PenghasilanProduk Pentaksiran Dalam Pendidikan e-Portfolio INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG 2025 Disediakan oleh: SEMESTER/TAHUN NURUL AIN BINTI MOHD ROSLI PENGAJIAN MELAYU 3 SEMESTER II TAHUN 2 AMBILAN PISMP OGOS 2022/2027
Isi Kandungan 01 02 03 04 05 PENGENALAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN 1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN 3 4.0 KONSEP HASIL BUKU LATIHAN (BERTULIS) 4.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH 4.2 KRITERIA PENILAIAN 4.3 NILAI/ KEBERKESANAN 4.4 KEKUATAN 4.5 KELEMAHAN 4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN RUMUSAN 1.1 TUJUAN 1.2 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT 1.3 STRATEGI PENTAKSIRAN AL TERNATIF INSTRUMEN PENTAKSIRAN 2 2.0 KONSEP SENARAI SEMAK (PEMERHATIAN) 2.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH 2.2 KRITERIA PENILAIAN 2.3 NILAI/ KEBERKESANAN 2.4 KEKUATAN 2.5 KELEMAHAN 2.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 3.0 KONSEP PENILAIAN RAKAN SEBAYA (LISAN) 3.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH 3.2 KRITERIA PENILAIAN 3.3 NILAI/ KEBERKESANAN 3.4 KEKUATAN 3.5 KELEMAHAN 3.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PENGENALAN
Pada era pendidikan moden, penilaian terhadap pencapaian murid tidak hanya bergantung kepada ujian dan peperiksaan semata-mata. Pendekatan pentaksiran alternatif semakin mendapat perhatian dalam kalangan pendidik kerana ia dapat menilai pembelajaran pelajar secara lebih holistik dan autentik. Tugasan ini bertujuan untuk mendokumentasikan dan menilai pelbagai strategi serta kaedah pentaksiran alternatif yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Melalui e-portfolio ini, pelbagai instrumen pentaksiran seperti borang penilaian kendiri, rubrik, senarai semak dan penilaian rakan sebaya akan dikaji untuk menilai keberkesanan dan kesesuaiannya dalam konteks pembelajaran. 1.0 PENGENALAN 1.1 TUJUAN PELAKSANAAN PORTFOLIO 1.2 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT 1.2.1 PEMERHATIAN Dua kaedah utama telah digunakan dalam proses pengumpulan maklumat, iaitu pemerhatian dan temu bual bagi memastikan penghasilan e-portfolio yang berkualiti. Kaedah pertama di mana guru diperhatikan semasa melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat berkaitan strategi dan instrumen pentaksiran yang dikumpulkan secara langsung. Melalui kaedah ini juga, saya diberi peluang untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi guru dalam melaksanakan pentaksiran alternatif kepada murid-murid. 1.2.2 TEMU BUAL Kaedah kedua, saya telah menemu bual beberapa orang guru, yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara mendalam daripada guru mengenai kaedah pentaksiran yang mereka gunakan. Melalui kaedah ini, guru berkongsi pengalaman, pandangan, serta cabaran yang dihadapi dalam menerapkan pelbagai instrumen pentaksiran. Selain itu, maklumat yang diperoleh daripada temu bual dapat membantu dalam menilai keberkesanan kaedah pentaksiran serta mencadangkan penambahbaikan yang sesuai. Melalui kombinasi kedua-dua kaedah ini, maklumat yang dikumpulkan dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah.
Pentaksiran alternatif atau autentik ialah satu bentuk pentaksiran yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah bagi menilai keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam situasi kehidupan sebenar. Guru boleh menilai tahap pemikiran murid melalui soalan yang merangkumi aras rendah hingga sukar, di mana murid perlu menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah atau situasi yang diberikan. 1.3 STRATEGI PENTAKSIRAN AL TERNATIF 1.3.1 PENTAKSIRAN ALTERNATIF 1.3.2 PENILAIAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI Penilaian berbantukan teknologi melibatkan penggunaan kuiz dan ujian secara dalam talian melalui aplikasi seperti Kahoot untuk menilai tahap penguasaan serta kefahaman murid terhadap sesuatu topik. Pentaksiran ini memerlukan penggunaan peranti elektronik seperti komputer riba untuk menjalankan kuiz atau ujian dalam talian. Di samping itu, guru menguji topik yang ingin dinilai sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung bagi memastikan keberkesanan penilaian berbantukan 1.3.3 PENILAIAN RAKAN SEBAYA Penilaian rakan sebaya merupakan kaedah pentaksiran di mana murid menilai rakan mereka berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pendekatan ini membolehkan murid menilai tahap pemahaman rakan mereka terhadap sesuatu topik serta membantu membetulkan sebarang miskonsepsi yang berlaku. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea dan pandangan secara lebih aktif berdasarkan kriteria dan senarai semak yang telah ditetapkan. PENTAKSIRAN ALTERNATIF PENILAIAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI PENILAIAN RAKAN SEBAYA STRATEGI PENTAKSIRAN AL TERNATIF
INSTRUMEN 1 PENTAKSIRAN ( SENARAI SEMAK )
Senarai semak ialah satu instrumen pentaksiran yang digunakan untuk menilai tahap pencapaian atau penguasaan sesuatu kemahiran, tingkah laku, atau hasil kerja berdasarkan kriteria tertentu. Ia berbentuk senarai pernyataan atau item yang membolehkan guru atau penilai menandakan sama ada sesuatu aspek telah dikuasai atau belum oleh murid. SENARAI SEMAK Pada era pendidikan moden, pelaksanaan pentaksiran yang berkesan sangat penting bagi memastikan pembelajaran murid dapat dinilai secara holistik. Salah satu kaedah pentaksiran alternatif yang sering digunakan ialah senarai semak. Senarai semak merupakan instrumen pentaksiran yang digunakan untuk menilai kemajuan murid berdasarkan kriteria tertentu. Pelaksanaan senarai semak dalam bilik darjah dapat membantu guru membuat pemerhatian yang sistematik terhadap perkembangan murid dalam sesuatu kemahiran atau pengetahuan. Saya telah pergi ke sebuah sekolah untuk membuat kajian dan mendapati bahawa guru menggunakan senarai semak sebagai instrumen pentaksiran dalam bilik darjah. Guru menggunakan senarai semak untuk menilai pencapaian murid dalam pelbagai kemahiran, termasuk kemahiran membaca, menulis, dan komunikasi lisan. Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan senarai semak ini membantu guru membuat penilaian yang lebih objektif dan sistematik terhadap perkembangan murid. 2.0 KONSEP SENARAI SEMAK 2.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH 2.1.1 PERANCANGAN AWAL Sebelum melaksanakan senarai semak dalam bilik darjah, guru perlu melakukan perancangan yang rapi. Langkah pertama ialah menentukan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh, jika objektif pembelajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca murid, maka senarai semak perlu mengandungi kriteria seperti sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Seterusnya, guru perlu membina senarai semak berdasarkan kriteria yang jelas dan boleh diukur. Senarai semak yang baik harus mengandungi elemen-elemen yang spesifik agar penilaian dapat dibuat dengan lebih objektif. Selain itu, senarai semak boleh digunakan oleh guru untuk menilai murid secara individu atau dalam kumpulan.
