The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BULETIN KENYALANG EDISI 4(OKTOBER - DISEMBER 2020) IKM ZON SARAWAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IKMa Zon Sarawak, 2021-01-12 01:59:03

BULETIN KENYALANG EDISI 4/2020

E-BULETIN KENYALANG EDISI 4(OKTOBER - DISEMBER 2020) IKM ZON SARAWAK

Keywords: BULETIN

IKM ZON SARAWAK EDISI 4 (OKTOBER - DISEMBER 2020)

e-BULETIN
Kenyalang

BICARA ILMU PENDIGITALAN
KOPERASI
“Niaga Tani Pintar Jana Income
Steady” 3 Persediaan Penting Koperasi

@IKKMsarawak @ikkm_sarawakofficial @Official IKKM ZON SARAWAK hotline IKM Sarawak
(+06)108695676

BULETIN KENYALANG EDISI 4/2020 (OKTOBER - DISEMBER)

ISI KANDUNGAN

Pemulihan Ekonomi Selepas Fasa PKP 03
Penulis : Puan Nur Fatin Shazwani Ahmad
04
Koperasi dan Teknologi : Bersediakah Koperasi? 05
Penulis : Encik Frank Me-ol
06 - 07
Penglibatan Usahawan Wanita Koperasi Dalam Penyertaan Digital
penulis : Puan Syarifah Rohaya Wan Idris 08
09
Keberadaan Koperasi Dalam Komuniti : Dirasai 10
Penulis : Encik Kamri Mustapha 11
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sarawak 12
13
Bicara Ilmu “Niaga Tani Pintar Jana Income Steady”
Penulis : Encik Hamizah Mohd Dadzir 14
14
Galeri Gambar Sekitar Bicara Ilmu 15
16
Pendigitalan Koperasi : 3 Persediaan Penting Koperasi
Penulis : Encik Mohamad Suandi Mortadza

Pertanian Bandar : Selangkah ke Arah Jaminan Makanan
Penulis : Encik Frank Me-ol

Impak Penyertaan Digital Kepada Koperasi
Penulis : Encik Hamizah Mohd Nadzir

‘Online’ Tuisyen ?? :Koperasi Kerjasama Lucky Hill Kuching Berhad
Tawar Peluang Jana Pendapatan Kepada Koperasi
Penulis : Encik Mohamad Suandi Mortadza

Kursus Pengenalan Ekosistem kondusif Sektor Awam (EKSA)
Penulis : Puan Dayang Adelina Abang Muan

Aktiviti Gotong Royong Perdana EKSA IKM Zon Sarawak
Penulis : Puan Dayang Adelina Abang Muan

Aktiviti IKM Kenangan 2020

Program IKM Zon Sarawak Akan Datang....

Laman Rasmi : www.ikkm.edu.my Tel : 082-649409, 082-649407 Wisma Sego, Lot 3593 Blok
Emel : [email protected] Faks : 082-649405,082-649406 14, Salak Land District, Jalan
Sultan Tengah, 93050
Kuching Sarawak.

PEMULIHAN EKONOMI SELEPAS FASA PKP

Oleh : Nur Fatin Shazwani Ahmad

Pasca pandemik Covid – 19 meramalkan lebih kurang 93

peratus syarikat perusahaan kecil dan sederhana(PKS)

termasuk koperasi dijangka berdepan perniagaan tidak

stabil dalam tempoh enam bulan (Datuk Seri Mustapa

Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Kerajaan memerlukan sekurang – kurangnya enam bulan

selepas krisis tersebut dalam usaha memulihkan ekonomi

negara. Seperti yang umum ketahui, krisis COVID-19 ini

merupakan sesuatu yang di luar jangkaan dan

kebanyakkan PKS tidak bersedia menghadapi situasi

berkenaan. Perkara luar jangka ini bukan hanya berlaku

di Malaysia, malah dunia juga secara amnya terkesan

dengan penularan wabak ini. Keadaan ini turut

bergantung kepada keberkasanan tindakan perintah

kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh

kerajaan ketika ini.

Pasca pandemik COVID – 19 menyaksikan perubahan demi perubahan berlaku kepada keadaan ekonomi dunia amnya dan
Malaysia khususnya. Oleh yang demikian, usahawan diminta untuk menjadi lebih kreatif dan proaktif mencari pendekatan
perniagaan baharu dan berubah kea rah pendigitalan. Malaysia kini mempunyai lebih kurang 907,000 PKS dan usahawan
tempatan di mana sebelum ini kerajaan menyasarkan sumbangan PKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
meningkat sebanyak 50 peratus menjelang 2030. Namun, dek kerana krisis COVID-19 ini berlaku ia sekaligus memberi
impak langsung kepada PKS khususnya dalam aspek aliran tunai. Oleh yang demikian, PKS disarankan untuk mendapatkan
apa sahaja peluang dalam tawaran pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan kerajaan sebelum ini
untuk menampung bebanan yang ada.

