Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA SUBJEK
UIT 2221 TEKNOLOGI MAKLUMAT
/ SUBJECT’S CODE & NAME
TAHAP (LEVEL) / KOD 2 / (STL/ STW/ SHF/ SHP) SEMESTER 2
KURSUS
NO DAN TOPIK / 01 PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER
TOPIC AND NO. 01.01 SENIBINA KOMPUTER
01.02 PERANTI INPUT
NO. DAN SUB TOPIK / 01.03 PERANTI OUTPUT
01.04 PERANTI STORAN
SUB TOPIC AND NO. 01.05 PORT
OBJEKTIF PENCAPAIAN Modul ini memperkenalkan pelajar mengenai perkakasan asas
komputer. Pelajar akan mempelajari dan mengenali perkakasan
PIAWAIAN / TERMINAL tersebut dan memahami terma-terma perkakasan komputer.
PERFORMANCE OBJECTIVE
TUJUAN Di akhir modul ini, pelajar sepatutnya boleh mengetahui perkara
berikut :
• Memahami mengenai seni bina komputer dan proses-
proses yang berlaku.
• Memahami terma-terma komputer.
• Mengenal pasti komponen-komponen dalam komputer iaitu
peranti input dan peranti output.
• Mengetahui jenis-jenis storan dan liang.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
PENERANGAN :
1. ADRIANA NATASHA
PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER
1.0 SENIBINA KOMPUTER
Komputer merupakan peranti elektronik yang beroperasi di bawah kawalan arahan yang
disimpan di dalam memorinya. Data (input) yang dikumpulkan akan diproses oleh komputer
dan menghasilkan maklumat (output). Output yang dihasilkan akan disimpan dalam storan.
Data adalah koleksi item yang tidak diproses seperti teks, nombor, imej, audio, dan video.
Maklumat membawa makna dan berguna kepada manusia.
Komputer terdiri daripada beberapa komponen elektrik, elektronik dan mekanik yang disebut
perkakasan seperti dalam Rajah 1.1. Perkakasan tersebut ialah
• Peranti input – membolehkan data dan arahan dimasukkan ke dalam komputer.
Contohnya ialah papan kekunci, tetikus, stylus dan pengimbas.
• Peranti output – komponen perkakasan yang menyalurkan maklumat kepada
pengguna. Contohnya ialah monitor, dan pencetak.
• Unit sistem – perkakasan yang mengandungi komponen elektrik komputer yang
digunakan untuk memproses data.
• Peranti storan – memegang/menyimpan data, arahan, dan maklumat yang akan
digunakan kemudian.
• Peranti komunikasi – membolehkan komputer menghantar dan menerima data,
arahan, dan maklumat kepada satu atau lebih komputer atau peranti mudah alih
yang lain.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 1.1 : Perkakasan komputer yang terdiri daripada peranti input, peranti output,
unit sistem, storan, dan peranti komunikasi.
Kebanyakan peranti berhubung kepada komputer berkomunikasi dengan sistem unit untuk
memproses tugasan. Apabila seorang pengguna mula menggunakan satu perisian,
contohnya menaip perkataan menggunakan papan kekunci maka data akan dimasukkan
kedalam komputer menggunakan peranti input. Data akan dipegang oleh memori dan akan
dihantar ke sistem unit. Setelah diproses oleh sistem unit, maklumat akan diperolehi dan
akan dipaparkan pada peranti output iaitu monitor atau disimpan dalam storan. Rajah 1.2
dibawah adalah menunjukkan senibina komputer secara keseluruhannya.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 1.2 : Senibina Komputer
1.1 CPU/UNIT PEMPROSESAN PUSAT 2. AFIF HAFIZUDDIN
CPU atau juga dikenali sebagai unit pemprosesan pusat mentafsirkan dan mengeluarkan
arahan asas yang mengawal komputer. Pemprosesan mengandungi Unit Kawalan dan Unit
Logik Aritmetik.