Senarai semak boleh digunakan dalam pelbagai bentuk pentaksiran seperti pemerhatian, penilaian lisan, dan penilaian bertulis. Pemerhatian merupakan kaedah utama yang digunakan bersama senarai semak, di mana guru menilai pencapaian murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Guru dapat mencatat perkembangan murid dalam aspek kognitif, afektif, dan psikomotor secara langsung dalam senarai semak. Berdasarkan rajah 1, dalam kajian saya, seorang guru Bahasa Melayu menggunakan senarai semak semasa sesi membaca berkumpulan. Guru menilai kejelasan sebutan murid, intonasi, dan kefahaman mereka terhadap teks yang dibaca. Setiap murid diberikan maklum balas berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam senarai semak. Guru juga menggunakan pemerhatian untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan tambahan. Berdasarkan rajah 2 menunjukkan senarai semak Kelas 4 USM. 2.1.1 PELAKSANAAN BILIK DARJAH Rajah 1: Sesi membaca berkumpulan Rajah 2: Senarai semak Kelas 4 USM
Sesi membaca berkumpulan merupakan salah satu aktiviti yang dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca murid. Untuk memastikan keberkesanan aktiviti ini, guru boleh menggunakan senarai semak sebagai instrumen pentaksiran bagi menilai pencapaian murid berdasarkan beberapa aspek penting. Antara kriteria utama yang boleh dinilai ialah kejelasan sebutan, intonasi bacaan, kefahaman terhadap teks, serta kelancaran bacaan. Berdasarkan rajah 2, aspek pertama yang dinilai dalam senarai semak ialah kejelasan sebutan. Murid yang mempunyai sebutan yang baik akan dapat menyebut perkataan dengan betul dan jelas tanpa sebarang kesalahan. Sebaliknya, murid yang masih belum menguasai sebutan dengan baik mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menyebut perkataan dengan tepat, terutama bagi perkataan yang mengandungi diftong atau konsonan lengkap. Guru akan menanda senarai semak berdasarkan pemerhatian terhadap sejauh mana murid dapat menyebut perkataan dengan jelas semasa membaca teks. Selain kejelasan sebutan, intonasi bacaan juga merupakan elemen penting dalam membaca dengan berkesan. Intonasi yang baik merangkumi nada yang sesuai, tekanan yang betul, serta jeda yang tepat mengikut tanda baca dalam teks. Murid yang mempunyai intonasi bacaan yang baik akan dapat membaca dengan lancar dan ekspresif, menjadikan teks lebih mudah difahami oleh pendengar. Guru akan menilai sama ada murid menggunakan intonasi yang sesuai atau membaca dengan nada yang mendatar. Selain aspek teknikal dalam bacaan, kefahaman terhadap teks juga menjadi kriteria penting dalam senarai semak. Murid bukan sahaja perlu membaca teks dengan betul tetapi juga perlu memahami isi kandungannya. Selepas sesi membaca, guru boleh mengemukakan beberapa soalan berkaitan teks bagi menguji tahap pemahaman murid. Guru bertanya soalan seperti “Apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada cerita ini?”. Murid yang dapat menjawab dengan baik menunjukkan tahap kefahaman yang tinggi, manakala murid yang masih keliru mungkin memerlukan bimbingan tambahan. Secara keseluruhannya, penggunaan senarai semak dalam sesi membaca berkumpulan membolehkan guru menilai tahap pencapaian murid secara sistematik dan menyeluruh. Hatta, maklumat daripada senarai semak ini juga dapat membantu guru dalam merancang aktiviti pembelajaran yang lebih berkesan bagi memastikan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. 2.2 KRITERIA PENILAIAN
Menilai Keberkesanan Senarai Semak dalam Pentaksiran Pembelajaran : Kesahan (Validity) Kesahan merujuk kepada sejauh mana senarai semak mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dalam konteks sesi membaca berkumpulan, senarai semak harus dirangka dengan kriteria yang jelas dan spesifik bagi menilai kejelasan sebutan, intonasi, dan kefahaman teks. Sebagai contoh, jika objektif pembelajaran adalah untuk menilai kelancaran membaca, senarai semak perlu mengandungi aspek seperti penggunaan jeda yang betul, intonasi yang sesuai, serta keupayaan memahami maksud bacaan. Untuk meningkatkan kesahan, guru perlu memastikan bahawa setiap elemen dalam senarai semak benar-benar menggambarkan keupayaan murid dalam membaca, tanpa memasukkan aspek yang tidak relevan seperti tulisan tangan atau gaya pembentangan. Kebolehpercayaan (Reliability) Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi hasil penilaian apabila pentaksiran dilakukan pada masa yang berbeza atau oleh pentaksir yang berbeza. Senarai semak digunakan untuk menilai bacaan murid pada hari yang berlainan.Hal ini kerana dinyatakan secara objektif dan spesifik supaya mudah digunakan oleh guru yang berbeza dan diuji lebih dari sekali bagi melihat sama ada hasil penilaian konsisten dari semasa ke semasa. Keobjektifan (Objectivity) Keobjektifan bermaksud pentaksiran bebas daripada unsur bias atau penilaian subjektif. Senarai semak yang baik harus mengandungi kriteria yang jelas dan tidak bergantung kepada pendapat peribadi guru. Guru menggunakan petunjuk yang boleh diukur, seperti sebutan yang jelas tanpa tergagap-gagap, penggunaan intonasi yang betul berdasarkan tanda baca dalam teks dan menjawab soalan berdasarkan teks dengan betul. 2.3 NILAI/ KEBERKESANAN
