E - Buletin Kenyalang
IKMa ZON SARAWAK BIL. 23(EDISI 3/2022 JULAI - SEPTEMBER )
TUBUH FEDERASI, PERKASA GERAKAN KOPERASI
@IKMaSarawak @ikma_sarawakofficial @Official IKMa ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak
(+06)108695676
SIDANG REDAKSI EDITOR
PENASIHAT ENCIK HAMIZAH MOHD NADZIR
PUAN SITI MAIMUNAH BINTI HJ JERNI ENCIK MOHAMAD SUANDI MORTADZA
PENGARAH PUAN NUR FATIN SHAZWANI AHMAD
CIK PRISCILLA KAY GEORGE @ JOHN
KETUA EDITOR CIK VRONICA KUMANG LAWRENCE
PUAN SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS CIK DAYANG ADELINA ABANG MUAN
PEGAWAI PENERBITAN
PUAN RAHMATBI SUHAIDI
ISI KANDUNGAN
ANDA PERLU TAHU! BERITA MIRICLE 09
09
tUBUH fEDERASI, PERKASA GERAKAN KOPERASI 03 KHIDMAT NASIHAT DAN PEMANTAUAN PRESTASI
KOPERASI SERASOT BAU BERHAD 10
PERANGI "ORANG TENGAH"MELALUI KOPERASI
03
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON
SARAWAK & KERJASAMA AGENSI BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK
PERNIAGAAN KOPERASI SRI MUARA KUCHING
PROGRAM MINGGU PMKS 2022 PERINGKAT NEGERI BERHAD DAN KOPERASI KABAN STASS BAU
SARAWAK BERHAD
BENGKEL PEMBENTUKAN ATURAN Koperasi 04
penanam sawit mampan DENGAN KERJASAma BENGKEL KOMPONEN PEMAJU BAGI PEMBANGUNAN
Suruhanjaya koperasi malaysia cawangan TANAH KOPERASI GURU BUMIPUTERA SARAWAK
MIRi I
04 BERHAD (KOBAGUS) SIRI 1
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SUSTAINABLE
COOPERATIVE BUSINESS GROUP (SCBG) KUMPULAN BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK 10
ENTITI KECEMERLANGAN DALAMAN UiTM SARAWAK KOPERASI KARIAH MASJID DARUL HANA LAMBIR 11
MIRI BERHAD 11
PROGRAM SEMBANG SANTAI IKMA ZON SARAWAK
05
KURSUS TANAMAN HERBA (PERTANIAN DALAM
BANDAR) PROJEK HIDROPONIK KOPERASI SMK JALAN OYA
SIBU BERHAD
ROGRAM KERJASAMA KOPERASI KOPERKASA
SARAWAK BERHAD 05
P R O G RPA M K H I D M A T N A S I H A T P E L A N S T R A T E G I K PROJEK CENDAWAN TIRAM DAN HIDROPONIK
KOPERASI - KPSM DAERAH TATAU BERHAD
06 KOPERASI SMK MERBAU MIRI BERHAD
BENGKEL E-BUSINESS ICT 2022 (PEMASARAN
MELALUI TIKTOK PROJEK FERTIGASI CILI KOPERASI SMK MATANG 13
aktiviti penyelidikan institut koperasi 07 JAYA KUCHING BERHAD 14
malaysia zon sarawak 14
BERITA KAKITANGAN 14-15
07 selamat datang
berita keluarga kakitangan
08
ulang tahun kelahiran
08 zoom in - gambar- gambar aktiviti ikma zon
16 -19
sarawak
Tingkat 9, AEON Tower, iCom Square Tel : 082-552408, Laman Rasmi : www.ikma.edu.my
Jalan Pending, 93450 Kuching 082-552405 Emel : [email protected]
Sarawak.
Faks : 082-364910
082-364906
ANDA PERLU TAHU! Mukasurat 03
TUBUH FEDERASI, PERKASA GERAKAN KOPERASI
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
Baru-baru ini, media melaporkan penubuhan enam federasi (gabungan) koperasi yang berperanan memperkasa gerakan koperasi
yang giat menjalankan aktiviti di bawah enam sektor ekonomi. Sektor terbabit adalah pemborongan dan peruncitan; pelancongan,
penjagaan diri dan kesihatan; perkhidmatan kewangan; perladangan; hartanah dan industri pembinaan serta pertanian dan industri
asas tani.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Federasi bermaksud gabungan badan-badan perhimpunan; atau persekutuan (negeri-negeri).
