I K M a Z O N S A R A W A K BIL. 22 (EDISI 2/2022 APRIL - JUN )
-
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH IKMa KE
KOPERASI BUMI KENYALANG
SIDANG REDAKSI EDITOR
PENASIHAT ENCIK HAMIZAH MOHD NADZIR
PUAN SITI MAIMUNAH HJ JERNI PUAN SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS
PENGARAH PUAN NUR FATIN SHAZWANI AHMAD
CIK PRISCILLA KAY GEORGE @ JOHN
KETUA EDITOR CIK VRONICA KUMANG LAWRENCE
ENCIK MOHAMAD SUANDI MORTADZA CIK DAYANG ADELINA ABANG MUAN
PEGAWAI PENERBITAN
PUAN RAHMATBI SUHAIDI
KANDUNGAN
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH IKMA KE
GALERI GAMBAR BULAN APRIL - JUN 2022
03 KOPERASI BUMI KENYALANG 07 LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH KE BUMI
OLEH: SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS
KENYALANG
03 PERPINDAHAN PEJABAT INSTITUT KOPERASI
MALAYSIA (IKMA) ZON SARAWAK 08 GALERI GAMBAR BULAN APRIL - JUN 2022
OLEH: DAYANG ADELINA ABANG MUAN 09 GALERI GAMBAR BULAN APRIL - JUN 2022
04 LAWATAN KETUA PENGARAH KE PEJABAT BARU LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH IKMA KE
Institut Koperasi MAlaysia (ikma) zon SARAWAK
10 PEJABAT BARU INSTITUT KOPERASI MALAYSIA
Oleh : dayang adelina abang muan (IKMA) CAWANGAN MIRI
OLEH : DAYANG ADELINA ABANG MUAN
POCKET TALK KOPERASI & BATTLE OF THE BAND
PROGRAM CERAMAH DI MASJID DARUL NAIM
04 SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA PERINGKAT
10 KAMPUNG LINTANG
NEGERI SARAWAK 2022
OLEH : HAMIZAH MOHD NADZIR
OLEH : MOHAMAD SUANDI MORTADZA
KURSUS JANGKA MASA PENDEK YANG TELAH
PROGRAM BICARA ILMU: ZERO TO HERO SEMPENA HARI
11 DIANJURKAN SEPANJANG BULAN MEI DAN JUN
04 KOPERASI NEGARA 2022 DI SERIAN 2022
OLEH : PEGAWAI IKMA ZON SARAWAK
OLEH : PROSCILLA KAY GEORGE @ JOHN
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN
PROGRAM BICARA ILMU “KEJAYAANMU, INSPIRASIKU”
12 INSTITUT KOPERASI MALAYSIA, SURUHANJAYA
05 SEMPENA PROGRAM MEMASYARAKATKAN KOPERASI
(MASKOP) 2022 KOPERASI MALAYSIA DAN ANGKASA
OLEH : DAYANG ADELINA ABANG MUAN
OLEH: VRONICA KUMANG LAWRENCE
12 kursus julai - ogos 2022
BICARA ILMU “MENELUSURI COVID-19 DARI
05 PANDEMIK KE ENDEMIK : HIKMAH DI SEBALIK
CABARAN”
OLEH : SYARIFAH ROHAYA WAN IDRIS
P/S BOX 00241, TINGKAT 9, AEON
Tel : 082-552408, Laman Rasmi : www.ikma.edu.my
TOWER, iCom SQUARE, JALAN PENDING, 082-552405 Emel : [email protected]
