The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA PERIBAHASA SURI TELADAN BAGAI ISI DENGAN KUKU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rexymel, 2025-03-13 12:21:00

CERITA PERIBAHASA SURI TELADAN BAGAI ISI DENGAN KUKU

CERITA PERIBAHASA SURI TELADAN BAGAI ISI DENGAN KUKU

Cerita Peribahasa Suri Teladan


Amar dan Mail merupakan sahabat karib sejak mereka masih berusia 6 tahun. Setiap kali diuji pelbagai rintangan, mereka tetap teguh bersama untuk tolong menolong antara satu sama lain dan menjadi rakan untuk mendengar isi luahan hati masing-masing. Pada suatu petang di kantin sekolah, Akmal melihat Ikmal bersedih sambil duduk bersendirian seolah-olah ada sesuatu yang telah berlaku. Tanpa segan, Akmal terus menghampirinya. “Ikmal, kenapa awak kelihatan sedih hari ini?” tanya Akmal sambil memegang bahunya.


“Akmal, pagi tadi saya telah dimarahi oleh guru disiplin kerana datang lewat ke sekolah” jawab Ikmal dengan nada sayu. “Macam mana awak boleh datang lewat ke sekolah sedangkan pada biasanya awak sering awal turun ke sekolah?” tanya Akmal. “Enjin kereta bapa saya bermasalah dan memerlukan masa 1 minggu untuk dibaiki” jelas Ikmal.


Mendengar luahan tersebut, Akmal turut berasa simpati terhadap perkara yang menimpa sahabatnya baiknya, Ikmal. Sementara menunggu kereta bapanya siap dibaiki, Akmal pun terus menawarkan dirinya untuk membantu sahabatnya dengan mengajaknya untuk menaiki kereta bersama-sama untuk pergi dan balik dari sekolah. Mendengar perkara itu, terlihat sebuah senyuman manis dari Ikmal menandakannya berasa lega. Meskipun mereka sudah lama bersahabat, mereka tidak pernah sekalipun bergaduh tetapi jika menghadapi masalah, salah satu antara mereka berdua akan saling membantu tanpa meminta sebarang balasan. Persahabatan Amar dan Mail ini sangat tepat dengan peribahasa bagai isi dengan kuku.


SINOPSIS Amar dan Mail telah bersahabat sejak kecil dan sentiasa bersama menghadapi pelbagai cabaran. Persahabatan mereka diuji apabila Ikmal berasa sedih selepas dimarahi guru disiplin kerana datang lewat ke sekolah. Akmal yang prihatin segera mendekatinya dan mendengar luahan hatinya. Menyedari kesulitan Ikmal, Akmal menawarkan diri untuk menumpangkannya ke sekolah sementara kereta bapanya dibaiki. Tindakan itu membuat Ikmal berasa lega dan dihargai. Kisah ini menggambarkan nilai persahabatan sejati yang penuh dengan tolongmenolong dan kesetiaan, seumpama peribahasa "bagai isi dengan kuku."


Seseorang yang memiliki pendidikan akan sedar tentang bagaimana kita hidup sebagai manusia seperti membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, menjalankan kewajiban taat kepada perintah Tuhan dan sebagainya. ELEMEN PENDIDIKAN/PENGAJARAN


Impak Cerita Ini Terhadap Masyarakat Menjadi suri teladan kepada masyarakat khususnya kanak-kanak. Secara tidak langsung membentuk kepribadian yang mulia dalam diri kanak-kanak seperti menanam sifat suka tolong menolong dengan ikhlas.


Rumusan Kesimpulannya, cerita ini mengajar kita tentang nilai persahabatan sejati yang penuh dengan sikap tolongmenolong, keprihatinan, dan keikhlasan. Sahabat yang baik sentiasa ada di saat susah dan senang, tanpa mengharapkan balasan. Persahabatan seperti Amar dan Mail ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version