Dalam konteks koperasi, konsep federasi bermaksud gabungan dua atau lebih koperasi yang menjalankanaktiviti perniagaan yang
sama. Ia bertujuan untuk pengumpulan modal, kepakaran dan sumber lain bagi membolehkan koperasi memberikan hasil yang
berskala besar. Selain dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat serta membantu menangani isu kos sara hidup rakyat,
penubuhan federasi ini juga dilihat sebagai satu mekanisme yang tepat dalam usaha meningkatkan peranan sektor koperasi
sebagai salah satu pemacu ekonomi negara. Justeru, kerajaan menggalakkan koperasi menyertai federasi berkaitan fungsi
perniagaan masing-masing atau gabungan antara entiti itubagi menghasilkan pulangan yang lebih lumayan sekali gus memantapan
lagi peranannya. Seterusnya dapat memperkukuhkan daya saing sesebuah koperasi berlandaskan perinsip ke enam iaitu
bekerjasama di antara koperasi
Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah bersetuju untuk memberikan beberapa
kemudahan kepada enam federasi ini. Federasi koperasi peladangan diberi kemudahan untuk memohon pengambilan pekerja asing.
Federasi koperasi pemborongan dan peruncitan pula akan melaksanakan Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (SCOPE)
sebagai usaha untuk memastikan bekalan barangan keperluan pengguna dapat dibekalkan secara konsisten dengan harga yang
lebih murah. Manakala, federasi koperasi pertanian dan industri asas tani diperuntukan sebanyak RM100 di bawah Tabung Modal
Pusingan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan. Malah,
kerajaan juga sedang mengusahakan sebuah lagi penubuhan federasi iaitu koperasi sekolah sebagai langkah memperkasakan
fungsi pergerakan koperasi itu di seluruh negara selain dapat melatih pelajar meningkatkan semangat keusahawanan termasuk
dalam bidang reka cipta.
PERANGI "ORANG TENGAH"MELALUI KOPERASI BULETIN KENYALANG BIL. 21 (EDISI 1/2022 JANUARI - MAC )
Oleh : Priscilla Kay George @ John
Orang tengah? Siapa yang boleh dirujuk sebagai orang tengah dalam rantaian bekalan makanan? Berdasarkan Dewan Bahasa dan
Pusaka, orang tengah bermaksud “orang yang menghubungkan antara pengeluar produk dengan pengguna”. Orang tengah ini yang
akan menyalurkan barangan keperluan kepada pengguna akhir di dalam sesebuah rantai bekalan makanan. Rantaian bekalan
makanan pula merupakan proses dimana pengedaran produk dan perkhidmatan daripada input (bahan mentah) kepada output
(barang akhir) kepada pengguna.
Sesebuah rantaian bekalan makanan yang lengkap mempunyai elemen Pengeluar, Pemproses, Pengedar, Peruncit dan Pengguna.
Kelima-lima elemen ini saling berkait di antara satu sama lain. Orang tengah di dalam rantaian bekalan makanan termasuklah
Pemproses, Pengedar dan juga Peruncit. Terdapat beberapa lapisan rantaian sebelum produk atau perkhidmatan sampai kepada
pengguna. Kesan daripada itu, berlaku peningkatan kos untuk sesuatu produk dan perkhidmatan di setiap lapisan dan pada akhirnya
harga yang pengguna bayar adalah tinggi. Biar kita mengambil contoh, kesempatan diambil oleh orang tengah untuk meningkatkan
harga agar mereka mendapatkan keuntungan yang tinggi tanpa mengambil peduli tentang kesannya kepada pengguna akhir.
Peningkatan harga secara berterusan ini akhirnya akan menyebabkan berlakunya kadar inflasi yang tinggi.
Waima tidak dinafikan ada perkaitan di antara setiap elemen di dalam rantaian bekalan, tetapi peranan orang tengah boleh
digantikan dengan peranan Koperasi. Dengan mengeluarkan orang tengah daripada rantaian bekalan makanan, Koperasi akan
bertindak sendiri sebagai Pemproses, Pengedar dan juga Peruncit. Dalam konteks ini, kos-kos yang terlibat dapat dikurangkan
sekaligus harga produk dan perkhidmatan yang dijual juga menurun. Oleh hal yang demikian, kuasa pembelian untuk pengguna juga
semakin meningkat.