Unit Kawalan adalah merupakan komponen pemproses yang menghantar dan
menyelaraskan kebanyakan operasi di dalam komputer. Manakala unit Logik Aritmetik
melaksanakan operasi aritmetik, logik dan lain-lain.
Rajah 1.2 : CPU/Unit Pemprosesan Pusat (a) dari pandangan atas, (b) dari pandangan
bawah, (c) soket lga775
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
2.0 PERANTI INPUT
Input ialah data dan arahan yang dimasukkan ke dalam memori/ingatan komputer. Manakala
peranti input pula ialah komponen perkakasan yang digunakan bagi membolehkanpengguna
memasukkan data dan arahan ke dalam komputer. Antara peranti input yang penting dan
sentiasa digunakan ialah tetikus, papan kekunci, dan pengimbas.
2.1 Tetikus
Tetikus merupakan peranti penunjuk yang diletakkan di bawah tapak tangan. Ia merupakan
peranti penunjuk yang paling banyak digunakan di komputer dekstop. Terdapat beberapa
jenis tetikus yang biasa digunakan. Tetikus mekanikal adalah jenis yang paling awal
digunakan dan ia mempunyai bebola getah atau besi di bahagian bawahnya. Pergerakan
bebola ini akan diterjemahkan kepada isyarat yang boleh difahami oleh komputer.
Rajah 2.1 : Tetikus Mekanikal yang mengandungi bebola kecil
Tetikus optikal pula menggunakan peranti yang mengeluarkan dan mengesan cahaya bagi
mengesan pergerakan tetikus. Sebahagian tetikus optikal menggunakan pengesan optikal
dan sebahagian lagi menggunakan laser, yang disebut sebagai tetikus laser. Tetikus optikal
lebih jitu daripada tetikus mekanikal. 3. AYUNI SYAZANA
Pengesan
optikal
Rajah 2.2 : Tetikus Optikal yang menggunakan pengesan optikal
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Laser
Rajah 2.3 : Tetikus Optikal yang menggunakan laser
Bagi mereka yang banyak terlibat dalam persembahan lebih suka menggunakan tetikus yang
boleh mengawal media, seperti alat kawalan jauh. Tetikus jenis yang baru inidinamakan
tetikus udara (air mouse).
Rajah 2.4 : Tetikus Udara
Tetikus dihubungkan dengan komputer melalui pelbagai cara. Kebanyakan tetikus
disambung kepada komputer melalui kabel yang dihubungkan kepada liang selari, liang
tetikus, atau liang USB di unit sistem. Tetikus tanpa wayar pula adalah peranti yang
menggunakan kuasa bateri dan memindahkan data menggunakan teknologi tanpa wayar
seperti gelombang radio dan gelombang infra merah.
Rajah 2.5 : Tetikus Tanpa Wayar
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
2.2 Papan Kekunci 4. FAEZAH SHUHAILAH
Papan kekunci adalah peranti yang mempunyai kekunci yang ditekan oleh pengguna bagi
memasukkan data dan arahan ke dalam komputer. Papan kekunci bagi komputer desktop
biasanya mempunyai kekunci sebanyak 101 hingga 105. Manakala bagi komputer riba,
bilangan kekuncinya lebih sedikit berbanding komputer desktop. Semua papan kekunci
komputer mempunyai kawasan menaip yang mengandungi abjad, nombor, tanda
punctuation, serta kekunci asas yang lain. Kebanyakan papan kekunci yang ada kini telah
ditambah dengan kekunci tambahan lain bagi fungsi-fungsi tertentu seperti kekunci Function
yang dilabelkan dengan tanda F. Terdapat juga papan kekunci yang mempunyai liang USB
bagi memudahkan pengguna tanpa perlu memasukkan peranti USB ke sistem unit.
Rajah 2.6 : Papan Kekunci
Papan kekunci permainan pula direka khusus bagi pengguna yang sukakan permainan
komputer. Kekuncinya pula dapat menyala dalam semua keadaan cahaya.
