The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PI10620 Muhammadalif Bin Johar, 2024-03-12 22:39:58

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

HUBUNGAN PENGETAHUAN, KESEDIAAN DAN PENGGUNAAN TERHADAP MEDIA SOSIAL SEBAGAI BAHAN BANTU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MUHAMMAD ALIF BIN JOHAR PISMP PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JUN 2021 DR ISMAIL BIN HUSIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2024


i PERMULAAN KANDUNGAN i SENARAI JADUAL ii SENARAI RAJAH iii SENARAI SINGKATAN iv SENARAI LAMPIRAN v BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyatan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Persoalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batas Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 3 4 4 5 5 5 7 9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 2.2 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.3 Teori Kajian 2.4 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.5 Kerangka Konseptual 2.6 Rumusan 10 10 12 13 13 13 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Insrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 14 14 15 15 16 17 17 18 18 20 RUJUKAN 21


ii SENARAI JADUAL NO. JADUAL NAMA JADUAL MUKA SURAT 1 Analisis Deskriptif 20 2 Analisis Inferensi 21


iii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Kerangka Konseptual 13


iv SENARAI SINGKATAN SINGKATAN PENERANGAN GPI - Guru Pendidikan Islam PdP - Pengajaran dan Pembelajaran PdPR - Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT - Information and Communication Technology IT - Information Technology KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia


v SENARAI LAMPIRAN NO. LAMPIRAN LAMPIRAN A Surat Kebenaran B Carta Gantt C Borang soal selidik D Nilai Kebolehpercayaan E Jadual Krejcie & Morgan (1970)


1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1Pengenalan Bab ini merupakan pengenalan kepada kajian yang mengandungi pernyataan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian, hipotesis serta kepentingan kajian. Selain itu, skop dan batasan kajian serta definisi operasional juga diterangkan dalam bab ini. Kini, perkembangan pesat dalam bidang teknologi membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan guru-guru di sekolah. Menurut Meilisa et al. (2022), kemajuan teknologi moden tentu berpengaruh pada perkembangan di dunia pendidikan. Menurut Nasution (2020), sumber-sumber belajar yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran pada era saat ini khususnya generasi z ialah media sosial. Justeru, guru yang profesional memainkan peranan utama memikul tanggungjawab memilih pendekatan yang sesuai untuk menyalurkan maklumat pengajaran agar ia selari dengan kesediaan kognitif murid serta tidak membebankan mereka. Di samping itu, media sosial merupakan satu inisiatif yang berkeupayaan untuk menggabungkan pelbagai media seperti animasi, suara, teks, imej dan video dalam sesuatu aplikasi teknologi media. Menurut Omar (2015), Facebook, YouTube, Twitter, dan Instagram adalah antara media sosial yang hangat pada masa kini. Sebagai guru yang cemerlang perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan juga bersedia untuk mengamalkan teknik pengajaran yang sesuai dan berkesan. Justeru keupayaan guru dalam menggunakan media sosial menjadi pendekatan yang berkesan sejajar dengan keperluan generasi kini yang mesra teknologi seiring dengan pendidikan abad ke-21. Menurut Zazin et al. (2019), pemanfaatan media sosial sebagai media pembelajaran agama Islam adalah relevan kerana generasi yang lahir pada awal 2000an merupakan generasi yang terdedah kepada perkembangan media sosial yang pesat.


2 1.2Pernyatan Masalah Dunia pendidikan pada hari ini menjadi semakin moden dan mencabar. Para pelajar semakin terdedah dengan penggunaan media sosial dan gajet terkini sehingga kadang-kadang melebihi kemahiran para guru (Manap & Abdul Karim, 2017). Menurut Sindang (2013), media sosial dapat dijadikan sebagai alat pembelajaran, pendidikan, komunikasi antara pengajar dengan pelajar. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pengajaran GPI melalui penggunaan media sosial dapat menarik perhatian dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, salah satu isu yang berlaku ialah GPI tidak dapat mempelbagaikan strategi dan kaedah dalam proses pengajaran dengan penggunaan media sosial . Hal ini demikian kerana GPI tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan teknologi. Menurut Talib et al. (2017), perkembangan dan kemajuan teknologi yang dihasilkan sepatutnya memberi impak yang positif dalam menyusun atur kehidupan manusia dan mempermudah kehidupan di muka bumi ini. Seterusnya, kajian Tamuri dan Husin (2017) menyatakan bahawa kewujudan media sosial kini merupakan cabaran baru dalam dunia pendidikan kerana ianya telah digunakan secara amat meluas dalam generasi muda. Media sosial yang popular seperti Facebook, Facebook Messenger, YouTube, Instragram, Whatsapp, Telegram, Wechat, Google+, Linkedin, Skype, Line telah digunakan secara meluas di negara ini. Menurut Hashim et al. (2020), wujudnya kesangsian mengenai platform yang paling sesuai dalam melaksanakan PdP secara atas talian dan kebanyakan guru menggunakannya secara cuba jaya sahaja. Perkara ini disokong oleh Madzalan et al. (2022) yang menyatakan bahawa cabaran utama yang dikenalpasti dalam melaksanakan PdPR adalah faktor masa dan persediaan guru untuk menggunakan aplikasi teknologi yang berkaitan. Hal ini menunjukkan ada sebahagian guru-guru masih belum bersedia memperlengkap diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Guru perlulah berusaha meningkatkan pencapaian murid kepada tahap yang lebih tinggi dengan menerapkan elemen teknologi dalam pengajaran. Dalam dunia pendidikan kini, sekolah dan guru mempunyai peranan yang sangat


