The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN AKADEMIK 1 PERKEMBANGAN KANAK KANAK NUR ANIS SYAHIRA BINTI AZMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis09-349, 2020-11-03 09:49:39

TUGASAN 1 EDUP3023 NUR ANIS SYAHIRA BINTI AZMAN

TUGASAN AKADEMIK 1 PERKEMBANGAN KANAK KANAK NUR ANIS SYAHIRA BINTI AZMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
(EDUP3023)

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
NUR ANIS SYAHIRA BINTI AZMAN

NO KAD PENGENALAN 010611110858

NO ANGKA GILIRAN 2020192340049
KUMPULAN PISMP F3
NAMA PENYARAH AKADEMIK PUAN NORIZAN BINTI BABA
TARIKH HANTAR KERJA KURSUS 3 NOVEMBER 2020

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK 1

TARIKH MENERIMA MAKLUMBALAS
DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan kerja kursus yang telah saya usahakan selama ini. Tugasan kerja kursus ini sangat
penting kepada saya untuk menambah ilmu pengetahuan seterusnya melakar kecemerlangan
pada masa hadapan.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang membantu saya dalam
menyempurnakan tugasan yang diberikan. Pertama sekali kepada Puan Norizan Baba,
pensyarah EDUP3023 semester ini kerana telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
kepada saya. Sekalung penghargaan buat para pensyarah yang banyak memberikan tunjuk
ajar dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Seterusnya, terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang memberi dorongon supaya
saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama berbincang dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa dan bantuan
kalian amatlah saya hargai kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan maklumat
berkaitan tugasan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kerja kursus ini
dijalankan.

Harapan saya agar dapat menambah ilmu pengetahuan di samping dapat menjadi guru
yang bertanggungjawab melahirkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.
Selain itu, saya berharap supaya dapat menggilap kemahiran dalam segenap aspek untuk
menjadi bakal guru yang cemerlang dan berbakti kepada negara.

2

ISI KANDUNGAN

PERKARA ISI KANDUNGAN HALAMAN
2
PENGHARGAAN
3
ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 PENGENALAN
7
2.0 KEPENTINGAN GURU MENGUASAI PERINGKAT 8
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

3.0 RUMUSAN

RUJUKAN

3

PENGENALAN

Sanrock (2008) menyatakan bahawa perkembangan adalah perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat. Secara global, semua kanak-kanak cenderung untuk mengikut
susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak yang lain. Dalam penulisan esei ini,
saya akan memperincikan tentang elemen-elemen Teori Vygotsky dan kepentingan mengetahui
dan memahami peringkatperingkat perkembnagn kanak-kanak kepada guru dan sistem
pendidikan di Malaysia. Teori ini diperkenalkan oleh Lev Semyonovich Vygotsky yang dilahirkan
di Rusia pada 17 November 1896. Beliau adalah seorang ahli psikologi, seorang guru serta
mendapat anugerah dan pengiktirafan sebagai ahli sastera. Lev Vyotsky berpendapat bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya
yang diterapkan kepada meraka melalui interaksi sosial dengan ibu bapa, guru, rakan, orang
dewasa dan sebagainya. Menurut beliau keadaan sekeliling membantu kanak-kanak membina
pandangan tentang perkara di sekelilingnya. Menurut beliau lagi, bayi yang lahir mempunyai
fungsi asas mental seperti perhatian, deria dan daya ingatan yang baik.

Dalam teori perkembangan Vygotsky, tiga perkara yang menjadi aspek utama yang
ditekankan kepada kanak-kanak. Antaranya adalah perkembangan bahasa, budaya dan zon
perkembangan proksimal. Dari segi perkembangan bahasa, beberapa langkah boleh
dilaksanakan oleh guru untuk membantu meningkatkan perkembangan kognitif, mental dan
perkembangan motor kanak-kanak. Heliza Hamzah (2009) menyatakan bahawa perkembangan
kognitif berkait rapat denan proses mendapatkan ilmu dan melalui pemikiran atau deria.
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran membaca dan menulis. Bagi peringkat awal kanak-
kanak, guru boleh mengajar dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi unsur
visual dan mudah. Hal adalah supaya kanak-kanak dapat mengenal huruf dan abjad sebelum
dilatih mengenal suku kata. Kad imbasan juga boleh digunakan untuk memperkenalkan
nombor, bentuk dan haiwan. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak dapat menyerap ilmu
pengetahuan dengan banyak seawal usia dua tahun hingga enam tahun. Selain bahasa
melayu, guru pendidikan awal kanak-kanak juga boleh memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah
yang terdapat dalam silibus pengajaran matapelajaran jawi dan seumpamanya. Dengan ini,
kanak-kanak dapat mengenal banyak huruf-huruf bahasa melayu dan huruf-huruf jawi mengikut
tempoh pembelajaran yang ditetapkan. Melalui aktiviti tersebut, pelajar dapat mengenali
perkara yang terdapat di sekeliling mereka sekaligus mengaitkannya kepada sains dan

4

kehidupan mereka. Dengan ini, pembelajran dilakuakan secara berterusan walaupun bukan di
bilik darjah.

