POLISI AMBULATORI OFTALMOLOGI TARIKH KEMASKINI: 1 JANUARI 2023 TARIKH SEMAKAN AKAN DATANG: 1 JANUARI 2026 DISAHKAN OLEH:
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 1 TERBITAN 1.0 POLISI PERKHIDMATAN AMBULATORI OFTALMOLOGI HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA, KUALA KRAI Prepared by: Date: DR. Reviewed & Endorsed by: Date: DR. AMEILIA BINTI AHMAD KETUA JABATAN / PEGAWAI PERUBATAN (PAKAR) UD56 JABATAN OFTALMOLOGI HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA, KUALA KRAI
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 1 TERBITAN 1.0 Reviewed & Endorsed by: Date: DR. NIK MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN PENGARAH HOSPITAL HOSPITAL HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA, KUALA KRAI …../…../…..
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 2 TERBITAN 1.0 SI KANDUNGAN POLISI BIL TAJUK/ PERKARA MUKA SURAT 1 REKOD PINDAAN DOKUMEN (jika ada) 5 2 SINGKATAN/ DEFINISI 6 3 ORGANISASI DAN PENGURUSAN 3.1. Pengenalan 3.2. Visi 3.3. Misi 3.4. Objektif 3.5. Skop Perkhidmatan 3.6. Carta Organisasi 3.7. Lokasi dan Waktu Operasi 7-13 4 SUMBER MANUSIA 4.1. Ketua Jabatan 4.2. Ketua Unit 4.3. Perjawatan 4.4. Kakitangan Perubatan Mengikut Undang-undang 4.5. Latihan/ Kursus 4.6. Credentialing and Privileging 4.7. Etika dan Disiplin 4.8. Jadual Bertugas 14-20
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 3 TERBITAN 1.0 5 POLISI DAN PROSEDUR 5.1. Pentadbiran 5.2. Polisi 5.4. Proses Aliran Kerja 5.5. Discaj 5.6. Hak Pesakit dan Waris 5.7. Amalan Keselamatan Pesakit 5.8. Pelan Bencana 5.9. Amalan Kawalan Jangkitan 21-25 6 FASILITI DAN PERALATAN 6.1. Fasiliti 6.2. Kapasiti Katil dan Kerusi 6.3. Peralatan dan Penyelenggaraan 26 7 AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI DAN KESELAMATAN 7.1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 7.2. Laporan Insiden 7.3 Pelan Kontigensi 27-28 8 LAMPIRAN (jika ada) 8.1. Rajah 8.2. Jadual 8.3. Carta Alir 29
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 4 TERBITAN 1.0 REKOD PINDAAN DOKUMEN TERBITAN TARIKH CATATAN/ RUJUKAN/ PERUBAHAN BAHAGIAN TERLIBAT 1.0 CARTA ORANISASI JABATAN 1.0 12/06/2023 POLISI JABATAN
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 5 TERBITAN 1.0 SINGKATAN/ DEFINISI WIFI Wireless fidelity ICT Information and Communication Technologies CME Continous Medical Education KKM Kementerian Kesihatan Malaysia TSSU Theatre Sterilising Supply Unit PPP Penolong Pegawai Perubatan HSIP Hospital Sultan Ismail Petra CPG Clinical Practise Guide C&P Credentialing and Priviledging
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 6 TERBITAN 1.0 ORGANISASI DAN PENGURUSAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN 3.1. Pengenalan Perkhidmatan ambulatori oftalmologi bermaksud perkhidmatan klinikal oftalmologi (pembedahan atau perubatan) yang disediakan dan dijalankan dalam tempah kurang dari 24 jam dan tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital. Perkhidmatan penjagaan ambulatori oftalmologi dapat mengurangkan kadar kemasukan ke wad sekaligus mengurangkan risiko komplikasi berkaitan pesakit dalam seperti jangkitan nosokomial. Perkhidmatan rawatan harian di Malaysia telah bermula dari 1987 dan Unit Rawatan Harian di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) diwujudkan pada September 2018. 3.2. Visi Memberi perkhidmatan ambulatori oftalmologi yang berkualiti seiring dengan kemajuan teknologi perubatan terkini kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 3.3. Misi Memastikan setiap pesakit akan sentiasa mendapat rawatan dan perkhidmatan ambulatori oftalmologi yang optima dan efisyen demi meningkatkan mutu kualiti hidup masyarakat setempat dan kawasan liputannya. 3.4. Objektif