93450 KUCHING, SARAWAK.
Faks : 082-364910,
082-364906
Mukasurat 03 BULETIN KENYALANG BIL. 22 (EDISI 2/2022 APRIL - JUN )
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH IKMA KE KOPERASI BUMI KENYALANG
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
Sempena Mesyuarat Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) kali ke 3 tahun 2022 yang diadakan di Kuching, IKMa Zon
Sarawak dengan kerjasama urusetia IKMa ibu pejabat telah mengatur beberapa siri lawatan ke koperasi-koperasi terpilih di sekitar ibu
negeri Sarawak itu.Kehadiran barisan Lembaga Pengarah yang julung kalinya ke Kuching Sarawak telah tiba pada 27 Jun 2022 telah
disambut kehadirannya oleh Puan Siti Maimunah Jerni, Pengarah IKMa Zon Sarawak sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Pada hari ketiga delegasi di Kuching dipenuhi dengan agenda lawatan ke koperasi. Sebanyak 2 buah koperasi telah dipilih sempena
program lawatan kali ini. Lawatan pertama sewal jam 9.00 pagi adalah di Koperasi Nelayan Semariang Berhad. Rombongan diberikan
taklimat oleh pengerusi koperasi, En. Hasbi bin Hj Lihi dan sedikit jamuan sebelum diajak menyusuri sungai Pulau Bodo, Tanjung Muhibah,
Pulau Salak, Loba Kilung dan Wetland National Park dengan menaiki bot dan berakhir di pengkalan Telaga Air. Di situ, rombongan
dihidangkan makan tengahari dengan makanan laut.
Biarpun hujan renyai pada petangnya, tidak mematahkan semangat rombongan untuk meneruskan agenda lawatan. Lokasi lawatan
seterusnya adalah Koperasi PUSAKA Sarawak Berhad yang bertempat di Wisma Sumber Alam terletak di kawasan Petrajaya, Kuching.
Rombongan telah disambut oleh pengurus koperasi bersama beberapa kakitangan dan dibawa ke tingkat 20 untuk sesi “Meet and Greet”.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas daripada Tuan Haji Hamzah bin Haji Morshidi, anggota Lembaga koperasi yang hadir
pada hari itu. Seterusnya sesi bertukar cenderahati dan bergambar serta dihidangkan dengan makanan tradisi masyarakat Sarawak, iaitu
Laksa Sarawak bersama kuih Selorot dan kuih Bongkol. Rombongan turut dibawa melawat ke Muzium Perkayuan PUSAKA yang
mempamerkan keunikan komposisi sumber-sumber hutan di negeri Sarawak disamping sejarah dan ekonomi industri perkayuan di Sarawak.
Para lembaga juga berkesempatan memahat kenangan di sana dengan bergambar beramai-ramai. Sesi lawatan tamat sekitar jam 06.00
petang dan rombongan terus dibawa makan malam di restoran ala nyonya, Babaghanoush yang terletak di Jalan Pending, Kuching.
PERPINDAHAN PEJABAT INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) ZON SARAWAK
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah berpindah
ke Pejabat Baharu di ICOM Square Jalan Pending Kuching
pada 24 Mei 2022.
Segala Urusan Perpindahan dari Pejabat Lama ke Pejabat
Baru telah bermula pada sepanjang bulan Mac 2022. Alamat
baharu Pejabat adalah seperti berikut :
Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak
P.O BOX 00241 Tingkat 9-11 , Aeon Tower, ICOM Square,
Jalan Pending, 93450
Kuching, SARAWAK
04Mukasurat
LAWATAN KETUA PENGARAH KE PEJABAT BARU INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA) ZON
SARAWAK
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Pada 21 April 2022 YBhg. Datuk Mohd Ali b Mansor Ketua Pengarah
Institut Koperasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pejabat
IKma Zon Sarawak yang Baharu terletak di ICOM Square Jalan
Pending Kuching
Lawatan berkenaan yang diadakan sempena Program Majlis Bicara
Ilmu Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa pada 21 April 2022
(Khamis).yang telah di adakan di Hotel Grand Magherita Kuching.
Lawatan turut di sertai oleh Puan Siti Maimunah Hj Jerni Pengarah
IKMa Zon Sarawak serta pihak Pengurusan Icom Square Puan Vong
Wan Yin dan Puan Yien Wong yang telah memberi sedikit sebanyak
Penerangan tentang Proses Ubah suai Pejabat kepada YBhg. Datuk
Mohd Ali b Mansor
BULETIN KENYALANG BIL. 22 (EDISI 2/2022 APRIL - JUN ) POCKET TALK KOPERASI & BATTLE OF THE BAND SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022
Oleh : Mohamad Suandi Mortadza
Pocket Talk Koperasi sempena Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat
Negeri Sarawak 2022 telah diadakan pada 19 Jun 2022 di Tapak Pesta Hari
Koperasi Negara di Bandar Serian Sarawak. Tetamu kehormat pada malam
tersebut adalah YB En John ak Ilus ADUN Bukit Semuja. Turut hadir pada malam
tersebut adalah En Mohd Zaib Mat Yunus Timbalan Ketua Pengarah
Pembangunan Modal Insan IKMa dan Pn Julia Nyangga (Mewakili Pengarah SKM
Sarawak). Pocket Talk Koperasi telah disampaikan oleh En Mohamad Suandi
bin Mortadza, Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak. Bersempena dengan
Pocket Talk Koperasi pada kali ini turut diadakan pertandingan Battle Of The
Band (BOTB). Sebanyak 7 kumpulan muzik telah menyampaikan persembahan
masing-masing. Kumpulan Zurinjass telah menambat hati juri dan telah
memenangi pertandingan BOTB pada kali ini.