Kemudahlaksanaan (Practicality) Kemudahlaksanaan merujuk kepada sejauh mana senarai semak dapat digunakan dengan mudah dan berkesan dalam bilik darjah tanpa membebankan guru atau mengganggu perjalanan pengajaran. Guru membuat senarai semak seperti ringkas tetapi padat, dengan bilangan kriteria yang munasabah, sudah digunakan dalam masa yang terhad (misalnya seperti rajah 3, semasa sesi membaca berkumpulan) dan boleh disesuaikan mengikut keperluan murid tanpa memerlukan terlalu banyak perubahan. Kesimpulan Secara keseluruhannya, keberkesanan senarai semak sebagai instrumen pentaksiran dalam sesi membaca berkumpulan bergantung kepada kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahlaksanaan, keadilan, dan kesesuaian dengan konteks pembelajaran. Senarai semak yang dirangka dengan baik akan membantu guru menilai kemajuan murid dengan tepat dan sistematik, serta membolehkan intervensi yang lebih berkesan bagi meningkatkan kemahiran membaca mereka. Oleh itu, dalam membangunkan senarai semak, guru perlu memastikan ia jelas, praktikal, dan bersifat inklusif agar dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada pembelajaran murid. Rajah 3: Sesi membaca
Kekuatan Senarai Semak dalam Pentaksiran Pembelajaran. Senarai semak merupakan salah satu alat pentaksiran yang sering digunakan oleh guru dalam menilai kemajuan dan pencapaian murid dalam pelbagai aspek pembelajaran, termasuk sesi membaca berkumpulan. Berikut adalah beberapa kekuatan utama senarai semak: Mudah Digunakan dan Difahami Senarai semak bersifat ringkas dan sistematik, menjadikannya mudah digunakan oleh guru semasa sesi pembelajaran. Hanya dengan menandakan (/) pada kriteria yang dinilai, guru dapat mengumpul data dengan pantas tanpa perlu membuat analisis yang terlalu rumit. Contoh dalam sesi membaca, murid menyebut perkataan dengan jelas (/), murid menggunakan intonasi yang betul (/) dan murid memahami isi teks (/). Dengan format ini, guru dapat menyelesaikan pentaksiran dalam masa yang singkat, terutama dalam kelas yang mempunyai ramai murid. Bersifat Objektif dan Konsisten Senarai semak menyediakan kriteria penilaian yang jelas dan standard, yang membantu mengurangkan subjektiviti dalam pentaksiran. Dua orang guru yang menilai bacaan murid menggunakan senarai semak yang sama, kedua-duanya akan menggunakan kriteria yang telah ditetapkan, mengurangkan kemungkinan perbezaan dalam penilaian. Hal ini memastikan penilaian lebih adil, konsisten, dan tidak dipengaruhi oleh pendapat peribadi guru. Membantu dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Senarai semak merupakan alat yang sangat berguna dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana ia mudah direkodkan untuk melihat perkembangan murid, membantu dalam dokumentasi pencapaian murid secara sistematik dan memudahkan proses pelaporan kepada ibu bapa dan pihak sekolah. Menyokong Penilaian Berasaskan Pemerhatian Senarai semak membolehkan guru menilai murid secara langsung melalui pemerhatian, tanpa perlu menggunakan ujian bertulis yang mungkin tidak sesuai untuk semua murid.Contoh dalam sesi membaca berkumpulan, guru boleh mendengar bacaan murid secara langsung dan menandakan elemen yang dikuasai tanpa mengganggu kelancaran aktiviti. 2.4 KEKUATAN
Kelemahan Senarai Semak dalam Pentaksiran Pembelajaran. Walaupun senarai semak merupakan alat pentaksiran yang mudah dan praktikal untuk digunakan dalam bilik darjah, ia tetap mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diambil perhatian. Berikut adalah beberapa kelemahan utama senarai semak dalam proses pentaksiran ke sekolah yang telah saya menjalankan kajian, terutamanya dalam konteks sesi membaca berkumpulan: Tidak Mengukur Kualiti, Hanya Kehadiran Sesuatu Elemen Salah satu kelemahan utama senarai semak ialah ia hanya menilai kehadiran atau ketiadaan sesuatu elemen, tetapi tidak mengukur kualiti pencapaian murid. Sebagai contoh, dalam menilai intonasi bacaan murid, senarai semak mungkin hanya membenarkan tanda (/) untuk menunjukkan sama ada murid menggunakan intonasi atau tidak. Walau bagaimanapun, ia tidak memberikan maklumat tentang sejauh mana murid menggunakan intonasi dengan betul atau berkesan. Terlalu Umum dan Tidak Terperinci Senarai semak yang dirangka secara umum boleh menyebabkan keputusan pentaksiran kurang spesifik dan tidak membantu dalam perancangan intervensi. Sebagai contoh, jika senarai semak hanya menyatakan "murid boleh membaca dengan lancar", guru mungkin tidak dapat mengenal pasti sama ada masalah murid berpunca daripada sebutan, pemahaman teks, atau penggunaan jeda. Tidak Sesuai untuk Kemahiran Kompleks dan Kreatif Senarai semak kurang sesuai untuk menilai kemahiran yang lebih kompleks seperti kemampuan berfikir kritis, kreativiti, atau ekspresi emosi dalam bacaan. Sebagai contoh, jika seorang murid membaca dengan penuh penghayatan dan ekspresi yang mendalam tetapi tidak menepati kriteria senarai semak yang rigid, murid itu mungkin tidak mendapat markah penuh walaupun bacaannya sangat berkesan. 2.5 KELEMAHAN
