The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKMa Zon Sarawak, 2023-08-22 21:37:14

RUJUKAN1

RUJUKAN1

RUJUKAN INFO KOPERASI INSTITUT KOPERASI MALAYSIA ZON SARAWAK Tingkat 9, Aeon Tower, Icom Square Jalan Pending 93450 Kuching, Sarawak No Tel: 082-552408


Isi Kandungan Kandungan Muka Surat Definisi Koperasi 1 Nilai-nilai Koperasi 1 Prinsip-prinsip Koperasi 2 Peringkat Koperasi 2 Fungsi-fungsi Koperasi 3-5 Keanggotaan Koperasi 6-7 Penubuhan Koperasi 7-8 Struktur Pentadbiran Koperasi 9 Lapisan Undang-Undang Koperasi 10-11 Kementerian dan Agensi Utama Penggerak Koperasi 12-14 Program IKMa 15-16


1 Definisi Koperasi Pelbagai definisi telah diberikan untuk gerakan koperasi namun secara keseluruhannya ia membawa erti dan maksud yang sama. Antaranya: a. A.F. Laidlaw (tahun xxx) mendefinisikan “koperasi adalah suatu badan perniagaan yang dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan perkhidmatannya dan yang diuruskan secara bersama olehnya. Lebihan dari hasil pendapatan adalah diagihkan kepada mereka mengikut kadar perkhidmatan koeprasi yang digunakannya”. b. Tokoh Koperasi Negara, Profesor Diraja ungku Aziz mendefinisikan “koperasi sebagai satu kaedah menguruskan kegiatan ekonomi dengan cara tolongmenolong, bergotong-royong atau bekerja bersama-sama demi manfaat bersama”. c. Subseksyen 4(1), Akta Koperasi 1993 mendefinisikan “koperasi asas sebagai suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotaanggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi”. d. Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Kongres Manchester 1995 mendefinisikan “koperasi sebagai sebuah persatuan manusia yang berautonomi, bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik”. Kesimpulannya, “koperasi merupakan pertubuhan berautonomi di mana anggotanya bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan bersama dan aspirasi bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya tanpa mengira jantina, sosiobudaya dan agama melalui suatu badan yang dimiliki bersama dan yang terkawal secara demokrasi”. Nilai-nilai Koperasi ICA di Kongres Manchester pada tahun 1995 di dalam deklarasi Penyataan Identiti Koperasi telah menggariskan sepuluh nilai-nilai yang perlu diberi perhatian dan diperkukuhkan dalam setiap diri anggota koperasi demi pembentukan anggota koperasi yang berkualiti. Nilai-nilai ini dikategorikan kepada dua iaitu nilai-nilai asas yang berteraskan kepada pembentukan peribadi diri sendiri, organisasi dan masyarakat manakala, nilai-nilai etika berteraskan kepada perubahan tingkah laku anggota koperasi melalui penglibatan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan. Nilai-nilai asas Nilai-nilai etika Membantu diri sendiri Keterbukaan Bertanggungjawab ke atas diri sendiri Amanah Demokrasi Tanggungjawab sosial Kesamarataan Prihatin terhadap orang lain Keadilan Perpaduan


2 Prinsip-prinsip Koperasi Berikut adalah prinsip-prinsip koperasi yang diisytiharkan di Manchester dalam kongres ICA pada 23 September 1995: a. Keanggotaan sukarela dan terbuka b. Kawalan secara demokrasi oleh anggota c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi d. Kebebasan dan autonomi e. Pendidikan, latihan dan maklumat f. Kerjasama antara koperasi-koperasi g. Prihatin terhadap masyarakat Peringkat Koperasi Peringkat Huraian Koperasi Asas (Primary-level cooperative society) Koperasi Asas merupakan sebuah koperasi di mana anggotanya terdiri daripada individu atau orang perseorangan. Jumlah minimun keanggotaan bagi koperasi asas bergantung pada syarat yang terdapat dalam perundangan koperasi bagi sesebuah negara. Di Malaysia jumlah minimum keanggotaan untuk koperasi asas menurut akta koperasi (pindaan 2021) ialah 20 orang. Ini termasuklah koperasi keluarga dan koperasi professional. Jika koperasi yang hendak ditubuhkan kurang daripada 20 orang tetapi lebih daripada 5 orang maka perlu mohon kelulusan di bawah subseksyen 8(1) Akta kop 1993 daripada Pengarah Negeri SKM. Contoh koperasi asas adalah seperti koperasi sekolah, koperasi jimat cermat dan pinjammeminjam atau koperasi kredit, koperasi pengguna, koperasi dalam kalangan para pekebun kecil atau peladang dan sebagainya. Koperasi Menengah (secondary- level cooperative society) Koperasi Menegah membuka keanggotannya kepada koperasi asas sahaja. Sesebuah koperasi peringkat menegah biasanya beroperasi ke tahap kawasan, negeri atau negara. Koperasi menengah biasanya bertujuan untuk menggembleng kekuatan daripada segi modal dan pasaran dengan menggembleng sumber yang disumbangkan oleh koperasi asas yang menjadi anggotanya. Anggota sesebuah koperasi menengah boleh mendapatkan haknya dengan cara yang ditentukan dalam undang-undang kecilnya.


