JILID 1 BENCANA DALAMAN © 2023 HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA. HAK CIPTA TERPELIHARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra berjaya diterbitkan. Sebagai satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam, Hospital Sultan Ismail Petra hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan luar jangka atau insiden bencana pada bila-bila masa. Kesiapsiagaan menangani bencana di Hospital Sultan Ismail Petra ini meliputi aspek-aspek pencegahan & kawalan, tindakbalas sewaktu bencana, serta pelan pemulihan yang efektif bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas sewaktu menangani bencana. Kesemua ini sudah tentu memerlukan perancangan sumber manusia, peralatan, kewangan serta pentadbiran yang tersusun dan terancang. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra ini telah menggabungkan semua pelan tindakan bencana sama ada luaran atau dalaman secara komprehensif dengan mengambil kira kesemua empat fasa bencana. Dengan perancangan yang holistik, latihan yang mencukupi serta pemantauan berterusan, saya percaya setiap warga Hospital Sultan Ismail Petra dapat memberi respons dan menangani setiap insiden yang berlaku dengan baik dalam memastikan kakitangan, pesakit, pelawat dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Adalah menjadi harapan saya agar dokumen ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan hospital sebagai panduan dan dokumen rujukan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana. Ia akan dibekalkan ke semua Jabatan serta Unit dan turut dipamerkan di laman sesawang Hospital Sultan Ismail Petra untuk rujukan semua. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja dan Pihak Konsesi yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam penghasilan dokumen Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra. Sekian, terima kasih. PRAKATA PENGARAH Ybrs. Dr. Nik Mohd Faizal B. Zainal Abidin Pengarah Hospital Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan. PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP III JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IV JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP PENASIHAT: PENGERUSI: SETIAUSAHA: PENOLONG SETIAUSAHA: DR. NIK MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Hospital Sultan Ismail Petra DR. MUHAMMAD ALI BIN SHAFEE Timbalan Pengarah (Perubatan) I Hospital Sultan Ismail Petra DR. WAN MOHD MUIZUDDIN BIN WAN SALLEH Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Sultan Ismail Petra DR. NUR HAFIZAH BINTI KAMARUDIN Timbalan Pengarah (Perubatan) III Hospital Sultan Ismail Petra DR. MOHD SHUKRUDDEEN BIN SALLEH Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan (JUSA C) Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. ISMADI BIN ISMAIL Penolong Pegawai Perubatan U42 Unit Penyeliaan Hospital EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. AZIZOL BIN MOHAMAD @ MOHD JUDIN Ketua Jabatan dan Pakar Anestesiologi (UD56) Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. NORAINI BINTI AB RAHMAN Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik (JUSA C) Jabatan Pediatrik DR. ZUNAIDAH BINTI YA@ZAKARIA Ketua Jabatan dan Pakar Psikiatri (JUSA C) Jabatan Psikiatri AHLI JAWATANKUASA: JAWATANKUASA TEKNIKAL
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP V JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP DR. NUR LAILA BINTI OMAR Pakar Obstetrik Dan Ginekologi Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi DR. NOOR AZIZAH BINTI ABDULLAH Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan Dan Trauma DR. ABDUL RAZAK BIN AHMAD Pegawai Perubatan UD52 Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental DR. ANIS FATINAH BINTI AB AZIZ Pegawai Perubatan UD48 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan EN. AMME BIN AMMERAN Pegawai Sains Mikrobiologi C44 Jabatan Patologi PN. NORAYUNI BT MOHAMED Pegawai Sains C44 Jabatan Patologi DR. FAUZAH BINTI MOHAMAD Pegawai Perubatan UD43 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. NOR AZMI B ABDULLAH Penolong Pegawai Perubatan U42 Klinik Pakar 1 & 3 CIK NUR NAJIEHAH BINTI AWANG Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. AL HAPIS BIN ABDUL LATIF Jurutera J41 Ketua Unit Kejuruteraan (Kawal Selia) EN. HASSIM HJ CHE DAUD Pengurus Fasiliti Radicare (M) Sdn Bhd AHLI JAWATANKUASA:
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VI JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP EDITOR: EN. ROSMAN BIN GHAZALI Penolong Pegawai Perubatan U36 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MAT @ ABD HAMID Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal PN. IRMA SURIYATI BINTI IDERIS Jururawat U32 (KUP) Jabatan Obstetrik & Ginekologi EN. MOHD ZAIDUNI BIN MAT DRIS Juru X-Ray U32 Jabatan Radiologi EN. ZUHARI BIN AB LAH @ ABDULLAH Juru X Ray U32(TBK) Jabatan Radiologi EN. AZRI BIN GHANI Pembantu Keselamatan KP22 (TBK1) Unit Keselamatan EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ EN. MUHAMMAD NAIM BIN SULAIMAN EN. ABDULLAH BIN MD ZIN @ ARIFIN CIK WAN NUR AMANI AISYAH BINTI WAN ABDUL HALIM AHLI JAWATANKUASA:
ISI KANDUNGAN PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VII JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP 1.0 Pengenalan...........................................................................................................1-2 1.1 Skop Pelan Tindakan 1.2 Objektif Pelan Tindakan 2.0 Definisi..................................................................................................................3-4 2.1 Insiden Kecemasan 2.2 Takrifan Bencana 3.0 Struktur Organisasi..............................................................................................5-9 3.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana, HSIP 3.2 Pasukan Tindakan Bencana Dalaman, HSIP 4.0 Perancangan Kontijensi…….................................……………………………..10-12 4.1 Penilaian Risiko 4.2 Kapasiti Respon 5.0 Pengurusan Umum Insiden.............................................................................13-19 5.1 Pengaktifan Pelan Tindakan Insiden 5.2 Penubuhan Pusat-Pusat Khas 5.3 Kaedah Komunikasi 5.4 Status Perkhidmatan Sedia Ada Sewaktu Insiden 5.5 Kawalan Keselamatan 5.6 Tanggungjawab Kakitangan HSIP 5.7 Pengendalian Pasukan Bantuan Lain-Lain Agensi Dan Sukarelawan 5.8 Proses Eskalasi 5.9 Proses Deaktivasi Pelan Tindakan Insiden Dalaman 6.0 Pengurusan Insiden Khusus……………………………………….....………..20-24 6.1 Kecemasan Perubatan 6.2 Kecemasan Obstetrik 6.3 Kehilangan Bayi / Kanak-Kanak 6.4 Kebakaran 6.5 Ancaman Keselamatan 6.5.1 Ancaman Kekerasan Kepada Kakitangan 6.5.2 Ancaman Bom Atau Pakej Diragui 6.5.3 Situasi Serangan Pengganas Di Hospital 6.6 Insiden Melibatkan Bahan Kimia 6.7 Insiden Kecemasan Radiasi 6.8 Gegaran 6.9 Banjir 6.10 Kegagalan Utiliti
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VIII JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP 7.0 Prosedur Evakuasi........................................................................................25-32 7.1 Definisi Proses Evakuasi Hospital 7.2 Tugas Dan Tanggungjawab 7.3 Pelan Evakuasi 7.4 Peringkat – Peringkat Evakuasi 7.5 Kategori Pesakit Sewaktu Proses Evakuasi 7.6 Kaedah-Kaedah Evakuasi Rujukan...............................................................................................................33 LAMPIRAN A..................................................................................................35-37 Kod Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman HSIP LAMPIRAN B..................................................................................................38-40 Kaedah Pengisytiharan Kod Insiden Kecemasan Dalaman Oleh Operator Melalui Sistem Hebahan Awam Hospital LAMPIRAN C..................................................................................................41-43 Pengaktifan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan & Bencana Dalaman LAMPIRAN D..................................................................................................44-48 Pengendalian Insiden Kecemasan Perubatan (Code Blue) LAMPIRAN E...................................................................................................49-51 Pengendalian Insiden Kecemasan Obstetrik (Red Alert) LAMPIRAN F...................................................................................................52-55 Pengendalian Insiden Kehilangan Bayi / Kanak-Kanak (Code Pink) LAMPIRAN G..................................................................................................56-63 Pengendalian Insiden Kebakaran (Code Red) LAMPIRAN H .................................................................................................64-67 Pengendalian Insiden Kekerasan Kepada Kakitangan (Code Grey & Code Black) LAMPIRAN I ...................................................................................................68-70 Pengendalian Insiden Ancaman Bom Atau Pakej Diragui LAMPIRAN J ..................................................................................................71-76 Pengendalian Insiden Kegagalan Utiliti (i) Kegagalan Bekalan Elektrik (ii) Kegagalan Bekalan Gas Perubatan (iii) Kegagalan Bekalan Air Bersih (iv) Kegagalan Sistem Telefon LAMPIRAN K .................................................................................................77-80 Lokasi Tempat Berkumpul, Hospital Sultan Ismail Petra LAMPIRAN L ..................................................................................................81-83 Lokasi Tapak Operasi Sementara Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSIP Sewaktu Krisis
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IX SINGKATAN PERKATAAN EMRT Emergency Medical Response Team ERT Emergency Response Team ETD Jabatan Kecemasan dan Trauma (Emergency and Trauma Department) HDU High Dependency Unit HSIP Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JT Jururawat Terlatih KKM Kementerian Kesihatan Negara MECC Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (Medical Emergency Coordination Centre) MKN Majlis Keselamatan Negara MO Pegawai Perubatan (Medical Officer) OKK Organisasi Keselamatan Kebakaran PDRM Polis Di Raja Malaysia PPK Pembantu Perawatan Kesihatan PPP Penolong Pegawai Perubatan SOP Standard Operating Procedure JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 1 Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai (HSIP) ini diperkenalkan sebagai panduan kepada setiap kakitangan hospital dalam menangani sesuatu insiden kecemasan / bencana yang mungkin berlaku di dalam premis HSIP. Pelan tindakan ini akan diaktifkan dan digunapakai sebaik sahaja berlaku sesuatu insiden kecemasan / bencana di dalam premis HSIP. Setelah diaktifkan, pelan tindakan ini akan terus digunapakai sehinggalah pengurusan krisis yang berkenaan selesai. 