai dan mengekalkan hidup yang aman dan harmoni, masyarakat
Malaysia perlu menitikberatkan tentang inovasi sosial. Inovasi sosial adalah sesuatu produk
dan perkhidmatan yang ditambah nilai bagi memenuhi keperluan komuniti, menjana
pendapatan dan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Secara tidak
langsung, kita dapat lihat bahawa pentingnya inovasi sosial ini bagi memupuk semagat
perpaduan untuk menjamin perpaduan masyarakat.

Maksud Inovasi Sosial

Inovasi sosial adalah istilah yang sangat luas dan mencakup gagasan, dan sarana, strategi, dan
bahkan organisasi yang Menyusun solusi inovatif untuk memenuhi tuntutan masyarakat,
terutama mereka yang hidup di dasar piramada. Ini mungkin termasuk bidang inovatif dalam
berbagai pengaturan seperti Pendidikan, perawatan kesehatan, pengembangan masyarakat dan
lain-lain.

Maksud Perpaduan

Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah
masyarakat ataupun kumpulan
dan jiran mereka.ia merujuk kepada semua perhubungan
sosial yang mengaitkan manusia. Lazim digunakan dalam bidang sosialogi ataupun sains
kemasyarakatan.

Cara Memupuk Perpaduan

Kita mestilah berusaha membina semangat kejiranan yang baik dalam kehidupan seharian.
Dengan ini, nilai hormat-menghormati antara kaum akan terbentuk dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara kita. Kita juga selalu dinasihati agar senantiasa bersikap
toleransi dan bertolak ansur terhadap amalan dan budaya masyarakat majmuk Malaysia.
Selain itu, Kita dapat mengeratkan perpaduan kaum dengan melibatkan diri secara proaktif
dalam sambutan perayaan utama kaum-kaum di Malaysia. Program rumah terbuka, amalan
kunjung-mengunjungi pada musim perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina,
Deepavali dan Krismas, usaha sama dalam dunia perniagaan dan lain-lain dapat merapatkan
hubungan dan menjauhkan perseteruan. Seterusnya, secara keseluruhan, perpaduan kaum
merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang
kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara
yang aman dan harmoni in akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan
ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu
menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam
usaha untuk mencapa1 matlamat ke arah status negara maju sera memastikan pembangunan
ekonomi negara yang stabil dan konsisten. Akhir Sekali, Secara keseluruhan, perpaduan I
kali merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyara kat
berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain,
negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan
ketidaks ta bilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perl
menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam
usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maiu serta memastikan pembangunan
ekonomi negara vang stabil dan konsisten

Apa itu pembangunan sosial?

Pembangunan sosial adalah satu proses vang mana seseorang memperoleh identiti dan
tingkah laku daripada masyarakat.

Apakah yang berlaku semasa pembangunan sosial?

• Belajar menerima tanggungjawab baru
• Tanggungiawab fizikal
• Senaman. kecergasan dan rekreasi
• Mengambil makanan mengikut saranan piramid makanan
• Mengambil makanan ringan yang sihat
• Tanggungjawab sosial (Contoh kerja berpasukan, menyayangi rakan)
• Tanggungjawab pembelajaran (Contoh belajar berkumpulan)
• Tanggungjawab terhadap keluarga

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sosial?

1.Budaya dan struktur sosial
• Sikap dan tingkah laku di dalam sesuatu budaya akan membentuk pembangunan
sosial. Anda akan membesar mengikut bentuk amalan dan pengharapan masyarakat.

2. Kemahiran keibubapaan
• Cara ibu bapa menjaga/mendidik anak-anak mempengaruhi pembangunan sosial
remaja

3. Status Kewangan
• Status kewangan keluarga mempengaruhi aktiviti sosial.

4. Pengaruh rakan sebaya
• Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembangunan sosial remaja
berbanding ibu bapa mereka

5. Media
• Media adalah satu daya sosial yang kuat untuk dalam mengubah budaya remaja

Cara 1bu bapa menjaga/ mendidik anak-anak mempengaruhi pembangunan sosial remaja

a) Kemahiran berkomunikasi
b) Kemahiran bersosial
c) Kemahiran hidup seharian (Contoh : penjagaan diri, kemahiran bermasyarakat ,kemahiran
kekeluargaan)
d) Kemahiran menyelesaikan masalah
e) Kemahiran kerohanian

FAEDAH INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN

1.MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
Pengangkutan yang kita nikmati hari ini adalah salah satu inovasi bagi meningkatkan
kualiti hidup kita.Pengangkutan ini dapat membantu kita menjimatkan masa untuk
menyelesaikan susuatu pekerjaan.Tanpa kita sedar kualiti kehidupan akan bertambah
baik kerana masyarakat dapat memberikan fokus untuk meluangkan masa pada perkara yang
lebih mustahak sahaja.