Baru-baru ini, Kerajaan telah memberikan kebenaran untuk Koperasi melakukan aktiviti memproses, membungkus dan mengedar
beberapa barang kawalan seperti gula. Ini dapat menunjukkan langkah yang positif kerana pengguna akan mendapat manfaat
daripada inisiatif itu. Hal ini kerana, harga barang keperluan itu dijangka berkurang 10% hingga 15% daripada harga pasaran
sekaligus mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh pengguna.
Justeru itu, koperasi-koperasi di luar sana diharapkan dapat mengambil alih peranan ini secara konsisten dan proaktif supaya dapat
memberikan impak yang positif dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang berpatutan terutamanya dari segi harga jualan
mereka.
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON SARAWAK 04Mukasurat
PROGRAM MINGGU PMKS 2022 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir
BULETIN KENYALANG BIL. 23 (EDISI 3/2022 JULAI -SEPTEMBER ) Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) merupakan penyumbang
terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara, dan turut memangkin
kepada pembentukan masa depan Malaysia. Menyedari kepentingan
dan sumbangan PMKS kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan
negara, program Minggu PMKS Peinrgkat Negeri Sarawak dianjurkan
pada 30 Jun hingga 3 Julai 2022 bertempat di Taman Awam,
Lawas.Program anjuran SME Corp Malaysia dengan kerjasama
kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa,
Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) ini telah dirasmikan oleh
Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan
Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa,
Industri & Pelaburan, dan Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar
II Sarawak.
Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran umum serta
mempromosikan produk dan perkhidmatan PMKS daripada pelbagai
industri. Bertemakan “Mula Berdikit, Azam Melangit’, aktiviti yang
dilaksanakan sepanjang Minggu PMKS diharapkan dapat memupuk
semangat keusahawanan secara berterusan, dan juga membuka
peluang pelaburan yang berpotensi membantu perniagaan melonjak
ke tahap yang lebih tinggi.
BENGKEL PEMBENTUKAN ATURAN KOPERASI PENANAM SAWIT MAMPAN DENGAN
KERJASAMA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN MIRI
Oleh : Mohamad Suandi Mortadza
Pada 2 Ogos yang lalu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Bahagian Miri telah melaksanakan Program Pembentukan Aturan Aktiviti Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Zon Utara
bertempat di pejabat SKM Miri. Program selamsa 2 hari ini telah dihadiri oleh wakil ALK dan Pengurus daripada 4 buah KPSM, iaitu
KPSM Sibuti Bhd. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membentuk aturan aktiviti koperasi bagi memenuhi pengurusan
dan tadbir urus koperasi. Antara aturan aktiviti yang telah dibentuk adalah Aturan Pusat Timbang, Aturan Sewaan Lori, Aturan
Pengurusan Tunai, Aturan Mesyuarat Agung dan Aturan Kebajikan Anggota. Pn Lily Fawziah Adnan (Ketua Pejabat SKM Miri) berharap
agar koperasi yang telah membuat aturan aktiviti dapat membawa aturan tersebut untuk diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
KPSM masing-masing. Pada masa yang sama beliau juga berharap agar KPSM Zon Utara sentiasa mematuhi tadbir urus koperasi.
Program ini telah dikendalikan oleh En Mohamad Suandi b Mortadza dan En Frank Me-ol.
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON SARAWAK 05Mukasurat
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SUSTAINABLE COOPERATIVE BUSINESS GROUP (SCBG)
KUMPULAN ENTITI KECEMERLANGAN DALAMAN UITM SARAWAK
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Pada 2 Ogos lepas Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah menerima kunjungan daripada Sustainable Cooperative
Business Group (SCBG) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak. Rombongan seramai 7 orang itu diketuai oleh Prof.
Madya Dr Jati Kasuma Ali Ketau. Turut bersama rombongan adalah mantan Pengarah Pusat Penyelidikan IKMa Petaling Jaya, iaitu Dr.