PROGRAM BICARA ILMU: ZERO TO HERO SEMPENA HARI KOPERASI NEGARA 2022 DI SERIAN
Oleh : Priscillia Kay Anak George @ John
Pada 20 Jun 2022 di Dewan Masyarakat Serian, Sarawak telah berlangsungnya
Bicara Ilmu:Zero to Hero dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon
Sarawak yang telah dirasmikan oleh Y.Bhg Encik Mohd Zaib bin Mat Yunus serta
Penceramah jemputan, Puan Awaeang Kwasin yang berjaya berkongsi ilmu
pengelaman beliau dalam perniagaan. Program ini bertujuan untuk berkongsi
tentang pengalaman, ilmu serta pandangan daripada usahawan yang berjaya.
Program ini telah dihadiri seramai 148 orang peserta daripada koperasi, agensi,
serta usahawan. Dengan adanya pendedahan ini dapat membuka minda perserta
sekaligus berminat untuk meneroka peluang keusahawan.
Selaku penganjur program, IKMa Zon Sarawak berharap agar koperasi dan
kumpulan usahawan akan terus merebut peluang untuk memulakan perniagaan dan
mengembangkan perniagaan meraka dalam koperasi.
05Mukasurat BULETIN KENYALANG BIL. 22(EDISI 2 /2022 APRIL - JUN)
PROGRAM BICARA ILMU “KEJAYAANMU, INSPIRASIKU” SEMPENA PROGRAM
MEMASYARAKATKAN KOPERASI (MASKOP) 2022
Oleh : Vronica Kumang Lawrence
Pada 28 Jun 2022 telah berlangsung program Bicara Ilmu anjuran
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di Hotel Hilton, Kuching
dengan tajuk “Kejayaanmu, Inspirasiku” sempena Program
Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP). Bicara Ilmu ini mendapat
sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 224 orang
peserta hadir terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi, pengurusan
koperasi dan usahawan-usahawan di Sarawak. Majlis perasmian
program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira (Dr.)
Rosli Mat Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa.
Program ini bertujuan untuk memberi motivaasi mengenai usaha yang perlu dititikberatkan dan diambil oleh usahawan koperasi bagi
memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa menjadi perhatian ramai seiring dengan perubahan ekonomi semasa.
Pendedahan usaha ini dapat menggalakkan usahawan koperasi untuk terlibat dengan lebih aktif dan yakin di dalam perniagaan tanpa takut
akan persaingan dunia perniagaan itu sendiri, seterusnya membantu mengurangkan jurang ekonomi usahawan koperasi dengan usahawan
lain yang lebih berjaya.
Bicara Ilmu pada kali ini memfokus kepada perkongsian pengalaman daripada penceramah jemputan iaitu Cik Siti Saleha Idris (My Mum’s
Bakery), usahawan pembuat kek termahal di Malaysia. Sebelum itu, En Hamizah bin Mohd Nadzir (Pensyarah Kanan IKMa Zon Sarawak) telah
berkongsikan mengenai tajuk Memasyarakatkan Koperasi. Manakala En George Aiman Milin (Pengurus Kanan Angkasa Sarawak) telah
berkongsi mengenai Hala Tuju Koperasi dan En Mohd Firdaus Fadzil (Ketua Penolong Pengarah SKM) telah menyampaikan tajuk Bantuan
Pembangunan Koperasi.
