The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Q Hospital Sultan Ismail Petra, 2024-03-26 02:48:02

045 POLISI PELAWAT HSIP

045 POLISI PELAWAT HSIP

POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 1 TERBITAN 1.0 ISI KANDUNGAN POLISI BIL TAJUK/ PERKARA MUKA SURAT 1 REKOD PINDAAN DOKUMEN (jika ada) 2 2 SINGKATAN/ DEFINISI 3 3 PENEMAN/PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD BIASA (WAD PERUBATAN, WAD PEDIATRIK, WAD PEMBEDAHAN, WAD ORTOPEDIK, WAD OBSTETRIK & WAD RAWATAN RAPI) 4 4 PENEMAN / PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD COVID-19 5 5 PELAWAT PESAKIT DI DALAM WAD 6 6 PENAFIAN 6


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 2 TERBITAN 1.0 REKOD PINDAAN DOKUMEN TERB ITAN TARIKH CATATAN/ RUJUKAN/ PERUBAHAN BAHAGIAN TERLIBAT 1.0 3/7/2023 DERAF Isi kandungan Polisi


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 3 TERBITAN 1.0 SINGKATAN/ DEFINISI RTK-Ag Rapid Test Kit Antigen COVID Coronavirus Disease SOP Standard Operating Procedure PPE Personal Protective Equipment ICU Intensive Care Unit HDW High Dependancy Ward NICU Neonatal Intensive Care Unit CCU Cardiology Care Unit


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 4 TERBITAN 1.0 1. PENEMAN/PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD BIASA (WAD PERUBATAN, WAD PEDIATRIK, WAD PEMBEDAHAN, WAD ORTOPEDIK, WAD OBSTETRIK & WAD RAWATAN RAPI) 1.1. Berumur 12 tahun ke atas. 1.2. Golongan berisiko tinggi (spt warga tua, wanita yang mengandung, individu dengan pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah) dibenarkan melawat, walaubagaimanapun tidak digalakkan untuk mengelakkan risiko dijangkiti kuman. 1.3. Individu yang menemani ibu mengandung semasa proses bersalin & Wad Obstetrik, dan mempunyai gejala respiratori digalakkan menjalankan ujian kendiri RTK COVID. 1.4. Tambahan Kriteria Peneman / Penjaga Bagi Pesakit Luar / Jabatan Kecemasan / Unit Rawatan Harian 1.4.1. Hanya 1 orang penjaga sahaja dibenarkan bagi pesakit bukan COVID-19, Ujian RTK-Ag Kendiri adalah digalakkan bagi penjaga yang bergejala. 1.5. Status pesakit yang boleh ditemani: 1.5.1. Semua golongan Pesakit di Wad Biasa 1.5.2. Penjaga tidak dibenarkan untuk pesakit di Wad Rawatan Rapi 1.5.3. Ibu semasa dalam proses bersalin di Bilik Bersalin. 1.5.4. Ibu selepas bersalin secara pembedahan di Wad Obstetrik. 1.6. Jururawat akan memberikan orientasi wad kepada pesakit dan penjaga menerusi Garis Panduan bagi Penjaga Pesakit di Hospital Ismail Petra serta menandatangani Borang Persetujuan & Pemahaman (bagi penjaga pesakit terlantar, pesakit kurang upaya, dan pesakit kanak-kanak). 1.7. Borang Permohonan Pas Penjaga diisi dan diserahkan kepada Kaunter Pengawal untuk mendapatkan Pas Penjaga. 1.8. Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit. 1.9. Sekiranya perlu bertukar penjaga, carta alir yang sama perlu diulangi semula.


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 5 TERBITAN 1.0 2. PENEMAN / PENJAGA PESAKIT DI DALAM WAD COVID-19 2.1. Berumur 16 tahun ke atas dan lengkap divaksinasi COVID-19. 2.2. Ujian RTK-Ag Kendiri dilakukan dalam masa 24 jam (pre arrival) dan disahkan NEGATIF sebelum dibenarkan menemani pesakit. Keputusan tersebut harus dibawa bersama. 2.3. Mematuhi SOP dan memakai PPE yang ditetapkan serta menghadkan pergerakan di dalam wad dan hospital. 2.4. Tidak tergolong dalam golongan berisiko tinggi (spt bukan PUI/ PUS/ bergejala/ kontak rapat/ berisiko dijangkiti COVID-19, warga tua, pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah). 2.5. 1 orang Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit. 2.6. Status pesakit yang boleh ditemani: 2.6.1. Pesakit tenat (end of life) dan kritikal, 2.6.2. Pesakit yang kurang upaya / memerlukan bantuan komunikasi, 2.6.3. Pesakit kanak-kanak, 2.7. Terhad kepada 2 orang pelawat sahaja pada satu masa, ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag Kendiri adalah digalakkan sebelum lawatan dan pelawat hendaklah memakai pelitup muka sepanjang masa. 2.8. Jururawat akan memberikan orientasi wad kepada penjaga menerusi Garis Panduan bagi Penjaga Pesakit di Hospital Sultan Ismail Petra serta menandatangani Borang Persetujuan & Pemahaman Risiko Jangkitan COVID-19 bagi Penjaga Pesakit. 2.9. Borang Permohonan Pas Penjaga diisi dan diserahkan kepada Kaunter Pengawal untuk mendapatkan Pas Penjaga. 2.10. Penjaga perlu kekal di dalam wad sepanjang waktu menjaga pesakit. 2.11. Penjaga diwajibkan untuk menjalankan ujian RTK-Ag Kendiri (tanggungan sendiri) sebelum pesakit dibenarkan discaj atau jika bergejala ketika meneman di dalam wad. 2.12. Sekiranya perlu bertukar penjaga, carta alir yang sama perlu diulangi semula. 2.13. Sekiranya penjaga meninggalkan kawasan hospital >24jam, penjaga perlu melakukan kembali ujian RTK-Ag Kendiri dan menunjukkan.


HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR 045 TARIKH BERKUATKUASA 10/7/2023 POLISI PELAWAT DAN PENEMAN PESAKIT MUKA SURAT 6 TERBITAN 1.0 3. PELAWAT PESAKIT DI DALAM WAD 3.1. PELAWAT HADIR PADA WAKTU MELAWAT YANG DITETAPKAN SAHAJA WAD BIASA (GENERAL WARD) HARI WAKTU MELAWAT AHAD – KHAMIS 12.30 TENGAHARI - 2.00 PETANG 4.30 PETANG - 7.00 MALAM JUMAAT, SABTU DAN CUTI AM 12.00 TENGAHARI - 2.00 PETANG 4.30 PETANG - 7.00 MALAM WAD RAWATAN RAPI (ICU, HDW, NICU, CCU) HARI WAKTU MELAWAT AHAD – SABTU DAN CUTI AM 1.00 PETANG - 2.00 PETANG 5.00 PETANG - 7.00 MALAM 3.2. Terhad kepada 2 orang pelawat sahaja pada satu masa di wad biasa dan wad COVID-19, ujian COVID-19 menggunakan RTK-Ag Kendiri adalah digalakkan sebelum lawatan. 3.3. Kebenaran untuk > 2 orang pelawat pada satu masa adalah bergantung kepada status pesakit dan kebenaran dari wad berkenaan. 4. PENAFIAN: 4.1. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab sekiranya penjaga / peneman dijangkiti COVID-19 semasa keberadaan di dalam wad atau hospital. Pihak hospital boleh melakukan pengubahsuaian kepada polisi sedia ada jika berlaku peningkatan kes COVID-19 bagi menjamin kesihatan dan keselamatan semua pihak di dalam hospital.


Click to View FlipBook Version