The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topik Wawasan 2020 Koleksi Soalan Struktur (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peipeichiong, 2023-08-10 05:51:32

Topik Wawasan 2020 Koleksi Soalan Struktur (3)

Topik Wawasan 2020 Koleksi Soalan Struktur (3)

Channel PA 900 STPM @CNM TOPIK WAWASAN 2020 CONTOH SOALAN STRUKTUR BIL SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN 1 Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status negara maju. 1. Pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Perkara ini merupakan satu prasyarat kemajuan negara kerana tanpanya sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. 2. Mewujudkan sebuah negara perindustrian. Negara yang berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian merupakan sebuah negara maju. 3. Keadilan ekonomi dan sosial. Negara maju perlu kepada masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial. 4. Moral dan etika. Negara maju haruslah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. 5. Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan. Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara 2 Nyatakan tiga ciri masyarakat tahun 2020 1. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju 2. Masyarakat yang demokratik 3. Masyarakat yang bermoral dan beretika 4. Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur 5. Masyarakat yang saintifik dan progresif 6. Masyarakat yang penyayang 7. Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi 8. Masyarakat yang makmur 3 Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuhkan asas dan fundamental ekonomi negara serta mencipta bidang-bidang pertumbuhan baru 5. Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapus sistem birokrasi yang rumit agar menjadi lebih baik dan cepat 6. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat. 7. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial


Channel PA 900 STPM @CNM 4 Jelaskan dua isu yang dihadapi oleh Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 1. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia- rakyat yang tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa akan menyebabkan sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin 2. Negara Perindustrian- negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian 3. Keadilan Ekonomi dan Sosial- satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatuseharusnya tidak ada golongan yang tercicir 4. Moral dan Etika- negara maju yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama dan nilai-nilai murni 5. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan- Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan Negara 5 Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju 1. Meningkatkan pendidikan berkualiti -mentranformasikan sistem pendidikan -menghasilkan modal insan yang berkualiti -merupakan asas kepada k-ekonomi 2. Meningkatkan kemahiran -menyediakan pusat-pusat latihan -memberi pendedahan kemahiran di luar negara 3. Meningkatkan kepakaran -membawa pulang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar negara -memberi peluang meningkatkan kepakaran 4. Meningkatkan nilai dan etika kerja - menerapkan nilai integriti -mengukuhkan jati diri 6 Apakah empat cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju? 1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu 2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas 3. Mewujud dan membangun masyarakat demokratik yang matang 4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika 5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur 6. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan menyayangi 7. Mewijudkan masyarakat yang saitifik dan progresif 8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi 9. Mewujudkan masyarakat yang makmur


Channel PA 900 STPM @CNM 7 Nyatakan tiga petunjuk prestasi utama bagi menunjukkan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. 1. Pendapatan per kapita meningkat 2. Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi 3. Kadar produktiviti tenaga buruh tinggi 4. Saiz ekonomi berintensifkan pengetahuan 5. Kreativiti dan inovasi berkembang 6. Kadar peratusan pelajar ke IPT meningkat 8 Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 1. Membangun modal insan 2. Menyediakan infrastruktur 3. Menyediakan infostruktur 4. Meningkatkan pelaburan 5. Merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi baharu 6. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 7. Mendapatkan penarafan global 9 Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh rakyat Malaysia jika cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dicapai. 1. Rakyat Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera 2. Rakyat Malaysia akan berani menghadapi cabaran dan tidak mudah putus asa 3. Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bersefahaman dan bermuafakat 4. Rakyat Malaysia akan menjadi lebih bermoral dan beretika 5. Rakyat Malasia akan sentiasa menghormati adat resam dan kebudayaan kaum lain Rakyat Malaysia akan terus maju dalam bidang sains dan teknologi 6. Rakyat Malaysia akan mempunyai sikap dan budaya penyayang 7. Rakyat Malaysia akan menikmati keadilan ekonomi 8. Rakyat Malaysia akan bersikap dinamis dan berdaya saing 10 Huraikan dua strategi yang boleh dilaksanakan untuk menghadapi cabaran pertama dalam Wawasan 2020 di atas. 1. Mewujudkan sekolah wawasan - pelajar belajar bersama-sama di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum atau agama, sama-sama berkongsi kemudahan asas. 2. Menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) - semua remaja lepasan SPM digalakkan menyertai program ini dengan hasrat mewujudkan integrasi antara peserta. 3. Mempelbagaikan komposisi kaum dalam sektor pekerjaan - dalam sesebuah jabatan, tidak hanya diberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja. 4. Melaksanakan Program Rancangan integrasi Murid Untuk Perpaduan - kegiatan peringkat sekolah dan antara sekolah yang melibatkan semua kaum.


