The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 5 PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR HSIP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Q Hospital Sultan Ismail Petra, 2024-03-26 22:53:03

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 5 PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR HSIP for print

PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA JILID 5 PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR HSIP

JILID 5 PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR © 2023 HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA. HAK CIPTA TERPELIHARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA


Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra berjaya diterbitkan. Sebagai satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam, Hospital Sultan Ismail Petra hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan luar jangka atau insiden bencana pada bila-bila masa. Kesiapsiagaan menangani bencana di Hospital Sultan Ismail Petra ini meliputi aspek-aspek pencegahan & kawalan, tindakbalas sewaktu bencana, serta pelan pemulihan yang efektif bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas sewaktu menangani bencana. Kesemua ini sudah tentu memerlukan perancangan sumber manusia, peralatan, kewangan serta pentadbiran yang tersusun dan terancang. Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra ini telah menggabungkan semua pelan tindakan bencana sama ada luaran atau dalaman secara komprehensif dengan mengambil kira kesemua empat fasa bencana. Dengan perancangan yang holistik, latihan yang mencukupi serta pemantauan berterusan, saya percaya setiap warga Hospital Sultan Ismail Petra dapat memberi respons dan menangani setiap insiden yang berlaku dengan baik dalam memastikan kakitangan, pesakit, pelawat dan harta benda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Adalah menjadi harapan saya agar dokumen ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan hospital sebagai panduan dan dokumen rujukan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana. Ia akan dibekalkan ke semua Jabatan serta Unit dan turut dipamerkan di laman sesawang Hospital Sultan Ismail Petra untuk rujukan semua. Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Kerja dan Pihak Konsesi yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam penghasilan dokumen Pelan Tindakan Insiden Kecemasan dan Bencana Hospital Sultan Ismail Petra. Sekian, terima kasih. PRAKATA PENGARAH Ybrs. Dr. Nik Mohd Faizal B. Zainal Abidin Pengarah Hospital Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan. PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP III JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP IV JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP PENASIHAT: PENGERUSI: SETIAUSAHA: PENOLONG SETIAUSAHA: DR. NIK MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN Pengarah Hospital Sultan Ismail Petra DR. MUHAMMAD ALI BIN SHAFEE Timbalan Pengarah (Perubatan) I Hospital Sultan Ismail Petra DR. WAN MOHD MUIZUDDIN BIN WAN SALLEH Timbalan Pengarah (Perubatan) II Hospital Sultan Ismail Petra DR. NUR HAFIZAH BINTI KAMARUDIN Timbalan Pengarah (Perubatan) III Hospital Sultan Ismail Petra DR. MOHD SHUKRUDDEEN BIN SALLEH Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan (JUSA C) Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. ISMADI BIN ISMAIL Penolong Pegawai Perubatan U42 Unit Penyeliaan Hospital EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. AZIZOL BIN MOHAMAD @ MOHD JUDIN Ketua Jabatan dan Pakar Anestesiologi (UD56) Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal DR. NORAINI BINTI AB RAHMAN Ketua Jabatan dan Pakar Pediatrik (JUSA C) Jabatan Pediatrik DR. ZUNAIDAH BINTI YA@ZAKARIA Ketua Jabatan dan Pakar Psikiatri (JUSA C) Jabatan Psikiatri AHLI JAWATANKUASA: JAWATANKUASA TEKNIKAL


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP V JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP DR. NUR LAILA BINTI OMAR Pakar Obstetrik Dan Ginekologi Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi DR. NOOR AZIZAH BINTI ABDULLAH Pakar Perubatan Kecemasan Jabatan Kecemasan Dan Trauma DR. ABDUL RAZAK BIN AHMAD Pegawai Perubatan UD52 Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental DR. ANIS FATINAH BINTI AB AZIZ Pegawai Perubatan UD48 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan EN. AMME BIN AMMERAN Pegawai Sains Mikrobiologi C44 Jabatan Patologi PN. NORAYUNI BT MOHAMED Pegawai Sains C44 Jabatan Patologi DR. FAUZAH BINTI MOHAMAD Pegawai Perubatan UD43 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. NOR AZMI B ABDULLAH Penolong Pegawai Perubatan U42 Klinik Pakar 1 & 3 CIK NUR NAJIEHAH BINTI AWANG Penolong Pegawai Perubatan U41 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. AL HAPIS BIN ABDUL LATIF Jurutera J41 Ketua Unit Kejuruteraan (Kawal Selia) EN. HASSIM HJ CHE DAUD Pengurus Fasiliti Radicare (M) Sdn Bhd AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VI JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP EDITOR: EN. ROSMAN BIN GHAZALI Penolong Pegawai Perubatan U36 Jabatan Kecemasan Dan Trauma EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MAT @ ABD HAMID Penolong Pegawai Perubatan U32 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal PN. IRMA SURIYATI BINTI IDERIS Jururawat U32 (KUP) Jabatan Obstetrik & Ginekologi EN. MOHD ZAIDUNI BIN MAT DRIS Juru X-Ray U32 Jabatan Radiologi EN. ZUHARI BIN AB LAH @ ABDULLAH Juru X Ray U32(TBK) Jabatan Radiologi EN. AZRI BIN GHANI Pembantu Keselamatan KP22 (TBK1) Unit Keselamatan EN. MOHD AMRI BIN ABDUL AZIZ EN. MUHAMMAD NAIM BIN SULAIMAN EN. ABDULLAH BIN MD ZIN @ ARIFIN CIK WAN NUR AMANI AISYAH BINTI WAN ABDUL HALIM AHLI JAWATANKUASA:


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP ISI KANDUNGAN POLISI VII JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP PENDAHULUAN 1.0 BILIK GERAKAN BANJIR..............................................................................1-3 1.1 Fungsi Utama 1.2 Pembukaan Bilik Gerakan Banjir 1.3 Penutupan Bilik Gerakan Banjir. 1.4 Tugas dan Tanggungjawab Umum Pegawai Petugas Bilik Gerakan Banjir Hospital. 2.0 JAWATANKUASA BANJIR HOSPITAL KUALA KRAI.................................4-5 2.1 Kedudukan dan Aktiviti Jawatankuasa Banjir Kuala Krai 3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB................................................................6-9 3.1 Pengarah Hospital 3.2 Pegawai Penyelaras (Operasi) 3.3 Pegawai Penyelaras (Klinikal) 3.4 Timbalan Pegawai Penyelaras 3.5 Koordinator Pengurusan 4.0 KRITERIA PENGISYTIRAHAN BENCANA BANJIR.......................................10 5.0 MANUAL PROSEDUR KERJA PETUGAS BILIK GERAKAN BANJIR..........10 6.0 PERINTAH TETAP SEMASA BANJIR.......................................................11-13 6.1 Pusat Lapor Diri 6.2 Pegawai yang menggunakan kenderaan air (Bot / Perahu). 6.3 Pengendalian Pesakit-pesakit berisiko tinggi sebelum /semasa banjir. 6.4 Pengurusan Pesakit Kecemasan dan anggota Hospital HSIP. 6.5 Pengurusan Bekalan Elektrik Semasa Kecemasan. 6.6 Pengurusan Bekalan Air Kecemasan. 6.7 Garis Panduan Pengendalian Pesakit Untuk Rujukan Ke Hospital Rujukan Di Musim Banjir. 6.8 Keselamatan Semasa Gerakan Menyelamat Mangsa Banjir 7.0 PERALATAN DAN PERSIAPAN OPERASI BANJIR......................................14 8.0 LAIN-LAIN........................................................................................................14


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP VIII JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP 9.0 PELAN TINDAKAN BANJIR LUAR BIASA HSIP........................................15-23 9.1 Pengenalan 9.2 Analisa Risiko Banjir Besar (Risk Analysis) 9.3 Bekalan Sumber (Resource matrix) 9.4 Keperluan Jika berlaku banjir besar / luarbiasa 9.5 Keperluan Asas 9.6 Rawatan pesakit dalam 9.7 Pengendalian Bencana Banjir LAMPIRAN 1.........................................................................................................24-25 Carta Alir Pengendalian Pesakit untuk Merujuk ke Hospital Rujukan di Musim Banjir LAMPIRAN 2........................................................................................................26-27 Kenderaan Bilik Gerakan Banjir Stok Minyak (Generator) Penjana Elektrik Kecemasan LAMPIRAN 3........................................................................................................28-30 Senarai Stok Gas Perubatan Peralatan Bilik Gerakan Banjir LAMPIRAN 4........................................................................................................31-32 Senarai Stok Makanan untuk Bencana Banjir Bekalan Air LAMPIRAN 5........................................................................................................33-36 Senarai Ubat Ubatan dalam Beg Banjir / Knapsack LAMPIRAN 6........................................................................................................37-42 Peralatan Surgical Di Dalam Bag Banjir Nombor-Nombor Telefon Bilik Gerakan Banjir IPD PDRM Kelantan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Dan Bantuan Bencana Jajahan Kuala Krai LAMPIRAN 7........................................................................................................43-44 Senarai Petugas Bilik Operasi / Bencana Tahun 2022 / 2023 Bertempat di Bilik Seminar / Bencana Jabatan ETD HSIP LAMPIRAN 8.............................................................................................................45 Petugas Pasukan Perubatan Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai LAMPIRAN 9.............................................................................................................46 No Telefon / Senarai Jawatankuasa Banjir 2021/2022 Hospital Sultan Ismail Petra


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP PARAS AIR DI TANGGA KRAI BILIK GERAKAN BANJIR TINDAKAN PETUGAS 65 kaki (19.8 m) rujuk bilik gerakan banjir daerah Dibuka dari Jam 8 am - 6 pm Memaklumkan kejadian kepada Pengarah Hospital. 1. Mengadakan mesyuarat penyelaras harian banjir. 2. 1 PENDAHULUAN Hospital Sultan Ismail Petra (HISP), Kuala Krai memainkan peranan yang penting untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit semasa banjir. Kedudukannya yang terletak di tempat yang tinggi dan bebas banjir merupakan satu kelebihan untuk tidak terlibat secara langsung mengalami banjir itu sendiri. Oleh yang demikian pengurusan banjir bagi peringkat hospital ini adalah amat penting kerana bencana banjir berisiko untuk berlaku setiap tahun. 1.0 BILIK GERAKAN BANJIR Beroperasi di Bilik Seminar Jabatan Kecemasan & Trauma HSIP dan berkomunikasi secara langsung dengan Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai. Pergerakan pasukan perubatan akan aktif memberikan bantuan apabila diperlukan. 1.1. Fungsi Utama 1.1.1. Pusat pertanyaan 1.1.2. Pengumpulan maklumat anggota dan pesakit terlibat banjir / terkandas banjir. 1.1.3. Mengurus dan mengendalikan kes-kes rujukan ke hospital lain. 1.1.4. Mengurus bantuan anggota dan pesakit yang terkandas di hospital. 1.1.5. Membuat penyelarasan tugas antara unit / jabatan di hospital. 1.2. Pembukaan Bilik Gerakan Banjir 1.2.1. Bilik Gerakan Banjir Hospital akan dibuka seperti jadual di bawah. 1.2.2. Arahan pembukaan bilik gerakan banjir adalah dengan arahan Pengarah Hospital. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 2 3. Rawatan pesakit seperti biasa dan dibenarkan pulang dengan nasihat agar berpindah mengikut arahan pihak berkuasa. 