The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KENYALANG EDISI 3/2023 (JULAI - SEPTEMBER) BIL27

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKMa Zon Sarawak, 2023-11-07 20:28:23

BULETIN KENYALANG EDISI3

BULETIN KENYALANG EDISI 3/2023 (JULAI - SEPTEMBER) BIL27

BULETIN KENYALANG IKMa ZON SARAWAK BIL. 27 (EDISI 3/2023 JULAI - SEPTEMBER ) Program Pembangunan Komuniti Melalui Gerakan Koperasi dan Perasmian CoopMart Koperasi Ampungan Serian Berhad Minggu Perusahaan, Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Negeri Sarawak Disambut Meriah di Coco Cabana, Miri (Muka Surat 8) PROGRAM BICARA ILMU “KEUSAHAWANAN BELIA, TUNJANG MASA DEPAN KOPERASI, PEMANGKIN EKONOMI NEGARA” PROGRAM BICARA ILMU “KEUSAHAWANAN BELIA, TUNJANG MASA DEPAN KOPERASI, PEMANGKIN EKONOMI NEGARA” (Muka Surat 14)


SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI SIDANG REDAKSI BULETIN KENYALANG PENASIHAT EDITOR PENULIS PEGAWAI PENERBITAN PUAN SYARIFAH ROHAYA BT WAN IDRIS PUAN SITI MAIMUNAH BINTI HJ JERNI (Pengarah) PUAN RAHMATBI BINTI SUHAIDI ENCIK HAMIZAH BIN MOHD NADZIR ENCIK FRANK ME-OL ENCIK MOHAMAD SUANDI BIN MORTADZA PUAN NUR FATIN SHAZWANI AHMAD CIK PRISCILLA KAY AK GEORGE @ JOHN PUAN EMMY BINTI POLLY CIK VRONICA KUMANG LAWRENCE CIK HIZRAHTUL BINTI MOHD LEO KANDUNGAN BULETIN KENYALANG BIL 27. EDISI 3/2023 Program Bicara Ilmu “Keusahawanan Belia, Tunjang Masa Depan Koperasi, Pemangkin Ekonomi Negara” 3 - 4 Bicara Ilmu “Membina Jenama, Menjana Angka” Bengkel Pembangunan Produk Melalui Rangkaian Airasia Grocer Kursus Pemantapan Kepimpinan Koperasi di Bintulu Bengkel Penyediaan Aturan Aktiviti Koperasi SMK Bako Berhad 5 - 6 7 9 8 Minggu Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) Peringkat Negeri Sarawak Disambut Meriah di Cococabana Miri Taklimat Asas Pengurusan Koperasi Pada Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Keluarga Pak Mat dan Mak Limah Miri Berhad 9 - 10 10 Bengkel Celik Kewangan dan Asas Simpan Kira Kerjasama IKMa dan SKM Daerah Saratok Bengkel Penghasilan Produk Organik Kompos Sawit Bersama Felcra Niaga Sdn Bhd Kursus Pembangunan Produk (USP: Pembungkusan dan Penjenamaan) Program Anjuran Bersama IKMa dan SKM Bahagian Samarahan - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Melalui Gerakan Koperasi dan Perasmian CoopMart Ampunagn Serian Berhad Program Kerjasama IKMa dan SKM Bahagian Miri Siri 2/2023- Bengkel Perakaunan Asas Menggunakan Microsoft Excel Sesi Taklimat dan Perbincangan Awal Cadangan Pembukaan Tapak PCS Petros Oleh Koperasi Terpilih 11 11 - 12 12 13 - 14 13 14 15 SEGMEN BERITA MIRICLE Bengkel Pengurusan Stok dan Inventori Koperasi Kaban Stass Bau Berhad Penyerahan Sijil Penamatan Program MiRiCLe Koperasi SMK Jalan Oya SIbu Berhad Bengkel Pembangunan Aturan dan SOP Aktiviti Koperasi Usahawan Gading Mekar Berhad Bengkel Pemurnian Pelan Strategik Koperasi Kaban Stass Bau Berhad Bengkel Teknikal Sistem Pos & Kewangan (IKOOP) Pasar Mini Koperasi Usahawan Gading Mekar Berhad, Lundu Taklimat Program CODE FAST IKMa Bersama KPSM Marudi Berhad Hari Anggota Bersama Koperasi Kaban Stass Bau Berhad Diselitkan Dengan Ceramah “Anggota Kekuatan Koperasi” Praktikal Operator dan Pentadbiran Perkhidmatan Mobile Car Wash Koperasi Kariah Masjid Darulhana Lambir Berhad 16 16 - 17 17 18 18 - 19 19 20 21 SEGMEN BERITA KAKITANGAN Kursus Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif Anjuran Intan Kampus Sarawak Kursus Induksi Kakitangan Kontrak Lantikan Tahun 2023 Karnival Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2023 Ke-12 22 22 23 GALERI GAMBAR KALENDAR KURSUS 24 - 30 31


BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 03 PROGRAM BICARA ILMU “KEUSAHAWANAN BELIA, TUNJANG MASA DEPAN KOPERASI, PEMANGKIN EKONOMI NEGARA” Oleh: Hamizah Mohd Nadzir Yang Berhormat Encik Abdul Yakub Bin Hj Arbi, Adun N58 Balingian telah menghadiri dan merasmikan Program Bicara Ilmu bertemakan “Keusahawanan Belia, Tunjang Masa Depan Koperasi, Pemangkin Ekonomi Negara” pada 8 Julai yang lalu bertempat di Dewan Seri Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Program yang dianjurkan secara bersama oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah ini, bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mahasiswa UiTM Kampus Mukah berkenaan usaha pemantapan belia koperasi dalam bidang keusahawanan di negeri Sarawak. Melalui koperasi, belia di kalangan mahasiswa UiTM berpeluang untuk memajukan diri dan keluarga dalam bidang keusahawanan, dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan usahawan belia koperasi di negeri Sarawak. Program yang dihadiri seramai 300 orang pelajar dan kakitangan UiTM Kampus Mukah ini merupakan satu kolaborasi yang amat baik dengan menyuntik elemen keusahawanan dalam aktiviti Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dan memberi peluang lebih ramai mahasiswa dan masyarakat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Menariknya program ini dengan adanya sesi perkongsian ilmu koperasi dan keusahawanan daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sarawak dan juga Setiausaha Kehormat Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad.Semoga program ini menjadi titik pemula penubuhan Koperasi Siswa UiTM Mukah. SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Yang Berhormat En. Abdul Yakub Hj Arbi menyampaikan ucapan perasmian. Prof. Madya Abdul Razak Abdul Kadir, Penolong Rektor Kampus Mukah menyampaikan ucapan. Sekitar program Bicara Ilmu, Yang Berhormat Encik Abdul Yakup Hj. Arbi, En. Mohd Zaib Mat Yunus, Prof. Madya Abdul Razak Abdul Kadir, Pn. Siti Maimunah Jerni dan para penceramah bergambar bersama-sama warga UITM Kampus Mukah yang hadir.


