The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Malaysian Nationhood Studies kumpulan H. Group 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdans0909, 2022-12-18 23:21:53

Warisan Tidak Ketara: Baju Kurung Kedah

Malaysian Nationhood Studies kumpulan H. Group 1

Keywords: Warisan,Baju Kurung

SADN1033 WARISAN
KENEGARAAN MALAYSIA TAK KETARA

BAJU
KURUNG
KEDAH

KUMPULAN 1



MUHAMMAD ANAS BIN MOHAMED
FAIZAL (292907) I NURAINSYAH

BINTI MOKHTAR (292094) I SITI
NADHIRAH BINTI BAKAR (292091) I

NURUL IMAN FATINI BINTI UMAR
(291946) I ANCHALI A/P SANIT
(291897) I AVANTHITHAH A/P

GANESON (292055) I NURSAZLINA
BINTI MAHAMAD (293186) I WAN

AMYLIA BINTI MOHD ADNAN
SATHIANANDAN (292967) I NOR
SHAHASHILIZA LYANA AIDA BINTI
MOHD ASNIZAD (295699) I SITI NOR
AISHAH BINTI HASHIM (292842)

ISI KANDUNGAN

1.0 Latar Belakang
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Penyelidikan Dan sumber
3.1 Kaedah memperoleh sumber
3.2 Kaedah Analisis Sumber
4.0 Isi Perbincangan

4.1 Mengenalpasti asal usul baju kurung kedah sebagai warisan
tidak ketara

4.2 Mengkaji cara penghasilan baju kurung kedah merentasi
kaum

4.2.1 Ukuran badan
4.2.2 Membuat Pola
4.2.3 Memotong Kain
4.2.4 Menjahit Kain
4.3 Mengkaji peranan pakaian tradisional dalam merapatkan
perpaduan masyarakat majmuk.
5.0 Kesimpulan

1.0 L'wAarTisAanR

buB
dEayLa'AtKelaAh NmGengalami perubahan yang
Istilah

agak signifikan dalam beberapa dekad ini, Sebahagiannya

disebabkan oleh instrumen yang dibangunkan oleh UNESCO

sendiri. Warisan budaya tidak berakhir pada monumen dan

koleksi objek. Ia juga termasuk tradisi atau ungkapan hidup

yang diwarisi daripada nenek moyang kita dan diturunkan

kepada keturunan kita, seperti tradisi lisan, seni tarian,

amalan sosial, ritual, perayaan bangsa, ilmu pengetahuan

dan amalan yang
mengenai alam sekitar dan alam semesta

atau pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan

kraftangan.

Walaupun rapuh, warisan budaya tidak ketara merupakan

faktor penting dalam mengekalkan kepelbagaian budaya

dalam menghadapi globalisasi yang semakin meningkat.

Pemahaman tentang warisan budaya tidak ketara komuniti

yang berbeza dapat memudahkan dengan dialog antara

budaya dan dapat menggalakkan sifat saling menghormati

terhadap cara hidup orang lain.

Tradisional, kontemporari dan hidup pada masa yang
sama: warisan budaya tidak ketara bukan sahaja mewakili
tradisi yang diwarisi dari masa lalu tetapi juga amalan luar
bandar dan bandar kontemporari di mana kumpulan
budaya yang pelbagai mengambil bahagian.
Berasaskan komuniti pula warisan budaya tidak ketara
hanya boleh menjadi warisan apabila ia diiktiraf oleh
komuniti, kumpulan atau individu yang mencipta,
mengekalkan dan menyebarkannya – tanpa pengiktirafan
mereka, tiada sesiapa pun boleh memutuskan untuk mereka
bahawa ungkapan atau amalan tertentu adalah milik
mereka.
Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, penduduk wanita
tempatan kebanyakkannya sering dilihat hanya menyarung
kain kemban sehingga mendedahkan sebahagian anggota
tubuh mereka. Setelah kemunculan Islam, asimilasi budaya
antara pedagang asing dari Tanah Arab, negara India dan
Tanah Besar China dengan penduduk tempatan telah
melahirkan gaya pemakaian yang baharu.

2.0 OBJEK
TIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti asal usul baju kurung
kedah sebagai warisan tidak ketara.
b) Mengkaji cara penghasilan baju kurung
kedah merentasi kaum.
c) Mengkaji peranan pakaian tradisional
dalam merapatkan perpaduan
masyarakat majmuk

3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN
SUMBER

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan

data sekunder iaitu kaedah pengumpulan data

dan teknik penganalisisan data. Kedua-dua

kaedah ini digunakan untuk

menghubungkaitkan objektif dengan

perbincangan kajian.