Rajah 2.7 : Papan Kekunci Permainan
Sama seperti tetikus, terdapat papan kekunci tanpa wayar yang menggunakan kuasa bateri
yang memindahkan data dan arahan melalui gelombang radio dan gelombang infra merah.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 2.8 : Papan Kekunci Tanpa Wayar
Bagi komputer riba dan peranti mudah alih yang lain, jumlah kekunci biasanya sekitar 85
kekunci. Oleh itu, setiap kekunci menjalankan dua atau tiga fungsi.
Rajah 2.9 : Papan Kekunci Peranti Mudah Alih
Bagi tujuan keselamatan pula, terdapat pihak pengilang yang mengeluarkan papan kekunci
ergonomik yang bertujuan mengurangkan risiko pengguna mendapat kecederaan pada
pergelangan tangan.
Rajah 2.10 : Papan Kekunci Ergonomik
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
2.3 Pengimbas 5. HANIS SYABIRAH
Selain tetikus dan papan kekunci, satu lagi peranti input yang sangat membantu pengguna
ialah peranti yang dapat menangkap data daripada dokumen seperti pengimbas optikal,
pembaca optikal, pembaca kod bar, pembaca RFID, pembaca kad jalur magnet, dan
pembaca pengecam karakter dakwat-bermagnet.
2.3.1 Pengimbas Optikal
Pengimbas Optikal juga dipanggil pengimbas, iaitu peranti input pengesan-cahaya yang
membaca dokumen teks dan grafik yang bercetak dan menterjemahkannya ke dalam bentuk
yang dapat difahami oleh komputer. Empat jenis pengimbas ialah flatbed, pen, sheet-fed
dan drum.
Kualiti sesuatu pengimbas dikira berdasarkan bilangan bit yang disimpan di dalam satu piksel
dan bilangan piksel setiap inci, atau resolusi. Semakin tinggi nilai bilangan, semakin berkualiti
dan semakin mahal harga pengimbas.
Terdapat banyak pengimbas yang mempunyai OCR iaitu pengecam karakter optikal yang
boleh membaca dan menukarkan dokumen teks kepada fail elektronik.
Rajah 2.11 : Jenis-jenis pengimbas optikal - (a) flatbed (b) pen (c) sheet-fed (d) drum
2.3.2 Pembaca Optikal
Pembaca optikal adalah peranti yang menggunakan sumber cahaya untuk membaca
karakter, tanda, dan kod dan kemudiannya menukarkannya kepada data digital yang dapat
diproses oleh komputer. Dua teknologi yang menggunakan pembaca optikal ialah
pengecaman karakter optikal (OCR) dan pengecaman tanda optikal (OMR).
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 2.12 : Pembaca Optikal OCR
OCR ialah teknologi yang melibatkan pembacaan bahan bertaip, bercetak komputer, atau
karakter bercetak-tangan daripada dokumen biasa dan menterjemahkannya kepada imej
yang boleh diproses oleh komputer. OMR pula teknologi yang membaca tanda yang dilukis
tangan seperti tanda bulat kecil atau segi empat tepat.
Rajah 2.13 : Pembaca Optikal OMR
2.3.3 Pembaca Kod Bar
Pembaca kod bar juga disebut pengimbas kod bar adalah pembaca optikal yang
menggunakan cahaya laser untuk membaca kod bar dengan menggunakan pola cahaya yang
melepasi garisan kod bar.
Rajah 2.14 : Pembaca Kod Bar
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
2.3.4 Pembaca RFID 6. MUHAMMAD ARIF AKMAL
RFID ialah teknologi yang menggunakan isyarat radio untuk berkomunikasi dengan tag yang
diletakkan kepada objek, haiwan, atau manusia. Tag RFID megandungi cip memori dan
antena. Pembaca RFID membaca maklumat yang terdapat pada tag melalui gelombang
radio.
Rajah 2.15 : Pembaca RFID
2.3.5 Pembaca Kad Jalur Magnet
Peranti ini membaca jalur magnet yang terdapat pada kad seperti kad kredit dan kad bank.