1.0. PENGENALAN 1.1. SKOP PELAN TINDAKAN Pelan tindakan ini merangkumi tindakan-tindakan yang perlu dilakukan sewaktu menangani insiden kecemasan / bencana yang berlaku di dalam premis HSIP. Ianya TIDAK BOLEH digunapakai sekiranya insiden kecemasan / bencana tersebut berlaku di luar daripada premis HSIP. Pelan ini hendaklah digunapakai oleh setiap anggota HSIP sewaktu mengendalikan insiden kecemasan / bencana di dalam premis HSIP. Semua kakitangan HSIP dan perkhidmatan sokongan HSIP hendaklah mengambil maklum mengenai Pelan Tindakan ini. Pelan ini perlu disemak setiap lima (5) tahun atau sekiranya perlu. Kesesuaian pelan ini hendaklah diuji melalui latihan-latihan pengurusan bencana secara berkala. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 2 1.2.1. Objektif Menyediakan satu pelan tindakan yang komprehensif untuk digunapakai oleh semua anggota HSIP dalam menghadapi bencana. Memastikan tindakan yang berkesan dapat diambil oleh kakitangan HSIP sekiranya berlaku insiden kecemasan / bencana di dalam premis HSIP bagi memastikan perkhidmatan hospital masih dapat diteruskan. Memastikan keselamatan anggota HSIP ketika menjalankan tugasan sewaktu menangani insiden kecemasan / bencana di dalam premis HSIP. Memastikan aktiviti pengurusan mangsa-mangsa kejadian dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Mengurangkan impak negatif akibat daripada insiden kecemasan / bencana dalaman terhadap pengurusan pesakit di HSIP. 1.2. OBJEKTIF PELAN TINDAKAN JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 3 Sesuatu kejadian yang berlaku secara tiba-tiba dan berpotensi menganggu keselamatan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesuatu hospital. Secara umumnya, insiden kecemasan yang berlaku di dalam hospital boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis berdasarkan kepada magnitud dan impak terhadap perkhidmatan hospital; 2.1.1. Insiden Kecemasan Minor adalah kejadian kecil yang boleh ditangani oleh kakitangan hospital. Agensi penyelamat yang berkaitan boleh dilibatkan sekiranya perlu. Perkhidmatan hospital tidak terjejas teruk. Kriteria insiden kecemasan minor adalah; a. Insiden boleh dikendalikan oleh kakitangan hospital, dan b. Tiada kerosakan struktur yang jelas, dan c. Persekitaran tempat insiden selamat, dan d. Insiden tidak mengancam nyawa kakitangan dan pesakit. 2.1.2. Insiden Kecemasan Major adalah kejadian di luar kemampuan kakitangan hospital dan memerlukan bantuan daripada agensi luar. Perkhidmatan hospital akan terjejas teruk. 2.0. DEFINISI 2.1. INSIDEN KECEMASAN 2.2. TAKRIFAN BENCANA Berdasarkan kepada Arahan 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN), bencana adalah sebarang kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan kecederaan atau kematian serta kerosakan harta benda atau persekitaran dan mengakibatkan gangguan kepada aktiviti kehidupan harian. Ianya dikategorikan kepada empat (4) kategori berdasarkan punca kejadian bencana tersebut; JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 4 i. Bencana Alam (Geofisikal) Bencana yang berlaku akibat daripada aktiviti semulajadi seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, tsunami dan wabak penyakit (pandemik). ii. Bencana Teknologi Bencana yang berlaku akibat daripada kegagalan teknologi manusia seperti bangunan runtuh, keretapi tergelincir, kapal terbang terhempas serta kemalangan yang melibatkan bahan kimia, bahan biologi, bahan radioaktif atau bahan letupan (Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and explosive – CBRNe). iii. Konflik Kejadian bencana seperti kejadian rusuhan atau peperangan. iv. Hybrid Kejadian bencana yang terhasil akibat daripada gabungan dua (2) atau lebih kejadian bencana alam dan/atau bencana teknologi dan/atau konfik. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5 : Pengarah Hospital : Ketua Jabatan Kecemasan : Timbalan Pengarah Pengarah Perubatan 2 : Ketua Penyelia Hospital : Timb. Pengarah Pengurusan : Timb. Pengarah Perubatan 1 : Timb. Pengarah Perubatan 3 : Ketua Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal : Ketua Jabatan Pembedahan Am : Ketua Jabatan Ortopedik : Ketua Jabatan Perubatan Am : Ketua Jabatan Pediatrik : Ketua Jabatan Otorhinolaringologi : Ketua Jabatan Oftalmologi : Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial : Ketua Jabatan Obstetrik & Gynaekologi : Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental : Ketua Jabatan Radiologi : Ketua Jabatan Farmasi : Ketua Jabatan Patologi : Ketua Jabatan Pergigian Pediatrik : Ketua Jabatan Nefrologi : Ketua Unit Rehabilitasi : Ketua Unit Dietetik & Sajian : Ketua Unit Rawatan Harian : Ketua Unit Teknologi Maklumat : Ketua Unit Kejururawatan : Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan : Ketua Unit Kejuruteraan Hospital : Ketua Unit