The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-12 12:01:45

RPA - 4 TEMA NEGARAKU

RPA - 4 TEMA NEGARAKU

Keywords: RPA - 4 TEMA NEGARAKU

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN KEROHANIAN

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk NEGARAKU
Bidang
Perkembangan Bendera Malaysia

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN

KEROHANIAN

Pengetahuan Kanak-kanak sudah boleh mengenali rupa bendera Malaysia
sedia ada
Objektif 1. Kanak-kanak boleh bersoaljawab mengenai bendera
Malaysia (PBKLA)
Tempat/Ruang
Bahan 2. Kanak-kanak boleh membuat kolaj bendera dengan
menggunakan biji barli. (PKE)

3. Kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan hormat ketika
bendera Malaysia dipamerkan. (PSSEKR)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Kad Imbasan Gambar Bendera Malaysia
( Saiz kertas lukisan) – 2 helai

ii. Biji barli ( Ikut keperluan)
iii. Warna Crayon ( Biru dan kuning) – 4 batang

iv. Kertas lukisan yang berlukis gambar bendera Malaysia
(jalur merah sahaja diwarnakan , lain-lain belum
diwarnakan) – 2 keping

v. Gam putih – 2 botol

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti.
pelaksanaan 2. Pendidik minta kanak-kanak berdiri tegak sambil

menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama.
3. Selesai menyanyi lagu Negaraku, pendidik keluarkan

kad imbasan gambar bendera Malaysia dan tunjukkan
kepada kanak-kanak.
4. Pendidik mula bercerita mengenai bendera Malaysia.
- Bendera rasmi negara Malaysia
- Mempunyai 14 jalur merah dan putih serta mempunyai

gambar bulan dan bintang warna kuning. Di tengahnya
warna biru.
- Semua orang mesti menghormati bendera Malaysia
sebagai tanda cintakan negara.
- Masa dan waktu bendera dikibarkan.
5. Selesai bercerita pendidik beri ransangan kepada
kanak-kanak untuk bersoaljawab dengan pendidik
mengenai bendera Malaysia.
6. Pendidik terus beri galakan untuk kanak-kanak bercerita
sambil bersoaljawab dengan bimbingan pendidik.
7. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak faham dan boleh
bercerita sambil bersoaljawab mengenai bendera
Malaysia.
8. Setelah puas berbual, pendidik keluarkan kertas lukisan
yang mempunyai gambar bendera Malaysia yang belum
diwarnakan.

Perhatian 9. Pendidik bahagikan kanak-kanak kepada 2 kumpulan
sambal beritahu yang pendidik akan hasilkan kolaj
bendera Malaysia.

10. Pendidik keluarkan biji barli yang digunakan dan mula
tunjukkan cara membuat kolaj.

- Sapukan gam pada jalur yang tidak berwarna dan
tampalkan biji barli pada jalur kedua dan pada selang
yang seterusnya.

- Keringkan supaya biji barli tidak jatuh.
- Warnakan bintang dan bulan dengan warna kuning

menggunakan warna crayon dan bahagaian luarnya
dengan warna biru.

11. Pendidik minta kanak-kanak cuba buat sambil pendidik
beri bimbingan dan membantu kanak-kanak menghias
bendera Malaysia tersebut,.

12. Setelah siap, sekali lagi pendidik beri pujian kepada
semua kanak-kanak.

13. Akhir sekali pendidik minta kanak-kanak berdiri sekali
lagi menghadap bendeara Malaysia sambil
menyanyikan semula lagu Negaraku tanda hormat.

14. Pendidik akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima
kasih pula kepada kanak-kanak.

1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

selamat.

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak



PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk NEGARAKU
Bidang
Perkembangan Kaum di Malaysia ( Melayu, India & Cina)
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN
Objektif
LOGIK

Kanak-kanak sudah boleh tahu bangsa diri masing-masing.

1. Kanak-Kanak boleh faham kepelbagaian kaum utama di
Malaysia – Melayu, India & Cina ( PAMPL)

2. Kanak-Kanak boleh belajar menghormati kaum lain di
Malaysia – Melayu, India & Cina (PSSEKR)

Tempat/Ruang 3. Kanak-kanak boleh menyebut ucapan salam/selamat
Bahan dalam bahasa melayu, cina dan india) (PBKLA)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Kad Imbasan Gambar kaum melayu, cina dan india @
12 keping – berkaitan satu kaum setiap 4

ii. Radio @ Muzik – versi lagu melayu, cina dan India

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan minta
pelaksanaan kanak-kanak untuk duduk di dalam bulatan.

2. Pendidik tarik perhatian kanak-kanak dengan memasang
lagu versi melayu dan bertanya,
“ Siapa di sini, orang Melayu, sila angkat tangan?”

