RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)
TEMA : TASKA SAYA
1
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 1
TEMA: TASKA SAYA
Nama Pendidik 2/3 Tahun / 5 orang 4 tahun/10 orang
Minggu : ( sesuaikan aktiviti mengikut tahap umur)
Hari / Tarikh :
Masa : Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Umur Kanak-Kanak /
Bil : Kanak-Kanak sudah boleh menunjukkan rasa gembira berada di TASKA.
Bidang (PSSEKR)
Perkembangan/
Pembelajaran : 1. Menggalakkan kanak-kanak faham mengapa mereka berada di
Pengetahuan Sedia TASKA (PSSEKR)
Ada :
Objektif 2. Membolehkan kanak-kanak sebut nama TASKA.(PBKLA)
3. Membolehkan kanak-kanak menghias contoh gambar TASKA
mengikut kreativitinya (PKE)
Tema : TASKA SAYA
Tajuk : Seronoknya ke TASKA
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktiviti TASKA
Bahan : 1. Gambar TASKA dan persekitarannya (berwarna)
2. Gambar TASKA (kosong) – ( contoh)
2
RPA TASKA - BERTEMA
Langkah-langkah 2. Krayon atau warna air
Pelaksanaan
1. Kanak-kanak ke ruang aktiviti.
2. Mulakan aktiviti dengan cuba berbual mesra dan mengambil hati
kanak-kanak agar kanak-kanak lebih bersedia untuk mulakan
aktiviti.
3. Kanak-kanak digalakkan ceritakan perasaannya semasa berada di
TASKA. Adakah mereka rasa seronok?
4. Galakkan kanak-kanak tahu dan faham mengapa mereka berada
di TASKA. Cerita kepada kanak-kanak perkara positif tentang
TASKA.
5. Galakkan kanak-kanak terus dengar cerita dari pendidik tentang
TASKA.
6. Setelah dilihat kanak-kanak faham, minta mereka pula bercerita
tentang kefahaman sebab mereka perlu berada di TASKA
7. Beri pujian kepada kanak-kanak yang boleh berbual dan bercerita
tentang TASKA.
8. Jika ada kanak-kanak menunjukkan rasa malu atau tidak mahu
berbual, beri galakan. Cuba tanyakan soalan yang dapat
merangsang kanak-kanak untuk bercerita tentang TASKA.
9. Keluarkan gambar-gambar persekitaran dalam dan luar TASKA.
Minta kanak-kanak beri perhatian terhadap cerita pendidik
berkaitan gambar yang ditunjukkan.
10. Berdasarkan gambar pendidik akan bercerita tentang apa yang
ada di dalam dan di luar TASKA.
3
RPA TASKA - BERTEMA
11. Dari semasa ke semasa tarik perhatian kanak-kanak. Pastikan
gambar terang dan jelas. Bimbing kanak-kanak sebut nama
TASKA.
- Cth : TASKA MERAH
12. Minta kanak-kanak sebut nama TASKA dengan jelas.
13. Beri kanak-kanak peluang mencuba aktiviti di atas. Galakkan terus
kanak-kanak melihat gambar TASKA dan bertanyakan soalan
berkaitan.
14. Akhirnya, keluarkan gambar TASKA yang tidak berwarna. Beri
kanak-kanak warna krayon atau warna air. Biarkan kanak-kanak
membuat apa-apa corak di atas gambar tersebut mengikut
kreativitinya sendiri. Buat capan hujung jari jika guna warna air.
15. Selesai aktiviti, kanak-kanak diajak mengemas dan pendidik
ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peralatan yang merbahaya.
- Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
- Pastikan kanak-kanak diajar memakai apron jika guna warna
air.
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
- Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
4
RPA TASKA - BERTEMA
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
5
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 2
TEMA : TASKA SAYA
Nama Pendidik
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 2/3 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal(PBKLA))
Perkembangan/ Kanak-Kanak sudah boleh beritahu nama masing-masing.
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Menggalakkan kanak-kanak bercerita tentang nama dan diri
masing-masing (PBKLA)
2. Menggalakkan kanak-kanak berkenalan dengan kawan-kawan lain
di TASKA (PSSKR)
3. Membolehkan kanak-kanak membuat cop tangan mengikut
kreativiti mereka(PKE)
Tema : TASKA SAYA
Tajuk : Kenalkan diri awak.