Jalur tersebut mengandungi maklumat berkenaan pemilik kad seperti nama, nombor akaun,
tarikh lupt kad, serta kod negara. Kad yang terdedah kepada magnet atau kawasan yang
bermagnet boleh menyebabkan kandungan maklumat pada jalur magnet hilang.
Rajah 2.16 : Pembaca kad jalur magnet
2.3.6 Pembaca MICR
Pembaca MICR merupakan peranti yang membaca teks bercetak yang mempunyai dakwat
bermagnet. Pembaca MICR menukarkan karakter MICR kepada bentuk yang boleh diproses
oleh komputer. Pembaca MICR biasanya digunakan dalam industri perbankan. Contohnya,
karakter MICR yang dicetak pada cek menyimpan maklumat tentang nombor akaun
pelanggan dan nombor cek. Apabila cek dimasukkan ke dalam pembaca MICR, maklumat
tentang cek akan dihantar kepada komputer untuk diproses.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 2.17 : Pembaca MICR
3.0 PERANTI OUTPUT 7. MUHAMMAD SHAKIR IZWAN
Output ialah data yang telah diproses menjadi bentuk yang dapat digunakan. Output yang
dihasilkan oleh komputer adalah pelbagai, bergantung kepada perkakasan dan perisian yang
digunakan. Peranti output ialah perkakasan yang menyalurkan maklumat kepada pengguna.
Beberapa peranti output yang biasa digunakan ialah pencetak, pembesar suara, mesin faks,
dan alat pelbagai guna seperti papan tulis interaktif.
3.1 Pencetak
Pencetak merupakan peranti output yang menghasilkan teks dan grafik dalam bentuk fizikal
seperti kertas. Bahan bercetak ini dipanggil salinan keras. Bagi mencetak dokumen, pencetak
perlu disambung kepada komputer dengan menggunakan kabel melalui liang USB atau liang
selari. Kini, terdapat teknologi tanpa wayar yang memudahkan lagi proses cetakan dari
komputer riba, kamera digital atau telefon pintar. Dua contoh teknologi tanpa wayar yang
digunakan ialah Bluetooth dan infra merah. Dengan menggunakan Bluetooth, output dari
komputer atau peranti dipindahkan ke pencetak melalui gelombang radio. Gelombang infra
merah pula membolehkan output dari peranti dipindahkan ke pencetak melalui gelombang
cahaya infra merah.
Terdapat pelbagai jenis pencetak yang digunakan. Terdapat dua jenis pencetak iaitu
pencetak nonimpact dan pencetak impact.
3.1.1 Pencetak Nonimpact
Antaranya ialah pencetak nonimpact yang mencetak karakter ke atas kertas tanpa menekan
kertas. Ada yang menggunakan semburan dakwat atau haba bagi membentuk imej.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Contoh pencetak nonimpact ialah pencetak ink-jet yang membentuk imej melalui semburan
halus dakwat ke atas kertas. Terdapat juga pencetak foto yang menggunakan teknologi ink-
jet.
a) Pencetak laser
Pencetak laser juga merupakan salah satu pencetak nonimpact. Pencetak laser biasanya
mencetak dengan kadar yang lebih pantas berbanding pencetak ink-jet dan mempunyai
resolusi berkualiti tinggi. Muka surat yang akan dicetak disimpan di dalam memori pencetak
sebelum proses cetakan dijalankan. Semakin besar memori pada pencetak, semakin pantas
ia mencetak.
Rajah 3.1 : Pencetak Laser
b) Pencetak terma
Pencetak terma pula menghasilkan imej dengan menekan pin berhaba ke atas kertas yang
sensitif haba. Pencetak terma biasanya kurang mahal tetapi kualiti cetakan adalah rendah
dan imej yang dihasilkan mudah rosak.