Sesi perkongsian bersama ilmu koperasi dan keusahawanan daripada IKMa, Setiausaha Kehormat Koperasi Siswa UITM Selangor Bhd dan SKM. BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 04 SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Encik Abdul Yakup Hj. Arbi.


SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI BICARA ILMU “MEMBINA JENAMA, MENJANA ANGKA” Bil. 27 3/2023 Mukasurat 05 BULETIN KENYALANG Oleh: Hamizah Mohd Nadzir Program Bicara Ilmu yang bertemakan Membina Jenama, Menjana Angka telah diadakan pada 13 Julai 2023 bertempat di Hotel Imperial Kuching. Program Bicara Ilmu ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan berkenaan kepentingan penjenamaan dalam meningkatkan jualan kepada usahawan koperasi di negeri Sarawak. Ini kerana jenama merupakan satu keperluan dalam perniagaan tidak kira sama ada perniagaan kecil atau besar. Melalui jenama, koperasi dapat membawa produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran yang lebih luas dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan usahawan koperasi di negeri Sarawak. Program ini telah dihadiri seramai 196 orang peserta dikalangan koperator dan agensi di seluruh Sarawak. Antara penceramah yang telah berkongsi ilmu pada program ini adalah Dr Chua Hun Pin, Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Dayang Sophia Abang Taha, Pengarah Urusan Sophia Taha Holdings dan juga Datin Hajah Masnah Haji Sahni, Pengasas Mira Cake House. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha. Encik Mohd Zaib Bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Institut Koperasi Malaysia. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan majlis pelancaran Buku Direktori Pelanggan IKMa Zon Sarawak. Tahniah kepada semua yang terlibat. En Mohd Zaib Mat Yunus menyampaikan ucapan Perasmian. Taklimat bersama Dr Chua Hun Pin, Pegawai Penyelidik Kanan MARDI. Datin Hajah Masnah berkongsi pengalaman sebagai pengasas Kek Lapis Mira Cake House. Pn. Dayang Sophia berkongsi pengalaman pengeluaran produk OEM.


BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Bil. 27 3/2023 Mukasurat 06 Kemeriahan program diserikan oleh seramai 196 orang peserta yang hadir program. Pelancaran Direktori IKMa Zon Sarawak. Penyampaian cenderahati daripada IKMa Zon Sarawak kepada En. Mohd Zaib.


Kerjasama bersama pihak Airasia Grocer telah diadakan pada 20 hingga 21 Jun 2023. Program ini dilaksanakan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep dan kaedah pembangunan produk serta kepentingan persediaan pembangunan produk bagi tujuan pemasaran. Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada anggota Koperasi termasuk individu yang berminat telah menghadiri program ini. Koperasi yang telah hadir adalah: 1.Koperasi Mamacare Sarawak Berhad 2.Koperasi Kampung Telian Mukah Berhad 3.Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad 4.Koperasi Mahabbah Pertanian Moden Melalui program ini, produk keluaran koperasi dan peserta akan dikenal pasti untuk dipasarkan dalam rangkaian airasia grocer. Produk Coklat keluaran Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad telah mendapat lebih 90% mata penilaian bagi kriteria produk yang sesuai untuk dipasarkan dan telah dipersetujui untuk dimasukkan ke dalam katalog pada suku ke 4 tahun ini. Menariknya, produk Coklat keluaran koperasi ini juga akan mula dijual pada suku ke 3 tahun ini, selepas pihak airasia grocer mendaftarkan koperasi sebagai penjual dan bersetuju untuk menjadikan koperasi sebagai penjual utama produk coklat dalam Kempen Koleksi Krismas kelak. Manakala bagi produk keluaran koperasi atau peserta lain semasa program ini juga berpotensi untuk dipasarkan, namun masih lagi dalam proses saringan dan penilaian. Diharap melalui program seumpama ini, IKMa mampu membantu membawa produk koperasi yang berpotensi menembusi pasaran yang lebih luas. BENGKEL PEMBANGUNAN PRODUK MELALUI RANGKAIAN AIRASIA GROCER Bil. 26 2/2023 Mukasurat 07 SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI BULETIN KENYALANG Oleh: Nur Fatin Shazwani Ahmad Mr Divenesh Sivantahan, Head of Marketing AirAsia Grocer dan Mr Muhammad Adib Badrul Asri, Lead, Buyer Management AirAsia Grocer mengendalikan keseluruhan program selama 2 hari ini. Sebahagian daripada produk coklat Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad yang memikat hati pihak AirAsia Grocer


BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Bil. 27 3/2023 Mukasurat 08 Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak Cawangan Miri telah terlibat bersama rakan agensi KUSKOP, bagi menjayakan kaunter informasi agensi KUSKOP dan agensi penggerak keusahawanan Persekutuan dan negeri sempena Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Peringkat Negeri Sarawak 2023. Program telah berlangsung selama lima hari, bermula 21 hingga 24 Jun yang lalu bertempat di Coco Cabana Miri anjuran bersama SME Corporation Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED). Sebanyak 126 reruai pameran termasuk jualan dengan penglibatan 110 reruai PMKS, Dapur Sarawak, 8 reruai agensi, 3 reruai usahawan Brunei dan 5 reruai penaja telah menjayakan program tersebut. MINGGU PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (PMKS) PERINGKAT NEGERI SARAWAK DISAMBUT MERIAH DI COCOCABANA MIRI Oleh: Emmy Polly Reruai pameran oleh IKMa Cawangan Miri. En. Bell Bernard Aggan, pegawai SME Corp turut melawat. Pn. Syarifah Rohaya Wan Idris, Ketua IKMa Cawangan Miri menyampaikan cenderahati kepada YB Senator Pn. Sarawasthy Kandasami Timbalan Menteri KUSKOP ditemani Pn. Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan KSU semasa kunjungan beliau ke kaunter informasi IKMa.