3 penting kerana mereka telah mengambil alih sebahagian besar tugas keluarga untuk mendidik generasi muda (Razaleigh, 2014). Menurut Kasim et al. (2022), perubahan dalam sistem pendidikan yang melanda ini menjadi cabaran yang besar yang perlu dihadapi oleh para guru umumnya termasuklah guru Pendidikan Islam khususnya kerana belum pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia. Hal ini disokong oleh Tamuri dan Husin (2017) dalam kajiannya mendapati cabaran utama untuk memahami generasi kini adalah bagaimana guru-guru dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan pelajar di dalam dan luar sistem pendidikan. Hal ini jelas menunjukkan guru masih memerlukan tunjuk ajar. Justeru, kemahiran dalam menggunakan aplikasi media sosial sangat penting untuk membolehkan seseorang guru mencipta suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid. Perkembangan teknologi terkini menyaksikan pelbagai alat sebaran am mula berkembang secara berleluasa (Adam et al., 2015). Wahyuningsih (2021) dalam penelitiannya mengatakan terdapat beberapa permasalahan dalam pembelajaran atas talian yang biasanya dialami oleh guru. Antaranya lemahnya penguasaan IT dan terbatasnya akses pengawasan terhadap peserta didik. Di samping itu, guru-guru menggunakan pengaplikasian TMK tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh berkaitan dengan media sosial. Menurut Hashim et al., (2020) kekangan yang berlaku dari aspek komunikasi guru dan pelajar adalah pelajar kurang memberi maklum balas ketika pengajaran dalam talian dilaksanakan sehingga menyebabkan guru sukar untuk mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar mengenai mata pelajaran yang diajar. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan GPI terhadap penggunaan media sosial dalam PdP pendidikan Islam. Hasil kajian akan memberi input kepada pihak sekolah, guru dan para penyelidik dalam menginovasikan pengajaran Pendidikan Islam secara menarik melalui penghasilan modul interaktif dan sebagainya.


4 1.3 Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah di daerah Tawau. 1.3.1 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti: 1. Tahap pengetahuan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 2. Tahap kesediaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 3. Tahap penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 4. Hubungan antara pengetahuan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 5. Hubungan antara kesediaan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Hubungan antara penggunaan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 1.3.2 Persoalan Kajian 1. Apakah tahap pengetahuan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 2. Apakah tahap kesediaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 3. Apakah tahap penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 4. Apakah hubungan antara pengetahuan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah?


5 5. Apakah hubungan antara kesediaan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 6. Apakah hubungan antara penggunaan dengan media sosial sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 1.3.3 Hipotesis Kajian Ho1 – Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Ho2 – Tidak terdapat hubungan antara kesediaan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Ha1 – Terdapat hubungan antara penggunaan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 1.3Skop dan Batas Kajian Kajian ini akan dijalankan ke atas beberapa buah sekolah rendah di daerah Tawau yang dipilih secara rawak sama ada di kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat tahap pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Nilai populasi yang ditetapkan adalah seramai 50 orang. Menurut Krejcie dan Morgan (1970), jika bilangan populasi seramai 50 orang, maka bilangan sampel adalah seramai 44 orang. Jelaslah 44 orang adalah memadai untuk melaksanakan kajian. 1.4 Kepentingan Kajian Kajian yang dijalankan membawa kepentingan dan manfaat kepada beberapa pihak antaranya ialah murid, guru, sekolah, pentadbir dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


6 1.4.1 Murid Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan media sosial dalam kalangan guru Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana kaedah tersebut mengandungi unsur-unsur yang mampu meningkatkan minat dan pencapaian murid. Di samping itu, murid dapat meningkatkan komunikasi secara langsung dan melibatkan diri dalam setiap aktiviti pembelajaran di dalam kelas dengan penggunaan media sosial yang digunakan oleh guru. Oleh itu, sesi pembelajaran yang terkini dan relevan akan lebih mudah diikuti oleh setiap murid yang mempunyai tahap kognitif yang pelbagai. 1.4.2 Guru Kajian ini mengenal pasti kesediaan GPI terhadap tahap penggunaan media sebagai alat bantu mengajar. Di samping itu, ia juga diharapkan dapat menambahbaik kesedaran GPI daripada aspek sikap dan peranannya terhadap kepentingan pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi dalam pengajaran Pendidikan Islam. Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada GPI agar dapat meningkatkan tahap pengetahuan, kesediaan dan penggunaan bagi melaksanakan pembelajaran menggunakan media sosial kepada murid. Di samping itu kajian ini mampu menjadi rujukan kepada peningkatan strategi pengajaran GPI dengan mengambil kira kesesuaian murid agar objektif keberhasilan pembelajaran dapat dicapai dengan baik. 1.4.3 Sekolah / Pentadbir Hasil dapatan kajian ini dapat memberi maklum balas kepada pihak sekolah untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada guru-guru dalam mengaplikasikan media sosial semasa sesi PdPC. Contohnya, pihak sekolah boleh menyediakan fasiliti yang lengkap dan kemudahan kepada guru seperti LCD, bahan bantu mengajar yang berunsurkan pembelajaran dan bilik darjah yang kondusif dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, pihak sekolah boleh mengenalpasti kaedah terbaik bagi menggalakkan interaksi dan penglibatan murid samada di dalam ataupun di luar bilik darjah bagi


