SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 43 DIRASMIKAN OLEH : TAN SRI DATO’ SERI (DR) HJ MOHD YUSSOF LATIFF PRESIDEN PERSATUAN MELAYU PULAU PINANG (PEMENANG) MANTAN PENGERUSI JEMAAH LEMBAGA TADBIR SEKOLAH TARIKH : 23 JUN 2023 HARI : SELASA MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN MUTIARA, SMT TAR PUTRA
ISI KANDUNGAN 1. ISI KANDUNGAN 2. ATUR CARA MAJLIS 3. AGENDA MESYUARAT 4. PERUTUSAN PENGETUA 5. PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG 6. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 7. LAPORAN TAHUNAN AJK PIBG SESI 2022/2023 8. LAPORAN KEWANGAN
ATUR CARA MAJLIS 8.30 Pagi : Ketibaan Ibu Bapa/ Penjaga/ Waris dan Pendaftaran 9.00 Pagi : Ucapan alu-aluan pengacara majlis : Ceramah Keibubapaan ANAK : ANUGERAH & AMANAH bersama Ustaz Manis : Pimpinan Doa : Sepatah Kata Seindah Bahasa Ucapan Tuan Pengetua SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang EN MOHD SALIM BIN MOHAMED YUSOOF : Ucapan Yang Dipertua PIBG TAN SRI DATO' SERI (DR) HJ MOHD YUSSOF LATIFF Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Mantan Pengerusi Jemaah Lembaga Tadbir Sekolah : Penyampaian Sijil kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 : Mesyuarat Agung PIBG dimulakan Kata-kata aluan Yang Dipertua PIBG, En Rosdi Bin Mat Ali Membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-42 Membentangkan dan Menerima Laporan Tahunan Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Sesi 2022/2023 Membahaskan Usul-usul Pemilihan dan Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2023/2024 Pemilihan Juru Audit Dalaman Hal-hal Lain 12.30 Tgh hari : Mesyuarat Ditangguhkan
AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN TUAN PENGETUA 2. UCAPAN PENGERUSI PIBG 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SESI 2022/2023 4. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 5. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN SESI 2022/2023 6. MEMBAHASKAN USUL-USUL 7. PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 8. PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN 9. UCAPAN PENANGGUHAN 10. HAL-HAL LAIN
PERUTUSAN PENGETUA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 (2023) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. Sebelum meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa untuk mesyuarat yang diadakan pada hari ini. Selain itu, saya bagi pihak sekolah ini juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 di bawah pimpinan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, En. Rosdi bin Mat Ali kerana memberi sokongan padu terhadap program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan mesyuarat agung pada hari ini. Sesungguhnya mesyuarat agung ini merupakan platform terbaik bagi pihak sekolah dan ibu bapa berbincang, berkongsi idea dan pendapat yang bernas bagi membantu pihak sekolah untuk mamantapkan lagi aktivitiaktiviti PIBG sekolah ini demi kemenjadian semua murid. Hadirin yang dihormati, Pelbagai program telah diadakan bagi kemenjadian murid di sekolah ini. Kami warga pendidik di sekolah ini telah merancang pelbagai program yang bertujuan tidak lain tidak bukan membantu semua murid di sekolah ini tanpa mengira tahap. Pelbagai program telah dirancang melibatkan kurikulum dan kokurikulum untuk memastikan murid dapat bersedia lebih awal untuk SPM. Tuan/puan boleh melihat laporan tahunan PIBG kerana di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti tidak kira di peringkat asrama ataupun sekolah telah dijalankan dan sumbangan PIBG digunakan dengan sebaik-baiknya bagi tujuan tersebut. Pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan tenaga demi membimbing anak-anak murid untuk mendidik dan menjaga emosi mereka. Saya juga ingin menyeru tuan/puan agar memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai dan memberi kerjasama kepada guruguru bagi menunjukkan komitmen kepada sekolah ini. Kerjasama daripada semua pihak, iaitu individu atau entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari sangat penting untuk membantu anak-anak murid. Pencapaian akademik ini perlu disulami dan diisi juga dengan nilai moral, adab tertib, insaniah dan kerohanian. Kehadiran ibu bapa pada hari ini juga membuktikan bahawa ibu bapa mempunyai sikap cakna, responsif dan kolaboratif dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan anak-anak. Sokongan seperti ini merupakan sarana ibu bapa yang sangat diperlukan dan dihargai oleh pihak sekolah demi melihat kejayaan mereka.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati, Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan syabas kepada semua ibu bapa dan AJK PIBG yang sentisa memberi komitmen dan kerjasama yang jitu kepada pihak sekolah. Pihak sekolah sentiasa berlapang dada dalam menerima sebarang pandangan dan komen yang membina demi kemenjadian murid di sekolah ini. Sentiasalah berganding bahu bersama kami demi kecemerlangan dan masa depan mereka. Semoga semua usaha kita bersama-sama akan membuahkan kejayaan dengan melihat anak-anak kita berjaya di pentas dunia. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat Bermesyuarat, ....................................................................... (EN. MOHD SALIM BIN MOHAMED YUSOOF) Pengetua, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang.
PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43 (2023) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke ke hadrat Allah s.w.t. kerana sekali lagi kita dapat bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya bagi pihak jawatankuasa 2022/2023 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir mesyuarat pada hari ini. Komitmen yang dipamerkan oleh tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang terbaik sepanjang tempoh ini sama ada dalam bentuk tenaga atau buah fikiran, dan secara langsung atau tidak langsung. Walaupun dengan pandemik Covid-19 belum berlalu sepenuhnya, hal itu tersebut tidak menghalang pihak PIBG dalam meneruskan tanggungjawabnya membantu pihak bagi memastikan kebajikan dan kecemerlangan anak-anak kita dipelihara. Jutaan terima kasih juga kepada komitmen Ibu Bapa yang sangat dedikasi membantu pihak sekolah. Untuk makluman semua ibu bapa dan waris, pada tahun ini pihak PIBG telah bersetuju sebulat suara memaklumkan bahawa sumbangan kepada tabung PIBG adalah sebanyak RM130.00 seperti tahun -tahun sebelum ini termasuklah kos menerbitkan semula majalah sekolah. Saya berharap ibu bapa semua menyokong usaha PIBG sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan anak anak khasnya dalam kurikulum dan kokurikulum. Saya juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, En. Mohd Salim Bin Mohamed Yusoof yang bertindak sebagai penasihat dan banyak memberi galakkan dan cadangan sepanjang sesi 2022/2023. Serta Berjaya mengembelingkan kerjasama PIBG dan ALUMNI dengan jayanya serta menhasilkan kerjasama yang utuh dan mengutungkan anak-anak pelajar kita. Akhir kata, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah sepanjang kami melaksanakan tanggungjawab atas amanah yang diberikan demi kebajikan dan kebaikan semua murid dan warga SMTTAR Putra, Pulau Pinang. Sekian, terima kasih. Wassalam. ..................................................... (En Rosdi Bin Mat Ali) Yang Dipertua PIBG SESI 2022/2023, SMT Tunku Abdul Rahman Putra
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-42 TAHUN 2022
SENARAI KEHADIRAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SESI 2021/2022 1 Mohd Salim Bin Mohamed Yusoof 26 Mohd Shukri B. Mohd Shariff 2 Lai Yit Peng 27 Nursyira Binti Zainul 3 Noraziyan Binti Ismail 28 Mazira Bt Maliki 4 Shukeriah Binti Mustaffa 29 Norsuzana Binti Md Noor 5 Nazrul Azwan Bin Ahmad Sabri 30 Abdul Muaz b. Abdul Razak 6 Nazriah Binti Md Ali 31 Mira Adilla Bt Sabri 7 Shukeriah Binti Mustaffa 32 Md Nasser Samsudin 8 Nazrul Azwan Bin Ahmad Sabri 33 Nor Hasmidar Bt Mohamad Abdul Hadi 9 Noor Sarfina Bt Shari 34 Usha Somaiah 10 Nurmalina Ahmad Marekan 35 Mohamad Hasan Bin Omar 11 Nor Afiza Bt Ahmad 36 Muhammad Bin Ismail 12 Norhasnida Binti Muhamad Ramli 37 Nur Usshida Bt Abu Bakar 13 Siti Nor Fazira Binti Surun 38 Saiful Anuar Bin Baharudin 14 Chang Hui Yee 39 Muhammad Ismail Bin Mohd Jamil 15 Siti Hafizah Bt Che Hashim 40 Umi Salamah Burahan 16 Nor Suhana Bt Ishak 41 Mardiatul Naqirah Binti Che Kamil 17 Nor Afiza Bt Ahmad 42 Gan Shiau Chin 18 Cheah Wei Heng 43 Irawani Abdul Rahman 19 Nurul Asyiqin Bt Khamaruddin 44 Logeswari a/p Krusna Kandasamy 20 Nurul Hidayah Binti Mohd Zuhairi 45 Mohd Firdaus Bin Ahmad 21 Nur Amanina Binti Che Amzah 46 Foo Mee Ling 22 Nur Azni Bt Mat Nawi 47 Mohd Hakimin Bin Yaakub 23 Noor Hayati Bt Habib Mohd 48 Mohd Fakhzan Bin Mohd Rosdi 24 Saidatul Solehah Bt Mokhtar 49 Siti Azayana Binti Baharin 25 Nur Farhana Bt Abd Manas 50 Zafrun Nisah Bt Abdul Mutalib
SENARAI KEHADIRAN WARIS KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42 SESI 2021/2022 BIL Nama Waris BIL Nama Waris 1 JAAFOR BIN ABDUL RASHID 19 SUPIAH BT JAMALUDIN 2 NORAZARINA BINTI AHMAD 20 PAZLI BIN JUNOH 3 MOHAMAD ANUAR KAMARUDIN 21 ZALINAR BINTI GAXSLI 4 ANUAR BIN SHAFIR 22 SHAMSUKOR BIN AHMAD 5 NUR ASYIKIN BINTI MOHAMAD RODZI 23 ZAKIAH ISMAIL 6 SITI NORSAZLINA HARON 24 MOHD NAJIB BIN OMAR 7 FAUZLINA BT MOHAMED HUSIN 25 HASFIZAN BIN HASHIM 8 NURAIDA BT AZUDDIN 26 MARIA ILYANA MUHAMMED 9 MOHD SUHAIMI BIN YUSOF 27 MOHAMMAD SHAHINI BIN PUTEH 10 MOHAMAD SAIPOL BIN MOHAMAD IBRAHIM 28 SAAREE BIN NOT 11 ZAHARIAH BINTI MOHD ZAKI CHUAH 29 NOR AZIAN BT MOHD SAARI 12 SUPIAH BT JAMALUDIN 30 ZAIBUNNISHA BINTI ABDUL RASHID 13 NOORIHAN BT JAMALUDDIN 31 SALINA BINTI SAHAARI 14 ROSMIZAN BT ABD RAHMAN 32 SHAIDA BINTI ABDUL RAHMAN 15 NIK ISMAIZA BINTI ISMAIL 33 HASNIDA BINTI ISA 16 MUHAMAD IZWAN BIN ABDUL MUTALIB 34 NOOR ERMA RAIHANA KASSIM 17 NORAZWAN BIN AHMAD 35 NORINA BT OTHMAN 18 IDAWATI OTHMAN 36 MOHD TAUFEK BIN AHMAD SUBKI 37 ROSLIZAHANIM BINTI JAINUDIN 58 ZALEHA BINTI MOHAMAD 38 MOHD LATIF BIN YUSOFF 59 NORAZMAN SAMIUN 39 UMI SUFIAH BT BAHARIN 60 NOOR HAIZANIZAM BIN HUSSAIN 40 MOHD FAUZI BIN OSMAN 61 MUZAMMIL BIN MUSA 41 SAZALI BIN SAAD 62 SOBIAH MD NOOR 42 BADRUL HISHAM BIN AHMAD TAJUDDIN 63 SHAHRIL NIZAM BIN CHE MANSOR
