The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2021-08-12 12:03:48

RPA PATRIOTISME

RPA PATRIOTISME

Keywords: RPA PATRIOTISME

RPA TEMA PATRIOTISMA

PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAN

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk PATRIOTISMA
Bidang
Perkembangan Perdana Menteri Malaysia
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI &
Objektif
KEROHANIAAN
Tempat/Ruang
Bahan Kanak-kanak sudah boleh memahami cerita yang didengarinya

1. Kanak-kanak boleh mewujudkan perasaan sayang dan
rasa hormat kepada pemimpin negara (PSSKR)

2. Kanak-kanak boleh berbincang bersma mengenai
pemimpin negara. (PKE)

3. Kanak-kanak boleh mengenalpasti dan mengasingkan
gambar Perdana Menteri Malaysia. (PAMPL)

Ruang Aktiviti TASKA

i. Gambar- Gambar wajah perdana menteri dan gambar
wajah lain.

ii. Poster besar gambar Perdana Menteri
iii. Video klip perdana Menteri ( yang sesuai untuk

difahami oleh kanak-kanak)

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti lalu duduk
pelaksanaan berkumpul dalam satu bulatan.

2. Pendidik memlakan sesi pembelajaran dengan
bertanyakan khabar kanak-kanak dan minta kanak-
kanak menyanyi satu lagu yang diketahuinya.

3. Selesai menyanyi, pendidik minta kanak-kanak beri
perhatian di mana pendidik mula tayangkan satu video
(pastikan sesuai) yang berkaitan dengan Perdana
Menteri Malaysia.

4. Selesai tayang video tersebut, pendidik mula bertanya
jika kanak-kanak tahu sesuatu mengenai tayangan
video tersebut.

5. Pendidik mulakan bercerita mengenai siapa dan apa
peranan Perdana Menteri Malaysia. Pendidik keluarkan
poster gambar Perdana Menteri sambil kaitkan dengan
video yang ditayangkan tadi.

6. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak, sikap kita
sebagai rakyat Malaysia;

- Semua orang mesti sayang dan menghormati Perdana
Menteri Malaysia sebagai tanda cintakan negara.

- Cara untuk menunjukkan sayang dan hormat.
7. Pendidik uji kefahaman kanak-kanak dengan

bertanyakan beberapa soalan kepada kanak-kanak
berkaitan yang diceritakan tadi.
8. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak mula faham dan
boleh bercerita sambil bersoaljawab lagi mengenai
Perdana Menteri Malaysia.
9. Pendidik terus beri galakan untuk kanak-kanak bercerita
sambil bersoaljawab dengan bimbingan pendidik.

Perhatian 10. Setelah puas menggalakkan kanak-kanak berbincang,
pendidik keluarkan gambar-gambar wajah pemimpin
dan tunjukkan kepada kanak-kanak wajah Perdana
Menteri Malaysia.

11. Pendiidk tunjukkan cara bagaimana mengasingkan
gambar wajah Perdana Menteri.

12. Pendidik minta kanak-kanak cuba buat sambil pendidik
beri bimbingan dan membantu kanak-kanak jika perlu.

13. Setelah siap, sekali lagi pendidik beri pujian kepada
semua kanak-kanak.

14. Pendidik beri peluang kanak-kanak teruskan aktiviti dan
akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih
kepada kanak-kanak.

1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
3. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

selamat.

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk PATRIOTISMA
Bidang
Perkembangan Negaraku Malaysia
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI
Objektif
AWAL
Tempat/Ruang
Kanak-kanak sudah boleh sebut perkataan negara Malaysia

1. Kanak-Kanak boleh cerita semula tentang negara
Malaysia ( PBKLA )

2. Kanak-Kanak boleh membuat pergerakan sambil
menyanyikan lagu ‘ 1 Malaysia’ (PF)

3. Kanak-kanak boleh menghasilkan kolaj perkataan
‘Malaysia’ di atas kertas mahjong (PKE)

Ruang Aktiviti TASKA

Bahan

i. Kad Imbasan Gambar tempat-tempat di Malaysia
(contoh gambar mesti disesuaikan dengan
persekitaran tempat tinggal kanak-kanak dan gambar
umum yang anak-kanak biasa lihat seperti gambar
bangunan KLCC),

ii. You Tube– lagu ‘ Satu Malaysia’
iii. Kertas mah-jong yang tertulis perkataan Malaysia

( huruf besar – dengan tulisan saiz besar)
iv. Daun kering yang telah diramas – bahan untuk kolaj
v. Gam putih

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan minta
pelaksanaan kanak-kanak untuk duduk di dalam bulatan.

2. Pendidik mulakan aktiviti dengan bertanya kepada kanak-
kanak tempat-tempat yang kanak-kanak telah pergi.

3. Pendidik puji kanak-kanak dengan apa yang telah kanak-
kanak maklumkan.

4. Pendidik teruskan aktiviti dengan bertanya lagi kepada
kanak-kanak.
‘Siapa tahu, apa nama negara kita” . Pendidik buat
ulasan mengikut jawapan kanak-kanak. Pendidik
bercerita dengan cara mudah tentang negara Malaysia.

5. Pendidik tarik perhatian kanak-kanak lagi dengan
memasang lagu ‘ Satu Malaysia’ dan minta kanak-kanak
bergerak sepertimana yang ditunjukkan di dalam ‘you
tube’ tersebut.