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 7 TERBITAN 1.0 Meningkatkan kepuasan pelanggan serta memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan oftalmologi di hospital dalam tempoh masa yang singkat. 3.5. Skop Perkhidmatan Perkhidmatan ambulatori oftalmologi menyediakan perkhidmatan merangkumi prosedur pembedahan dan bukan pembedahan yang bersifat penyiasatan, pencegahan atau terapeutik. Antaranya ialah: i. Pembedahan katarak ii. Pembedahan pterygium iii. Pembedahan glaukoma iv. Pembedahan okuloplastik v. Pembedahan diagnostik vi. Pemberian ubatan steroid secara intravena
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 8 TERBITAN 1.0 3.6. Carta Organisasi
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 9 TERBITAN 1.0
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 10 TERBITAN 1.0
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 11 TERBITAN 1.0
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 12 TERBITAN 1.0 3.7. Lokasi dan Waktu Operasi Perkhidmatan ambulatori oftalmologi melibatkan pusat rawatan harian di aras 2 dan dewan pembedahan di aras 3. Waktu operasi untuk perkhidmatan ambulatori oftalmologi bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang pada setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu; tidak termasuk hari kelepasan am.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 13 TERBITAN 1.0 SUMBER MANUSIA 4.1 Ketua Jabatan i. Ketua jabatan oftalmologi adalah orang yang bertanggungjawab memantau dan memberi nasihat berkaitan perkhidmatan penjagaan ambulatori oftalmologi supaya perkhidmatan yang diberikan mesra pelanggan dan efisien. ii. Menyediakan dasar dan prosedur operasi untuk memenuhi standard yang diperlukan unit dan memastikan setiap kakitangan mengambil maklum, memahami dan melaksanakan dasar dan prosedur sebagaimana ketetapan yang telah dirancang. iii. Mengubah dasar apabila terdapat keperluan. iv. Memastikan keberhasilan terhadap perubahan dasar dan prosedur operasi yang ditetapkan. v. Mengekalkan kualiti dan standard perkhidmatan. vi. Memberi perkhidmatan yang ideal dengan menggunakan sumber sedia ada seperti peralatan, bahan dan kakitangan. vii. Mengenalpasti dan merekodkan masalah di dalam perkhidmatan. viii. Memastikan peraturan dilaksanakan dan tindakan sewajarnya diambil. ix. Menyediakan laporan tahunan unit dan menitikberatkan prestasi, pengendalian masalah, dan rancangan. 4.2 Perjawatan
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 14 TERBITAN 1.0 Jawatan Sedia ada Isi Kosong Catatan Pakar Perubatan Oftalmologi 3 3 0 Pegawai Perubatan 10 10 0 Pegawai Optometri U48 0 0 1 Pegawai Optometri U44 2 2 0 Pegawai Optometri U41/U44 1 1 0 Penolong Pegawai Perubatan Gred U36 1 0 1 Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 1 1 0 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29/U32 6 6 0 2 perjawatan digunakan di Jab. Kecemasan & Trauma HSIP Jururawat U29/U32 5 5 0 2 perjawatan digunakan d wad 5B Jururawat Masyarakat Gred U19 1 1 0 Menggunakan perjawatan O&G Pembantu Perawatan Kesihatan 2 1 1
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 15 TERBITAN 1.0 4.3 Kakitangan Perubatan Mengikut Undang-undang i. Ketua Jabatan/ Pakar Perubatan Oftalmologi (Gred UD 56) i. Memantau perkhidmatan dan memberi nasihat berkaitan perjalanan perkhidmatan oftalmologi di seluruh Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Kluster Kelantan Zon Selatan (Hospital Machang dan Hospital Gua Musang). Secara amnya ia merangkumi perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar, dan perkhidmatan ambulatori. ii. Menjalankan pemeriksaan dan memberi rawatan mata kepada pesakit. iii. Memberi konsultasi bagi kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. iv. Menjalankan pembedahan mata mengikut hari yang ditetapkan. v. Menjalankan tugas atas panggilan bagi Pakar Perubatan Oftalmologi. vi. Memantau aktiviti Continous Medical Education (CME) oleh Pegawai Perubatan secara berterusan. vii. Merangka jadual atas panggilan bagi Pakar Perubatan Oftalmologi. viii. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan e.g C&P committee ix. Membuat lawatan kepakaran di Hospital Kluster Kelantan Zon Selatan (Hospital Machang dan Hospital Gua Musang). x. Melakukan pembedahan katarak di Centre of Excellence (CoE) Hospital Machang. xi. Merancang dan menyelaras takwim bagi mesyuarat dan penganjuran kursus/seminar/bengkel oleh jabatan. ii. Pakar Perubatan Oftalmologi (Gred UD 54) i. Menjalankan pemeriksaan dan memberi rawatan mata kepada pesakit. ii. Memberi konsultasi bagi kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. iii. Menjalankan pembedahan mata mengikut hari yang ditetapkan. iv. Menjalankan tugas atas panggilan bagi Pakar Perubatan Oftalmologi v. Membuat lawatan kepakaran di Hospital Kluster Kelantan Zon Selatan (Hospital Machang dan Hospital Gua Musang). xii. Melakukan pembedahan katarak di Centre of Excellence (CoE) Hospital Machang. iii. Pegawai perubatan (Gred UD43/UD44/UD48/UD52/UD54) i. Menjalankan pemeriksaan dan memberi rawatan mata kepada pesakit. ii. Merujuk kes kepada Pakar Perubatan Oftalmologi sekiranya diperlukan. iii. Menjalankan pembedahan mata mengikut hari yang ditetapkan. iv. Menjalankan tugas atas panggilan bagi Pegawai Perubatan Oftalmologi. v. Membantu semasa lawatan kepakaran di Hospital Kluster Kelantan Zon
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 16 TERBITAN 1.0 Selatan (Hospital Machang dan Hospital Gua Musang). iv. Penolong Pegawai Perubatan (Gred U36) i. Menyelia perkhidmatan Klinik Pakar Oftalmologi dan menerima nasihat dari Ketua Jabatan. ii. Merangka jadual tugas kakitangan. iii. Memantau rekod cuti kakitangan. iv. Merangka latihan/ kursus bagi kakitangan. v. Menjalankan sesi suaikenal kepada kakitangan yang baru melapor diri ke Klinik Pakar Oftalmologi. vi. Menjalankan tugas atas panggilan bagi penyeliaan hospital. vii. Berperanan sebagai pegawai aset jabatan. viii. Memantau aktiviti PPM di klinik ix. Memantau pencapaian Continuing Professional Development (CPD) kakitangan. x. Memantau KPI/HPIA dan census jabatan. xi. Menyediakan laporan tahunan jabatan. xii. Melibatkan diri dalam aktiviti saringan yang dijalankan oleh jabatan. xiii. Menghadiri mesyuarat yang ditetapkan. v. Penolong Pegawai Perubatan (Gred U29/U32) i. Menyelia dan menyampaikan perkhidmatan Klinik Pakar Oftalmologi, serta menerima nasihat dari Ketua Jabatan. ii. Membuat ujian penglihatan kepada semua pesakit yang hadir ke Klinik Pakar Oftalmologi. iii. Membantu dalam pembedahan major dan minor. iv. Membantu merangka jadual tugas kakitangan. v. Membantu memantau rekod cuti kakitangan. vi. Membantu dalam merangka latihan/ kursus bagi kakitangan. vii. Membantu menjalankan sesi suaikenal kepada kakitangan yang baru melapor diri ke Klinik Pakar Oftalmologi. viii. Membantu memantau aktiviti PPM di klinik ix. Menjalankan tugas atas panggilan bagi jabatan oftalmologi. x. Sebagai pegawai aset jabatan (atas lantikan). xi. Memberi tarikh temujanji melalui sistem MPIS kepada pesakit bagi rawatan susulan. xii. Memberi kaunseling kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan. xiii. Membantu Pegawai Perubatan melakukan prosedur. xiv. Membantu perolehan data sekaligus menyediakan laporan KPI/HPIA dan census jabatan.