3 Koperasi asas yang menganggotai sebuah koperasi menengah, mereka boleh menghantar wakil atau “proksi” untuk hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung koperasi berkenaan. Koperasi menengah atau koperasi sekunder juga dikenali sebagai federasi atau persekutuan koperasi (co-operative federation). Koperasi menengah yang disebut sebagai kesatuan koperasi (co-operative union). Koperasi Atasan (tertiary-leveel cooperative) Koperasi peringkat atasan merupakan koperasi yang keanggotaanya terdiri daripada kalangan koperasi asas dan koperasi menengah. Koperasi atasan di kebanyakan negara luar lebih berperanan sebagai sebuah kesatuan atau persekutuan bagi mewakili kepentingan koperasi asas dan menengah yang bergabung dengannya. Koperasi atasan juga berperanan sebagai badan puncak atau “apex body” yang mewakili koperasi negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi negara kita, ANGKASA telah dipilih oleh pihak kerajaan bagi tujuan tersebut. Kluster Koperasi Kluster Jumlah Jualan Tahunan (RM) Besar 5 juta ke atas Sederhana 1 juta hingga kurang 5 juta Kecil 200 ribu hingga kurang 1 juta Mikro kurang 200 ribu Fungsi Koperasi Fungsi Huraian Perbankan Koperasi dalam fungsi perbankan atau kewangan di negara ini menjalankan aktiviti berbentuk kewangan seperti memberi pinjaman atau pembiayaan kepada anggota dan orang ramai. Ianya merupakan fungsi koperasi dengan sumbangan nilai perolehan terbesar kepada sektor koperasi. Koperasi sepatutnya menawarkan kadar faedah atau kadar keuntungan yang berpatutan berbanding produk yang ditawarkan oleh sektor swasta. Terdapat juga aktiviti kewangan lain yang ditawarkan oleh koperasi perbankan seperti pajak


4 gadai Islam (Ar-Rahnu), pelaburan dan perkhidmatan insurans. Kredit Koperasi kredit atau dahulunya lebih dikenali sebagai koperasi jimat cermat dan pinjammeminjam (JCPM) merupakan jenis kegiatan koperasi dengan nilai perolehan kedua terbesar di negara kita. Koperasi jenis ini lazimnya menawarkan pelbagai skim simpanan dan pinjaman wang kepada para anggotanya, di samping pelbagai tabung atau kumpulan wang kebajikan. Kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan atas pinjaman yang diberikan seharusnya berpatutan dan tidak membebankan berbanding dengan produk yang ditawarkan oleh pihak bukan koperasi. Koperasi kredit di negara ini biasanya memperoleh keuntungan daripada faedah pinjaman wang yang diberikan kepada anggotanya, di samping keuntungan daripada simpanan tetap di institusi kewangan lain bagi wang yang disimpan oleh para anggotanya. Pengguna Koperasi pengguna merupakan koperasi yang menjalankan kegiatan menjual barangan atau perkhidmatan yang diperlukan atau digunakan oleh anggotanya. Ianya merupakan fungsi koperasi dengan jumlah penglibatan koperasi terbesar di negara kita. Kebanyakan koperasi di dalam sektor ini menjalankan perniagaan seperti kedai runcit atau pasar mini. Koperasi pengguna sepatutnya menawarkan produk atau perkhidmatan pada kadar harga yang lebih rendah dan kualiti barangan yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh pihak swasta. Koperasi sekolah di negara ini juga termasuk dalam kategori koperasi pengguna. Perumahan Koperasi perumahan menjalanka kegiatan memajukan projek-projek perumahan untuk dijual kepada anggotanya. Kegiatan koperasi perumahan di negara ini walaupun belum begitu menggalakkan, namun dapat membantu anggotanya memiliki rumah dengan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran, di samping menyediakan sistem pembayaran balik pinjaman secara mudah. Kebanyakan koperasi di negara ini menumpukan kepada projek perumahan mampu milik iaitu