7 membentuk murid yang kreatif dan dapat berfikir dengan rasional dalam mendepani segala cabaran yang bakal dihadapi. 1.4.4 Kementerian Pendidikan Malaysia Menurut Jamian et al. (2016), kepelbagai tahap kecerdasan murid menuntut kreativiti guru untuk membantu murid belajar dengan cara dan kaedah yang sesuai serta memenuhi minat dan kebolehan murid. Sehubungan itu, hasil dapatan kajian ini dapat memberi gambaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk satu pelan tindakan yang terbaik bagi meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakan pembelajaran menggunakan aplikasi teknologi terkini. Hal ini boleh memberi panduan kepada guru-guru untuk mengaplikasi media sosial semasa PdP di jalankan. Segala program latihan perkembangan profesionalisme sewajarnya dirancang sebaik mungkin agar kesannya dapat memberi manfaat kepada guru dan murid. 1.5 Definisi Operasional Pengetahuan Menurut kamus dewan (2010) dalam kajian Othman dan Ismail (2016), maksud pengetahuan ialah perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui, perihal tahu, kepandaian, kebijakan dan ilmu iaitu segala yang diketahui atau dipelajari berkenaan sesuatu. Pengetahuan dalam konteks kajian ini merujuk kepada pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan media sosial khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selain itu juga, pengetahuan guru dalam penggunaan media sosial dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pendidikan Islam. Di samping itu juga, guru mengetahui penggunaan media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook serta WhatsApp yang merangkumi gabungan teks, bunyi, animasi, gambar, dan media interaktif yang menarik untuk menjadikan pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam lebih menarik dan kreatif.


8 Kesediaan Menurut Mok (2008) dalam kajian Zarina (2018), kesediaan adalah keupayaan persiapan individu di dalam dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia boleh terbahagi kepada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Aspek kesediaan yang dititikberatkan dalam kajian ini adalah kesediaan guru untuk menggunakan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru lebih yakin dalam menggunakan media sosial apabila mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi media sosial. Di samping itu juga, pengintegrasian media sosial dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan menunjukkan bahawa guru positif dan bersedia untuk menggunakan media sosial dalam pengajaran. Media sosial Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog dan rangkaian sosial. Penggunaan media sosial sebagai medium untuk berkongsi maklumat dapat dilakukan melalui perbincangan secara maya, berkongsi atau memperoleh maklumat di samping membentuk kumpulan dengan minat dan kepentingan yang serupa (Nor Ashikin, 2017). Sementara itu, media sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Antara contoh aplikasi media sosial yang kerap digunakan oleh masyarakat kini adalah seperti Tiktok, Instagram, Facebook, Whatsapp dan Twitter. Guru Pendidikan Islam Guru Pendidikan Islam merupakan individu yang bertanggungjawab untuk melahirkan seseorang yang menyakini, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam melalui kegiatan bimbingan, pengajaran dan latihan. Pengetahuan dan kesediaan guru dalam mengintegrasikan penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan dapat membantu menjadikan pengajaran lebih kreatif dan menarik minat murid. Seterusnya, pengetahuan dan kesediaan guru tentang penggunaan media sosial


9 boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan. Guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan pelbagai strategi pengajaran ketika mengajar kerana guru menghadapi cabaran mendidik generasi muda terutamanya dalam arus global masa kini (Ismail dan Abdul Munir, 2018). 1.7 Rumusan Pengajaran guru merupakan medium untuk guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya. Pengajaran guru yang baik akan melahirkan murid yang mampu menguasai ilmu dengan baik. Bagi isu penggunaan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ini, guru memainkan peranan penting bagi memberikan pengajaran Pendidikan Islam dengan baik kepada murid-murid. Tambahan media sosial amat penting kepada guru dan murid-murid kerana ia memudahkan menyampaikan pengajaran. Justeru itu, guru harus mempunyai kesediaan yang baik dalam menyampaikan pengajaran menggunakan media sosial. Selaras dengan arus kemodenan yang semakin pesat ini, perubahan kurikulum atau lebih dikenali sebagai transformasi kurikulum adalah suatu perkara yang dijangka akan berlaku. Oleh itu, guru Pendidikan Islam perlu melengkapkan diri dengan bersedia, mengetahui dan menggunakan media sosial sebaik mungkin dalam menyampaikan pengajaran Pendidikan Islam kepada murid-murid.