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 17 TERBITAN 1.0 xv. Menyediakan laporan tahunan jabatan. xvi. Melibatkan diri dalam aktiviti saringan yang dijalankan oleh jabatan. xvii. Menghadiri mesyuarat yang ditetapkan. vi. Jururawat (Gred U29/U32) i. Membuat ujian penglihatan kepada semua pesakit yang hadir ke Klinik Pakar Oftalmologi. ii. Membantu dalam pembedahan major dan minor. iii. Menjalankan tugas atas panggilan. iv. Sebagai Person In Charge KPI/HPIA v. Membantu memantau aktiviti PPM di klinik vi. Memberi tarikh temujanji melalui sistem MPIS kepada pesakit bagi rawatan susulan. vii. Memberi kaunseling kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan. viii. Membantu Pegawai Perubatan melakukan prosedur. ix. Melibatkan diri dalam aktiviti saringan yang dijalankan oleh jabatan. x. Menghadiri mesyuarat yang ditetapkan. vii. Jururawat Masyarakat (Gred U19) i. Membuat ujian penglihatan kepada pesakit yang hadir ke Klinik Pakar Oftalmologi. ii. Membantu pendaftaran pesakit di kaunter Klinik Pakar Oftalmologi. iii. Membantu Pegawai Perubatan melakukan prosedur. iv. Menjalankan tugas atas panggilan. v. Melibatkan diri dalam aktiviti saringan yang dijalankan oleh jabatan viii. Pembantu Perawatan Kesihatan (Gred U11) i. Membantu pendaftaran pesakit di kaunter Klinik Pakar Oftalmologi. ii. Membantu Pegawai Perubatan melakukan prosedur di klinik. iii. Menjalankan tugas atas panggilan. iv. Melibatkan diri dalam aktiviti saringan yang dijalankan oleh jabatan.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 18 TERBITAN 1.0 4.3 Latihan/ Kursus Rujuk kepada polisi Unit Latihan (Pengurusan dan Pentadbiran) dan laman sesawang MYCPD2. Takwin tahunan kursus atau latihan akan dikeluarkan oleh ketua perkhidmatan oftalmologi pada setiap tahun. 4.4 Credentialing and Privileging i. Pakar perubatan Oftalmologi a. Rujuk kepada polisi Credentialing and Privileging dari Credentialing and Privileging Committee HSIP. ii. Pegawai perubatan b. Rujuk kepada polisi Credentialing and Privileging dari Credentialing and Privileging Committee HSIP. iii. Penolong Pegawai Perubatan a. Rujuk kepada polisi Credentialing and Privileging dari Credentialing and Privileging Committee HSIP. iv. Jururawat a. Rujuk kepada polisi Credentialing and Privileging dari Credentialing and Privileging Committee HSIP. 4.5 Etika dan Disiplin i. Kakitangan hendaklah mematuhi Tatakelakuan Profesional dan kepada semua peraturan dan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am Kerajaan (Rujuk: Bab A hingga G dan Pekeliling Perkhidmatan dan Tatakelakuan – Peraturan 4. ii. Pemantauan prestasi dilakukan secara berterusan. Masalah disiplin kakitangan hendaklah diberi kaunseling sebelum dirujuk untuk tindakan tatatertib. iii. Kakitangan yang mempunyai masalah tatatertib perlu dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan Buku Panduan Mengurus dan dan Melaporkan Tatatertib. Unit Integriti, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). iv. Tatacara berpakaian: a. Semua kakitangan hendaklah memakai pakaian seragam atau pakaian yang diluluskan mengikut peraturan KKM. b. Ketua Unit dan Ketua Jururawat hendaklah memastikan kakitangan memakai pakaian seragam yang bersih dan bersesuaian sebelum memulakan tugas. c. Semua kakitangan hendaklah memakai kasut sepanjang masa untuk bertugas seperti yang disyorkan oleh KKM.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 19 TERBITAN 1.0 4.6 Jadual Bertugas Waktu bertugas pegawai perubatan di unit rawatan adalah secara bergilir berdasarkan jadual bulanan.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 20 TERBITAN 1.0 POLISI DAN PROSEDUR 5.1.Pentadbiran i. Semua kakitangan hendaklah mematuhi polisi hospital dan unit. ii. Semua data berkaitan pegawai perubatan hendaklah disimpan oleh Unit Sumber Manusia (Pengurusan dan Pentadbiran Hospital) seperti rekod peribadi, termasuk biodata, sijil amalan tahunan yang dikemas kini, salinan sijil yang berkaitan, rekod semua buku latihan/CPG/log, rekod keistimewaan dan rekod cuti tahunan/sijil perubatan. iii. Semua data berkaitan jururawat hendaklah disimpan seperti rekod peribadi jururawat hendaklah dikekalkan di peringkat unit, termasuk biodata jururawat, sijil tahunan yang dikemas kini, salinan sijil yang berkaitan, rekod semua buku latihan/CPG/log, rekod keistimewaan dan rekod cuti tahunan/sijil perubatan. iv. Rekod statistik seperti pengurusan sumber manusia, aktiviti peningkatan kualiti/beban kerja/penempatan jururawat juga disimpan dan dikemas kini di unit kualiti. v. Peruntukan kewangan dan belanjawan adalah di bawah Unit Kewangan (Pentadbiran dan Pengurusan Hospital). 