Disediakan oleh :
ISKANDAR DZULKARNAIN BIN
KHAIRUL IZAD
1 AL FARABI
SMKPP 5(1)
SISA DOMESTIK DI
PUTRAJAYA
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 2021
JADUAL KERJA
TARIKH AKTIVITI CATATAN
25.08.2021 1. Guru mengedarkan soalan kepada murid. Google
2. Guru memberikan penerangan kepada murid Meet
berkenaan dengan panduan kerja lapangan. Whatsapp
3. Murid membuat pengumpulan data berkenaan
dengan tajuk yang diberikan oleh guru iaitu ‘. Goggle
4. Murid membuat Search
* Jadual kerja Temubual
* Pendahuluan
1.09.2021 Murid mula membuat Proses Pengumpulan Data.
Murid mencari maklumat di dalam internet.
8.9.2021 Murid mula membuat objektif kajian dan
menghuraikan lokasi kawasan kajian.
Murid membuat hasil dapatan kajian.
15.9.2021 Murid membuat rumusan, rujukan dan lampiran.
Murid mengambil gambar di sekitar lokasi kajian.
22.9.2021 Murid TURN IN tugasan dalam Google Classroom
1
SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT
BIL TAJUK 3
4
1 Penghargaan 5
2 Pendahuluan 6-9
3 Okjektif Kajian 10
4 Kawasan Kajian 11-20
5 Kaedah Kajian 21
6 Hasil Kajian 22
7 Rumusan 23
8 Rujukan
9 Lampiran
2
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah mempermudahkan segala
urusan untuk saya menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 1 yang
bertajuk Sisa Domestik di Putrajaya.
Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Putrajaya Presint 5(1),
Puan Thalsiah bt Hassan kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya iaitu Puan Marlena bt Ismail kerana telah banyak memberi
bimbingan da;am matapelajaran Geografi sekaligus membantu saya dalam
penyediaan laporan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya Khairul Izad
bin Abd Rahman dan ibu saya Noorharnani binti Mohd Sarkawi yang memberi
sokongan moral, bimbingan dan bantuan kewangan untuk menjayakan kerja
lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya, Alam Flora
Sdn Bhd, dan lain-lain laman sesawang yang telah menyediakan maklumat untuk
dirujuk dalam proses penyediaan laporan ini. Semoga laporan ini dapat memberi
manfaat kepada diri saya dan orang di sekeliling saya.
3
2.0 PENDAHULUAN
Laporan Kajian Lapangan ini disediakan bagi memenuhi keperluan
matapelajaran Geografi Tingkatan 1. Saya telah menjalankan kajian tentang Sisa
Domestik di Putrajaya. Lokasi Putrajaya telah dipilih bagi memudahkan proses kerja
lapangan dibuat memandangkan saya menetap di Putrajaya. Selain itu, saya juga
lebih mudah untuk memahami proses pengurusan sisa pepejal di Putrajaya.
Saya menjalankan kajian ini bermula pada 25 Ogos 2021 hingga 22 September
2021. Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi.
Sumber maklumat saya adalah guru matapelajaran Geografi, ibu bapa, laman
sesawang pihak berkuasa tempatan dan laman sesawang kontraktor yang
menguruskan sisa domestik di kawasan lapangan. Selain itu, saya juga membuat
pemerhatian di sekitar tempat tinggal saya.
Laporan ini akan merangkumi objektif kajian, penerangan tentang lokasi
kajian, kaedah kajian, hasil kajian dan rumusan. Hasil kajian akan menerangkan
definisi sisa domestik, jenis-jenis sisa domestik di kawasan lapangan, pengurusan
sisa domestik, kesan pembuanagn sisa domestik dan langkah mengurangkan sisa
domestic.
4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pelaksanaan kajian lapangan yang bertajuk Sisa Domestik di Putrajaya ini didorong
oleh objektif berikut:-
a) Mengkaji konsep sisa domestik secara umumnya.
b) Mengenalpasti jenis sisa domestik di Putrajaya.
c) Mengkaji kaedah pengurusan sisa domestik di Putrajaya.
d) Mengenalpasti kesan pembuangan sisa domestik di Putrajaya
e) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik di Putrajaya.