10 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan tinjauan literatur yang berkaitan dengan hubungan pengetahuan, kesediaan dan penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Perbincangan dalam bab ini adalah berkaitan dengan dapatan kajian-kajian lepas berkaitan pengetahuan, kesediaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru Pendidikan Islam. Selain itu, idea, konsep, pandangan dan juga kajian terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan skop kajian ini juga akan dibincangkan. 2.2 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN a) Pengetahuan Menurut kamus dewan (2010) dalam karya Othman dan Ismail (2016) Maksud pengetahuan ialah perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui, perihal tahu, kepandaian, kebijakan dan ilmu iaitu segala yang diketahui atau dipelajari berkenaan sesuatu. Sementara itu, Bratland et al. (2016) pula menyatakan bahawa konsep baharu pengetahuan adalah berfokus kepada kecekapan dan kemahiran. Hal ini sesuai dengan pendapat Bratland (2017) yang menjelaskan dengan lebih khusus bahawa pengetahuan dapat difahami sebagai suatu keadaan mental dimana pengetahuan diperlukan bagi menyediakan kecekapan individu terhadap sesuatu profesion untuk menyelesaikan cabaran profesional di lapangan. Maka, dapat difahami bahawa pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu mempengaruhi cara mereka bertingkah laku. b) Kesediaan Menurut Mok (2008) dalam kajian Zarina (2018), kesediaan adalah keupayaan persiapan individu di dalam dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia boleh terbahagi kepada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Ciri-ciri kesediaan bergantung kepada tahap


11 perkembangan individu dan tahap kesukaran tugasan yang diberi dimana individu bersiap-sedia mengikut waktu tertentu. Pendapat ini turut disokong oleh Ishak et al. (2017) yang menyatakan bahawa kesediaan individu untuk berubah cenderung untuk meningkat atau berkurang bergantung kepada keadaan umum individu yang mengalami perubahan sebagai tindak balas terhadap keadaan persekitaran Dalam pada itu, menerusi konteks yang berfokus kepada profesion seorang guru pula, kesediaan ditakrifkan sebagai suatu keadaan dimana anggota-anggota sesebuah organisasi bersedia untuk melibatkan diri dalam 'agenda penambahbaikan' (Bakar et al., 2015). Hal ini sesuai dengan pendapat yang dikemukakan oleh Kusaini (2018) yang menjelaskan bahawa tahap kesediaan yang tinggi seorang guru akan menjadi indikator kepada penambahbaikan dalam pembelajaran murid sekolah. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada hubungan kesediaan guru Islam terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. c) Guru Pendidikan Islam Menurut Bahtiar (2020), guru ialah pemimpin yang menggalas tanggungjawab untuk mendidik dan memimpin serta melahirkan insan kamil yang sempurna daripada segi emosi, jasmani, intelek dan rohani bertepatan dengan aspirasi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menerusi perspektif agama Islam, guru atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai 'mu'allim' seringkali dikaitkan dengan perkataan 'ta'lim' yang membawa maksud mengajar atau memindahkan ilmu kepada murid sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang seumpamanya (Fachri et al., 2023). Umumnya, seorang guru khususnya guru Pendidikan Islam bertanggungjawab dalam berusaha mengembangkan keupayaan dan keseluruhan potensi murid samada daripada aspek psikomotor, kognitif mahupun afektif selain menjadi qudwah atau contoh yang baik dalam masyarakat (Jasmi dan Mohamed, 2017). Bukan itu sahaja, selain mempersiapkan diri dengan nilai keperibadian yang baik, seorang guru Pendidikan Islam juga seharusnya mempamerkan keterampilan dan kecemerlangan yang dilihat menerusi aspek kemahiran serta kecekapan seperti pengurusan komunikasi dan teknologi. Oleh


12 yang demikian, guru Pendidikan Islam yang dibincangkan dalam konteks kajian ini adalah individu yang mengajar subjek Pendidikan Islam secara formal di sekolah rendah dan sejauh mana keupayaan mereka terhadap penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.3 TEORI KAJIAN Model Penerimaan Teknologi (TAM) Model Penerimaan Teknologi (TAM) ialah Model yang diperkenalkan oleh Davis pada tahun 1989. Ia adalah berkaitan dengan sikap individu terhadap sebarang inovasi atau teknologi baru. Dalam model ini Davis mengusulkan bahawa sikap pengguna terhadap penerimaan sesuatu inovasi baru adalah dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah (Sani et al., 2020). Faktor yang mempengaruhi penerimaan individu terhadap teknologi baru adalah bersandarkan kepada tanggapan mereka kepada dua pembolehubah iaitu kebergunaan (perceived usefulness, PU) dan kemudahgunaan (perceived ease of use, PEU). PU merujuk kepada darjah kepercayaan pengguna bahawa dengan menggunakan inovasi tersebut, prestasi pengguna tersebut dapat ditingkatkan. PEU pula didefinisikan sebagai darjah. Faktor ini seterusnya akan menentukan sikap pengguna terhadap sesuatu inovasi tersebut samada diterima atau ditolak. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, pengkaji berpendapat bahawa pengetahuan, kesediaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru Pendidikan Islam adalah berkait dengan tanggapan mereka terhadap kebolehgunaan dan kemudahgunaan media sosial selaras dengan perkara yang dicadangkan dalam model penerimaan teknologi ini. 2.4 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN LALU Dapatan kajian lalu yang berkaitan dengan kajian ini telah diteliti dan dianalisis dengan jelas, padat, kritis dan meyakinkan berdasarkan sumber yang relevan. Pengkaji akhirnya dapat mewujudkan jurang sebagai satu keperluan yang menuntut pengkaji untuk menjalankan kajian ini iaitu hubungan pengetahuan,