Channel PA 900 STPM @CNM 5. Mengadakan program kemasyarakatan - penyertaan anggota masyarakat dalam program yang boleh mengingatkan kerjasama. 11 Huraikan dua ciri masyarakat saintifik dan progresif yang hendak dicapai melalui Wawasan 2020 1. Pengguna teknologi – berkemahiran dalam penggunaan teknologi yang canggih dan terkini. 2. Penyumbang kepada sains dan teknologi – mampu mencipta teknologi untuk digunakan oleh orang lain 3. Agen perubahan/agen transformasi – mampu membuat perubahan positif atau penambahbaikan 4. Memandang ke hadapan/berwawasan – berpandangan jauh atau sentiasa mahu maju ke hadapan 5. Kreatif/inovatif – sentiasa menambah baik dalam sesuatu ciptaan/ pemikiran/ penghasilan produk 12 Nyatakan tiga isu yang berbangkit dalam usaha mencapai taraf negara maju 1. Membentuk satu negara bangsa 2. Malaysia Menjadikan negara perindustrian 3. Memastikan adanya keadilan ekonomi dan sosial 4. Memantapkan moral dan etika 5. Membangunkan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan 6. Keupayaan membangunkan teknologi sendiri 7. Memperkukuhkan perpaduan rakyat 13 Nyatakan empat faedah hasil pengaplikasian ilmu Sains dan Teknologi untuk mentransformasikan negara ke arah negara maju. 1. Melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran/berpengetahuan tinggi/modal insan/masyarakat/rakyat 2. Memajukan aspek pembangunan dan penyelidikan 3. Melahirkan individu yang kreatif/inovatif/rakyat/masyarakat/generasi 4. Mengembangkan penguasaan sains dan teknologi/meningkatkan ICT/teknologi 5. Meluaskan pasaran 6. Meningkatkan produktiviti/hasil/output/pengeluaran 7. Meningkatkan perkembangan ekonomi/ekonomi digital/k-ekonomi 8. Meningkatkan hasil baharu/ciptaan baharu/teknologi baharu/produk baharu 9. Memperkasakan penggunaan robotik 10. Meningkatkan kualiti produk/kualiti perkhidmatan/kualiti barangan/kualiti hasil 11. Mewujudkan pekerjaan baharu 12. Meningkatkan kecekapan pentadbiran/pengurusan/pengurusan alam sekitar 13. Meningkatkan keselamatan/keamanan


Channel PA 900 STPM @CNM 14 Jelaskan dua sebab mengapa aspek agama dan kepercayaan dilihat penting dalam usaha mencapai taraf negara maju. 1. Berfungsi sebagai alat kawalan sosial- mencegah jenayah, konsep dosa dan pahala, karma 2. Berfungsi sebagai alat pendidikan – mengajar nilai baik, pembangunan modal insan/ disiplin/ bermoral dan beretika 3. Sumber ilmu – kitab-kitab agama mengandungi ilmu tentang cara hidup, alam semesta, dan metafizik. 4. Melahirkan pemimpin yang berwibawa – didikan dan penghayatan agama menjamin pembangunan modal insan yang cemerlang 5. Mengeratkan perpaduan kaum – nilai kasih sayang dan hormat menghormati sesama manusia dapat mengeratkan perpaduan, membolehkan negara aman dan berdaya maju. 6. Menjelaskan ketidakpastian dalam kehidupan manusia – agama mengandungi penerangan tentang kewujudan dunia dan manusia 15 Nyatakan empat ciri masyarakat Malaysia yang perlu ada dalam diri setiap individu untuk mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. 1. Yakin pada diri sendiri 2. Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh 3. Hidup dalam masyarakat yang demokratik 4. Liberal dan bertolak ansur 5. Penyayang 6. Adil dan saksama 7. Progresif dan makmur 8. Ekonominya yang mampu bersaing dan berdaya maju 16 Satu daripada isu untuk menjadikan Malaysia negara maju adalah pembentukan satu negara bangsa. 1. Apakah yang dimaksudkan konsep Satu Negara Bangsa? Konsep Satu Negara Bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat dibezakan melalui kaum, keturunan dan kepercayaan. 2. Berikan dua contoh amalan yang dapat dikaitkan dengan konsep tersebut a. Menjaga perpaduan negara b. Taat setia kepada Raja dan Negara c. Mengekalkan keharmonian antara kaum d. Mempunyai sikap toleransi


