IKMa ZON SARAWAK
e-BULETIN KenyalangBIL. 21 (EDISI 1/2022 JANUARI - MAC )
PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN
KOPERASI 2022
@IKMaSarawak @ikma_sarawakofficial @Official IKMa ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak
(+06)108695676
SIDANG REDAKSI EDITOR
PUAN SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS
PENASIHAT ENCIK HAMIZAH MOHD NADZIR
PUAN SITI MAIMUNAH BINTI HJ JERNI ENCIK MOHAMAD SUANDI MORTADZA
PENGARAH CIK VRONICA KUMANG LAWRENCE
CIK DAYANG ADELINA ABANG MUAN
KETUA EDITOR
PUAN NUR FATIN SHAZWANI AHMAD PEGAWAI PENERBITAN
PUAN RAHMATBI SUHAIDI
KANDUNGAN
03 PROGRAM LINTAS LANGSUNG MAJLIS PERLANCARAN
07 GALERI GAMBAR BULAN JAN - MAC 2022
100 TAHUN GERAKAN KOPERASI
08 GALERI GAMBAR BULAN JAN - MAC 2022
03 KUNJUNGAN HORMAT KE KOPERASI KOPERKASA
CAWANGAN SIBU 09 GALERI GAMBAR BULAN JAN - MAC 2022
04 LIPUTAN BICARA ILMU DAN PROGRAM TURUN PADANG 10 PEMANTAPAN USAHAWAN KOPERASI DALAM
KE ARAH MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP PENGELUARAN DAN PEMASARAN NANAS
2022) DI SIBU, SARAWAK KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DALAM MENYUMBANG
KEPADA KEMAJUAN KOPERASI
LIPUTAN BICARA ILMU DAN PROGRAM TURUN PADANG
11
04 KE ARAH MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP
SEKITAR TEMUBUAL KAJIAN PENYELIDIKAN
2022) DI SRI AMAN, SARAWAK FAKTOR DAYA TAHAN PERNIAGAAN KOPERASI DI
SARAWAK
LIPUTAN BICARA ILMU DAN PROGRAM TURUN PADANG
12 PROGRAM IKMA ZON SARAWAK
05 KE ARAH MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP
2022) DI MIRI, SARAWAK
05 PROGRAM MIRICLE KOPERASI SMK JALAN OYA SIBU
BERHAD
06 GALERI GAMBAR BULAN JAN - MAC 2022
Wisma Sego, Lot 3593 Blok 14, Salak Land Tel : 082-649409, Laman Rasmi : www.ikma.edu.my
District, Jalan Sultan Tengah, 93050 082-649407 Emel : [email protected]
Kuching Sarawak.
Faks : 082-649405,
082-649406
03Mukasurat
PROGRAM LINTAS LANGSUNG MAJLIS PERLANCARAN 100 TAHUN GERAKAN KOPERASI
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Pada hari Sabtu 12 Februari 2022 satu Program Lintas Langsung sempena Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi Malaysia
anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sarawak telah di adakah diDewan Tama Abu Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di ALOFT Hotel Kuala
Lumpur Sentral bertemakan '100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia'.
Berucap dalam Majlis Perlancaran tersebut Tan Sri Noh Omar menyatakan bahawa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(Medac) akan menyemak semula sistem perundangan dan struktur tadbir urus koperasi yang sedia ada supaya seiring dengan
perkembangan dan keperluan semasa. Ini adalah bagi memastikan gerakan koperasi boleh berkembang serta terus berdaya maju ke arah
mencapai objektif pembangunan sosioekonomi negara.
Langkah itu menurutnya bakal meningkatkan lagi kecekapan 14,657 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Selari dengan langkah tersebut keupayaan dan kapasiti agensi-agensi berkaitan koperasi, khususnya SKM dan Institut Koperasi Malaysia ) CAM - IRAUNAJ 2202/1 ISIDE( 12 .LIB GNALAYNEK NITELUB
(IKMa), akan diperkasakan untuk menggalakkan pembangunan gerakan.