5 menawarkan rumah kos rendah dan sederhana. Pengangkutan Koperasi pengangkutan menjalankan aktiviti perkhidmatan kenderaan untuk pengangkutan barangan atau penumpangan. Kegiatan pengangkutan koperasi di negara ini banyak tertumpu di kawasan rancangan pembangunan tanah anjuran agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA. Di kawasan tersebut, koperasi menyediakan perkhidmatan mengangkut hasil pertanian untuk dihantar ke kilang pemprosesan. Terdapat juga koperasi di negara ini yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bas ekspres, lori dan teksi. Perindustrian Koperasi perindustrian banyak melibatkan diri dalam aktiviti industri kecil dan sederhana seperti pemprosesan makanan ringan dan minuman, kraf tangan, batik, perabot dan hiasan tembikar/perak. Terdapat koperasi di negara ini yang disebut “koperasi industry kampong” atau KIK yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran barangan tersebut di atas terutamanya produk hasil anyaman dan kraf tangan. Pertanian/Perladangan Koperasi dalam kategori pertanian atau perladangan menjalankan aktiviti pembangunan tanah pertanian yang dimiliki oleh koperasi berkenaan. Di negara ini, koperasi banyak terlibat dalam pembangunan dan pengurusan tanah pertanian untuk tujuan komersial seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran, buah-buahan dan herba. Terdapat juga koperasi yang mengusahakan tanah pertanian milik mereka secara usaha sama dengan syarikat swasta dan agensi kerajaan seperti FELCRA. Pihak luar berkenaan akan menguruskan soal pengurusan dan pemasaran, manakala pihak koperasi akan berkongsi keuntungan dan masih mengekalkan hak milik bagi tanah berkenaan. Pembinaan Koperasi dalam kategori pembinan di negara ini biasanya terlibat dalam aktiviti pembinaan prasarana dan kerja penyelenggaraan seperti pembinaan jambatan kecil, jalan ke ladang atau tanah pertanian di kawasan luar bandar. Sesetengah koperasi pembangunan daerah atau KPD dan koperasi di tanah rancangan FELDA di negara ini terlibat dalam fungsi tersebut.


6 Perkhidmatan Koperasi dalam kategori fungsi perkhidmatan di negara ini menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan perkhidmatan contohnya pembersihan dan penyelenggaraan bangunan serta kawasan premis, penyewaan bangunan/tuisyen, khidmat pembayaran bil dan sebagainya. Keanggotaan Koperasi 1. Anggota Sebagai Pemilik Koperasi Koperasi merupakan organisasi yang ditubuhkan oleh para anggotanya demi mencapai matlamat bersama. Anggota ialah pemilik atau tuan punya kepada koperasi mereka. Sebagai pemilik koperasi, para anggota bertanggungjawab untuk menyumbang modal dalam bentuk saham untuk membiayai perniagaan koperasi. Selain itu, anggota juga mungkin diperlukan menyumbang yuran bulanan sekiranya menganggotai koperasi kredit ataupun saham tambahan dari masa ke semasa mengikut keperluan kewangan koperasi. Modal yang disumbangkan oleh anggota sebagai sumber dalaman sangat penting bagi memastikan kelangsungan koperasi. Selaras prinsip koperasi untuk berdikari, sesebuah koperasi yang ingin maju tidak boleh terlalu mengharapkan sumber luaran untuk membiayai aktivitinya untuk jangka masa panjang 2. Anggota Sebagai Pengguna Atau Pelanggan Koperasi Satu ciri unik bagi pertubuhan koperasi jika dibandingkan denagan pertubuhan perniagaan yang lain ialah penggunaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam koperasi penawaran atau penyediaan sesuatu produk atau perkhidmatan bertujuan untuk memenuhi keperluan para anggotanya. Anggota koperasi bertanggungjawab untuk mengguna, membeli atau melanggani sebarang aktiviti, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi mereka. Koperasi boleh menjual produk atau perkidmatan kepada pihak luar atau bukan anggota, tetapi keutamaan hendaklah diberikan kepada anggota. Anggota sepatutnya menjadi golongan majoriti yang mengguna atau melanggani aktiviti koperasi mereka Sifat kesetiaan tersebut akan memastikan koperasi memperoleh keuntungan dan mempunyai pasaran terjamin atau Captive Market. Pada masa yang sama, para anggota akan dapat manfaat daripada pembelian produk atau perkhidmatan yang dilanggani. Koperasi perlu memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan berkualiti, selamat dan menawarkan “Nilai Kepada Wang”. Dengan melangani atau mengguna produk atau perkhidmatan koperasi, para anggota boleh menikmati pulangan seperti dividen, rebet atau hadiah langganan.