43 MOHD NAZRI BIN ABU HASSAN 64 HASLINA BINTI ISHAK 44 ZUL BIN IDRIS 65 AHMED SULASTRY B ADNAN 45 MUHAMMAD ALWI NIP ABDULLAH 66 MOHD NAFIZ B.OTHMAN 46 MOHAMAD IZRIL HISHAM BIN MOHAMAD REJAB 67 NORHAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM 47 DASHIMAH BINTI ZAKARIA 68 RAFIDAH HASAN 48 NOOI IZHAM BIN ABU BAKAR 69 NOR AZIMAH BINTI HASAN 49 IBRAHIM BIN NASRI 70 ABDUL HALIM BIN AHMAD 50 MOHAMAD IZAHAM BIN MOHAMED YATIM 71 NORIZA BINTI YAHAYA @ HASHIM 51 MARDHIYAH BINTI KAMIS 72 ROSMAWATI ABDUL RAHMAN 52 SAIFUL AZREE B SALIM 73 SYAHRIL BIN SABUDIN 53 M.HUSSEIN B MOHD IBRAHIM 74 ABDUL HALIM BIN HASSAN 54 HAMIDI BIN HAMIDON 75 MOHD. RIZAL BIN MOHD NOOR 55 ROSDI BIN MAT ALI 76 HALIJAH BINTI AHMAD 56 JASLIZA BINTI JAMIL 77 ARDI BIN LITTLE 57 SHEELA 78 WIRA NADA BIN IBRAHIM 79 HAPIPAH BINTI AWANG 92 NEK MARLIANY BINTI ISMAIL 80 NURMALINA BT AHMAD MAREKAN 93 SITI HASMAH BINTI HASHIM 81 MOHAMMAD RIZAL BIN ARIFFIN 94 LIZA BINTI ISMAIL 82 SAHAIPUN NIZAN BIN IBRAHIM 95 EVA MARIZA ZAINOL.ABIDIN 83 MOHD ZAFRAN BIN MOHD ZAKUAN 96 HAZREZAL BIN AHMAD 84 ROHIYATI IDAYU BINTI HANIFF 97 NORMALINI MD KASSIM 85 FARIZAH BINTI IDRIS 98 FAIROS BIN ISMAIL 86 SITI SALWA BINTI HABIBON 99 ADDNAN BIN ISMAIL 87 AMINAZWIL AZWILA BINTI AMRAN 100 NORHISHAM BIN IDRIS 88 MUSHAMRIMAN BIN MUSTAFFA 101 MOHAMMAD RIZAL BIN ARIFFIN 89 SAZLINDA SAID 102 MOHD YUSRI BIN YUSOFF 90 HASNIDA BINTI MAT ISA 91 RAHIMI HAMID
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA KALI KE-42 SESI 2021/2022 Tarikh : 12 JUN 2022 Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Mutiara Bilangan Kehadiran Guru : 50 orang Bilangan Kehadiran Ibu bapa/Waris Pelajar : 102 orang 1.0 UCAPAN TUAN PENGETUA 1.1 Tuan Pengetua Encik Mohd Salim Bin Mohamed Yusoof mengucapkan terima kasih kepada pembaca doa. 1.2 Kata aluan dan ucapan terima kasih turut disampaikan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa PIBG, dan para tetamu yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 ini. 1.3 Beliau memanjatkan rasa penuh kesyukuran diatas pelaksanaan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 yang dilaksanakan secara bersemuka berbanding Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 yang terpaksa dijalankan secara atas talian akibat pandemik yang melanda. Namun begitu, mesyuarat secara aras talian kali ke 42 turut juga dijalankan dalam talian sebagai platform lain bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir ke mesyuarat agung kali ini di dewan mutiara. 1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021 yang banyak memberi bantuan dan tenaga kerja terhadap semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2021. 1.5 Pengetua menyarankan semua hadirin dan hadirat yang hadir menggunakan platform mesyuarat agung PIBG ini untuk berbincang, bertukar pendapat, berkongsi idea untuk memantapkan lagi proses kemenjadian murid kearah yang lebih baik. Kebanyakkan dalam kalangan ibu adalah alumni SMTTARP. 1.6 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada pihak Maybank kerana turut hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ini dan turut menyampaikan taklimat berkenaan penggunaan akaun MAE. 1.7 Beliau memaklumkan banyak program telah dijalankan sepanjang tahun 2021. Pada tahun ini pula, pihak sekolah akan merancang pelbagai program untuk membantu meningkatkan sahsiah dan akademik pelajar tanpa mengira tahap akademik bagi setiap pelajar. 1.8 Pada tahun 2022, kelonggaran syarat selepas pandemik membolehkan pelbagai aktviti boleh dijalankan di sekolah. 90% program yang tidak dapat dilaksanakan semasa pandemik bakal dijalankan pada tahun ini. Ibu bapa dan
para waris boleh merujuk semua platform media eletronik dan maya. Namun begitu, sebarang aktiviti masih merujuk kepada pekeliling dan SOP yang telah ditetapkan KPM. Pihak sekolah akan mencuba melakukan yang terbaik untuk anak didik TIPenang. 1.9 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa statistik lalu menunjukkan 94% anak TiPenang telah melanjutkan pengajian ke Pusat Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Pihak sekolah akan buat yang terbaik dan perbaiki lagi segala kekurangan yang ada. 1.10 Beliau memaklumkan bahawa, semasa musim pandemik yang telah berlaku tempoh hampir dua tahun, asrama sekolah telah mengalami banyak kerosakan. Perkara ini antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh pihak sekolah. 1.11 Tuan pengetua menjelaskan bahawa SMT adalah sama dengan sekolahsekolah di bawah KPM yang lain dimana mengharapkan peruntukkan sepenuhnya dari KPM terutamanya bantuan kewangan. 1.12 Segala info, teguran, makluman dari pihak waris akan diambil maklum oleh pihak sekolah. Untuk makluman semua waris, pihak sekolah telah memohon bantuan untuk pembangunan prasarana sekolah terutamanya prasarana asrama. Cadar, tilam, almari berkunci untuk kemudahan pelajar di aasrama sedang dalam proses untuk ditukar baru. Diharapkan semua ibu bapa memberi sedikit waktu kepada pengurusan untuk menyelesaikan perkara tersebut. 2.0 UCAPAN YANG DI PERTUA (YDP) PIBG 2.1 YDP En Rosdi Bin Mat Ali mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42. Beliau memanjat kesyukuran kerena berkesempatan berjumpa dalam mesyuarat kali ke-42. 2.2 YDP mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang memilih TI. Pegawai dari Maybank yang memberi taklimat pada perjumpaan kali ini juga merupakan salah seorang bekas pelajar TI. En Rosdi menyatakan ramai bekas-bekas pelajar TI telah mengisi banyak jawatan-jawatan penting dan telah menjadi orang yang berjaya. Tidak mustahil anak-anak pelajar yang berada di TI sekarang pada masa depan akan menjadi seorang yang mengisi jawatan- jawatan penting di negara kita. YDP berharap ibu bapa akan terus memberi kepercayaan kepada TI. 2.3 YDP mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK sesi 2022/2023 kerana telah menjalankan tugas dengan memberikan komitmen yang terbaik. 2.4 YDP memaklumkan sumbangan PIBG pada tahun ini adalah sebanyak RM130. Dalam mesyuarat PIBG yang lepas, ahli-ahli telah bersetuju dengan bayaran yuran yang telah ditetapkan dan bayaran yuran ini termasuk untuk majalah sekolah. YDP memaklumkan penerbitan majalah tidak dapat dilaksanakan pada dua tahun yang lepas akibat pendemik Covid-19.