Cadangan Penambahbaikan Senarai Semak dalam Pentaksiran Pembelajaran. Senarai semak merupakan alat pentaksiran yang mudah dan berkesan dalam menilai kemajuan murid, namun terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan keberkesanannya. Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam penggunaan senarai semak: Menambah Skala Penilaian untuk Ketepatan dan Kejelasan Isu ialah senarai semak biasanya menggunakan sistem tanda (/) sahaja, hanya menunjukkan sama ada sesuatu kriteria dipenuhi atau tidak. Kaedah ini tidak memberikan maklumat terperinci tentang tahap penguasaan murid.Cadangan penambahbaikan ialah gantikan sistem biner dengan skala penilaian yang lebih spesifik, seperti: ?? 4 - Sangat baik ?? 3 - Baik ?? 2 - Sederhana ?? 1 - Lemah Contoh rajah 4 sesi membaca berkumpulan: Digitalisasi Senarai Semak untuk Kemudahan Analisis Isu penggunaan senarai semak secara manual (kertas) boleh menyebabkan kesukaran dalam penyimpanan dan analisis data.Cadangan penambahbaikan ialah gunakan senarai semak digital melalui Google Forms atau Google Sheets untuk merekod keputusan secara automatik. hal ini dapat mengurangkan beban kerja guru dalam menyusun data dan membolehkan analisis prestasi murid secara lebih cepat. 2.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Rajah 4 : Skala penilaian yang lebih spesifik
INSTRUMEN 2 PENTAKSIRAN ( PENILAIAN RAKAN SEBAYA )
Penilaian rakan sebaya merujuk kepada satu kaedah pentaksiran formatif di mana murid menilai prestasi, pencapaian, atau hasil kerja rakan mereka berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dengan memberikan maklum balas yang membina dan membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan pemahaman serta kemahiran mereka. Menurut Black & Wiliam (1998), penilaian rakan sebaya merupakan sebahagian daripada pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for Learning - AfL), di mana ia membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran mereka melalui interaksi dengan rakan sebaya. PENILAIAN RAKAN SEBAYA Pada era pendidikan moden, penilaian rakan sebaya merupakan salah satu kaedah pentaksiran formatif yang semakin mendapat perhatian. Ia melibatkan murid dalam proses menilai pencapaian rakan mereka berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Kaedah ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik tetapi juga menggalakkan komunikasi, refleksi kendiri, dan pembelajaran kolaboratif. Saya telah pergi ke sebuah sekolah untuk membuat kajian dan mendapati bahawa guru menggalakkan penilaian rakan sebaya dalam bilik darjah sebagai sebahagian daripada pentaksiran formatif. Murid diberikan rubrik penilaian dan senarai semak mudah untuk menilai prestasi rakan mereka dalam aktiviti seperti pembentangan, bacaan lisan, dan kerja kumpulan. Ini membolehkan murid memberi maklum balas membina kepada rakan mereka berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Dalam sesi pembelajaran yang saya perhatikan, penilaian rakan sebaya digunakan dalam pelbagai bentuk, termasuk penilaian bacaan lisan, penilaian pembentangan, penilaian kerja kumpulan dan penilaian penulisan. Selepas menggunakan penilaian rakan sebaya, guru membimbing murid dalam memberikan maklum balas yang adil dan membina. Dalam kajian saya, guru memastikan bahawa maklum balas yang diberikan oleh murid adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan 3.0 KONSEP PENILAIAN RAKAN SEBAYA 3.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH
Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan penilaian rakan sebaya iaitu penilaian bacaan lisan. Murid sedang membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan subjek Sejarah secara berpasangan dan dalam kumpulan kecil. Kaedah ini menunjukkan bahawa guru telah menggalakkan pembelajaran kolaboratif, di mana murid bukan sahaja membaca tetapi juga mendengar dan memberikan maklum balas antara satu sama lain. Instrumen ini menunjukkan murid perempuan dalam gambar kelihatan sedang membaca teks dari buku mereka, sementara rakan di hadapan mendengar dengan penuh perhatian sambil mencatat sesuatu. Ini menunjukkan bahawa mereka sedang menilai bacaan rakan berdasarkan aspek tertentu seperti kelancaran membaca dan kejelasan sebutan. Selain itu, murid-murid lain dalam kumpulan juga sedang berbincang dan memberi perhatian kepada bacaan rakan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka membantu antara satu sama lain dengan memberikan maklum balas, sama ada secara lisan atau melalui penulisan dalam senarai semak yang telah disediakan oleh guru. Rajah menunjukkan senarai semak penilaian rakan sebaya selari dengan DSKP serta objektif pelajaran. Rajah 5 : Penilaian bacaan lisan
Penilaian rakan sebaya merupakan salah satu kaedah pentaksiran alternatif yang memberi peluang kepada murid untuk menilai prestasi rakan mereka berdasarkan kriteria tertentu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana penilaian rakan sebaya mengukur apa yang sepatutnya diukur. Dalam konteks ini, penilaian rakan sebaya mempunyai kriteria yang jelas dan sejajar dengan objektif pembelajaran seperti Rajah. Sebagai contoh, penilaian dijalankan untuk menilai bacaan lisan, aspek yang dinilai mestilah berkaitan dengan kejelasan sebutan, intonasi, kelancaran, dan kefahaman terhadap teks. Keobjektifan dalam penilaian rakan sebaya merujuk kepada sejauh mana penilaian dibuat secara adil tanpa dipengaruhi oleh faktor luar seperti hubungan peribadi atau tanggapan awal terhadap rakan. Dalam kajian yang dilakukan, guru memastikan keobjektifan dengan menyediakan senarai semak atau rubrik penilaian yang spesifik. Sebagai contoh, murid menilai bacaan rakan mereka, mereka perlu memberi markah berdasarkan kriteria seperti sebutan yang jelas, kelancaran bacaan, dan intonasi yang betul. Rajah 6 : Senarai semak penilaian rakan sebaya 3.2 KRITERIA PENILAIAN