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktiviti TASKA
Bahan :
6
RPA TASKA - BERTEMA
Langkah-langkah 1. Kertas Mahjong
Pelaksanaan 2. Warna air
3. Berus lukisan
1. Kanak-kanak ke ruang aktiviti TASKA.
2. Kanak-kanak mulakan aktiviti dengan menyanyi bersama-sama
lagu ‘ Selamat Pagi Kawan’ ( Buat lirik yang sesuai beserta alunan
lagu)
3. Aktiviti dimulakan dengan meminta kanak-kanak beritahu nama
mereka masing –masing seorang demi seorang.
4. Ucapkan ‘Selamat datang’ ke TASKA kepada semua kanak-kanak
dan minta kanak-kanak bersalaman dengan semua kawan-kawan
lain di TASKA.
5. Galakkan kanak-kanak bercerita sedikit tentang diri masing –
masing. Tunjukkan contoh bagaimana untuk cerita dengan
pendidik dulu beritahu tentang diri pendidik.
- Nama
- Nama Ibu dan Ayah
- Tinggal di mana
- Apa yang saya suka di TASKA.
6. Beri pujian jika kanak-kanak boleh bercerita tentang diri masing-
masing.
7. Beri galakan jika ada kanak-kanak yang kelihatan malu.
8. Galakkan juga berkenalan dengan kawan-kawan lain di TASKA
dengan minta kanak-kanak tanyakan nama kawan. Teruskan
aktiviti berkenalan in sambil dibimbing pendidik.
9. Tarik perhatian kanak-kanak. Keluarkan kertas mahjong besar dan
minta kanak-kanak buat cop tangan masing-masing di atas kertas
sebagai tanda perkenalan diri masing-masing.
10. Tunjukkan cara buat cop tangan dan beri bimbingan berterusan
kepada kanak-kanak.
11. Biarkan aktiviti diteruskan hingga kanak-kanak puas hati.
12. Selesai aktiviti, ajak kanak-kanak mengemas bersama dan
ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
7
RPA TASKA - BERTEMA
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peralatan yang merbahaya.
- Pastikan emosi kanak-kanak berada dalam keadaan baik.
- Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
2. Kebersihan
- Pastikan tempat aktiviti adalah bersih selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
8
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3
TEMA : TASKA SAYA
Nama Pendidik
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 4 Tahun / 10 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik (PAMPL)
Perkembangan/ Kanak-Kanak sudah boleh berfikir dan kenal TASKA sendiri. (PAMPL)
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Menggalakkan kanak-kanak kenal dan tahu kegunaan sudut-
sudut aktiviti di TASKA (PAMPL)
2. Membolehkan kanak-kanak sebut nama sudut-sudut aktiviti di
TASKA (PBKLA)
3. Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dalam menyusun
sudut di dalam model 3D ruang TASKA. (PSSEKR)
Tema : TASKA SAYA
Tajuk : Seronoknya ke TASKA
9
RPA TASKA - BERTEMA
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktiviti TASKA
Bahan :
1. Gambar TASKA dan persekitarannya ( sudut@ ruang dalam
TASKA)
2. Model 3 D ruang@sudut dalam TASKA
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak ke ruang aktiviti.
Pelaksanaan 2. Ucapkan ‘Selamat Pagi’ kepada kanak-kanak dan ajak kanak-
kanak juga menyambut ucapan selamat pagi tersebut.
3. Tarik perhatian kanak-kanak dan tanyakan khabar mereka.
4. Kanak-kanak diminta beritahu nama TASKA mereka dengan
kuatnya. Puji kanak-kanak yang boleh sebut nama TASKA.
5. Minta semua kanak-kanak bertepuk tangan tanda semua kanak-
kanak tahu nama TASKAnya.
6. Keluarkan gambar-gambar pelbagai sudut di TASKA sambil
beritahu kegunaan sudut –sudut tersebut. Cth;
- Sudut buku dan cerita
- Sudut main blok/puzzle
- Sudut main olok-olok
- Sudut kreatif
- Playground
7. Galakkan kanak-kanak kanak kenal dan tahu kegunaan sudut-
sudut aktiviti di TASKA . Tunjukkan gambar sudut dan
padankan dengan sudut sebenar di TASKA. Sebut nama
sudut@ruang dan aktiviti apa yang boleh dijalankan di situ.