Ceramah disampaikan oleh Cik Priscilla Kay. Para koperator mendengar ceramah dengan tekun. Gelagat peserta semasa menjalani aktiviti kursus ini. Pembentangan oleh Hj. Ibrahim, salah seorang wakil kumpulan. KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN KOPERASI DI BINTULU Pada 4 hingga 6 Julai 2023 bertempat di Bintulu, IKMa Zon Sarawak telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kepimpinan Koperasi. Program ini telah dihadiri seramai 50 orang anggota lembaga koperasi, anggota dan juga pengurusan koperasi dari seluruh negeri Sarawak. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan mengaplikasikan kemahiran komunikasi dalam kepimpinan. Pensyarah IKMa Zon Sarawak yang terlibat pada kali ini adalah En Mohamad Suandi bin Mortada dan Cik Priscilla Kay George John. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 09 SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI BULETIN KENYALANG Oleh: Mohamad Suandi Mortadza TAKLIMAT ASAS PENGURUSAN KOPERASI PADA MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI KELUARGA PAK MAT DAN MAK LIMAH MIRI BERHAD. Oleh: Syarifah Rohaya Wan Idris Pada 8 Julai 2023 (Sabtu) yang lalu, IKMa Cawangan Miri telah diberi kepercayaan oleh Koperasi Keluarga Pak Mat dan Mak Limah Miri Berhad untuk menyampaikan satu taklimat berkenaan asas pengurusan koperasi semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung Permulaan mereka yang dibuat di premis perniagaan salah seorang jawatankuasa penaja. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Syarifah Rohaya Wan Idris, Ketua Cawangan IKMa Cawangan Miri. Mesyuarat yang berlangsung selama setengah hari itu dihadiri oleh bakal anggota secara bersemuka dan 11 orang melalui online. Turut hadir bersama adalah En. Khairuddin Kadir dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Bahagian Miri dan Pn. Emmy Polly, IKMa Cawangan Miri. Pn. Syarifah Rohaya Wan Idris menyampaikan taklimat kepada calon anggota.


Pada 15 Julai 2023 (Sabtu), bengkel sehari tentang Penyediaan Aturan Koperasi bersama dengan anggota lembaga Koperasi SMK Bako Kuching Berhad diadakan di Hotel Waterfront Kuching. Program khas ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pendedahan anggota lembaga koperasi kepada penyediaan aturan koperasi serta membentuk aturan-aturan perniagaan dan aktiviti koperasi. Bengkel Penyediaan Aturan ini dikendalikan oleh Puan Siti Maimunah Bt Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak dan Encik Mohamad Suandi Bin Mortadza, Pegawai Latihan Kanan selaku penyelaras program. Antara pengisian program ini adalah tentang keperluan aturan dan juga gaya menulis aturan mengikut kesesuaian koperasi dalam menjalankan aktviti perniagaan masing-masing. Diharapkan dengan pelaksanaan bengkel ini, anggota lembaga akan terus meningkatkan kecekapan tadbir urus dan pengurusan koperasi. BENGKEL PENYEDIAAN ATURAN AKTIVITI KOPERASI SMK BAKO BERHAD BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Bil. 27 3/2023 Mukasurat 10 Taklimat pendidikan tentang Koperasi melibatkan 6 anggota yang hadir bersama-sama 11 orang secara atas talian. Turut hadir bersama semasa taklimat ialah En. Khairuddin Kadir daripada SKM Bahagian Miri. Oleh: Hamizah Mohd Nadzir Sekitar bengkel Penyediaan Aturan, Pn. Siti Maimunah Hj. Jerni menyampaikan ceramah kepada anggota lembaga koperasi dan turut bersama Penyelaras program, En. Mohd Suandi Hj Mortadza.


BENGKEL CELIK KEWANGAN DAN ASAS SIMPAN KIRA KERJASAMA IKMa DAN SKM DAERAH SARATOK Pada 21 Julai 2023, telah berlangsung satu bengkel Celik Kewangan: Asas Simpan Kira di Wisma Persekutuan Saratok. Bengkel ini adalah merupakan anjuran bersama antara Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak bersama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Saratok. Seramai 25 orang peserta telah menyertai Bengkel Celik Kewangan dibawah kendalian Encik Hamizah dan Cik Priscilla Kay (IKMa Zon Sarawak) dibantu oleh Puan Sarimah (SKM), dimana ratarata peserta adalah ALK dan Anggota daripada koperasi yang baru ditubuhkan sekitar daerah Saratok. Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas simpan kira dalam merekodkan aktiviti perniagaan dan persediaan catatan perakaunan koperasi. Penting untuk ALK serta Anggota didedahkan dengan pengetahuan asas simpan kira-kira untuk pelaporan kewangan perniagaan yang konsisten. Diharapkan peserta dapat mempraktikkan teori dan praktikal yang telah dipelajari semasa bengkel tersebut. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 11 SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI BULETIN KENYALANG Oleh: Priscilla Kay George @ John Sebahagian daripada peserta dari koperasi sekitar Saratok dan Pusa yang menyertai program Kerjasama Agensi - Bengkel Celik Kewangan: Asas Simpan Kira En. Hamizah Mohd Nadzir, pegawai latihan IKMa Zon Sarawak sedang menyampaikan ceramah semasa bengkel BENGKEL PENGHASILAN PRODUK ORGANIK KOMPOS SAWIT BERSAMA FELCRA NIAGA SDN BHD Oleh: Nur Fatin Shazwani Ahmad Program Bengkel Penghasilan Produk Organik Kompos Sawit dengan kerjasama pihak Felcra Niaga Sdn Bhd telah diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2023. Program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan berkenaan potensi produk organik daripada kompos sawit dan memberi kefahaman berkenaan kepentingan untuk menghasilkan produk – produk organik sebagai inisiatif kepada perniagaan koperasi.Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada anggota 9 buah Koperasi termasuk individu yang berminat telah menghadiri program ini. Koperasi yang telah hadir adalah: 1. Koperasi Bela Rakyat Opar Bau Lundu Berhad 2. Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Berhad 3. Koperasi Kariah Masjid Bandar Sri Aman Berhad 4. Koperasi Sara Bamboo Kuching Berhad 5. Koperasi Usahawan Telaga Air Kuching Berhad 6. Koperasi Sawit Mampan Sri Aman Berhad 7. Koperasi Peserta Felcra Kawasan Belimbing Kuching Berhad 8. Koperasi Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak Berhad 9. Koperasi Bidayuh Kuching Berhad Bengkel dikendalikan oleh pihak Felcra Niaga Sdn Bhd, Encik Asmawi Awang, Ketua Bahagian Operasi Felcra Niaga Sdn Bhd.


BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 12 SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Hasil baja organik kompos sawit keluaran peserta koperasi telah dikenal pasti oleh pihak Felcra Niaga Sdn Bhd untuk dijenamakan bagi memenuhi permintaan semasa pertanian dan perladangan. Produk baja organik kompos sawit daripada peserta Koperasi Kariah Masjid Bandar Sri Aman Berhad menepati kriteria pemilihan produk oleh pihak Felcra Niaga Sdn Bhd. Selain itu juga, kerjasama strategik juga bakal dilaksanakan bersama Koperasi Penanam Sawit Mampan Sri Aman Berhad melalui hub pengumpulan kompos sawit. Menariknya, program ini membuka mata ramai pihak mengenai permintaan terhadap kompos sawit adalah tinggi sebagai kaedah gantian kepada baja sedia ada berikutan kenaikan harga baja masa kini. Diharap melalui program seumpama ini, IKMa mampu membantu untuk membawa produk koperasi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu usaha membantu koperasi menjana lebihan pendapatan yang sekaligus memanfaatkan anggota dan masyarakat setempat. KURSUS PEMBANGUNAN PRODUK (USP: PEMBUNGKUSAN DAN PENJENAMAAN) Oleh: Priscilla Kay George @ John Kursus Pembangunan Produk (USP: Pembungkusan dan Penjenamaan) telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 7 hingga 8 Ogos 2023 bertempat di pejabat IKMa Zon Sarawak. Kursus ini dijalankan bagi memberkan pendedahan konsep dan kaedah pembangunan produk, teknik dan strategi penjenamaan sebagai alat pemasaran danpendedahan tentang pensijilan produk dalam pembungkusan. Seramai 40 orang koperator di seluruh Sarawak telah menyertai kursus ini. Penceramah jemputan iaitu Puan Phelomena ak Jembun @ Jimbun, Penolong Pegawai Harta Intelek MYiPO, Kuching telah memberi ceramah bertajuk Penjenamaan dan Dr. Chua Hun Pin, Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan Mardi, Kuching dengan tajuk ceramah tentang Perlabelan. Pada hari kedua program, telah diadakan lawatan ke Kilang Pembungkusan, Tapau Trading di Jalan Stutong Kuching. Lawatan ini telah di sambut baik oleh Pengasasnya iaitu Encik Micheal Kuan. Ceramah Perlabelan disampaikan oleh Dr. Chua Hun Pin. Encik Michael Kuan, Pengasas Kilang Pembungkusan Tapau Trading memberi taklimat kepada para peserta. Peserta melawat Kilang Pembungkusan, Tapau Trading Di Jalan Stutong Kuching


SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI PROGRAM KERJASAMA IKMa DAN SKM BAHAGIAN MIRI SIRI 2/2023 - BENGKEL PERAKAUNAN ASAS MENGGUNAKAN MICROSOFT EXCEL Program Kerjasama di antara IKMa Cawangan Miri dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Miri pada kali kedua tahun ini memilih untuk menjalankan Bengkel Perakaunan Asas menggunakan Microsoft Excel. Fasiliti tempat bengkel dijalankan telah disediakan oleh pihak SKM di Bilik Mesyuarat Blok A Wisma Persekutuan 2 Miri pada 15 hingga 17 Ogos 2023. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada 14 buah koperasi di sekitar bandar Miri telah menyertai bengkel ini. Kebanyakan daripada mereka masih merekod transaksi perakaunan secara manual ke dalam buku tunai. Pada hari pertama, peserta diterangkan tentang konsep asas perakaunan dan penggunaan MicrosoftExcel. Latihan praktikal dijalankan selama dua hari bagi membolehkan peserta mengaplikasikan kaedah merekod perakaunan menggunakan Microsoft Excel. PROGRAM ANJURAN BERSAMA IKMa DAN SKM BAHAGIAN SAMARAHAN- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOPERASI Pada 16 hingga 17 Ogos 2023, IKMa Zon Sarawak dengan kerjasama Pejabat SKM Samarahan telah menganjurkan Kursus Wajib Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi bertempat di Lembaga Koko Malaysia Samarahan. Seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi sekitar Bahagian Samarahan telah menghadiri kursus pada kali ini. Program ini merupakan kerjasama kali ke 3 bersama SKM Samarahan sepanjang tahun 2023. Pengarah IKMa Zon Sarawak Pn Siti Maimunah Jerni dan Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak En Mohamad Suandi Mortadza telah menyampaikan perkongsian dalam kursus pada kali ini. Pegawai SKM Samarahan En Hassan Mat Sapar dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak IKMa Zon Sarawak kerana telah sudi untuk bekerjasama pada kali ini dan mengharapkan kerjasama seumpama ini dikekalkan pada masa hadapan. Bil. 26 2/2023 Mukasurat 13 BULETIN KENYALANG Oleh: Emmy Polly Pn. Syarifah Rohaya Wan Idris menerangkan tentang Microsoft Excel. Latihan dibimbing oleh Pn. Nur Fatin Shazwani. Peserta dibimbing sacara praktikal menggunakan sistem akaun Microsoft Excel oleh Pn. Emmy Oleh : Mohamad Suandi Mortadza Pn. Siti Maimunah dan En. Mohd Suandi memberi ceramah bagi kursus tersebut yang berlangsung di Lembaga Koko Malaysia Samarahan.


PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI MELALUI GERAKAN KOPERASI DAN PERASMIAN COOPMART KOPERASI AMPUNGAN SERIAN BERHAD Pada 24 Ogos 2023 yang lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) YB Senator Pn. Saraswathy Kandasami telah merasmikan Program Komuniti Melalui Gerakan Koperasi dan juga telah merasmikan Coopmart Koperasi Ampungan Serian Berhad di Kampung Ampungan Serian. Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah Pn Siti Maimunah Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak bersama ketua agensi KUSKOP Sarawak yang lain. Dalam program yang sama En Mohamad Suandi bin Mortadza (Pensyarah Kanan IKMa) juga telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Peranan Koperasi Memperkasakan Ekonomi Komuniti. BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI Bil. 27 3/2023 Mukasurat 14 Penyampaian Sijil kepada peserta oleh En. Hassan Mat Sapar. Oleh : Mohamad Suandi Mortadza YB Senator Pn. Saraswathy Kandasami bergambar bersama-sama para tetamu . Turut hadir Ahli Lembaga SKM YB Rodiyah Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong (sebelah kanan YB Senator). Ceramah Kesedaran Berkoperasi oleh En. Mohd Suandi pada program tersebut


SEGMEN BERITA MODAL INSAN KOPERASI SESI TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN AWAL CADANGAN PEMBUKAAN TAPAK PCS PETROS OLEH KOPERASI TERPILIH IKMa Zon Sarawak telah mengambil inisiatif mengadakan satu sesi taklimat dan perbincangan berkenaan cadangan pembukaan tapak Portable Container System (PCS) Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) oleh koperasi pada 14 September 2023, jam 09:30 pagi di Bilik Mesyuarat IKMa Zon Sarawak. Sesi taklimat ini diadakan bersama wakil SEDC Energy dan enam buah koperasi terpilih di Negeri Sarawak. SEDC Energy diwakili oleh Encik Johnny dan Encik Gengier. Manakala koperasi yang terlibat adalah Koperasi Kampung Lubok Punggor Simunjan Berhad, Koperasi Pemodalan SALCRA Sarawak Berhad, Koperasi Kariah Masjid Beladin Al Amin Berhad, Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Kawasan Mukah Berhad, Koperasi Peserta Ladang Rakyat Pelita Igan Jaya Berhad dan Koperasi Keluarga Hajah Alam Lawas Berhad. Perbincangan ini adalah usaha bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Bahagian Samarahan, Sarawak dalam membantu koperasi menperoleh maklumat penting dan syarat utama yang diperlukan dalam perniagaan ini. Semoga perbincangan ini dapat direalisasikan oleh koperasi yang terlibat, dalam usaha menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang baharu untuk memacu peningkatan pendapatan koperasi. Syabas dan teruskan usaha sehingga berjaya. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 15 BULETIN KENYALANG Oleh : Hamizah Mohd Nadzir Perbincangan pembukaan PCS PETROS bersama 7 buah koperasi atas inisiatif IKMa Zon Sarawak dan SKM Samarahan di pejabat IKMa di iCOM Square.


BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MiRiCLe Bil. 27 3/2023 Mukasurat 16 PENYERAHAN SIJIL PENAMATAN PROGRAM MIRICLE KOPERASI SMK JALAN OYA SIBU BHD. BENGKEL PEMBANGUNAN ATURAN DAN SOP AKTIVITI KOPERASI USAHAWAN GADING MEKAR BERHAD Bengkel Aturan dan Manual Prosedur Kerja untuk Koperasi Usahawan Gading Mekar Berhad, Lundu telah berlangsung selama dua hari pada 27-28 Julai 2023. Sesi Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Hamizah dan dibantu oleh Cik Priscilla Kay. Bengkel ini turut disertai oleh Puan Siti Maimunah Binti Jerni, Pengarah IKMa, Zon Sarawak. Semasa berlangsung nya bengkel ini, pengenalan kepada Aturan dan Manual Prosedur Kerja telah didedahkan kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Selain daripada itu, ALK juga telah didedahkan tentang teknik penyediaan Aturan aktiviti koperasi serta Manual Prosedur Kerja. Pada akhir bengkel, peserta mampu mengenalpasti perbezaan di antara Aturan Aktiviti dan Manual Prosedur Kerja, serta dapat membangunkan kedua-dua dokumen bagi memantapkan lagi tadbir urus koperasi. Oleh: Hamizah Mohd Nadzir Oleh: Priscilla Kay George @ John Merakamkan gambar kenangan bersama anggota Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Bhd usai Bengkel Pembuatan Baja dan Booster Organik bagi Tanaman Hidroponik dan Fertigasi. Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad telah melibatkan diri dalam tanaman sayuran secara hidroponik dan penghasilan baja dan racun DIY.Penyerahan Sijil Penamatan telah diadakan pada 06 Julai 2023 bertempat di pejabat koperasi. Tahniah kepada koperasi yang telah menamatkan program ini dengan jayanya. Sumbangan masa dan tenaga para lembaga sangat dihargai untuk memajukan koperasi. Tanaman pertanian menggunakan kaedah hidroponik tumbuh subur hasil bimbingan melalui program Miricle IKMa