Keselamatan : Ketua Unit Kesihatan Awam : Ketua Unit Forensik : Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling : Pengurus Syarikat Konsesi (Syarikat RADICARE) 3.0. STRUKTUR ORGANISASI 3.1. JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA, HSIP Pengurusi Koordinator Klinikal Koordinator Pentadbiran Setiausaha 1 Setiausaha 2 Ahli JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 6 3.1.2. Terma Rujukan / Fungsi Menentukan halatuju, dasar dan polisi pengurusan bencana HSIP dari semasa ke semasa. Merancang, melaksana, memantau dan menilai pengurusan insiden kecemasan dan bencana secara keseluruhan. Mewujudkan pelan tindakan insiden kecemasan HSIP. Mengadakan program kesedaran, pencegahan dan latihan – latihan yang berkaitan sewaktu di Fasa Mitigasi dan Persediaan. Sewaktu insiden, memantau aktiviti pengurusan insiden / bencana berdasarkan pelan tindakan yang berkaitan. Pasca insiden, bertanggungjawab melakukan audit tentang aktiviti pengurusan insiden / bencana serta menyediakan laporan berkaitan dengan insiden / bencana untuk dihantar oleh Pengarah Hospital ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Negeri. Menguji dan menambahbaik pelan tindakan insiden kecemasan dan bencana dari masa ke semasa. 3.2. PASUKAN TINDAKAN BENCANA DALAMAN, HSIP Pasukan ini akan diaktifkan apabila berlaku insiden kecemasan major di dalam premis HSIP Rajah 1: Carta Organisasi Pasukan Tindakan Bencana Dalaman HSIP JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 7 Terma Rujukan Anggota Pasukan Tindakan Bencana Dalaman HSIP adalah seperti Jadual 1. Jadual 1: Tugas dan Tanggungjawab Anggota Pasukan Tindakan Bencana Dalaman HSIP JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 8 JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 9 JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 10 4.1.1. Insiden kecemasan / bencana yang dikenalpasti mungkin boleh berlaku di HSIP adalah seperti Jadual 2. 4.0. PERANCANGAN KONTIJENSI 4.1. PENILAIAN RISIKO Jadual 2: Risiko Insiden Kecemasan Dalaman dan Bencana Yang Dikenalpasti Boleh Berlaku Di HSIP JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 11 4.2.1. Matrix Sumber (Resources Matrix) Berikut adalah langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkan keupayaan hospital untuk menangani sebarang insiden kecemasan atau bencana dalaman; 4.2. KAPASITI RESPON a. Sumber Dalaman (i) Sumber Manusia Kakitangan dari jabatan/unit lain yang sedang bertugas akan diarahkan membantu sekiranya perlu. Sekiranya perlu, kakitangan akan di minta untuk terus bertugas selepas habis waktu bertugas. Sekiranya keadaan amat memerlukan, kakitangan yang tidak bertugas akan di panggil untuk bertugas. (ii) Alatan Perubatan Alatan perubatan dari jabatan/unit lain akan digunapakai sekiranya perlu. Pergerakan alatan hendaklah mengikut tatacara pengurusan aset alih kerajaan (iii) Alatan Bukan Perubatan Alatan bukan perubatan dari jabatan/unit lain akan digunapakai sekiranya perlu. Pergerakan alatan hendaklah mengikut tatacara pengurusan aset alih kerajaan. b. Sumber Luaran Kerjasama daripada agensi-agensi luar yang berkaitan adalah perlu. Antara agensi-agensi yang dikenalpasti adalah seperti di Jadual 3. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 12 Jadual 3: Agensi-Agensi Luar Yang Mampu Memberikan Bantuan Kepada HSIP Sewaktu Krisis Dalaman. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 13 5.1.1 Kuasa mengaktifkan pelan tindakan 5.0. PENGURUSAN UMUM INSIDEN 5.1. PENGAKTIFAN PELAN TINDAKAN INSIDEN Sekiranya berlaku insiden kebakaran major, pelan tindakan ini hanya boleh diaktifkan setelah mendapat persetujuan daripada Pengarah Hospital. Walaubagaimanapun, kuasa mengisytihar dan mengaktifkan ini boleh diturunkan kepada mana-mana pegawai oleh Pengarah Hospital. 5.1.2 Kaedah pengaktifan pelan tindakan Kaedah pengisytiharan insiden kebakaran dalaman HSIP adalah oleh operator melalui sistem hebahan awam hospital. Pelan tindakan ini akan diaktifkan dan digunapakai apabila Pengarah Hospital mengarahkan supaya Bilik Gerakan Hospital beroperasi. 5.2. PENUBUHAN PUSAT-PUSAT KHAS 5.2.1 Bilik Gerakan Bencana Hospital Akan diaktifkan apabila berlaku Insiden kecemasan major dan bencana sahaja (Lampiran C). Arahan untuk mengaktifkan Bilik Gerakan Hospital hanya boleh dibuat oleh Pengarah Hospital sahaja. Fungsi: (i) Menyelaraskan semua akiviti pengurusan bencana. (ii) Mengarahkan pasukan EMRT ke tempat berkumpul, sekiranya perlu. (iii) Sebagai punca rujukan bagi setiap maklumat. (iv) Menyalurkan maklumat secara berkala dan / atau sekiranya diminta oleh CPRC JKNK. Lokasi Utama: Bilik Mesyuarat Jabatan Kecemasan Lokasi alternatif sekiranya lokasi utama terlibat dengan insiden (akan ditentukan oleh Pengarah Hospital): (i) Kawasan Taska Hospital (ii) Asrama Jururawat (iii) Asrama Pelatih JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 14 Keanggotaan: (i) Pengarah Hospital (ii) Timbalan-Timbalan Pengarah Perubatan (iii) Timbalan Pengarah Pengurusan (iv) Ketua-ketua Jabatan / Unit (v) Ketua Unit Keselamatan Hospital (vi) Pengurus Syarikat Konsesi (vii) Mana-mana kakitangan yang diarahkan oleh Pengarah Hospital Semua anggota Bilik Gerakan hendaklah hadir ke Bilik Gerakan dengan segera setelah menerima maklumat bahawa Bilik Gerakan diaktifkan. 