Turut hadir sama dalam Program Lintas Langsung Majlis Perlancaran 100 Tahun Gerakan Koperasi di Dewan Tama Abu IKMa Zon Sarawak
adalah Encik Mohd Noor Firdaus Bin Haji Fadzil Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) SKM Cawangan Sarawak, Puan Siti Maimunah
bt Haji Jerni Pengarah IKMa Zon Sarawak dan Pengerusi ANGKASA Sarawak, En Wan Azizan bin Wan Zainal Abidin
KUNJUNGAN HORMAT KE KOPERASI KOPERKASA CAWANGAN SIBU
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) telah ditubuhkan
pada 06 September 1949 dengan keanggotaan seramai 124 orang.
KOPERKASA menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan
kepada anggota, meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi
dan menggalakkan amalan jimat cermat dan simpanan.
Keanggotaan KOPERKASA mencecah hampir 25,000 orang anggota
dengan jumlah aset bernilai RM237 juta atau 50 peratus daripada
jumlah aset di seluruh koperasi di negeri Sarawak.
KOPERKASA menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada
anggotanya seperti Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan 100%,
Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan, Pembiayaan Kenderaan,
Pembiayaan Kebajikan, Pembiayaan Pendidikan dan Pendidikan
Pelancongan (termasuk untuk mengerjakan Umrah).
Selain ibu pejabat di Simpang Tiga Kuching, KOPERKASA juga mempunyai 6 buah pejabat cawangan di seluruh Sarawak. Pada 11 Januari
2022, IKMa Zon Sarawak berkesempatan untuk mengadakan kujungan hormat ke pejabat cawangannya di Jalan Pahlawan, bandaraya
Sibu. Semasa sesi kunjungan, pihak IKMa Zon Sarawak telah diberi taklimat tentang operasi koperasi oleh Encik Ishak Bin Zaini, Pegawai
Cawangan Sibu. Kunjungan ke pejabat cawangan Sibu ini adalah julung kali dari pihak IKMa Zon Sarawak dan pihak KOPERKASA
Cawangan Sibu mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kujungan yang diadakan.
Kunjungan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara IKMa dan koperasi di seluruh negeri Sarawak. Bagi
mengakhiri sesi lawatan, Puan Siti Maimunah Hj Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada
Encik Ishak Bin Zaini, Pegawai Cawangan Sibu sebagai tanda penghargaan dan kenangan. Terima Kasih Daun Keladi, Ada Masa Kita
Berjumpa Lagi…
) CAM - IRAUNAJ 2202/1 ISIDE( 12 .LIB GNALAYNEK NITELUB 04Mukasurat
KLIOPPUETRAANSBI I(CMAARSAKIOLPM2U0D2A2N) DPIRSOIGBRUA, MSATRUARWUANKPADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir
IKMa Zon Sarawak telah merancang sebanyak lima buah Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (MasKop) bagi
tahun 2022. Objektif program MasKop adalah untuk memberi maklumat kepada koperasi, usahawan dan individu tentang latihan, aktiviti
perniagaan dan ekonomi serta maklumat mengenai bantuan dan sokongan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MEDAC) dalam menjayakan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia
(TransKoM) 2021-2025.
Pada 11 Januari 2022 yang lepas IKMa Zon Sarawak Program MasKop telah dijalankan di Hotel Tanahmas dalam bandaraya Sibu. Dalam
program ini, perkongsian sebanyak tiga buah kertas kerja dari agensi di bawah kementerian dan juga usahawan bagi memberi maklumat
tentang peluang yang boleh diceburi oleh pihak koperasi dan usahawan.Kertas kerja pertama adalah dari IKMa Zon Sarawak yang
bertajuk “Memasyarakatkan Koperasi (MasKop)” yang dibentangkan oleh Encik Hamizah bin Mohd Nadzir, Pegawai Latihan IKMa Zon
Sarawak. Manakala kertas kerja kedua bertajuk “Bantuan Pembangunan Koperasi” yang disampaikan oleh Encik Mohammad Jelian bin
Ja’afar, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sibu. Kertas kerja dari perkongsian usahawan pula
dibentangkan oleh Encik Mohd Saleh bin Senon, Pengurus Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor Berhad yang bertajuk “Pemantapan
Usahawan Koperasi Dalam Pengeluaran Dan Pemasaran Pertanian”.