7 3. Anggota Sebagai Pentadbiran Kuasa tertinggi dalam koperasi adalah Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi yang hadiri oleh anggota koperasi yang sah Semua keputusan dalam MAT diputuskan secara demokrasi dengan suara majoriti anggota. Anggota berhak mempersoalkan pengurusan dan perkara yang memerlukan penjelasan dengan lebih jelas dalam MAT dengan menghantar usul tujuh hari sebelum MAT kepada Setiausaha koperasi. MAT tempat pembentukan dasar dan keputusan dalam Koperasi o Undang-undang Kecil Koperasi hendaklah mendapat persetujuan anggota sperti mana ditetapkan dalam peraturan koperasi sebelum dihantar kepada pihak SKM untuk mendapatkan kelulusan dan diguna pakai o Aturan koperasi yang dibangunkan oleh ALK hendaklah dimaklum dan dilulukan didalam MAT sebelum diguna pakai dalam pengurusan dan perniagaan koperasi. ALK koperasi dilantik secara pengundian di dalam MAT. Anggota yang telah membuat pembayaran penuh syer minimum koperasi mempunyai hak untuk menyuarakan idea dan pandangan dalam koperasi, berhak untuk diundi dan berhak untuk mengundi. Penubuhan Koperasi Syarat – syarat bagi pendaftran koperasi 1. Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftar sebagai koperasi asas melainkan a) Ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh orang individu. b) Setiap orang individu sedemikian layak di bawah seksyen 26 untuk menjadi anggota dan tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 27 untuk menjadi anggota. 2. Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi menengah melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangya dua koperasi asas. 3. Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi atasan melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangya dua koperasi menengah. Permohonan Pendaftaran 1. Tiap-tiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam borang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan dan hendaklah ditandatangani. a) Dalam suatu hal koperasi asas, oleh sekurang-kurangya lima orang yang semuanya layak menjadi anggota. b) Dalam suatu hal koperasi menengah atau koperasi atasan, oleh seorang yang diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah mengikut mana-mana yang berkenaan. 2. Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan: a) Salinan undang-undang kecil yang dicadangkan, yang ditandatangani oleh pemohon. b) Dalam hal suatu koperasi asas, tertakluk kepada subsekyen 8(2),


8 minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya sepuluh orang yang hadir. c) Dalam hal suatu koperasi menengah atau koperasi atasan, minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang di beri kuasa sewajarnya yang hadir. Permohonan Pendaftaran Secara Atas Talian 1. Panduan pengisian borang kebenaran pendaftaran koperasi secara atas talian adalah seperti berikut: a) Daftar Masuk ke Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM (https://apponline.skm.gov.my/) b) Isi bahagian maklumat asas koperasi, pemohon koperasi dan aktiviti koperasi c) Sahkan maklumat permohonan dan hantar permohonan. 2. Surat Kebenaran Pendaftaran akan diberikan dalam masa tiga (3) hari bekerja. Pemohon boleh menyemak dan mencetak surat tersebut secara atas talian. Menghubungi SKM 1. Rujuk Surat Kebenaran Pendaftaran bagi mendapatkan maklumat pegawai dan SKM Cawangan Negeri yang telah ditetapkan untuk dihubungi. 2. Suruhanjaya akan mengemukakan Kit Pendaftaran Koperasi kepada pemohon sebagai panduan bagi permohonan pendaftaran koperasi yang mengandungi: a) GP12: Garis Panduan Berkenaan Dengan Pendaftaran Koperasi Lampiran A : Contoh Minit Mesyuarat Agung Permulaan ➢ Senarai Kehadiran Orang Yang Layak Menjadi Anggota ➢ Contoh Belanjawan Tahunan Lampiran B : Butiran Undang-undang Kecil Lampiran C : Permohonan Bagi Pendaftaran Koperasi di bawah Jadual Pertama Lampiran D : Helaian Terakhir Undang-undang Kecil Lampiran E : Borang Fi Pendaftaran b) Format Undang-undang Kecil Seragam. Mesyuarat Agung Permulaan 1. Pemohon perlu mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh Surat Kebenaran Pendaftaran diterima. Bilangan anggota koperasi hendaklah sekurang-kurangnya 20 orang. 2. Borang permohonan pendaftaran koperasi dan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tidak lewat daripada dua minggu (14 hari) dari tarikh mesyuarat agung permulaan seperti berikut; a) memuat naik secara atas talian melalui sistem e-Daftar; dan/atau b) menghantar salinan cetak kepada pejabat Suruhanjaya Wilayah atau Negeri. Terima Sijil Pendaftaran Koperasi 1. Pemohon akan menerima sijil pendaftaran koperasi dan naskhah UndangUndang Kecil Koperasi dalam tempoh 28 hari bekerja daripada tarikh dokumen permohonan pendaftaran dikemukakan kepada Suruhanjaya.