Yusman Yacob yang kini telah beralih tugas sebagai pensyarah kanan di UiTM Mukah.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengetahui fungsi serta aktiviti yang dijalankan oleh IKMa sebagai sebuah institusi pendidikan
koperasi di Malaysia. Pihak SCBG juga berkesempatan berkongsi info berkenaan fungsi dan aktiviti SCBG. Dalam Kunjungan ini, kedua-
dua pihak saling bertukar idea dan pandangan serta pihak SCBG menyatakan hasrat untuk membina jaringan kerjasama bersama IKMa
Zon Sarawak dalam usaha memajukan pergerakan Koperasi di Negeri Sarawak. Diharap dengan adanya kerjasama ini dapat
meningkatkan usaha menaiktaraf pergerakan koperasi setanding dengan industri yang lain disamping mampu untuk mendorong koperasi
di Sarawak khususnya agar terus maju dan mampu menyumbang kepada ekonomi dan komuniti di Negeri Sarawak.
PROGRAM SEMBANG SANTAI ISTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
Menyahut seruan kerajaan dalam mengaplikasikan digitalisasi dalam penyampaian modal insan, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon
Sarawak tidak berkecuali untuk turut sama memperkasakan penggunaan Internet bagi tujuan tersebut. Program Sembang Santai
secara LIVE di Facebook telah mula diperkenalkan pada awal tahun 2022. Segmen yang dibuat secara berkala ini (2 bulan sekali)
akan membicarakan isu-isu berkaitan tadbir urus dan perniagaan koperasi. Sehingga Ogos, sebanyak empat (4) siri telahpun
berlangsung secara LIVE di facebook page IKMa Zon Sarawak. Dengan berbaki 2 lagi siri di jangka pada Oktober dan siri terakhir
bagi tahun 2022 dijangka akan berlangsung pada bulan Disember yang akan disampaikan oleh Pengarah IKMa Zon Sarawak sendiri,
Pn. Siti Maimunah Hj Jerni. Berikut adalah siri segmen Sembang Santai yang telag berlangsung. Rakaman sembang santai boleh
disaksikan di dalam Facebook Page IKMa Zon Sarawak.
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON SARAWAK 06Mukasurat
BULETIN KENYALANG BIL. 23 (EDISI 3/2022 JULAI -SEPTEMBER ) KURSUS TANAMAN HERBA (PERTANIAN DALAM BANDAR)
Oleh : Mohamad Suandi Mortadza
Pada 8-10 Ogos 2022 yang lalu Institut Koperasi Malaysia
(IKMa) Zon Sarawak telah menganjurkan Kursus Tanaman Herba
(Pertanian Dalam Bandar). Tujuan utama kursus ini adalah untuk
memberi pendedahan kepada koperasi mengenai kaedah
pertanian dalam bandar khususnya tanaman herba. Seramai 20
orang peserta telah menghadiri kursus ini. Cik Natasha ak
Jackson Tandang dari Toclan Agrotech Company, merupakan
penceramah jemputan telah memberikan perkongsian teori dan
amali berkenaan kursus pada kali ini. Pada hari terakhir, peserta
telah dibawa melawat pusat tanaman di Farmia eLadang Lab
bertempat di Sarawak Skillss Jalan Tabuan. Peserta juga telah
mengikuti perkongsian pengalaman dari pihak penceramah
berkenan kaedah pemasaran produk tanaman.
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON SARAWAK 07Mukasurat
PROGRAM KERJASAMA KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
Oleh : Mohamad Suandi Mortadza
Pada 27 Ogos yang lalu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon
Sarawak dengan kerjasama Koperasi Koperkasa Sarawak Bhd
telah menganjurkan Program Sehari Bersama IKMa di Hotel
Penview, Kuching. Seramai 44 orang peserta di kalangan Ahli
Lembaga, Perwakilan Kawasan 1 dan kakitangan pengurusan
koperasi Koperkasa telah meghadiri program ini. Objektif utama
penganjuran program ini adalah untuk memberi pengetahuan
dan pendedahan mengenai jatidiri koperasi, tanggungjawab
ALK dan perwakilan serta pengurusan mesyuarat dalam
koperasi. Dalam program ini, ceramah bertajuk Pengurusan
Mesyuarat Koperasi telah disampaikan oleh Pn Siti Maimunah bt
Jerni, Jatidiri Koperasi (En Mohamad Suandi b Mortadza) dan
Peranan dan Tanggungjawab ALK (Pn Nur Fatin Shazwani
Ahmad). Program ini telah dirasmikan oleh En Fathi Hambali
Pengerusi Koperasi Koperkasa Sarawak Bhd. Dalam ucapannya
beliau telah menegaskan agar semua perwakilan dan
pengurusan yang hadir dapat memanfaatkan perkongsian ilmu
yang telah disampaikan oleh pihak IKMa Zon Sarawak. Program
yang sama juga akan diadakan di Miri dan Sibu pada masa
akan datang untuk Perwakilan serta kakitangan Koperasi
Koperkasa Sarawak Berhad di kawasan berkenaan.