PKS juga dinasihatkan untuk melihat semula model perniagaan

mereka agar selari dan relevan dengan mengadaptasi situasi semasa

yang berlaku ketika ini. Malah, tawaran produk juga wajar

mengambil kira bajet baharu pelanggan ketika dan selepas PKP.

Untuk perkara ini, usahawan juga harus bijak mencari pendekatan

dan berubah ke arah pendigitalan perniagaan mereka selain

merebut peluang latihan serta tawaran – tawaran yang diumumkan

agensi – agensi berkaitan termasuk Perbadanan Ekonomi Digital

Malaysia (MDEC), SME Corp dan Kementerian Pembangunan Usawan

dan Koperasi (MEDAC).

Kaedah pemulihan semula perniagaan turut boleh diambil dengan melihat cara bagaimana para usahawan PKS boleh
bergabung untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna di mana ia sekaligus dapat meningkatkan
hasil atau pendapatan syarikat ke arah lebih kukuh. Saranan dalam meningkatkan daya saing PKS dengan
mengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara
pekerja dan kajian pasaran haruslah disambut baik demi meningkatkan kebolehupayaan perniagaan pada era pandemik
ini.

Kesimpulannya, apa yang paling penting ketika ini adalah syarikat – syarikat PKS daripada pelbagai sektor perlu
mengadaptasi perniagaan mereka mengikut kepada keadaan masa demi memastikan kadar pendapatan syarikat tidak
terjejas.

03Mukasurat

KOPERASI DAN TEKNOLOGI : BERSEDIAKAH
KOPERASI?

Oleh : Frank Me-ol

Di dalam era digital, koperasi mesti segera berubah,
terutamanya transformasi digital untuk memastikan
kelangsungannya. Namun, transformasi ini tidak boleh
dilakukan hanya dengan memperkenalkan perisian
terbaru, tetapi juga harus melakukan perubahan pada
model perniagaan, pengurusan dan perkhidmatan.
Untuk melakukan transformasi digital, ada tiga cabaran
utama yang harus dihadapi oleh koperasi, iaitu :

Penguasaan teknologi
Menyiapkan proses yang betul
Menyiapkan keupayaan modal insan.
Selain itu, koperasi juga harus mengubah corak pemikiran ahli dan masyarakat umum terhadap model perniagaan
koperasi yang menggunakan teknologi sepenuhnya. Industri 4.0 misalnya menggabungkan dunia atas talian dan dunia
fizikal. Konsep utama adalah untuk membina masyarakat bermaklumat di mana teknologi dilarutkan ke dalam
kehidupan seharian orang.
Proses atau model perniagaan koperasi dan undang-undang koperasi perlulah diselaraskan agar menepati citarasa
perniagaan di era digital. Ringkasnya, sesebuah koperasi yang berjaya mengatasi ketiga-tiga cabaran utama yang
telah dibincang sebelumnya sudah pastimya bersedia untuk menggunakan teknologi sepenuhnya

04Mukasurat

PKEONPGERLIABSAITDAANLAUMSAPHEANWYAENRTWAAANNIDTAIGITAL
Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Di Malaysia, penglibatan wanita dalam bidang
keusahawanan telah meningkat dengan ketara seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kemajuan Internet telah membawa peluang-peluang baru
untuk perkongsian dan pengumpulan pengetahuan dalam
masyarakat. Internet boleh menyediakan peluang tanpa
batasan untuk pembangunan ekonomi dan penglibatan
sosial melalui alat dan pemikiran inovatif baru.