9 * Rujuk GP12: Garis Panduan Berkenaan Dengan Pendaftaran Koperasi untuk penjelasan lebih lanjut. Struktur Pentadbiran Koperasi Terdapat empat komponen penting di dalam sistem pentadbiran koperasi iaitu anggota, anggota lembaga, jawatankuasa audit dalaman dan pengurusan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Lapisan Undang-Undang Koperasi Lapisan/Peringkat Huraian Akta Koperasi 1993 Merupakan peruntukan asas. Memperuntukkan syarat pendaftaran, tanggungjawab dan keistimewaan koperasi, hak dan tanggungjawab anggota, harta dan kumpula wang, akaun dan audit, pemeriksaan dan penyiasatan, pembubaran, penahanan, pertikaian serta peraturan-peraturan. Memperuntukkan kuasa kepada menteri berkenaan untuk merangka peruntukan tambahan bagi perundangan koperasi yang disebut sebagai “Peraturan-Peraturan Koperasi”. MESYUARAT AGUNG/ANGGOTA LEMBAGA (DILANTIK OLEH MA) JURUAUDIT LUAR PENASIHAT/PENAUNG J/K AUDIT DALAMAN (DILANTIK OLEH ALK) JAWATANKUASA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (DILANTIK OLEH ALK) FUNGSI PENGURUSAN BELIAN JUALAN KEWANGAN PERJAWATAN STOR


10 PeraturanPeraturan Koperasi 2010 Bidang kuasa Peraturan ini terhad kepada membuat peruntukan tambahan terhadap peruntukanperuntukan yang sedia ada dalam Akta Koperasi. Antaranya termasuk lah pendaftaran koperasi, kewajipan dan obligasi koperasi, hak-hak dan liability anggota, organisasi dan pengurusan koperasi, harta dan kumpulan wang koperasi, akaun dan audit, pertikaian, pergabungan, Akaun Pelikuidasian Koperasi, Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan pelbagai. Arahan dan Garis Panduan SKM boleh mengeluarkan sebarang Arahan, Garis Panduan, Surat Pekeliling atau Notis berkaitan manamana peruntukan Akta Koperasi kepada koperasi di negara ini dari semasa ke semasa. Antara perkara yang boleh dimuatkan dalam Arahan atau Garis Panduan berkenaan termasuklah: - Kewajipan dan liabiliti pegawai, anggota dan juruaudit koperasi. - Tadbir urus koperasi. - Dana Akaun Rizab. - Kadar pembayaran dividen. - Penyenggaraan dana koperasi. - Penyata kewangan dan standard perakaunan. - Pembiayaan atau kemudahan kredit koperasi. Undang-undang Kecil Koperasi Setiap koperasi WAJIB mempunyai UUK sendiri mengikut kesesuaian masing-masing sejajar dengan jenis dan fungsinya. Bagi koperasi yang baru ditubuhkan, UUK akan disediakan oleh SKM. UUK bersifat sebagai pelengkap kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta dan Peraturan Koperasi dan sepatutnya mempunyai perincian yang diperlukan. UUK menjadi panduan dan rujukan bagi anggota jika timbul sebarang pertikaian. UUK digubal oleh koperasi sendiri (mengikut model yang disediakan oleh SKM), diterima oleh anggota koperasi dalam mesyuarat agung permulaan dan didaftarkan sebelum ia dikuatkuasakan. Peruntukan-peruntukan termasuklah yang menyatakan tentang nama, alamat dan aktiviti koperasi, matlamat, tujuan dan aktivitinya, perkara berkaitan keanggotaan, organisasi dan pengurusan koperasi, asset dan wang koperasi, akaun dan audit serta pelbagai lagi. Aturan Aktiviti Koperasi Merupakan peruntukan bertulis yang terperinci tentang syarat dan kaedah bagi mengelolakan sesuatu aktiviti atau kumpulan wang dalam sesebuah koperasi. Setiap aktiviti perniagaan koperasi wajib mempunyai Aturan selaras dengan kehendak UUK masing-masing.