5.2.1 1 Polisi perkhidmatan penjagaan ambulatori oftalmologi i. Semua pesakit akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang sesuai berdasarkan Polisi Perkhidmatan Rawatan Harian di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia . ii. Pesakit yang memerlukan perkhidmatan pembiusan terutama pembiusan am juga akan dinilai berdasarkan Protocol for Day Care Anaesthesia. Antara kriteria yang dipertimbangkan adalah: a. Umur pesakit: umur >75 tahun dan < 6 bulan adalah tidak layak. b. Status kesihatan: ASA 1 dan ASA 2. c. Faktor fisikal : BMI < 35kgm2 dan tiada masalah saluran pernafasan. d. Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi mestilah terkawal. Penilaian pesakit dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum prosedur. e. Jenis prosedur yang dijalankan berisiko rendah dan mengambil masa kurang dari 90 minit. f. Memastikan risiko pendarahan dan risiko komplikasi salur pernafasan yang rendah. g. Jarak rumah pesakit ke hospital dan kemudahan pengangkutan yang sesuai untuk pesakit. h. Kriteria pesakit yang akan menjalani prosedur menggunakan pelali setempat ditentukan oleh pakar perubatan oftalmologi.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 21 TERBITAN 1.0 iii. Pemilihan ubat pelali semasa prosedur akan ditentukan berdasarkan jenis prosedur dan usia pesakit. iv. Pesakit yang sesuai untuk rawatan ambulatori oftalmologi yang memerlukan pembiusan am perlu melakukan penilaian pra-pembedahan yang akan dilakukan oleh pakar pembiusan . v. Semua pesakit yang akan menerima rawatan atau menjalani prosedur di ambulatori oftalmologi akan dijadualkan (elective) mengikut jadual yang ditetapkan oleh Unit Rawatan Harian. vi. Semua pesakit yang telah dijadualkan akan diberikan borang kemasukan ke Pusat Rawatan Harian. vii. Semua pesakit akan diberikan kaunseling mengenai rawatan atau prosedur dan penjagaan sebelum dan selepas menjalani rawatan atau prosedur. viii. Senarai prosedur yang boleh dijalankan ditentukan oleh Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Rawatan Harian Kebangsaan. ix. Semua pesakit yang menerima rawatan secara ambulatori perlu dipastikan identifikasi sebelum, semasa dan selepas prosedur mengikut standard termasuk lokasi pembedahan ditanda, jenis pembedahan dan surat keizinan pembedahan diperiksa. x. Pegawai perubatan pakar/pegawai perubatan/anggota paramedik yang akan menjalankan prosedur perlulah kompeten atau telah dilatih atau diiktiraf (diberi ‘privileges’) mengikut peraturan sediada. xi. Penilaian status pesakit sebelum, semasa dan selepas melakukan prosedur dan tanda vital pesakit hendaklah dipantau dan direkodkan dalam rekod pesakit. xii. Tahap kesakitan dinilai pada semua pesakit dan tindakan akan diambil berdasarkan tahap kesakitan. Prosedur yang dilakukan secara ambulatori harusnya mempunyai tahap kesakitan yang minimal selepas prosedur. xiii. Seorang pakar bius atau pegawai perubatan akan ditempatkan di unit rawatan harian sehingga pesakit yang diberikan pembiusan am dan sedasi dibenarkan pulang. xiv. Semua pesakit yang dibenarkan pulang akan diberikan ‘discharge note’ ubatubatan, risalah penjagaan selepas prosedur dan temujanji susulan. xv. Kehadiran penjaga yang dapat menjaga pesakit diperlukan khususnya selepas menjalani prosedur pembiusan am. Penjaga berkenaan haruslah memahami keperluan penjagaan pesakit selepas prosedur dilakukan. Alamat dan nombor telefon penjaga direkodkan di dalam rekod kesihatan. 