13 kesediaan dan penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. 2.5 KERANGKA KONSEPTUAL Gambar rajah 1 di atas menunjukkan kerangka konseptual. 2.6 RUMUSAN Bab ini telah menghuraikan perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan pengetahuan, kesediaan dan penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Kajian ini memberi penekanan terhadap hubungan pengetahuan, kesediaan dan penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Sorotan daripada hasil kajian terdahulu membuktikan bahawa setiap pengkaji mempunyai pendapat yang teliti dan analitik terhadap kajian yang dijalankan. Bab seterusnya pula akan membincangkan tentang metoologi kajian yang digunakan bagi mencapai objektif kajian.


14 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan dan menjelaskan metodologi kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini. Perbincangan dibahagikan kepada beberapa subtajuk iaitu reka bentuk kajian, persampelan, instrument kajian, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan rumusan. Perbincangan dalam bab ini dirumus dalam bahagian penutup. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Perancangan reka bentuk kajian merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu kajian. Penggunaan reka bentuk yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tujuan kajian yang telah dicadangkan terlebih dahulu. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dalam mengumpul data. Menurut Cohen (2007) dalam kajian Billy dan Suhaimi (2020), kajian berbentuk kuantitatif merujuk kepada kajian yang menggunakan statistik dan memerlukan penglibatan responden yang banyak dalam mengukur variabel bagi sesuatu penyelidikan tersebut. Rasional pemilihan kaedah kuantitatif ini berdasarkan beberapa sebab iaitu: 1) Data berbentuk numerikal 2) Penglibatan responden yang ramai 3) Penilaian yang lebih objektif dan tidak bias


15 3.3 PERSAMPELAN Menurut Nahar et al. (2023), persampelan adalah sebuah proses yang membolehkan generalisasi dibuat mengenai sesebuah populasi dengan cara memilih dan mengkaji sebilangan kecil responden daripada keseluruhan populasi tersebut. Di samping itu, persampelan diperlukan bagi membolehkan pengkaji mengumpulkan data yang diperlukan kerana pengkaji mempunyai masa dan sumber yang terhad untuk menganalisis keseluruhan populasi (Moktar, 2018). Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa jenis sampel yang boleh digunakan dalam kajian kuantitatif seperti sampel rawak mudah, sampel strata, sampel sistematik dan sampel kelompok. Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada beberapa orang responden daripada guru Pendidikan Islam di daerah Tawau. Sampel yang dipilih adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Selain itu, kajian ini juga menggunakan instrumen soal selidik sebagai dasar dalam kajian yang melibatkan responden daripada sekolah-sekolah di daerah Tawau. Dalam kajian ini juga, sebanyak 30 item soal selidik telah disediakan untuk dijawab oleh sampel kajian. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik ialah satu set soalan yang diberikan kepada responden bagi mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu kajian. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian yang perlu diisi oleh responden iaitu Bahagian A: Profil Responden, Bahagian B: Pengetahuan, Bahagian C: Kesediaan dan Bahagian D: Penggunaan. i. Bahagian A: Profil Responden Bahagian ini adalah berkenaan dengan latar belakang responden yang jantina, tempoh berkhidmat dan lokasi sekolah.


16 ii. Bahagian B: Pengetahuan Instrumen ini mengandungi 12 item soalan berkaitan pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada objektif kajian. iii. Bahagian C: Kesediaan Instrumen ini mengandungi 8 item soalan yang dikaitkan dengan tahap kesediaan guru Pendidikan Islam mengenai media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. iii. Bahagian D: Penggunaan Instrumen ini mengandungi 7 item soalan yang dikaitkan dengan tahap penggunaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.4.1 KESAHAN Menurut Campbell dan Fiske (1959) dalam kajian Yaakub et al. (2020), kesahan dijelaskan sebagai persetujuan antara dua percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan menggunakan kaedah yang berlainan. Manakala, ] Fraenkel dan Wallen (1996) pula mendefinisikan kesahan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Sehubungan dengan itu, item dalam instrumen soal selidik perlu diuji kebolehgunaannya agar instrumen yang diambil bersesuaian dan menepati persoalan serta objektif kajian. Oleh itu, terdapat dua kaedah bagi menguji kesahan instrumen iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan. i. Kesahan Muka Kaedah ini merujuk kepada beberapa orang pakar bagi mengesahkan item-item yang dibina mewakili konstruk yang diukur, termasuk ketepatan penggunaan bahasa, ejaan frasa ayat dan lain-lain. Bagi mendapatkan kesahan muka,