8. Galakkan kanak-kanak faham kegunaan sudut. Terus beri
bimbingan secara berterusan.
9. Beri pujian jika kanak-kanak boleh sebut nama sudut dan aktiviti
yang boleh dijalankan di situ.
10. Galakkan kanak-kanak sebut nama-nama sudut@ruang
tersebut. Ualng aktiviti hingga kanak-kanak faham.
11. Keluarkan model ruang sudut di TASKA. (buat sendiri pelan
lantai TASKA – 3 D) Minta kanak-kanak pastikan dan susun
sudut-sudut yang berkaitan.
10
RPA TASKA - BERTEMA
12. Teruskan aktiviti hingga kanak-kanak merasa puas.
13. Selesai aktiviti, pendidik ucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peralatan yang merbahaya.
- Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
- Pastikan kanak-kanak diajar memakai apron
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
- Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
11
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 4
TEMA : TASKA SAYA
Nama Pendidik
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 2/3 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Perkembangan/ Kanak-Kanak sudah boleh bergerak bebas ( PF)
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Membolehkan kanak-kanak membaling bola ke arah kawan(PF)
2. Menggalakkan kanak-kanak bermain dalam kumpulan besar
dengan lebih ramai kawan di TASKA (PSSEKR)
3. Menggalakkan kanak-kanak tahu sebab mengapa tangan mesti
dicuci selepas bermain di halaman TASKA(PAMPL)
Tema : TASKA SAYA
12
RPA TASKA - BERTEMA Jom main baling bola bersama
Tajuk :
Tempat / ruang aktiviti Ruang halaman luar TASKA
Bahan : 1. Pencuci tangan
2. Bola (Bilangan ikut keperluan)
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak bergerak ke halaman TASKA.
Pelaksanaan 2. Galakkan kanak-kanak buat bulatan yang besar.
3. Kanak-kanak mulakan aktiviti dengan bersama membuat
pergerakan senaman ringan secara bebas.
4. Kanak-kanak ditunjukkan aktiviti ambil bola dan tunjukkan cara
baling bola secara rawak ke arah kawan dan disambut oleh
kawan tersebut.
5. Galakkan kanak-kanak cuba dan buat aktiviti ini setakat yang
boleh.
6. Beri pujian jika kanak-kanak berjaya baling bola ke arah kawan.
7. Jika ada kanak-kanak susah hendak baling bola ke arah
kawannya, tunjukkan lagi cara atau dekatkan jarak antara
kawannya. Beri kanak-kanak dorongan berterusan.
8. Galakkan kanak-kanak main bola ini bersama-sama dalam
bulatan besar. Pecahkan bilangan kanak-kanak seramai 5 dalam
satu bulatan.
9. Teruskan aktiviti hingga kanak-kanak puas bermain.
10. Akhir sekali, sebelum aktiviti berakhir, galakkan kanak-kanak
mencuci tangan dengan bersih. Sambil itu, beritahu kepada
kanak-kanak mengapa tangan mesti dicuci bersih selepas
bermain bola.
11. Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada
kanak-kanak.
13
RPA TASKA - BERTEMA
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang halaman TASKA selamat dan bebas dari
bahan dan peralatan yang merbahaya.
- Pastikan rumput di halaman TASKA tidak panjang.
- Pastikan bola yang digunakan sesuai untuk kanak-kanak.
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
- Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
14
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 5
TEMA : TASKA SAYA
Nama Pendidik
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 2/3 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran(PBKLA)
Perkembangan/ Kanak-Kanak sudah boleh tahu bilakah waktu pagi
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Menggalakkankanak-kanak menghirup udara segar waktu pagi
(PDPDP)
2. Membolehkan kanak-kanak memahami beberapa peraturan
mudah main di luar TASKA(PBKLA)
3. Menggalakkan kanak-kanak melakukan pergerakan anggota
badannya. ( PF)
Tema : TASKA SAYA
Tajuk : Jom, kita bersenam
15
RPA TASKA - BERTEMA
Tempat / ruang aktiviti Ruang halaman TASKA
Bahan :
1. Muzik
2. Gambar peraturan
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak bergerak ke halaman TASKA
Pelaksanaan
2. Galakkan kanak-kanak buat bulatan besar di halaman TASKA
sambil minta mereka pegang tangan kawan di kiri dan kanannya.