5.2.2 Polisi dan prosedur Theatre Sterilising Supply Unit (TSSU) Tiada theatre sterilising supply unit di Hospital Sultan Ismail Petra.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 22 TERBITAN 1.0 5.3. Dokumentasi i. Semua data yang direkodkan hendaklah ringkas, faktual dan deskriptif. ii. Kakitangan hendaklah mengekalkan dokumentasi yang tepat dan betul seperti di laporan/ maklumbalas yang diterima oleh unit. iii. Ketua Unit hendaklah memantau, menganalisis, dan memberi maklum balas kepada kakitangan untuk meningkatkan dokumentasi perkhidmatan. iv. Kakitangan mengamalkan komunikasi pass over yang berkesan di antara kakitangan yang bercuti atau berkursus seperti yang dikehendaki dengan menyerahkan dan mengambil alih laporan/ maklum balas yang terkini dan tepat. v. Sebarang laporan atau maklumbalas yang diterima unit direkodkan dan disusun di dalam fail yang berkaitan.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 23 TERBITAN 1.0 5.4. Proses Aliran Kerja Carta alir perkhidmatan ambulatori oftalmologi Hospital Sultan Ismail Petra. Pesakit datang ke Unit Rawatan Harian mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan membawa borang kemasukan. Pesakit didaftarkan dan membayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Penilaian pra-pembedahan dilakukan oleh Pegawai perubatan. Lokasi prosedur ditanda. Pesakit menerima rawatan di unit rawatan harian atau di dewan bedah. Pesakit dipantau selepas prosedur. Pesakit dibenarkan pulang.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 24 TERBITAN 1.0 5.4. Discaj Pesakit yang didiscaj dari rawatan ambulatori oftalmologi akan diberikan nasihat penjagaan selepas prosedur, ubat-ubatan dan temujanji rawatan susulan. 5.5. Hak Pesakit dan Waris Hak-hak Pesakit dan Keluarga dijamin dari 7 aspek utama yang berikut :- i. Menerima rawatan dan penjagaan yang profesional dan berkualiti. ii. Mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan. iii. Memperolehi maklumat perkhidmatan dan rawatan. iv. Mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam penerimaan rawatan. v. Dipertimbangkan untuk menerima rawatan berdasarkan keupayaan kewangannya. vi. Mendapat penghormatan dari segi hak-hak asasi pesakit. vii. Mendapat maklumbalas daripada pihak hospital terhadap segala cadangan/ maklumbalas yang diberikan 5.6. Amalan Keselamatan Pesakit Menjalankan dasar keselamatan pesakit berdasarkan Malaysian Patient Safety Goals 2.0. 5.7.Pelan Bencana Sila rujuk Polisi HSIP-Pelan Bencana yang dikeluarkan oleh Unit kecemasan. 5.8. Amalan Kawalan Jangkitan a) Langkah-langkah pencegahan jangkitan bersilang (cross infection) adalah termasuk membasuh tangan dan pemakaian PPE bagi mereka yang mempunyai hubungan terus dengan pesakit berjangkit. b) Semua alat yang digunakan pada pesakit berjangkit hendaklah dimasukkan sertamerta ke dalam beg khas dua lapis (yang tidak meresap). c) Garis panduan sedia ada hendaklah dipatuhi seperti yang telah dinyatakan dalam: Rujuk Polisi Operasi Kawalan Infeksi, HSIP.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 27 TERBITAN 1.0 FASILITI DAN PERALATAN 6.1. Fasiliti Fasiliti perkhidmatan ambulatori oftalmologi termasuk i. 1 dewan bedah ii. 1 bilik pemeriksaan pesakit di unit rawatan harian yang menempati: a. Slit lamp b. Meja c. kerusi 6.2. Kapasiti Katil dan Kerusi Kapasiti katil yang diperuntukan untuk perkhidmatan ambulatori oftalmologi adalah 10 katil pada setiap hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. 