Menilai Keberkesanan Penilaian Rakan Sebaya dalam Pentaksiran Pembelajaran : Kemudahlaksanaan Kemudahlaksanaan merujuk kepada sejauh mana penilaian rakan sebaya dapat dijalankan dengan lancar tanpa membebankan murid dan guru. Instrumen penilaian yang digunakan mudah difahami dan dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh, Cikgu Anita menyediakan borang penilaian yang ringkas dengan skala pemarkahan atau senarai semak yang hanya memerlukan murid menandakan kriteria yang telah dicapai oleh rakan mereka. Keadilan Keadilan dalam penilaian rakan sebaya bermaksud setiap murid diberi peluang yang sama untuk dinilai dengan adil dan tanpa diskriminasi. Cikgu Anita memastikan bahawa tiada murid yang diberi keistimewaan atau prejudis dalam proses penilaian. Salah satu cara untuk meningkatkan keadilan adalah dengan memastikan bahawa setiap murid dinilai oleh lebih daripada seorang rakan. Dengan cara ini, sebarang bias individu dapat dikurangkan.Cikgu Anita juga boleh menetapkan sistem pertukaran pasangan secara rawak supaya murid tidak hanya menilai rakan yang mereka selesa bekerjasama dengannya. Kesesuaian dengan Konteks Pembelajaran Kesesuaian dengan konteks pembelajaran merujuk kepada sejauh mana penilaian rakan sebaya boleh digunakan dalam situasi pembelajaran sebenar. Contohnya, dalam sesi membaca berkumpulan, penilaian rakan sebaya sangat sesuai kerana murid dapat menilai dan memberi maklum balas secara langsung tentang kejelasan sebutan, kelancaran bacaan, dan penggunaan intonasi yang betul. Secara keseluruhannya, penilaian rakan sebaya merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan dalam membantu murid memahami standard pembelajaran dan meningkatkan kemahiran reflektif mereka. Menyediakan panduan yang jelas serta memberi bimbingan kepada murid tentang cara menilai dengan betul, penilaian rakan sebaya dapat menjadi alat yang bermanfaat dalam meningkatkan pembelajaran secara menyeluruh. 3.3 NILAI/ KEBERKESANAN
Kekuatan Penilaian Rakan Sebaya dalam Pembelajaran. Penilaian rakan sebaya merupakan salah satu pendekatan pentaksiran formatif yang memberi peluang kepada murid untuk menilai dan memberi maklum balas terhadap prestasi rakan mereka berdasarkan kriteria tertentu. Terdapat beberapa kekuatan utama penilaian rakan sebaya: Meningkatkan Kefahaman Murid terhadap Pembelajaran Salah satu kekuatan utama penilaian rakan sebaya ialah ia membantu murid memahami dengan lebih jelas kriteria yang digunakan dalam menilai sesuatu tugasan. Apabila murid diminta untuk menilai rakan mereka, mereka perlu memahami aspek yang dinilai dengan baik sebelum dapat memberikan maklum balas yang tepat. Contohnya, dalam aktiviti membaca lisan, murid yang menilai perlu mengetahui bagaimana kejelasan sebutan, kelancaran bacaan, dan intonasi yang betul boleh meningkatkan pemahaman terhadap teks. Secara tidak langsung, proses ini membantu mereka menyedari kelemahan dan kekuatan dalam bacaan mereka sendiri, seterusnya meningkatkan pemahaman mereka terhadap aspek yang dinilai. Menggalakkan Pemikiran Reflektif Penilaian rakan sebaya juga menggalakkan murid untuk berfikir secara reflektif mengenai prestasi mereka sendiri dan rakan-rakan mereka. Apabila mereka memberi maklum balas terhadap hasil kerja rakan, mereka turut menilai tahap pemahaman dan pencapaian mereka sendiri. Sebagai contoh, jika seseorang murid mendapati bahawa rakan mereka lemah dalam sebutan perkataan tertentu ketika membaca teks, mereka mungkin akan lebih peka terhadap aspek tersebut dalam bacaan mereka sendiri. Proses reflektif ini membantu murid untuk membaiki kelemahan mereka secara sedar dan membina strategi pembelajaran yang lebih efektif. Memperkembangkan Kemahiran Sosial dan Komunikasi Penilaian rakan sebaya juga berperanan dalam membina kemahiran sosial dan komunikasi dalam kalangan murid. Proses memberi dan menerima maklum balas mengajarkan mereka bagaimana untuk menyampaikan kritikan secara membina dan menerima kritikan dengan sikap yang positif. Dalam aktiviti membaca berkumpulan, misalnya, murid perlu memberikan komen terhadap cara rakan mereka membaca dengan menggunakan bahasa yang sopan dan profesional. Pengalaman ini membantu mereka mengembangkan kemahiran interpersonal yang amat penting dalam kehidupan seharian dan di dunia pekerjaan kelak. 3.4 KEKUATAN