Program di Sibu pada 11 Januari 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Pn Siti Maimunah Hj Jerni, Pengarah IKMa Zon
Sarawak.Seramai 81 orang peserta dari 33 buah koperasi telah menghadiri program tersebut.
LIPUTAN BICARA ILMU DAN PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN
KOPERASI (MASKOP 2022) DI SRI AMAN, SARAWAK
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
Pada 25 Januari yang lalu, program BicaraIlmu sempena MASKOP 2022
telahpun berlangsung di Hotel Seri Simanggang, Sri Aman. Bicara Ilmu
yang bertajuk Peluang Niaga Pelancongan Luar Bandar Berasaskan
Komuniti ini telahpun dirasmikan oleh Yang Berbahgia Encik Mohd Zaib
bin Mat Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan)
IKMa dan dihadiri oleh seramai 144 orang peserta dari kalangan barisan
Lembaga, kakitangan pengurusan dan anggota koperasi di bahagian Sri
Aman dan kawasan-kawasan sekitarnya. Turut hadir juga di kalangan
kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri yang berpejabat di
kawasan Sri Aman dan di kalangan usahawan-usahawan serta
masyarakat yang berminat. Program ini dilaksanakan menerusi
kerjasamadengan SuruhanjayaKoperasi Malaysia(SKM) Cawangan Sri
Aman dan Saratok.
Program MASKOP yang diadakan saban tahun ini bertujuan bagi
memperkenalkan program latihan dan pendidikan yang dianjurkan oleh
IKMa secara keseluruhannya dan IKMa Zon Sarawak khususnya di
samping memperkenalkan peranan agensi kerajaan di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Bersesuaian dengan tema yang dibawa menerusi Bicara Ilmu di dalam
program ini, pembentangan berkenaan aktiviti pelancongan yang
berasaskan komuniti juga turut diselitkan.
05Mukasurat ) CAM - IRAUNAJ 2202 1 ISIDE(12 .LIB GNALAYNEK NITELUB
Program selama setengah hari in idimulakan dengan majlis perasmian,
disusuli sesi taklimat olehInstitutKoperasi Malaysia berkenaan program
pembangunan modal insan koperasi dan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia berkenaan beberapa inisiatif pembangunan perniagaan
koperasi di pihak SKM terutamanya dalam bentuk bantuan kewangan
samaada melalui geran atau pinjamanTabung Modal Pusingan. Sesi
bicara ilmu pula menyusul sesudahitu. Bicara Ilmu kali ini mengupas
berkenaan peluang koperasi dalam produk pelancongan luar bandar
berasaskan komuniti yang disampaikan oleh Cik Dayang Mordiana
Abang Ahmat yang merupakan pegawai daripada Perbadanan
Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.
Secara keseluruhannya, program Bicara Ilmu pada kali ini dilihat
berjaya mencapai objektif penganjurannya. Semoga program
seumpamanya ini dapat diteruskan dan menjadi satu wahana yang
berkesan dalam melahirkan koperator dan usahawan yang berjaya
dalam bidang yang diceburi masing-masing sekaligus dapat
meningkatkan sumbangan gerakan koperasi dalam pembangunan
ekonomi negara.
LIPUTAN BICARA ILMU DAN PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH MEMASYARAKATKAN
KOPERASI (MASKOP 2022) DI MIRI, SARAWAK
Oleh : Mohamad Suandi Mortadza
Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi (Maskop) telah
diadakan di Hotel Imperial Miri pada 15 Feb 2022 anjuran IKMa Zon Sarawak
sempena Bicara Ilmu Rahsia Borong Online Luar Negara pada kali ini.