5.2.2 Pusat Kawalan Insiden Akan diwujudkan apabila berlaku insiden kecemasan major dan bencana sahaja. Pusat kawalan insiden boleh dibuka di tempat yang selamat. Kebiasaannya tempat utama yang dijadikan pusat kawalan insiden atau bilik gerakan bagi bencana dalaman hospital adalah di Jabatan Kecemasan & Trauma. Ia merupakan pusat bagi pegawai kawalan insiden, pegawai evakuasi, pegawai perawatan, pegawai kawalan keselamatan menyelaras semua aktiviti semasa kejadian kecemasan. Fungsi: (i) Menyelaraskan aktiviti berkaitan pengurusan insiden di lokasi kejadian. (ii) Memberi maklumbalas kepada Bilik Gerakan Hospital. Lokasi Utama: Jabatan Kecemasan & Trauma Lokasi alternatif: Tempat Berkumpul Hospital (sekiranya berlaku evakuasi Bangunan Utama, HSIP). Keanggotaan Pusat Kawalan Insiden: (i) Ketua Pasukan ERT (ii) Pegawai Kawalan Insiden (iii) Pegawai Evakuasi – bertindak sebagai pencatat (iv) Pegawai Kawalan Keselamatan JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 15 Fungsi: Kaedah komunikasi utama sewaktu pengaktifan pelan tindakan ini adalah dengan menggunakan telefon bimbit kakitangan terlibat. Bilik Gerakan Hospital dan operator hospital hendaklah mempunyai senarai nombor telefon ahli Jawatankuasa Bencana HSIP yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Semua unit/jabatan hendaklah mempunyai senarai nombor telefon setiap kakitangan di unit/jabatan masing-masing yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya kaedah komunikasi utama gagal, orang perantaraan (runner) dari kalangan kakitangan HSIP akan digunakan untuk menyampaikan maklumat/arahan terkini. 5.2.3. Pusat Informasi Hospital (i) Sebagai sumber rujukan untuk waris yang ingin mendapatkan perkembangan tentang mangsa yang terlibat. (ii) Sebagai sumber maklumat kepada wartawan. (iii) Menempatkan wartawan yang membuat liputan insiden. (iv) Lokasi untuk sidang media. Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama HSIP. Lokasi alternatif: Auditorium Rafflesia Petugas: Kakitangan Unit Perhubungan Awam Hospital. Kelengkapan diperlukan: 5.3. KAEDAH KOMUNIKASI JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 16 5.4. STATUS PERKHIDMATAN SEDIA ADA SEWAKTU INSIDEN 5.4.1. Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Sekiranya Jabatan Kecemasan dan Trauma tidak boleh berfungsi disebabkan oleh insiden dalaman, maka perkhidmatan kecemasan dan trauma akan beroperasi di lokasi sementara iaitu di tempat parking ambulanss, HSIP (Lampiran D). Semua ambulanss perlu dialihkan ke lokasi yang akan ditetapkan apabila arahan diberikan melalui sistem hebahan awam. Khemah akan didirikan sebagai zon rawatan untuk kes-kes kritikal (tag MERAH) dan semi-kritikal (tag KUNING) sahaja manakala pesakitpesakit yang tidak kritikal (tag HIJAU) akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik yang berhampiran. Kapasiti pesakit yang boleh ditampung adalah seperti berikut: (i) Kes kritikal: 4 katil (ii) Kes semi-kritikal: 8 katil (iii) Wad pemerhatian: 12 katil 5.4.2. Perkhidmatan Pesakit Luar (Klinik-klinik Pakar) Sewaktu krisis, semua jabatan yang mempunyai perkhidmatan pesakit luar di bangunan yang terlibat akan menghentikan perkhidmatan. Pesakit akan dimaklumkan melalui telefon berkenaan dengan pembatalan temujanji dan satu tarikh temujanji yang baru akan diberikan kemudian. 5.4.3. Perkhidmatan Pesakit Dalam Penjagaan pesakit dalam bagi wad-wad yang tidak terlibat dengan insiden berjalan seperti biasa. Kakitangan bertugas hendaklah bersedia untuk melakukan evakuasi sekiranya diarahkan. 5.4.4. Perkhidmatan Dewan Bedah Perkhidmatan pembedahan di dewan bedah yang terlibat akan dihentikan sekiranya terjadi krisis yang memerlukan evakuasi dilakukan. Pesakit-pesakit yang sedang menjalani pembedahan di dewan bedah yang terlibat akan dipindahkan ke dewan bedah alternatif secepat mungkin. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 17 5.4.5. Jabatan Dietetik dan Sajian Semasa krisis yang menyebabkan Unit Dietetik dan Sajian (UDS) tidak dapat berfungsi, urusan pembekalan makanan akan diperolehi dari pembekal luar seperti; (i) Kantin HSIP. (ii) Hospital-hospital KKM yang berhampiran. (iii) Pembekal Tempatan 5.5. KAWALAN KESELAMATAN Adalah menjadi tanggungjawab Unit Keselamatan HSIP untuk memastikan langkah-langkah diambil bagi memastikan kawalan keselamatan dipertingkatkan apabila berlaku insiden kecemasan atau bencana di dalam premis HSIP. Kawalan terhadap petugas-petugas media perlu dilakukan secara tegas dan berhemah bagi memastikan mereka mematuhi arahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 5.6. TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN HSIP 5.6.1. Ketua Jabatan/Unit Bersedia untuk ke Bilik Gerakan Hospital apabila diarahkan. Bersedia untuk menggerakkan kakitangan di bawah penyeliaan masingmasing untuk membantu aktiviti pengurusan insiden/bencana apabila diarahkan. Memastikan kakitangan di bawah penyeliaan masing-masing mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh anggota Pasukan Tindakan Insiden Dalaman HSIP dan Bilik Gerakan Hospital. 