Kelemahan Penilaian Rakan Sebaya dalam Pembelajaran. Walaupun penilaian rakan sebaya mempunyai banyak kelebihan, kaedah ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan keberkesanannya jika tidak dilaksanakan dengan baik. Kurangnya Kemahiran Menilai dalam Kalangan Murid Tidak semua murid mempunyai kemahiran untuk menilai secara objektif. Mereka mungkin tidak memahami dengan jelas kriteria penilaian atau tidak tahu bagaimana untuk memberikan maklum balas yang membina. Sebagai contoh rajah 7, dalam aktiviti penulisan, seorang murid mungkin hanya memberi komen seperti "penulisan awak bagus" tanpa menyatakan aspek yang perlu diperbaiki, seperti kesalahan bahasa atau tatabahasa. Tanpa latihan yang mencukupi, penilaian rakan sebaya boleh menjadi kurang bermakna dan tidak membantu dalam meningkatkan pembelajaran murid. Cabaran dalam Memastikan Kesahan dan Kebolehpercayaan Penilaian Penilaian rakan sebaya juga menghadapi cabaran dalam aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Oleh kerana murid tidak mempunyai kepakaran seperti guru, terdapat kemungkinan bahawa penilaian mereka tidak menggambarkan tahap sebenar pencapaian rakan mereka. Sebagai contoh, dalam aktiviti membaca lisan, seorang murid mungkin tidak dapat mengenal pasti kesalahan sebutan atau kelemahan dalam intonasi rakan mereka. Ini boleh menyebabkan keputusan penilaian yang kurang tepat dan kurang boleh dipercayai sebagai ukuran sebenar prestasi murid. 3.5 KELEMAHAN Rajah 7 : Penilaian rakan sebaya secara penulisan
Cadangan Penambahbaikan Penilaian Rakan Sebaya dalam Pembelajaran Penyediaan Rubrik Penilaian yang Jelas dan Terperinci Salah satu langkah utama dalam menambah baik penilaian rakan sebaya ialah dengan menyediakan rubrik penilaian yang lebih terperinci dan mudah difahami oleh murid. Rubrik ini perlu merangkumi kriteria yang jelas serta skala penilaian yang membolehkan murid menilai prestasi rakan mereka secara lebih objektif. Sebagai contoh, dalam penilaian membaca lisan, aspek yang boleh dinilai termasuk kejelasan sebutan, intonasi, kelancaran bacaan, dan pemahaman terhadap teks. Dengan adanya rubrik ini, murid tidak akan menilai berdasarkan perasaan peribadi, tetapi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Latihan dan Bimbingan dalam Kemahiran Menilai Salah satu kelemahan utama penilaian rakan sebaya ialah murid sering tidak mempunyai pengalaman dalam menilai rakan mereka secara kritikal dan objektif. Oleh itu, guru boleh mengadakan sesi latihan atau simulasi penilaian sebelum murid mula melaksanakan penilaian sebenar. Dalam sesi ini, guru boleh memberikan contoh bacaan yang baik dan kurang baik serta menunjukkan cara memberi maklum balas yang konstruktif. Contohnya, murid perlu digalakkan menggunakan bahasa yang positif seperti, "Bacaan awak sudah jelas, tetapi cuba kawal intonasi supaya lebih menarik." berbanding komen yang terlalu umum atau negatif seperti "Bacaan awak tidak bagus." Penggunaan Teknologi dalam Penilaian Rakan Sebaya Seiring dengan perkembangan teknologi, guru boleh mengintegrasikan alat digital bagi membantu penilaian rakan sebaya menjadi lebih sistematik. Contohnya, murid boleh merakam bacaan mereka dan mendengarnya semula sebelum memberi penilaian kepada rakan lain. Penggunaan borang penilaian dalam talian seperti Google Forms juga boleh memudahkan murid untuk memberikan maklum balas dengan lebih pantas dan tersusun. 3.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
INSTRUMEN 3 PENTAKSIRAN ( LEMBARAN KERJA )
Lembaran kerja merupakan bahan pembelajaran bertulis yang digunakan oleh murid untuk melaksanakan tugasan tertentu berdasarkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Lembaran kerja biasanya mengandungi latihan, soalan, aktiviti atau arahan yang membimbing murid dalam memahami sesuatu topik atau kemahiran dengan lebih mendalam. Menurut Gagné (1985), lembaran kerja adalah salah satu bahan bantu mengajar yang berfungsi sebagai alat pembelajaran untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang telah diajar. Ia bukan sahaja membantu murid dalam membina pengetahuan secara berstruktur, tetapi juga membolehkan guru menilai tahap pemahaman mereka melalui tugasan bertulis yang diberikan. LEMBARAN KERJA 4.0 KONSEP SENARAI SEMAK 4.1 PELAKSANAAN DALAM BILIK DARJAH Saya telah menjalankan satu kajian di sebuah sekolah bagi melihat bagaimana lembaran kerja digunakan dalam proses pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian dan temubual bersama guru serta murid, didapati bahawa lembaran kerja memainkan peranan penting dalam membantu murid memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Guru menggunakan lembaran kerja sebagai alat untuk mengukuhkan pengajaran, menilai pemahaman murid, serta menyediakan latihan pemulihan dan pengayaan. Sebelum lembaran kerja digunakan dalam pengajaran, Cikgu Maznah merancangnya dengan baik supaya ia sejajar dengan objektif pembelajaran. Lembaran kerja yang berkesan perlu bersesuaian dengan tahap kebolehan murid dan mengandungi soalan atau aktiviti yang mencabar tetapi masih boleh diselesaikan dengan bimbingan minimum. Cikgu Maznah juga memastikan lembaran kerja mengandungi arahan yang jelas supaya murid dapat memahami tugasan yang diberikan tanpa memerlukan penjelasan yang panjang. Dalam kajian saya, Cikgu Maznah menyatakan bahawa lembaran kerja yang disediakan bukan sekadar latihan biasa tetapi dirancang mengikut tahap penguasaan murid. Contohnya, murid yang masih lemah diberikan lembaran pemulihan dengan soalan berpandu, manakala murid yang sudah menguasai topik diberikan lembaran pengayaan yang lebih mencabar. Pendekatan ini membolehkan setiap murid belajar mengikut tahap kemampuan mereka.
