The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKKa Zon Sarawak, 2022-01-13 00:20:33

BULETIN KENYALANG 42021

BULETIN KENYALANG 42021

IKMa ZON SARAWAK

BIL. 20 (EDISI 4/2021 OKTOBER - DISEMBER )

e-BULETIN Kenyalang

SEMINAR HYBRID RESET BISNES KOPERASI
DIRASMIKAN OLEH KETUA PENGARAH IKMA

@IKMaSarawak @ikma_sarawakofficial @Official IKMa ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak
(+06)108695676

SIDANG REDAKSI EDITOR
PUAN SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS
PENASIHAT ENCIK HAMIZAH MOHD NADZIR
PUAN SITI MAIMUNAH BINTI HJ JERNI PUAN NUR FATIN SHAZWANI AHMAD
PENGARAH CIK VRONICA KUMANG LAWRENCE
KETUA EDITOR CIK DAYANG ADELINA ABANG MUAN
ENCIK MOHAMAD SUANDI MORTADZA
PEGAWAI PENERBITAN
KANDUNGAN PUAN RAHMATBI SUHAIDI

03 BICARA ILMU “LITERASI UNDANG-UNDANG KOPERASI : 08 BENGKEL PENYEDIAN AKAUN MUDAH DENGAN MS
TAHU, FAHAM DAN PATUH” EXCEL KERJASAMA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN

03 KUNJUNGAN KETUA PENGARAH KE INSTITUT ANGKASA NEGERI (JPAN SARAWAK)
KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK
08 SEKITAR TEMUBUAL KAJIAN FAKTOR DAYA
04 KUNJUNGAN KETUA PENGARAH IKMa KE KOPERASI TAHAN PERNIAGAAN KOPERASI DI SARAWAK
KOPERKASA SARAWAK BERHAD
09 PROGRAM BICARA ILMU ALAF BARU, TUAI
SPEEDY TANI : PERTANIAN

HASIL 30 HARI

04 INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) DI TV 09 PROGRAM LATIHAN GALAKAN HALAL BERSAMA
SARAWAK JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

04 PROGRAM CSR INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON 10 BENGKEL PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI
SARAWAK KOPERASI BANGUN BOYAN BERHAD DENGAN

KERJASAMA JABATAN PERTANIAN SARAWAK

BENGKEL PEMBANGUNAN KONTRAKTOR BERSAMA 10 ANGGOTA KEKUATAN KOPERASI

05 KOPERASI GURU – GURU BUMIPUTERA SARAWAK

BERHAD

11 KRISIS PANDEMIK DEDAH KEPENTINGAN URUS
KEWANGAN
05 PROGRAM MIRICLE KOPERASI SMK JALAN OYA SIBU
BERHAD

06 SEMINAR HYBRID RESET BISNES KOPERASI 12 SEKITAR KURSUS PENYEDIAAN PENYATA
DIRASMIKAN OLEH KETUA PENGARAH IKMA KEWANGAN KOPERASI

06 PROGRAM MIRICLE KOPERASI SERASOT BAU BERHAD PROGRAM BERSAMA AGENSI : BENGKEL PEMULIHAN
BENGKEL PENGHASILAN PRODUK HILIRAN TERUNG MAS
12 KOPERASI BERSAMA SURUHANJAYA KOPERASI
07 GALERI GAMBAR MALAYSIA

12 PROGRAM MIRICEL : BENGKEL ATURAN KPSM BAU
KUCHING BERHAD

Wisma Sego, Lot 3593 Blok 14, Salak Land Tel : 082-649409, Laman Rasmi : www.ikma.edu.my
District, Jalan Sultan Tengah, 93050 082-649407 Emel : [email protected]
Kuching Sarawak.
Faks : 082-649405,
082-649406

03Mukasurat

BICARA ILMU “LITERASI UNDANG-UNDANG KOPERASI : TAHU, FAHAM DAN PATUH”

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Sistem perundangan di Malaysia secara universal mempunyai tujuan
yang sama - untuk menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh
setiap masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan
dalam setiap aktiviti. Dalam koperasi, tidak ada sesiapa yang boleh
dibiarkan bertindak melebihi undang-undang sehingga menindas
kepentingan anggotanya. Setiap undang-undang dan peraturan
mengandungi asas kebijaksanaan dan merangkumi satu bentuk
kebaikan untuk setiap anggota koperasi. Di pihak anggota pula,
pengertian yang lebih mendalam adalah sangat diperlukan kerana
undang-undang bukan sahaja mahu mencapai kehendak material,
tetapi juga menjaga sifat dalaman, termasuk jiwa, rohani dan
sensitiviti setiap individu. Untuk menjadikan undang-undang sebagai
mekanisme yang dapat menyemak keseimbangan pentadbiran
koperasi, setiap anggota adalah disarankan untuk tahu, faham dan
patuh dengan undang-undang tersebut.

