Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM bil Isu Alam Sekitar 1 FAKTOR KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR 1. Aktiviti penyahutanan tak terkawal/haram - hakisan tanah, gelangsaran tanah 2. Faktor pembebasan gas dari bahan bakar - karbon dioksida, karbon monoksida 3. Aktiviti pertanian- baja kimia, racun makhluk perosak 4. Aktiviti perlombongan- sisa perlombongan, logam berat 5. Bencana alam - letusan gunung berapi, tsunami, tanah runtuh 2 PERKARA YANG HENDAKLAH DIAMBIL PERHATIAN MENGENAI ALAM SEKITAR 1. Pengawasan alam sekitar 2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam 3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar 4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli 5. Pembuat keputusan bersepadu 6. Peranan sektor swasta 3 PUNCA PERSEKITARAN YANG TERCEMAR 1. Pembakaran hutan / pembakaran terbuka 2. Kegiatan perindustrian 3. Aktiviti pertanian / penternakan 4. Kegiatan pengangkutan /perkapalan 5. Aktiviti perlombongan / Kuari 6. Aktiviti perikanan PUNCA PENINGKATAN SUHU ALAM SEKITAR YANG TINGGI DARIPADA AKTIVITI MANUSIA 1. Melakukan pembakaran terbuka 2. Menebang hutan secara berleluasa 3. Membebaskan gas karbon dioksida 4. Pembandaran - bangunan dari bahan batu / kaca 4 SEBAB PENCEMARAN ALAM SEKITAR SUKAR DIATASI 1. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab 2. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar 3. Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor 4. Perluasan kawasan pertanian 5. Pertambahan kawasan perindustrian 5 USAHA MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR 1. Meningkatkan kesedaran awam - pindidikan formal/tak formal 2. Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang - tingkatkan pemantauan 3. Meningkatkan program kitar semula 4. Meningkatkan penggunaan teknologi mesra alam 6 KESAN NEGATIF PENCEMARAN ALAM SEKITAR KEPADA KEHIDUPAN 1. Masalah / mengancam kesihatan manusia 2. Pencemaran Udara 3. Krisis bekalan air bersih berlaku 4. Kepupusan flora dan fauna / gangguan ekosistem / ekologi 5. Menjejaskan tumbuhan dan tanaman 6. Bencana Alam
Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM 7 LANGKAH MEMELIHARA ALAM SEKITAR 1. Penguatkuasaan undang-undang 2. Penghutanan semula 3. Mewartakan hutan simpan 4. Penggunaan baja organik 5. Kaedah kawalan biologi 6. Pertanian tetap 7. Menggunakan kaedah kitar semula 8. Menggunakan teknologi moden 9. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan 10. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam dalam diri setiap individu 11. Penghayatan cara hidup mesra alam dalam konteks keluarga 12. Penghayatan dalam konteks berorganisasi dalam bermasyarakat 13. Kewujudan masyarakat mesra alam yang menjadikan bidang alam sekitar sebagai salah satu komponen penting dalam dasar utama kerajaan 14. Penjanaan sumber alternatif 8 USAHA AKTIVITI MANUSIA UNTUK MENGURANGKAN PENINGKATAN SUHU ALAM SEKITAR 1. Meningkatkan kesedaran awam 2. Memperkasa penguatkuasaan undang-undang 3. Menggalakkan aplikasi teknologi hijau 4. Penggunaan sumber tenaga alternatif 5. Mewartakan kawasan hutan simpan 6. Mewujudkan bandar dalam taman 9 LANGKAH-LANGKAH DALAM MENDIDIK MASYARAKAT UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR 1. Meningkatkan pendidikan alam sekitar 2. Mewajibkan pengasingan sisa pepejal 3. Memantapkan pematuhan masyarakat terhadap undang-undang alam sekitar 4. Menggalakkan penggunaan produk mesra alam / teknologi hijau dalam kalangan masyarakat 5. Menyebar luas dasar / aspirasi kerajaan mengenai alam sekitar 6. Mengurangkan penggunaan bahan kimia oleh masyarakat 7. Menggalakkan penggunaan teknologi moden yang mesra alam 10 PEMANASAN GLOBAL PUNCA FENOMENA PEMANASAN GLOBAL 1. Aktiviti penebangan pokok / hutan 2. Pembakaran bahan api fosil 3. Aktiviti pencemaran perindustrian 4. Penggunaan Klorofluorokarbon (CFC) 5. Pembakaran terbuka kawasan pertanian 6. Penipisan Lapisan Ozon KESAN PEMANASAN GLOBAL KEPADA DUNIA 1. Kenaikan aras suhu 2. Pencairan ais di kutub 3. Peningkatan aras laut 4. Perubahan iklim / kemarau (El- Nino dan La-Nina) 5. Kesihatan manusia terganggu 6. Kegiatan harian manusia dan penempatan manusia terganggu 7. Perubahan tiupan angin dan arus lautan
Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM LANGKAH-LANGKAH YANG DIJALANKAN UNTUK MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL 1. Penggubalan dasar lebih konkrit dan kemas berkaitan perubahan iklim 2. Sebagai negara membangun teladan, inisiatif perlu diperhatikan 3. Inovasi membangunkan teknologi mesra alam 4. Perjanjian antarabangsa berkaitan had pembebasan gas pencemar BENCANA ALAM YANG TERHASIL AKIBAT PEMANASAN GLOBAL 1. Banjir 2. Kemarau 3. Ribut Taufan 4. Runtuhan salji 5. Pencairan glasier 11 RUMAH HIJAU PUNCA FENOMENA RUMAH HIJAU 1. Penerokaan hutan 2. Pertambahan kilang-kilang industri 3. Pertambahan kenderaan di jalan raya 4. Letusan gunung berapi KESAN DARIPADA RUMAH HIJAU 1. Krisis makanan dan air 2. Wabak penyakit 3. Peningkatan suhu dunia 4. Paras air laut meningkat 5. Hujan asid 6. Menjejaskan produktiviti hasil pertanian 12 LAPISAN OZON Penipisan lapisan ozon merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg selama ini membentuk lapisan ozon akibat serangan klorofluorokarbon (CFCs) di lapisan stratosfera. KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON 1. Pemanasan global 2. Kenaikan arus lautan 3. Menjejaskan rantaian makanan 4. Habitat flora dan fauna terjejas 5. Gangguan kesihatan 13 JEREBU PUNCA FENOMENA JEREBU 1. Pembakaran terbuka sisa-sisa pertanian 2. Letusan gunung berapi 3. Jumlah kenderaan yang banyak 4. Pembebasan asap kilang perindustrian KESAN FENOMENA JEREBU 1. Penglihatan terhad 2. Kesihatan terjejas 3. Urusan tergendala 4. Menjejaskan produktiviti pertanian 5. Takat suhu di bandar lebih tinggi berbanding dengan persekitarannya
Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM 14 PENGGUNAAN PLASTIK FAKTOR PENGGUNAAN PLASTIK MERUPAKAN SATU AMALAN YANG DITERIMA UMUM SEBAGAI NORMAL 1. Kos yang murah 2. Tahan lama 3. Pelbagai bentuk IMPLIKASI BURUK KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA 1. Pencemaran tanah dan air 2. Tempat pembiakan serangga penyebar penyakit 15 SISA PERTANIAN LANGKAH UNTUK MENGATASI PENGURUSAN SISA PERTANIAN YANG TIDAK TERANCANG 1. Menyediakan tempat pelupusan bagi bahan toksik dan racun 2. Mempelbagaikan pengeluaran produk hasil sisa pertanian 3. Menggunakan kaedah rawatan terkini KESAN PENGURUSAN SISA PERTANIAN YANG TIDAK TERANCANG 1. Kualiti air tanah tercemar 2. Kualiti udara merosot 3. Kemusnahan flora dan fauna 4. Kesihatan manusia / ternakan terjejas 16 SISA TOKSIK KESAN-KESAN SISA TOKSIK KEATAS MANUSIA DAN ALAM SEKITAR 1. Menjejaskan manusia 2. Keracunan makanan 3. Pencemaran alam sekitar 4. Krisis air dan tanah 5. Kepupusan flora dan fauna 6. Mempengaruhi perkembangan genetik manusia 7. Mewujudkan / menyebabkan penyakit / alahan 8. Genetik terjejas 9. Keseimbangan ekosistem terganggu 17 BAHAN BUANGAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PENGURUSAN BAHAN BUANGAN 1. Tahap kesedaran yang rendah 2. Kurang ilmu pengetahuan 3. Kurang teknologi yang canggih 4. Kurang pakar tempatan 5. Kos pengurusan yang tinggi 6. Kurang sokongan pihak swasta 18 BANJIR FAKTOR YANG MENYEBABKAN BANJIR 1. Perubahan iklim 2. Kemusnahan alam sekitar 3. Pembangunan yang tak terancang 4. Penerokaan kawasan tadahan hujan 5. Pembukaan Kawasan Bandar Baru, industri dan kawasan perumahan 6. Sistem Perparitan yang kurang sempurna
Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM CARA-CARA MENGATASI BANJIR 1. Memasang sistem amaran awal banjir 2. Merancang perbandaran secara lestari 3. Memperdalam sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan 4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampu menakung air di bandar 5. Mengawal aktiviti pembalakan 6. Membina empangan KESAN BANJIR KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR 1. Menjejaskan kesihatan manusia 2. Menjejaskan aktiviti harian 3. Menjejaskan harta benda 4. Mencemarkan alam sekitar 5. Menyebabkan kematian flora dan fauna 6. Menjejaskan aktiviti pertanian 7. Mekalan makanan terputus KESUKARAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT AKIBAT BANJIR 1. Keselamatan penduduk terancam 2. Menjejaskan kegiatan / aktiviti ekonomi 3. Kerosakan harta benda 4. Perhubungan terputus 5. Sesi persekolahan terjejas 6. Sukar mendapatkan rawatan / perubatan 7. Menjejaskan aktiviti harian 8. Bekalan makanan terjejas dan tidak mencukupi 9. Gangguan perkhidmatan air / elektrik / pos 19 TANAH RUNTUH PUNCA FENOMENA TANAH RUNTUH 1. Kegagalan cerun 2. Proses pembangunan yang tidak mengikut SOP 3. Penerokaan hutan KESAN FENOMENA TANAH RUNTUH 1. Kehilangan nyawa 2. Kerosakan harta benda 3. Kepupusan flora dan fauna 20 El-Nino menyebabkan; 1. Kemarau berpanjangan – udara menjadi kering (dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai (PM 10) berada lebih lama dalam udara yang menghasilkan jerebu. 2. Ketiadaan hujan yang berterusan- partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berputar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu. 3. Cuaca panas – cenderung untuk berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun 1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM 10 yang menghasilkan komponen jerebu.
Channel PA 900 STPM @CNM https://t.me/PengajianAm900CNM 21 La-Nina: Satu fenomena semulajadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya membawa hujan lebat dan mungkin menyebabkan banjir besar. 22 Pulau Haba: Didefinisikan sebagai keadaan suhu di kawasan pusat bandar yang lebih tinggi berbanding dengan taburan suhu di kawasan pinggir atau luar daripada kawasan bandar berkenaan. 23 Hujan asid: Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi (pH kurang dari 5) spt air hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleus kondensasi mencantumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air. 24 Banjir Kilat Konsep banjir Kilat - Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen/asphalt seperti di kawasan bandar. Punca-punca Banjir Kilat 1. Kegiatan ekonomi -Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian. 2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan proses resapan. 3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap. 4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah sarap. 5. Jumlah hujan yang lebat. 6. Aktiviti penyahutanan untuk pembangunan seperti petempatan, pembandaran, perindustrian. 7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan. Kesan-kesan’ 1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan 2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll. 3. Menjejaskan sistem lalu lintas: jalan raya dinaiki air 4. Merosakan tanaman 5. Pencemaran sampah sarap dan bau. Langkah-langkah mencegah banjir kilat 1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang membuang sampah ke dalam sungai, menyebabkan hakisan tanah dll. 2. Mengawal proses pembandaran 3. Menghadkan aktiviti penyahutanan dan pembalakan 4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampu menakung air di bandar. 5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan. 6. Kempen sayangilah sungai dan gotong royong membersihkan sungai. 7. Laporan EIA untuk projek-projek pembangunan.