4. Berhubung dengan Bilik Gerakan Daerah. 5. Rujuk Lampiran Senarai Tugas. 75 kaki (22.9 m) rujuk bilik gerakan banjir daerah Dibuka 24 jam 1. Memaklumkan perubahan kepada Pengarah Hospital. 2. Rawatan pesakit seperti biasa dan dibenarkan pulang dengan nasihat agar berpindah mengikut arahan pihak berkuasa. 3. Berhubung dengan Bilik Gerakan Daerah 4. Rujuk Lampiran Senarai Tugas 85 kaki (25.9 m) rujuk bilik gerakan banjir daerah Dibuka 24 jam – bencana banjir diisytiharkan. 1. Memaklumkan perubahan kepada Pengarah Hospital. 2. Memindahkan peralatan di stor @ kawasan rendah ke kawasan lebih tinggi yang bersesuaian. 3. Berhubung dengan pegawai JKM untuk meletakkan pesakit yang dibenarkan pulang ke pusat pemindahan banjir. 4. Berhubung dengan Bilik Gerakan Daerah untuk bantuan bot. 92.5 kaki (28 m) rujuk bilik gerakan banjir daerah Dibuka 24 jam 1. Bencana Banjir Luar Biasa. 2. Sumber kuasa elektrik berfungsi dengan ‘back up generator’. 3. Memerlukan khidmat ‘Medevac’ untuk perpindahan pesakit. (Melalui PKOB daerah) Umumnya, pembukaaan bilik gerakan banjir hospital bergantung kepada pembukaan pusat penempatan sementara banjir di Daerah Kuala Krai. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 3 1.3. Penutupan Bilik gerakan Banjir. Ditutup apabila paras air di Tangga Krai telah menurun ke paras 65 kaki (19.8 m) atau penutupan pusat penempatan sementara banjir di Daerah Kuala Krai. 1.4. Tugas dan Tanggungjawab Umum Pegawai Petugas Bilik Gerakan Banjir Hospital. (Rujuk 3.6) Menyelenggara Bilik Gerakan semasa banjir. Menerima dan menghantar maklumat / laporan ke bilik gerakan banjir Daerah (Kesihatan) JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 4 2.0 JAWATANKUASA BANJIR HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 5 2.1 KEDUDUKAN DAN AKTIVITI JAWATANKUASA BANJIR HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 6 3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. 3.1 Pengarah Hospital Bertindak sebagi Pengerusi Jawatankuasa Banjir Peringkat Hospital. Beliau juga adalah jurucakap dan penaung aktiviti berkaitan apabila banjir berlaku. KPI: Mempengerusikan mesyuarat Banjir sekurang-kurangnya 2 kali setahun boleh bermula Ogos setiap tahun. 3.2 Pegawai Penyelaras (Operasi) Menyelaras semua operasi berkaitan banjir di hospital. Membuat pemeriksaan terakhir aktiviti pegawai yang dilantik. Wakil pengarah ke mesyuarat banjir antara Jabatan / Jajahan. Memantau kesiapsiagaan bilik Gerakan banjir dan pasukan perubatan terlibat. Memastikan jaket keselamatan, peralatan dan ubatan dalam keadaan baik untuk digunakan. Memastikan bekalan perubatan / ubat dan peralatan kecemasan mencukupi untuk digunakan semasa aktiviti bantuan banjir. 3.3 Pegawai Penyelaras (Klinikal) Menyelaras semua operasi berkaitan perkhidmatan klinikal semasa banjir berlaku. 3.4 Timbalan Pegawai Penyelaras Membantu Ketua Pegawai Penyelaras dalam semua aktiviti banjir. Menggantikan tugas Ketua Pegawai Penyelaras jika perlu. 3.5 Koordinator Pengurusan Berikut adalah senarai: 3.5.1. Penyelaras 1 (Perubatan / Kecemasan) Membuat pemeriksaan peralatan perubatan / kecemasan Mengurus perjalanan perkhidmatan kecemasan sebelum, semasa dan selepas banjir. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 7 3.5.2. Penyelaras 2 (Bekalan Ubat-ubatan dan Gas Perubatan) Memeriksa stok ubat-ubatan dan keperluan asas untuk tempoh 3 bulan bermula bulan November hingga Januari mencukupi. Memeriksa bekalan ubat-ubatan dan peralatan kecemasan dalam ‘knapsack’. Memeriksa stok gas perubatan mencukupi untuk untuk tempoh 3 bulan bermula November hingga Januari. 3.5.3. Penyelaras 3 (Penyediaan makanan) Memeriksa stok makanan mencukupi untuk tempoh 3 bulan (November – Februari). Kontigensi sekiranya HSIP secara tidak langsung menjadi pusat pemindahan (boleh beroperasi selama 7 hari dengan stock sediaada) Memeriksa stok gas memasak supaya mencukupi. Menyediakan makanan dan minuman untuk petugas banjir Mengurus bekalan makanan untuk mangsa terkandas di HSIP Menyediakan makanan dan minuman untuk petugas. Makanan / minuman ringan siap dibungkus bagi pasukan perubatan sewaktu keluar menjalankan tugas. Menyediakan bekalan bagi petugas bilik gerakan banjir. 3.5.4. Penyelaras 4 (Bekalan dan Sumber Tenaga) Menyemak simpanan stok minyak (minyak dan generator) dan memaklumkan kepada Unit Angkut atau Unit Pentadbiran. Memastikan generator sentiasa bersedia untuk diguna. Menyediakan portable generator untuk kecemasan. 3.5.5. Penyelaras 5 (Kenderaan) Memastikan kenderaan dan ambulan sentiasa boleh digunakan. Menguruskan perkhidmatan bot dari PKD atau agensi penyelamat yang lain. Memastikan pemandu supaya mengisi minyak penuh semua kenderaan selepas keluar dari hospital. Memastikan sentiasa terdapat pemandu yang bertugas sepanjang tempoh banjir. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 8 3.5.6. Penyelaras 6 (Unit Pentadbiran) Penguruskan aspek pentadbiran dan pengurusan anggota yang terkandas banjir. Memastikan anggota terlibat diberi penerangan dalam operasi banjir bilik gerakan banjir. 3.5.7. Penyelaras7 (Perhubungan Awam / Media) Bertindak dan mengurus perkara berkaitan siaraya, berita dan perhubungan 3.5.8. Penyelaras 8 (Keselamatan) Bertanggunjawab terhadap semua aspek keselamatan di dalam Kawasan hospital semasa bencana banjir 3.5.9. Penyelaras 9 (Pasukan Perubatan & Keselamatan) Menentukan pasukan perubatan jika diperlukan. Semasa banjir: i. Memastikan keselamatan pesakit dan staf semasa banjir. ii. Menguruskan pengangkutan staf pergi-balik ke hospital jika laluan terputus. Selepas banjir: i. Mengambil perhatian pertambahan kes cirit birit dan penyakit saluran pernafasan. Menjaga kebersihan unit dan persekitaran hospital. 