Demikian saranan daripada En. Mohd Zaib Mat Yunus, Timbalan dan dasar TRANSKOM dalam pembangunan koperasi. Dr. Hjh Hayati ) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB
Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Md Salleh, panel Tribunal Koperasi berkongsi pematuhan dan kesan
Malaysia (IKMa) melalui ucapan perasmian beliau di dalam program pelanggaran undang-undang menerusi kes-kes tribunal koperasi.
Bicara Ilmu Literasi Undang-undang Koperasi : Tahu, Faham dan Seterusnya, ceramah motivasi berkaitan integrity dalam memperkukuh
Patuh anjuran Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak. Program jatidiri dalam menggalas tugas dan tanggungjawab dalam koperasi.

setengah hari yang telah berlangsung secara online melalui aplikasi Sementara itu, Pengarah IKMa Zon Sarawak turut berharap dengan
Zoom Meeting pada 9 Nov yang lalu telah dihadiri oleh seramai 257 perkongsian melalui program ini akan mampu memupuk penghayatan
orang bukan sahaja di kalangan barisan lembaga koperasi, integrity untuk pemantapan jati diri, seterusnya membudayakan
kakitangan pengurusan dan anggota koperasi di seluruh Malaysia. pematuhan kepada peruntukan undang-undang yang terpakai dalam
Malah turut hadir di kalangan pegawai-pegawai agensi di bawah gerakan koperasi di Malaysia ini. Ini merupakan sebahagian daripada
MEDAC dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri Sarawak. usaha IKMa selaku satu-satunya institusi pendidikan koperasi di

Menerusi program itu, 3 penceramah telah diundang. Antaranya, Pn. negara ini bagi memastikan keupayaan dan pemerkasaan koperasi
Nurul Fasha Shamsurija daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui program-program pembangunan modal insan yang diadakan
mengupas tentang Pindaan Akta Koperasi saban tahun.

KUNJUNGAN KETUA PENGARAH KE INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK

Oleh : Dayang Adelina Abang Muan

Majlis Makan malam IKMa Zon Sarawak telah di adakan pada 25
November 2021 bertempat di Dewan Apad Runan IKMa Zon Sarawak.
Antara aktiviti yang diadakan semasa Majlis makan malam ini adalah
sambutan hari lahir kakitangan IKMa Sarawak dan cabutan bertuah .
Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu
Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa

) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB 04Mukasurat

KUNJUNGAN KETUA PENGARAH IKMA KE KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohd Ali bin Mansor telah membuat
kunjungan hormat menemui Ahli Lembaga Koperasi Koperkasa
Sarawak Berhad pada sebelah petang 25 November 2021
bertempat di Pejabat Koperasi Koperkasa Sarawak Bhd di Jalan
Simpang Tiga Kuching. Rombongan Ketua Pengarah turut disertai
oleh Pn Siti Maimunah Jerni (Pengarah IKMa Zon Sarawak), Pn Sh
Rohaya Wan Idris (Timbalan Pengarah IKMa Zon Sarawak) dan En
Mohamad Suandi Mortadza (Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak).
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi mengukuhkan hubungan baik
IKMa dan Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad.

Rombongan Ketua Pengarah IKMa telah disambut oleh Pengerusi
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad En Fathi bin Hambali serta ahli
lembaga koperasi yang turut hadir. Taklimat Perkembangan dan
Perniagaan Koperasi Koperkasa telah disampaikan oleh Tn Haji Jaya
Suria Muss, Pengurus Besar Koperasi Koperkasa Sarawak Bhd.

INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) DI TV SARAWAK

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali bin Mansor telah bersiaran


langsung di TV Sarawak dalam rancangan Sejahtera Asia pada jam

7.30 pagi sehingga 8.30 pagi pada 25 November 2021 yang lalu.
Dengan betemakan ‘Menelusuri 65 Tahun Pengalaman IKMA
Melahirkan Koperator Yang Berdaya Saing’ telah dibincangkan
selama 1 jam bersiaran langsung. Malah Ketua Pengarah IKMa juga
sempat memuji budaya hidup masyarakat di Sarawak juga adalah
budaya berkoperasi yang telah lama berakar umbi dalam
masyarakat. Keunikan yang dimiliki oleh negeri Sarawak wajar
dicontohi dan dikembangkan dalam koperasi masing-masing.

PROGRAM CSR INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK

Oleh : Dayang Adelina Abang Muan

Pada tarikh 26 November 2021 (Jumaat) pihak Institut Koperasi
Malaysia Zon Sarawak telah mengadakan program CSR di Lundu
bertempat di Surau Darul Rahman Kampung Temaga Dayak Lundu.

Dalam Program tersebut Ybhg Datuk Mohd Ali bin Mansor Ketua
Pengarah IKMa telah menyerahkan replika cek berjumlah RM2,000.00
kepada Pengerusi Surau Ustaz Hj Abd Halim untuk di sumbangkan
kepada Surau Darul Rahman Kampung Temaga Dayak Lundu.

05Mukasurat

BSAENRGAWKEALKPBEEMRBHAANDGUNAN KONTRAKTOR BERSAMA KOPERASI GURU – GURU BUMIPUTERA

Oleh : Nur Fatin Shazwani Ahmad

Pada 26 Oktober 2021, telah dijalankan satu Bengkel  
Pembangunan Kontraktor bersama Koperasi Guru – Guru
Bumiputera Sarawak Berhad secara maya melalui aplikasi
Google Meet di bawah jenama program MiRiCLe dengan
kerjasama Sektor Hartanah (Perumahan) dan Industri
Pembinaan IKMa HQ. Seramai 16 orang peserta terdiri
daripada ALK, anggota dan kakitangan turut serta dalam
bengkel ini. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh
penceramah jemputan, En. Mohammed Nazree Shah Bin
Anwar.