Tidak dapat dinafikan bahawa keusahawanan dalam talian MEDAC telah menyediakan pelbagai kursus dan program
di Malaysia kini semakin terkenal dalam kalangan usahawan berkenaan pendigitalan perniagaan kepada usahawan yang
wanita, khususnya dalam perniagaan yang berbentuk kecil- berminat untuk mengembangkan perniagaan atau bertukar
kecilan. Justeru, penglibatan ini dikenali sebagai penyertaan konsep perniagaan mereka sedia ada kepada platform e-
digital yang mampu memberikan manfaat kepada mereka. dagang. Agensi seperti INSKEN, SME Corp dan Institut
Daripada penglibatan ini, ia mendorong usahawan wanita Koperasi Malaysia (IKM) telahmenyediakan pelbagai program
memajukan lagi perniagaan mereka dan secara tidak dan kursus secara dalam talian untuk membantu lebih ramai
langsung berlakunya transformasi keusahawanan. Sekarang usahawan dalam aplikasi digital. Program 'Women
ini, ramai di kalangan mereka menggunakan aplikasi atas Netprenuer' iaitu bengkel bagi membantu dan menggalakkan
talian seperti blog, Facebook, Instagram dan juga aplikasi e- golongan wanita untuk menjalankan perniagaan dalam
perniagaan untuk meningkatkan capaian urusan perniagaan talian juga telah dan sedang dilaksanakan oleh agensi di
dan memudahkan urusan jual beli produk dan perkhidmatan. bawah MEDAC. Dari 2017 hingga tahun lalu seramai 1,592
Malah sebahagian besar perniagaan dalam talian ini wanita sudah mendapat manfaat daripada bengkel
dimonopoli oleh kaum wanita seperti perniagaan Bella berkenaan. Malah, baru-baru ini kerajaan melalui MEDAC
Ammara, Zawara, Marshmallowscarf dan banyak lagi juga bakal melancarkan Program Pembangunan Perniagaan
jenama-jenama terkenal. Justeru, mereka ini adalah layak Usahawan Mikro atau Bizme yang akan memberi manfaat
dikenali sebagai usahawan wanita yang sangat aktif dan kepada 2000 usahawan wanita. Justeru itu, adalah
produktif mempromosikan produk menerusi Internet. Justeru diharapkan pendedahan digitalisasi ke atas perniagaan
itu, penggunaan Internet merupakan salah satu perkara asas usahawan terutamanya di kalangan wanita turut dapat
bagi usahawan wanita untuk mencipta, memula dan diperkasakan bagi memastikan kelestarian usahawan wanita
meneruskan aktiviti keusahawanan mereka secara dalam dalam penyertaan digital dan kekal relevan di Malaysia. Bagi
talian. mengadaptasi ekonomi digital secara menyeluruh, usahawan
wanita perlu memastikan strategi, proses dan infrastruktur
Usahawan wanita dapat memanfaatkan maklumat berkaitan perniagaan mereka sejajar dan bersepadu untuk menyokong
transformasi digital supaya dapat meningkatkan kecekapan
keusahawanan melalui penyertaan digital internet. Ruang dan produktiviti serta memperluaskan jangkauan pasaran
perniagaan mereka.
siber dengan pelbagai aplikasi internet memberikan peluang
05Mukasurat
kepada usahawan wanita untuk mempertingkatkan

hubungan social dengan orang lain yang akhirnya menjadi

pelanggan, ejen atau pembekal mereka walaupun tidak

melalui komunikasi bersemuka. Dengan kelebihan ini,

usahawan wanita akan lebih berpeluang untuk

mempromosikan produk mereka serta lebih mudah

memperoleh potensi pelanggan melalui jaringan ruang siber,

penggunaan mel eletronik, dan media sosial seperti blog,

facebook dan instagram. Ia dapat memperkasakan

usahawan wanita ke arah yang lebih baik kerana factor

hubungan dan jaringan memainkan peranan dalam

membantu usahawan wanita atas talian untuk terus

mengekalkan perniagaan mereka dengan pelanggan sedia

ada.

KEBERADAAN KOPERASI DALAM KOMUNITI :
DIRASAI Oleh : Kamri Mustapha

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

SENARIO PERTAMA :

Koperasi Rumumun Penampang Sabah Berhad telah didaftarkan pada 19 September 2014. Di awal pendaftarannya, seperti

uga koperasi baru yang lain, koperasi masih tercari-cari akan identiti tersendiri demi mencapaI matlamat bersama

berkoperasi seperti mana yang diikrarkan di mesyuarat agung penubuhannya. Terletak di Kampung Madsiang, Penampang

Kota Kinabalu Sabah bersama anggota yang seramai 27 orang terdiri dari Kadazan-Dusun, Penampang.

Bermula dari satu sesi perkenalan di gereja dengan ahli perniagaan dari China

di pada tahun 2017, Koperasi telah berjaya engeksport satu kontena bersaiz

40 kaki penuh berisi arang tempurung kelapa seberat 25 tan ke Negara China

pada isember 2018 yang lalu. Namun begitu, sebenarnya penulis telah

menyedari desas-desus penglibatan koperasi dalam pengeskportan produk

arang ke negara China sejak awal lagi. Memandangkan belum ada ketentuan

dan kepastian, maka penulis mengambil jalan “membisu” terlebih dahulu dan

tidak mahu mencanangkan suatu yang belum pasti. Tapi penulis pasti akan

ada kejayaan memandangkan kesungguhan pengerusinya, Encik Michael

Loudin dan ALK lainnya yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan aktiviti

berkenaan dan atas rasa keyakinan pihak pembeli China maka Koperasi telah menerima 2 unit

kontena bersaiz 40 kaki secara percuma. Dimaklumkan arang yang dieksport

ini akan digunakan dalam industri kosmetik dan farmaceutikal di negara China.