17 pengkaji telah merujuk instrumen soal selidik kepada beberapa orang pensyarah pakar. ii. Kesahan Kandungan Kaedah ini pula merujuk kepada sejauh mana item-item dalam instrumen telah mewakili semua elemen yang diuji dan item bertepatan dengan kandungan bidang yang ingin dikaji. 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Dalam kajian ini, kebolehpercayaan instrumen ditentukan dengan cara ketekalan dalaman Alpha Cronbach. Menurut Mohd Majid Konting (1990) dalam kajian Mat (2017) mendapati bahawa kebolehpercayaan adalah suatu alat kajian yang boleh mempertingkatkan kebolehpercayaan sesuatu pernyataan item yang tepat dan jelas, item-item yang digunakan adalah jelas dan tepat, mewujudkan keseragaman pada setiap item, arahan setiap item adalah jelas, ringkas dan padat. Kebolehpercayaan bagi setiap item itu akan diperoleh setelah kajian rintis dilaksanakan. Berikutan itu, nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan item dalam instrumen ini ialah a=0.886. 3.5 KAJIAN RINTIS Pengkaji telah melakukan kajian rintis terhadap 30 orang guru Pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau. Kajian rintis ini dijalankan untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen yang akan digunakan dalam kajian sebenar. Sebanyak 4 bahagian yang mempunyai 30 item soal selidik telah dijawab oleh 30 orang responden yang ditadbir menggunakan google form yang mana ianya memudahkan responden untuk menjawab item-item tersebut. Bagi mengetahui kebolehpercayaan bagi setiap item soal selidik tersebut, nilai cronbach alpha secara keseluruhan serta bagi setiap item adalah perlu diketahui. Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Konting et al., 2009). Oleh itu, nilai keseluruhan Cronbach Alpha yang diperoleh hasil daripada kajian rintis yang dijalankan oleh pengkaji ialah 0.886 yang mana ianya adalah sangat tinggi.


18 Menurut Konting et al. (2009), nilai 0.81 hingga 0.90 menunjukkan nilai sangat tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa setiap item dalam kajian ini adalah melepasi tahap kebolehpercayaan. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Dalam konteks kajian ini, pengkaji mengumpulkan data mengunakan borang soal selidik. 3.6.1 Soal Selidik Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah diambil berdasarkan dapatan kajian lalu serta diubahsuai oleh pengkaji mengikut konteks keperluan kajian. Borang soal selidik ini telah diberikan kepada guru-guru Pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau, Sabah. Borang soal selidik ini akan mengukur tahap pengetahuan, kesediaan, dan penggunaan guru Pendidikan Islam terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Skala likert digunakan bagi bahagian tahap pengetahuan, kesediaan, dan penggunaan guru Pendidikan Islam terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Bagi tujuan penganalisisan data dapatan kajian kuantitatif, pengkaji menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 27 berdasarkan analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif adalah kaedah yang digunakan untuk mengorganisasi dan meringkaskan satu set (kumpulan) data berangka serta menghuraikan ciriciri pemboleh ubah yang dikaji (Abd Aziz et al., 2021). Analisis yang digunakan dirumuskan seperti dalam Jadual 1. Jadual 1 Analisis Deskriptif


19 Alat Statistik Persoalan Kajian Skor kekerapan (frekuensi), min dan sisihan piawai 1. Apakah tahap pengetahuan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah 2. Apakah tahap kesediaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah 3. Apakah tahap penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah Di samping itu, pengkaji turut menggunakan Inferensi bagi mencari hubungan atau kesignifikanan statistik yang digunakan. Lazimnya, ujian yang menggunapakai ujian statistik berparameter ini adalah bagi Ujian-T, ANOVA, ANCOVA, MANOVA dan MANCOVA (Fraenkel & Wallen, 2007). Justeru, menerusi konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah Ujian-T bagi melihat hubungan pengetahuan, kesediaan dan penggunaan terhadap media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Pemilihan alat statistik yang digunakan berdasarkan hipotesis kajian adalah diringkaskan dalam Jadual 2. Jadual 2 Analisis Inferensi Alat Statistik Hipotesis Kajian Ujian-T 1. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah?


20 2. Adakah terdapat hubungan antara kesediaan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 3. Adakah hubungan antara penggunaan dengan media sosial sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah? 3.8 RUMUSAN Berdasarkan metodologi yang telah dinyatakan di atas, maka jelaslah bahawa kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam mengumpul data. Borang soal selidik merupakan bentuk instrumen yang ditadbir dan diberikan kepada kesemua sampel yang terlibat. Sampel bagi kajian ini pula ialah guru Pendidikan Islam di sekitar daerah Tawau yang dipilih secara rawak. Selain itu, kajian rintis yang telah dijalankan juga menunjukkan kebolehpercayaan bagi setiap item dalam soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji. Item-item di dalam borang soal selidik juga telah disemak oleh panel yang telah dilantik bagi menentukan kesahan bagi setiap item yang dibina.