5.6.2. Unit Keselamatan Mengawal laluan kecemasan dan lalulintas di dalam premis HSIP, mengikut keperluan. Mengarahkan semua agensi sokongan (selain JBPM & PDRM) dan pasukan sukarelawan yang datang untuk memberikan bantuan supaya melapor diri ke Bilik Gerakan Hospital terlebih dahulu. Mengawasi pihak media dan memastikan mereka mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak hospital. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 18 5.6.3. Kakitangan HSIP Semasa berlakunya insiden kecemasan / bencana dalaman, semua kakitangan HSIP tanpa mengira pangkat atau jawatan pada waktu biasa, adalah wajib mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh anggota Pasukan Tindakan Insiden Dalaman HSIP dan Bilik Gerakan Hospital. 5.6.4. Kakitangan Perkhidmatan Sokongan Hospital Semasa berlakunya insiden kecemasan / bencana dalaman, semua kakitangan perkhidmatan sokongan hospital adalah wajib mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh anggota Pasukan Tindakan Insiden Dalaman HSIP dan Bilik Gerakan Hospital. 5.7. PENGENDALIAN PASUKAN BANTUAN LAIN-LAIN AGENSI DAN SUKARELAWAN Setiap pasukan sukarelawan yang datang untuk memberikan bantuan hendaklah melaporkan diri ke Bilik Gerakan Hospital terlebih dahulu. 5.8. PROSES ESKALASI Akan digunakan sekiranya mana-mana insiden kecemasan atau bencana dalaman yang major dan tidak berjaya dikendalikan di peringkat hospital. Apabila diaktifkan, pengurusan insiden akan diambil alih oleh jawatankuasa yang lebih tinggi, berdasarkan kepada tahap kejadian insiden atau bencana yang berlaku, seperti Rajah 2. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 19 (Sumber: Garis Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Dalaman Bagi Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, 2018). Rajah 2: Pelan Eskalasi Pengurusan Sumber Bagi Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman, HSIP. 5.9. PROSES DEAKTIVASI PELAN TINDAKAN INSIDEN DALAMAN Apabila diaktifkan, pelan ini akan digunapakai sehingga semua urusan berkaitan dengan pengurusan insiden yang terlibat selesai. Kod arahan deaktivasi adalah Stand Down. Apabila arahan Stand Down diumumkan melalui sistem hebahan hospital, perjalanan aktiviti-aktiviti di dalam hospital akan kembali kepada rutin biasa. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 20 6.0 PENGURUSAN INSIDEN KHUSUS 6.1. KECEMASAN PERUBATAN (Code Blue) Code Blue akan diaktifkan apabila berlaku kecemasan perubatan kepada manamana individu, sama ada kakitangan, pelawat atau pesakit yang berada di premis HSIP. Namun begitu, Code Blue ini tidak meliputi pesakit yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam (in-patient) yang mengalami masalah kecemasan perubatan sewaktu menerima rawatan di dalam wad, Jabatan Radiologi, bilik angiogram dan dewan bedah. Insiden kecemasan perubatan yang mendapat liputan daripada kod ini hanyalah; (i) Cardiopulmonary arrest (ii) Seizures Setiap unit klinikal, klinik dan wad hendaklah sentiasa bersedia dari segi tenaga kerja (dua orang kakitangan perubatan – MO/PPP/JT) serta peralatan asas Basic Life Support untuk ke lokasi dan memberikan bantuan awal kepada mangsa kejadian, apabila kod diumumkan. Senarai pasukan Code Blue HSIP dan kawasan liputan adalah seperti di Lampiran D. Pasukan perubatan dari ETD yang dihantar ke lokasi hendaklah berupaya memberikan bantuan Advance Life Support kepada mangsa. Carta alir pengendalian insiden kecemasan perubatan adalah seperti di Lampiran D. 6.2. KECEMASAN OBSTETRIK (Red Alert) Red Alert akan diaktifkan apabila berlaku kecemasan obstetrik kepada manamana ibu mengandung yang berada di dalam premis HSIP. Apabila diaktifkan, anggota pasukan Red Alert HSIP pada waktu kejadian hendaklah bergerak ke lokasi kejadian dengan kadar segera. Carta alir pengendalian insiden kecemasan obstetrik adalah seperti di Lampiran E. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 21 6.3. KEHILANGAN BAYI / KANAK-KANAK (Code Pink) Code Pink merupakan kod prosedur kecemasan yang memerlukan tindakan segera jika berlaku kehilangan pesakit bayi / kanak-kanak yang berumur 0 hingga 12 tahun dari wad bayi / wad kanak-kanak dan klinik. Carta alir pengendalian insiden kehilangan bayi / kanak-kanak di HSIP adalah seperti di Lampiran F. 6.4. KEBAKARAN (Code Red) Code Red hanya akan diaktifkan sekiranya langkah-langkah awal yang diambil telah gagal untuk memadam kebakaran yang berlaku di dalam premis hospital. Ahli Organisasi Keselamatan Kebakaran HSIP (OKK) akan membantu dalam respon awal jika terdapat perisytiharan Code Red. Untuk kejadian minor, pasukan respon awal hendaklah ahli OKK dari unit yang terlibat, diikuti unit yang berdekatan dan seterusnya daripada tingkat yang terlibat. Anggota OKK lain hendaklah melapor kepada Pegawai Kawalan Insiden dan mengambil posisi membantu dalam respon setelah menyiapkan tugasan masing2. Carta alir pengendalian insiden kebakaran adalah seperti di Lampiran G. 6.5. ANCAMAN KESELAMATAN (Code Grey & Code Black) Pelan tindakan ini juga akan digunakan bagi menangani insiden yang mengancam atau berpotensi mengancam keselamatan kakitangan hospital seperti berikut; 6.5.1. Ancaman kekerasan kepada kakitangan Pengurusan setiap wad/unit/jabatan hendaklah berusaha mengendalikan setiap insiden yang berupa ancaman kekerasan kepada kakitangan yang bertugas. Sekiranya