SEGMEN BERITA MiRiCLe BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 17 BENGKEL PEMURNIAN PELAN STRATEGIK KOPERASI KABAN STASS BAU BERHAD Tanggal 28 Julai 2023 yang lalu bengkel pemurnian pelan strategik Koperasi Kaban Stass Bau Berhad bertempat di pejabat koperasi, Kampung Stass, Bau telah dilaksanakan. Seramai 15 orang ALK, JAD dan kakitangan koperasi terlibat di dalam bengkel tersebut. Bengkel yang diselaraskan oleh En Frank Me-ol, Pegawai Latihan Kanan IKMa Zon Sarawak ini bertujuan untuk menambahbaik pelan strategik koperasi sedia ada, untuk disesuaikan berdasarkan kepada keadaan semasa perniagaan koperasi bagi memastikan kelangsungan koperasi. Selain tambahan input di dalam analisa persekitaran koperasi, pemurniaan pelan ini juga turut merangkumi penetapan strategi, pemilihan strategi yang sesuai berdasarkan keutamaan dan kemampuan koperasi dan pengagihan strategi kepada setiap ALK yang bertanggungjawab bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelan strategik yang baru ini diharap mampu mencetus motivasi dan komitmen di kalangan ALK untuk terus memajukan koperasi mereka. Oleh: Frank Me-ol Koperator Usahawan Gading Mekar Berhadditerangkan tentang teknik penyedian aturan aktiviti koperasi dan manual prosedur kerja oleh Pn. Siti Maimunah, En. Hamizah dan Cik Priscilla Kay. Pegawai Latihan Kanan IKMa Zon Sarawak, En. Frank Me-ol bersama-sama dengan barisan ALK, JAD dan kakitangan Koperasi Kaban Stass Bau Bhd.


BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MiRiCLe Bil. 27 3/2023 Mukasurat 18 BENGKEL TEKNIKAL SISTEM POS & KEWANGAN (IKOOP) PASAR MINI KOPERASI USAHAWAN GADING MEKAR BERHAD, LUNDU Pada 9-10 Ogos 2023 telah berlangsung Bengkel Teknikal Sistem POS dan Kewangan (IKOOP) Pasar Mini. Program dua hari ini merupakan bimbingan berfokus untuk Program MiRiCLe bersama Koperasi Usahawan Gading Mekar Berhad Lundu. Khidmat nasihat daripada Bahagian Keusahawan dan Peniagaan (BKP) melalui Sektor Keberhasilan (SK), Pusat Kewangan & Akaun (PKA) dan Pusat ICT. Hasil bimbingan program ini, koperasi dapat mengetahui kaedah merekod data ke dalam sistem stok dan inventori, merekodkan kewangan dan keanggotaan koperasi. TAKLIMAT PROGRAM CODE FAST IKMa BERSAMA KPSM MARUDI BERHAD. Pada 11 Ogos 2023 yang lalu telah berlangsung satu taklimat FAST kepada Anggota Lembaga Koperasi Penanam Sawit Mampan Marudi Berhad. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk menyantuni permohonan koperasi untuk terlibat dalam Program CODE FAST (IKOOP) IKMa. Program ini merupakan program bimbingan kepada koperasi dalam usaha untuk mendigitalkan perakaunan dan kewangan koperasi masing-masing. Taklimat ini diharap dapat membantu koperasi untuk membuat keputusan seterusnya. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Ahmad Faizal Ahmad Shaarani (Pensyarah Kanan Pusat Akaun dan Kewangan IKMa). Oleh: Priscilla Kay George @ John Oleh: Mohamad Suandi Mortadza Koperasi mendapat khidmat nasihat daripada IKMa tentang merekodkan kewangan dan keanggotaan koperasi melalui bengkel ini. IKMa menyantuni permohonan koperasi dengan terlibat bersama dalam Program Hari Bersama Pelanggan dengan KPSM Marudi Bhd yang telah berlangsung di Ramp KPSM Marudi bersama-sama ALK koperasi tersebut.


SEGMEN BERITA MiRiCLe BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 19 BENGKEL PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI KOPERASI KABAN STASS BAU BERHAD Pengurusan stok dan inventori bukan sekadar memastikan barangan yang mencukupi di kedai koperasi bahkan termasuk mengelola aset dan sumber koperasi dengan bijak agar terus mendukung pertumbuhan dan kelangsungan perniagaan koperasi dalam tempoh jangka masa panjang. Antara lain ia membantu mengurangkan kos penyimpanan dengan memastikan stok minimum ke atas barangan yang kurang laris, memastikan sokongan berterusan anggota dan pelanggan koperasi dengan memastikan barangan keperluan sentiasa ada tersedia, meminimumkan barangan rosak serta pengurangan perbelanjaan ke atas produk yang kurang laris, mengoptimakan keuntungan dan mengurangkan kebocoran stok. Menyedari hakikat tersebut, maka pada 11 Ogos 2023 yang lepas telah dianjurkan bengkel pengurusan stok dan inventori untuk Koperasi Kaban Stass Bau Bhd bagi memastikan koperasi menguruskan stok dan inventori kedai mereka dengan baik. Koperasi telah didedahkan berkenaan pengunaan kad stok, kaedah peletakan harga dan susun atur serta peragaan yang menarik. Permulaan kepada kejayaan perniagaan kedai koperasi bermula dengan pengurusan stok dan inventori yang sistematik. Oleh: Frank Me-ol Bengkel Pengurusan Stok dan Inventori Koperasi Kaban Stass Bau Bhd.


Dianggarkan lebih 200 orang anggota dan penduduk sekitar hadir mendengar ceramah keistimewaan dan tanggungjawab anggota yang telah berlangsung sepanjang hari pada 16 September yang lalu. Program turut merangkumi gerai jualan hasil tempatan di kalangan anggota, pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa serta sukan rakyat untuk memeriahkan lagi suasana. Apa yang menarik koperasi turut menawarkan diskaun sehingga 15% untuk barang keperluan harian terpilih pada hari tersebut. Pihak IKMa Zon Sarawak turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB , Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru yang telah sudi hadir dan menyempurnakan majlis tersebut. Harapan kami agar Koperasi Kaban Stass Bau Bhd terus maju kedepan mendepani pelbagai cabaran dan dugaan. BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA MiRiCLe Bil. 27 3/2023 Mukasurat 20 HARI ANGGOTA BERSAMA KOPERASI KABAN STASS BAU BHD DISELITKAN DENGAN CERAMAH “ANGGOTA KEKUATAN KOPERASI” Oleh: Frank Me-ol Ceramah keistimewaan dan tanggungjawab anggota disampaikan oleh En. Frank Me-ol Abdullah. Pertandingan mewarna kategori dewasa dan kanak-kanak turut diadakan memeriahkan suasana Kehadiran YB Dato Henry Harry Jinep (Tengah) menyempurnakan program Hari Anggota Koperasi Kaban Stass Bau Program dihangatkan dengan gerai jualan oleh anggota koperasi.