3.1 KAEDAH MEMPEROLEH SUMBER

Definisi dan konsep sejarah warisan tidak ketara

diperoleh melalui laman web UNESCO, buku-

buku ilmiah di perpustakaan dan internet. Hasil

stiudmakberkeintai rdaiamdbaillamd
aklaamlansgkoapn sejarah warisan
masyarakat di

Malaysia.

3.2 KAEDAH ANALISIS SUMBER

Sumber yang diperoleh akan dianalisis dan
dipilih mengikut kesesuaian tajuk kajian dan
dimasukkan ke dalam E-majalah. Setiap sumber
yang diperoleh akan dicatat sumbernya untuk
rujukan para pengkaji yang lain membuat kajian
seterusnya. Setiap
sumber dan rujukan yang
dimasukkan ke dalam e-majalah akan dikaitkan
dengan kenegaraan dan pepaduan di Malaysia.

Mengenalpasti asal usul baju
kurung Kedah sebagai warisan

tak ketara

Pada awalnya, potongan baju Kedah ini dikatakan agak
singkat dan ketat. Pada abad ke-15, Kesultanan Melayu
Melaka, Tun Hassan Temenggong telah mengubah suai
potongan baju kurung Kedah dengan menjadikan ia lebih
longgar dan labuh sebagaimana baju itu pada masa kini.

Warisan

Dalam sejarah awal, baju kurung
dipakai oleh dua jantina iaitu lelaki
dan Perempuan. Baju kurung itu
disesuaikan dengan kain pelikat
atau kain sarung bagi lelaki
sebelum penggunaan memakai
seluar. Sementara itu, golongan
wanita pula memakai baju kurung
dipasangkan pula dengan kain
sarung yang diikat dengan gaya
ambak mengalur. Istilah baju
kurung bagi lelaki ini ditukarkan
namanya kepada baju melayu
bagi membezakan antara nama
pemakaian lelaki dan wanita

Populariti Baju Kurung Kedah

Satu trend bagi wanita di Kedah dan

juga menarik minat negeri- negeri di

utara Semenanjung.

Dikhabarkan baju ini mempunyai

pengaruh blaus dari Selatan Siam

kerana kedudukan negeri Kedah yang

terletak berhampiran dengan

sempadan Thailand.

Baju kurung Kedah

telah mula wujud


sejak zaman

pemerintahan

Sultan Ahmad

Tajuddin (1803)

yang merupakan

nenenda kepada

Sultan Abdul Halim

Muadzam Syah

serta Wan Hajar


Wan Ismail.

Sultanah Kedah,

Wan Hajar Wan

Ismail atau lebih

dikenali sebagai

Mak Wan Besar


iaitu pelopor

kepada fesyen baju


kurung Kedah.

Sehingga kini, masih ramai wanita terutamanya
golongan berusia yang gemar mengenakan baju

kurung Kedah kerana pemakaiannya yang
sangat senang dan selesa. Namun begitu,
pemakaian baju kurung Kedah ketika mengadap
raja adalah dilarang sama sekali. Hal ini kerana
pakaian tersebut dikhususkan penggunaannya
untuk golongan bangsawan dan orang besar

istana sahaja

Baju kurung Kedah yang
dipakai ketika bersawah

Kurung
Kedah

Potongan baju kurung kedah yang pendek dan longgar

menyebabkan ramai wanita berasa selesa dan sesuai

menggunakannya sebagai pakaian harian di rumah.

Misalnya, pakaian basahan di rumah, ketika mengerjakan

sawah dan sebagainya.

KENEGARAAN MALAYSIA

4.2 MENGKAJI CARA PENGHASILAN BAJU
KURUNG KEDAH MERENTASI KAUM

Pada mulanya, jahitan baju
kurung Kedah menggunakan
kain kasa atau kapas.
Kemudian kain tersebut
akan dikeraskan dengan
kanji. Walaupun bentuk baju
kurung Kedah adalah hampir
sama dengan baju kurung
Johor, namun naju kurung
Kedah tidak mempunyai
kekek dan pesak.

Apakah perbezaan baju kurung
kedah dengan baju kurung
yang lain ?

Antara dua ciri paling ketara yang
membezakan baju kurung Kedah dengan
baju kurung yang lain adalah di bahagian
lengan dan potongan yang labuh. Setiap
corak dan reka bentuk juga boleh
disesuaikan mengikut kaum di Malaysia agar
dapat menarik minat masyarakat berbilang
bangsa agar memakai baju yang sama
sebagai lambang perpaduan.