5
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian
Kawasan kajian saya adalah Wilayah Persekutuan (WP)
Putrajaya. WP Putrajaya berkeluasan 49.32 kilometer persegi yang
dibahagikan kepada 20 percint. Jumlah pendududuk adalah seramai
80.5 ribu orang yang terdiri daripada 42.2 ribu lelaki dan 37.2 ribu
perempuan. Jumlah penduduk ini boleh dikatakan agak padat dan
menjangkakan banyak sisa domestik dihasilkan setiap hari.
Pengurusan Sisa Domestik di Malaysia diselia oleh Jabatan
Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Jabatan ini memberi kuasa kepada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan fungsi pengurusan
sisa domestik seperti Perbadanan Putrajaya yang bertanggungjawab di
WP Putrajaya. Manakala kontraktor Alam Flora Sdn Bhd telah dilantik
sebagai syarikat konsesi yang menguruskan sisa domestik di kawasan
ini.
6
4.2 Ciri fizikal
WP Putrajaya asalnya merupakan ladang kelapa sawit dan
kawasan terpencil. Putrajaya telah dibangunkan sejak 1995 dengan
sangat pesat bagi mewujudkan pusat pentadbiran negara dan kawasan
kediaman penduduk. Pada hari ini hanya kira-kira kurang daripada 30
peratus bentuk muka bumi hijau yang masih dikekalkan dengan bentuk
bukit bukai yang asal.
7
4.3 Ciri Budaya
Ciri budaya WP Putrajaya sangat dipengaruhi dengan fungsi
kawasan Putrajaya dibangunkan iaitu menjadi Pusat Pentadbiran
Kerajaan. Terdapat beberapa kategori pembangunan utama di kawasan
ini iaitu :-
1. Pejabat Kerajaan
2. Taman Perumahan
3. Apartmen atau Kondominium Kediaman
4. Pusat Perniagaan
5. Pusat Aktiviti Penduduk
6. Taman Rekreasi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Aktiviti Penduduk
Taman Perumahan Apartmen/Kondominium Pusat Perniagaan
8
Taman Rekreasi
Melalui pemerhatian, terdapat beberapa ciri budaya penduduk
di WP Putrajaya.
1. Kebanyakan penduduk adalah golongan bekerja dengan
kerajaan, swasta atau berniaga.
2. Kediaman penduduk memiliki kawasan tanah yang terhad.
3. Penduduk memerlukan pengurusan sisa domestik yang cekap
dan teratur. Penduduk tidak memiliki tempat untuk
membuang sisa domestik berkenaan jika tidak dikutip oleh
PBT.
9
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan tiga kaedah yang berikut:-
6.1 Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengetahui jenis sisa
domestik yang terdapat di kawasan kajian dan kaedah pengurusan sisa
domestik setempat.
6.2 Rujukan
Saya telah membuat rujukan buku teks untuk mengetahui Konsep Sisa
Domestik. Saya juga telah merujuk laman sesawang untuk
mendapatkan maklumat lokasi kajian dan usaha-usaha mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik.
5.3 Temubual
Saya telah menemubual ibu bapa saya untuk mendapatkan bimbingan
dan penjelasan sekiranya terdapat maklumat yang tidak dapat
dipastikan atau tidak difahami berkaitan sisa domestik dan kerja
lapangan.
10
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep/Maksud Sisa Domestik
Sisa-sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil
dari kawasan perumahan. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal
dan sisa cecair. Jenis-jenis sisa domestik juga terdiri daripada bahan
organik dan bahan bukan organik.
6.2 Jenis Sisa Domestik di Putrajaya
Melalui pemerhatian dan maklumat yang diperolehi dari laman
sesawang Perbadanan Putrajaya, pengurusan jenis sisa domestik di
Putrajaya dibahagikan kepada beberapa kategori.