2.5 YDP mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra atas sokongan dan usaha yang ditunjukkan dalam mencemerlangkan anak-anak murid sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, serta kemenjadian murid. 2.6 YDP mengucapkan penghargaan kepada pengetua sekolah En Salim kerana bertindak sebagai penasihat dan telah menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tempoh pendemik. 2.7 YDP menyatakan Alumni TI sangat aktif dalam menjayakan sesuatu program sekolah. Ex Ti akan mengadakan satu jamuan makan pada 21 Julai 2022. YDP berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini dan boleh berhubung dengan Cikgu Nazrul untuk sebarang urusan. 2.8 YDP telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -42 3.1 Pengerusi meminta cadangan untuk mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 sesi 2022/2023. 3.2 Encik NorAzman Bin Samiun mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan diterima. Puan Hasnida Bt Mad Isa menyokong minit mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020/2021 4.1 Pn. Siti Hafizah Binti Che Hashim telah membentangkan laporan tahunan PIBG sesi 2021/2022 yang merangkumi aktiviti PIBG dari bulan Januari hingga Jun, bilangan dan kehadiran AJK PIBG semasa mesyuarat. 4.2 Pengerusi mencadangkan agar laporan tahunan disahkan dan diterima dan disokong secara sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN SESI 2020/2021 YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2021. 5.1 Pn. Nor Suhana Binti Ishak membentangkan laporan penyata kewangan. Baki sumbangan PIBG sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM63,731.28 yang merangkumi simpanan tetap sebanyak RM8,117.29, akaun semasa sebanyak RM49,837.29 dan baki tunai sebanyak RM5,779.70. 5.2 Pn. Bendahari memohon cadangan laporan kewangan untuk disahkan. 5.3 Pn. Rozita mencadangkan agar laporan kewangan diluluskan dan disahkan manakala En Zul Bin Idris menyokong laporan kewangan diterima dan disahkan.
6.0 PERBAHASAN USUL 6.1 Usul 1: Pn. Rafidah binti Hasan meminta 6.1.1 Menaik taraf kemudahan air di Blok D asrama perempuan kerana tekanan air rendah pada waktu kemuncak. 6.1.2 Menyediakan perkhidmatan bas semasa pulang ke kampung dan mengenakan cas yang berpatutan ke jeti. 6.1.3 Menaik taraf tandas yang tersumbat di blok asrama dan menambah baik almari pakaian (almari yang berkunci) dan kipas siling di blok asrama. Respon: Pengetua, En Mohd Salim bin Mohamed Yusoof memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah membuat perancangan dan sedang menunggu peruntukan sebanyak RM 300,000.00 untuk tujuan pembangunan dan baik pulih prasarana di asrama dan sekolah. RM 100,000.00 akan diperuntukkan untuk membeli tilam, katil dan locker yang telah rosak. Urusan sebut harga bagi tujuan tersebut juga telah dilakukan dan sedang dalam proses menunggu kelulusan. Seterusnya, perkhidmatan bas untuk menghantar pelajar ke jeti akan disediakan mengiku bilangan pelajar. Sebelum ini perkhidmatan bas telah disediakan namun terdapat pelajar mengubah fikiran pada saat-saat akhir menyebabkan urusan pengangkutan sekolah terganggu. Jika ibu bapa mahu perkhidmatan tersebut diteruskan ibu bapa dan pelajar perlu sepakat dan memastikan pelajar menggunakan pengangkutan sekolah mengikut persetujuan dan waktu yang telah ditetapkan. 6.2 Usul 2: Pn Supiah binti Jamaludin mencadangkan agar menyediakan kemudahan air mineral dan kemudahan seterika yang lebih banyak serta mengambil tindakan jika ada kerosakan. Respon: Pengetua memaklumkan buat masa sekarang, pihak sekolah telah menyediakan dua unit air Coway di dewan makan untuk kegunaan murid hasil sumbangan Alumni. Permintaan untuk menyediakan kemudahan tersebut di setiap blok asrama memerlukan bayaran dan kontrak antara pihak sekolah dan pihak Coway. Oleh sebab itu, pihak sekolah mencadangkan kutipan bayaran RM1.00 setiap pelajar bagi setiap bulan jika ingin menyediakan keperluan tersebut pada tahun berikutnya. Kemudahan seterika yang lebih akan disediakan apabila peruntukkan telah diterima kelak. 6.3 Usul 3: Pn. Norshidah binti Md Sirad mengusulkan agar sekolah dapat memanjangkan waktu rehat seperti sebelum ini. Respon: Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa waktu rehat 30 minit yang telah disingkatkan menjadi 20 minit adalah mencukupi untuk membolehkan pelajar pulang awal ke asrama untuk makan tengah hari dan solat kerana Program Akademik pada waktu petang bermula pada pukul 3.45 petang. Pihak koperasi sekolah juga ada menyediakan jualan makanan pada waktu rehat.