BICARA ILMU “MENELUSURI COVID-19 DARI PANDEMIK KE ENDEMIK : HIKMAH DI SEBALIK
CABARAN”
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris
Sesuai dengan temanya “Menelusuri Covid-19 dari Pandemik ke Endemik : Hikmah Di
Sebalik Cabaran”, penganjuran program bicara ilmu seumpamanya ini oleh Institut
Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak adalah bertujuan untuk memberi kesedaran
dan kefahaman kepada peserta untuk melihat peluang-peluang yang boleh diraih
biarpun berhadapan dengan cabaran penularan pandemic Covid-19. Ia juga
menekankan betapa pentingnya mendapatkan sokongan luar dalam mendepani
cabaran tersebut dengan membina hubungan dengan pihak lain termasuk sokongan
perkumpulan seperti pertubuhan koperasi serta berupaya meneruskan kelangsungan
hidup.
Program yang telah disertai oleh seramai 146 orang yang terdiri daripada koperator
dan usahawan di sekitar Kuching, Samarahan dan Serian serta pegawai agensi di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah
dirasmikan majlis penutupannya oleh Yang Berbahgia Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua
Pengarah Institut Koperasi Malaysia. Program dimulakan seawal jam 03.00 petang
dengan sesi ceramah. Sebanyak dua sesi ceramah di dalam program ini dan kedua-
duanya telah disampaikan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil Nor yang merupakan seorang
penceramah agama yang dikenali oleh masyarakat di Malaysia.
Di kesempatan majlis ini diselitkan dengan iringan bacaan doa sempena sambutan
100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia. Ia sebagai tanda mula kepada aktiviti-
aktiviti susulan yang akan dianjurkan oleh IKMa Zon Sarawak bersempena sambutan
tersebut sepanjang 2022. Selain itu, peserta juga telah diperdengarkan dengan
alunan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Al-Fadil Ustaz Morshidi bin Udin, Hakim
Musabaqah Al-Quran Negeri Sarawak. Usai memberikan ucapan perasmian, Yang
Berbahgia Datuk Mohd Ali juga telah dijemput untuk memberikan sumbangan derma
dan bantuan kepada golongan asnaf dan B40 yang memerlukan.
06Mukasurat
Galeri Gambar Bulan April - Jun 2022
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH IKMA KE BUMI KENYALANG
Lawatan Ke Pejabat Baru IKMa Zon Sarawak
Lawatan Ke Koperasi Nelayan Semariang Berhad dan Koperasi PUSAKA Kuching Berhad
07Mukasurat
G a l e r i G a m b a r B u l a
n A p r i l - J u n 2 0 2 2
Program Bicara Ilmu Ramadan " "Menelusuri Covid-19 dari Pandemik ke Endemik: Hikmah di Sebalik Cabaran" yang telah dirasmikan
oleh Ybhg. Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah IKMa pada 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadan 1443H.
Program Bicara Ilmu "Kejayaanmu, Inspirasiku" pada 28 Jun 2022 bertempat di Hotel Hilton Kuching yang telah
dirasmikan oleh
08Mukasurat
Galeri Gambar Bulan April - Jun 2022
Sambutan Hari Koperasi Negara pada 19 -21 Jun 2022 Bertempat di Dewan Masyarakat Serian. Poket Talk Battle of
the band dan Bicara Ilmu " Zero to Hero".
Program Agihan Bubur Lambuk sempena sambutan bulan Ramadan pada 20 April 2022 di sekitar kawasan
Semariang, Kuching.
09Mukasurat
Galeri Gambar Bulan April - Jun 2022
Perpindahan IKMa Zon Sarawak ke bangunan baru iCom Square
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah memberi Sumbangan Asnaf sempena Program Khidmat
Masyarakat IKMa
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Latihan Koperasi Negeri Sarawak 2022 telah diadakan pada hari
ini 7 April 2022 bertempat di Ibu Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak
10Mukasurat
LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH IKMA KE PEJABAT BARU INSTITUT KOPERASI
MALAYSIA (IKMA) CAWANGAN MIRI
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Satu lawatan tinjauan ke ruang pejabat untuk menempatkan
Pejabat Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Miri telah
di lakukan pada 13 Jun 2022 yang lalu.