3. Tanyakan, adakah kanak-kanak tahu bahawa sekarang itu adalah
waktu pagi. Cuba tanyakan apa yang kanak-kanak rasa di awal
pagi. ( Segar, tidak mengantuk, nyaman)
4. Ucapkan juga ‘Selamat Pagi’ . Beritahu kanak-kanak bahawa awal
pagi adalah waktu yang segar dan sangat baik untuk menghirup
udara segar.
5. Kanak-kanak juga diberitahu bahawa udara yang segar baik untuk
kesihatan diri kanak-kanak. Kaitkan dengan aktiviti di TASKA.
6. Kanak-kanak diminta lepaskan tangan kawan-kawan dan ikut cara
pendidik tarik nafas untuk sedut udara segar, kemudian lepaskan.
7. Galakkan kanak-kanak ikut apa yang pendidik lakukan. Bimbing
beberapa kali.
8. Beri pujian bila kanak-kanak boleh buat aktiviti tarik nafas dan
lepaskan.
9. Bimbing lagi jika ada didapati kanak-kanak kurang boleh lakukan
aktiviti ini. Beri galakan berterusan.
10. Sebelum teruskan aktiviti, galakkan kanak-kanak faham beberapa
aktiviti apabila bermain di luar TASKA. Cth;
- Beratur untuk ke halaman TASKA
- Jangan berebut.
- Pakai kasut/selipar
- Main sama-sama.
- Cuci tangan selepas bermain
16
RPA TASKA - BERTEMA
Refeksi 11. Mainkan muzik dan galakkan kanak-kanak ikut pendidik
menggerakkan anggota badannya.
12. Kanak-kanak diminta ikut dan teruskan aktiviti ini sehingga kanak-
kanak puas.
13. Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada kanak-
kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peraltan yang merbahaya.
- Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
- Pastikan rumput di halaman TASKA pendek.
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
- Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
17
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 6
TEMA : TASKA SAYA
Nama Pendidik
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 1/2 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian (PSSEKR)
Perkembangan/
Pembelajaran : Kanak-Kanak sudah boleh menunjukkan keseronokan dan boleh
sesuaikan diri di TASKA (PSSEKR)
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Menggalakkan kanak-kanak mesra dengan cikgu di TASKA
(PSSEKR)
2. Membolehkan kanak-kanak padankan ejaan perkataan CIKGU
dengan warna sepadan(PAMPL)
3. Membolehkan kanak-kanak menyebut panggilan cikgu dengan
jelas. (PBKLA)
Tema : TASKA SAYA
Tajuk : Cikgu TASKA saya
18
RPA TASKA - BERTEMA
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktiviti TASKA
Bahan :
1. Flash kad perkataan CIKGU ( huruf berlainan warna- saiz besar)
2. Flash card pecahan huruf CIKGU ( huruf berlainan warna- saiz
besar, sepadan)
3. Muzik lagu – ‘Fly’ ( cari dalam youtube @ sebarang lagu)
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak ke ruang aktiviti TASKA.
Pelaksanaan
2. Bermesra terlebih bersama kanak-kanak dengan berbual mesra
dan bertanyakan khabar kanak-kanak pada hari itu.
3. Tanya kepada kanak-kanak perasaan kanak-kanak hari ini di
TASKA.
4. Galakan kanak-kanak bermesra dengan cikgu di TASKA. Tarik
perhatian kanak-kanak dengan beritahu kepada kanak-kanak
peranan cikgu di TASKA.
5. Galakkan kanak-kanak tahu dan faham cikgu sentiasa akan
membantu dan menemani kanak-kanak sepanjang kanak-kanak
berada di TASKA.
6. Beritahu peranan cikgu hingga kanak-kanak faham dan kanak-
kanak boleh tunjuukkan kemesraan dengan cikgunya.
7. Puji kanak-kanak bila dia menunjukan kefahaman dan beritahu
serta pujuk lagi jika perlu.
8. Keluarkan flash kad besar perkataan CIKGU. Beritahu kepada
kanak-kanak sebutan perkataan itu iaitu CIKGU. Minta kanak-
kanak sebut perkataan CIKGU dengan jelas.
9. Ulang lagi hingga kanak-kanak faham dan boleh sebut
perkataan CIKGU.
10. Selerakkan flash card huruf-huruf dan minta kanak-kanak
padankan huruf yang sama warna ke atas perkataan cikgu.
Tunjukkan cara.