3.5.10. Penyelaras Psikososial Mengenal pasti masalah dan isu psikososial dikalangan pesakit dan kakitangan yang terlibat dengan bencana banjir Sebelum bencana - Membuat hebahan maklumat dan kesedaran serta psikopendidikan berkenaan persediaan emosi dalam menghadapi bencana Semasa bencana - Menyediakan bantuan awal psikologikal (PFA) Selepas bencana - Menjalankan sesi kaunseling krisis, susulan dan mendapatkan maklumbalas daripada komuniti yang terlibat (orang awam dan kakitangan yang dirujuk) JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 9 3.5.11 Tugas Pegawai Petugas Bilik Gerakan banjir. Menyelenggara Bilik Gerakan semasa banjir. Menerima dan menghantar maklumat/ laporan ke bilik gerakan banjir daerah Kesihatan. Merekod segala maklumat yang diterima dan diberitahu. i. Paras air semasa (IPD Kuala Krai) ii. Bilangan penempatan sementara yang dibuka. iii. Status laluan perhubungan jalan. iv. Bilangan anggota hospital yang tidak hadir bertugas (Banjir/ Terkandas laluan) v. Bilangan pesakit dalam wad (tidak boleh pulang kerana banjir) vi. Bilangan waris pesakit (Bencana di isytiharkan di peringkat negeri) Menyalurkan segala permohonan untuk bantuan perubatan dan peralatan. Berhubung dengan pegawai penyelaras atau timbalan untuk mendapatkan bantuan. Mengemaskini rekod dan maklumat semasa banjir (Dalam Buku & di “white board”.) Memohon bantuan kenderaan yang diperlukan. Memohon bantuan bot dan pemandu dari Bilik Gerakan Banjir Daerah Kesihatan. Mengemaskini kelengkapan banjir. Bilangan peralatan (baju hujan, boot, payung dll) Peralatan medical dan surgical untuk pasukan perubatan. Memberiamaran kesiapsiagaan kepada semua petugas yang terlibat dengan pasukan perubatan. Memastikan petugas bilik gerakan lain hadir dan melakukan past-over sebelum meninggalkan bilik gerakan JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 10 4.0. BENCANA BANJIR DIISYTIHARKAN (paras air meningkat ≥25.9-meter atau 85 kaki) 4.1. Pesakit hanya dibenarkan pulang dengan bantuan anggota penyelamat. 4.2. Memastikan kenderaan jabatan berada di tempat yang selamat. 4.3. Kemaskini laluan jalanraya ke hospital rujukan (HRPZII / HUSM) (pertimbangkan keperluan perkhidmatan Medevac). 4.4. “Head count” semua anggota, pesakit dan waris yang terlibat hendaklah segera dilakukan. 4.5. Hubungi bilik gerakan Banjir Jajahan Kuala Krai untuk mendapatkan maklumat dan bantuan yang diperlukan. 4.6. Maklumkan semua anggota yang bertugas situasi semasa 5.0. MANUAL PROSEDUR KERJA PETUGAS BILIK GERAKAN BANJIR. Prosidur 1: Menerima / mendapat maklumat banjir Maklumat boleh diterima dari bilik gerakan Polis IPD Kuala Krai dan Pejabat Kesihatan Kuala Krai. Maklumat hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Banjir Catatkan semua panggilan telefon, penerimaan maklumat, masa dan tindakan yang diambil. Mengambil tindakan susulan jika perlu Hubungi penyelaras/timbalannya dari masa ke semasa Prosidur 2: Menyediakan Laporan 24 Jam Laporan hendaklah disediakan sebelum ‘pass over’ dibuat Penyelaras atau timbalan penyelaras akan menghantar laporan tersebut ke Bilik Gerakan Banjir PKD jika perlu Prosidur 3: Mendapat maklumat dari wad atau Jabatan Kecemasan. Maklumat mengenai Pesakit Luar dan Dalam yang terlibat dengan banjir boleh didapat di Jabatan Kecemasan setiap 8 jam. Maklumat rujuk pesakit yang dilakukan Catatan dibuat dalam Buku Laporan Banjir untuk diguna semasa membuat laporan 24 jam. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 11 Prosidur 4: Memberi maklumat kepada akhbar Hanya Pengarah Hospital atau Pegawai diberi kebenaran. Prosidur 5: Memberi arahan tentang penggunaan kenderaan untuk ambil dan hantar anggota Permintaan oleh anggota untuk mengambil / menghantar dari tempat kerja hendaklah diselaraskan dengan permintaan pada masa yang sama. (Pelarasan hendaklah dibuat dengan kerjasama Jabatan Kecemasan) Penggunaan kenderaan hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Banjir 6.0. PERINTAH TETAP SEMASA BANJIR 6.1. PUSAT LAPOR DIRI Semua anggota JK banjir dan petugas banjir yang dipanggil bertugas hendaklah melaporkan diri di Bilik Gerakan Banjir HSIP untuk persediaan dan taklimat. Anggota yang tidak dapat hadir bertugas kerana banjir perlu berbuat seperti berikut: i. Melapor diri ke Bilik Gerakan Banjir melalui telefon dengan menyatakan nama, unit/wad bertugas dan lokasi berada. ii. Melapor diri ke hospital atau Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan dengan di perakui oleh pegawai perubatan y/m atau pengarah hospital berkenaan. iii. Mengambil cuti kecemasan jika perlu 6.2. Pegawai yang menggunakan kenderaan air (Bot / Perahu). Pegawai yang menaiki bot/perahu hendaklah memakai “life jacket”. Semua alatan berat perlu ditanggalkan dan diikat pada bot. Mengikut apa-apa arahan atau nasihat yang diberikan oleh jurumudi bot. Tidak berdiri diatas bot. Menjauhkan peralatan mudah terbakar daripada enjin bot. Mereka yang tidak pandai berenang perlulah diregukan dengan anggota yang pandai berenang dan diberikan peralatan keselamatan yang lebih. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 12 6.3. Pengendalian Pesakit-pesakit berisiko tinggi sebelum /semasa banjir. Ibu mengandung. i. Ibu mengandung dengan tarikh jangka bersalin (EDD) dalam tempoh 3 bulan November-Januari perlulah berada dikawasan berdekatan dengan hospital atau rumah saudara yang tidak dinaiki air. ii. Ibu mengandung yang mempunya sejarah kandungan seperti: - o Keguguran o Janin kurang berkembang o Masalah perubatan. o Pendarahan sebelum bersalin. o Pendarahan berlebihan selepas bersalin. o Kandungan kembar. o Keadaan “hydroamnias” o Sejarah lekat uri (retained placenta) o Lain-lain keadaan perubatan yang berkaitan. Pesakit dengan penyakit kronik. i. Darah tinggi yang tidak terkawal. ii. DM yang tidak terkawal. iii. Asthmatic iv. Pesakit heamodialisis (renal dialysis) v. Pesakit dengan komplikasi jantung. vi. Sakit tua dengan masalah perubatan vii. Penyakit paediatrik kronik. viii. Pesakit dengan penyakit/ masalah lain yang berkemungkinan menjadi lebih teruk semasa banjir. Tindakan dan nasihat yang perlu diberi i. Membuat persiapan lebih awal dari segi persedian ubatan dan penjagaan kebersihan. ii. Tinggal berdekatan dengan hospital @ mudah untuk ke hospital apabila perlu. iii. Minta bantuan kecemasan jika mengalami penyakit @ masalah perubatan kecemasan semasa banjir di kemudahan kesihatan terdekat. iv. Terus ke klinik kesihatan terdekat sekiranya kawasan tidak dilanda banjir. v. Memberikan maklumat klinik berdekatan kawasan rumah pesakit yang dibenarkan pulang. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 13 6.4. Pengurusan Pesakit Kecemasan dan anggota Hospital HSIP. Kenalpasti jalanraya yang boleh dilalui semasa banjir ke kemudahan kesihatan/hospital yang tidak dilanda banjir. Hubungi bilik gerakan banjir Hospital atau Unit kecemasan untuk mendapatkan bantuan petugas atau memaklumkan ketidakhadiran bertugas akibat banjir. Sila rujuk garis panduan pengendalian pesakit untuk rujukan ke hospital rujukan di musim banjir. 6.5. Pengurusan Bekalan Elektrik Semasa Kecemasan. Empat unit portable generator (1- 5kva diesal, 3- 1000wt petrol telah sedia ada di HSIP Back up generator akan dibekalkan oleh Unit radicare. Setiap unit diminta mengadakan lampu “portable emergency” dan lampu picit untuk kegunaan Kecemasan. Sila rujuk pelan kontigensi bekalan elektrik. 6.6. Pengurusan Bekalan Air Kecemasan. Menghubungi AKSB atau BOMBA untuk bantuan jika kes berlarutan. Mengenalpasti masalah dan membuat pengumuman melalui system pembesar suara hospital. Sila rujuk Pelan Kontigensi Bekalan Air.13 Kapasiti tangka air HSIP 885,000 liter. Mempunyai system tadahan hujan berkapasiti 30,000 liter Keperluan air telaga tiub (akan diusahakan) 6.7. Garis Panduan Pengendalian Pesakit Untuk Rujukan Ke Hospital Rujukan Dimusim Banjir. Lampiran 1 6.8. Keselamatan Semasa Gerakan Menyelamat Mangsa Banjir Kenderaan Darat i. Tentukan penumpang (mangsa banjir) dan petugas duduk dalam keadaan baik dan jangan benarkan duduk di atas tangga kenderaan semasa bergerak. ii. Tentukan kenderaan bergerak tidak laju di atas jalanraya terutama semasa melalui jalan yang bertakung air kerana boleh mengundang kemalangan jalanraya dan mengancam nyawa penumpang. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 14 Kenderaan Air i. Jangan membawa penumpang lebih dari muatan yang dihadkan. ii. Tentukan semua penumpang memakai baju keselamatan / pelampung. iii. Jangan benarkan penumpang berdiri atau bergerak semasa perahu atau motorboat sedang bergerak. iv. Gunakan lampu atau cahaya semasa melakukan pemindahan pemindahan diwaktu malam. Pesawat Udara i. Pastikan tiada sesiapa yang tidak berkenaan menghampiri pesawat udara semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan. ii. Pastikan helikopter mendarat di tempat yang dikhaskan (helipad) di Padang bola Hospital Sultan Ismail Petra iii. Latitud & Longitud / (5.497468 N 102.226658 E) 7.0. PERALATAN DAN PERSIAPAN OPERASI BANJIR Lampiran 2 - 9 8.0. LAIN-LAIN Semua bekalan makanan hendaklah digunakan segera untuk mengelakkan dari rosak. Baju hujan, boot, jaket keselamatan dan lampu suluh hendaklan dipungut semula dan disimpan dengan baik selepas banjir. Ubatan dan peralatan perubtan dalam knapsack hendaklah diperiksa dan dipakai untuk kegunaan harian agar tidak luput / rosak. Knapsack seterusnya disimpan dengan baik untuk kegunaan masa hadapan. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 15 9.0 PELAN TINDAKAN BANJIR LUAR BIASA HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA (Berdasarkan Pengalaman Banjir Besar di HKK 2014) 9.1 Pengenalan Banjir besar / luarbiasa telah berlaku pada bulan Disember 2014 menyebabkan kebanyakan bandar-bandar utama di Kelantan ditenggelami air banjir Berdasarkan pengalaman banjir besar tersebut, beberapa isu dan “learning points” digunakan sebagai panduan sekiranya banjir besar berlaku. 9.2 Analisa Risiko Banjir Besar (Risk Analysis) Banjir biasa - hanya laluan tersekat. Bekalan elektrik dan air paip tiada masalah Banjir luarbiasa / berpotensi menjadi luarbiasa menyebabkan: i. Tiada bekalan elektrik TNB ii. Tiada bekalan air paip terawat iii. Tiada / sukar mendapat bekalan makanan dan air minum iv. Hanya laluan udara untuk bantuan dari luar. v. Ramai staff menjadi mangsa banjir (45% staf menjadi mangsa banjir pada (2014) Laluan keluar masuk ke hospital tersekat disebabkan Hospital menjadi pulau Risiko kepada staf dan pesakit yang menaiki bot Hanya boleh dicapai dengan menggunakan bot / helikopter untuk beberapa hari jika banjir besar berlaku Sukar untuk mendapatkan bot khas untuk kegunaan HKK sahaja (dedicated usage) disebabkan pasukan penyelamat sibuk dengan misi menyelamat mangsa banjir terperangkap. Tambahan pula, pasukan penyelamat tempatan sendiri dan keluarga menjadi antara mangsa banjir. Pada banjir tahun 2014, HKK bertuah kerana mendapat bantuan 2 buah bot yang disediakan khas oleh sukarelawan daripada Universiti Pengajian Sultan Idris (UPSI). JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 16 9.3 Bekalan Sumber (Resource matrix) 9.3.1 Sumber manusia Bilangan staf yang ada untuk bertugas di hospital akan berkurangan disebabkan jalan tersekat oleh air banjir dan staf menjadi mangsa banjir. Pada kemuncak banjir, staf yang terkandas dihospital terpaksa bertugas berterusan sehingga banjir surut dan laluan selamat dilalui untuk pulang ke rumah. Semasa banjir 2014, staf perlu bertugas berterusan selama 5 hari. Koordinasi diperlukan untuk menguruskan bantuan staf daripada luar Kelantan untuk bertugas sementara di HSIP. Data-data penting staf jabatan dan data berkenaan bilangan bilangan staf bertugas, mangsa banjir yang mendapat perlindungan di hospital serta staf bantuan daripada luar perlu dikemaskini. 