Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang TTUUGGAASSAANN 22 BMMB1144 Isu Kesantunan Berbahasa dan Cara menangani
maklumat diri Nama : NURUL AIN BINTI MOHD ROSLI Angka Giliran : 2022272310069 Nombor Kad Pengenalan : 040120020150 Kelas : PENGAJIAN MELAYU 3 Nama Pensyarah : puan norhayati binti ayit BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA
ISI KANDUNGAN Pengenalan (Apa itu kesantunan berbahasa?) Isu Bahasa dan Justifikasinya Isu Budaya dan Justifikasinya Isu Sosial dan Justifikasinya Cara Menangani Isu Kesantunan Berbahasa Penutup Rujukan
Apa itu KESANTUNAN berbahasa? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan kesantunan merupakan sebagai budi bahasa yang halus dan beradab manakala berbahasa merupakan percakapan sopan santun. Kesantunan berbahasa merujuk kepada nilai-nilai kesopanan yang melibatkan pertuturan yang halus dan intonasi serta gerak tubuh yang menunjukkan baik budi pekerti. Asmah Haji Omar (2000), mendefinisikan kesantunan berbahasa sebagai penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian. Tidak menimbulkan perasaan tersinggung kepada pendengar. Awang Sariyan (2007), penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Isu Bahasa Justifikasi : (i) Gambar di atas menjelaskan penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat di Malaysia melalui platfom Twitter. Berdasarkan bukti yang diperoleh, pengguna media sosial telah menggunakan bahasa slanga seperti "weyh, sis, mane, do, aque, ade dan cey". Menurut Muhammad Zaid Daud (2018), slanga merupakan perkataan yang membentuk suatu makna baharu yang berlainan daripada maksud asal. Penggunaan bahasa slanga
Dari aspek ledakan teknologi, perkembangan teknologi telah mempengaruhi cara penutur berkomunikasi apabila anggota masyarakat cenderung menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan Telegram sebagai medium untuk berkongsi pendapat, maklumat, meluahkan perasaan dan sebagainya. Menurut Mary Fatimah Subet dan Muhammad Zaid Daud (2016), bahasa slanga digunakan sebagai suatu bentuk hiburan, bertujuan mewujudkan perbualan yang lebih mesra, bertujuan meringkaskan sesuatu perkataan tanpa mengubah makna asal perkataan supaya pertuturan mudah difahami. Berikut adalah huraian bahasa slanga iaitu "sis" merupakan panggilan untuk kawan perempuan dan singkatan daripada bahasa Inggeris "sister". Selain itu, penggunakan bahasa slanga 'do" merujuk kepada bodoh. Kesan bahasa slanga ini kepada masyarakat ialah menurut Minah Sintian (2017), penggunaan kosa kata ini hanya difahami oleh kumpulan tertentu. Namun, penggunaan bahasa slanga pada dasarnya memberikan kesan negatif terhadap bahasa Melayu itu sendiri.
Isu Bahasa Justifikasi : (ii) Penggunaan bahasa sindiran Gambar di atas menjelaskan penggunaan bahasa sindiran dalam kalangan masyarakat di Malaysia melalui platfom Instagram. Berdasarkan bukti yang diperoleh, pengguna media sosial telah menggunakan bahasa sindiran seperti "masuk neraka dan tak ada iman kau ni" di dalam ruangan komen. Menurut Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa bahasa sindiran merupakan perkataan yang ditujukan oleh seseorang secara tidak tepat, terselindung dan berkias.
Jelaslah bahawa bahawa bahasa sindiran merupakan bahasa yang diperkatakan seseorang secara sinis, dan mempunyai makna yang kadangkala memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya. Berikut adalah bahasa sindiran iaitu "masuk neraka" yang menunjukkan perbuatan dia salah dan cuba menghukum melalui ruangan komen, manakala "tak ada iman kau ni" menunjukkan sindiran kepada Leona kerana memakai pakaian seksi. Justeru itu, penggunaan bahasa sindiran ini sering digunakan dalam masyarakat Melayu sejak dahulu lagi tetapi cara penggunaannya lebih moden dengan menggunakan platfom media sosial. Penggunaan bahasa sindiran tidak sopan atau tidak sepatutnya digunakan kerana ia akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu di negara Malaysia. Namun, ia tetap digunakan oleh masyarakat pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di dalam media sosial. Sepatutnya, masyarakat lebih menggunakan ayat yang positif untuk memberi kesedaran atau memberi nasihat. Katakata yang bersifat keras dan kasar ini tidak sedap didengar dan ditutur kerana ia akan menunjukkan sifat dan akhlak kita yang tidak bersantun.