6.4 Usul 4: En. Hazrezal bin Ahmad mengusulkan pihak sekolah supaya mengehadkan waktu outing bagi pelajar tingkatan 5 supaya dapat fokus untuk SPM 2022. Respon: Pengetua memaklumkan bahawa outing sendiri bagi semua pelajar tidak dibenarkan kerana faktor keselamatan, kesesakan dan situasi Covid-19 masih berlaku walaupun keadaan telah berubah ke fasa endemik. Pihak sekolah telah menyediakan minggu pilihan untuk pelajar balik ke kampung dan minggu wajib pulang ke kampung pula adalah bertujuan untuk pembersihan kawasan asrama. Seterusnya, program akademik untuk persediaan menghadapi SPM juga telah bermula 3 minggu yang lalu dan akan terus dilaksanakan sehingga menjelang SPM mengikut perancangan yang telah dibuat oleh pihak sekolah. 6.5 Usul 5: En. Azahar bin Mamat dan Mohd Taufek bin Ahmad Subki meminta 6.5.1 Aktiviti sparring dalam kalangan pelajar dan mohon penerangan kawalan yang diambil oleh pihak sekolah. 6.5.2 Mewujudkan kumpulan whatsApp waris dengan guru kelas kerana tiada saluran komunikasi antara ibu bapa dan guru (kelas/mata pelajaran) 6.5.3 Mewujudkan kumpulan whatsApp waris dengan warden kerana tiada saluran komunikasi dua hala ibu bapa dan warden bagi anak tinggal di asrama. 6.5.4 Adakah terdapat sesi perbincangan prestasi anak-anak antara guru dan ibu bapa? Respon: Pengetua memaklumkan bahawa pelajar yang melakukan kesalahan telah diambil tindakan kaunseling dan gantung asrama. Sebagai langkah kawalan pemasangan CCTV sebanyak 20 unit juga akan dilakukan. Program kerohanian juga telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah turut bekerjasama dengan Masjid Negeri dalam melakukan aktiviti solat berjemaah dan bacaan Yasin bersama pelajar yang diatur secara bergilir setiap minggu. Program ke Taman Negara melibatkan MPP juga telah dilaksanakan. Untuk makluman semua ibu bapa kumpulan whatsApp pelajar luar, pelajar asrama bersama warden dan semua pelajar bersama guru kelas sudah ada. Cadangan pihak sekolah kumpulan whatsApp untuk waris bersama guru kelas hanya untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi dua hala berkaitan sesuatu isu boleh dilakukan dengan berhubung secara terus dengan pengetua, Guru Penolong Kanan, guru kelas atau warden yang bertugas. Selanjutnya, perjumpaan ibu bapa bersama guru kelas dan guru mata pelajaran berkaitan prestasi para pelajar akan dilaksanakan selepas tamat Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 5 dan Dialog Prestasi antara waris dan guru-guru juga akan dilaksanakan selepas Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 4. 6.6 Usul 7: Pn. Aminazwil Azwila, En. Mohd Nazhar bin Ibrahim, En. Jainul Abitheen bin Dulkanai dan Pn. Zahariah binti Mohd Zaki meminta 6.6.1 Tingkatkan kualiti makanan Dewan Asrama. 6.6.2 Penambahbaikan dalam makanan. 6.6.3 Kemudahan asrama ditambahbaik untuk keselesaan pelajar
Respon: Pengetua menyatakan bahawa pihak sekolah akan melakukan pemantaun terhadap kawalan kualiti makanan supaya makanan yang disediakan bersih dan selamat untuk dimakan. Kemudahan bilik air yang rosak diselenggara dari masa ke semasa tetapi penambahbaikan hanya dapat dilakukan dengan adanya peruntukan. Untuk makluman semua ibu bapa, di setiap blok telah disedikan kemudahan telefon kad berbayar. 6.7 Usul 8: En Mohd Fauzi bin Sman mengusulkan pihak sekolah melakukan pemantauan harga makanan di kantin. Respon: Pn. Azlinda binti Idris menyatakan bahawa harga makanan yang ditetapkan adalah perpatutan berbanding harga makanan di luar. Namun begitu aduan yang diterima akan diambil tindakan pemantauan dari semasa ke semasa. Berhubung keperluan makanan dalam kalangan pelajar luar selepas waktu sekolah mereka boleh membuat pesanan lebih awal kepada pihak kantin. Sekiranya pelajar mempunyai masalah kewangan mereka akan dibenarkan untuk makan makanan yang disediakan di dewan makan asrama. 7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2022/2023. 7.1 En. Rosdi bin Mat Ali dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022. 7.2 Ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara melantik En. Rosdi bin Mat Ali sebagai pengerusi sementara. 7.3 En. Mohd Shukri bin Mohd Shariff mencadangkan AJK PIBG 2021/2022 dikekalkan untuk sesi 2022/2023. 7.4 Pn. Aminazwil Azwila menyokong AJK PIBG 2021/2022 dikekalkan untuk sesi 2022/2023. 7.5 Berikut merupakan jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023: Penasihat : En. Mohd Salim Bin Mohamed Yusoof Yang Dipertua : En. Rosdi Bin Mat Ali Naib Yang Dipertua : Dr. Normalini Md Kassim Setiausaha : Pn. Siti Hafizah Binti Che Hashim Penolong Setiausaha : Pn. Nurul Asyiqin Binti Khamaruddin Bendahari : Pn. Nor Suhana Bt Ishak Pen. Bendahari : Pn. Nur Farhana Binti Abdul Manas Ajk Ibu Bapa : En. Nor Azman Bin Samiun Ajk Ibu Bapa : Pn. Nor Heidi Bt Md Noh Ajk Ibu Bapa : Pn Hasnida Bt Mat Isa Ajk Guru : Pn. Zafrun Nisah Binti Mohamed Ali Ajk Guru : En. Abdul Muaz Bin Abdul Razak
Ajk Guru : Cik Saidatul Solehah Binti Mokhtar Juruaudit (Ibu Bapa) : En. Rahimi Bin Hamid Juruaudit (Guru) : Cik Irawani Binti Abdul Rahman 7.4 Mana-mana dua tandatangan diperlukan untuk pengeluaran wang PIBG sama ada Yang DiPertua (YDP), Setiausaha ataupun Bendahari. 8.0 PEMILIHAN JURUAUDIT DALAMAN 8.1 Juruaudit (Ibu Bapa) : En. Rahimi Bin Hamid Juruaudit (Guru) : Cik Irawani Binti Abdul Rahman 9.0 Hal-hal lain Dr Normalini Bt Md Kassim yang merupakan Naib Yang di-Pertua PIBG sekolah telah memohon sumbangan PIBG sebanyak RM98.00 setahun dan majalah sekolah RM32.00. Permohonan tersebut telah disokong oleh Pengerusi PIBG sesi 2022/2023, En. Rosdi Bin Mat Ali dan seterusnya beliau telah memohon persetujuan dari semua ahli mesyuarat Agung PIBG kali ke-42. Rasional pembahagian adalah seperti berikut : Bil Perkara Jumlah Kaedah bayaran 1 Karnival VOKTEK Rm 10.00 2 Program kecemerlangan akademik Kelas tambahan Bengkel menjawab soalan Rm 54.00 3 Pembangunan diri Kokurikulum Disiplin Kem kepimpinan Rm 34.00 Jumlah Rm 98.00 Bil Perkara Jumlah Kaedah Bayaran 1. Majalah sekolah Rm32.00 Jumlah Rm32.00 Semua ahli mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan jumlah sumbangan sebanyak tersebut.