pihak pengurusan wad/unit/jabatan berpendapat usaha yang dilakukan gagal untuk menyelesaikan insiden berkenaan, maka pelan tindakan ini hendaklah diaktifkan. Kod pengaktifan bagi insiden ini adalah; JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 22 6.5.2. Ancaman bom atau pakej diragui (i) Code Grey: Sekiranya insiden tidak melibatkan penggunaan apa-apa objek yang boleh digunakan sebagai senjata. Insiden tersebut hendaklah dikendalikan oleh ahli pasukan Code Grey hospital (Lampiran H). (ii) Code Black: Sekiranya insiden melibatkan pelaku yang bersenjata. Ahli pasukan Code Grey juga bertanggungjawab mengendalikan insiden Code Black dengan kehadiran anggota polis. Carta alir pengendalian insiden ancaman kekerasan kepada kakitangan adalah seperti di Lampiran H. Ancaman bom adalah penemuan atau pemakluman bahawa terdapat bahan atau objek yang disyaki boleh meletup. Pakej diragui adalah mana-mana pakej / bagasi / bekas / parcel yang dijumpai tidak bertuan dan dikhuatiri boleh mendatangkan ancaman terhadap keselamatan, samada dari segi letupan, ancaman biologi, kimia atau radioaktif. Carta alir pengendalian insiden ancaman bom atau pakej diragui adalah seperti di Lampiran I. 6.5.3. Situasi serangan pengganas di hospital (Code Silver) Insiden serangan pengganas ke atas hospital adalah seperti kejadian pencerobohan, tembak-menembak atau tebusan. Kod pengaktifan bagi insiden ini adalah Code Silver. Apabila diaktifkan, Pengarah Hospital boleh membuat keputusan untuk melaksanakan proses menyita (Lock-down) keseluruhan atau sebahagian kawasan hospital, setelah mendapat pandangan daripada pihak PDRM dan/atau ATM. Tujuan lock-down adalah untuk; (i) Menghadkan kawasan berisiko tinggi. (ii) Menghadkan pergerakan keluar-masuk yang boleh mendedahkan risiko terhadap kawasan yang dikenalpasti. (iii) Memudahkan kawalan keselamatan. (iv) Memudahkan langkah-langkah untuk diambil bagi meneutralkan kawasan yang terlibat. Setelah keputusan untuk melaksanakan lock-down dibuat, pihak PDRM dan/atau ATM akan mengawal kawasan yang terlibat dan pengurusan insiden akan menggunakan Arahan No. 18, Majlis Keselamatan Negara (MKN). JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 23 6.6. INSIDEN MELIBATKAN BAHAN KIMIA Insiden kecemasan kimia major boleh disebabkan oleh; (i) Tumpahan Kimia (melebihi 4 liter) (Chemical Spillage) (ii) Kebakaran Akibat Bahan Kimia (Chemical Fire) Jabatan/Unit yang terbabit hendaklah menyediakan prosedur kerja bagi menangani setiap kejadian insiden kecemasan yang mungkin berlaku. Bantuan dari agensi luar (JBPM - Unit HAZMAT) adalah diperlukan bagi menangani insiden kecemasan kimia major kerana HSIP tidak mempunyai kelengkapan dan kemahiran untuk mengendalikan insiden tersebut. Pelan tindakan ini hanya akan diaktifkan sekiranya berlaku insiden kimia major dan/atau evakuasi perlu dilakukan disebabkan oleh insiden tersebut. 6.7. INSIDEN KECEMASAN RADIASI Insiden kecemasan radiasi di HSIP boleh berpunca daripada; (i) Kemalangan sinaran (contoh: pendedahan berlebihan) (ii) Kerosakan radas penyinaran (iii) Tindakan khianat (contoh: kehilangan radas sinaran, sabotaj) Tindakan menangani insiden kecemasan radiasi hendaklah diambil berdasarkan pelan program perlindungan sinaran hospital. Bantuan dari agensi luar (JBPM - Unit HAZMAT, AELB) adalah diperlukan bagi menangani insiden kecemasan radiasi major kerana HSIP tidak mempunyai kelengkapan dan kemahiran untuk mengendalikan insiden tersebut. Pelan tindakan ini akan diaktifkan sekiranya berlaku insiden radiasi majordan/atau evakuasi perlu dilakukan disebabkan oleh insiden kecemasan radiasi. 6.8. GEGARAN Pelan tindakan ini hanya akan diaktifkan apabila mana-mana wad/unit/jabatan perlu dievakuasi selepas berlakunya gegaran. Indikasi yang meningkatkan kemungkinan untuk evakuasi bangunan akibat daripada gegaran adalah sekiranya gegaran tersebut menyebabkan; (i) keretakan baru pada dinding, lantai, tiang dan rasuk bangunan (ii) kerosakan pada pendawaian elektrik (iii) kebocoran gas (iv) kebakaran yang tidak boleh dipadamkan (v) cermin tingkap pecah Pengurus wad/unit hendaklah memastikan kakitangan di bawah jagaan yang bertugas melakukan pemeriksaan keatas bangunan wad/unit sebaik sahaja gegaran berhenti. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 24 Evakuasi mana-mana bangunan di HSIP hanya akan dilakukan selepas gegaran berhenti dan atas arahan Pengarah Hospital atau pegawai yang diperturunkan kuasa sahaja. 6.9. BANJIR Pelan tindakan ini akan diaktifkan sekiranya; (i) Jumlah kehadiran kakitangan HSIP dari mana-mana kategori yang sangat sedikit akibat daripada banjir sehingga menjejaskan sebahagian besar perkhidmatan teras (core services) hospital. (ii) Mana-mana bangunan HSIP dimasuki air akibat daripada hujan yang berlarutan sehingga menjejaskan perkhidmatan unit/wad/jabatan yang terlibat dan memerlukan evakuasi dilakukan. Setiap jabatan/unit/wad hendaklah mengenalpasti kakitangan yang mungkin terlibat dengan banjir dan kakitangan yang mungkin mengalami kesukaran untuk hadir bertugas akibat daripada banjir. Setiap unit yang berisiko tinggi untuk dimasuki air sekiranya berlaku hujan yang lebat atau berpanjangan hendaklah; (i) Mengenalpasti peralatan yang boleh dipindahkan ke tempat yang lebih selamat sekiranya banjir berlaku. (ii) Mengenalpasti lokasi selamat yang boleh digunakan untuk menempatkan alatan yang boleh dipindahkan tersebut buat sementara waktu. (iii) Mengenalpasti peralatan yang tidak boleh dipindahkan sekiranya berlaku banjir dan menyediakan cara alternatif bagi memastikan peralatan tersebut tidak terjejas akibat daripada banjir. (iv) Menyediakan pelan kontijensi bagi memastikan perkhidmatan teras tidak terjejas sewaktu banjir. 