Bengkel ini dijalankan selama setengah hari meliputi pendedahan berkenaan peranan koperasi dalam sektor hartanah dan fokus kepada
kontraktor. Bengkel ini dijalankan atas maklum balas kepada permintaan koperasi serta ketersediaan koperasi untuk menceburi bidang
hartanah. Bidang ini juga merupakan sebahagian perancangan dalam Pelan Strategik Perniagaan Koperasi. Berdasarkan perancangan
koperasi, bidang hartanah merupakan bidang baharu yang akan diceburi untuk menjana lebih pendapatan kepada koperasi berikutan
pendapatan sedia ada dilihat terjejas berikutan pandemik. Ketersediaan koperasi dalam bidang hartanah juga terbukti apabila koperasi
memaklumkan bahawa koperasi telah mempunyai tanah untuk dijalankan perniagaan pembangunan hartanah. Perancangan baharu hasil
kesinambungan program ini, pihak koperasi memberi cadangan agar lawatan tapak perlu dilakukan untuk melihat kepada cadangan
pembangunan hartanah di kawasan berkenaan dengan mengambil kira keterlibatan kos dan kebolehpasaran kawasan tersebut untuk
dibangunkan. Pandangan daripada En. Mohammed Nazree untuk membantu keberhasilan projek pembangunan hartanah berkenaan juga
diperlukan oleh koperasi untuk projek tersebut. Diharap dengan penganjuran bengkel seperti ini sedikit sebanyak membantu koperasi
merangka strategi untuk menceburkan diri dalam bidang baharu yang bernilai tinggi ini.

PROGRAM MIRICLE KOPERASI SMK JALAN OYA SIBU BERHAD ) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB

Oleh : Hamizah Mohd Nadzir

Industri pertanian telah melalui pelbagai perubahan perlaksanaan
dari sistem konvensional kepada pengeluaran berteknologi tinggi.

Sistem tanaman moden secara hidroponik merupakan alternatif
kepada sistem penanaman konvensional yang semakin banyak
dilaksanakan memandangkan ianya mudah diselenggara dan tidak
memerlukan kawasan tanah yang luas di samping pengeluaran hasil
dalam masa yang lebih singkat.

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa
menggunakan tanah. Selain daripada sayuran jenis daun, sayuran
jenis buah-buahan dan pokok bunga juga boleh ditanam
menggunakan kaedah hidroponik. Kaedah ini hanya memerlukan
larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Kesuburan
pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang
digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.

Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad memilih tanaman secara hidroponik sebagai cabang baru dalam projek pertaniannya untuk
meningkatkan pendapatan jangka pendek koperasi dan merasakan hasil tanaman tersebut adalah segar dan selamat dapat dikeluarkan
dalam masa singkat dan dijual kepada anggota koperasi di kawasan sekolah. Koperasi telah memperuntukkan tapak projek pertanian di
kawasan sekolah di Kemuyang, 30 minit perjalanan dari bandaraya Sibu, Sarawak. Beberapa jenis tanaman telah di tanam di projek
hidroponik berkenaan seperti bayam, sawi, kangkung dan daun sup. Secara tidak langsung, persekitaran koperasi ini telah dijadikan
lanskap agro pelancongan dan menjadi salah satu aktiviti koperasi yang dapat menarik pelancong melawat koperasi ini saban tahun.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi koperasi dan barisan ALK koperasi yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan projrk
hidroponik ini. Ucapan terima kasih juga kepada Coach Syed yang telah mengandalikan sesi latihan pratikal. Semoga koperasi akan
memperoleh kejayaan dan terus maju pada tahun-tahun mendatang. Tahniah Koperasi SMK Jalan Oya Sibu Berhad.!

06Mukasurat

KSEOMPEINRAARSIHMYABLRAIDYSRIEASET BISNES KOPERASI DIRASMIKAN OLEH KETUA PENGARAH INSTITUT

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Seminar Hybrid Reset Bisnes Koperasi (Online dan Bersemuka ) telah dianjurkan
oleh Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak (IKMa Zon Sarawak) pada 25
November 2021 bertempat di Hotel Imperial Kuching. Tujuan utama penganjuran
seminar ini adalah untuk memberi pendedahan persediaan mengurus cabaran
perniagaan semasa. Pada masa yang sama seminar ini juga berkongsi pengalaman

 dari kejayaan perniagaan yang sudah mendepani cabaran semasa untuk menyusun

semula strategi baharu. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah IKMa
Datuk Mohd Ali bin Mansor. Ketika Ucapan Perasmian, beliau telah menyeru
koperator dan usahawan yang hadir untuk menimba pengalaman dari kejayaan
usahawan yang telah berjaya mengharungi dugaan dalam perniagaan tatkala
Pendemik Covid19 mula mengganas. Pada masa yang sama juga, beliau juga
menekankan betapa perlunya koperasi untuk sentiasa siaga menghadapi cabaran
yang akan datang. Pn Siti Maimunah Jerni (Pengarah IKMa Zon Sarawak) terdahulu
telah menyampaikan Ucapan Aluan.

Seramai 150 orang peserta telah hadir secara bersemuka dalam seminar pada kali ini. Manakala seramai 220 orang pula telah
mengikuti seminar ini menerusi aplikasi Zoom. Manakala seramai lebih 27 000 orang telah ‘view’ seminar ini menerusi laman Facebook.
Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), anggota koperasi, pengurusan koperasi, usahawan serta
individu yang berminat. Seminar pada kali ini telah mengundang seorang ‘’media social influencer’’ iaitu Cardock (En Fadhil Mohd Isa)
yang tidak asing lagi di laman media sosial yang berkongsi tajuk Media Sosial Super Power Kaut Untung. Manakala seorang lagi ialah Pn
Siti Mariam Abd Rauf seorang pengusaha syarikat percetakan yang telah menukar perniagaannya di ketika PKP dengan perniagaan ‘face
mask’ dan ‘’sanitizer’’ sehingga mencatatkan jualan jutaan ringgit. Beliau telah berkongsi tajuk 360 Darjah Reset Bisnes.

) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB Ketua Pengarah IKMa juga telah berbesar hati menyampaikan Sumbangan CSR IKMa Zon Sarawak kepada 5 orang anggota
Koperasi Qariah Surau Ikhwanul Muslimin Kuching dan 10 orang penduduk Flet Taman Dahlia Kuching dalam seminar kali ini. Mereka yang
menerima adalah merupakan golongan B40 yang memerlukan bantuan. IKMa Zon Sarawak berharap agar sumbangan yang telah diberi
dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

PROGRAM MIRICLE KOPERASI SERASOT BAU BERHAD BENGKEL PENGHASILAN PRODUK
HILIRAN TERUNG MAS

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Buah terung asam atau nama saintifiknya ‘Solanum Lasiocarpum Dunal’ telah
didaftarkan dengan nama Terung Asam Sarawak di bawah pensijilan
Geographical Indication (GI) sejak Oktober 2010 oleh Malaysian Intellectual
Property Organisation (MyIPO). Melalui pensijilan ini, produk terung asam
boleh mencapai harga pasaran yang baik dan boleh dipromosikan sebagai
produk-produk khas dari Sarawak. Ini adalah rentetan daripada hasil
penyelidikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak terhadap buah ini sejak
penghujung 1980-an lagi. Sehingga hari ini sekurang-kurangnya 15 produk
nilai tambah telah berjaya dihasilkan dan sebahagian daripada produk
berkenaan telahpun dikomersialkan oleh usahawan-usahawan di negeri ini.
Antara produk nilai tambah yang berjaya dibangunkan ialah Terung Asam
Kering, Jus Terung Asam, Jem Terung Asam, Kek Keju Tiung, Terung Asam
Keping, Aiskrim Terung Asam, Sambal Terung Asam dan banyak lagi.

Justeru itu, IKMA Zon Sarawak telah terpanggil untuk mengetengahkan kemahiran menghasilkan produk berasaskan terung asam ini
melalui program Miricle bersama Koperasi Serasot Bau Berhad pada 29 Oktober yang lalu. Seramai 31 orang peserta yang merupakan
anggota koperasi tersebut tidak melepaskan peluang untuk mempelajari cara penghasilan produk berkenaan. IKMA Zon Sarawak telah
mengundang khas pegawai penyelidik daripada Jabatan Pertanian Sarawak untuk memberikan tunjuk ajar di dalam bengkel tersebut.
Antara penghasilan produk yang dipelajari adalah Puri Terung Asam, Jus Terung Asam, Jem Terung Asam dan Terung Asam Kering. Rata-
rata peserta gembira dan berpuas hati dengan kemahiran yang diperolehi daripada bengkel tersebut dan menyatakan hasrat untuk
mempraktikkannya apabila balik ke rumah nanti.

Puan Rajmah Muzli binti Razili, pegawai penyelidik kanan Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok selaku penceramah dalam program
hari itu turut menggesa petani dan usahawan terlibat dalam penanaman dan penghasilan produk terung asam di negeri ini yang boleh
dihasil menjadi tanaman komersil bernilai tinggi serta mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka. Malah, pihak Jabatan
Pertanian Sarawak juga memberikan jaminan untuk memberikan khidmat nasihat teknikal sekiranya ada di kalangan peserta yang
berminat untuk mengusahakan penghasilan produk terung asam ini dengan skala yang lebih besar. Mungkin dalam jangka masa panjang,
Koperasi Serasot Bau Berhad sendiri juga mampu untuk menghasilkan produk terung asam ini secara komersial.

GALERI GAMBAR 07Mukasurat

SEKITAR PROGRAM SEMINAR HYBRID RESET BISNES KOPERASI PADA 25 NOVEMBER 2021

 

SEKITAR BENGKEL ASAS TANAMAN FERTIGASI (CILI) PROGRAM MIRICLE DI KOPERASI SMK MATANG JAYA
KUCHING BERHAD PADA 6 DISEMBER 2021.

SEKITAR BENGKEL MIRICEL PERKASA KOPERASI & PENGGREDAN BTS KOPERASI PENANAM SAWIT MAMPAN
LIMBANG BHD PADA 30 NOVEMBER 2021

SEKITAR KUNJUNGAN MENEMUI ALK KOPERASI USAHAWAN GADING MEKAR LUNDU PADA 5 NOVEMBER 2021

SEKITAR ROGRAM BENGKEL PRODUK HILIRAN TERUNG ASAM DI DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG SERASOT PADA 29
OKTOBER 2021 DALAM ROGRAM MIRICLE KOPERASI KAMPUNG SERASOT BAU BERHAD

) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB 08Mukasurat

KBEERNJGAKSEALMPAENJYAEWDAIATAANNKAUKAASUANPMEURDHAUHBUDNEGNAGNANANMGSKEAXSCAENLEGERI (JPAN SARAWAK)

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Objektif utama memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan
keuntungan. Kebanyakan perniagaan baharu gagal dalam tempoh

 3 tahun pertama beroperasi disebabkan oleh faktor pengurusan

kewangan dan pengurusan akaun atau simpan kira-kira yang yang
lemah. Ramai usahawan berfikir hanya perniagaan besar yang perlu
menyediakan perakaunan. Namun persepsi dan pemikiran itu tidak
tepat kerana perniagaan kecil mahupun besar, perakaunan
merupakan perkara asas kepada semua jenis perniagaan. Tanpa
perakaunan, kita tidak tahu adakah perniagaan kita memperolehi
keuntungan atau tidak. Adalah penting untuk setiap usahawan
mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan,
pendapatan dan perbelanjaan supaya dapat mengenal pasti sama
ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.
Pengetahuan asas tentang simpan kira-kira adalah penting untuk
pelaporan kewangan perniagaan yang konsisten.

