The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SADN1113 SEJARAH GUNAAN
DR. SITI ALWALIYAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdans0909, 2023-02-21 23:42:57

Sejarah Baju kurung kedah

SADN1113 SEJARAH GUNAAN
DR. SITI ALWALIYAH

SEJARAH WARISAN TAK KETARA SADN1113 SEJARAH GUNAAN K U M P U L A N 1 M U H A M M A D A N A S B I N M O H A M E D F A I Z A L ( 2 9 2 9 0 7 ) I N U R S A Z L I N A B I N T I M A H A M A D ( 2 9 3 1 8 6 ) I W A N A M Y L I A B I N T I M O H D A D N A N S A T H I A N A N D A N ( 2 9 2 9 6 7 ) I S I T I N O R A I S H A H B I N T I H A S H I M ( 2 9 2 8 4 2 ) BAJU KURUNG KEDAH


1.0 Latar Belakang 2.0 Objektif Kajian 3.0 Kaedah Penyelidikan Dan sumber 3.1 Kaedah memperoleh sumber 3.2 KaedahAnalisis Sumber 4.0 Isi Perbincangan 4.1 Mengenalpasti asal usul baju kurung kedah sebagai warisan tidak ketara 4.2 Mengkaji cara penghasilan baju kurung kedah 4.2.1 Ukuran badan 4.2.2 Membuat Pola 4.2.3 Memotong Kain 4.2.4 Menjahit Kain 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan ISI KANDUNGAN


1.0 LATAR BELAKANG Istilah 'warisan budaya' telah mengalami perubahan yang agak signifikan dalam beberapa dekad ini, Sebahagiannya disebabkan oleh instrumen yang dibangunkan oleh UNESCO sendiri. Warisan budaya tidak berakhir pada monumen dan koleksi objek. Ia juga termasuk tradisi atau ungkapan hidup yang diwarisi daripada nenek moyang kita dan diturunkan kepada keturunan kita, seperti tradisi lisan, seni tarian, amalan sosial, ritual, perayaan bangsa, ilmu pengetahuan dan amalan yang mengenai alam sekitar dan alam semesta atau pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan kraftangan. Walaupun rapuh, warisan budaya tidak ketara merupakan faktor penting dalam mengekalkan kepelbagaian budaya dalam menghadapi globalisasi yang semakin meningkat. Pemahaman tentang warisan budaya tidak ketara komuniti yang berbeza dapat memudahkan dengan dialog antara budaya dan dapat menggalakkan sifat saling menghormati terhadap cara hidup orang lain.


Tradisional, kontemporari dan hidup pada masa yang sama: warisan budaya tidak ketara bukan sahaja mewakili tradisi yang diwarisi dari masa lalu tetapi juga amalan luar bandar dan bandar kontemporari di mana kumpulan budaya yang pelbagai mengambil bahagian. Berasaskan komuniti pula warisan budaya tidak ketara hanya boleh menjadi warisan apabila ia diiktiraf oleh komuniti, kumpulan atau individu yang mencipta, mengekalkan dan menyebarkannya – tanpa pengiktirafan mereka, tiada sesiapa pun boleh memutuskan untuk mereka bahawa ungkapan atau amalan tertentu adalah milik mereka. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, penduduk wanita tempatan kebanyakkannya sering dilihat hanya menyarung kain kemban sehingga mendedahkan sebahagian anggota tubuh mereka. Setelah kemunculan Islam, asimilasi budaya antara pedagang asing dari Tanah Arab, negara India dan Tanah Besar China dengan penduduk tempatan telah melahirkan gaya pemakaian yang baharu.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti asal usul baju kurung kedah sebagai warisan tidak ketara. b) Mengkaji cara penghasilan baju kurung kedah.


3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN SUMBER Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan data sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dan teknik penganalisisan data. Kedua-dua kaedah ini digunakan untuk menghubungkaitkan objektif dengan perbincangan kajian. 3.1 KAEDAH MEMPEROLEH SUMBER Definisi dan konsep sejarah warisan tidak ketara diperoleh melalui laman web UNESCO, bukubuku ilmiah di perpustakaan dan internet. Hasil sumber ini diambil dalam skop sejarah warisan tidak ketara dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 3.2 KAEDAH ANALISIS SUMBER Sumber yang diperoleh akan dianalisis dan dipilih mengikut kesesuaian tajuk kajian dan dimasukkan ke dalam E-majalah. Setiap sumber yang diperoleh akan dicatat sumbernya untuk rujukan para pengkaji yang lain membuat kajian seterusnya. Setiap sumber dan rujukan yang dimasukkan ke dalam e-majalah akan dikaitkan dengan sejarah di Malaysia.


