The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by batrisyia fauzi, 2024-05-06 09:35:23

EMAJALAH PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN (PENGAJIAN ISLAM)

EMAJALAH

IBU & AYAH TAHUN TERBIT 2024 E - M A J A L A H ADAKAH ANDA SUDAH MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM PENDIDIKAN ALQURAN ? “MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA” “BARANGSIAPA YANG MENGERJAKAN KEBAIKAN SEKECIL APAPUN NESCAYA DIA AKAN MELIHAT BALASAN-NYA” Surah Al-Zalzalah: 7 PERANAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN ALQURAN ANAK-ANAK KELUARGA YANG BAIK DIBANGUN DENGAN CINTA , dimulai dengan kasih sayang , dan dipelihara dengan kesetiaan.


SEBA 02 LIK TABIR NUR AINA AFIFI 18DDT23F1100 (EDITOR BAHASA) NUR ADRIANA DANIA 18DDT23F1105 (PENGARAH) SUHAILA BINTI MUSTAFFA (PENASIHAT) BATRISYIA 18DDT23F1118 (EDITOR) NURUL SYAFIKAH 18DDT23F1096 (LAYOUT)


Penghargaan 02 Penutup 06 Isi Artikel 03 Sumber Rujukan 10 Galeri album 05 Bahan tambahan 13 01 Olivia Wilson ISI KANDUNGAN


Pertamanya , kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami , Puan Suhaila Binti Mustaffa kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan e-Majalah ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lakukan. Mereka membantu kami menjawab setiap pertanyaan yang kami uterakan kepada mereka. 03 PENGHARGAAN Alhamdulillah , bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa , nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan e-Majalah ini dengan jayanya. Akhir madah , kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan e-Majalah ini. Terima Kasih. I B U & A Y A H ِبْســـــــــِم َالّلِه الّرْحمن الّرحيم َوَبَرَكاُتُه الَّسَالُم َعَلْيُكْم َوَرْحَمُة اللِه Maksud : Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. — Surat At-Tahrim Ayat 6 Contoh dalil :


Keluarga merupakan satu kumpulan satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para-anggotanya tinggal di tempat di bawah satu rumah dalam keadaan saling bergantungan.Rumah tangga yang dibangun dari suatu pernikahan antara seorang lelaki dan wanita yang dilaksanakan sesuai dengan syariat agama islam yang memenuhi syarat pernikahan dan rukun nikah. Fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi anak anak.Keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan mensosialkan zuriat. Walau bagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif dan ekonomi adalah amat penting. PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK04 I B U & A Y A H


Akhir-akhir ini polemik mengenai pendidikan anakanak berbangkit lagi. Sesetengah ibu bapa kadangkadang beranggapan tugas mendidik adalah tugas sekolah semata-mata.Ramai ibu bapa bersikap lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya usaha mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Namun ibu bapa perlu mengetahui , di dalam Islam , pendidikan di tahap awal adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa. Sebagaimana Rasulullah s.a.w membayangkan tentang anak-anak yang baru lahir itu diibaratkan seperti kain putih yang bersih. Ibu bapalah yang membentuk perwatakan dan peribadi anak-anak itu sama ada cenderung menjadi baik atau sebaliknya. Sudah jelas kini, sesungguhnya untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga adalah dengan mengamalkan Islam. Pengalaman Islam itu hendaklah dibuat secara berperingkat iaitu: 1- Kesedaran untuk menghayati Islam di kalangan ahli keluarga. 2- Menyakini fungsi agama dalam kehidupan berkeluarga. 3- Penanaman iman yang kuat setiap ahli keluarga . Oleh itu, bagi mewujudkan keluarga bahagia “rumahkusyurgaku” perlulah difahami bahawa ia semuanya bermula dengan pendidikan Islam dalam sebuah institusi keluarga. I B U & A Y A H