6.2.1 Sisa domestik rumah yang terdiri daripada sisa pepejal dan sisa
cecair. Contohnya adalah seperti sisa makanan, sampah
masakan, bekas bungkusan makanan dan bekas minuman.
6.2.2 Sisa pukal iaitu apa-apa sisa selain domestik. Meskipun dalam
takrifan sisa pukal tidak dikategorikan sebagai sisa domestik, di
Putrajaya ia diuruskan bersama-sama oleh Alam Flora. Contoh
sisa pukal adalah sisa kebun seperti ranting-ranting pokok,
perabut dan tilam.
6.2.3 Sisa kitar semula ialah sisa yang boleh diproses menjadi sesuatu
yang baru atau boleh digunakan semula. Contohnya kotak, botol
plastik dan pakaian.
11
6.3 Pengurusan Sisa Domestik di Putrajaya
Perbadanan Putrajaya melalui Alam Flora Sdn Bhd telah
menyediakan kaedah pengumpulan sisa domestik yang teratur.
6.3.1 Jadual Kutipan Sisa Domestik
Perbadanan Putrajaya telah membuat hebahan jadual kutipan
sisa domestik dengan meletakkan papan tanda di setiap kawasan
kediaman, premis perniagaan dan aktiviti penduduk selain melalui
laman sesawang Alam Flora Sdn Bhd.
Jadual Kutipan Sisa Domestik
Papan Tanda Jadual Kutipan Sisa Domestik
12
6.3.2 Pengasingan SisaDomestik
Melalui jadual kutipan sisa domestik, Perbadanan Putrajaya telah
memaklumkan kutipan akan dilaksanakan mengikut jenis sisa domestik.
Contohnya kutipan sisa domestik rumah akan dilaksanakan secara
harian manakala kutipan sisa pukal dan kitar semula dilaksanakan
seminggu sekali.
Selain itu, Perbadanan Putrajaya juga membezakan tong
pembuangan sisa domestik mengikut kategori bagi memastikan
pengasingan telah dibuat lebih awal.
Perbadanan Putrajaya menyediakan dua jenis tong bagi kawasan
taman perumahan dan taman rekreasi. Tong hijau bagi sisa domestik
rumah manakala tong oren adalah bagi sisa kitar semula. Sisa pukal
hendaklah diletakkan di hadapan rumah pada hari kutipan.
Tong Sisa Domestik Taman Perumahan
Perbadanan Putrajaya menggunakan konsep rumah sisa
domestik bagi kawasan apartmen/kondominium, kawasan pusat
perniagaan, kawasan pentadbiran dan kawasan aktiviti penduduk.
13
Syarikat pembersihan boleh meletakkan sempadan untuk
mengasingkan kawasan sisa pukal dan sisa domestik rumah.
Sisa Domestik Rumah Sisa Pukal / Kitar Semula
(
Rumah Sisa Domestik di kawasan Apartmen
Selain rumah sampah, Perbadanan Putrajaya menyediakan tong
sisa kitar semula di setiap rumah sisa domestik. Sekiranya sisa kitar
semula terlalu besar, boleh diletakkan di kawasan sisa pukal.
Tong Sisa Kitar Semula
14
6.3.3 Kemudahan Kitar Semula Komuniti Putrajaya
Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan
Penduduk Putrajaya telah mewujudkan Pusat Kitar Semula Komuniti
Putrajaya yang terletak di Percint 9 Putrajaya. Penduduk boleh
menjual sisa kitar semula seperti kotak, kertas, botol plastik dan buku-
buku lama di sini. Barangan elektrik juga diterima sebagai kitar semula
dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Butik 3R diwujudkan
bersebelahan untuk menerima pakaian kitar semula namun tiada
sebarang bayaran diberikan.
Pusat Kitar semula Komuniti Putrajaya dan WaktuBeroperasi
Kadar Harga Jualan Sisa Kitar Semula
15
Butik 3R menerima Pakaian Kitar Semula
16
6.4 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia.