4.1 Mengenalpasti asal usul baju kurung Kedah sebagai warisan tak ketara Pada awalnya, potongan baju Kedah ini dikatakan agak singkat dan ketat. Pada abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka, Tun Hassan Temenggong telah mengubah suai potongan baju kurung Kedah dengan menjadikan ia lebih longgar dan labuh sebagaimana baju itu pada masa kini.


Satu trend bagi wanita di Kedah dan juga menarik minat negeri- negeri di utara Semenanjung. Dikhabarkan baju ini mempunyai pengaruh blaus dari Selatan Siam kerana kedudukan negeri Kedah yang terletak berhampiran dengan sempadan Thailand. Populariti Baju Kurung Kedah Warisan Dalam sejarah awal, baju kurung dipakai oleh dua jantina iaitu lelaki dan Perempuan. Baju kurung itu disesuaikan dengan kain pelikat atau kain sarung bagi lelaki sebelum penggunaan memakai seluar. Sementara itu, golongan wanita pula memakai baju kurung dipasangkan pula dengan kain sarung yang diikat dengan gaya ambak mengalur. Istilah baju kurung bagi lelaki ini ditukarkan namanya kepada baju melayu bagi membezakan antara nama pemakaian lelaki dan wanita


Baju kurung Kedah telah mula wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1803) yang merupakan nenenda kepada Sultan Abdul Halim Muadzam Syah serta Wan Hajar Wan Ismail. Sultanah Kedah, Wan Hajar Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Mak Wan Besar iaitu pelopor kepada fesyen baju kurung Kedah.


Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya golongan berusia yang gemar mengenakan baju kurung Kedah kerana pemakaiannya yang sangatsenang dan selesa. Namun begitu, pemakaian baju kurung Kedah ketika mengadap raja adalah dilarang sama sekali. Hal ini kerana pakaian tersebut dikhususkan penggunaannya untuk golongan bangsawan dan orang besar istana sahaja


Kurung Kedah Baju kurung Kedah yang dipakai ketika bersawah Potongan baju kurung kedah yang pendek dan longgar menyebabkan ramai wanita berasa selesa dan sesuai menggunakannya sebagai pakaian harian di rumah. Misalnya, pakaian basahan di rumah, ketika mengerjakan sawah dan sebagainya.


4.2 MENGKAJI CARA PENGHASILAN BAJU KURUNG KEDAH Pada mulanya, jahitan baju kurung Kedah menggunakan kain kasa atau kapas. Kemudian kain tersebut akan dikeraskan dengan kanji. Walaupun bentuk baju kurung Kedah adalah hampir sama dengan baju kurung Johor, namun naju kurung Kedah tidak mempunyai kekek dan pesak. Antara dua ciri paling ketara yang membezakan baju kurung Kedah dengan baju kurung yang lain adalah di bahagian lengan dan potongan yang labuh. Setiap corak dan reka bentuk juga boleh disesuaikan mengikut kaum di Malaysia agar dapat menarik minat masyarakat berbilang bangsa agar memakai baju yang sama sebagai lambang perpaduan. Apakah perbezaan baju kurung kedah dengan baju kurung yang lain ?


langkah membuat kurung kedah A E S T H E T I C M A G A Z I N E


Ukuran badan ukur lilit leher ukur lilit dada ukur lilit pinggang ukur lilit pinggul Bagi menghasilkan baju kurung Kedah, terdapat lapan ukuran badan yang diperlukan. Ukuran yang diperlukan terbahagi kepada dua bahagian bahagian depan badan dan bahagian belakang badan. Bahagian Depan Bahagian Belakang Ukuran lebar bahu labuh tangan jarak bahu ke pinggang labuh baju


Sedikit singkat berbanding baju kurung lain. Potongan lengan baju kurung Kedah berukuran tiga suku lengan. Manakala, lebar di tangan pula adalah lebih luas daripda baju kurung biasa LENGAN LEHER Bahagian lehernya diinspirasikan daripada tunik iaitu bahagian lubangnya berbentuk bulat dan sedikit terbuka di bahagian hadapan. Namun, ia dibiarkan sahaja sebegitu dan sebarang kancing baju tidak dikenakan.


Labuh Baju Lebih pendek bberbanding Baju Kurung Biasa Baju Kurung Kedah Ukuran longgar Paras pinggul sahaja Tidak menampakkan bentuk tubuh dan diperbuat daripada material yang tidak terlalu jarang Tidak sama seperti kurung lain yang mempunyai labuh paras paha ataupun lutut.