Manakala hasil penguwapan dari pembakaran tempurung kelapa boleh

menghasilkan cuka untuk kegunaan sektor pertanian dan bioproduk yang lain.

Apa yang penulis ingin ceritakan ialah bagaimana keujudan Koperasi Rumumun
Penampang Sabah Berhad yang terletak di Kampung Madsiang, Penampang
ini dapat memberi impak sosial ekonomi anggota-anggotanya dan penduduk
kampung serta kampung sekitarnya.

Tempurung kelapa yang diperolehi dan dibeli dari kilang kelapa santan dan

pasar sekitar Kota Kinabalu dan Kota Belud dengan harga RM1.50 seguni.

Pengusahanya memerlukan peralatan tong drum dan penutupnya yang telah

diubah-suai mengikut keperluan. Pembakaran tempurung kelapa

akanmemakan masa lebih kurang 3 jam. Pengusahanya boleh membuat kerja

lain sambil menunggu tempurung itu terbakar. Setiap tong drum perlu

dimuatkan 3 guni tempurung kelapa dan akan menghasilkan 1 karung guni

arang. Arang akan dijemur terlebih dahulu dan dipisahkan dari sabut yang

basah kerana campuran tempurung dan sabut yang basah akan

menyebabakan asap tebal semasa pembakarannya. Setelah dibakar, 1 karung

guni boleh muat 25kg arang.

Bagi memenuhi tempoh 3 bulan untuk hantar arang seperti yang diminta pembeli dari China, koperasi mengambil keputusan

untuk mengagihkan kerja-kerja pembakaran kepada anggota-anggotanya yang berminat dan penduduk sekitar Kampung

Madsiang dan penduduk kampung sekitar Penampang. Ada juga dari kalangan penduduk dari sekitar kampung-kampung di

Kota Belud. Pihak koperasi selain membakar, juga berperanan sebagai pusat pengumpul arang dari anggota-anggota dan

penduduk kampung tadi. Untuk setiap 1 karung guni arang, koperasi membayar pengusaha sekitar RM0.80-RM0.90 sekilo jika

mereka menggunakan bekalan tempurung dan menghantar sendiri ke pusat penghasilan arang koperasi.

Dengan adannya aktiviti koperasi ini maka anggota dan penduduk kampung dapat meningkatkan pendapatan isi rumah

yang mana di kalangan mereka ini golongan B40 yang perlu diberi perhatian kerajaan Malaysia Baru. Dengan itu, maka

ramai dari kalangan pengusaha arang dari kalangan wanita suri rumah sepenuh masa kerana kerja pembakaran boleh

dilakukan bersampingan dengan kerja-kerja rutin harian suri rumah. Dengan itu, maka sedikt sebanyak mereka akan dapat

membantu suami masing-masing dalam mendapatkan pendapatan ekstra untuk menyara keluarga. 06

Mukasurat

SENARIO KEDUA :

Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad telah didaftarkan pada 5 Februari 2016. Berpaksikan aktiviti Borong dan Runcit
bagi kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan sebagai aktiviti utamanya. Mempunyai anggota seramai 50 orang dan
dibarisi ALK yang sememangnya “Pakar Perniagaan”. Koperasi mempunyai 1 unit Pusat Pengedaran (DC) siap dengan
“Cold Storage” terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 4 unit “Kedai Rakyat Fresh mart” di kawasan berpenduduk
golongan B40 di Sandakan. Kedai “Fresh Mart” ini terletak di Taman Mesra, Taman Mawar , Taman Merpati dan Kampung
Sim-Sim Sandakan. Bagi merancakkan lagi aktiviti pemborongan dan peruncitan, koperasi memiliki 2 unit “bonded truck”
masing-masingnya berkapasiti 3 tan. Kemudahan lori telah memacu pengedaran barang barangan ke Kedai Fresh Mart di
Sandakan dan outlet Sub-DC di sekitar Kota Kinabalu , Daerah Tuaran, Kota
Belud, Kota Marudu, Tawau dan Sandakan. Setiap barang yang dipesan oleh
Sub-DC diisi penuh ke dalam lori trak berkenaan dan akan dihantar secara
berkala di tempat berkenaan. Oleh yang demikian, lori akan penuh sarat bila
menghantar barang ke destinasi berkenaan. Dan akan kosong semasa
perjalanan pulang. Koperasi memperkenalkan program “Kaki-Kaki Kampung”
dimana penduduk yang bertanam secara kecil-kecilan akan menjual hasil
tanaman masing-masing kepada pihak Koperasi Wawasn Rakyat Berhad bila
mana koperasi mengadakan jualan di kampung berkenaan pada setiap bulan.