Melalui kaedah kajian yang saya gunakan iaitu sumber rujukan
daripada Buku Teks Muka Surat 148 dan Laman Web Ilabur mendapati
bahawa, kesan-kesan pembuangan sisa domestik ialah
6.4.1 Pencemaran
Pembuangan sampah sarap secara langsung akan menyebabkan
pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran bau.
6.4.2 Wabak Penyakit
Pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh tikus, lipas dan
lalat. Contoh penyakit ialah taun, demam denggi, malaria, zika
dan rotavirus.
6.4.3 Peningkatan Kos Pelenggaraan
Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos
penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya
pihak berkuasa tempatan (PBT). Kos penyelenggaraan yang perlu
dibiayai oleh PBT melibatkan kos penyelenggaraan tapak
pelupusan, baik pulih kemusnahan, perawatan air tercemar dan
gaji pembersihan.
17
6.4.4 Banjir Kilat
Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa
domestik ke dalam longkang, parit dn sungai akan menyebabkan
aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat
secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku
18
6.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
Melalui kaedah kajian yang saya gunakan iaitu sumber rujukan daripada
Buku Teks Muka Surat 150-151 dan Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan
Sisa Pepejal mendapati bahawa, langkah-langkah pembuangan sisa domestik
ialah
6.5.1 Amalan 3R
Penerapan amalan 3R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse)
dan kitar semula (Recycle) dapat mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik.
6.5.2 Penggunaan Teknologi Terkini
Loji Waste to Energy (WtE) merupakan teknologi terkini yang mampu
mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga
85%. Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan
pinggan polisterina dan mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik.
6.5.3 Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan sisa domestic dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada rakyat. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik
dan sistematik.
19
6.5.4 Pendidikan
Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan
kepada generasi muda terutama dari peringkat awal. Mata pelajaran
geografi dan sains dpat memupuk kesedaran dalam kalangan murid.
Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti
tambahan di sekolah.
6.5.6 Kempen
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media
sosial. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen
seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen
Cintai Sungai Kita.
20
7.0 RUMUSAN
Melalui kerja lapangan ini, saya telah dapat mempelajari jenis-jenis sisa
domestik, kaedah pengurusan sisa domestik di kawasan lapangan yang dipilih, kesan
pembuangan sisa domestik dan langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik. Melalui ilmu pengetahuan ini, ia dapat membantu ssaya untuk
mengamalkan pengurusan sisa domestik yang betul.
Melalui proses penyediaan kerja lapangan ini juga, saya dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat pemerhatian dan memahami cara
membuat laporan kajian.
Selain itu, saya juga dapat memahirkan diri menggunakan komputer
sepanjang menjalankan kajian lapangan. Semoga kerja lapangan ini dapat memberi
manfaat kepada pembaca.
21
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Hisham Azman, Mohamad Khairun (2017). Geografi Tingkatan 1 Kuala
Lumpur: Era Visi Sdn Bhd
8.2 Laman Sesawang
1. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/data-
penduduk-bagi-wilayah-persekutuan-kuala-lumpur-putrajaya-
dan-labuan
2. https://www.ppj.gov.my/second-page/pengurusan-sisa-pepejal
3. http://www.alamflora.com.my/home/facilities-2/recycle/fiks/
4. https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/129
5. https://ilabur.com/punca-pembuangan-sisa-domestik/
6. https://www.google.com.my/maps/@2.9264058,101.6436024,
11914m/data=!3m1!1e3
8.3 Individu
1. Puan Marlena binti Ismail
Guru Matapelajaran Geografi SMKPP5(1)
2. Puan Wan Nooriha
Guru Matapelajaran Geografi SMKPP5(1)
3. Khairul Izad bin Abdul Rahman
Bapa
4. Noorharnani binti Mohd Sarkawi
Ibu
22
9.0 LAMPIRAN
Semua gambar telah diletakkan bersekali dalam Hasil Dapatan Kajian.
23