Pembentukan keluarga bahagia adalah fitrah insaniah. Oleh kerana manusia satu-satunya makhluk Allah yang istimewa diberikan akal dan nafsu serta dijadikan khalifah Allah,maka pemberian itu mestilah diukur sebaik-baiknya. Terdapat beberapa peringkat kaedah pendidikan anak-anak dalam Islam, antaranya : 3.1 PersedianSebelum Berkahwin Masyarakat penyayang dan keluarga bahagia mesti bermula dari pembinaan sesebuah rumah tangga. Justeru dalam sebuah rumah tangga Muslim , setiap individu baik suami atau isteri wajib mengetahui peranan masing-masing. Mereka perlu tahu apa yang patut dilakukan sebelum mengandung , ketika mengandung dan sesudah melahirkan anak. Peranan semasa anak berusia tujuh tahun hingga sepuluh tahun hinggalah mereka berada di peringkat baligh dan dewasa (Maryam Abd. Majid 1998:5). Bagi melahirkan zuriat yang soleh, pemilihan isteri atau suami perlulah diberi perhatian. Di dalam Islam, semasa memilih isteri, Islam menyarankan lelaki mengutamakan gadis atau masih anak dara daripada janda dan memastikan wanita yang dipilih ialah wanita solehah dan mukminah sebagai calon isterinya. Selain itu, sebagaimana Islam memberi perhatian kepada pemilihan isteri bagi pihak suami. Begitu juga sebaliknya bagi pihak perempuan, peranan wali perempuan dalam memastikan bakal suami yang dipilih ialah yang beriman , bertakwa dan berakhlak (Maryam Abd. Majid 1998:8). Oleh itu, perkahwinan antara lelaki dan perempuan dalam Islam adalah suatu yang mulia, bukan seperti yang didakwa oleh musuh Islam bahawa perkahwinan semata-mata untuk memuaskan nafsu yang meluap.Tetapi hikmah sebaliknya , Islam memandang perkahwinan untuk memakmurkan bumi dengan adanya keturunanyang akan membawa misi dan petunjuk bagi manusia serta melahirkan generasi yang besar iaitu zuhud , ahli ibadah dan para pemimpin Islam ( A’idh Abdullah 2006: 135). 3.2 Peranan Bakal Ibu Bapa Semasa isteri mengandung, suami isteri wajib memastikan makanan yang di makan adalah makanan yang bersih ,berzat dan halal.Ini kerana, makanan yang dimakan boleh memberi kesan kepada tubuh badan , hati nurani seseorang insan, penerimaan ibadah serta dalam masalah taufik dan hidayah terutama bagi bayi pada peringkat dalam kandungan (Maryam Abd. Majid 1998:16). Apabila seorang wanita mengandung, suaminya pula hendaklah melaksanakan perkara-perkara sunat seperti berpuasa, solat sunat, membaca al-Quran, bersedekah berzikir selawat dan lain-lain amalan yang sunat. Ibu pula dikehendaki banyak bersabar dan tabah menghadapi keadaan perubahan fizikal dan mental yang sememangnya berat dengan sentiasa juga memperbanyakkan amalan sunat untuk anak di dalam kandungan (Maryam Abd. Majid 1998:18). I B U & A Y A H