Penulis sering menemui Encik Lo Wing Lam atau lebih dikenali Darren,
pengerusi yang sememangnya mempunyai perancangan strategik yang luar
biasa. Kreativiti yang telah ditunjukkan oleh Koperasi Wawasan Rakyat Barat
Sabah Berhad ini telah menarik perhatian penulis bila mana koperasi
membeli apa sahaja hasil kebun atau dusun penduduk kampung dari tempat
yang lori singgah semasa menghantar barang atau mengadakan jualan.
Projek perintis ini telah dilakukan di Kampung Tulung Mantub, Pekan Kiulu di
daerah Tamparuli bila mana, pihak koperasi memberi jadual tarikh kepada
penduduk untuk bersedia membawa sahaja hasilan kebun masing-masing
untuk dijual. Koperasi akan membeli apa sahaja hasilan mereka tanpa
mengira jumlah atau kuantiti meskipun hanya membawa sebji nenas,
serumpun serai mahupun setandan pisang. Penduduk kampung diberi pilihan
sama ada mahu mendapatkan tunai segera ataupun boleh juga ber“barter
trade” bagi mendapatkan barangan keperluan harian yang dibawa oleh lori
trak berkenaan, tiada paksaan dari koperasi. Oleh yang demikian, penduduk
kampung tidak perlu bersusah payah menghantar sendiri hasil kebun ke kedai
atau pasaraya atau menjual sendiri di tamu-tamu hujung minggu yang sudah
tentunya melibatkan masa dan kos pengangkutan. Ini tentunya
membebankan golongan petani ini yang sememangnya katogeri B40.

Hubungan dan jaringan bisnes yang akrab dengan pasaraya besar di sekitar Kota Kinabalu seperti Giants, CKS dan
Bataras Supermarket, membolehkan koperasi membekalkan hasil pertanian penduduk yang dibeli daripada orang
kampung dapat dibekalkan ke pasaraya-pasaraya besar berkenaan.

MORAL CERITA:

Melalui senario di atas, inilah konsep dan nilai ekslusif keujudan atau peranan keberadaan koperasi dalam masyarakat

dan komuniti di Malaysia. Bagaimana koperasi boleh membantu kerajaan membela golongan rakyat berpendapatan

rendah terutama kategori B40. Pengujudan dan penubuhan sesebuah koperasi bukan semata-matanya untuk meraih

pendapatan yang berjuta-juta setahun tapi ianya lebih bermatlamatkan membantu anggota dan komuniti setempat

menambah pendapatan dan secara tidak langsung meringankan beban kos kenaikan sara hidup rakyat. Sesebuah

koperasi perlu jadikan matlamat “common needs” anggota-anggota sebagai agenda utama, kemudian baharulah faedah

kewangan akan menyusul kemudian. Kedua-dua koperasi di atas belum pernah menerima apa-apa pakej bantuan

kewangan dari mana-mana agensi kerajaan tapi berupaya berfikir luar kotak dengan sumber-sumber yang ada. Masih

mampu mengamalkan konsep “self help”. Inilah yang dimaksudkan Minda Kelas Pertama. Kamu orang memang “Awesome”

dan bukan “Biase-Biase..Bossku”. Ayuh sama-sama kita serapkan dalam gerakan koperasi di negeri Di Bawah Bayu slogan

“Dari Kampung ke Alam Maya”

07Mukasurat

BICARA ILMU “NIAGA TANI PINTAR JANA
INCOME STEADY”

Oleh : Hamizah Mohd Nadzir

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah merasmikan
Program Bicara Ilmu “Niaga Tani Pintar, Jana Income Steady” pada 17 Oktober 2020 di Hotel Imperial Kuching, Sarawak
anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) Zon Sarawak. Program ini merupakan inisiatif IKM melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk memberi pendedahan kepada usahawan dah anggota koperasi
menjana pendapatan melalui pertanian moden dengan penggunaan teknologi IR4.0 serta keushawanan koperasi.