3. Pendidik ulang memasang pula lagu versi cina dan
kemudian India dan bertanya soalan yang sama seperti
di atas.

4. Pendidik memastikan kanak-kanak telah tahu bangsa
masing-masing.

5. Pendidik keluarkan beberapa keping kad imbasan ( 12)
yang menunjukkan ciri-ciri 3 kaum tersebut.

6. Pendidik mula bercerita perkara asas mengenai 3 kaum
dalam aktiviti ini, sambal merujuk kepada gambar dalam
kad imbasan.
- Pakaian kaum
- Bahasa yang digunakan – rujuk pada lagu tadi
- Makanan utama kaum
- Agama kaum
- Semua kaum hidup harmoni di Malaysia
- Perlu saling menghormati

7. Pendidik memastikan kanak-kanak faham dan tahu
tentang kaum melayu, cina dan india iaitu kaum yang
terbesar di Malaysia.

8. Bagi menguji lagi kefahaman kanak-kanak, pendidik
selerakkan kad imbasan tadi dan minta kanak-kanak
cuba asingkan kad tersebut mengikut kaum melayu, cina
dan india.

9. Pendidik beri galakan dan bimbingan bagi memastikan
kanak-kanak tahu kepelbagaian kaum utama di Malaysia.

10. Pendidik terus membimbing jika ada kanak-kanak yang
kelihatan kurang faham lagi.

11. Pendidik biarkan kanak-kanak dengan aktiviti
mengasingkan kad imbasan mengikut kaum sambil
melayan pertanyaan kanak-kanak.

12. Setelah kanak-kanak puas melakukan aktiviti di atas,
pendidik sekali lagi tarik perhatian kanak-kanak dengan
bertanya ‘ Siapa tahu bagaimana nak ucapkan salam bila
berjumpa dengan kawan berbangsa melayu, cina dan
India.
Melayu – Beri salam/ Hai
Cina – Zao An ( Selamat pagi)
India – Vanakkam ( Hi)
( Pendidik boleh tukar kepada perkataan lain yang
sesuai)

13. Pendidik sebut 3 perkataan tersebut dan minta kanak-
kanak ikut dan sebut beberapa kali hingga kanak-kanak
tahu dan boleh ingat.

14. Pendidik teruskan aktiviti-aktiviti tadi bersama kanak-
kanak

15. Pendidik ucapkan terima kasih bila aktiviti telah berakhir.

Perhatian 1. Pastikan kanak-kanak sihat dan ceria untuk jalankan
Refleksi Pendidik aktiviti.

2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
4. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

sesuai dan selamat.

Refleksi Kanak-
Kanak

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 1-2 / 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk NEGARAKU
Bidang
Perkembangan Lagu ‘Satu Malaysia’
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN ESTETIKA

Kanak-kanak sudah boleh menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dengan
baik.

Objektif 1. Kanak-kanak boleh membuat pergerakan dan gaya
mengikut lirik ketika nyanyian lagu ‘Satu Malaysia’ di
Tempat/Ruang perdengarkan. ( PKE)
Bahan
2. Kanak-kanak boleh cuba menyanyikan lirik lagu ‘ Satu
Malaysia’ ( PBKLA)

3. Kanak-kanak boleh menzahirkan perasaan teruja lagi
bersemangat ketika menyanyikan lagu ‘Satu Malaysia’
(PSSEKR)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Radio@ Muzik lagu ‘ Satu Malaysia’
ii. Bendera tangan- Bendera Malaysia – untuk
setiap kanak-kanak

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke halaman TASKA untuk
pelaksanaan aktiviti ini.

2. Pendidik kumpulkan kanak-kanak dalam bulatan dan
mula jalankan sedikit senaman ringan bersama kanak-
kanak

3. Pendidik beri setiap kanak-kanak bendera Malaysia
dan mula pasangkan lagu “ Satu Malaysia’ serta minta
kanak-kanak ikut pergerakan yang dilakukan oleh
pendidik . ( Buat pergerakan mengikut lirik lagu)

4. Sambil membuat pergerakan ikut lagu, pendidik juga
minta kanak-kanak cuba ikut lirik lagu bersama-sama.

5. Pendidik terus menyanyi dan melakukan pergerakan
serta gaya beberapa kali bersama kanak-kanak.

6. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak dapat
melakukan pergerakan@ gaya sama seperti yang
dilakukan oleh pendidik. Pendidik juga beri pujian bila
kanak-kanak membuat pergerakan @ gayanya yang
tersendiri.