11 Aturan tertakluk dengan peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan, UUK serta kelulusan mesyuarat agung. Tujuan Aturan diwujudkan ialah untuk: - Menjadi panduan kepada Lembaga Koperasi dalam mengelolakan sesuatu aktiviti atau kumpulan wang. - Membantu dalam aspek kawalan dalaman. - Membantu mewujudkan sistem tadbir urus yang baik. - Menjadi rujukan jika timbul pertikaian tentang pengelolaan sesuatu aktiviti atau kumpulan wang. - Menyatakan dengan jelas terma-terma dan syarat bagi aktiviti yang dijalankan. - Memastikan setiap aktiviti dilaksanakan berdasarkan apa yang terkandung dalam UUK. - Mengelakkan penyelewengan semasa sesuatu aktiviti dilaksanakan. - Membantu dan memudahkan tugas-tugas ahli Jawatankuasa Audit Dalaman. Kementerian dan Agensi Utama Penggerak Koperasi Kementerian Peranan dan Fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Menetapkan hala tuju pembangunan keusahawanan yang inklusif, mampan dan berdaya saing. Membudayakan masyarakat Malaysia, terutamanya golongan bumiputera, belia, wanita B40, orang kelainan upaya (OKU) dan golongan terpinggir dengan nilai dan minda keusahawanan. Memperkukuh ekosistem keusahawanan bagi membangunkan usahawan yang berdaya saing, berdaya maju, berinovasi dan berpengetahuan. Meningkatkan akses kepada pembiayaan dan sistem kewangan yang inklusif termasuk sumber pembiayaan alternatif. Memudah cara ruang dan peluang perniagaan promosi, akses dalam pasaran tempatan dan global serta fasilitasi dalam mengadaptasi teknologi. Meneraju pembangunan koperasi yang dinamik, kompetitif dan progresif untuk kemakmuran dan kestabilan sosioekonomi negara. Menyediakan platform khidmat sokongan, bantuan serta pembangunan kapasiti keusahawanan. Agensi Utama Peranan dan Fungsi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi. Bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi.


12 Menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur. Memelihara nilai dan prinsip koperasi. Mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya. Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi. Bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk koperasi. Menasihati menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi. Menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta. Perkhidmatan utama yang ditawarkan SKM: - Pendaftaran koperasi - Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP) - Geran bantuan pembangunan koperasi - Khidmat akaun dan pengauditan - Khidmat nasihat perundangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Menyediakan kursus dalam bidang koperasi dan penganugerahan diploma. Percetakan dan penerbitan dalam bidang koperasi. Usaha sama dengan IPT/badan professional dalam dan luar negara bagi menjalankan kursus koperasi. Penyelidikan bidang koperasi. Khidmat perundingan koperasi. Menasihati menteri. Fokus IKMa: - Melonjakkan Pendapatan Koperasi (MiRiCle) - Membangunkan Keusahawanan Koperasi (CooPreneur) - Memperkasa Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E) - Pemantapan Kewangan dan Akaun (F.A.S.T) - Rejuvenasi Koperasi (ReCoP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Koperasi Asas (Koperasi Kecil) merupakan anggota kepada ANGKASA Memberikan nasihat dan bantuan kepada koperasi ahli dalam perjalanan pengurusan perniagaan mereka. Menggalakkan kajian penyelidikan dan pembangunan berkaitan dengan gerakan koperasi. Menyedia dan memberikan perkhidmatan nasihat dan panduan berkenaan dengan hal pentadbiran, pengurusan, perakaunan, audit, undang-undang, keusahawanan, skim perlindungan sosial termasuk zakat dan wakaf, kemudahan BPA dan perkhidmatan-perkhidmatan lain