10.0 UCAPAN PENANGGUHAN En. Rosdi Bin Mat Ali mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa sesi 2021/2022 yang sekali lagi telah dilantik bagi sesi 2022/2023. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang hadir dan berharap agar semua pihak bermuafakat dan memberikan komitmen untuk kebajikan dan kecemerlangan anak-anak untuk menjalani masa depan. Beliau memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang. Disediakan oleh, ..................... .......................... (SITI HAFIZAH BT CHE HASHIM) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 SMT TAR PUTRA Pulau Pinang. Disemak oleh, ………………………….. (EN ROSDI BIN MAT ALI) Yang dipertua PIBG sesi 2022/2023 SMT TAR PUTRA Pulau Pinang.
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG LAPORAN TAHUNAN 2022/2023
LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 1. PENGENALAN Sepanjang sesi 2022/2023, PIBG telah bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi akademik, kokurikulum dan kemenjadian murid sekolah ini. Beberapa projek dan program telah dirancang dengan kerjasama antara PIBG dengan pihak sekolah demi kepentingan dan kecemerlangan anakanak murid di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra. Pihak PIBG juga banyak membantu pihak sekolah dari segi sokongan dan kewangan dalam melaksanakan program dan aktiviti-aktivitinyang telah dirancang. 2. AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 2.1 Mesyuarat AJK PIBG Sepanjang sesi 2022/2023 Mesyuarat AJK PIBG telah dijalankan sebanyak 2 kali:- Bil. Perkara Tarikh 1. Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 12 November 2022 2 Mesyuarat AJK PIBG kali Kedua 9 Jun 2023 2.2 Program Sepanjang 2022/2023 yang melibatkan kerjasama PIBG BIL. Program Tarikh 1 • Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 Jun 2022 2 • Majlis Muzakarah Akademik Oktober 2022 Mac 2023 3 • Program Puteriku Sayang Setiap Hari Jumaat 4 • Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Sempena SPM 2022 Januari 2023 5 • Bijak Remaja Februari 2023 6 • Minda Positif Teras Kecemerlangan Mei 2023
PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN UNIT SUKAN & KOKURIKULUM 2022
SENARAI PROGRAM DI BAWAH UNIT HEM & KAUNSELING BIL PROGRAM TARIKH DILAKSANAKAN 1 PROGRAM BERSAMA KAUNSELOR 4 JULAI 2022(ISNIN)(7.30PG – 8.30PG) 2 PAMERAN PROGRAM JERAYAWARA GEGAR PEMA 19 JULAI 2022(SELASA)(9.30PG – 2.00PTG) 3 PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR 4.0 UNIKL MSI 24 JULAI 2022(AHAD)(8.00PG – 1.00PTG) 4 PROGRAM MAKAN MALAM EXTIPA 31 JULAI 2022(AHAD)(8.00MLM)(JEN HOTEL) 5 PROGRAM PERASMIAN PUTERIKU SAYANG 12 OGOS 2022(JUMAAT)(12.00TGH – 1.00PTG)(SURAU AN- NUR) 6 PROGRAM CERAMAH KESELAMATAN & UNDANG - UNDANG 17 OGOS 2022(RABU)(9.00 PAGI)(DEWAN MUTIARA) 7 PROGRAM SUCCESS AFTER SPM 2022 28 OGOS 2022(AHAD)(10.00PGI)(DEWAN MUTIARA) 8 PROGRAM USRAH PUTERIKU SAYANG 19 OGOS 2022(JUMAAT)(12.30TGH – 1.30PTG)(SURAU AN NUR) 9 PROGRAM INSPIRASI PELAJAR CEMERLANG 31 OGOS 2022(SABTU)(8.30 PAGI)(DEWAN MUTIARA) 10 PROGRAM SLAD (SKIM LENCANA ANTI DADAH) 19 -21 SEPTEMBER 2022(ISNINRABU)(1.30 PTG – 4.00PTG)(BILIK KAUNSELING) 11 MiLO PERCUMA UNTUK WARGA SEKOLAH 22 SEPTEMBER 2022(KHAMIS)(11.30 PG – 1.00PTG)(SEBELAH DEWAN MUTIARA) 12 PROGRAM GEMPUR TEMPUR SPM 2022 (Usahasama bersama SMA Tarbiah Islamiah 23 – 25 SEPTEMBER 2022(jumaat - ahad)(8.30 PG – 4.00PTG)(Dewan Mutiara) 13 PROGRAM TAKLIMAT KERJAYA DLM BIDANG STEM 29 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)(11.30 PG)Dewan Mutiara) 14 SESI MENTOR – MENTEE (PENETAPAN HEADCOUNT) 3 OKTOBER 2022 (ISNIN)(7.30PG)Kelas masing- masing) 15 KARNIVAL KERJAYA SUCCESS 22 11 OKTOBER 2022(SELASA)(10.00PG – 3.00PTG) Bertempat : DI PUSAT KONVENSYEN PERDA 16 KARNIVAL PENDIDIKAN HIKMAH 2022 18 OKTOBER 2022(SELASA)(8.00PG – 12.00PTGH) Bertempat : DI DATARAN AKADEMIK,KITAB 17 TAKLIMAT MINDA SIHAT FASA 1 19 OKTOBER 2022(RABU)(7.30PG – 8.30PG) Bertempat : DI DEWAN MUTIARA