21 RUJUKAN Ab Aziz, N. F., & Maat, S. M. (2021). Kesediaan dan efikasi guru matematik sekolah rendah dalam pengintegrasian teknologi semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 93-108. Adam, F., Anuar, M. M., & Ali, E. M. T. E. (2015). Cabaran media baru sebagai medium pembelajaran agama dan penyelesaiannya dari perspektif Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 9, 12-23. Bahtiar, R. A., Ibrahim, S., Ariffin, H., Ismail, N. H., & Isa, W. M. K. W. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bakar, N. A., Basri, R., & Fooi, F. S. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-11. Billy, Lily James, and Muhamad Suhaimi Taat. "Budaya sekolah: Hubungannya dengan komitmen guru." Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5, no. 10 (2020): 207-216. Dwistia, H., Sajdah, M., Awaliah, O., & Elfina, N. (2022). Pemanfaatan Media Sosial Sebagai Media Pembelajaran Pendidikan Agama Islam. Ar Rusyd: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 1(2), 81-99. Fachri, H., & Harahap, M. S. (2023). Makna Pendidikan Melalui Konsep Ta’lim dalam Al-qur’an. Ta'dib, 13(1), 62-68. Nahar, A. R., Malie, Y. B. H., & Malie, S. B. H. (2023, November). Elemen Nilai Murni Menurut Agama Islam Dalam Pantun Sarawak: Tanda Kasih Kesetiaan Sejati. In Proceedings Borneo Islamic International Conference eISSN 2948-5045 (Vol. 14, pp. 122-133). Hashim, F., Rosli, F. F., & Elias, F. (2020). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 3, (4) 151-162 eISSN: 2600-9080 Ishak, Z., Buang, N. A., & Halim, L. (2017). Ciri-ciri dan tahap Pemikiran Sains Keusahawanan: Kesediaan integrasi Pemikiran Keusahawanan dalam proses pengajaran guru-guru sains Di MRSM. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1), 53-64. Ismail, A. M. (2018). STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BESUT, TERENGGANU: Strategies of Teaching and Learning by the Islamic Education Teachers in District of Besut, Terengganu. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 10(2), 11-21.


22 Jamian, A. R., & Ismail, H. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63. Jasmi, K. A., & Mohamed, S. (2017). Penerapan Potensi Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Prasekolah [Application of the Students Potential in Teaching and Learning of Islamic Studies in Preschools]. Ulum Islamiyyah. Kasim, T. S. A. T., Noor, N. E. M., & Yusoff, Y. M. (2022). Cabaran Guru Dalam Pembinaan Sahsiah Murid Melalui E-Pembelajaran Pendidikan Islam: Teacher Challenges In Building Student Personality Through E-Learning Of Islamic Education. Sains Insani, 63-71. Kusaini, E. A. (2018). TAHAP KESEDIAAN GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL DI SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI MELAKA (The Readiness of Excellent Teachers of Malay Language to Implementation of Professional Learning Community (PLC) at Secondary School in Malacca State). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 63-73. Madzalan, J., Ilias, M. F., Jamar, A., Basir, H., & Pisol, M. I. M. (2022). Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): kajian tinjauan di salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS): Level of teacher readiness in the implementation of teaching and learning at home (PdPR): A survey in one of the schools managed by the Selangor Islamic Education Foundation (YAPIS). ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(2), 11- 18. Manap, F. F. & Abdul Karim, A. (2017) Pengaplikasian Media Sosial sebagai Alternatif Pengajaran & Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Pengajian Tinggi. Prosiding International Conference on Learning Innovation and Quality Education, 2nd Series 2017. Mat, N., Noordin, M. S., & Abdullah, N. A. (2017). Pembentukan Kemahiran Insaniah Pelajar Melalui Badan Beruniform di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 20(1). Moktar, S. N. A., Hanapi, Z., Kiong, T. T., Mohamed, S., & Rus, R. C. (2018). Kesediaan, Penerimaan Dan Pengoperasian Guru Reka Bentuk dan Teknologi Terhadap Amalan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sains Humanika, 10(3-3). Nasution, A. K. P. (2020). Integrasi media sosial dalam pembelajaran generasi z. Jurnal Teknologi Informasi Dan Pendidikan, 13(1), 80-86. Nor Ashikin (2017). Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak. Othman, M. A., & Ismail, I. (2016). Pengetahuan sebagai elemen tanggungjawab manusia menurut perspektif Islam. Islamiyyat, 38(1), 65-70. Omar, F. I. (2015). Penerimaan Media Sosial sebagai Medium Dakwah dalam Kalangan Mahasiswa KUIS: Social Media Acceptance as Medium of


23 Dakwah Among KUIS Students. Journal of Management and Muamalah, 5(2), 31-42. Razaleigh Muhamat @ Kawangit (2014) PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGURUSAN AKTIVITI DAKWAH DI SEKOLAH. Available From:Https://Www.Researchgate.Net/Publication/301887153_PERANAN _GURU_PENDIDIKAN_ISLAM_DALAM_PENGURUSAN_AKTIVITI_DA KWAH_DI_SEKOLAH [accessed Sep 12 2021]. Sani, A., Wiliani, N., Budiyantara, A., & Nawaningtyas, N. (2020). Pengembangan Model Adopsi Teknologi Informasi terhadap Model Penerimaan Teknologi diantara UMKM. JITK (Jurnal Ilmu Pengetahuan Dan Teknologi Komputer), 5(2), 151-158. Sindang, E. (2013). Manfaat media sosial dalam ranah pendidikan dan pelatihan. Jakarta: Pusdiklat KNPK. Tamuri, A. H., & Hussin, N. H. (2017). Cabaran Pendidikan Islam di Era Media Sosial: Challenges of Islamic Education in Social Media Era. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 1(2), 37–43. Talib, N. A. A, Abdullah, M. U., & Salleh, M. A. M. (2017). Cabaran Dakwah Islam di Alam Siber. eBangi Special Articles. 14(7), 1-10. Wahyuningsih, K. S. (2021). Problematika Pembelajaran Daring Di Masa Pandemi Covid-19 Di Sma Dharma Praja Denpasar. Jurnal Pangkaja, 24(1), 107–118. Yaakub, M. B., Othman, K., & Nazli, N. N. N. N. (2020). Pembangunan Instrumen Pengukuran Amalan Wasatiyyah dalam Kalangan Mahasiswa Di Malaysia. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari). Zarina (2018). TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENGETAHUAN DAN KEPERLUAN LATIHAN BERFOKUSKAN APLIKASI KBAT. UTHM Institutional Repository. https://core.ac.uk/download/pdf/83541229.pdf Zazin, N., Zaim, M. (2019). Media Pembelajaran Agama Islam Berbasis Media Sosial Pada Generasi-Z. Proceeding Antasari International Conference. 1(1) 534-563.