2. MENGURANGKAN RISIKO KEBERGANTUNGAN TERHADAP MANUSIA
SUMBER
Pengurusan mesin lebih muah diuruskan berbanding pengurusan manusia. Inovasi untuk
mengautomasi penghasilan produk-produk adalah wajar untuk dilaksanakan kerana kualiti
produk menjadi seragam dan kualiti akan bertambah baik. Manusia lebih berisiko melakukan
kecuaian dan kelekaan berbanding mesin.penggunaan mesin hanya memerlukan tenaga
elektik dan boleh menghasilkan produk dengan lebih cepat
dan banyak.

KESAN JIKA MENGABAIKAN INOVASI SOSIAL TERHADAP PERPADUAN

1. KUALITI HIDUP AKAN MENURUN

• Kualiti hidup dalam masyarakat akan menurun jika tiada sebarang pembangunan
terhadap inovasi sosial. Kita cuba bayangkan jika tiada inovasi seperti telefon pintar.

• Disitu kita dapat lihat seseorang perlu menggunakan kaedah seperti surat menyurat.
Dengan surat menyurat seseorang perlu mengambil masa yang lama untuk ianya
sampai ke tempat yang dituju. Lain pula cerita jika surat yang hendak diberi tidak
sampai ke destinasi yang dituju kerana masalah seperti kemalangan dan kecurian.

• Daripada itu, kita pada membuat kesimpulan jika inovasi diabaikan boleh
mengakibatkan kerugian malah membawa kepada kualiti hidup masyarakat menurun.

2.BERGANTUNG KEPADA SUMBER MANUSIA SEMATA – MATA

• Jika negara seperti Malaysia ingin menggunakan khidmat manusia tapa bantuan
teknologi. Kesannya, negara akan ketinggalan dalam sektor ekonomi. Kerana
Malaysia tidak mempunyai penduduk yang ramai untuk dijadikan tenaga pekerja

• Jika hendak dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Mereka mempunyai bilangan punduduk yang lebih ramai. Dengan ini dapat memberi
kelebihan kepada mereka untuk bersaing dalam sektor ekonomi.

• Malah, jika negara mash berharap kepada tenaga manusia sahaja. Ini akan
mengakibatkan produk yang dihasilkan sedikit tidak seperti menggunakan teknologi.
Seterusnya, peratus untuk sesebuah produk itu rosak lebih besar jika menggunakan
tenaga manusia.

• Kerana manusia lebih kerap dan tidak terlapas daripada melakukan kesilapan. Oleh
sebab itu, negara Malaysia memerlukan inovasi dengan menghasilkan teknologi yang
dapat membantu manusia.

Kesimpulan

Kami amat bersyukur kerana telah meyiapkan tugasan -folio dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Sepanjang proses kami menyiapkan tugasan -folio ini, banyak pengetahuan dan
pengajaran serta nilai yang dapat kami pelajari. Setelah tugasan -folio ini disiapkan, terdapat
pelbagai pendapat yang dapat kami simpulkan. Antaranya mengalakan inovasi
diterapkan dalam diri semua masyarakat tidak kira kaum dan bangsa. Hal ini amat penting
untuk membentuk minat mereka sebelum menghadapi pelbagai cabaran yang besar. Inovasi
sosial in member banyak faedah kepada masyarakat dan mengukuhkan semangat
perpaduan. Hal ini kerana akan dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif dalam
menyelesa1kan sesuatu masalah. Inovasi Sosal apat perpaduan dari segi pelbagai insiatif yang
dinovasikan agar segala urusan semua masyarakat dipermudahkan. Jadi, setiap masyarakat
haruslah menitikberatkan perkara ini demi menjaga dan mengukuhkan perpaduan ini untuk
bersama-sama hidup sejahtera dan harmoni.


Click to View FlipBook Version