Isu Budaya Justifikasi : (i) Penggunaan bahasa dialek Gambar di atas menjelaskan penggunaan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat di Malaysia melalui platfom Twitter. Berdasarkan bukti yang diperoleh, pengguna media sosial telah menggunakan bahasa dialek di sebelah utara seperti "hang, tidoq dan ka" manakala bahasa dialek di sebelah timur seperti "kawe, make dan singgang".
Menurut Julaina et. al. (2023), dialek merupakan variasi bahasa yang diujarkan oleh komuniti masyarakat di sebahagian kawasan tertentu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Berikut adalah dapatan dialek yang terdapat pada ruangan komen di Twitter pada gambar disebelah iaitu penggunaan dialek di Kedah "hang" merujuk kepada kata panggilan kamu, manakala perkataan "tidoq" membawa maksud tidur. Hal ini menunjukkan masyarakat disebelah utara menggunakan dialek ini antara satu sama lain semasa berkomunikasi. Kedua ialah dapatan dialek masyarakat disebelah timur iaitu "kawe" yang bermaksud saya dan "make" membawa maksud makan. Mereka boleh memahami dan berbalas berbicara menggunakan dialek mengikut persekitaran mereka. Penggunaan bahasa dialek di media sosial meningkat kerana mengikut keselesaan pengguna dalam menggunakan media sosial. Hal ini menyebabkan ayat mereka kurang gramatis dan menimbulkan kekeliruan pada orang luar.
Isu Budaya Justifikasi : (ii) Penggunaan bahasa rojak Gambar di atas menjelaskan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat di Malaysia melalui platfom Telegram. Berdasarkan bukti yang diperoleh, hampir 89% pengguna menggunakan bahasa rojak. Fenomena penggunaan bahasa yang bercampur dalam media sosial semakin berleluasa. Penggunaan bahasa yang bercampur atau bahasa rojak adalah suatu jenis penulisan atau percakapan di Malaysia yang didefinisikan sebagai campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ( Hidayah Shafiee et. al. 2019).
Penggunaan bahasa rojak sering digunakan oleh generasi Y dalam media sosial semakin memberi kesan terhadap Bahasa Kebangsaan. Fenomena perkembangan teknologi komunikasi telah banyak mempengaruhi cara individu untuk berkomunikasi. Kemunculan media baharu pada masa kini telah mempengaruhi cara masyarakat berkomunikasi. Antaranya bahasa rojak, buktinya pada gambar disebelah, penggunaan bahasa Inggeris menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk kelihatan hebat dan pandai ketika berbicara. Hal ini akan merisikokan Bahasa Kebangsaan pada negara. Buktinya adalah " boleh juga... follow, like & share iLEAD,.. dll" ia merupakan campuran bahasa Melayu dan Inggeris. Penggunaan bahasa rojak begitu popular digunakan dalam aplikasi media sosial pada masa kini seperti campuran bahasa Melayu dan Inggeris, campuran bahasa Melayu dan loghat dan wujud istilah baru. Hal ini menyebabkan penyalahgunaan frasa atau maksud ayat tersebut lain daripada ayat yang sebenar. Tambahan pula, akan memberi kesan jangka panjangkepada pelajar.
Isu Justifikasi : (i) sosial Panggilan yang tidak sesuai Gambar di atas menjelaskan penggunaan panggilan yang tidak sesuai dalam kalangan masyarakat yang berlaku di kedai makan dan telah tular di platfom Tiktok. Berdasarkan bukti yang diperoleh, polis menahan lelaki berusia 50 tahun kerana mengamuk membaling bungkusan makanan dan minuman kerana pekerja memanggilnya "pakcik".
Kata panggilan merupakan kata ganti nama untuk digunakan dalam kehidupan seharian bagi menunjukkn sifat hormat dan santun dalam berbahasa. Bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan yang istimewa seperti tuan, puan kepada orang yang kita hormat dan pangkatnya lebih tinggi. Seterusnya pakcik, makcik kepada orang yang lebih berusia. Berikutan isu digambar sebelah, pakcik tersebut yang berusia 50 tahun didapati bersalah kerana mengamuk membaling makanan kepada orang yang memanggilnya "pakcik" , tetapi releven untuk orang yang lebih muda memanggilnya pakcik kerana usianya. Kita mesti berfikir untuk menggunakan panggilan yang sesuai apabila bertutur atau menulis dalam penulisan terutamanya di dalam sosial media bagi mengelakkan terguris perasaan orang lain.