Bukan itu juga, pemahaman terhadap peringkat perkembangan kanak-kanak dapat
membantu guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dengan daya serapan
pengetahuan mereka. Misalnya, kemahiran berbahasa kanak-kanak dapat dipupuk dengan
melaksanakan aktiviti nyanyian di bilik darjah. Guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang
menarik dan bersifat audio seperti mencipta lagu untuk mengenal abjad, objek, haiwan dan
sebagainya. Dengan ini, kanak-kanak dapat mengenal perkataan yang baharu sekaligus dapat
menambah kosa kata mereka seterusnya membantu mereka melancarkan proses bertutur atau
bersosial. Selain itu, pengajaran secara audio dapat dilakukan tanpa menggunakan sebarang
alat muzik atau medium untuk mengadakannya. Cukup mengadakan aktiviti mengajuk apa yang
disebutkan oleh guru dengan kuat dan lantang. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan
bahan pengajaran seperti buku cerita yang ringkas dan meminta kanak-kanak mengajuk
semula perkataan yang dilontarkan oleh guru dengan bersemangat. Guru perlu menggunakan
unsur suprasegmental seperti intonasi yang sempurna dan tepat, mengandungi unsur
perhentian atau jeda dan tekanan. Kesannya, guru dapat mengaplikasikan teknik yang betul
untuk menyampaikan objektif pengajaran dengan baik dan berkesan kepada kanak-kanak.

Selain itu, guru juga boleh mengamalkan konsep yang ditekankan dalam teori Vygotsky
yang membicakan tentang imaginasi dan memori kanak-kanak dapat diasah melalui budaya.
Bagi menggalakkan perkembangan otak kanak-kanak, guru boleh mengaplikasikan teknik
pengajaran yang disyorkan oleh Vygotsky. Misalnya, selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan, masa yang terluang perlulah diiisi dengan meminta pelajar menghafal semula
perkara-perkara penting yang perlu diingati untuk beberapa minit. Kemudian, guru perlu
menyediakan soalan-soalan berkaitan tajuk yang dipelajari dalam melalui kuiz dan diadakan
secara santai. Pelajar yang menjawab soalan dengan betul perlu diberikan bonus seperti
mendapat pelekat untuk disimpan di dalam buku latihan. Selain itu, guru juga boleh
memberikan bonus seperti gula-gula dan biskut untuk menjadikan aktiviti tersebut lebih menarik
dan mendapat perhatian dalam kalangan mereka. Dengan mengadakannya, kanak-kanak akan
cenderung untuk melatih diri menghafal dan secara tidak langsung proses komunikasi di bilik
darjah dapat dilakukan secara dua hala. Kesannya, aktiviti tersebut dapat menggalakkan kanak-
kanak bersosial dan berinteraksi dalam memberikan jawapan dan pendapat kepada khalayak
ramai.

5

Teori Vygotsky ada menekankan tentang zon perkembangan proksimal yang
memperincikan tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan orang-orang dewasa di sekeliling yang lebih mahir. Dengan ini, guru
boleh mengambil kesempatan untuk mengasah kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak. Misalnya, guru boleh membimbing kanak-kanak mengasah kemahiran menulis atau
kemahiran motor halus seperti mendorong mereka untuk memegang pensil dengan betul dan
menulis abjad dengan cara yang tepat. Apabila mengajar kanak-kanak menulis, guru boleh
memegang pergelangan tangan kanak-kanak untuk membantu mereka menulis abjad
menggunakan teknik yang sepatutnya. Dengan ini, guru boleh mengesan pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran. Kesannya, guru dapat memberikan perhatian yang lebih
kepada golongan ini supaya mereka dapat menguasai teknik asas kemahiran berbahasa.
Bukan itu juga, pelajar akan mudah mengaplikasikan perkara yang mereka belajar apabila
mendapat dorongan daripada individu tertentu. Aktiviti ini juga perlu diamalkan oleh ibu bapa
kerana ibu bapa adalah individu yang kanak-kanak senang untuk berinteraksi selain daripada
ibu bapa sendiri dapat melihat perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Guru
atau ibu bapa dikaitkan dengan perancah scaffolding. Ia dikatakan kerana guru dan ibu bapa
adalah pendorong yang dapat mengukuhkan lagi kemahiran asas kanak-kanak.