Pola dalam proses pembuatan pakaian dapat diertikan sebagai potongan kertas. Pola sangat penting dalam penghasilan setiap baju kurung Kedah. Sebenarnya pola membantu mengelakkan kain dipotong berlebihan, membuat susun atur yang lebih kemas dan mengelakkan dari tersalah potong. Dengan adanya pola, masa menggunting kain dapat dijimatkan. Hal ini kerana pola tersebut boleh digunakan semula untuk membuat baju lain yang sama. Pembuatan baju akan lebih cepat disiapkan untuk penghasilan baju yang seterusnya POLA KURUNG KEDAH


Pola baju yang dipotong mengikut ukuran badan menghasilkan baju yang sesuai ukuran badan pengguna. C onto h Alatan W ARI SAN Untuk membuat pola, terdapat beberapa alatan yang diperlukan iaitu pita ukur, pembaris L, pensel. Lakaran mengikut ukuran dilukis di atas kertas pola. Antara pola yang perlu dilakar ialah pola badan hadapan, pola badan belakang, pola tangan dan pola leher. Setelah siap, pola digunting mengikut lakaran.


Memotong Kain SSeetteellaahh sseelleessaaii mmeemmoottoonngg ppoollaa,, ddiitteerruusskkaann llaaggii ddeennggaann mmeemmoottoonngg kkaaiinn.. PPoollaa aakkaann ddiilleettaakkkkaann ddaann ddiibbeennttaannggkkaann ddiiaattaass kkaaiinn.. KKaaiinn yyaanngg ddiippeerrlluukkaann aaddaallaahh bbeerrggaannttuunngg ddeennggaann ssaaiizz bbaajjuu kkuurruunngg yyaanngg hheennddaakk ddiibbuuaatt..KKaaiinn yyaanngg ddiippoottoonngg hheennddaakkllaahh lleebbiihh 11 iinnccii ddaarriippaaddaa ppoollaa.. LLeebbiihhaann 11 iinnccii iittuu ddiinnaammaakkaann bbaassii.. Basi aaddaallaahh rruuaanngg aannttaarraa tteeppii kkaaiinn ddeennggaann ggaarriiss jjaahhiittaann..


MENJAHIT KAIN Ada dua jenis jahitan yang boleh digunakan untuk menjahit kai dan mencantum bahagian-bahagian yang di potong iaitu jahitan tangan dan jahitan mesin. Jahitan tangan mengambil masa yang lebih lama untuk siap berbanding menggunakan jahitan mesin. Setiap bahagian kain hendaklah dijahit tepi. Tujuan jahit tepi adalah untuk mengelakkan kain daripada berbulu Semasa proses menjahit dan mencantum baju, adalah digalakkan untuk menggosok terlbih dahulu kain agar lebih kemas dan mudah untuk dikendalikan. Cantumkan kesemua bahagian kain sehingga siap menjadi baju kurung.


Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu mengenai asal-usul baju kurung Kedah. Hal ini kerana ia merupakan salah satu warisan tradisional yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Hal ini disebabkan ia tidak terlalu sarat dengan pelbagai corak dan warna. Walaupun baju kurung Kedah telah mula diperkenalkan sejak sekian lama, namun gaya dan pemakaiannya masih lagi versatil dan relevan sehingga ke saat ini. Oleh itu, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia mampu membentuk perpaduan yang kukuh dengan hanya mengenakan pakaian tradisional yang dianggap sebagai warisan tidak ketara ini. 5.0 KESIMPULAN Rekaan fesyen yang menggabungkan keduadua elemen moden dan tradisional serta penggunaan material berbeza mampu memberikan nafas baharu kepada rekaan baju kurung Kedah. Ini menjadikan baju kurung Kedah tidak tenggelam dek zaman dan masih menjadi pilihan popular dalam kalangan masyarakat sehingga ke hari ini. Fesyen kurung Kedah dipilih oleh wanita yang ingin tampak anggun, bergaya selain kegunaannya yang praktikal untuk dijadikan busana harian. Evolusi fesyen baju kurung Kedah telah berkembang seiring dengan kesesuaian semasa dan pemodenan zaman. Walaupun corak dan stail hari ini mungkin menampakkan sedikit perubahan, namun segala unsur tradisional masih lagi dikekalkan dan menjadi medium untuk merapatkan perpaduan kaum di Malaysia


6.0 RUJUKAN Hasma Ahmad. (2007). Jurnal Rekabentuk dan pola baju kurung melayu di Malaysia. Institut penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam, Selangor Malaysia. Encik Sulaiman. Pemilik Kedai Tukang Jahit Warisan sejak 1970-an hingga sekarang, di Kompleks Pekan Rabu, Jalan Tunku Ibrahim, Bandar Alor Setar 05000 Alor Setar, Kedah. Aszulhida Aman. (2022). Jurnal ELEMEN REKAAN DAN SENI PADA BAJU KURUNG MASYARAKAT MELAYU. Institut Alam Dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Pedas, Negeri Sembilan. Nur Ayayu, Pemilik Malaysian Hancraft Batik. “Sejarah dan ciri-ciri Baju Kurung Kedah”. https://ayayu.my/baju-kurung-kedah Balqis Lyana. (2019. Thesis Design and Content of Baju Kurung Kedah. Bachelor in Graphic Design (HONOURS) Faculty of Art & Design, Universiti Teknologi MARA


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version