AESTHETIC
MAGAZINE

langkah
membuat

kurung
kedah

Ukuran
badan

Bagi menghasilkan baju kurung
Kedah, terdapat lapan ukuran badan
yang diperlukan. Ukuran yang
diperlukan terbahagi kepada dua
bahagian bahagian depan badan
dan bahagian belakang badan.

Bahagian
Depan

Ukuran lebar
bahu
labuh tangan
jarak bahu ke
pinggang
labuh baju

Bahagian
Belakang

ukur lilit leher
ukur lilit dada
ukur lilit
pinggang
ukur lilit pinggul

LEHER

Bahagian lehernya

diinspirasikan


daripada tunik iaitu

bahagian lubangnya

berbentuk bulat dan


sedikit terbuka di

bahagian hadapan.

Namun, ia dibiarkan

sahaja sebegitu dan

sebarang kancing baju


tidak dikenakan.

LENGAN

Sedikit singkat

berbanding baju

kurung lain. Potongan

lengan baju kurung

Kedah berukuran tiga


suku lengan.
Manakala, lebar di

tangan pula adalah

lebih luas daripda baju


kurung biasa

Volume. 001

Labuh

Baju

Baju Kurung Kedah Paras pinggul

Lebih pendek sahaja
bberbanding
Baju Kurung Tidak sama seperti kurung lain
Biasa yang mempunyai labuh paras paha

ataupun lutut.

Ukuran longgar

Tidak menampakkan bentuk tubuh dan diperbuat daripada
material yang tidak terlalu jarang

POLA
KURUNG
KEDAH

Pola dalam proses pembuatan pakaian dapat diertikan sebagai potongan
kertas. Pola sangat penting dalam penghasilan setiap baju kurung Kedah.
Sebenarnya pola membantu mengelakkan kain dipotong berlebihan,
membuat susun atur yang lebih kemas dan mengelakkan dari tersalah
potong. Dengan
adanya pola, masa menggunting kain dapat dijimatkan. Hal ini kerana
pola
tersebut boleh digunakan semula untuk membuat baju lain yang sama.
Pembuatan baju akan lebih cepat disiapkan untuk penghasilan baju yang

seterusnya

WARISAN

Pola baju yang dipotong
mengikut ukuran badan

menghasilkan baju
yang sesuai ukuran badan

pengguna.

Contoh Alatan

Untuk membuat pola, terdapat
beberapa alatan yang diperlukan
iaitu pita ukur, pembaris L, pensel.
Lakaran mengikut ukuran dilukis di
atas kertas pola. Antara pola yang

perlu dilakar ialah pola badan
hadapan, pola badan belakang, pola
tangan dan pola leher. Setelah siap,

pola digunting mengikut lakaran.

Memotong Kain

Setelah selesai memotong
pola, diteruskan lagi

dengan memotong kain.
Pola akan diletakkan dan
dibentangkan diatas kain.

Kain yang diperlukan
adalah

bergantung dengan saiz
baju kurung yang hendak
dibuat. Kain yang dipotong

hendaklah lebih 1 inci
daripada pola. Lebihan 1
inci itu dinamakan basi.

Basi
adalah ruang antara tepi
kain dengan garis jahitan.

MENJAHIT
KAIN

Ada dua jenis jahitan yang boleh digunakan untuk menjahit kai
dan mencantum bahagian-bahagian yang di potong iaitu

jahitan tangan dan jahitan mesin. Jahitan tangan mengambil
masa yang lebih lama untuk siap berbanding menggunakan

jahitan mesin. Setiap bahagian kain hendaklah dijahit tepi.
Tujuan jahit tepi adalah untuk mengelakkan kain daripada

berbulu




Semasa proses menjahit dan mencantum baju, adalah
digalakkan untuk menggosok terlbih dahulu kain agar lebih
kemas dan mudah untuk dikendalikan. Cantumkan kesemua
bahagian kain sehingga siap menjadi baju kurung.

Mengkaji peranan pakaian
tradisional dalam merapatkan
perpaduan masyarakat majmuk

Secara umumnya, kita sebagai
rakyat Malaysia tidak mempunyai

pakaian
khusus bagi Bangsa Malaysia
seperti mana di Indonesia dan

Thailand
kerana kita meraikan semua
pakaian tradisional yang wujud di

Malaysia.
Oleh itu, warisan tidak ketara
seperti baju kurung Kedah dapat

menjadi
medium dalam merapatkan
hubungan antara kaum di

Malaysia.


Baju kurung Kedah dipilih sebagai tajuk kajian kerana keunikkannya

sebagai salah satu pakaian tradisional orang Melayu yang semakin ditelan
zaman.