3.3 Peranan Ibu Bapa Setelah Dikurniakan Bayi Bayi tersebut akan diazankan dan diiqamatkan.Ini bertujuan supaya kalimah tauhid menjadi kalimah yang ulung kali meresap di jiwa anak dan menjadi dendangan telinga pertama kepada bayi (Maryam Abd. Majid 1998:21). Kemudian bayi akan di tahnik iaitu mencecahkan dan meratakan rasa tamar atau madu ke dalam mulut bayi. Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.Ini bertujuan supaya menguatkan otot-otot mulut sebagai persediaan untuk menyusu (Maryam Abd. Majid 1998:22). Kemudian bayi yang baru lahir akan dicukur rambutnya. Ketika hari yang ketujuh selepas kelahiran. Kemudian rambutnya akan ditimbang selepas dicukur.Berat timbangan rambut itu akan dinilai harga emas atau perak. Kemudian, wang itu akan disedekahkan kepada fakir miskin bagi ibu bapa yang mampu.Ini bertujuan melahirkan simpati dan menjalinkan hubungan silaturahim sesama insan dan ia adalah sunah Rasulullah (Maryam Abd. Majid 1998:23). Seterusnya membuat aqiqah dengan menyembelih binatang ternakan kerana menyambut kelahiran anak dan hukumnya adalah sunat muakkad bagi orang yang mampu membuatnya.Ini bertujuan mendekatkan anak kepada Allah dan sunah Rasulullah dan merupakan tebusan dan jaminan yang diharapkan akan terpelihara oleh Allah dari musibah (Maryam Abd. Majid 1998:24). Kemudian , memberi nama yang baik-baik seperti nama-nama Allah yang berawalkan Abdul sebagai contoh Abdul Rahman, Nama-nama yang diambil daripada nama-nama nabi dan isteri-isteri nabi seperti Ibrahim dan Aisyah, kemudian meletakkan nama-nama orang-orang yang soleh, nama yang mencerminkan roh Islam dan nama-nama yang mengandungi makna yang baik. Ini kerana ia dapat memberi kesan psikologi kepada keperibadian anak-anak.Ini bertujuan mencapai keredaan Allah dan mengikut sunah, menjaga maruah dan mengharapkan kesan yang baik serta mendapat syafaat daripada nabi (Maryam Abd. Majid 1998:26- 29). Seterusnya, berkhatan dan ia merupakan amalan para rasul. Anak lelaki wajib berkhatan sebelum berumur 10 tahun supaya ia dapat menunaikan ibadat dengan sempurna. Ini bertujuan pengabdian kepada Allah dan dari aspek kesihatan ia suatu cara menjaga kebersihan , menjauhi kekotoran dan penyakit (Maryam Abd. Majid 1998:29-32). I B U & A Y A H


05 Contoh Ayat Al-Quran I B U & A Y A H ْيَها ْهَلَك ِبالَّصاَلِة َواْصَطِبْر َعَل َأ ُمْر َوْأ “Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini).” (Surah Taha: 132) Ibu bapa perlu bertanggungjawab dengan memainkan peranan aktif dalam mendidik anak-anak mereka untuk dengan ajaran Islam yang sejati seperti melaksanakan ibadah wajib dan berbuat amal baik menepati perintah Allah SWT dan saranan Rasulullah SAW. Seorang bapa wajib memerintahkan anaknya agar mendirikan solat. Ini dapat dipelajari melalui firman Allah yang menyebutkan: ِمْسِكيَن ْل ُقْرَبٰى َحَّقُهۥ َوٱ ْل ا ٱ َوَءاِت َذ ْبِذيًرا َبِّذْر َت ُت َوٱْبَن ٱلَّسِبيِل َواَل “ Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.” (Al Isra ayat 26) ُهَّن َّل ُتْم ِلَباٌس ْم َوَاْن َّل ُك ُهَّن ِلَباٌس “Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka... “ (Al Baqarah ayat 187)


07 ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA BADAN YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK-ANAK MEMBERI PANDANGAN ATAU PUJIAN KASIH SAYANG DAN SEJUK HATI BILA LIHAT ANAK MELAKUKKAN IBADAH BERIKAN PUJIAN KEPADA ANAK DAN SENTIASA BERSABAR DALAM MENDIDIK ANAK ANAK MENGAJAR ANAK-ANAK UNTUK MENUNAIKAN SOLAT PELUK ANAK SETIAP HARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG BERI NAMA YANG INDAH DAN SEDAP DISEBUT DAN BERMAKNA KEPADA ANAK MENASIHATI ANAK JIKA MEMBUAT SALAH DAN TUNJUK CARA MENENANGKAN DIRI 7 CARA BERKESAN MENDIDIK ANAK-ANAK I B U & A Y A H