6.10. KEGAGALAN UTILITI Kegagalan utiliti bermaksud berlakunya kegagalan kepada bekalan elektrik, bekalan air bersih, bekalan gas perubatan atau sistem telefon hospital. Pelan tindakan ini akan diaktifkan sekiranya berlaku kegagalan utiliti yang berlarutan dan tidak dapat ditangani dengan kadar segera sehingga menjejaskan sebahagian besar perkhidmatan teras (core services) hospital. Carta alir pengendalian insiden kegagalan utiliti hospital adalah seperti di Lampiran J. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 25 7.0 PROSEDUR EVAKUASI 7.1. DEFINISI PROSES EVAKUASI HOSPITAL Merupakan pergerakan kakitangan, pesakit dan pelawat dari mana-mana bahagian hospital yang dibuat secara teratur, cepat dan selamat ke tempat berkumpul setelah pengisytiharan evakuasi bangunan dibuat. 7.2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Proses evakuasi sesuatu lokasi kejadian hendaklah dengan arahan daripada Pengarah Hospital atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh Pengarah Hospital. Proses evakuasi mestilah diselia oleh Pegawai Evakuasi dengan dibantu oleh Ketua Tingkat. 7.3. PELAN EVAKUASI Setiap wad/unit/jabatan hendaklah mempamerkan pelan lantai (floor plan) yang menunjukkan dengan jelas arah laluan keluar sekiranya berlaku insiden yang memerlukan evakuasi dilakukan. Pelan ini mestilah; (i) Dicetak dalam saiz A3. (ii) Dipamerkan di lokasi yang mudah dilihat pada dinding unit/wad/jabatan. (iii) Mempunyai petunjuk bagi lokasi penggera kecemasan dan alatan bantu mula serta arah laluan keluar sewaktu kecemasan. Ketua Jabatan/Unit adalah bertanggungjawab untuk memastikan pelan evakuasi jabatan/unit masing-masing disediakan. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 26 7.4. PERINGKAT – PERINGKAT EVAKUASI Proses evakuasi bagi HSIP dibahagikan kepada tiga (3) peringkat seperti di dalam Jadual 4. Jadual 4: Peringkat-peringkat Evakuasi Bangunan HSIP JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 27 7.5. KATEGORI PESAKIT SEWAKTU PROSES EVAKUASI Setiap pesakit yang dimasukkan ke wad mestilah dikategorikan kepada lima (5) kategori berdasarkan keadaan am dan tahap kesihatan pesakit tersebut, seperti di dalam Jadual 5. Bagi memudahkan proses evakuasi, senarai pesakit bagi setiap kategori seharusnya disediakan dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Jadual 5: Kategori Pesakit Sewaktu Proses Evakuasi Dijalankan JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 28 7.6 KAEDAH-KAEDAH EVAKUASI BAGI PESAKIT YANG MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK BERGERAK (i) Memapah / ‘Human Crutch’ Kaedah ini boleh digunakan bagi pesakit yang boleh bergerak dan memerlukan bantuan minima dan sedia bekerjasama (ii) Angkatan Bomba (Fireman Carry) JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 29 (iii) Angkatan Berdua (depan & belakang) Pandangan Sisi Menuruni Tangga (iv) Angkatan Berdua (sisi) Depan Belakang JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 30 (v) Tarik Kerusi Bersama Pesakit Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga dapatkan seorang pembantu bagi mengangkat pesakit menggunakan kerusi. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 31 (vi) Menggunakan cadar/selimut (seretan) JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 32 (vii) Menggunakan cadar/selimut (pengusung) JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 33 RUJUKAN Garis Panduan Pelan Tindakan Insiden Kecemasan Dan Bencana Dalaman Bagi Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2018. Modul Latihan Mencegah Dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2018. Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017. Pelan Pengurusan Bencana Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia, 2015. Polisi dan Garis Panduan Pelan Bencana Dalaman Pusat Perubatan UKM, 2015. Arahan No. 20 (Semakan Semula): Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara, 2012. Guidelines On Chemical Management In Health Care Facilities, Ministry Of Health Malaysia, 2010. Garis Panduan Pencegahan Kemalangan Di Tempat Kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
LAMPIRAN A KOD INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HSIP
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 36 LAMPIRAN A KOD INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA DALAMAN HSIP JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP
LAMPIRAN B KAEDAH PENGISYTIHARAN KOD INSIDEN KECEMASAN DALAMAN HSIP OLEH OPERATOR MELALUI SISTEM HEBAHAN AWAM HOSPITAL
PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 39 LAMPIRAN B KAEDAH PENGISYTIHARAN KOD INSIDEN KECEMASAN DALAMAN HSIP OLEH OPERATOR MELALUI SISTEM HEBAHAN AWAM HOSPITAL JILID 1 : BENCANA DALAMAN | HSIP