Terdapat dua jenis pencetak terma yang menghasilkan cetakan berkualiti tinggi. Pencetak
terma pemindah-lilin menghasilkan imej yang kemas dengan menggunakan haba untuk
mencairkan lilin berwarna ke atas kertas yang sensitif. Pencetak ini lebih mahal daripada
pencetak ink-jet tetapi lebih murah berbanding pencetak laser.
Rajah 3.2 : Pencetak Terma
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
c) Pencetak pemejalwap-warna 8. NATASHA AZIMA
Pencetak pemejalwap-warna pula menggunakan haba untuk memindahkan pewarna ke atas
kertas bersalut. Kebanyakan pencetak ini menghasilkan imej berkualiti foto.
Rajah 3.3 : Pencetak pemejalwap-warna
d) Pencetak mudah alih
Pencetak mudah alih bersaiz kecil, ringan dan menggunakan kuasa bateri yang memudahkan
pengguna mencetak dari komputer riba, telefon pintar atau peranti mudah alih yang lain.
Rajah 3.4 : Pencetak Mudah Alih
e) Pencetak label dan pos
Pencetak ini bersaiz kecil dan mencetak bahan-bahan pelekat yang digunakan pada sampul
surat, CD, DVD, kaset, foto dan sampul fail. Pencetak pos pula sejenis pencetak yang
istimewa kerana fungsinya hanya untuk mencetak setem pos.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 3.5 : Pencetak Pos
f) Plotter dan pencetak format-besar 9. NORHANNY SHAHIRA
Plotter merupakan pencetak yang digunakan untuk mencetak lukisan berkualiti tinggi seperti
blueprint, peta dan gambar rajah litar. Imej yang dihasilkan mengandungi siri titik yang
sangat kecil yang menjadikan output berkualiti tinggi. Pencetak format-besar pula
menggunakan teknologi ink-jet tetapi dalam skala yang besar. Ia bagi menghasilkan cetakan
warna foto-realistik-berkualiti. Artis grafik menggunakannya untuk mencetak papan tanda
dan poster yang berkualiti.
Rajah 3.6 : Plotter
3.1.2 Pencetak impact
Pencetak ini membentuk karakter dengan menekan ke atas reben berdakwat yang kena
pada kertas. Pencetak ini menghasilkan bunyi yang agak bising kerana tekanan tersebut.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Syarikat biasa menggunakan pencetak ini kerana ia dapat mencetak ke atas kertas berlapis.
Dua jenis pencetak yang biasa digunakan ialah pencetak titik-matriks dan pencetak garisan.
a) Pencetak titik-matriks menghasilkan imej apabila pin berdawai halus pada mekasnime
menekan reben berdakwat. Apabila reben menekan kertas, ia menghasilkan titik yang
membentuk karakter dan grafik.
Rajah 3.7 : Pencetak Titik-Matriks
b) Pencetak garisan – merupakan pencetak impact yang berkelajuan tinggi yang
mencetak keseluruhan garisan pada satu masa.
Rajah 3.8 : Pencetak Garisan
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
3.2 Monitor 10. NORSYAIRAH
Monitor merupakan peranti paparan yang dipakejkan sebagai peranti periferal. Dua jenis
peranti paparan ialah paparan panel-rata dan monitor CRT. Paparan panel-rata adalah
sejenis peranti paparan yang ringan dengan ketebalan yang tidak dalam dan skrin rata serta
menggunakan teknologi LCD (paparan cecair kristal) atau gas plasma. Monitor LCD, Skrin
LCD dan Monitor plasma adalah dari jenis paparan panel-rata.
3.2.1 Monitor LCD dan Skrin LCD
Merupakan monitor desktop yang menggunakan paparan cecair kristal bagi menghasilkan
imej yang tajam dan tidak berkelip. Monitor LCD mempunyai tapak yang kecil dan tidak
memerlukan ruang yang banyak. Ada sesetengahnya yang boleh dilekatkan ke dinding.