9.3.2 Keperluan Asas Kehidupan merupakan keperluan asas untuk hidup dan meneruskan operasi hospital iaitu air minuman, makanan, tempat tinggal, air domestik, sanitasi (tandas dll) dan tenaga (dalam bentuk tenaga elektrik dan petrol/diesel untuk kenderaan dan bot) Kapasiti bekalan makanan. Stok makanan untuk banjir untuk 1000 orang termasuk staf, mangsa banjir dan staf bantuan luar adalah seperti dilampiran Kapasiti bekalan air minuman. Kapasiti tangki air HSIP 885,000 liter mempunyai system tadahan hUjan berkapasiti 30,000 liter Sekiranya diperlukan bekalan air minuman tambahan boleh diperolehi daripada: i. Sistem penapisan air JERNIH boleh dibekalkan oleh pihak tentera (sekiranya terdapat pengelibatan pihak tentera) Kapasiti generator untuk membekalkan tenaga elektrik secara berterusan. Empat unit portable generator (1- 5kva diesal, 3- 1000wt petrol telah sedia ada di HSIP. Back up generator akan dibekalkan oleh Unit radicare. Setiap unit diminta mengadakan lampu “portable emergency” dan lampu picit untuk kegunaan Kecemasan JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 17 9.3.3 Logistik / Pengangkutan - bot, kenderaan darat - meletak kenderaan dan ambulan ditempat strategik apabila banjir mula melanda. Perkhidmatan bot perlu dikoordinasikan dengan bilik gerakan banjir daerah. 9.3.4 Komunikasi - GIRN, Sistem Radio Amatur telah sedia ada di HSIP dan perlu dipastikan berfungsi. Talian telefom bimbit peribadi, Whatsapp, SMS, juga telah digunakan dan banyak membantu semasa banjir 2014 tetapi terhad kepada talian tertentu. 9.4 Keperluan Jika berlaku banjir besar / luarbiasa 9.4.1 Meneruskan kehidupan: Bilangan staf, pesakit, waris pesakit, mangsa banjir dan staf bantuan dari luar perlu dikenalpasti. Dianggarkan antara 700 hingga 1000 orang jika berdasarkan banjir 2014. Hospital Sultan Ismail Petra perlu berfungsi sebagai sebuah Pusat Pemindahan Banjir. 9.4.1.1 Air untuk minum / memasak makanan Untuk minum dan memasak cth nasi, lauk. Sistem penapisan air JERNIH boleh dibekalkan oleh pihak tentera. Mengambil masa utk dipasang di HSIP. Sistem penapisan air ini boleh menapis air banjir yang berkeladak untuk menghasilkan air yang bersih dan selamat diminum. Bekalan air mineral melalui helikopter / bot jika diperlukan Bekalan air alternatif - Mineral water pot / water filtration unit utk tapis air hujan untuk buat memasak dan lain-lain. Bekalan air hujan dari air bumbung. Sekiranya bekalan air bersih untuk minum / memasak amat kritikal / tidak mencukupi Air perlu catu (terutama air domestik) jika tahap bekalan adalah kritikal. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 18 9.4.1.2 Makanan Bekalan makan untuk staf, pesakit, waris dan mangsa banjir - 700 to 1000 orang. HSIP perlu mempunyai stok makanan sendiri kerana stor makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah tenggelam semasa banjir besar banjir 2014. Perlu stok bermula 1 November hingga 31 Januari (musim tengkujuh) Staf untuk memasak akan melibatkan staf bantuan daripada unitunit lain. Air untuk memasak, membasuh peralatan dapur perlu dipastikan mencukupi Jika bencana banjir berterusan untuk jangkamasa lama, perlu kenalpasti keperluan harian utk dihantar setiap hari ke HSIP menggunakan Helikopter /bot Hospital Sultan Ismail Petra bersedia untuk berfungsi (Self Sustaining) sekurang-kurangnya untuk 7 hari merangkumi keperluan air minum, makanan dan sumber tenaga. 9.5 Keperluan Asas 9.5.1 Air untuk kegunaan harian (Air Domestik) Bekalan air paip akan terjejas untuk melebihi 2 minggu kerana loji air rosak sebab ditenggelami banjir. Air perlu dihantar oleh lori tanki air hantar setiap hari apabila banjir telah surut. Menggunakan air hujan untuk menjimatkan air tangki. Rain Water Harvesting System - HSIP telah ada sistem takungan untuk menyimpan air hujan. Air disalurkan ke 3 buah tandas disekitar hospital. Perlu catu air tangki lebih awal. Keutamaan adalah untuk digunakan oleh dapur untuk memasak makanan dan air minuman. Bekalan air diperlukan untuk pengurusan klinikal seperti ‘hand washing’, membasuh peralatan klinikal seperti dressing set dll. Antara kegunaan air domestik lain adalah untuk membasuh peralatan harian - pinggan, gelas dan peralatan memasak di dapur hospital serta untuk mandi dan ‘flush’ tandas. Air hujan dari bumbung perlu ditadah menggunakan bekas plastik yang ada. ‘Water container’ besar utk tadah air hujan daripada ‘gutter’ bumbung Perancangan untuk mengadakan “Tube Well” JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 19 9.5.2 Tempat tinggal Diperlukan untuk staf dan mangsa banjir berehat, tidur. Tempat tinggal untuk staf HSIP - Jabatan masing-masing. Tempat tinggal tambahan utk staf HSIP dan staf bantuan dari luar. i. Asrama Jururawat ii. Asrama Doktor Pelatih iii. Pejabat Pakar Bawah iv. Keperluan bekalan elektrik daripada generator untuk kegunaan lampu tambahan perlu dikenalpasti sekiranya tambahan generator diperlukan daripada KKM / MKN. Semasa banjir 2014 portable generator tambahan telah dihantar oleh pihak KKM menggunakan helikopter. v. Hospital Sultan Ismail Petra mempunyai 3 camping tent ,56 Foldable bed ,6 sleeping bed 2 Foldeble tent dan 1 Disaster Tent Rujuk lampiran Peralatan Bilik Gerakan Banjir HSIP. Tempat tinggal untuk mangsa banjir termasuk waris pesakit. i. Balai Pelawat ii. Tadika. 