Seramai 140 orang peserta dalam kalangan koperator dan usahawan sekitar
Bandaraya Miri dan Bintulu telah menghadiri program pada kali ini. Tujuan
utama penganjuran Maskop 2022 pada kali ini adalah untuk berkongsi
peranan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) kepada gerakan koperasi dan
usahawan serta berkongsi perkembangan semasa gerakan koperasi. Dalam
program ini juga IKMa Zon Sarawak turut berkongsi senarai program dan
kursus yang bakal dilaksana sepanjang tahun 2022
Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan turut hadir
bersama adalah Pn Siti Maimunah bt Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak. Dalam ucapan perasmian yang telah disampaikan, beliau
menyeru agar para koperator yang hadir sentiasa siaga dengan cabaran semasa serta berusaha untuk menceburkan perniagaan yang
berpotensi serta menguntungkan. Para koperator dan usahawan juga diingatkan untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
yang sesuai sebelum terlibat dengan sebarang perniagaan.
Pengisian Program dimulakan dengan Taklimat IKMa Zon Sarawak yang telah disampaikan oleh En Mohamad Suandi bin Mortadza
(Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak). Setelah itu Pn Lily Fawziah Adnan (Penolong Pengarah Kanan SKM Miri) menyampaikan taklimat
mengenai Peluang Pembiayaan SKM. Pembentangan ketiga disampaikan oleh Kapten (B) Zainol Rashid bin Burhan yang telah
berkongsi mengenai tajuk Rahsia Borong Online Luar Negara.
06Mukasurat
Galeri Gambar Bulan Jan - Mac 2022
Program Memasyarakatkan Koperasi IKMa 2022 Bicara Ilmu “Pemantapan Usahawan Koperasi Dalam
Pengeluaran Dan Pemasaran Produk Pertanian” Di Hotel Tanahmas, Sibu pada 11 Januari 2022.
Program Memasyarakatkan Koperasi IKMa 2022 Bicara Ilmu “Pemantapan Usahawan Koperasi Dalam
Pengeluaran Dan Pemasaran Produk Pertanian” Di Hotel Tanahmas, Sibu pada 11 Januari 2022.
Program Memasyarakatkan Koperasi IKMa 2022 Bicara Ilmu Pelancongan Luar Bandar berasaskan
Komuniti pada 25 Januari 2022 Hotel Seri Simanggang, Sri Aman
Program Memasyarakatkan Koperasi IKMa 2022 Bicara Ilmu Rahsia Borong Online Luar Negara
sempena Maskop 2022 pada 15 Februari 2022 di Bandaraya Miri telah dirasmi oleh Ybhg Datuk Mohd Ali
bin Mansor Ketua Pengarah IKMa.
07Mukasurat
Galeri Gambar Bulan Jan - Mac 2022
Kunjungan hormat ke Koperasi Koperkasa Sibu Berhad bersama Puan Pengarah Siti Maimunah binti Hj
Jerni pada 11 Januari 2022
Lawatan ke Koperasi Opah Sri Aman Berhad dan Koperasi Kariah Masjid Sri Aman bersama YBhg En
Mohd Zaib Mat Yunus Tim. Ketua Pengarah ( Pembangunan Modal Insan) IKMa
Kunjungan mesra IKMa Zon Sarawak ke Koperasi Nelayan Batu 1 Miri Bhd disertai oleh Ybhg Datuk
Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa dan Pn Siti Maimunah Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak
menemui ALK Nelayan Batu 1 Miri Bhd pada 14 Februari 2022.
Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohd Ali Mansor dan Pn Siti Maimunah Jerni turut membuat lawatan
cadangan Pejabat IKMa Zon Miri di sekitar Bandaraya Miri sempena Program Bicara Ilmu di Miri pada
15 Februari 2022
08Mukasurat
Galeri Gambar Bulan Jan - Mac 2022
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah mengajurkan Bengkel Penanaman dan Penjagaan
Cili Fertigasi pada 26 Mac 2022 dengan kerjasama Pejabat Pertanian Bahagian Sarikei dan Pejabat
Pertanian Daerah Meradong. pada Sabtu, 26 Mac 2022
Program Latihan Pembangunan Ekonomi Saudara Kita Siri I yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam
Bahagian Betong, Sarawak telah diadakan pada 08 Februari 2022
Sekitar Bengkel Jatidiri dan Ukhuwah anjuran Koperasi Qariah Masjid Darul Hana Lambir Miri Bhd pada
27 Februari 2022
Sekitar Kursus Pemahaman Penyata Kewangan Koperasi - Q(L)PA2305 yang berlangsung selama 2 hari
pada 28/2-1/3/2022 di Meritz Hotel, Miri.
