The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA SEMPENA RAYA AIDILADHA 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-07-07 00:49:49

PAMERAN BERTEMA SEMPENA RAYA AIDILADHA 2022

PAMERAN BERTEMA SEMPENA RAYA AIDILADHA 2022

PUSAT SUMBER AL-FAIRUZ
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
1443H

 Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan
terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh
penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di
padang Arafah, di luar bandar Mekah.

 Idul Adha pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah juga dikenal dengan sebutan
“Hari Raya Haji”, di mana kaum muslimin yang sedang menunaikan haji
yang utama, yaitu wukuf di Arafah. Mereka semua memakai pakaian
serba putih dan tidak berjahit, yang di sebut pakaian ihram,
melambangkan persamaan akidah dan pandangan hidup, mempunyai
tatanan nilai yaitu nilai persamaan dalam segala bidang kehidupan. Tidak
dapat dibezakan antara mereka, semuanya berasa sederajat. Sama-sama
mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Perkasa, sambil bersama-
sama membaca kalimat talbiyah.

 Di samping Idul Adha dinamakan hari raya haji, juga dinamakan “Idul
Qurban”, karena pada hari itu Allah memberi kesempatan kepada kita
untuk lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Bagi umat muslim yang belum
mampu mengerjakan perjalanan haji, maka ia diberi kesempatan untuk
berkurban, yaitu dengan menyembelih haiwan qurban sebagai simbol
ketakwaan dan kecintaan kita kepada Allah SWT.

 Bersempena dengan perayaan tersebut, umat Islam akan melakukan
ibadat korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana
taat kepada perintah Allah. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT
sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-Saffat, ayat ke -102.

 Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika merayakan hari raya
Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang al-an’am atau
binatang berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-
biri pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun hijrah.

 Tarikh-tarikh tersebut juga dikenali sebagai Hari Tasyrik yang diharamkan
untuk berpuasa bagi umat Islam.
Binatang-bintang korban akan diagihkan kepada golongan-golongan
yang berhak seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang
ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Aidiladha Kisah Pengorbanan Sebenarnya.

 Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya
Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana
ketaatannya terhadap Allah S.WT. Maka ketika anaknya itu sampai ke
peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama
dengannya, Nabi Ibrahim telah bermimpi dimana dalam mimpinya Allah
telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.
Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya : Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan
menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai
ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah
akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

 Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, Maka
Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim
dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan
meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya
dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

 Maka nabi ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan
pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi
Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup
matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah
anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya
pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk
melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

 Seperti Hari Raya Aidilfitri, Pada hari raya korban ini juga, orang Islam disunatkan
mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan
wangi-wangian. Umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada
rakaat kedua.

 Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi
memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan
sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka
yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan
makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

 Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan
yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas
bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri
yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan
fakir miskin.

 Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita.

Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version