11. Beri bimbingan berterusan untuk aktiviti ini.
12. Selesai padankan huruf berwarna dengan perkataan, pasang
muzik lagu ‘Fly’ dan ajak kanak-kanak bergerak bersama –sama
cikgu.
13. Teruskan aktiviti hingga kanak-kanak puas hati.
19
RPA TASKA - BERTEMA
14. Selesai aktiviti, pendidik mengucapkan terima kasih kepada
kanak-kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peraltan yang merbahaya.
- Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
- Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
20
RPA TASKA - BERTEMA
TEMA SERANGGA
21
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 1
TEMA :SERANGGA 3 – 4 tahun / 5 orang
Nama Pendidik :
Minggu : Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran (PAMPL)
Hari / Tarikh :
Masa : Kanak-Kanak sudah boleh kenal beberapa serangga kecil yang boleh
Umur Kanak-Kanak / dijumpai di rumah seperti semut dan lalat.
Bil :
Bidang 1. Menggalakkan kanak-kanak kenal serangga lain yang juga boleh
Perkembangan/ dijumpai di rumah seperti lipas dan labah-labah.
Pembelajaran : ( PDPDP)
Pengetahuan Sedia
Ada : 2. Membolehkan kanak-kanak mengira bilangan serangga yang ada
dan mengasingkan mengikut jenisnya.. ( PAMPL)
Objektif
3. Menggalakkan kanak-kanak menyebut nama-nama serangga
Tema : sambal menyanyil lagu serangga. ( PBKLA)
Tajuk :
SERANGGA
Mari kenal serangga
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktiviti TASKA
22
RPA TASKA - BERTEMA 1. Beberapa ekor serangga yang berkaitan, letak dalam bekas sesuai (
Bahan : jika ada, untuk tunjuk contoh kepada kanak-kanak)
Langkah Pelaksanaan 2. Gambar 3D serangga (buat sendiri daripada polistrin atau kotak)
atau kad imbasan gambar serangga
3. Botol mineral yang diletakkan beberapa bahan berlainan bagi
menghasilkan bunyi berbeza ( untuk bunyi muzik)
1. Kanak-kanak diajak ke ruang aktiviti.
2. Kanak-kanakdiajak berbual-bual berkaitan hal persekitaran
semasa pada waktu aktiviti akan dijalankan.
3. Kanak-kanak diminta duduk dalam bulatan kecil.
4. Kanak-kanak melihat pendidik mengeluarkan 2 bekas lutsinar
yang ada serangga berlainan di dalamnya. ( misalnya semut dan
lalat. ( jika tidak ada, pendidik boleh pasang video berkaitan
serangga tersebut.
5. Kanak-kanak ditanyakan soalan
‘ Siapa tahu, apa ni..? ‘ sambal pendidik tunjukkan serangga yang
ada dalam bekas tersebut.
6. Kanak-kanak diberitahu bahawa semut dan lalat adalah disebut
serangga. Kanak-kanak mendengar pendidik bercerita tentang
serangga yang lain yang boleh dijumpai oleh kanak-kanak di
rumah seperti labah-labah dan lipas ( pendidik keluarkan gambar/
kad imbasan serangga lain – misalnya labah-labah dan lipas.
7. Kanak-kanak terus mendengar pendidik bercerita sedikit perihal
serangga yang selalu dijumpai di rumah sedikit – ciri-ciri, sifat dan
apa yang seranga tersebut suka/makan.
8. Kanak-kanak dipastikan telah faham mengenai serangga yang
dinyatakan tadi.
9. Kanak-kanak ditanyakan soalan mengenai serangga dan jika
kanak-kanak boleh jawab , pendidik berikan pujian. Sebaliknya jika
ada kanak-kanak kurang jelas, pendidik terus beri bimbingan dan
tunjukajar.
10. Gambar-gambar serangga yang berlainan diserakkan secara
rawak di depan kanak-kanak dan kanak-kanak diberi masa
membelek, melihat dan bersoaljawab berkaitan serangga tersebut.
23
RPA TASKA - BERTEMA
11. Kanak-kanak dipastikan telah tahu mengenai semut, lalat, lipas
dan labah-labah.
12. Kanak-kanak dengar pendidik sebut semua nama semut, lalat,
lipas dan labah-labah dan kanak-kanak ulang sebut semula.