Program yang dihadiri seramai 210 orang ahli koperasi dan agensi ini, menerangkan tentang potensi sektor pertanian di
negeri Sarawak dan penggunaan teknologi dalam pengurusan pertanian. Ini secara tidak langsung dapat menarik
golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden yang boleh menjadi barisan pelapis baharu kepimpinan
koperasi. Sebanayk 2 buah kertas kerja telah dikongsikan bersama koperator iaitu “Jaminan Makanan dan IOT Dalam
Pengurusan Pertanian” oleh Puan Chong Mui Sia dari Jabatan Pertanian Sarawak dan “Perkongsian Pengalaman serta
Peluang Keusahawanan Tani Dalam Koperasi”oleh Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Sabirin dari HFE Agro Sdn Bhd.

Selain perkongsian kertas kerja, program ini juga memberi peluang kepada usahawan koperasi untuk mengadakan
jualan dan pameran produk koperasi. Sebanyak 13 booth jualan produk koperasi dan 8 booth agensi menyerikan lagi
program ini. Antara jualan booth koperasi adalah barangan asas dapur, kuih traditional, air sarang burung, produk
kecantikan dan pokok hiasan. Tidak ketinggalan juga, perhiasan diri yang diperbuat dari manik Sarawak.

IKM sebagai pusat pendidikan dan latihan koperasi yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan koperasi,
tidak jemu mencurah ilmu kepada anggota koperasi di Sarawak untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
seperti di dalam pengurusan pertanian moden. Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani
berjaya dalam koperasi dan membantu meningkatkan sumbangan KDNK sektor koperasi dengan menggunakan
sepenuhnya teknologi atau IOT dalam pengurusan pertanian moden .

MEDAC sentiasa memberikan komitmen tidak berbelah bagi dalam usaha untuk memperkasakan gerakan koperasi

selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang menyasarkan sumbangan perolehan koperasi

sebanyak RM100 bilion menjelang tahun 2030. Hasil usaha ini akan dapat dicapai apabila Kementerian bersama agensi

yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan koperasi, sentiasa berusaha mengukuhkan prestasi dan

produktiviti pelbagai sektor koperasi, sebagai salah satu penyumbang utama dalam usaha meningkatkan ekonomi

negara.

08Mukasurat

G a l e riSGe kaimtabrarBicara Ilmu

PENDIGITALAN KOPERASI : 3 PERSEDIAAN
PENTING KOPERASI

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Tahun 2020 telah hampir ke penghujungnya. Badai Covid 19 masih lagi
dilalui oleh gerakan koperasi walau di mana jua berada. Koperasi amat
digalak untuk mendigitalkan perniagaan mereka sebagai langkah yang
perlu diambil bagi menjana keuntungan koperasi. Pada masa yang
sama juga koperasi juga akan kekal relevan untuk meningkatkan sosio-
ekonomi anggota mereka. Suka diingatkan agar koperasi membuat 3
persediaan penting sebelum memulakan pendigitalan perniagaan
mereka :

a) Pendidikan Dan Latihan
Suka atau tidak koperasi yang tidak memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang digital mahupun perniagaan atas
talian perlu hadir atau mencari latihan yang relevan dan memantapkan kemahiran sumber manusia yang akan terlibat
secara langsung. Malah, cabaran juga akan wujud kepada anggota bagi menggunakan perkhidmatan atas talian yang
bakal dimulakan oleh koperasi mereka. Sehubungan itu, koperasi perlu melatih dan membimbing anggota untuk
menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh koperasi. Jika tidak mungkin anggota tidak akan menyokong dasar
baharu koperasi yang terlibat dalam perniagaan atas talian.

b) Produk dan perkhidmatan diperkasakan

Koperasi semestinya terus memperkasakan kualiti produk mahupun

perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Tindakan ini amat penting

kerana apabila produk dan perkhidmatan yang berada di atas talian

akan bersaing dengan produk dan perkhidmatan yang datang dari seluruh

dunia. Lantaran itu, peningkatan kualiti secara berterusan jangan

dipandang sambil lewa.

c) Ekosistem Perniagaan Yang Kukuh
Tidak kurang penting juga, koperasi perlu memiliki ekosistem perniagaan
yang ampuh bagi menjayakan perniagaan atas talian. Ekosistem yang
dimaksudkan adalah seperti perkhidmatan penghantaran produk ke
tangan pelanggan sama ada individu atau syarikat penghantaran, agen
yang dilantik, pembekal, malah sesiapa sahaja yang mendokong
perniagaan koperasi. Hubungan baik dan dibuat secara profesional
menjamin kerjasama berpanjangan yang menguntungkan semua pihak.