Pengenalan Aktiviti kepada Murid Sebelum murid memulakan lembaran kerja, guru memberi penerangan yang jelas tentang objektif dan cara menyelesaikan tugasan. Dalam kajian saya, guru memperkenalkan lembaran kerja dengan menerangkan kaitannya dengan topik yang sedang dipelajari. Guru juga memberikan contoh cara menjawab soalan supaya murid dapat memahami format soalan dengan lebih baik. Berdasarkan rajah 8, antara contoh pelaksanaan lembaran kerja di dalam kelas. Pemantauan dan Bimbingan oleh Guru Semasa murid melengkapkan lembaran kerja, guru memainkan peranan penting dalam memantau prestasi mereka. Dalam kajian saya, guru sentiasa bergerak di sekitar kelas untuk melihat perkembangan murid, membantu mereka yang menghadapi kesukaran, serta memberikan bimbingan tambahan jika diperlukan. Setelah semua murid menyelesaikan lembaran kerja, guru membimbing mereka dalam menyemak jawapan dan memberikan maklum balas yang membina. Penilaian dan Refleksi Selepas aktiviti selesai, guru menilai sejauh mana murid memahami topik yang diajar berdasarkan prestasi mereka dalam lembaran kerja. Saya mendapati bahawa guru tidak hanya menggunakan lembaran kerja sebagai alat latihan, tetapi juga sebagai pentaksiran untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan tambahan. Selain itu, murid juga diberikan peluang untuk membuat refleksi kendiri terhadap pembelajaran mereka. Dalam satu sesi, guru meminta murid menulis perkara yang telah mereka pelajari dan aspek yang masih perlu diperbaiki. Kaedah ini membantu murid menjadi lebih sedar tentang kemajuan pembelajaran mereka sendiri. Rajah 8 : Pelaksanaan lembaran kerja di dalam bilik darjah
Kriteria Penilaian Lembaran Kerja. Lembaran kerja merupakan salah satu alat pembelajaran yang digunakan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap sesuatu konsep. Untuk memastikan lembaran kerja berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran, ia perlu dinilai berdasarkan beberapa kriteria utama. Antara kriteria penilaian yang boleh digunakan adalah kesesuaian dengan objektif pembelajaran, kejelasan arahan, tahap kesukaran, daya tarikan visual, kepelbagaian soalan, serta keberkesanan dalam mengukur kefahaman murid. Kesesuaian dengan Objektif Pembelajaran Lembaran kerja yang berkesan mesti selari dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Soalan dan aktiviti yang disertakan perlu membantu murid memahami konsep yang diajar. Sebagai contoh, objektif pembelajaran adalah untuk mengukuhkan kefahaman makna peribahasa dalam Bahasa Melayu, lembaran kerja perlu mengandungi latihan membina kefahaman peribahasa. Kejelasan Arahan dan Format Arahan yang jelas dan mudah difahami sangat penting bagi memastikan murid dapat menyelesaikan tugasan dengan betul. Lembaran kerja yang baik perlu menggunakan bahasa yang ringkas dan spesifik tanpa menyebabkan kekeliruan. Selain itu, format yang tersusun dengan baik, seperti penggunaan nombor, ruang jawapan yang mencukupi, serta pemisahan bahagian mengikut kategori, akan membantu murid melengkapkan tugasan dengan lebih mudah. Tahap Kesukaran yang Bersesuaian Tahap kesukaran lembaran kerja perlu disesuaikan dengan tahap kebolehan murid. Selain itu, Lembaran kerja yang baik perlu mengandungi pelbagai bentuk soalan untuk menguji tahap pemahaman murid secara menyeluruh. Contoh bentuk soalan yang boleh digunakan termasuk soalan objektif, soalan subjektif, soalan penyelesaian masalah dan aktiviri interaktif. Dengan adanya kepelbagaian ini, murid dapat belajar dengan lebih aktif dan memahami topik dengan lebih mendalam. 4.2 KRITERIA PENILAIAN
Menilai Lembaran Kerja dalam Pembelajaran. Rajah 9 : Kepelbagai jenis lembaran kerja Kesahan (Validity) Kesahan merujuk kepada sejauh mana lembaran kerja mengukur apa yang sepatutnya diukur dan sejauh mana ia membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Lembaran kerja yang sah mesti selaras dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai serta mengandungi soalan atau aktiviti yang relevan dengan topik yang diajar. Keobjektifan (Objectivity) Keobjektifan merujuk kepada sejauh mana lembaran kerja dapat dinilai tanpa dipengaruhi oleh faktor subjektif seperti pendapat peribadi guru atau murid. Lembaran kerja yang objektif akan memberikan peluang yang sama kepada semua murid untuk menjawab berdasarkan kefahaman mereka tanpa dipengaruhi oleh tafsiran yang berbeza-beza. Sebagai contoh, lembaran kerja yang mengandungi soalan pilihan jawapan lebih objektif berbanding soalan esei yang boleh membawa kepada pelbagai tafsiran. Untuk meningkatkan keobjektifan, lembaran kerja juga menggunakan bahasa yang jelas dan tidak mempunyai unsur bias, seperti contoh soalan atau ilustrasi yang mungkin hanya relevan kepada sesetengah kumpulan murid sahaja. Kemudahlaksanaan (Practicality) Kemudahlaksanaan merujuk kepada sejauh mana lembaran kerja boleh digunakan dengan mudah oleh guru dan murid tanpa memerlukan terlalu banyak masa atau sumber tambahan. Lembaran kerja yang baik perlu memenuhi beberapa ciri. Seperti contoh rajah 9. Oleh itu, guru memastikan bahawa lembaran kerja direka bentuk dengan mengambil kira kemudahan penggunaan agar semua murid dapat menyelesaikannya dengan berkesan tanpa halangan yang tidak perlu. 4.3 NILAI/ KEBERKESANAN
Kekuatan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran. Selaras dengan Objektif Pembelajaran Salah satu kekuatan utama lembaran kerja ialah kesesuaiannya dengan objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Lembaran kerja boleh dirancang secara khusus untuk memastikan murid mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Guru membuat mengikut kesesuaian lembaran kerja dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran mengikut tahap kebolehan mereka. Meningkatkan Kefahaman Murid Lembaran kerja memainkan peranan penting dalam membantu murid memahami konsep dengan lebih mendalam melalui latihan dan pengukuhan. Dalam pengajaran, murid mungkin memahami teori yang diajar oleh guru, tetapi tanpa latihan yang mencukupi, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan ilmu tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran Bahasa Melayu, lembaran kerja yang mengandungi latihan membina ayat dapat membantu murid memahami bagaimana struktur ayat digunakan dengan betul. Dengan cara ini, murid dapat mengukuhkan pemahaman mereka melalui pengalaman pembelajaran yang lebih praktikal. Fleksibel dalam Pelaksanaan Lembaran kerja juga mempunyai kelebihan dari segi fleksibiliti penggunaannya dalam bilik darjah. Guru boleh menggunakannya dalam pelbagai bentuk pengajaran, sama ada secara individu, berpasangan, atau berkumpulan. Selain itu, lembaran kerja boleh disesuaikan untuk pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan bergantung kepada keperluan murid. Adanya kepelbagaian lembaran kerja, lembaran kerja dapat digunakan secara fleksibel mengikut keperluan murid dan kaedah pengajaran yang sesuai. Berfungsi sebagai Alat Pentaksiran Formatif Selain berfungsi sebagai bahan pengajaran, lembaran kerja juga boleh digunakan sebagai alat pentaksiran formatif untuk menilai pencapaian murid secara berterusan. Guru menilai jawapan murid dalam lembaran kerja bagi mengenal pasti kelemahan mereka dalam sesuatu topik, seterusnya merancang aktiviti pemulihan yang sesuai. Oleh itu, pentaksiran tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan, tetapi berlaku sepanjang proses pembelajaran. 4.4 KEKUATAN