24 Lampiran A


25


26


27


28


29


30


31


32 Lampiran B


33 Lampiran C INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU BORANG SOAL SELIDIK HUBUNGAN PENGETAHUAN, KESEDIAAN DAN PENGGUNAAN TERHADAP MEDIA SOSIAL SEBAGAI BAHAN BANTU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH Makluman kepada Responden: Saya Muhammad Alif bin Johar, pelajar Semester 2 Tahun 3 di IPG Kampus Tawau merupakan pengkaji bagi kajian ini. Soal selidik ini adalah bagi memenuhi metodologi Kajian kami yang mengkaji Hubungan Pengetahuan, Kesediaan Dan Penggunaan Terhadap Media Sosial Sebagai Bahan Bantu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Di Sekolah Di Tawau. Borang soal selidik ini mengandungi 4 bahagian, Bahagian A berkenaan demografi, bahagian B Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam, bahagian C Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam, bahagian D Tahap Penggunaan Guru Pendidikan Islam.Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan akan hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja. BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Arahan. Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. 1) JANTINA Lelaki Perempuan 2) TEMPOH BERKHIDMAT Kurang 5 tahun 6-10 Tahun 11 tahun dan ke atas 3) LOKASI SEKOLAH Bandar Luar Bandar


34 BAHAGIAN B (PENGETAHUAN) 1 : Sangat tidak setuju 2 : Tidak setuju 3 : Agak setuju 4 : Setuju 5 : Sangat setuju Arahan. Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. BIL PERKARA 1 2 3 4 5 1 Tahu menggunakan media sosial. 2 Tahu media sosial membantu menjadikan pengajaran lebih kreatif kepada murid. 3 Percaya media sosial memudahkan interaksi antara guru dengan murid. 4 Percaya bahawa media sosial boleh membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam Pendidikan Islam. 5 Tahu penggunaan media sosial seperti Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya. 6 Saya percaya masa depan pembelajaran menggunakan media sosial akan memanfaatkan generasi akan datang. 7 Percaya penggunaan media sosial dalam pengajaran pendidikan Islam boleh memberi kesan baik kepada murid. 8 Media sosial merangkumi gabungan bunyi, animasi, gambar, dan media interaktif yang menarik. 9 Pengajaran menggunakan media sosial lebih menarik minat murid untuk belajar. 10 Pernah menggunakan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. 11 Tahu memuat naik video dan gambar dalam aplikasi media sosial. 12 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan media sosial amat relevan pada zaman kini.


35 BAHAGIAN C (KESEDIAAN) 1 : Sangat tidak setuju 2 : Tidak setuju 3 : Agak setuju 4 : Setuju 5 : Sangat setuju Arahan. Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. BIL PERKARA 1 2 3 4 5 13 Setuju bahawa media sosial boleh menjadi antara bahan bantu mengajar yang berkesan. 14 Pernah mengajar melalui aplikasi media sosial berkaitan topik-topik tertentu. 15 Yakin menggunakan media sosial dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Islam. 16 Sedia untuk meneroka penggunaan media sosial dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian murid. 17 Sedia mengajar menggunakan media sosial di luar waktu kelas. 18 Sedia berinteraksi dengan murid menggunakan media sosial. 19 Mengajar menggunakan media sosial boleh membantu meningkatkan minat murid terhadap isi pembelajaran. 20 Positif bahawa penggunaan media sosial boleh diintegrasikan dalam pengajaran.


36 BAHAGIAN D (PENGGUNAAN) 1 : Sangat tidak setuju 2 : Tidak setuju 3 : Agak setuju 4 : Setuju 5 : Sangat setuju Arahan. Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan. BIL PERKARA 1 2 3 4 5 21 Menggunakan media sosial dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran. 22 Menggunakan media sosial untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. 23 Menggunakan media sosial selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. 24 Menggunakan media sosial untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 25 Menggunakan media sosial di rumah untuk mencari bahan pengajaran dan pemudahcaraan. 26 Memberi kerja latih tubi kepada murid menggunakan media sosial. 27 Menggunakan media sosial bagi berbincang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.


37 Lampiran D


38 Lampiran E


Click to View FlipBook Version