13. Kanak- kanak nyanyikan lagu berkaitan serangga secara spontan
dan dengan itu kanak-kanak dapat sebut nama-nama serangga
tersebut dengan lancar.
Mari kenal, mari kenal
Serangga ….
Serangga di rumah
Semut dan lalat ( 2)
Lipas labah-labah ( 2x)
Semuanya serangga di rumah
( tune lagu ‘Are you Sleeping’)
14. Selesai nyanyi, kanak-kanak dengar pendidik sebut sekali lagi
perbezaan antara serangga tersebut dan tunjuk contoh bagaimana
asingkan serangga tersebut mengikut jenisnya.
15. Akhirnya kanak-kanak akan cuba asingkan serangga tersebut
mengikut jenisnya.
16. Beri peluang kepada kanak-kanak terus jalankan aktiviti sehingga
kanak-kanak menunjukkan puas hati.
17. Tamatkan aktiviti dengan mengucapkan terima kasih kepada
kanak-kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peraltan yang merbahaya.
- Pastikan kanak-kanak tidak bergaduh atau tolak menolak
semasa main bersama.
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktivti.
24
RPA TASKA - BERTEMA
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
25
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 2
TEMA : SERANGGA
Nama Pendidik :
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 3 – 4 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Fizikal (PF)
Perkembangan/ Kanak-Kanak sudah boleh meniru pelbagai jenis pergerakan. (PF)
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif
1. Membolehkan kanak-kanak meniru pergerakan serangga yang
merbahaya seperti lipan dan kala jengking. (PF)
2. Membolehkan kanak-kanak tahu bahawa lipan dan kala jengking
adalah serangga yang merbahaya dan berbisa. (PDPDP)
3. Kanak-kanak boleh mengasingkan jenis serangga tersebut
(PAMPL)
Tema : SERANGGA
Tajuk : Jom bergerak
Tempat / ruang aktiviti Ruang aktivitiTASKA
26
RPA TASKA - BERTEMA 1. Video berkaitan
Bahan :
2. Gambar 3D atau kad imbasan serangga ( lipan. Kala jengking) -
Langkah-langkah sediakan dalam kuantiti yang sesuai
Pelaksanaan
3. Muzik
1. Kanak-kanak dibawa ke ruang aktiviti TASKA..
2. Bermesra dengan kanak-kanak sambil meminta kanak-kanak
membuat beberapa pergerakan bebas.
3. Minta kanak-kanak duduk dalam bulatan.
4. Aktiviti dimulakan dengan minta kanak-kanak ikut pergerakan
yang ditunjukkan oleh pendidik. Pendidik pasang muzik dan mula
buat pergerakan seperti seekor serangga - Lipan dan kala
jengking.
5. Beri galakan kepada kanak-kanak untuk membuat pergerakan
seperti yang ditunjukkan. Muzik terus dibunyikan.
6. Beri galakan dan bimbingan dan meminta kanak-kanak
mengulangi aktiviti beberapa kali.
7. Beri pujian kepada kanak-kanak yang berjaya meniru pergerakan
seperti yang ditunjukkan. Jika ada yang tidak mahu tiru
pergerakan tersebut, minta kanak-kanak bergerak ikut
imiginasinya sendiri – cth; bergerak seperti seekor lipan yang
mempunyai kaki yang banyak.
8. Setelah puas bergerak, kanak-kanak diminta berhenti dan duduk
di alam bulatan. Pendidik pasang video yang menunjukkan
pergerakan seekor lipan dan juga kala jengking.
9. Sambil menonton video berkenaan, kanak-kanak diperkenalkan
dengan lipan dan kala jengking. Beritahu kanak-kanak bahawa
lipan dan kala jengking adalah serangga yang merbahaya dan
berbisa.
10. Kanak-kanak juga digalakkan sebut perkataan lipan dan kala
jengking sambal pendidik tunjukkan kad 3D/kad imbasan gambar
serangga tersebut.
11. Kanak-kanak ulang sebut sehingga mereka kenal perbezaan
kedua-dua serangga tersebut.
27
RPA TASKA - BERTEMA
12. Kad imbasan diselerakkan di hadapan kanak-kanak. Akhir sekali,
kanak-kanak dimintakan asingkan gambar tersebut mengikut
nama serangga.
13. Beri pujian menyeluruh kepada semua kanak-kanak di atas aktiviti
yang berjaya dilakukan hari ini.
14. Ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
Refeksi Pemerhatian:
1. Keselamatan
- Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peralatan yang merbahaya.
- Pastikan kanak-kanak tidak bergaduh atau tolak menolak
semasa main bersama.
2. Kebersihan
- Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktivti.
4. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
Cadangan 1. Kanak-kanak
2. Pengasuh
28
RPA TASKA - BERTEMA
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) 3
TEMA : SERANGGA
Nama Peserta :
Minggu :
Hari / Tarikh :
Masa :
Umur Kanak-Kanak / 3 Tahun / 5 orang
Bil :
Bidang Perkembangan Kreativiti (PF)
Perkembangan/
Pembelajaran : Kanak-Kanak sudah boleh menghias corak tertentu pada gambar rama-
rama menggunakan krayon.
Pengetahuan Sedia
Ada :
Objektif 1. Membolehkan kanak-kanak membuat capan jari pada gambar
rama –rama (P. Kreativiti)
Tema :
Tajuk : 2. Menggalakkan kanak-kanak bercerita mengenai kehidupan
seekor rama-rama.(PBKLA)
3. Menggalakkan kanak-kanak memahami kitaran hidup seekor
rama-rama.( PFDPDP)
SERANGGA
Ajaibnya Rama-Rama!
Tempat / ruang aktiviti Ruang kreativiti TASKA
Bahan :
29
RPA TASKA - BERTEMA
1. Gambar seekor rama-rama yang tidak bewarna. (saiz kertas A4)
2. Warna air
3. Tempat membancuh warna
4. Carta Kitaran hidup Rama-rama
5. Gambar rama-rama
Langkah-langkah 1. Kanak-kanak ke ruang aktiviti kreativiti.
Pelaksanaan 2. Kanak-kanak diminta duduk di atas alas yang disediakan.
3. Pendidik memulakan aktiviti dengan meminta kanak-kanak
menyanyikan lagu ‘Dari ulat jadi kepompong’ sambil menunjukkan
gambar rama-rama kepada kanak-kanak
Dari ulat jadi kepompong……
4. Kanak-kanak di beri sehelai kertas bergambar rama-rama ( tidak
berwarna) dan beri peluang kanak-kanak hias gambar tersebut
gunakan krayon.
5. Puji kanak-kanak atas kreativiti sendiri yang dibuat atas gambar
rama-rama berkaitan.
6. Sekarang, beri sehelai lagi gambar rama-rama tidak berwarna dan
galakkan kanak-kanak buat capan jari untuk mencorakkan rama-
rama tersebut. Beri peluang kanak-kanak mencapan ikut ideanya
sendiri.
7. Beri pujian kepada kanak-kanak yang boleh buat aktiviti ini dan
bimbing mereka yang kurang boleh buat.
8. Sambil kanak-kanak siapkan aktivitinya, galakkan juga kanak-
kanak bercerita dan berbual mengenai kehidupan seekor rama-
rama.
30
RPA TASKA - BERTEMA
9. Bimbing jika kanak-kanak tersilap dan berikan jawapan atas setiap
pertanyaan kanak-kanak.
10. Setelah kanak-kanak siap aktiviti mencapannya, keluarkan carta
kitaran hidup rama-rama. Tarik perhatian kanak-kanak.
11. Galakkan kanak-kanak tahu dan faham kitaran hidup seekor rama-
rama.
12. Sebelum berakhir aktiviti, nyanyi bersama sekali lagi lagu rama-
rama tadi.
13. Ajak kanak-kanak mengemas bersama danUcapkan terima kasih
kepada kanak-kanak.
Pemerhatian:
1. Keselamatan
‐ Pastikan ruang aktiviti selamat dan bebas dari bahan dan
peralatan yang merbahaya.
‐ Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak merbahaya
‐ Pastikan kanak-kanak diajar memakai apron
2. Kebersihan
‐ Pastikan kanak-kanak mencuci tangan selepas aktiviti.
‐ Pastikan tempat aktiviti dikemaskan selepas selesai aktiviti.
3. Kesihatan
- Pastikan kanak-kanak sihat semasa menjalankan aktiviti ini.
Refeksi 1. Kanak-kanak
‐ Pengasuh
31
RPA TASKA - BERTEMA
Cadangan ‐ Kanak-kanak
‐ Pengasuh
Idea aktiviti RPA : Nor Azura Ismail
Imej : Carian google
32