Lawatan tapak tersebut telah di hadiri oleh Encik Mohd Zaib bin
Mat Yunus, Timb. Ketua Pengarah (PMI) , Puan Hamidah binti
Mohd Jos Timb. Ketua Pengarah (Pengurusan) , Puan Siti
Maimunah bh Hj Jerni , Pengarah Zon IKMa Zon Sarawak, Cik
Dyg Adelina bt Abg Muan dan Puan Yuslinah bt Hj Pungut.
Rombongan Lawatan mengambil kesempatan melawat Pejabat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Miri yang
terletak berhampiran dengan ruang Pejabat IKMa Sarawak
untuk melihat susunatur pejabat SSM Miri. Turut Hadir dalam
Lawatan adalah Encik Frank Meol Abdullah selaku Pengerusi
Koperasi Usrati Kuching Berhad.
Lokasi Ruang pejabat terletak di kawasan komersial terkini di
Bandaraya Miri iaitu Miri Times Square. Pejabat IKMa
Cawangan Miri ini di jangka akan beroperasi sepenuhnya pada
bulan Oktober 2022.
PROGRAM CERAMAH DI MASJID DARUL NAIM KAMPUNG LINTANG
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir
BULETIN KENYALANG BIL. 22 (EDISI 2/2022 APRIL - JUN ) Pada 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadan 1443H, Institut Koperasi
Malaysia (IKMa) Zon Sarawak telah mengadakan ceramah Motivasi
Ramadan bersempena kedatangan khas penceramah Ustaz Fauwaz
Fadzil Nor bagi menghadiri program Bicara Ilmu Ramadan anjuran
IKMa Zon Sarawak. Ceramah Motivasi Ramadan ini adalah hasil
kerjasama bersama Jawatankuasa Masjid Darul Naim, Kampung
Lintang Kuching, dan diadakan selepas solat maghrib bertempat di
Masjid Darul Naim, Kampung Lintang Kuching. Menuju sepuluh hari
terakhir Ramdan, tajuk ceramah yang disampaikan adalah “Mencari
Rabbani, Bukan Ramadani”.
Program tersebut dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama kariah Masjid Darul Naim dan disusuli dengan sembahyang maghrib
berjemaah. Antara intipati ceramah “Mencari Rabbani, Bukan Ramadani” adalah menggalakkan kariah untuk terus beramal dalam bulan
Ramadan dan tidak melakukan pembaziran makanan. Amalan kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadan diteruskan dalam bulan
Syawal dan seterusnya. Ceramah juga menyebut tentang golongan Rabbani ( )َربَّاِنيyang berjaya dalam tarbiah Ramadan yang akan
menyambut hari raya penuh kesyukuran dan menjadikannya sebagai landasan untuk mentaati perintah, manakala golongan kedua disebut
sebagai golongan Ramadani ( )َرَم َض اِنيyang gagal dalam tarbiah Ramadan yang biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan
hanya melempiaskan kegembiraan semata-mata.
Usai sahaja ceramah Motivasi Ramadan, program diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah dan solat sunat Tarawih dan Witir.
Keceriaan kariah jelas dilihat selepas selesai program dengan kariah tidak melepaskan peluang bergambar bersama Ustaz Fauwaz. Pihak
IKMa ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Awang Sulaiman, Pengerusi Masjid Darul Naim dan Dr. Abang Azizan, Ketua Biro
Aktiviti Masjid Darul Naim, juga seluruh jawatankuasa Masjid Darul Naim atas kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga kepada Ustaz
Fauwaz Fadzil Nor yang sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu beliau bersama kariah Masjid Darul Naim, Kampung Lintang
Kuching.Syabas dan tahniah kepada semua.