Komputer mudah alih seperti komputer riba dan Tablet PC serta peranti mudah alih lain
seperti telefon pintar dan pemain media biasanya mempunyai skrin LCD yang siap dipasang.
Rajah 3.9 : Monitor LCD
3.2.2 Monitor plasma
Merupakan peranti paparan yang menggunakan teknologi gas plasma, di mana lapisan gas
terletak di tengah-tengah antara dua piring kaca. Apabila voltan dialirkan, gas akan
melepaskan cahaya ultraungu (ultraviolet light, UV). Cahaya UV ini akan menyebabkan
piksel pada skrin bersinar dan membentuk imej.
Rajah 3.10 : Monitor Plasma
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
3.2.3 Monitor CRT
Merupakan monitor desktop yang mengandungi tiub sinar-katod. Tiub sinar-katod ini
merupakan tiub kaca yang besar. Di hadapan tiub terdapat skrin yang dilapisi oleh titik kecil
fosfor di atas tiub sinar-katod. Setiap titik kecil terdiri daripada fosfor merah, hijau dan biru.
Tiga titik ini akan bergabung membentuk piksel. Di dalam tiub sinar-katod, pancaran elektron
bergerak ke hadapan dan belakang melepasi belakang skrin. Ini menyebabkan skrinbersinar
dan menghasilkan imej. Monitor CRT mempunyai tapak yang lebih besar daripada monitor
LCD dan memerlukan ruang yang besar. Walaupun monitor CRT berkos rendah tetapi ia
menghasilkan haba yang lebih banyak dan menggunakan tenaga yang lebih berbanding
monitor LCD.
Rajah 3.11 : Monitor CRT
4.0 PERANTI STORAN 11. NUDRA SYAFIN
Storan memegang data, arahan, dan maklumat yang digunakan kemudian. Peranti storan
ialah perkakasan yang menyimpan dan/atau mengambil item dari dan ke medium storan.
Menulis (writing) ialah proses memindahkan data, arahan, dan maklumat dari memori ke
medium storan. Baca (reading) ialah proses memindahkan item-item tersebut dari medium
storan ke memori.
4.1 Pemacu Keras Dalaman Dan Luaran
Pemacu keras ialah peranti storan yang mengandungi satu atau lebih plat bulat yang
menyimpan data, arahan dan maklumat secara magnetik. Unit sistem dalam komputer
desktop atau komputer riba biasanya mempunyai paling kurang satu pemacu keras, yang
biasanya disebut pemacu keras dalaman. Pemacu ini diletakkan di dalam bekas yang kedap
udara bagi mengelakkan daripada tercemar. Terdapat juga pemacu keras mini yang
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
mempunyai saiz yang lebih kecil dan digunakan pada peranti mudah alih. Pemacu jenis ini
menyediakan ruang storan yang lebih besar berbanding memori flash.
Rajah 3.12 : Pemacu Keras Dalaman
Pemacu keras luaran pula ialah pemacu yang dihubungkan melalui kabel dengan liang USB
atau liang firewire ke unit sistem. Sama seperti pemacu keras dalaman, pemacu keras luaran
juga diletakkan dalam bekas yang kedap udara. Kelebihan pemacu keras luaran ialahia dapat
digunakan sebagai storan tambahan bagi komputer dan komputer mudah alih
Rajah 3.13 : Pemacu Keras Luaran
4.2 Pemacu Thumbdrive
Pemacu thumbdrive merupakan peranti storan memori flash yang disambung kepada
komputer atau peranti mudah alih melalui liang USB. Pemacu flash USB sangat sesuai bagi
pengguna peranti mudah alih kerana cirinya yang kecil dan ringan memudahkan ia dibawa
ke mana-mana sebagai key-chain.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
Rajah 3.14 : Pemacu Thumbdrive
4.3 DVD dan Cakera Blu-Ray
Walaupun saiz dan bentuk CD dan DVD adalah sama, tetapi dari segi penyimpanan data,
arahan dan maklumat dalah berbeza. Kualiti DVD juga adalah lebih jauh baik daripada CD
kerana imej yang disimpan di dalam DVD mempunyai resolusi tinggi. Secara luasnya, DVD
boleh menyimpan 4.7GB sehingga 17GB, bergantung kepada teknik penyimpanan yang
digunakan.