Menyedari kepentingan penyediaan akaun di kalangan usahawan terutamanya di kalangan mereka yang baru dalam perniagaan, IKMa Zon
Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak telah mengambil inisiatif mengadakan Bengkel
Penyediaan Akaun Mudah berbantukan Microsoft Excel. Bengkel selama setengah hari ini telah dihadiri oleh 20 orang anggota koperasi
yang juga merupakan usahawan kecil dan sederhana. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Siti Maimunah Hj Jerni, Pengarah IKMa Zon
Sarawak dan turut dihadiri oleh En. Majeri Li, Timbalan Pengerusi JPAN Sarawak.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membimbing usahawan wanita di kalangan anggota koperasi mengurus dan merekod simpan kira-kira
dengan cara yang betul dan tepat. Selalin itu, peserta juga diajar cara-cara merekod akaun perniagaan dengan menggunakan aplikasi
Microsoft Excel. Dalam bengkel tersebut turut disediakan templat system akaun excel untuk digunapakai oleh peserta bukan sahaja untuk
tujuan pembelajaran, malah boleh digunakan untuk urusan niaga harian mereka. Hasil daripada bengkel ini, peserta akan dapat mengurus
dan merekod simpan kira-kira dengan cara yang betul serta mampu mengenalpasti untung rugi perniagaan yang dijalankan.

SEKITAR TEMUBUAL KAJIAN FAKTOR DAYA TAHAN PERNIAGAAN KOPERASI DI SARAWAK

Oleh : Vronica Kumang Lawnrence

IKMa Zon Sarawak sedang menjalankan satu penyelidikan bagi
tahun 2021 yang bertajuk Faktor Daya Tahan Perniagaan Koperasi di
Sarawak. Kajian ini mengambil kira koperasi kluster mikro di Sarawak
yang usia penubuhannya 5 tahun dan ke atas. Penyelidik telah
mengenal pasti koperasi-koperasi di Sarawak untuk dijadikan
sebagai peserta kajian. Keseluruhan jumlah koperasi kluster mikro
yang dipilih adalah sebanyak 20 buah koperasi. Koperasi-koperasi
yang dipilih sebagai peserta kajian ini ditemubual oleh pasukan
penyelidik untuk mengumpul data kajian. Temubual ini adalah untuk
mengenalpasti faktor-faktor daya tahan perniagaan koperasi
mengikut persepsi berdasarkan pengalaman koperasi itu sendiri.
Setakat ini, pasukan penyelidik telah menemu bual 11 buah koperasi
kluster mikro di Sarawak. Gambar dibawah menunjukkan sekitar
temubual peserta kajian yang telah diadakan di Kuching, Sri Aman,
Betong dan Sibu. Koperasi yang terpilih telah memberi kerjasama
yang sangat baik di dalam menjayakan proses pengumpulan data
kajian.

09Mukasurat

PROGRAM BICARA ILMU SPEEDY TANI : PERTANIAN ALAF BARU, TUAI HASIL 30 HARI

Oleh : Hamizah Mohd Nadzir

Kaedah bercucuk tanam moden boleh meningkatkan pendapatan
selain menjaga kualiti tanaman bagi pengamal pertanian. Malah
potensi kaedah agrikultur cara moden, menurut pakar, merupakan
dua serampang. Selain membantu tingkatkan pendapatan, ia juga
boleh menyumbang kepada usaha mengurangkan impak negatif
pertanian ke atas alam sekitar. Penggunaan kaedah pertanian
baharu ini dapat dijalankan dalam ruang yang terhad dan amat
sesuai dibuat berdekatan dengan premis koperasi masing-masing.
Selain itu, pengisian program ini juga menyentuh tentang
kepentingan myGAP (Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia), yang
merupakan satu sistem pengurusan sumber dalam pengeluaran
pertanian secara baik dan lestari. Ini dapat meningkatkan
produktiviti serta menghasilkan makanan yang selamat dan
berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan
kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah menganjur program Bicara Ilmu secara atas talian yang bertemakan “Speedy Tani :
Pertanian Alaf Baru, Tuai Hasil 30 Hari” pada 21 Oktober 2021 melalui aplikasi Zoom dan juga disiarkan secara langsung di Facebook
IKMa Zon Sarawak.

Program ini berkongsi tiga buah pembentangan daripada pengamal industri pertanian moden dengan latar belakang dan kepakaran
masing-masing. Antara pembentangnya adalah Coach Syed Fauzi, Certified MyGAP Consultant dan Co-Founder Organic Impression
dan Puan Kartini Sahari, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Darul Hana Lambir Bhd. Tidak ketinggalan penampilan istimewa ikon
usahawan tani Datuk Rosyam Nor yang berkongsi pengalaman beliau untuk menjadikan pertanian sebagai suatu bentuk perniagaan.

Penyertaan ini melibatkan seramai 260 orang peserta di kalangan anggota koperasi dan usahawan yang menceburi bidang pertanian REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB
moden di seluruh negara. IKMa Zon Sarawak mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ybrs Encik Mohd Zaib Bin Mat Yunus,
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) yang sudi merasmikan program tersebut. Semoga usaha murni ini akan
diteruskan lagi pada masa hadapan.