09Mukasurat
Galeri Gambar Bulan Jan - Mac 2022
Sekitar Program MiRiCLe Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Koperasi Koperasi Usahawan Mekar
Gading Lundu Berhad pada 27 Februari 2022
Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan KOBIB ke -1 pada 26 Februari 2022 bertempat di Dormani Hotel
Kuching.
Program Latihan Pembangunan Ekonomi Saudara Kita Siri II yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam
Bahagian Betong, Sarawak telah diadakan pada 30-31 Mac 2022 dengan kerjasama Bank Kerjasama
Rakyat Berhad (Bank Rakyat) Sarawak dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak
Sekitar Temuduga Pegawai Latihan Gred E41 pada 9 Mac 2022 bertempat di Institut Koperasi Malaysia
Zon Sarawak
) CAM - IRAUNAJ 2202/1 ISIDE( 12 .LIB GNALAYNEK NITELUB 10Mukasurat
PEMANTAPAN USAHAWAN KOPERASI DALAM PENGELUARAN DAN PEMASARAN NANAS
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) berpandangan
bahawa pengukuran kejayaan model perniagaan koperasi perlu diperincikan
secara holistik memandangkan koperasi dilihat sebagai elemen pemacu
kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan telah berjaya
membantu menangani kos sara hidup rakyat. Selain itu, gerakan koperasi
perlu berani mengambil peluang dan cabaran lebih besar dalam perniagaan,
menceburi platform perdagangan dengan skala lebih luas bagi
memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu.
Sehingga tahun 2021, kapasti negara untuk mengeluarkan nanas ialah 4,000
tan metrik dengan nilai lebih RM500 juta setahun. Walaupun begitu, jumlah
tersebut masih belum mencukupi bukan sahaja untuk pasaran nanas MD2 di
luar negara, bahkan juga untuk pasaran tempatan. Untuk itu usaha
pemantapan dan mengukuhkan penglibatan koperasi dalam pengeluaran dan
pemasaran nanas adalah peluang baik untuk dimajukan.
Pengeluaran buah nanas premium MD2 di Sarawak bukan sahaja menarik minat
masyarakat Sarawak untuk merasai keenakannya malah yang lebih penting membuka
peluang dan ruang pasaran untuk mengeksport varieti ini ke luar negara. Kerajaan
menyasarkan meningkatkan keluasan tanaman nanas dari 1,342 kepada 3,500 hektar
pada tahun 2020 dengan sokongan penuh kerajaan Sarawak.
Penanaman nanas MD2 di Sarawak akan dapat merancakkan aktiviti huluan dan
hiliran industri nanas. Industri ini juga menyasarkan pendapatan usahawan nanas
akan ditingkatkan dari RM1,500 sebulan kepada RM3,500 sebulan dengan
mengusahakan tanaman nanas MD2.
Produk hasil nanas adalah seperti buah segar, kodial jus nanas, aiskrim, sos dan jem
nanas. Pemasaran nanas boleh dilakukan melalui Pasaran Eksport, Pasaran Tempatan,
Pasaran Runcit dan juga Pasaran Premium di pasaraya eksklusif yang terpilih. Best
ayiee…
11Mukasurat
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DALAM MENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN KOPERASI
Oleh : Vronica Kumang Lawrence
Penyelidikan bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Penyelidikan yang
dijalankan adalah untuk mencari maklumat dengan lebih lanjut mengenai
sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau
menyiasat dengan lebih mendalam. Dalam kehidupan seharian, kadang-kala
peralatan yang kita gunakan mengalami masalah atau ada sesuatu yang tidak
kena. Kita akan mencari punca masalah tersebut. Apabila punca masalah
dapat dikenal pasti, kita akan mencari jalan untuk mengatasinya. Masalah
sedemikian mungkin kita anggap kecil dan mudah untuk diselesaikan.