6. Aktiviti ini dilakukan beberapa kali.
7. Selesai aktiviti di atas, pendidik tanya sekali lagi kepada

kanak-kanak, apa yang kanak-kanak faham tentang
negara Malaysia.

Perhatian 8. Pendidik memastikan kanak-kanak telah tahu mengenai
negara Malaysia dan pendidik berikan pujian serta
dorongan kepada kanak-kanak.

9. Pendidik keluarkan beberapa keping kad imbasan
gambar persikataran tempat tertentu di Malaysia dan
ceritakan tentang tempat tersebut.

10. Pendidik keluarkan kertas mah-jong yang tertulis
perkataan Malaysia dan tunjukkan cara buat kolaj dengan
menggunakan daun kering.
- Pastikan daun kering telah diramas hancur.
- Bubuh gambar pada setiap huruf
- Taburkan daun kering

11. Pendidik beri peluang pula kanak-kanak buat kolaj
tersebut sambil memaklumkan bahawa perkataan
tersebut adalah ejaan bagi perkataan ‘ Malaysia”

12. Pendidik beri galakan dan bimbingan bagi meneruskan
aktiviti.

13. Pendidik terus membimbing jika ada kanak-kanak yang
kelihatan kurang faham lagi.

14. Pendidik biarkan kanak-kanak dengan aktiviti membuat
kolaj tersebut sambil melayan pertanyaan kanak-kanak.

15. Pendidik teruskan aktiviti-aktiviti tadi bersama kanak-
kanak

16. Pendidik ucapkan terima kasih bila aktiviti telah berakhir.

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan ceria untuk jalankan
aktiviti.

2. Pastikan persekitaran tempat aktiiviti selamat.
4. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

sesuai dan selamat.

Refleksi Pendidik

Refleksi Kanak-
Kanak

PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL

Nama Pendidik Tarikh: Hari: Masa:
Minggu 1-2 / 3 – 4 tahun
Umur Bil. Kanak-Kanak : 10
Tema
Tajuk PATRIOTISMA
Bidang
Perkembangan Negeri di Malaysia
Pengetahuan
sedia ada PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI

AWAL

Kanak-kanak sudah boleh sebut negeri kelahiran mereka

Objektif 1. Kanak-kanak boleh menyebut nama beberapa negeri
yang diketahuinya ( berdasarkan nama negeri kelahiran
Tempat/Ruang kanwan-kawan ( PBKLA)
Bahan
2. Kanak-kanak boleh menzahirkan rasa sayang kepada
negeri kelahiran mereka (PSSEKR)

3. Kanak-kanak boleh menampal objek bagi membina
gambar bangunan mengikut imiginasi mereka. (PKE)

Ruang Aktiviti TASKA
i. Kad Manila pelbagai warna yang dipotong
berbentuk segiempat tepat berlainan saiz.
ii. ‘You tube’ lagu patriotik yang berkaitan negeri
iii. Bendera Malaysia (saiz besar)
iv. Kertas mah-jong
v. Gam putih

Langkah 1. Pendidik bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti TASKA
pelaksanaan untuk aktiviti ini.

2. Pendidik kumpulkan kanak-kanak dalam bulatan dan
mula jalankan sedikit senaman ringan bersama kanak-
kanak.

3. Pendidik minta kanak-kanak duduk dalam bulatan
samil berbual dengan kanak-kanak mengenai tempat
kelahiran kanak-kanak. Pendidik galakkan kanak-
kanak cerita setakat yang mereka tahu.

4. Pendidik beritahu kanak-kanak bahawa semua tempat
kelahiran kanak-kanak tadi adalah berada di negeri-
negeri di Malaysia. Pendidik lalu bertanya,
“ Siapa tahu, ada berapa negeri di Malaysia?”

5. Pendidik kemudiannya keluarkan sehelai bendera
Malaysia yang besar dan direntang di hadapan kanak-
kanak. Dan minta kanak-kanak bersama-sama
mengira bilangan jalur ( putih dan merah) pada
bendera tersebut.

6. Pendidik beritahu kanak-kanak jumlah jalur tersebut
(14 jalur) melambangkan bilangan negeri di Malaysia).
Pendidik mula sebut nama beberapa negeri di
Malaysia dan inta kanak-kanak ulang sebut bersama
beberapa kali.

7. Pendidik pasang lagu patriotik yang berkaitan nama
negeri lalu ajak kanak-kanak menyanyi bersama dan
memastikan kanak-kanak boleh sebut nama beberapa
negeri di Malaysia.

8. Pendidik beri pujian bila kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti ini dan beri galakan lagi jika kanak-
kanak kurang faham.

9. Pendidik teruskan aktiviti dengan mengeluarkan kertas
mah-jong dan potongan manila kad pelbagai saiz
( segiempat tepat) lalu pendidik tunjuk cara menampal
kepingan manila kad untuk menghasilkan imiginasi
bangunan di sesuatu negeri.

10. Pendidik teruskan aktiviti hingga kanak-kanak merasa
puas.

11. Pendidik akhiri aktiviti dengan ucapan terimakasih dan
minta kanak-kanak mengemas bersama.

Perhatian 1. Pastikan kanak-kanak sihat untuk jalankan aktiviti.
Refleksi Pendidik 2. Pastikan persekitaran halaman TASKA tempat adalah

sesuai untuk aktiviti pergerakan dan selamat.
5. Pastikan bahan yang digunakan dalam aktiviti adalah

sesuai.

Refleksi Kanak-
Kanak


Click to View FlipBook Version