PROGRAM LATIHAN GALAKAN HALAL BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK

Oleh : Hamizah Mohd Nadzir Industri halal merupakan salah satu industri yang pesat membangun selari
dengan peningkatan jumlah umat Islam di dunia. Dalam hal ini, Malaysia
terus menjadi tumpuan global sebagai sebuah negara Islam yang progresif
dalam arena industri halal dan mengorak langkah untuk menjadi hab halal
dunia. Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja menjamin keyakinan kepada
pengguna Islam bahawa semua produk dan perkhidmatan mengikut
keperluan syariah, malahan produk yang mendapat pensijilan halal adalah
berkualiti, selamat dan suci. Koperasi-koperasi yang dipilih sebagai peserta
kajian ini ditemubual oleh pasukan penyelidik untuk mengumpul data kajian.
Temubual ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor daya tahan
perniagaan koperasi mengikut persepsi berdasarkan pengalaman koperasi
itu sendiri. Setakat ini, pasukan penyelidik telah menemu bual 11 buah
koperasi kluster mikro di Sarawak. Gambar dibawah menunjukkan sekitar
temubual peserta kajian yang telah diadakan di Kuching, Sri Aman, Betong
dan Sibu. Koperasi yang terpilih telah memberi kerjasama yang sangat baik
di dalam menjayakan proses pengumpulan data kajian.

Dengan Pensijilan Halal Malaysia, usahawan koperasi memiliki satu nilai komersial perdagangan iaitu “marketing tools” untuk koperasi
meraih pasaran dalam dan luar negara ekoran permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal yang meningkat seiring dengan
peningkatan pengguna Islam global.

Sehubungan dengan itu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah menganjurkan Program Latihan Galakan Halal pada 27
November 2021 yang lalu, di Makmal Komputer IKMa Zon Sarawak. Seramai 14 orang peserta telah mendaftar bagi mengikuti program
tersebut yang dipilih dari mereka yang memenuhi syarat asas yang telah ditetapkan oleh pihak pengajur. Program ini adalah hasil
kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak (JAIS). Fasilitator program Puan Hajah Asmawaty @ Siti Asmah Haji Ahmad,
Ketua Unit Pensijilan JAIS telah menyampaikan penerangan dan mengendalikan sesi latihan bersama peserta.

Sepanjang program ini, peserta telah didedahkan dengan syarat yang perlu dipatuhi, jenis perniagaan dan produk jualan untuk
pendaftaran pensijilan halal. Peserta perlu memohon untuk pendaftaran halal melalui lawan sesawang www.halal.gov.my terlebih
dahulu. Program ini akan diusaha untuk dipanjangkan kepada usahawan koperasi di seluruh Sarawak. Diharapkan dengan Program
Latihan Galakan Halal ini, usahawan koperasi dapat memperoleh pensijilan halal dan seterusnya membawa perniagaan mereka ke
peringkat yang lebih tinggi. Semoga berjaya semua...

) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB 10Mukasurat

BDEENNGGKAENLKPEERNJAANSAAMMAANJACBILAITSAENCAPERRATFAENRITAINGASSAIRKAOWPAEKRASI BANGUN BOYAN BERHAD

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

“CILI merah atau Capsicum annum adalah tanaman jangka masa
singkat yang bernilai tinggi. Penanaman cili merah di negara ini
dijalankan menggunakan kaedah konvensional dan sistem fertigasi.
Bagaimanapun, rata-rata petani menggunakan sistem fertigasi
berikutan penanaman cili merah menggunakan teknologi ini terbukti
dapat meningkatkan hasil dan mempunyai daya maju yang tinggi.
Biarpun modal permulaan agak tinggi, namun ia akan diimbangi
dengan hasil pengeluaran yang tinggi juga. Ia terbukti berkesan
dalam meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman cili merah
sehingga tiga hingga empat kali ganda berbanding kaedah
konvensional. Teknologi ini juga lebih mesra alam berbanding
kaedah konvensional dan mengikut amalan pembangunan
pertanian lestari, di samping mematuhi agenda pertanian negara”.
Demikian menurut Encik Abu Hamzah Jamil, pegawai daripada
Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok Kuching. Beliau adalah

penceramah yang dijemput khas oleh IKMA Zon Sarawak untuk berkongsi kemahiran dan teknik-teknik penanaman cili secara fertigasi
kepada seramai 23 orang peserta dalam Bengkel Penanaman Cili Secara Fertigasi pada 22 Oktober yang lalu. Peserta adalah
merupakan anggota Koperasi Bangun Boyan Berhad dan Koperasi Kariah Surau Darul Hana Berhad yang berhasrat untuk menjadikan
tanaman cili secara fertigasi sebagai aktiviti koperasi masing-masing dalam masa terdekat.

Pelbagai kemahiran dipelajari oleh peserta sepanjang bengkel ini dijalankan. Selain didedahkan secara teori di dalam bilih kuliah,
peserta juga ditunjuk ajar secara praktikal memasang system pengairan fertigasi yang mudah. Antara yang dipelajari adalah keperluan
asas fertigasi - bermula dengan penyediaan kawasan tanah yang rata, jenis tanaman cili yang sesuai dengan system fertigasi,
penggunaan sumber air bersih, sumber elektrik, struktur Pelindung Hujan (Greenhouse), pemasangan sistem pengairan, bekas dan media
tanaman, baja set fertigasi, alat pengukur – pH & EC meter, dan pensterilan. Turut didedahkan kaedah penjagaan tanaman dan
menghadapi serangan penyakit.

IKMa Zon Sarawak berharap para peserta khususnya koperasi yang diwakili dapat merealisasikan hasrat masing-masing untuk
mengusahakan tanaman cili dengan kaedah fertigasi ini dan bakal menjadi pembekal utama di kawasan masing-masing seterusnya
pembekal utama di negeri Sarawak suatu waktu nanti.