Bagaimana kalau produktiviti organisasi kita tiba-tiba merosot. Keadaan ini
mungkin memerlukan penelitian yang lebih rapi untuk mencari punca
masalahnya. Justeru, penyelidikan penting untuk dilakukan bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau perkara yang ingin diketahui sebab dan puncanya
berlaku tidak kira di dalam organisasi ataupun dimana-mana sahaja.
Begitu juga apabila kita melihat kepada konteks koperasi. Setiap penyelidikan )CAM - IRAUNAJ 2202/1 ISIDE( 12 .LIB GNALAYNEK NITELUB
yang dilakukan semestinya mempunyai kepentingannya yang tersendiri untuk
merungkai sesuatu perkara yang dilihat sebagai isu atau masalah yang
berlaku di dalam sesebuah koperasi. Penyelidikan yang dilakukan juga mampu
menyumbang kepada kemajuan sesebuah koperasi. Antara kepentingan
penyelidikan dalam menyumbang kepada kemajuan koperasi adalah seperti
mendapatkan maklumat, menilai maklumat dan menggunakannya dalam
proses membuat keputusan. Setiap keputusan yang dibuat berdasarkan data
kajian mampu mempengaruhi kemajuan sesebuah koperasi. Oleh itu,
maklumat yang diperolehi haruslah benar dengan melakukan penyelidikan
yang berkualiti tinggi. Maklumat yang diperolehi juga seharusnya dinilai
dengan lebih teliti agar tidak memberi makna lain daripada yang sebenarnya.
Selain itu, melalui penyelidikan kita dapat memperoleh ilmu baru yang boleh
diguna pakai dalam merancang kemajuan perniagaan sesebuah koperasi.
Ilmu baru ini semestinya berdasarkan suara dan pandangan daripada koperasi
mengenai isu atau masalah yang diperoleh daripada penyelidikan. Untuk
memastikan sesebuah koperasi meningkat lebih maju, adalah penting untuk
merungkai isu atau masalah yang dihadapi dan seterusnya mengambil
langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikannya. Oleh itu, penyelidikan yang
dilakukan juga haruslah sesuai dengan isu semasa yang berlaku di dalam
sesebuah koperasi.
KSEOKPIETRAARSTI EDMI SUABRUAAWL KAAKJIAN PENYELIDIKAN FAKTOR DAYA TAHAN PERNIAGAAN
Oleh : Vronica Kumang Lawrence
IKMa Zon Sarawak sedang menjalankan satu penyelidikan bagi
tahun 2021 yang bertajuk Faktor Daya Tahan Perniagaan Koperasi di
Sarawak. Kajian ini mengambil kira koperasi kluster mikro di Sarawak
yang usia penubuhannya 5 tahun dan ke atas. Penyelidik telah
mengenal pasti koperasi-koperasi di Sarawak untuk dijadikan
sebagai peserta kajian. Keseluruhan jumlah koperasi kluster mikro
yang dipilih adalah sebanyak 20 buah koperasi.
Koperasi-koperasi yang dipilih sebagai peserta kajian ini ditemubual Temubual bersama koperasi di Miri
oleh pasukan penyelidik untuk mengumpul data kajian. Temubual ini
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor daya tahan perniagaan
koperasi mengikut persepsi berdasarkan pengalaman koperasi itu
sendiri. Gambar dibawah menunjukkan sekitar temubual peserta
kajian yang telah diadakan di Miri, Mukah, Bintulu dan Limbang.
Koperasi yang terpilih telah memberi kerjasama yang sangat baik di
dalam menjayakan proses pengumpulan data kajian.
Temubual bersama koperasi di Mukah
12Mukasurat
PROGRAM LATIHAN IKMa ZON SARAWAK
JANUARI - MAC 2022
Permohonan untuk menghadiri mana-mana kursus seperti
disenaraikan, boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan
yang boleh diperolehi di pejabat IKM Zon Sarawak atau dimuat turun
melalui laman rasmi IKM. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Setiausaha kursus
IKM Zon Sarawak
Wisma Sego, Petra Jaya
Tel: 082-649409 / 649408
Faks : 082-649405 / 649406
E-mail : [email protected]
FB : IKKMSarawak
@IKMaSarawak @ikma_sarawakofficial @Official IKMa ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak
(+06)108695676