11Mukasurat
KURSUS JANGKA MASA PENDEK YANG TELAH DIANJURKAN SEPANJANG BULAN
MEI DAN JUN 2022
BIL. KURSUS TARIKH & TEMPAT IMPAK
1 KURSUS PENGURUSAN TENAGA KERJA 17-19 MEI 2022 & ONLINE 1.Peserta telah mempunyai kefahaman
Kehadiran Peserta : 22 Orang berkenaan aspek penting pengurusan
tenaga kerja di koperasi
2.Peserta boleh mengaplikasi pengetahuan
dan kemahiran yang dipelajari di koperasi
KURSUS WAJIB ALK 18-19 MEI 2022 & SIBU 1.Peserta mendapat kefahaman berkaitan
2 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Kehadiran Peserta : 50 Orang ciri-ciri pentadbiran koperasi dan amalan
pengurusan baik
KOPERASI 23- 24 MEI 2022 & MIRI 2.Peserta mendapat kefahaman berkaitan
Kehadiran Peserta : 40 Orang kepentingan menguruskan koperasi
KURSUS WAJIB JAD mengikut undang-undang
3 TATACARA PENGAUDITAN DAN
3.Peserta mendapat kefahaman berkaitan
tugas dan tanggungjawab sebagai
PERAKAUNAN KOPERASI lembaga koperasi
KURSUS WAJIB ALK 1.Peserta mendapat kefahaman berkaitan
4 PENGURUSAN KEWANGAN KOPERASI peranan dan tanggungjawab
Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi.
KURSUS WAJIB ALK 2.Peserta didedahkan dengan cara
5 PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI melaksanakan kerja audit dalaman
menggunakan tatacara audit yang
6 KURSUS WAJIB ALK sistematik.
PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI
7-8 JUN 2022 & ONLINE 1.Peserta memahami dengan lebih
BULETIN KENYALANG bil. 21 (edisi 1/2022 januari - mac)
KURSUS PENYEDIAAN PAKEJ
Kehadiran Peserta : 22 Orang mendalam berkenaan asas pengurusan
7 PELANCONGAN DALAM NEGARA kewangan
7-8 JUN 2022 & SRI AMAN 2.Peserta dapat memahami berkenaan
Kehadiran Peserta : 29 Orang tafsiran penyata kewangan
3.Peserta dapat mengenal pasti kaedah
13-14 JUN 2022 & ONLINE berkaitan dengan pengurusan modal kerja
Kehadiran Peserta : 40 Orang
1.Peserta dapat menerangkan hala tuju
21-24 JUN 2022 & MIRI koperasi dalam jangka masa panjang
Kehadiran Peserta : 29 Orang 2.Peserta dapat mengenalpasti konsep
pengurusan strategik dalam perniagaan
koperasi
3.Peserta dapat menghuraikan proses
penting dalam pengurusan strategik
1.Peserta dapat menerangkan hala tuju
koperasi dalam jangka masa panjang
2.Peserta dapat mengenalpasti konsep
pengurusan strategik dalam perniagaan
koperasi
3.Peserta dapat menghuraikan proses
penting dalam pengurusan strategik
1.Peserta telah berupaya menyediakan
pakej pelancongan yang boleh ditawarkan
kepada pelanggan
2.Peserta dapat memasarkan produk
ataupun perkhidmatan pelancongan
kepada pelanggan
12Mukasurat
MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA (IKMA),
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) DAN ANGKASA
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Latihan
Koperasi Pembangunan Modal Insan Koperasi 2022 Peringkat
Negeri Sarawak Bil. 1/2022 telah diadakan pada 07 April
2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Apad Runan , Tingkat 2,
Wisma Sego Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Siti
Maimunah bt Haji Jerni, Institut Koperasi Malaysia Zon
Sarawak di hadiri oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) Sarawak dan Piohak ANGKASA Negeri Sarawak.
.
Mesyuarat ini diadakan tiga kali setahun bertujuan untuk
membincangkan kursus-kursus yang diadakan oleh IKMa , SKM
dan ANGKASA bagi mengelakkan pertindihan kursus dan
tarikh kursus diadakan. Selain itu, untuk berkongsi maklumat
terkini berkenaan jumlah koperasi di Sarawak , penubuhan
koperasi baru dan jalinan kerjasama program-program yang
dianjurkan setiap agensi bagi mengeratkan lagi hubungan
kerjasama antara pihak IKMa, SKM dan ANGKASA
PROGRAM LATIHAN IKMa ZON SARAWAK JULAI - OGOS 2022
Permohonan untuk menghadiri mana-mana kursus seperti disenaraikan,
boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di
pejabat IKMAa Zon Sarawak atau dimuat turun melalui laman rasmi IKMa.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Setiausaha kursus
Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak
Tingkat 9, Aeon Tower, iCom Square, Jalan Pending, 93450 Kuching
Tel: 082-552408 / 552405
Faks : 082-364910/ 364906
E-mail : [email protected]
FB : IKmaSarawak