ANGGOTA KEKUATAN KOPERASI

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Kekuatan sesebuah koperasi terletak pada anggotanya. Anggota ibarat tulang
belakang koperasi dan juga nadi koperasi. Kecemerlangan koperasi sangat
bergantung kepada sokongan serta komitmen anggota. Justeru, persoalannya…
Siapakah ANGGOTA koperasi yang dimaksudkan itu? Bagaimana bentuk
sokongan dan komitmen yang diperlukan daripada ANGGOTA bagi memastikan
kecemerlangan sesebuah koperasi?

Melalui program setengah hari anjuran IKMA Zon Sarawak dengan kerjasama
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Daerah Saratok pada 27 Oktober
yang lalu, persoalan-persoalan ini dan pelbagai soalan lain yang berkaitan
keanggotaan dalam koperasi telah dikongsi dan dibincangkan oleh Puan

Syarifah Rohaya Wan Idris, pegawai latihan IKMA sendiri bersama seramai 25 orang peserta yang menghadiri program tersebut. Selain
menerangkan penglibatan dan peranan serta tanggungjawab anggota dalam memastikan kejayaan koperasi yang dianggotai, Puan
Syarifah Rohaya turut mengongsikan perkembangan terkini sokongan dan hasrat kerajaan kepada gerakan koperasi di Malaysia melalui
pelaksanaan dasar dalam TRANSKOM 2021 – 2025 serta Dasar Keusahawanan Negara 2030.

Rata-rata peserta yang merupakan lembaga dan anggota dari koperasi sekitar daerah Saratok, Pusa dan Saribas sangat aktif
mengemukakan persoalan sepanjang sesi ceramah. Malah tidak kurang juga di kalangan mereka menyatakan hasrat untuk mendalami
pengetahuan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran koperasi dan mencadangkan supaya pihak IKMa menyantuni hasrat tersebut
dengan mengadakan lebih banyak program ilmu koperasi seumpamanya ini di kawasan mereka.

Di akhir ceramah beliau, Puan Syarifah Rohaya turut menyarankan kepada peserta supaya mengukuhkan pemahaman anggota melalui
pembangunan modal insan yang terancang dan berterusan dalam koperasi masing-masing. Pihak IKMa sebagai satu-satunya institusi
latihan koperasi di Malaysia sentiasa bersedia membantu serta memberikan bimbingan kepada koperasi-koperasi yang memerlukan.

11Mukasurat

KRISIS PANDEMIK DEDAH KEPENTINGAN URUS KEWANGAN

Oleh : Nur Fatin Shazwani Ahmad

Pengetahuan kewangan dimiliki membantu individu menguruskan
kewangan masing – masing dengan lebih baik pada era pandemik
ini. Berikut adalah antara langkah boleh dijadikan sebagai panduan
:

i) Cukup dan Kekalkan Dana Kecemasan

Setiap daripada kita mempunyai tanggapan berbeza berkenaan
dengan istilah “mencukupi”. Namun secara umumnya dana
kecemasan perlu disediakan sekurang – kurangnya enam bulan
daripada jumlah perbelanjaan. Pilihan yang boleh dicadangkan
adalah anda boleh memilih untuk meletakkan dana kecemasan
dalam akaun simpanan yang memberi pulangan tinggi atau
simpanan tetap bertempoh untuk mendapat peningkatan modal.

ii) Perlaksanaan Belanjawan Lebih Ketat

Langkah pengurangan belanjawan yang boleh dilaksanakan. Untuk v) Meminjam Secara Berhemah ) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB
membebaskan lebih banyak wang daripada komitmen kewangan
penting seperti membina dana kecemasan, membayar sewa, utility, Ramai terdorong mengambil pinjaman pada masa ini. Sebelum
premium insurans dan lain – lain, langkah pengurangan belanja yang membuat pinjaman baharu, cuba gunakan sumber lain untuk
ketat boleh dilaksanakan. Norma baharu menuntut amalan bekerja mendapatkan tunai seperti menggunakan dana kecemasan dan
dari rumah, pembelajaran dalam talian dan duduk di rumah pembubaran pelaburan sedia ada. Pinjaman hanya perlu jika benar
membantu mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos – benar memerlukannya. Peminjam perlu ada kawalan kendiri
perjalanan, sukan dan rekreasi, hiburan serta aktiviti sosial. Namun supaya tidak meminjam lebih daripada diperlukan. Pinjaman hanya
dalam masa yang sama perbelanjaan lain meningkat seperti bil air perlu jika benar-benar memerlukannya. Peminjam perlu ada
dan elektrik, barang runcit serta penghantaran makanan. Oleh yang kawalan kendiri supaya tidak meminjam lebih daripada diperlukan.
demikian, kita perlu menilai semula perbelanjaan dan Peminjam juga perlu mempunyai perancangan jelas untuk
menyelaraskan belanjawan dengan memberi keutamaan kepada membayar balik pinjaman tepat pada masanya. Masalah kewangan
perbelanjaan penting. Ingat, keperluan harus mendahului kehendak hanya akan bertambah buruk jika peminjam tidak dapat melunaskan
berikutan pengajaran yang boleh diambil daripada pandemik ini bayaran balik pinjaman.
adalah perkara tidak terduga boleh berlaku pada bila – bila masa
maka kita harus bersedia. vi) Rancang Pelan Pemulihan Kewangan