PROGRAM KHIDAMAT NASIHAT PELAN STRATEGIK KOPERASI - KOPERASI PENANAM BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
SAWIT MAMPAN (KPSM) DAERAH TATAU BERHAD
Oleh : Priscilla Kay Geroge @ John
Pada 12 September yang lalu, IKMa Zon Sarawak telah menyantuni hasrat Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Daerah Tatau
Bhd untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam membangunkan Pelan Strategik Koperasi mereka. Bertempat di Hotel NU, Bintulu,
program ini telah dihadiri oleh sembilan orang lembaga koperasi. Turut hadir bersama adalah Cik Husnadila, Penolong Pengarah
SKM Bintulu.
Selain membimbing koperasi dalam membangunkan pelan strategik, mereka juga dipandu arah dalam membentuk aturan koperasi.
Program dimulakan dengan pembentukan pelan strategik koperasi, analisis dan kajian semula pada sebelah paginya. Sementara
pada sebelah petang dan malam, aktiviti pembentukan aturan koperasi dijalankan.
BERITA MODAL INSAN IKMA ZON SARAWAK 08Mukasurat
BENGKEL E-BISNES ICT 2022 (PEMASARAN MELALUI TIKTOK)
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
TikTok sekali lagi muncul sebagai aplikasi paling banyak
dimuat turun di seluruh dunia dan Amerika Syarikat (AS) pada
tahun lalu, berdasarkan analisis dijalankan platform
Apptopia. ETX Daily Up melaporkan aplikasi berpangkalan di
China itu merekodkan 656 juta muat turun di seluruh dunia
manakala 94 juta di AS. Instagram (IG) menduduki tempat
kedua dengan 545 juta muat turun, Facebook (FB) dengan
416 juta, WhatsApp (395 juta), Snapchat (327 juta) dan
Twitter (171 juta). Tiktok adalah aplikasi media sosial yang
menawarkan platform untuk kita merakam, mengedit, dan
berkongsi video pendek yang berdurasi 15 saat sehingga 3
minit dengan overlay muzik, kesan bunyi dan kesan visual
yang menarik dan mampu menarik pengguna menyaksikan
video yang dihasilkan.
Menyedari kelebihan TikTok kepada usahawan dalam aspek pemasaran, Pusat
Teknologi Maklumat IKMa dengan kerjasama IKMa Zon Sarawak telah
mengadakan Bengkel Pemasaran Melalui TikTok khusus kepada koperasi di bawah
Program MirRiCLe Sarawak. Seramai 15 peserta telah menghadiri bengkel ini
bersama-sama Coach Zul, penceramah bertauliah yang memang arif tentang
penggunaan Tiktok sebagai pelatform pemasaran perniagaan. Bengkel selama 2
hari ini telah berlangsung di IKMa Zon Sarawak pada 21 – 22 September 2022.
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan pembelajaran sepanjang bengkel
kerana banyak ilmu baru yang diperolehi. IKMa berharap ilmu yang sama dapat
digunakan untuk mengembangkan perniagaan koperasi serta disebar luaskan
kepada anggota-anggota yang lain.