Channel PA 900 STPM @CNM 17 Jelaskan dua keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat dan budaya penyayang. 1. Kurangnya amalan nilai-nilai kemasyarakatan - luntur nilai bekerjasama, prihatin dan hormat -menghormati dilupakan -Bersifat individualistik, materialistik 2. Wujudnya pelbagai gejala sosial - penagihan dadah, bohsia, merempit, jenayah remaja - mengamalkan budaya yang bertentangan dengan budaya timur 3. Kegiatan anti-sosial yang berleluasa - sentimen prasangka antara kaum, budaya, agama - sering mengungkit isu-isu perkauman yang memecahbelahkan masyarakat 4. Pengabaian warga emas dan golongan orang kelainan upaya - hidup tersisih daripada keluarga dan masyarakat- dianggap membebankan, dibiarkan hidup merempat dan dihantar ke rumah orang tua 5. Penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak - hak kanak-kanak diabaikan, bayi dibuang, kanak-kanak didera, diculik, diperdagangkan 6. Peningkatan keganasan rumah tangga -penderaan dan kekerasan oleh pasangan - secara fizikal & mental 7. Pemusnahan alam sekitar dan harta benda awam- Hutan dimusnahkan, udara dan sumber air dicemari - vandalisme berleluasan terutamanya terhadap harta benda awam - mementingkan keuntungan, kepentingan dan keselesaan sendiri 18 Nyatakan empat kepentingan budaya ke arah pembentukan negara maju dan sejahtera. 1. Budaya melambangkan identiti dan imej negara 2. Dapat mempamerkan kreativiti dan warisan bangsa 3. Menonjolkan keunikan tersendiri 4. Menjana ekonomi negara 5. Memupuk perpaduan 6. Menjadi panduan dan iktibar kehidupan 7. Memperkenal dan mewariskan kepada generasi akan datang 8. Meluaskan pengetahuan dan menajamkan fikiran 9. Membentuk jati diri 19 Senaraikan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju dan sejahtera menjelang tahun 2020. 1. Melakukan penghematan dan memperketat perbelanjaan negara 2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan 3. Meningkatkan sumber daya manusia 4. Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara 5. Mencipta bidang-bidang pertumbuhan yang baru 6. Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi yang rumit terutamanya dalam bidang pelaburan agar menjadi lebih baik dan cepat 7. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat 8. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial


Channel PA 900 STPM @CNM 20 Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Huraikan cabaran keempat dan kelima Wawasan 2020 1. Cabaran 4. - Warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan- mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika didorong oleh tahap etika paling tinggi 2. Cabaran 5 - Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur yan meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. 21 Nyatakan tiga langkah oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan ke arah sebuah negara maju. 1. Mutu / Kualiti perkhidmatan kesihatan yang sentiasa ditingkatkan 2. Menyediakan lebih banyak hospital / klinik. 3. Menyediakan lebih ramai doktor / pakar perunding kesihatan. 4. Membina hospital baru / menaiktaraf hospital lama. 5. Meningkatkan teknologi perubatan. 6. Menggiatkan penyelidikan dan pembangunan prasarana kesihatan. 7. Meningkatkan akses / ketersampaian kepada perkhidmatan perubatan 22 Nyatakan 4 cabaran getir yang menghalang pencapaian cabaran ke-7 W2020. 1. Sikap individualistik masyarakat / sikap rakyat yg mementingkan diri 2. Pengabaian tanggungjawab korporat oleh pihak swasta 3. Ketidakprihatinan masyarakat 4. Kepincangan sistem pendidikan 5. Sikap materialistik rakyat 23 Senaraikan empat tonggak utama dalam transformasi negara bagi mencapai Wawasan 2020. 1. 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 2. Program Transformasi Kerajaan. 3. Program Transformasi Ekonomi. 4. Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.


Click to View FlipBook Version