SEGMEN BERITA MiRiCLe BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 21 PRAKTIKAL OPERATOR DAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN MOBILE CAR WASHKOPERASI KARIAH MASJID DARULHANA LAMBIR BERHAD Oleh: Syarifah Rohaya Wan Idris Pada saat warga Miri riuh menyambut kehadiran kerabat Diraja Yang Dipertuan Agung dan Permaisuri Agung berkunjung ke Bandar Miri sempena program Kembara Kenali Borneo YDP Agung pada 9 dan 10 September yang lalu, barisan Lembaga Koperasi Kariah Masjid Darul Hana Lambir Berhad pula riuh berkumpul di kawasan masjid untuk melunaskan kerja-kerja akhir pelaksanaan aktiviti Mobile Car Wash (MCW) yang diusahakan oleh koperasi. Antara dokumentasi yang dapat disiapkan adalah bahan promosi, jenis Perkhidmatan Cucian ditawarkan, panduan pemilihan pengendali perkhidmatan, panduan tempahan oleh pelanggan dan cara bayaran, dokumen-dokumen pelaksanaan seperti borang tempahan, buku log harian perkhidmatan, rekod urusniaga dan lain-lain. Kemaskini dokumen akan dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan dan kehendak SOP perkhidmatan yang telah dibangunkan sebelum ini. Usai perbincangan, program diteruskan dengan latihan praktikal kaedah cucian yang betul mengikut standard. Latihan ini dikendalikan oleh ketua jawatankuasa aktiviti ini, iaitu Tn. Hj. Arabi yang memang berpengalaman dalam perusahaan baikpulih dan cucian kereta. IKMa berharap usaha yang telah dijalankan beberapa bulan kebelakangan ini dalam menyediakan dokumentasi perkhidmatan Mobile Car Wash ini akan membuahkan hasil dan koperasi dapat memperoleh pendapatan memberangsangkan daripada aktviiti ini apabila dijalankan kelak. Sesi perbincangan membangunkan dokumen pentadbiran perkhidmatan MCW pada sebelah pagi Sesi praktikal pencucian kenderaan dijalankan pada sebelah petang


BULETIN KENYALANG SEGMEN BERITA KAKITANGAN Bil. 27 3/2023 Mukasurat 22 KURSUS PENGURUSAN SISTEM REKOD YANG EFEKTIF ANJURAN INTAN KAMPUS SARAWAK. Dua orang pegawai IKMa Zon Sarawak iaitu Pn. Rahmatbi bt Suhaidi dari IKMa Zon Sarawak dan Cik Hizrahtul bt Mohd Leo dari IKMa Cawangan Miri bersama-sama dengan 45 orang Penjawat Awam daripada pelbagai jabatan terpilih untuk menyertai Kursus Pengurusan Sistem Rekod yang Efektif yang dianjurkan oleh INTAN Kampus Wilayah Sarawak (INSARA). Kursus tersebut telah berjalan selama 4 hari bermula 14 hingga 17 Ogos 2023 yang lalu bertempat di INTAN Kampus Wilayah Sarawak,Kota Samarahan. Semoga dengan kursus yang disertai dapat membantu dalam menjadikan tadbir urus IKMa lebih cemerlang. Hal ini kerana pengurusan rekod merupakan teras kepada tadbir urus dalam sesebuah jabatan awam dan merupakan asas kepada kebolehpercayaan rakyat pada perkhidmatan awam. Oleh: Hizrahtul Mohd Leo Kakitangan baharu merakam momen bersama di akhir program perkongsian bersama ketua unit dan taklimat HRMIS. KURSUS INDUKSI KAKITANGAN KONTRAK LANTIKAN TAHUN 2023 Pada 24 hingga 25 Ogos 2023 telah berlangsung kursus induksi melibatkan 17 orang kakitangan kontrak IKMa bagi tahun 2023 di seluruh Malaysia. Kursus diadakan di ibu pejabat IKMa Petaling Jaya. Puan Emmy binti Polly dan Cik Hizrahtul binti Mohd Leo daripada IKMa Zon Sarawak Cawangan Miri yang telah dilantik sejak 1 Januari 2023 turut terlibat sama di dalam kursus tersebut. Pada hari pertama, taklimat perjawatan & HRMIS serta taklimat tentang fungsi dan peranan setiap unit disampaikan oleh ketua-ketua unit. Kakitangan baru berpeluang bersama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan, Encik Mohd Zaib bin Mat Yunus dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Puan Hamidah binti Mohd Jos di dalam sesi perkongsian bersama mereka pada hari kedua. Di akhir kursus, lawatan ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan taklimat tentang fungsi dan peranan KUSKOP turut diadakan. Oleh: Emmy Polly Perbincangan dan praktikal mengenai kenapa dan bagaimana caranya untuk menutup atau membuka jilid baru sesebuah fail.


SEGMEN BERITA KAKITANGAN BULETIN KENYALANG Bil. 27 3/2023 Mukasurat 23 KARNIVAL SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA (SUKANUN) 2023 KE-12 Karnival SUKANUN 2023 merupakan anjuran Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang diadakan UiTM, Perlis pada 3 sehingga 10 September 2023. Antara objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan antara semua agensi melalui sukan disamping sebagai salah satu Sukan Dwi-Tahunan Badan Berkanun Malaysia. Penyertaan adalah terdiri daripada semua agensi kerajaan yang menganggotai Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Terdapat 22 jenis acara yang dipertandingkan dalam sukan ini dan Institut Koperasi Malaysia telah mengambil bahagian dalam acara Bola Sepak, Bola Jaring dan Petanque. Seramai 20 orang mewakili pasukan Bola Sepak, 14 orang mewakili pasukan Bola Jaring, 10 orang mewakili pasukan Petanque (Perempuan) dan 10 orang mewakili pasuka Petanque (Lelaki). Majlis perasmian pembukaan bagi Karnival SUKANUN telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Oleh: Vronica Kumang Lawrence


Perlaksanaan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (Wajib 1) yang berlansung selama dua hari bermula 3 hingga 4 Julai 2023 di AEON Tower, Icom Square, Kuching. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 24 BULETIN KENYALANG GALERI GAMBAR Pada 4 hingga 6 Julai 2023 Kursus Pemantapan Kepimpinan Koperasi di Bintulu telah dihadiri seramai 51 orang peserta dari seluruh Sarawak.