18 PROGRAM MENUJU PUNCAK BAGI PELAJAR TARGET 28/10/2022 – 30/10/2022 (8.00 PG -10.00 MLM) Bertempat : DI PULAZA 19 PROGRAM LONJAKAN AKADEMIK BAGI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 SPM 2022 27/10/2022 – 3/11/2022 (7.30 PG -4.30 PTG) Bertempat : DI DEWAN MUTIARA 20 UJIAN MINDA SIHAT 2022 FASA 1 1/11/2022 – 17/11/2022 (7.30 PG -4.30 PTG) Bertempat : DI BILIK KOMPUTER AUTOCAD 21 ETIKA DAN ADAB DI MEJA MAKAN (SLOT PUTERKU SAYANG) 25/11/2022 (JUMAAT)(12.30 TGH HARI – 1.30 PTG) Bertempat : DI DEWAN MUTIARA 22 PROGRAM OUTREACH BERSAMA KITAB 25/11/2022 (JUMAAT)(11.00 PG – 12.15 TGH HARI) Bertempat : DI DEWAN MUTIARA 23 UJIAN PSIKOMETRIK ITP 25/11/2022(JUMAAT)(7.30 PG -12.30 TGH HARI) 24 MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN SPM 2022 19 Januari 2023 (KHAMIS)(10.00 PG) 25 PROGRAM VAKSIN JIWA BAGI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 4 (SOLAT HAJAT/SOLAT DHUHA/TAUBAT/BACAAN YASSIN) 2 Februari 2023 (KHAMIS)(10.15PG) 26 PROGRAM BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT SETIAP HARI MENJELANG SPM 3 Mac 2023 (SETIAP HARI)(7.00PG) 27 PROGRAM BIJAK REMAJA 11 FEB 2023 ( 9.00 PAGI - 1.00 PETANG) 28 KEM KEPIMPINAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH TI LEADER SIRI 2 13 Februari 2023 (ISNIN)(8.00PG) 29 PROGRAM ”JAUHI ZINA” 16/2/2023(KHAMIS)(8.30 PG – 2.00 PTG) 30 PROGRAM ”MINGGU ADAPTASI PELAJAR TINGKATAN 5” 20/3/2023 – 24/3/2023(7.30 PG – 2.00 PTG) 31 PROGRAM MINGGU SERASI PELAJAR BAHARU(MSPB) PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2023/2024 28 MAC – 31 MAC 2023 (SELASA - JUMAAT)(7.30 PAGI) 32 PROGRAM ”MOTIVASI KERJAYA” 10/4/2023(ISNIN)(7.30 PG – 8.30 PG) 33 PROGRAM ”BERMULANYA DI SINI” 14/4/2023(JUMAAT)(8.00 PG – 9.30 PG) 34 PROGRAM ”LOOK OUT FOR YOURSELF” BERSAMA PIHAK USM 6/5/2023(SABTU)(8.00 PG – 3.00 PTG) 35 PROGRAM PERKONGSIAN TRET PERSONALITI SIDEK 8/5/2023(ISNIN)(7.30 PG – 8..30 PG)
36 PROGRAM MINDA POSITIF 11/5/2023(KHAMIS)(9.00 PG – 12..30 T 37 PROGRAM DIALOG PRESTASI BERSAMA GKB & KAUNSELOR 22/5/2023(ISNIN)(7.30 PG – 8..30 PG) 38 PROGRAM MINI KARNIVAL KERJAYA 2023 8 JUN 2023(KHAMIS) (8.30PG – 12.30TGH HARI) 39 PENYEBARAN MAKLUMAT BERKAITAN PENYALAHGUNAAN DADAH (SLOT PUTERIKU SAYANG) 9/6/2023(JUMAAT)(12.30 TGH HARI – 1.30 PTG) SENARAI PROGRAM BERSAMA ASRAMA SMTTARP BIL. NAMA PROGRAM 1. PROGRAM BUBUR ASYURA MERDEKA 2. GORONG-ROYONG MINGGUAN ASRAMA 3. PROGRAM BACAAN YASIN MINGGUAN USAHASAMA PENGURUSAN ASRAMA DENGAN MASJID NEGERI PULAU PINANG (SETIAP MALAM KHAMIS) 4. PROGRAM PUTERIKU SAYANG (MEMBENTUK PERIBADI SOLEHAH) -KERJASAMA BERSAMA KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA- SETIAP JUMAAT 5. PROGRAM RIADAH SANTAI: HIKING ASRAMA DAN PADANG KOTA 6. QIAM FOR ALLAH -QIAMULLAIL SETIAP SABTU
3. KEHADIRAN AJK PIBG SMT TAR PUTRA KE MESYUARAT AJK SESI 2022/2023 Bil. Nama Jawatan 12/11/2022 9/6/2023 1 En. Rosdi Bin Mat Ali Yang Dipertua / / 2 Dr Nurmalini Md Kassim Naib Yang Dipertua 0 / 3 En Mohd Salim bin Mohamed Yusoof Penasihat / / 4 Pn Siti Hafizah Bt Che Hashim Setiausaha / / 5 Pn Nurul Asyiqin binti Khamaruddin Naib Setiausaha / / 6 Pn Nor Suhana Bt Ishak Bendahari / / 7 Pn Nur Farhana Bt Abd Manas Naib Bendahari / / 8 Pn Noraziyan Binti Ismail Biro Penasihat / / 9 Pn. Lai Yit Peng Biro Penasihat / / 10 Pn. Hajah Shukeriah Binti Mustaffa Biro Penasihat - / 11 En. Nazrul Azwan bin Ahmad Sabri Biro Penasihat / / 12 En Nor Azman Bin Samiun AJK Ibu bapa 0 0 13 Pn Nor Heidi Bt Md Noh AJK Ibu bapa / / 14 Pn Hasnida Bt Mat Isa AJK Ibu bapa 0 0 15 PN Saidatul Solehah Bt Mokhtar AJK Guru / / 16 En Abdul Muaz Bin Abdul Razak AJK Guru / / O = tidak hadir dengan maaf.