Apabila masyarakat pelbagai kaum mengenakan pakaian yang sama, akan
timbul perasaan kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu
sama lain. Justeru semangat bangsa Malaysia juga akan semakin
bertambah dalam diri.

KESIMPULAN
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu mengenai
asal-usul baju kurung Kedah. Hal ini kerana ia merupakan salah
satu warisan tradisional yang ditinggalkan oleh generasi
terdahulu. Hal ini disebabkan ia tidak terlalu sarat dengan
pelbagai corak dan warna. Walaupun baju kurung Kedah telah
mula diperkenalkan sejak sekian lama, namun gaya dan
pemakaiannya masih lagi versatil dan relevan sehingga ke saat
ini. Oleh itu, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia mampu
membentuk perpaduan yang kukuh dengan hanya
mengenakan pakaian tradisional yang dianggap sebagai
warisan tidak ketara ini.

Rekaan fesyen yang menggabungkan kedua-
dua elemen moden dan tradisional serta
penggunaan material berbeza mampu
memberikan nafas baharu kepada rekaan baju
kurung Kedah. Ini menjadikan baju kurung
Kedah tidak tenggelam dek zaman dan masih
menjadi pilihan popular dalam kalangan
masyarakat sehingga ke hari ini. Fesyen kurung
Kedah dipilih oleh wanita yang ingin tampak
anggun, bergaya selain kegunaannya yang
praktikal untuk dijadikan busana harian. Evolusi
fesyen baju kurung Kedah telah berkembang
seiring dengan kesesuaian semasa dan
pemodenan zaman. Walaupun corak dan stail
hari ini mungkin menampakkan sedikit
perubahan, namun segala unsur tradisional
masih lagi dikekalkan dan menjadi medium
untuk merapatkan perpaduan kaum di
Malaysia

RUJUKAN

HHaassmmaa AAhhmmaadd.. ((22000077)).. JJuurrnnaall RReekkaabbeennttuukk ddaann ppoollaa
bbaajjuu kkuurruunngg mmeellaayyuu ddii MMaallaayyssiiaa.. IInnssttiittuutt

ppeennyyeelliiddiikkaann,, ppeemmbbaanngguunnaann ddaann ppeennggkkoommeerrssiillaann
UUnniivveerrssiittii TTeekknnoollooggii MMaarraa 4400445500 SShhaahh

AAllaamm,, SSeellaannggoorr MMaallaayyssiiaa..

EEnncciikk SSuullaaiimmaann.. PPeemmiilliikk KKeeddaaii TTuukkaanngg JJaahhiitt WWaarriissaann
sseejjaakk 11997700--aann hhiinnggggaa sseekkaarraanngg,, ddii

KKoommpplleekkss PPeekkaann RRaabbuu,, JJaallaann TTuunnkkuu IIbbrraahhiimm,, BBaannddaarr
AAlloorr SSeettaarr 0055000000 AAlloorr SSeettaarr,, KKeeddaahh..

AAsszzuullhhiiddaa AAmmaann.. ((22002222)).. JJuurrnnaall EELLEEMMEENN RREEKKAAAANN DDAANN
SSEENNII PPAADDAA BBAAJJUU KKUURRUUNNGG

MMAASSYYAARRAAKKAATT MMEELLAAYYUU.. IInnssttiittuutt AAllaamm DDaann TTaammaadduunn
MMeellaayyuu,, UUnniivveerrssiittii KKeebbaannggssaaaann

MMaallaayyssiiaa,, BBaannggii,, SSeellaannggoorr,, KKoolleejj KKeemmaahhiirraann TTiinnggggii
MMAARRAA RReemmbbaauu,, PPeeddaass,, NNeeggeerrii SSeemmbbiillaann..

NNuurr AAyyaayyuu,, PPeemmiilliikk MMaallaayyssiiaann HHaannccrraafftt BBaattiikk.. ““SSeejjaarraahh
ddaann cciirrii--cciirrii BBaajjuu KKuurruunngg KKeeddaahh””..

hhttttppss::////aayyaayyuu..mmyy//bbaajjuu--kkuurruunngg--kkeeddaahh

BBaallqqiiss LLyyaannaa.. ((22001199.. TThheessiiss DDeessiiggnn aanndd CCoonntteenntt ooff BBaajjuu
KKuurruunngg KKeeddaahh.. BBaacchheelloorr iinn GGrraapphhiicc

DDeessiiggnn ((HHOONNOOUURRSS)) FFaaccuullttyy ooff AArrtt && DDeessiiggnn,,
UUnniivveerrssiittii TTeekknnoollooggii MMAARRAA

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version