9.5.3 Electricity / Power Generator untuk maintain bekalan elektrik. Generator berkapasiti 2x1700kVa Diesel & petrol untuk generator. i. Penggunaan sehari untuk generator dianggarkan 4000-liter diesel sehari. ii. Stok berkapasiti sebanyak 37,000-liter diesel disediakan. Sebanyak 10 unit powerbank bercas berkapasiti tinggi telah dibeli untuk kegunaan mengecas telefon untuk komunikasi kritikal yang dikenalpasti. 9.5.4 Tandas / Sanitation Air - terhad. Rainwater Harvesting System - jika hujan berterusan bekalan sentiasa ada. Lampu / Elektrik / Lilin didalam tandas JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 20 9.6 Rawatan pesakit dalam Keperluan staf untuk setiap unit perlu dikenalpasti dan dikoordinasi supaya perawatan pesakit tidak terjejas. Setiap staf perlu bersedia melakukan tugasan bukan klinikal yang mungkin diluar tugasan mereka tanpa mengira jawatan. Staf bantuan dari luar perlu seboleh-bolehnya ‘self-sufficient’ supaya tidak membebankan pihak hospital yang kekurangan sumber. Staf bantuan dari luar juga perlu bersedia daripada segi mental untuk bertugas dalam keadaan serba kekurangan sewaktu banjir besar. Bekalan ubat, oksigen, air dan makanan perlu dipastikan sentiasa mencukupi. Bekalan elektrik untuk peralatan perubatan terutamanya ke kawasan kritikal seperti ICU, PICU, A&E, Dewan bersalin dll perlu dipastikan mempunyai lampu kecemasan yang berfungsi dengan baik. Air diperlukan untuk kegunaan klinikal seperti membasuh tangan dan membasuh peralatan ‘reusable’ 9.6.1 Perkhidmatan yang terjejas Semasa banjir 2014, beberapa perkhidmatan sokongan klinikal terjejas akibat tiada bekalan air dan elektrik. Makmal tidak dapat berfungsi akibat ketiadaan air dan elektrik. Hanya full blood count sahaja dapat dilakukan menggunakan mesin di unit Kecemasan.Radiologi - Pemeriksaan radiologi tidak dapat dilakukan kerana tiada elektrik CSSU - operasi terjejas akibat ketiadaan air bersih Bekalan darah - memerlukan bekalan daripada HRPZ II Staf terlatih dalam bidang-bidang tertentu mungkin tiada akibat staf terkandas atau menjadi mangsa banjir. Ubatan yang sensitif kepada perubahan suhu seperti vaksin dan antivenom perlu dijaga dengan baik dan ‘cold- chain’ dipantau. 9.6.2 Perkhidmatan Syarikat Konsesi Radicare Pembekalan linen mungkin terjejas akibat banjir besar. Perkhidmatan perlu diteruskan terutama yang melibatkan keperluan air dan elektrik. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 21 9.7 Pengendalian Bencana Banjir 9.7.1 Koordinasi Operasi Banjir Tugasan untuk mengkoordinasi bencana banjir adalah berdasarkan staf yang ada dan dapat bertugas semasa kejadian banjir besar berdasarkan senarai tugas yang telah dikenalpasti. Ada kemungkinan ramai staf menjadi mangsa banjir dan tidak dapat datang bertugas. i. Identifikasi dan pambahagian tugasan perlu dilakukan ii. Cabaran dan isu-isu penting perlu dikenalpasti dan diselesaikan Komunikasi perlu diadakan dengan ‘liason officer’ atau pegawai perhubunhan disemua peringkat seperti: i. KKM - CPRC jika diperlukan ii. JKNK - di Pusat Operasi Banjir JKN / CPRC JKNK Negeri iii. Bilik Gerakan Banjir Daerah - Pejabat Tanah Daerah Kuala Krai Jika diperlukan koordinasi bantuan air, makanan, dan item penting yang lain menggunakan helikopter perlu dibuat melalui CPRC JKNK, pegawai perhubungan ATM di Bilik Gerakan Banjir Daerah dan pegawai perhubungan JKNK di Bilik Gerakan Tentera di 8 Briged, Pengkalan Chepa. Bantuan melalui helikopter adalah menggunan Landing Zone Helikopter di lokasi yang dikenalpasti berhampiran Pejabat Tanah Kuala Krai, Kuarters Hospital HSIP dan Padang Hospital HSIP Staf diperlukan untuk mengkoordinasi dan pengurusan pengangkutan barang-barang dari Landing Zone ke hospital menggunakan kenderan dan bot. 9.7.2 Pengendalian kawasan hospital dinaiki air Kenalpasti kawasan berisiko dinaiki air banjir Pada tahun 2014, Stor Perubatan, Forensik, Klinik Psikiatri dan pejabat Radicare telah ditenggelami air. Kereta staf dikawasan parking juga ditenggelami air. Pemindahan barang barang daripada bangunan yang rendah dan berisiko ditenggelami air perlu dibuat penilaian dari awal untuk mengelakkan kerosakan. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 22 9.7.3 Komunikasi Berisiko terjejas akibat daripada: i. Tiada liputan talian telefom bimbit akibat tiada elektrik dan pemancar ditenggelami banjir ii. Bateri telefon habis. Perlukan power bank iii. GIRN berfungsi dengan baik. a. 8-unit Handheld dan 5 unit vehicular) di HSIP b. Komunikasi lebih perlahan disebabkan ianya merupakan sistem perhubuhan sehala. c. Pengguna GIRN kadangkala sibuk dengan tugasan di lapangan & tugas lain. Perlukan staf tertentu utk memantau talian. Ini adalah kerana sistem GIRN / walkie talkie tiada nada dering dan senarai panggilan (missed call). iv. Tiada elektik untuk charge telefon bimbit / GIRN di lokasi luar daripada hospital 9.7.4 Peralatan - Rujuk Peralatan Bilik Gerakan Banjir 9.7.5 Logistik Bot untuk operasi penghantaran bekalan makanan, air dll. Bot untuk operasi menghantar pesakit ke Heli Landing Zone Ambulan / Kenderaan di Landing Zone dan kawasan sekitar banjir utk pengangkutan staf dan pesakit. 9.7.6 Koordinasi bantuan Helikopter Bantuan melalui helikopter adalah menggunan Landing Zone Helikopter di lokasi yang dikenalpasti berhampiran Pejabat Tanah Kuala Krai Kuarters Hospital Kuala Krai dan Padang Bola Hospital HSIP. Komunikasi perlu dibuat melalui CPRC JKNK, pegawai perhubungan ATM di Bilik Gerakan Banjir Daerah dan pegawai perhubungan JKNK di Bilik Gerakan Tentera di 8 Briged, Pengkalan Chepa. Staf diperlukan untuk mengkoordinasi dan pengurusan pengangkutan barang-barang dari Landing Zone ke hospital menggunakan kenderan dan bot. Perhubungan antara Bilik Gerakan Banjir Hospital Sultan Ismail Petra dengan staf di landing zone adalah menggunakan walkie-talkie. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 23 Bantuan untuk mengangkat barang-barang yang dibawa oleh helikopter perlu di rancang. Bantuan daripada pihak tentera jika ada. Koordinate bot utk bawak barang / pesakit perlu dilakukan supaya lancer Koordinasi penghantaran pesakit menggunakan helikopter ke HUSM Koordinasi yang baik dan tepat diperlukan untuk mengelakkan pesakit terpaksa menunggu lama di Landing Zone, terutama pesakit yang intubated dan memerlukan oksigen. Juruterbang helikopter perlu mengetahui mereka perlu mangambil pesakit untuk dihantar ke HUSM. Jika tidak, juruterbang tidak mahu mengambil pesakit kerana tiada dalam senarai misi mereka. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 1. Memaklumkan petugas bilik gerakan banjir mengenai kes yang perlu dihantar ke Hospital Rujukan lain. 2. Petugas di bilik gerakan Banjir Hospital Sultan Ismail Petra perlu bersedia dan memantau maklumat paras air, keadaan jalan dan situasi banjir semasa. (Pegawai perlu mendapatkan kepastian maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Banjir Kesihatan Daerah). 3. Sekiranya tiada maklumat, silka hubungi Bilik Gerakan Banjir Polis IPD Kuala Krai. 4. Untuk mendapatkan bantuan helikopter bagi kes-kes yang terlalu “emergency”, hubungi pihak polis atau terus ke Pusat Gerakan Banjir Daerah Kuala Krai di Pejabat Tanah Jajahan Kuala Krai / bilik gerakan CPRC di JKNK. 5. Sekiranya pegawai di bilik gerakan banjir tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, sila hubungi Pengarah Hospital @ Pegawai Penyelaras @ Timbalan untuk tindakan seterusnya. 6. Sila rujuk carta alir dan No. Telefon Pegawai-pegawai terlibat dan Jabatan yang terlibat. 24 LAMPIRAN 1 Pengenalan 1. Garis panduan ini bertujuan memberi kefahaman kepada pegawai banjir berkenaan pengendalian pesakit di musim banjir. 2. Meningkatkan keberkesanan pengendalian pesakit yang dirujuk ke Hospital Rujukan (HRPZ II dan HUSM) 3. Meningkatkan tahap komunikasi berkesan dan cekap sesama pegawai terlibat dan kakitangan Hospital dengan kakitangan jabatan-jabatan yang terlibat seperti Kesihatan, Polis, JPAM, JPBM dan Pejabat Tanah Jajahan. Pengendalian Pesakit Semasa Musim Banjir. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 25 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 26 LAMPIRAN 2 KENDERAAN BUKU-BUKU LOG KENDERAAN DI ATAS HENDAKLAH DI PANTAU DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PETUGAS BILIK GERAKAN BANJIR SEBELUM DAN SELEPAS PENGGUNAAN KENDERAAN. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 27 STOK MINYAK (GENERATOR) PENJANA ELEKTRIK KECEMASAN JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 28 LAMPIRAN 3 SENARAI STOK GAS PERUBATAN JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 29 PERALATAN BILIK GERAKAN BANJIR JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 30 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 31 LAMPIRAN 4 SENARAI STOK MAKANAN UNTUK BENCANA BANJIR Anggaran stok dikira berdasarkan keperluan untuk 1000 orang dengan tempoh penggunaan selama 7 hari. JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 32 BEKALAN AIR JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 33 LAMPIRAN 5 SENARAI UBAT UBATAN DALAM BEG BANJIR / KNAPSACK JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 34 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 35 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 36 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 37 LAMPIRAN 6 PERALATAN SURGICAL DI DALAM BAG BANJIR JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 38 10.0 BAHAGIAN KESELAMATAN NEGARA (JPM) NEGERI KELANTAN JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 39 11.0 AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA JAJAHAN KUALA KRAI (DKK) JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP JAWATAN KUASA KEAHLIAN NO TELEFON PENGERUSI YABrs KETUA JAJAHAN KUALA KRAI 09-9666393 TIMBALAN PENGERUSI TIMBALAN KETUA JAJAHAN KUALA KRAI 09-9666393 SETIAUSAHA PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH / KETUA PENOLONG KETUA JAJAHAN (PEMBANGUNAN) 09-9609460 /09- 9666393 AJK KETUA POLIS DKK 09-9666222 KETUA PENOLONG KETUA JAJAHAN (KHIDMAT PENGURUSAN) 09-9666393 PEGAWAI MEMERINTAH BATALION INFANTRI 506 ASKAR WATANIAH 09-9446302 PENGARAH HOSPITAL DKK 09-9666333 PEGAWAI KESIHATAN DKK 09-9666066 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH 09-9602200 JURUTERA JKR JAJAHAN KUALA KRAI 09-9666140 JURUTERA JPS JAJAHAN KUALA KRAI 09-9666313 SETIAUSAHA MAJLIS DKK 09-9602000 SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH DABONG 09-9663345 PENOLONG KETUA JAJAHAN (PEMBANGUNAN DAN PELUPUSAN TANAH) 09-9666393 PENOLONG KETUA JAJAHAN (PENGUATKUASA, TEKNIKAL & HASIL) 09-9666393 PENOLONG KETUA JAJAHAN (PENDAFTARAN) 09-9666393


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP AJK PENOLONG KETUA JAJAHAN (PEMBANGUNAN DAN MASYARAKAT) 09-9666393 PEGAWAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN KUALA KRAI (JKM) JAJAHAN KUALA KRAI 09-9666138 PEGURUS TENAGA NASIONAL BHD DKK 09-9666020 PENGURUS KESEDAR WILAYAH SELATAN DKK 09-9664220 PEGAWAI PEMBANGUNAN JAJAHAN JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN (JPP) 09-9663902 PEGAWAI DAERAH OLAK JERAM DAN MENGKEBANG 019-92343655 PENGGAWA DKK 014-2983757 PEGAWAI PENERANGAN DKK 09-9666677 PEGAWAI Y/M BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DKK 09-9666444 PEGAWAI RELA DKK 09-9666345 PENYELIA JABATAN METEOROLOGI DKK 09-9666568 PENGURUS TELEKOM MALAYSIA BERHAD DKK 09-9667111 PENGURUS AIR KELANTAN SDN BHD DKK 09-9667412 40 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 41 12.0 SENARAI NO TELEFON JABATAN / PEGAWAI PERINGKAT NEGERI JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


PELAN TINDAKAN INSIDEN KECEMASAN DAN BENCANA HSIP 42 JILID 5 : PELAN TINDAKAN BENCANA BANJIR | HSIP


Click to View FlipBook Version