Peranan ibu bapa Peranan guru Peranan media massa Peranan kerajaan Cara Mengatasi isu kesantunan berbahasa
Peranan ibu bapa Ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai orang yang paling terdekat dengan anakanak untuk memantau aktiviti-aktiviti harian mereka termasuklah pada media sosial mereka. Tegas dalam memberi teguran dengan menggunakan kata-kata yang sopan. Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mendidik rohani dan akhlak mereka supaya bersopan santun dengan orang lain dalam kehidupan seharian walau di mana-mana sahaja. Sentiasa meluangkan masa bersama supaya tidak terjerumus dengan perkara yang negatif. Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dihadapan anak-anak kerana anak-anak akan meniru setiap perbuatan kedua ibu bapanya.
Guru memberi bimbingan kepada muridmurid dalam menekankan aspek kesantunan berbahasa di dalam dan di luar kelas bagi memastikan anak bangsa tidak terpesong. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam kesantunan berbahasa dan mempraktikan di sekolah supaya dapat membentuk sahsiah yang unggul di dalam kalangan murid-murid. Guru menjadi panduan utama di sekolah dalam berkomunikasi kerana murid-murid melihat perlakuan yang dilakukan oleh guru. Peranan guru
Menguatkuasakan undang-undang negara tetang melarang penggunaan bahasa yang tidak sopan di dalam media sosial dan di khalayak umum. Menubuhkan agensi untuk menyekat semua penularan bahasa-bahasa yang tidak sopan di media sosial dan di televisyen Mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu dapat meningkatkan darjat bahasa kita dan ceramah tentang bahaya menggunakan bahasa tidak sopan pada generasi akan datang. Peranan kerajaan
Menyiarkan iklan-iklan pada semua platfom media sosial tentang kesantunan berbahasa dan faedahnya kepada masyarakat negara kita. Menyekat semua tayangan yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik dari segi lisan ataupun penulisan supaya mengelakkan pengaruh ketidaksantunan daripada media massa. Menyediakan bahan-bahan seperti poster pada tempat awam tentang penggunaan bahasa yang sopan Peranan media massa
Penutup Bahasa berupaya mengangkat martabat sesuatu bangsa di mata dunia, selain daripada menggambarkan sahsiah seseorang individu. Perkara ini kerana bahasa yang santun dan beradab mencerminkan budi pekerti masyarakat yang mulia, peramah, bersopan santun dan berbudi bahasa. Di Malaysia, Bahasa Melayu menjadi alat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira latar belakang dan perbezaan warna kulit. Dalam Perkara 152 Perlembangaan Malaysia sudah termaktub bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia (Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, 2006). 2 ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ merupakan peribahasa Melayu untuk menanam pegangan dan jati diri dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Rujukan Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019). Pengaruh Bahasa Rojak di Media Baharu Terhadap Bahasa Kebangsaan. http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-15-06-15.pdf Ixsir Eliya, Achmad Ja'far Sodik. (2021). Strategi Kesantunan Berbahasa Penceramah dalam Mengatasi Konflik Sosial di Media Sosial Instagram. https://repositori.kemdikbud.go.id/24324/1/PROSID ING.pdf#page=210 Julaina Nopiah. Shazriena Izlin Azhar & Nurul Jamilah Rosly. (2022). Pemetaan Taburan Leksikal Dialek Muar Satu Kajian Rintis. https://repositori.kemdikbud.go.id/24324/1/PROSID ING.pdf#page=210
Noor Fazerra Paijin, Nuratikah Ja'afar & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan bahasa Slanga dalam Akaun Twitter "Brgsjks". Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, & Maslida Yusof. (2002). Kata Panggilan dalam Masyarakat Melayu: Analisis Sosiolinguistik dan Pragmatik. https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/artic le/view/8704/4219 Siti Norsyahida Mohd A Rashid, Nor Azuwan Yaakob. (2016). Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujian Vlog. https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/511/ 117 https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view /484/400
TTUUGGAASSAANN 22 BMMB1144 Sekian Terima kasih