10Mukasurat

PERTANIAN BANDAR : SELANGKAH KE ARAH
JAMINAN MAKANAN

Oleh : Frank Me-ol

Program Pertanian Bandar merupakan sebuah program bertujuan
untuk membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup
melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan
yang diperlukan. Program ini melibatkan penduduk di kawasan
bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan
pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan
Persekutuan.
Program ini dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk bandar
menanam sendiri sayur-sayuran serta tanaman makanan di sekitar
kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat
dikurangkan. Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan
pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan
mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan
kehidupan Bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan
persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan
serta riadah.
Selain mengurangkan kos sara hidup, Program ini turut
menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui
lebihan pengeluaran hasil pertanian serta menyokong usaha
Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara. Di
dalam tempoh jangka masa panjang, program ini mampu memupuk
kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai
penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan
persekitaran komuniti bandar.

11Mukasurat

IMPAK PENYERTAAN DIGITAL KEPADA
KOPERASI
Oleh : Hamizah Mohd Nadzir

Perkembangan era digital di negara kita berkembang

dengan begitu pesat sekaligus menjadi satu platform

pemudah cara dari segi operasi organisasi untuk

meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Perkembangan era digital dapat dilihat dengan

perubahan interaksi melalui platform media sosial

seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Platfrom

media sosial ini memberi impak besar kepada banyak

entiti perniagaan dan juga koperasi untuk meluaskan

jaringan perniagaan bagi menjana pendapatan selama

24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Pemasaran digital yang berkesan membatu koperasi meluaskan pasaran untuk produk ke seluruh Malaysia. Perniagaan
online boleh untuk menjana pendapatan jika dilaksanakan dengan betul memandangkan ia tidak memerlukan modal
yang besar untuk beroperasi. Situasi ini turut disedari kerajaan yang melihat platform digital sangat membantu ramai
usahawan terutama pada situasi kini untuk menjana pendapatan.

Berikutan pandemik COVID-19, menyertai platform pendigitalan adalah salah satu langkah untuk membantu perniagaan
koperasi untuk terus bergerak ke hadapan. Terdapat peningkatan dalam jumlah penyertaan usahawan dalam platform
pendigitalan yang boleh dilihat seiring dengan peningkatan perkhidmatan penghantar makanan seperti Food Panda,
Grab Food, Dah Makan dan sebagainya.

Apa persediaan yang boleh dilakukan oleh koperasi untuk mentransformasikan perniagaan mereka ke arah perniagaan
digital?

Koperasi mesti melakukan perancangan semula perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan infrastruktur
perniagaan sejajar untuk menyokong transformasi digital. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
telah menyediakan pelbagai kursus dan program berkenaan pendigitalan perniagaan kepada usahawan yang berminat
untuk mengembangkan perniagaan atau bertukar konsep perniagaan mereka sedia ada kepada platform e-dagang.

Agensi seperti Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah menyediakan pelbagai program dan kursus secara dalam talian
untuk membantu lebih ramai usahawan dalam aplikasi digital.

Jom hadir kursus di IKM …

12Mukasurat

‘ONLINE’ TUISYEN ?? :KOPERASI KERJASAMA
LJUACNKAYPHENILDLAKPUACTHAINNGKEBPEARDHAAKDOTPAEWRAARSIPELUANG

Oleh : Mohamad Suandi Mortadza

Pada 26 Oktober 2020 yang lalu, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Kerjasama Lucky Hill Kuching Berhad telah
membuat kunjungan ke pejabat IKM Zon Sarawak. Kunjungan ALK telah diketuai oleh Pn Belinda Chua yang juga
merupakan Pengerusi Koperasi. Semasa taklimat yang disampaikan oleh koperasi kepada Pn Siti Maimunah Hj Jerni
(Pengarah Zon) dan En Mohamad Suandi Mortadza, koperasi telah berkongsi mengenai visi, misi dan aktiviti koperasi.
Apa yang menarik adalah pihak koperasi menawarkan platform pembelajaran atas talian yang dikenali sebagai i-Learn
Ace. Platform ini membantu pelajar dari darjah 4 sehingga tingkatan 5 untuk belajar secara atas talian dengan
menyediakan nota yang mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia, kaedah penilaian yang bersistematik dan
capaian di antara guru serta ibu bapa yang boleh memantau tugasan pelajar. Kaedah baharu ini sememangnya sesuai
diketengahkan pada masa kini yang berhadapan dengan norma baharu. Lantaran itu, tidak salah koperasi mahupun
usahawan terlibat dalam memasarkan platform ini. Koperasi atau usahawan yang berminat boleh menghubungi
Pengerusi Koperasi Pn Belinda Chua di talian 01116639863.