Kelemahan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran. Walaupun lembaran kerja merupakan alat pembelajaran yang berkesan dalam membantu murid memahami sesuatu konsep, ia juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan keberkesanannya jika tidak digunakan dengan betul. Kurang Interaktif dan Bersifat Rutin Salah satu kelemahan utama lembaran kerja ialah ia sering bersifat statik dan kurang interaktif, terutama jika hanya mengandungi soalan berbentuk pengisian tempat kosong atau latihan berstruktur. Ini boleh menyebabkan murid kehilangan minat kerana mereka hanya perlu mengisi jawapan tanpa terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Berbanding dengan kaedah lain seperti pembelajaran berasaskan projek atau eksperimen, lembaran kerja mungkin kurang menarik bagi murid yang lebih suka pembelajaran berbentuk hands-on atau kolaboratif. Oleh itu, penggunaan lembaran kerja perlu digabungkan dengan kaedah pengajaran yang lebih interaktif untuk memastikan pembelajaran lebih bermakna. Tidak Sesuai untuk Semua Tahap Murid Satu lagi kelemahan lembaran kerja ialah ia mungkin tidak sesuai untuk semua tahap kebolehan murid. Murid yang lebih lemah mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami arahan atau menyelesaikan latihan tanpa bimbingan yang mencukupi. Sebaliknya, murid yang cemerlang mungkin mendapati lembaran kerja terlalu mudah dan tidak mencabar kebolehan mereka. Oleh itu, lembaran kerja perlu disesuaikan dengan keperluan murid melalui lembaran pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan agar setiap murid mendapat manfaat daripada penggunaannya. Boleh Menyebabkan Kebergantungan kepada Latihan Bertulis Murid yang terlalu biasa menggunakan lembaran kerja mungkin menjadi terlalu bergantung kepada latihan bertulis sebagai satu-satunya cara pembelajaran. Ini boleh menyukarkan mereka dalam menghadapi situasi pembelajaran yang lebih dinamik seperti perbincangan, pembentangan, atau pembelajaran melalui penerokaan. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid yang terbiasa dengan lembaran kerja berbentuk tatabahasa mungkin menghadapi kesukaran dalam aktiviti komunikasi seperti berbahas atau berpidato kerana mereka kurang diberi peluang untuk berlatih kemahiran lisan. Oleh itu, guru perlu memastikan bahawa lembaran kerja hanya digunakan sebagai alat sokongan, bukan sebagai kaedah utama dalam pembelajaran. 4.5 KELEMAHAN
Cadangan Penambahbaikan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran Membuat Lembaran Kerja Lebih Interaktif Salah satu kelemahan utama lembaran kerja ialah ia sering bersifat statik dan berasaskan latihan bertulis semata-mata. Hal ini boleh menyebabkan murid mudah bosan dan kurang berminat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Oleh itu, lembaran kerja boleh diperbaiki dengan menambah elemen interaktif yang dapat menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Sebagai contoh, guru boleh mengubah format lembaran kerja dengan menambah aktiviti kolaboratif, di mana murid perlu bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan tugasan. Selain itu, elemen permainan pembelajaran seperti teka silang kata, cabaran menyelesaikan masalah, atau kuiz interaktif juga boleh dimasukkan bagi menjadikan lembaran kerja lebih menarik. Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid dan membantu mereka memahami konsep dengan lebih baik melalui pengalaman pembelajaran yang lebih aktif. Menggalakkan Pemikiran Aras Tinggi Lembaran kerja sering kali hanya menekankan kemahiran mengingat dan memahami, tetapi kurang memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, lembaran kerja boleh dipertingkatkan dengan menambah soalan atau tugasan yang menggalakkan pemikiran aras tinggi seperti menganalisis, menilai, dan mencipta berdasarkan Taksonomi Bloom. Sebagai contoh soalan, “Bagaimana jika sesuatu peristiwa sejarah tidak berlaku?” atau “Bagaimanakah sesuatu peristiwa boleh memberi kesan kepada masyarakat hari ini?”. Dengan cara ini, murid tidak hanya menghafal maklumat tetapi juga belajar untuk berfikir secara mendalam dan menghubungkan pembelajaran mereka dengan situasi dunia sebenar. Menggunakan Teknologi dalam Penyediaan dan Pelaksanaan Seiring dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan, lembaran kerja boleh ditambah baik dengan mengintegrasikan unsur digital dalam pelaksanaannya. Penggunaan teknologi boleh menjadikan lembaran kerja lebih dinamik, fleksibel, dan menarik untuk murid. 4.6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, tiga instrumen pentaksiran yang dibincangkan dalam portfolio ini (penilaian rakan sebaya, senarai semak, dan lembaran kerja) mempunyai peranan yang penting dalam menilai pencapaian dan perkembangan murid dalam bilik darjah. Ketiga-tiga instrumen ini digunakan sebagai pendekatan pentaksiran formatif bagi membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid serta merancang intervensi yang sesuai untuk meningkatkan pembelajaran mereka. 5.0 RUMUSAN
Hashim, H., Yunus, M. M., & Hashim, H. (2018). Pentaksiran berasaskan sekolah dalam konteks pendidikan di Malaysia: Cabaran dan Peluang. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(2), 15-25. Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2023). Buku Panduan Pentaksiran Kemas Kini 2023. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mahaya Salleh, Hashiroh Hussain, & Suzana Abd Mutalib. (2025). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Local Publications (M) SDN BHD. Zuraidah, A. S., & Hashim, R., & Yusoff, N. (2020). Pelaksanaan pentaksiran awal di sekolah rendah: Analisis keperluan pemulihan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 12-25. RUJUKAN