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI -SEPTEMBER) AKTIVITI PENYELIDIKAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) ZON SARAWAK
Oleh : Vronica Kumang Lawrence
Penyelidikan “Faktor Daya Tahan Perniagaan Koperasi di Sarawak” oleh pasukan penyelidik IKMa Zon Sarawak telah menjangkau
tempoh 1 tahun bermula Julai 2021. Sepanjang bulan Julai sehingga September 2022, beberapa siri bengkel penyelidikan telah
diadakan. Bengkel ini diadakan khusus untuk penulisan deraf kertas penyelidikan yang merangkumi penulisan sorotan kajian dan
dapatan kajian hasil daripada analisis data. Para penyelidik telah berjaya menghasilkan deraf kertas penyelidikan bagi tujuan
penyuntingan serta slaid pembentangan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Hasil penyelidikan daripada pasukan penyelidik IKMa Zon Sarawak telahpun dibentangkan semasa Seminar Penyeliidkan IKMa yang
telah berlangsung di Bangi Golf Resort, Selangor pada 1 – 2 September yang lepas. Semasa seminar tersebut juga dibentangkan
beberapa hasil penyelidikan daripada pasukan penyelidik sektor, pusat dan zon IKMa.
BERITA MIRICLE 09Mukasurat
Khidmat Nasihat dan Pemantauan Prestasi Koperasi Serasot Bau Berhad
TARIKH : 23 OGOS 2022
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT KAMPUNG SERASOT
Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Perniagaan Koperasi Sri
Muara Kuching Berhad dan Koperasi Kaban Stass Bau Berhad
TARIKH : 08 – 09 SEPTEMBER 2022
T E M P A T : I K M A Z O
N S A R A W A K
“Strategy is a fancy word for coming up with a long –term plan and putting it into action”
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/2022 JULAI -SEPTEMBER )
BERITA MIRICLE 10Mukasurat
Bengkel Komponen Pemaju Bagi Pembangunan Tanah Koperasi Guru Bumiputera
Sarawak Berhad (KOBAGUS) Siri 1
Kerjasama Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan IKMa Petaling Jaya
SME : EN. MOHAMMAD NAZREE SHAH BIN ANWAR
(PYRAMID MEGA BUILDERS SDN BHD)
TARIKH : 13 – 14 SEPTEMBER 2022
TEMPAT : IKMA ZON SARAWAK
“Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success”
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/2022 JULAI - SEPTEMBER ) Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Koperasi Kariah Masjid Darul Hana
Lambir Miri Berhad
TARIKH : 26 – 27 OGOS 2022
TEMPAT : HOTEL MEGA, MIRI
BERITA MIRICLE 11Mukasurat
Projek Hidroponik Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad
PIC : HAMIZAH MOHD NADZIR
Koperasi telah memilih akitiviti agro-pelancongan untuk program
MiRiCLe. Projek pertama yang dijalankan
adalah pertanian hidroponik. Sebagai permulaan sebanyak 90 pot
tanaman sayur telah ditanam.
Projek Cendawan Tiram dan Hidroponik Koperasi SMK Merbau Miri Berhad BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
PIC : SYARIFAH ROHAYA HJ WAN IDRIS
Dimulakan pada Disember 2020 ( penghasilan 200 bongkah) –
melalui Bengkel bersama SME : Chenda Agrotech Sdn Bhd
Sepatutnya April 2021 mengeluarkan hasil – namun kurang
memberangsangkan – banyak bongkah rosak. Pihak SME telah
menghantar semula bahan mentah kepada koperasi untuk
menghasilkan bongkah baru. Oktober 2021 – projek cendawan
dihentikan kerana bekalan bahan mentah (habuk kayu yang baik)
membuat bongkah sukar diperolehi di kawasan Miri. Koperasi
ingin mencuba (try and error) menggunakan sekam padi
menggantikan habuk kayu pada masa akan datang.
BERITA MIRICLE 12Mukasurat
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER ) Dimulakan pada November 2021 ( membuat sistem hidroponik 90 lubang ) – melalui
Bengkel bersama SME : Habenero Training Consultancy. Hasil kurang
memberangsangkah semasa tuaian pertama – sayuran tanaman adalah sawi
kerinting dan bayam merah – koperasi tukar jenis sayur kepada kangkung –
memberikan hasil yang tinggi berbanding sebelumnya. Selepas itu, koperasi
membuat rotation jenis sayur tanaman. Projek hidroponik koperasi ini masih aktif
dijalankan dan memberikan pendapatan bersih yang tinggi kepada koperasi -
projek akan dikekalkan sampai bila-bila. Sebagai susulan, program Miricle akan
fokus kepada penghasilan baja dan racun khusus untuk sistem hidroponik secara
DIY.