13Mukasurat

KKUORNSDUUSSIPFESNEGKETNOARLAAWN AEKMO(SEIKSSTAE)M
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan

Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak telah menganjurkan Kursus
Pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 22 Oktober

2020 selama sehari yang diadakan di Bilik Kuliah Gading Wisma Sego.
Kursus ini telah di hadiri oleh semua kakutangan IKM Zon Sarawak dan
penceramah jemputan bagi kursus ini adalah Puan Norhaizum Binti
Sharil, Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan MAMPU Negeri Sarawak.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan
kefahaman kepada kakitangan mengenai amalan dan pelaksanaan EKSA
di IKM Sarawak khususnya. . Antara pengisian kursus ini, peserta
didedahkan dengan perbandingan diantara Amalan EKSA 2014 dan
EKSA DIY, faedah melaksanakan EKSA, elemen amalan EKSA,
pelaksanaan EKSA dan contoh persekitaran kerja kondusif.

Kursus ini juga turut di hadiri sepenuhnya Puan Siti Maimunah bt Haji Jerni
Pengarah IKM Zon Sarawak.

Diharap kursus ini dapat memberi maklumat baharu dan kefahaman
yang lebih jelas kepada semua kakitangan agar amalan EKSA dapat
dipraktikkan dan dilaksanakan dengan berkesan di IKM Sarawak

AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA EKSA
IKM ZON SARAWAK
Oleh : Dayang Adelina Abang Muan

Program Gotong Royong Perdana bagi IKM
Zon Sarawak yang telah di adakan pada 30
November 2020 dengan memberi tumpuan
kepada kekemasan ruang pejabat utama,
bilik Latihan, ruang kerja kakitangan serta
dewan makan. Gotong Royong ini diadakan
bagi memupuk amalan berkerjasama di
kalangan Warga IKM Zon Sarawak serta
meningkatkan keceriaan dan kehormonian
pejabat dalam usaha untuk mendapat
persijilan EKSA.

14Mukasurat

Aktiviti IKKMenangan 2020

Bengkel Perancangan Aktiviti 13 Oktober 2020 Kunjungan
MiRiCLe KPSM Selangau Sibu IKM Zon Sarawak ke Koperasi
bersama ALK dan Pengurus Usahawan Gading Mekar
Koperasi pada 9 Oktober Berhad di Lundu.
2020.

Bicara Ilmu Niaga Tani Pintar Taklimat peranan dan
Jana "Income Steady" pada 17 tangungjawab Koperasi Kariah
Oktober 2020 bertempat di Masjid dalam Pembangunan
Hotel Imperial Kuching. Ekonomi Masyarakat Islam
bertempat di Koperasi Kariah
Masjid Al-Muhtadin Berhad.

17-18 November 2020. 26 - 27 November 2020 -
Pelaksanaan Kursus Bengkel Perancangan Strategik
Pengurusan Strategik Wajib 3 bersama Ahli Lembaga
di Sibu (Zon Hijau). Koperasi dan Pengurus KPSM
Daerah Bau Bhd

Program MiRiCLe "Kursus 10 Disember 2021
Penanaman & Penjagaan Perbincangan Program 2021
Terung Asam" bertenpat di bersama IKM Zon Sarawak
Koperasi Kampung Serasot Bau dan SKM Negeri Sarawak.
Berhad pada 8 Disember 2020. Rombongan SKM Negeri
Sarawak diketuai oleh En
Basuini Ali, Pengarah SKM
Negeri Sarawak.

Program MiRiCLe bersama Bengkel Pembangunan Pelan
dengan Koperasi SMK Jalan Strategik Koperasi KPSM
Oya Sibu Berhad selangau Sibu pada 15-16
Disember 2020 bertempat di
Hotel Tanahmas Sibu.

Program Miricle di penghujung Bengkel MiRiCLe: Bengkel
2020 - Bengkel Penanaman Pembangunan Facebook Page
Cendawan Tiram di Koperasi untuk Perniagaan di Koperasi
SMK Merbau Miri Berhad Serasot Bau bhd pada 23
bersama SME Chenda Agrotek Disember 2020.
@ FB : Borneo Oyster Mushroom
pada 18 - 19 Disember 2020 15Mukasurat

PPRROOGGRRAAMM IIKKMM SSAARRAAWWAAKK AAKKAANN DDAATTAANNGG.....

Permohonan untuk menghadiri mana-
mana kursus seperti disenaraikan,
boleh dibuat dengan mengisi borang
permohonan yang boleh diperolehi di
pejabat IKM Zon Sarawak atau dimuat
turun melalui laman rasmi IKM. Untuk
maklumat lanjut sila hubungi :
Setiausaha kursus
IKM Zon Sarawak
Wisma Sego, Petra Jaya
Tel: 082-649409 / 649408
Faks : 082-649405 / 649406
E-mail : [email protected]
FB : IKKMSarawak

IKLAN...


Click to View FlipBook Version