DVD-ROM (digital versatile disc-read only memory) mempunyai cakera optikal berkapasiti
tinggi dimana pengguna boleh membaca tetapi tidak boleh menulis atau memadam.
Kebanyakan DVD-ROM digunakan untuk menyimpan movie, muzik, video, pangkalan data
yang besar dan perisian yang kompleks.
Format fomat yang terkini dan paling mahal adalah Blu-ray. Blu-ray mempunyai kapasiti yang
lebih besar dan kualiti yang lebih baik daripada DVD biasa terutamanya untuk audio dan
video yang berdefinisi tinggi. Cakera Blu-ray-ROM (BD-ROM) mempunyai kapasiti 100GB dan
menjangkau 200GB pada masa akan datang.
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
5.0 LIANG (PORT) DAN PENGHUBUNG 12. NUR FATIHAH
Liang ialah tempat di mana periferal disambung atau berhubung dengan unit sistem.
Penghubung menghubungkan kabel dengan liang.
5.1 Liang USB
Liang USB adalah singkatan liang bas bersiri universal yang boleh menghubungkan sehingga
127 periferal berlainan secara bersama-sama dengan satu penghubung. Antara peranti yang
dihubungkan dengan liang USB ialah tetikus, monitor, kamera digital, pencetak, pengimbas,
telefon pintar, PDA, dan pemacu keras boleh alih. Bagi menghubungkan pelbagai periferal
pada satu liang USB, boleh digunakan hab USB. Hab USB adalah peranti yang disambungkan
pada liang USB pada unit sistem dan ia sendiri mempunyai banyak liang USB.
Rajah 3.15 : Liang USB dan Penghubung USB
5.2 Liang Komunikasi Bersiri
Liang komunikasi bersiri merupakan sejenis antara muka yang menghubungkan peranti
kepada unit sistem dengan memindahkan data sebanyak 1 bit dalam satu-satu masa. Liang
komunikasi bersiri biasanya menghubungkan peranti yang tidak memerlukan kadar transmisi
yang cepat, seperti tetikus, papan kekunci, atau modem.
Rajah 3.16 : Liang komunikasi bersiri
Kod Kertas UIT 2221/T01/KP01 Muka surat : 1 drpd 22
5.3 Liang Bluetooth
Teknologi bluetooth menggunakan gelombang radio untuk menghantar data antara dua
peranti. Peranti bluetooth mesti berada di antara lingkungan 33 kaki antara satu sama lain.
Kebanyakan komputer, periferal, telefon, PDA, kereta, dan perkakasan elektronik yang lain
boleh menggunakan bluetooth, dimana terdapatnya chip kecil yang membenarkan antara
mereka berkomunikasi dengan peranti yang mempunyai bluetooth.
Bagi komputer yang tidak mempunyai bluetooth, boleh lah membeli liang adapter bluetooth
tanpa wayar yang akan menukar liang USB yang sedia ada kepada liang bluetooth. Ianya
juga terdapat dalam bentuk kad PC bluetooth dan kad ekpress modular untuk komputer riba
dan kad bluetooth untuk telefon dan PDA.
RUJUKAN :
1. Othman Shariff.2010. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi &
Internet. Venton Publishing
2. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.
2010, Sistem Komputer & Aplikasinya, Venton Publishing.
3. Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail, 2009. Panduan Asas Komuter, Venton
Publishing
4. Shelly, G. B. & Vermaat, M. E. 2010. Discovering Computers 2010. The
Components of the System Unit. USA : ISE Course Technology. Hlm 210-395
5. Morley, D. & Parker, C. S. 2007. 11TH Edition. Understanding computers. The
System Unit : Processing and Memory. USA : Thomson Course Technology. Hlm
54-156.