4. SENARAI NAMA GURU SMT TAR PUTRA 2023 Bil Nama Guru Jawatan Bil Nama Guru Jawatan 1 Mohd Salim bin Mohamed Yusoof Pengetua 27 Muhammad Ismail B. Mohd Jamil PKEE 2 Lai Yit Peng PK Pentadbiran 28 Muhammad Fakhzan Bin Mohd Roshdi Pendidikan Islam 3 Noraziyan Bt Ismail PK Hem 29 Mira Adilla Bt Sabri B Melayu 4 Shukeriah Bt Mustaffa PK Kokurikulum 30 Nabilah Bt Abu Bakar LK 5 Nurmalina Bt Ahmad Marekan GK Bahasa 31 Norsuzana Bt Md Noor Mat Tambahan 6 Nazriah Bt Mohd Ali GK Teknikal 32 Noor Hayati Bt Habib Mohd B.Inggeris 7 Noor Afiza Bt Ahmad GK Mat/Sains 33 Nor Sarfina Bt Shaari Ekonomi 8 Norhasnida Bt Muhamad Ramli GK Kemanusiaan 34 Mohd Shukri B Mohd Shariff PKA 9 Nurul Asyiqin binti Khamaruddin Kaunselor 35 Nor Hasmidar Bt Mohamad Abdul Hadi Sejarah 10 Nazrul Azwan B Ahmad Sabri Kaunselor 36 Nor Suhana Bt Ishak Mat Tambahan 11 Abdul Muaz B. Abdul Razak Pendidikan Moral 37 Aini Rahayu Bt Md Khirom Fizik 12 Annal a/p S.Abraham B Inggeris 38 Nor Syahira Bt Rizan B Melayu 13 Dr Asha B Dass B.Inggeris 39 Nur Amanina Bt Che Amzah Pendidikan Islam 14 Chang Hui Yee Akaun 40 Nur Syira Bt Zainul Kimia 15 Cheah Wei Heng Mat Tambahan 41 Nur Azni Bt Mat Nawi Kimia 16 Usha a/p Somaiah Sejarah 42 Nur Farhana Bt Abd Manas Akaun 17 Foo Mei Ling Matematik 43 Nur Ushhida Bt Abu Bakar B Melayu 18 Gan Shiau Chin B Inggeris 44 Nurul Hidayah Bt Mohd Zuhairi Fizik 19 Irawani Bt Abdul Rahman B Inggeris 45 Saidatul Solehah Bt Mokhtar Kimia 20 Logeswari a/p Krusna Kandasamy PKEE 46 Saiful Anuar b. Baharudin Fizik 21 Maizatul Syima Bt Kasri B Inggeris 47 Siti Hafizah Bt Che Hashim Sains 22 Mardiatul Naqirah Bt Che Kamil PKA 48 Siti Nor Fazira Bt Surun B. Melayu 23 Wan Nur Aniyah Bt Mior Idris LK 49 Siti Noor Salwiyah Bt Abdul Rahim Mat Tambahan 24 Md Nasser B. Samsuddin PKM 50 Umi Salamah Bt Burahan PKM 25 Mohamad Hasan B Omar LK 26 Mohd Hakimin Sejarah
5. SENARAI NAMA STAF SOKONGAN DI SMT TAR PUTRA 2023 1. Salmah Bt. S Ismail 2. Khairani Bt. Baba Ahmad 3. Mohd. Nazri Bin Ghazali 4. Muhammad Izzat B. Azizan 5. Nazrul Nizwan Bin Ghazali 6. Abd. Manab. Bin Karim 7. Mohamad Izuan Bin Mohamad Idnar 8. Maziah Bt. Abd. Amin 9. Noor Haffiezatul Khairiah Bt. Jamaludin 10. Azhar Bin Che Mat 11. Muhamad Fazizul Bin Abdul Wahab 12. Mohd Nasir Bin Jamaludin 13. Mohamad Izham B. Mohamad Rosli 14. Nurul Hazira Bt Othman 15. Nurain bt Mohd Sobri@Sori 16. Nazeemah bt Sintha Madar 17. Ahmad Fauzee B. Aziz 18. Mohd Firdaus B. Mohamad Yazid
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG LAPORAN KEWANGAN SESI 2022/2023
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA PULAU PINANG PERBAHASAN USUL
SENARAI USUL WARIS BIL. PERKARA WARIS YANG MENGUTARAKAN USUL 1. MENGADAKAN LEBIH BANYAK KELAS TAMBAHAN PADA CUTI SEKOLAH DAN UNTUK SEMUA PELAJAR NADIA BT MOHD ZAINAL 2. MEMBAIK PULIH PAIP GETAH BILIK AIR ASRAMA BLOCK BESTSRI MOHD BUKHARI BIN ABDULLAH 3. MEMBERI KEBENARAN UNTUK MURID MENGULANG KAJI ATAU MEMBUAT TUGASAN SEKOLAH DI DEWAN AZ ATAU SURAU PADA WAKTU MALAM ADDNAN BIN ISMAIL 4. PERKHIDMATAN AIR COWAY DI PERBANYAKKAN SAMSUL RIZAL BIN ARIFFIN 5. MASALAH TIKUS, SERANGGA DAN CHALIE. HARAP DAPAT DITANGANI TERUTAMANYA DI ASRAMA. AZHARI BIN ISMAIL / ANISAH BINTI IBRAHIM 6. 1)MENCADANGKAN DI MASA HADAPAN PERJUMPAAN PIBG DI BUAT PADA MASA CUTI KERJA IAITU SABTU ATAU AHAD. 2) STATISTIK KEPUTUSAN SPM DAPAT DI KONGSI BERSAMA IBU BAPA.APABILA KEPUTUSAN SPM DIUMUMKAN. AGUS BIN KLEMEN MOHD TAUFEK BIN AHMAD SUBKI 7. MOHON GURU MEMPERBANYAKKAN SOALAN LATIH TUBI PAST YEAR DAN DI BERI SKEMA JAWAPAN YANG BETUL SHUHAIDA BINTI HAMID 8. MEMBERI CADANGAN BERKAITAN APA SAHAJA PROGRAM YANG PERLU DILAKUKAN DIRANCANG SEBAIK MUNGKIN DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN SEWAJARNYA KERANA MEMBERI KESAN TERUTAMANYA BAGI WARIS YANG JAUH PERLU MENGAMBIL CUTI. HARAP MAKLUM.TERIMA KASIH. ASNI BINTI MD.SANI 9. 1) USUL SAYA TAHUN LEPAS, MEMOHON AGAR GURU KELAS MEWUJUDKAN GROUP WHATSAPP UNTUK MENGETAHUI AKTIVITI ANAK SEHINGGA KINI BELUM ADA .DI HARAP ADA TINDAKAN SELEPAS INI MEMANDANGKAN ANAK SPM TAHUN INI. 2)PERTANYAAN, ADAKAH MAJALAH SEKOLAH AKAN DAPAT SELEPAS TAMAT PERSEKOLAHAN? MOHD TAUFEK BIN AHMAD SUBKI 10 TAMBAHAN TELEFON AWAM BAGI KEGUNAAN PELAJAR MOHD FYDZALRIDZWAN BIN OTHMAN
TERIMA KASIH