5/7/2023 (SABTU) Bengkel Aturan Aktiviti Koperasi bersama Pengerusi, ALK dan JAD Koperasi SMK Bako Kuching Berhad. Bengkel ini telah menghasilkan aturan aktiviti koperasi demi meningkatkan tadbir urus dan pengurusan koperasi. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 25 GALERI GAMBAR BULETIN KENYALANG Kursus Pengurusan Kewangan Koperasi diadakan di Hotel Sri Simanggang Sri Aman selama 2 hari iaitu pada 25 hingga 26 Julai 2022 yang melibatkan penyertaan seramai 26 orang penyertaan koperator di Sri Aman dan kawasan sekitarnya.


25 Julai 2023 (Selasa) berlangsung Kursus Wajib 3 Pengurusan Strategik bertempat di Hotel Purnama Limbang.Seramai 41 orang Anggota Lembaga dan pelapis daripada koperasi-koperasi baru dan lama disekitar Limbang dan Lawas termasuk Miri hadir menghadiri kursus. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 27 BULETIN KENYALANG GALERI GAMBAR Kursus Pembangunan Produk (USP:Pembungkusan dan Penjenamaan) yang dijalankan selama 2 hari (7 - 8 Ogos 2023) bertempat di IKMa Zon Sarawak, Tingkat 10, Icom Square Jalan Pending melibatkan 40 orang koperator di seluruh Sarawak.


kursus Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang Berkesan bertempat di Hotel Simangang, Sri Aman bermula 8 Ogos 2023 sehingga 10 Ogos 2023 yang disertai seramai 18 orang koperator di Sri Aman dan kawasan sekitarnya. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 27 GALERI GAMBAR BULETIN KENYALANG Pelaksanaan Program Anjuran Bersama Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi bersama SKM Samarahan pada 16 hingga 17 Ogos 2023 di Lembaga Koko Malaysia Samarahan. Dihadiri seramai 50 orang peserta yang terdiri dalam kalangan ALK koperasi dewasa dan sekolah sekitar Samarahan.


21 hingga 22 Ogos 2023, Kursus Wajib ALK Pengurusan Strategik secara atas talian pada kali ini. Terima kasih kepada peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen terbaik dalam menjayakan kursus pada kali ini. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 28 BULETIN KENYALANG GALERI GAMBAR 24/8/2023(Serian) IKMa Zon Sarawak menyantuni Program Pembangunan Ekonomi Komuniti Melalui Gerakan Koperasi & Perasmian Coopmart Koperasi Ampungan Serian Bhd oleh YB Senator Pn Saraswathy Kandasami Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi di Kampung Ampungan Serian.


Pada 18 September 2023 satu perbincangan awal berkenaan dengan taklimat dan bengkel untuk perusahan sosial (SE) telah dijalankan dimana program ini akan melibatkan kerjasama IKMa Zon Sarawak bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Bil. 27 3/2023 Mukasurat 29 GALERI GAMBAR BULETIN KENYALANG 29 Sept 2023, perbincangan lanjut pihak IKMa bersama pihak UiTM Samarahan & lawatan tapak berkaitan program Bicara Ilmu Keusahawan Belia Tunjang Masa Depan Koperasi, Pemangkin Ekonomi Koperasi yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2023. Perbincangan turut dihadiri oleh En.Mohd Zaib Mat Yunus Timbalan Ketua Pengarah (Akademi) IKMa Dan Dr Malvern Abdullah wakil daripada UiTM Samarahan


30 Sept 2023, manyantuni Majlis Hari Berandau Dan Koperasi Kluster Koko Sarawak 2023, Yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Hj Fadillah Yusuf, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi. Bil. 27 3/2023 Mukasurat 30 BULETIN KENYALANG GALERI GAMBAR 30 Sept 2023, sebelah petang memeriahkan Majlis Forum Webinar Biaya Usahawan Peringkat Wilayah Sarawak 2023 anjuran KUSKOP Dan MINTRED Sarawak sempena Showcase SDSI Wilayah Sarawak.


@ikma_sarawakofficial @Official IKMa ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak (+60)108695676 BIL KOD KURSUS NAMA KURSUS TARIKH LOKASI OKTOBER 41 MR(L)PC1205 Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi yang Berkesan 10 - 12 Lawas 42 MR(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi 17 - 18 Online 43 Q(D)PT1205 Penghasilan Video Pemasaran Viral 23 - 25 Kuching 44 Q(L)W31 Pengurusan Strategik 24 - 25 Online 45 WL(L)PPP(02) Kanvas Model Perniagaan 30 - 31 Kuching NOVEMBER 46 WL(L)MR/PKA(01) Analisis Penyata Kewangan untuk Pembuat Keputusan 7 - 8 Miri 47 WL(D)Q/PPK(01) Perundangan Koperasi 13 - 14 Kuching 48 WL(L)ICT(01) Analitik Data Raya 21 - 22 Kuching 49 Q(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi 21 - 22 Online 50 MR(L)W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi 28 - 29 Online @IKMaSarawak KALENDER KURSUS OKTOBER - NOVEMBER 2023 Permohonan untuk menghadiri mana-mana kursus seperti disenaraikan, boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di pejabat IKMa Zon Sarawak atau boleh dimuat turun melalui link http://shorturl.at/kIZ01 atau melalui Portal Pengguna http://mits.ikkm.edu.my dan Borang Permohonan Kursus perlu dibawa semasa berkursus. untuk maklumat lanjut sila hubungi: Maklumat Kursus Setiausaha Kursus Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak P/S Box 00241, Tingkat 9, AEON Tower iCom Square, Jalan Pending 93450 Kuching, Sarawak Tel : 082-552408, 082-552405 Faks : 082-364910, 082-364906 e-mel: [email protected] FB: @IKMaSarawak


TERBITAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK


Click to View FlipBook Version