Perhatian 7. Pendidik terus beri galakan dan bimbingan jika ada
Refleksi Pendidik kanak-kanak yang malu untuk bergerak dan manyanyi

8. Pendidik terus bergerak dan menyanyi bersama
kanak-kanak beberapa kali hingga kanak-kanak
kelihatan puas.

9. Pendidik memastikan kanak-kanak menyanyi lagu
‘Satu Malaysia’ dan bergerak dengan penuh
semangat.

10. Pendidik akhiri aktiviti dengan ucapan terimakasih dan
bawa kanak-kanak masuk semua ke ruang dalam
TASKA.

1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran halaman TASKA tempat adalah

sesuai untuk aktiviti pergerakan dan selamat.
5. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

sesuai.

Refleksi Kanak-
Kanak

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu
Umur 3 – 4 tahun Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk NEGARAKU
Bidang
Perkembangan Bandaraya Kuala Lumpur
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN FIZIKAL
Objektif
Kanak-kanak sudah boleh menyusun pelbagai saiz blok secara
bebas.

1. Kanak-kanak boleh menyusun pelbagai saiz kotak
menghasilkan replika bangunan –bangunan di
bandaraya Kuala –Lumpur ( PF)

2. Kanak-Kanak boleh berkongsi bercerita pengalaman
berkunjung ke Kuala Lumpur.(PBKLA)

Tempat/Ruang 3. Kanak-kanak boleh mengasingkan gambar-gambar
Bahan bangunan sepadan yang terdapat di bandaraya Kuala
Lumpur (PAMPL)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Gambar Bangunan di Kuala Lumpur ( 4 set gambar
bangunan yang sama)

ii. Kotak-kotak kecil pelbagai saiz seperti kotak ubat gigi,
kotak sabun dan seumpamanya yang telah dibalut –
ikut keperluan

iii. Kertas Lukisan - 4 keping
iv. Gam putih – 2 botol
v. You tube – Bandaraya Kuala Lumpur

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan minta
pelaksanaan kanak-kanak duduk dalam 2 kumpulan

2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bertanya khabar kepada
kanak-kanak sambil menarik perhatian kanak-kanak
dengan mengeluarkan kotak-kotak kecil di hadapan
kanak-kanak dan biarkan kanak-kanak main bebas
seketika dengan kotak-kotak tersebut.

3. Sambil kanak-kanak bermain dengan kotak-kotak
tersebut, pendidik bertanya
“ Siapa pernah pergi ke Kuala-Lumpur?”
“ Jom kita tengok bandaraya Kuala-Lumpur”

4. Pendidik mula pasangkan you tube pemandangan di
bandaraya Kuala Lumpur sambil pendidik mula ceritakan
mengenai beberapa bangunan di Kuala Lumpur ( ikut
pada pendidik ingin merujuk kepada mana-mana
bangunan)

5. Pendidik beritahu pada kanak-kanak bahawa Kuala
Lumpur adalah ibu behgara Malaysia.

6. Sambil kanak-kanak menonton you tube tersebut,
pendidik tunjukkan kepada kanak-kanak bagaimana
menyusun kotak-kotak menjadi seperti bangunan di
Kuala-Lumpur.

7. Pendidik minta kanak-kanak pula bersama susun kotak-
kotak menjadi seperti bangunan di Kuala Lumpur sambil
minta kanak-kanak berimiginasi mengenai bangunan
tersebut. Kanak-Kanak dibahagikan kepada 2 kumpulan.

8. Pendidik beri galakan dan bimbingan untuk kanak-kanak
terus menyusun kotak-kotak menjadi umpama bangunan
di Kuala Lumpur.

9. Pendidik beri pujian kepada kanak-kanak yang dapat
menghasilkan imiginasi bangunan di Kuala –Lumpur.

10. Jika ada kanak-kanak yang tidak dapat susun kotak-kotak
tersebut secara kreatif, memadai sahaja setakat mana
yang mereka boleh buat.

11. Pendidik sekali lagi beri pujian berterusan kepada semua
kanak-kanak.

12. Setelah bandaraya imiginasi kanak-kanak siap, pendidik
minta kanak-kanak pula berkongsi pengalaman mereka
berkunjung ke Kuala Lumpur.

13. Aktiviti seterusnya, pendidik keluarjkan kad imbasan
gambar bangunan utama di Kuala-Lumpur (contoh;
KLCC) dan minta kanak-kanak lekatkan pada kertas
lukisan ( 4 set gambar sepadan @ 4 kertas lukisan)

14. Pendidik meneruskan aktiviti bersama kanak-kanak
hingga kanak-kanak merasa puas.

15. Pendidik akhiri aktiviti dengan meminta kanak-kanak
mengemas bersama dan pendiik akhiri aktiviti dengan
ucapan terima kasih.

Perhatian 1. Pastikan kanak-kanak sihat, ceria dan telah bersedia
Refleksi Pendidik untuk jalankan aktiviti.

2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti sesuai dan selamat
3. .Pastikan bahan (kotak-kotak kecil) yang digunakan

dalam aktiviti adalah sesuai dan selamat

Refleksi Kanak-
Kanak


Click to View FlipBook Version