The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazizgt, 2021-10-21 03:06:15

BANGUNAN WARISAN

BANGUNAN WARISAN

BANGUNAN
WARISAN

Buku skrap disediakan oleh Maziz

KELLIE’s
CASTLE

Sejarah Pembinaan
Kellies castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang
dibina oleh seorang pengusaha ladang dari Scotland.
Wiliam Kellie Smith pada tahun 1915 untuk dijadikan
sebagai lambing cinta kepada isterinya serta untuk
mengembalikan kenangan kepada rumah yang jauh di
Scotland.
Bangunan tiga tingkat ini diilhamkan mengikut reka-
bentuk istana Maghul di Agra, india dan Jubin
dindingnya diimport dari Itali. Batu-bata dilekat
menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur,
gula merah dan madu, tiada besi atau paku digunakan.
Akan tetapi, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan
secara serta merta kerana Kelie telah mati secara
mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak 100% siap,
istana ini dikatakan banyak ruang rahsia yang
termasuklah terowong-terowong bawah tanah.

ISTANA SERI
MENANT I, KUALA
PILAH

Sejarah Pembinaan
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan
mempunyai ciri-ciri seni bina Minangkabau yang unik. Warna hitam
bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh.
Bangunan setinggi empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang
termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan
sebarang paku besi. Mereka hanya menggunakan sambungan kayu
yang dinamakan pasak.
Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan menjadi
Muzium Diraja dan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk
menyaksikan pameran koleksi-koleksi keluarga Diraja Negeri
Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana
bagi menerangkan fungsi ruang-ruang

Sejarah Pembinaan BANGUNAN
Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat STADTHUYS,
sinonim dengan Melaka. Binaan bersejarah ini adalah MELAKA
bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia
Tenggara.
Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai
penempatan rasmi Gabenor Belanda.The Stadthuys
menjadi titik tumpuan beberapa kerajaan seperti
Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari
300 tahun.
Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi
muzium.Bangunan berwarna merah yang menjadi lokasi
tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi barisan beca yang
penuh warna-warni dan berbunga-bunga sekitar luar
bangunan.Artikel Penuh :

KOTA A FAMOSA,
MELAKA

Sejarah Pembinaan
Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu tanda
paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan
oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka
di Melaka.
Bangunan yang berusia lebih 500 tahun ini mempunyai
pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintu gerbang
Santiago. Pintu gerbang ini merupakan struktur seni bina
Eropah yang paling tua dan masih kekal di Asia.
Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir ini wajib
dilawati jika anda bercuti ke Melaka kerana merupakan
sebahagian daripada sejarah negara dan mercu tanda
pelancongan negeri berkenaan.

KUBU Sejarah Pembinaan
MARGHERITA, Kubu berwarna putih yang terletak di Kuching,
SARAWAK Sarawak ini telah siap dibina dengan reka bentuk
istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir
Charles Brooke dan diberikan nama sempena
nama isterinya, Margaret Brooke.
Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan
kerajaan dan kekuatannya. Terletak di atas bukit,
kubu ini menyajikan pemandangan yang luas ke
semua arah di kawasan sekitarnya.
Kubu ini merupakan monumen paling signifikan
kepada bandaraya Kuching dari sudut sejarah,
reka bentuk dan pelancongan.


Click to View FlipBook Version