Di samping itu, teori-teori yang dikemukakan adalah dapat membuka mata pendidik dan
pelatih guru untuk lebih mengenali dan memahami peringkat perkembangan kanak-kanak
seawal usia setahun jagung. Hal ini adalah penting bagi mereka yang tidak biasa dengan situasi
mengendalikan atau mengajar kanak-kanak. Dengan ini, guru dapat mengatur aktiviti yang
sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak. Pada masa kini, kanak-kanak berusia empat
tahun sudah dibenarkan untuk memasuki alam persekolahan sama ada Prasekolah, Taman
Didikan Kanak-kanak (TABIKA) Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan sebagainya. Murid
berusia empat tahun tidak digalakkan untuk memperkenalkan suku kata yang terdapat dalam
bahasa melayu dan bukannya menajar mereka mengikut sukatan pelajaran sekolah rendah.
Mereka perlu bermula dengan mengasah kemahiran aktiviti 3M seperti mewarna, mengecat dan
membina blok kayu untuk mengasah kemahiran motor halus dan motor kasar. Bukan itu juga,
mereka lebih cenderung untuk belajar melalui persekitaran di sekeliling mereka. Secara tidak
langsung, guru dapat memahami dan membanding beza antara kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid daripada pelbagai peringkat umur yang hadir ke sekolah.

6

Seterusnya, dengan memahami teori perkembangan yang telah diperkenalkan oleh
Vygotsky, guru boleh mengaplikasikan aktiviti memahami perkembangan kanak-kanak dari segi
mental, fizikal dan rohani. Dari aspek mental dapat dinilai melalui keputusan ujian yang
dijalankan di sekolah. Apabila kanak-kanak tidak menepati markah ujian yang ditetapkan, guru
dapat mengenalpasti kelemahan yang perlu diasah dari semasa ke semasa untuk membantu
kanak-kanak tersebut mengasah kemahiran berfikir. Dengan ini, guru dapat memberikan
perhatian kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan mencuba insentif
yang berbeza supaya kanak-kanak tersebut tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran
berbahasa khususnya. Kanak-kanak yang mengenali huruf-huruf dalam bahasa melayu seawal
usia enam tahun pasti tidak mempunyai masalah pembelajaran untuk meneruskan pengajian ke
tahun satu. Dengan ini, kecemerlangan akademik mereka dapat diasah sehingga mereka
meningkat usia. Bukan itu juga, bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran
dapat dikurangkan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa guru dan bakal pendidik perlu
menguasai teori-teori umum berkaitan peringkat perkembangan kanak-kanak untuk mencapai
objektif pembelajaran. Di samping itu, ia turut membantu mereka menguasai beberapa
kemahiran asas untuk meningkatkan perkembangan otak mereka untuk berfikir secara kritis
dan kreatif. Perkembangan otak yang baik mengahasilkan tindakan yang baik, positif dan
normal. Sistem pendidikan di Malaysia sering beruba-ubah. Namun tahap perkembangan
kanak-kanak adalah perkara asas yang wajib dilalui oleh semua kanak-kanak. Oleh yang
demikian, adalah amat penting untuk mengetahui dan mengenalpasti peringkat-peringkat
perkembangan kanak-kanak melalui pembacaan di media cetak mahupun media elektronik
seperti akhbar, majalah, blog dan jurnal akademik. Akhir sekali, ibu bapa juga perlu
memandang perkara ini dengan lebih serius supaya dapat mengenalpasti keupayaan kanak-
kanak berfikir dengan kritis. Hal ini adalah lebih baik apabila ibu bapa sendiri dapat
mengenalpasti sama ada kanak-kanak mereka mempunyai perkembangan mental yang baik
atau sebaliknya.

7

RUJUKAN

Asmawati Hamzah et.al. (2009). Peranan Aktiviti Bermain dalam Merangsang Dimensi Perkembangan
Kognitif Kanak-kanak Prasekolah . Jurnal pendidikan Awal Kanak-kanak, 80-88.

Faridah Hussein et.al. (2018). Perkembanagn Kanak-kanak. Multimedia Sdn Bhd.
Nor A'ini Hashim. (2010). Penggunaan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Untuk Melaksanakan Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran Mengenal Abjad A Hingga Z di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah.
Jurnal Pnedidikan Awal Kanak-kanak, 10-19.
Nur Shakirah et.al.. (2017). Penguasaan Asas Membaca Bahasa Melayu Melalui Program Linus di Utara
Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, 19-25.
Supiah Nachiappan . (2017). Perkembangan Kognisi dalam Kanak-kanak Prasekolah Melalui Teknik
Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak , 4-11.
Zulkafli Omar. (2015). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah
Rendah Kebangsaan Luar Bandar. . Jurnal Pendidikan , 18-22.

8


Click to View FlipBook Version