6.3. Peralatan dan Penyelenggaraan i. Pihak syarikat konsesi yang dilantik iaitu Radicare (M) Sdn Bhd bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan dan pembaikan aset-aset dan kemudahan fasiliti yang berdaftar di bawah syarikat konsesi. ii. Pengguna di setiap unit bertanggungjawab untuk melakukan laporan aduan kerosakan kepada pihak Radicare melalui saluran Asset and Services Information System (ASIS), Talian Telefon dan Borang aduan. Pihak pengguna juga perlu memastikan menerima maklumbalas daripada pihak radicare berserta nombor rujukan aduan untuk dicatatkan. iii. Syarikat Konsesi juga bertanggungjawab untuk melakukan Planned Preventive maintenance (PPM) mengikut jadual yang telah ditetapkan berdasarkan Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) yang telah dipersetujui oleh pihak Hospital. Semakan jadual PPM asset setiap unit boleh melalui ASIS dan jadual yang diedarkan oleh pihak Radicare iv. Penyelia Aset dan Fasiliti setiap unit adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua aset dan peralatan berada di lokasi dan dalam keadaan sedia bagi melaksanakan PPM. Semakan PPM yang telah dilakukan boleh melalui aplikasi ASIS dan sticker yang dilekatkan pada asset berkenaan. v. Aset dan peralatan yang rosak dan tidak ekonomi dibaiki perlu dilupuskan melalui proses pelupusan yang ditetapkan.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 1 TERBITAN 1.0 AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI DAN KESELAMATAN 7.1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) i. Semua kakitangan hendaklah mengamalkan etika peggunaan IT yang baik selaras dengan Polisi IT hospital. ii. Semua kakitangan hospital diwajibkan menandatangani Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT KKM. iii. Semua kakitangan adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan ICT KKM Versi 5.0 sebagai panduan dan rujukan dalam melaksanakan sebarang aktiviti berkaitan ICT dan terpakai oleh semua pengguna di HSIP termasuk kakitangan, pembekal, pakar runding yang mengurus, menyelenggara, memproses, mencapai, memuat turun, menyedia, memuat naik, berkongsi, menyimpan dan menggunakan aset ICT KKM (termasuk menggunakan capaian internet/ WIFI). 7.2. Laporan Insiden i. Semua Kakitangan hendaklah melaporkan semua insiden yang tidak diingini di dalam wad terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan pesakit kepada Ketua Jururawat ii. Ketua Jururawat akan memaklumkan kejadian insiden di fasiliti masing-masing dalam tempoh 24 jam dari waktu kejadian kepada Penyelia Jururawat, Ketua Penyelia Jururawat dan Pengarah Hospital. iii. Ketua Jururawat akan menyiasat insiden, menganalisis dan menghantar laporan kepada Unit Kualiti dalam tempoh 48 jam. 7.3 Pelan Kontigensi i. Pelan Tindakan Kecemasan Gangguan Sistem Komunikasi a. Ketua Unit membuat laporan kepada pihak konsortium swasta sekiranya berlaku gannguan sistem komunikasi b. Ketua Unit menggunakan walkie-talkie untuk perhubungan dalaman sekiranya gangguan komunikasi disebabkan sistem PABX terjadi c. Kakitangan menggunakan talian perhubungan terus telekom untuk perhubungan komunikasi dengan pihak luar/ awam.
HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA NO. DAFTAR TARIKH BERKUATKUASA 01/01/2023 AMBULATORI OFTALMOLOGI MUKA SURAT 2 TERBITAN 1.0 ii. Pelan Tindakan Keselamatan dan Kebakaran a. Rujuk Pelan Tindakan Keselamatan dan Kebakaran HSIP. iii. Respons Perubatan Kecemasan (EMR) Kod Biru a. Sekiranya berlaku kecemasan di fasiliti Unit Kualiti, kakitangan yang berada di tempat kejadian hendaklah menghubungi Operator HSIP di talian “0”. b. Kakitangan hendaklah memberitahu Operator untuk mengaktifkan kod biru dan lokasi kejadian. c. Operator akan mengaktifkan kod biru melalui sistem pembesar suara hospital dan menghubungi responden melalui talian. d. Responden dari Unit Terlibat akan tiba di tempat berlakunya kecemasan.