4 Kesan pendedahan Al-Quran kepada anak-anak 1.Kepekaan terhadap Moral dan Etika : Membaca dan memahami Al-Quran membantu anak-anak memahami konsep moral dan etika dalam Islam.Mereka belajar tentang nilai-nilai seperti kejujuran, kasih sayang, kesabaran dan keadilan. 2.Pembangunan Kecintaan kepada Allah : Melalui pendedahan kepada Al-Quran , anak-anak belajar tentang Allah pencipta dan pemelihara semesta. Mereka memperoleh pemahaman tentang sifat-sifatNya yang mulia dan belajar untuk mencintaiNya dengan ikhlas. 3.Pembangunan Identiti Islam yang Kuat : Pendedahan yang berterusan kepada kitab suci ini membantu memperkuat identiti Islam anak-anak. Mereka belajar tentang sejarah umat Islam,nilai-nilai yang dianut dan tugas-tugas sebagai seorang Muslim. 4.Pembangunan Kecerdasan Emosi : Al-Quran bukan hanya sekadar teks agama tetapi juga sumber inspirasi yang mendalam.Membaca ayat-ayat yang penuh hikmah dan menghayati maknanya dapat membantu anak-anak mengembangkan kecerdasan emosi. I B U & A Y A H


08 I B U & A Y A H Cara Menjadi Ibubapa Yang Sabar 1.ANAK AMANAH ALLAH Sematkan dalam hati bahawa anak adalah amanah daripada Allah SWT.Anak adalah saham syurga untuk ibu dan bapa. 2.DIDIK ANAK SEIRING USIA MEREKA. Didik anak berdasarkan tahap kemampuan umur dan akal mereka. 3.GEMBIRA DAN POSITIF Tanamkan kegembiraan dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dalam keadaan yang penuh positif. 4.SANTUNI MEREKA SEBAIKNYA Santuni anak-anak ketika berkomunikasidengan mereka seperti menggunakan tuturkata yang lembut dan bahasa yang berhemah5.LAZIM BERISTIGHFAR Banyakkan istighfar agar dijauhkan daripada syaitan . Oleh itu, beristighfar selalu kerana mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang tinggi. 6.MOHON KEPADA ALLAH Memohon pertolongan daripada Allah SWT dalam setiap urusan kita dalam mendidik anak-anak.


4 KELEMAHAN KURANG DIDIKAN AGAMA 1. Tingkah laku yang buruk Pencurian , penipuan atau kekerasan kerana kurangnya pemahaman tentang konsep keadilan dan moral. 2. Membuli Membuli orang lain kerana kurangnya pengertian dan penghargaan terhadap kesamaan martabat 3 manusia. . Hilang tujuan hidup Mengalami kesulitan dalam menemukan arah hidup yang jelas kerana kurangnya pemahaman tentang nilai-nilai murni dan tujuan hidup yang diajarkan dalam agama. 4.Tidak peduli terhadap keselamatan diri dan orang lain Tidak memiliki kesedaran yang cukup terhadap keselamatan diri sendiri dan orang lain. I B U & A Y A H


Anak-anak yang tidak mendapatkan perhatian dan mungkin mencari perhatian dari tempat lain,seperti teman sebaya atau melalui perilaku yang berisiko.Mereka juga mungkin mengembangkan perilaku menyimpang atau memberontak sebagai cara untuk menarik perhatian atau merasa memiliki kendali atas situasi mereka.Perilaku ini boleh termasuk mengambil ubat-ubatan terlarang, terlibat dalam kekerasan, atau mencuba untuk mencapai perhatian dengan cara yang tidak sihat atau merugikan diri mereka sendiri. KESAN JIKA SELALU MENGABAIKAN ANAKANAK Peranan ibu bapa dalam mendidik anak sangat penting supaya anak merasakan bahawa kewujudan mereka di dunia ini lebih dihargai . Boleh dikatakan pada hari ini, kesibukan ibu bapa keluar mencari rezeki membuat anak-anak berasa sedikit terabai. Kesannya mungkin tidak akan nampak dalam jangka masa pendek , namun ia boleh kelihatan pada jangka masa yang panjang nanti. PERILAKU YANG TIDAK TERKENDALI 1. 2. PRESTASI AKEDEMIK RENDAH Kurangnya motivasi dan dukungan dari orang tua dapat kesan negatif pada prestasi akademik anak-anak.Mereka mungkin merasa tidak termotivasi untuk belajar dan mencapai potensi akademik mereka.Ketidakpedulian orang tua juga bisa membuat anak-anak merasa tidak memiliki sumber dukungan atau bimbingan dalam mencapai tujuan pendidikan mereka.Akibatnya,mereka mungkin merasa tidak bersemangat untuk belajar atau mencapai prestasi yang tinggi. I B U & A Y A H