iii) Keutamaan dalam mengambil Insurans Hayat dan Komitmen hutang adalah aspek perlu diurus sebaik mungkin.
Kesihatan. Sekiranya komitmen hutang tidak dapat dipenuhi ketika pandemik
COVID-19, peminjam boleh mendapat manfaat daripada
Cuba yang terbaik untuk tidak berkompromi dengan perlindungan kemudahan moratorium yang disediakan di mana pada fasa
takaful atau insurans yang mencukupi masa ini. Pastikan premium pertama, moratorium enam bulan dibenarkan kepada semua
takaful atau insurans dibayar mengikut jadual untuk mengelakkan peminjam dan kemudiannya pelanjutan dibenarkan ke atas
polisi luput. Pelan takaful dan insurans hayat serta kesihatan ini peminjam yang masih belum berkemampuan melunaskan bayaran
akan melindungi pencarum dan tanggungan jika berlaku kematian bulanan pinjaman. Bagaimanapun, peminjam harus memahami
serta memerlukan rawatan perubatan. bayaran ditangguhkan ketika moratorium boleh meningkatkan
beban pinjaman dengan ketara kerana tempoh pinjaman menjadi
iv) Menilai Semula Portfolia Pelaburan lebih panjang. Oleh yang demikian, peminjam yang memilih
menggunakan kemudahan moratorium perlu membuat penjadualan
Pelaburan penting untuk memastikan kita dapat memenuhi semula bayaran bulanan pinjaman selepas tempoh moratorium
matlamat hidup dan melindungi masa depan kewangan. Dalam berakhir.
menghadapi kemelut kesempitan wang disebabkan COVID-19,
pelabur harus bijak membuat pilihan. Lebih baik jika kewangan Kesimpulannya, krisis pandemik menuntut kebijaksanaan untuk tidak
diurus tanpa menjual pelaburan disasarkan untuk mencapai terburu-buru membuat keputusan kewangan. Diharap agar langkah
matlamat penting kehidupan. Pelaburan kurang penting atau tidak seperti disenaraikan di atas boleh menjadi panduan untuk mengurus
sejajar matlamat kewangan boleh ditukarkan kepada tunai selepas wang di waktu sukar ini. Pandemik akan berlalu. Keputusan
mengambil kira kos dan penalti berkaitan. kewangan dibuat hari ini akan membawa kepada kesan terhadap
kewangan kita di kemudian hari.

SEKITAR KURSUS PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN KOPERASI 12Mukasurat

Oleh : Nur Fatin Shazwani Ahmad

Kursus Penyediaan Penyata Kewangan telah dijalankan pada 4 – 10
Oktober 2021 secara julung kalinya dijalankan secara maya melalui
platform Google Meet dengan dihadiri oleh 23 orang peserta dari
seluruh Malaysia. Kursus selama 5 hari ini dijalankan dengan
mensasarkan syarat penyertaan dalam kalangan peserta yang
mempunyai pengetahuan asas dalam perakaunan. Obejktif kursus
ini adalah untuk memberi kefahaman tentang penyediaan
pelarasan yang sewajarnya pada akhir tahun dan seterusnya
menyediakan penyata kewangan tahunan koperasi dengan lengkap
dan teratur. Terdapat 15 sesi keseluruhannya untuk kursus ini
termasuk Ujian Penyediaan Penyata Kewangan. Dengan
berakhirnya kursus selama 5 hari ini diharap ia dapat membantu
koperasi untuk menyediakan Penyata Kewangan sendiri dengan
mengikut kepada tatacara sebenar penyediaannya.

PROGRAM BERSAMA AGENSI : BENGKEL PEMULIHAN KOPERASI BERSAMA SURUHANJAYA
KOPERASI MALAYSIA

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Satu program bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri

Sarawak telah diadakan pada 13 Oktober 2021 secara atas

) REBMESID - REBOTKO 1202/4 ISIDE( 02 .LIB GNALAYNEK NITELUB talian Googgle Meet yang memfokuskan kepada pemulihan

koperasi yang tidak aktif. Sebanyak 16 koperasi dari seluruh

Sarawak telah menghadiri program di atas talian ini. En

Mohamad Suandi bin Mortadza (Pensyarah Kanan) dari IKMa

Zon Sarawak telah berkongsi mengenai tajuk Jatidiri Koperasi.

Seterusnya Pn Lily Fawziah (Penolong Pengarah Kanan) dari SKM Negeri Sarawak pula sempat berkongsi tajuk Peranan dan
Tanggungjawab ALK. Manakala, di hujung program turut diadakan sesi dialog bersama Pengarah SKM Negeri Sarawak En Basuni Ali dan
Pengarah IKMa Zon Sarawak. IKMa Zon Sarawak berharap agar koperasi yang telah menghadiri program ini akan dapat mengaktifkan
koperasi masing-masing dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan membuat audit koperasi masing-masing.

PROGRAM MIRICLE : BENGKEL ATURAN KPSM BAU KUCHING BERHAD

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Bengkel Aturan Koperasi bersama Koperasi Penanam Sawit
Mampan Bau Kuching Berhad telah diadakan pada 22 Oktober
2021 bertempat di Kolej Komuniti Bau. Program ini memfokuskan
kepada pembentukan aturan perniagaan koperasi KPSM Bau dan
telah dihadiri seramai 12 orang Ahli Lembaga Koperasi dan juga
Pengurus Koperasi. Aturan perniagaan yang disediakan akan
membantu koperasi dalam melengkapkan tadbir urus koperasi.
Aturan yang telah disediakan akan dibentangkan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Koperasi yang akan datang.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Марғилон ҳақиқати 1-2 СОН 2022 йил
Next Book
Panduan Aktiviti Inquire-Based Science Education