BERITA MIRICLE 13Mukasurat
Projek Fertigasi Cili Koperasi SMK Matang Jaya Kuching Berhad
PIC : NUR FATIN SHAZWANI AHMAD
·Projek tanaman ini telah dimulakan pada 13 April 2022
melibatkan 100 polibeg melalui Bengkel “Set Up” Semaian
Tanaman Cili Fertigasi bersama SME daripada HFE Agro
Resources Sdn Bhd. ·“Set Up’ Tapak Semaian Tanaman Cili
Fertigasi sebanyak 100 polibeg serta Menjual hasil tuaian Cili
Besar dan Cili Padi
BULETIN KENYALANG BIL. 23 (EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
BERITA KAKITANGAN 14Mukasurat
Pelantikan Kakitangan Baru
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER ) SELAMAT DATANG & TAHNIAH
Warga kerja/kakitangan baru di
Institut Koperasi Malaysia Zon
Sarawak
CIK PRISCILLA KAY ANAK GEORGE @ JOHN
PEGAWAI LATIHAN E41 (Kontrak)
Tarikh lantikan : 9 Mei 2022
Berita Ahli Keluarga Terdekat
salam takziah kepada keluarga Encik Mohamad
Suandi bin Mortadza Pegawai Latihan di atas
pemergian bonda tercinta pada 12 ogos 2022.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
di kalangan orang-rang yang beriman.
Ulangtahun Kelahiran
BERITA KAKITANGAN 15Mukasurat
“Count not the candles…see the
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
lights they give. Count not the
years, but the life you live. Wishing
you a wonderful time ahead.
Happy birthday.”
GALERI GAMBAR 16Mukasurat
Zoom IN
2-3 Ogos 2022. - Bengkel Aturan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Zon
Utara Miri anjuran IKMa dengan kerjasama SKM Bahagian Miri.
Kursus Tanaman Herba (Pertanian Dalam Bandar) 8-10/8/2022 bersama Pn
Natasha Ak Jackson Tandang di Tingkat 10 Aeon Tower Icom Square.
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
GALERI GAMBAR 17Mukasurat
Zoom IN
22-23 Ogos 2022. - Kursus Pemahaman Penyata Kewangan Koperasi bertempat
di IKMa Zon Sarawak.
27 Ogos 2022 (Sabtu) - Program Anjuran Bersama IKMa Zon Sarawak dan
Koperasi Koperkasa Sarawak Bhd.
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER )
GALERI GAMBAR 18Mukasurat
Zoom IN
12/9/2022 Program Khidmat Nasihat bersama ALK dan Pengurus Koperasi
Penanam Sawit Mampan Daerah Tatau
Bengkel Komponen Pemaju bagi Pembangunan Tanah Koperasi Guru Bumiputera
Sarawak Berhad Siri 1 di bawah Program MiRiCLe dengan kerjasama Sektor
Hartanah & Pembinaan (COOP-SHIP) IKMa HQ pada 13 - 14/9/2022
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3 2022 JULAI - SEPTEMBER )
GALERI GAMBAR 19Mukasurat
Zoom IN
13-14/9/2022- Pelaksanaan Kursus Wajib 3 ALK di Bintulu
20-21/9/2022 - Kursus Wajib 2 Pengurusan Kewangan Koperasi kali ini
BULETIN KENYALANG BIL. 23(EDISI 3/ 2022 JULAI - SEPTEMBER)
bersiaran di Sarikei
29/9/2022- Bengkel Khidmat Nasihat Pembangunan Pelan Strategik
Koperasi Koperasi Persatuan Warga Islam Saribas (Koperwaris) Bhd
PERMOHONAN
KURSUS
Semua Permohanan mestilah dibuat
dengan menggunakan/ mengisi Borang
Permohonan Kursus yang disediakan
oleh IKMa yang boleh didapati di
Pejabat IKMa atau muat turun borang
di laman sesawang rasmi IKMa. borang
yang telah lengkap diisi boleh dihantar
melalui faksimili atau emel ke alamat
dibawah.
Laman sesawang : http://www.ikma.edu.my
Emel : [email protected]
Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak,
Tingkat 9, AEON Tower,
iCom Square, Jalan Pending,
93450 Kuching,
Sarawak.
Lawati laman Facebook IKMa Zon Sarawak
www.facebook.com/IKMaSarawak