13 untuk kepentingan koperasi ahli dan gerakan koperasi amnya. Memajukan pendidikan, latihan dan penerangan ilmu koperasi dan ilmu perniagaan, keusahawanan dan perindustrian dalam bidang yang dinyatakan dalam perenggan (0) fasal (1) undang-undang kecil 12. Membantu kerajaan untuk menggalakkan dan mengembangkan gerakan koperasi dalam Malaysia selaras dengan Dasar Koperasi Negara dan apa-apa dasar kerajaan berhubungan dengan koperasi. Mengambil daya usaha dan inisiatif bagi menggalakkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bidang sosial dan ekonomi negara. Mengadakan atau menerima dan mentadbir kumpulan wang, tabung atau skim khas atau am bagi memajukan gerakan koperasi. Memainkan peranan dan menyelaras sejauh mana yang munasabah, penjagaan alam sekitar. Berkhidmat sebagai pusat tumpuan fikiran mengenai segala perkara yang berkaitan dengan gerakan koperasi dan mengemukakan fikiran dan pendapat mengenai gerakan koperasi kepada mana-mana pihak yang berkaitan. Mengumpul segala maklumat yang berkaitan dengan gerakan koperasi. Mempromosi dan mengembang teknik pengurusan dan perniagaan serta penggunaan alat dan teknologi yang canggih. Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan termasuk penubuhan pasukan sukarela di dalam dan luar Malaysia. Pada amnya membantu dan memudahkan operasi koperasi ahli.


14 Program IKMa Kursus Wajib 1. Pengurusan & Pentadbiran Koperasi 2. Pengurusan Kewangan Koperasi 3. Pengurusan Strategik 4. Tatacara Perakaunan Dan Pengauditan 5. Wajib Lanjutan Program Yang Ditawarkan Program Huraian Melonjakkan Pendapatan Koperasi (MiRiCLe) Koperasi berpotensi yang dipilih dalam program ini akan dapat diurus tadbir dengan lebih cekap lagi dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang khususnya dalam operasi harian, pertumbuhan bisnes dan penerokaan bisnes baharu bagi mencapai matlamat penubuhannya ke arah peningkatan pendapatan koperasi seterusnya mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan anggota dan komuniti. Membangunkan Keusahawanan Koperasi (CooPBizpreneur) Melonjakkan tahap sosio ekonomi anggota selaras dengan matlamat penubuhan koperasi. Program ini juga menarik minat usahawan atau anggota koperasi untuk menerokai bidang usahawan yang ditawarkan IKMa. Memperkasa Digitalisasi Koperasi (C.O.D.E) Menggalakkan peningkatan keupayaan dan kapasiti koperasi melalui adaptasi teknologi IR4.0. Program ini dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti koperasi di samping meningkatkan imej koperasi dalam masyarakat. Pemantapan Kewangan dan Akaun (F.A.S.T) Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan, Meningkatkan keberkesanan proses pembuatan keputusan dan meningkatkan keberkesanan pemantauan prestasi perniagaan koperasi supaya lebih sistematik dan berinformasi kepada pemegang taruh. Program Bimbingan Koperasi Besar Memberi bimbingan secara bersasar kepada koperasi besar berdasarkan kepada keperluan koperasi tersebut sama ada dari segi pentadbiran koperasi, kewangan mahupun perniagaan yang melibat empat sektor utama iaitu peruncitan, pelancongan, hartanah dan pertanian. Khidmat Nasihat Pendekatan melalui Program Khidmat Nasihat untuk membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Kerjasama Agensi Kerjasama bersama agensi dibawah KUSKOP dan agensi lain merupakan salah satu platform untuk membantu semua koperasi membabitkan pembiayaan, latihan dan pembangunan kapisiti serta akses pasaran. Melalui kerjasama ini dapat menyediakan peluang


15 secara adil kepada semua koperasi dan usahawan bumiputera. Konsultasi/Bimbingan Konsultasi Bimbingan merupakan salah satu fungsi IKMa untuk membantu menggerakkan koperasi agar selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini khususnya penambahbaikan dari pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran semasa.


16


Click to View FlipBook Version