3.KURANGNYA KETERAMPILAN SOSIAL Anak-anak yang jarang berinteraksi dengan orang tua mereka mungkin mengalami kesulitan dalam mengembangkan keterampilan sosial yang penting untuk berinteraksi dengan orang lain di lingkungan sosial mereka.Kurangnya pengalaman dalam berkomunikasi, menyelesaikan konflik , dan berbagi emosi dapat membuat mereka merasa canggung atau tidak nyaman dalam situasi sosial yang dapat berdampak pada hubungan mereka dengan teman sebaya,guru atau anggota keluarga yang lain. 4.PERILAKU TERLALU BERGANTUNG PADA ORANG LAIN Anak-anak yang merasa diabaikan atau tidak mendapatkan perhatian yang memadai dari orang tua mereka mungkin cenderung mencari kepuasan emosional dari hubungan dengan orang lain.Hal ini dapat menyebabkan mereka bergantung secara emosional pada pasangan , teman atau anggota keluarga lainnya untuk mendapatkan dukungan dan validasi,yang dapat mengganggu perkembangan kemandirian dan kemandirian yang sihat. I B U & A Y A H


1.Tingkatkan ilmu keibubapan,dapatkan pandangan atau berguru dengan ahli agama dan ulama. CARA UNTUK MENGUATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA KELUARGA TERCINTA 2.Kuatkuasakan undangundang yang mengukuhkan hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. 3.Tingkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan hidup berkeluarga yang aman dan harmoni. 4.Perkasa fungsi wali termasuk bapa,datuk,moyang lelaki,bapa saudara selaku entiti penting dalamsebuah keluarga Islam. I B U & A Y A H


GALERI ALBUM I B U & A Y A H BERSABARLAH. SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ITU ADA KEMUDAHANNYA


10 PENUTUP Al-Quran atau Quran ialah kitab suci yang paling utama bagi umat islam yang diimani sebagai wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malikat jibril.Selain sebagai kitab suci paling utama bagi umat islam, kitab Al-Quran juga diiktirafkan sebagai teks kesusasteraan paling disanjung ketulenan bahasa dan gaya penulisannya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Arab dan sangat berpengaruh dalam membentuk pertumbuhan bidang tersebut. Umat islam percaya bahawa Quran merupakan wahyu yang disampaikan secara lisan dari Allah kepada Utusan-Nya atau Nabi-Nya yang terakhir,Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikatNya,Jibril.Proses penurunan wahyu ini berlaku secara beransur-ansur selama 23 tahun,bermula pada bulan Ramadan pada satu malam yang dirujuk sebagai malam Al-Qadr,ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 40 tahun dan mula dilantik menjadi Nabi dan utusan kepada seluruh manusia.penurunan wahyu ini berakhir pada tahun 632 masihi,peristiwa penurunan Quran pada Lailatul Qadar diterangkan dengan jelas pada surah ke-67,surah Al-Qadr: I B U & A Y A H


11 SUMBER RUJUKAN : I B U & A Y A H https://www.inews.id/lifestyle/muslim/5- ayat-alquran-tentang-keluarga-patutdiamalkan-dalam-kehidupan-sehari-hari https://islamharmonidenganakhlak.blogspot. com/2012/12/peranan-ibu-bapa-dalamaspek-pendidikan.html https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/ article/download/60/39/495 YOUTUBE WIKIPEDIA GOOGLE


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version