The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JPL UIT 2221 KERTAS PENERANGAN TOPIK 2 TROUBLESHOOTING KOMPUTER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Teacher Aya, 2022-03-13 03:04:06

JPL UIT 2221 KERTAS PENERANGAN TOPIK 2 TROUBLESHOOTING KOMPUTER

JPL UIT 2221 KERTAS PENERANGAN TOPIK 2 TROUBLESHOOTING KOMPUTER

Keywords: PEMBENTANGAN TOPIK 2

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA SUBJEK UIT 2221 TEKNOLOGI MAKLUMAT

/ SUBJECT’S CODE & NAME 2 / (STL/ STW/ SHF/ SHP) SEMESTER 2

TAHAP (LEVEL) / KOD 02 : TROUBLESHOOTING KOMPUTER
KURSUS
NO. DAN TOPIK / 02.01 PAPAN UTAMA
02.02 UNIT PEMPROSESAN PUSAT
TOPIC AND NO. 02.03 INGATAN
02.04 KAD AUDIO
NO. DAN SUB TOPIK / 02.05 KAD GRAFIK
02.06 PENYELENGGARAAN KOMPUTER
SUB TOPIC AND NO.

OBJEKTIF PENCAPAIAN Modul ini akan memperkenalkan pelajar bagaimana untuk
troubleshoot komputer dan penyelenggara komputer. Huraian dan
PIAWAIAN / TERMINAL penerangan yang lebih mendalam mengenai perkakasan dan
PERFORMANCE OBJECTIVE komponen-komponen komputer juga diterangkan dalam modul ini.

TUJUAN Pada akhir modul, pelajar sepatutnya boleh :
• Mengenali sistem utama komputer dan komponen-
PENERANGAN : komponen yang terdapat pada sistem utama.

Topik 02-Kertas Penerangan • Mengenal pasti unit-unit yang ada dalam CPU.

• Mengenali jenis-jenis ingatan serta fungsi setiap jenis
tersebut.

• Mengenali kad yang digunakan dalam sistem unit dan
fungsi setiap kad tersebut.

• Boleh melakukan troubleshooting untuk komputer yang
mengalami masalah mudah dari segi perkakasan dan
perisian.

• Boleh menyelenggara komputer yang bermasalah sama
ada masalah perisian atau perkakasan.

Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

TROUBLESHOOTING DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER

13. NUR IZZATI

Di dalam bab sebelum ini kita telah membincangkan tentang sebuah komputer mengandungi
perkakasan yang digunakan sebagai input, proses, output, storan, dan komunikasi.
Kebanyakan perkakasan komputer berada di dalam unit sistem. Unit sistem mengandungi
peralatan elektronik (peranti) untuk memproses data iaitu dari input dan menghasilkan
output (maklumat). Sistem unit juga berfungsi menguruskan ingatan (storan) dan
komunikasi.

➢ Unit sistem tidak terhad kepada komputer peribadi atau komputer riba. Ianya wujud
dalam semua peralatan elektronik sebagai contoh kalkulator, telefon bimbit, PDA,
radio, televisyen, dan alat kawalan jauh.

➢ Unit sistem adalah bekas yang mengandungi komponen elektronik komputer yang
digunakan untuk memproses data. Unit sistem terdapat dalam pelbagai bentuk dan

saiz. Bekas unit sistem ini dipanggil chassis, diperbuat daripada logam dan plastik

dan berfungsi melindungi komponen dalaman.
➢ Unit sistem komputer kadang kala perlu dibuka untuk menggantikan atau memasang

komponen elektronik yang baru. Oleh itu, anda harus biasa dan kenal dengan
komponen elektronik dalam unit sistem.
➢ Rajah 1.0 di bawah menunjukkan beberapa komponen seperti CPU, RAM, kad bunyi,
kad video, port dan pembekal kuasa.

Rajah 1.0 : Komponen dalam unit sistem

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

1. 0 Papan utama

➢ Komponen elektronik dan semua litar dalam sistem unit, seperti pemproses dan
memori adalah sebahagian daripada atau berhubung dengan papan litar yang
dipanggil papan utama.

➢ Papan utama merupakan peralatan utama di dalam sebuah unit komputer yang
menghubungkan perkakasan atau peranti antara satu sama lain yang boleh
dikategorikan kepada iaitu perkakasan dalaman dan luaran. Peranti-peranti yang
terlibat telah disentuh di dalam Modul 01 sebelum ini.

➢ Cip komputer adalah bahagian kecil bagi semi-konduktor seperti silikon di mana litar
bersepadu dibina. Setiap litar bersepadu ini boleh mengandungi beribu-ribu elemen
seperti resistor, kapasitor, dan transistor.

Komponen-komponen yang kebiasaannya terdapat pada papan utama adalah seperti senarai
di bawah:

a. Bateri CMOS
b. Cip BIOS/ROM
c. Slot RAM
d. Slot CPU

e. Penghubung kipas CPU
f. Penghubung kipas chassis

g. Kad Grafik
h. Kad bunyi
i. Penghubung pembekal kuasa
j. Penghubung Floppy Disk
k. Penghubung Storan (SATA atau IDE)
l. Kad rangkaian

m. Port serial
n. Port Parallel
o. Port USB
p. Port Firewire
q. Port PS2
r. Port Output Audio
s. Port Mikrofon
t. Port khas – MIDI, SCSI, IrDA dan Bluetooth

u. Lain-lain peralatan seperti kad modem, PMCIA, kad tanpa wayar

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

Rajah 1.2 : Komponen-komponen elektronik di papan utama

2.0 Unit Pemprosesan Pusat (CPU) 14. NUR IZZATI MARDHIAH

➢ Unit Pemprosesan Pusat mentafsir, menterjemah dan melaksanakan arahan asas
untuk menjana sebuah komputer.

o Unit pemprosesan Pusat memberi kesan kepada keupayaan komputer dan
menguruskan kebanyakan operasi komputer.

➢ Kebanyakan komputer yang sedia ada kini mempunyai lebih dari satu pemproses
pusat dalam sebuah komputer. Pemproses pusat mengandungi litar diperlukan untuk
melaksanakan arahan.

o Sistem operasi melihat setiap pemproses pusat sebagai pemproses yang
berasingan.

➢ Pemproses multi-core adalah merupakan cip tunggal dengan dua atau lebih
pemproses pusat yang berasingan.

o Dua jenis pemproses yang popular masa kini adalah dual-core atau quad-
core. Pemproses dual-core adalah cip yang mengandungi dua pemproses
pusat yang berasingan.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

o Manakala, pemproses quad-core adalah cip yang mengandungi empat
pemproses pusat yang berasingan.

➢ Terdapat 2 komponen di dalam Unit Pemprosesan Pusat iaitu Unit kawalan dan unit
logik aritmetik. Rajah 2.0 di bawah menunjukkan bagaimana sesebuah komputer
beroperasi.

Rajah 2.0 : Data (input) disimpan dan diproses oleh pemprosesan pusat dan bertukar
menjadi maklumat (output)

➢ Daripada rajah di atas menunjukkan kebanyakan peranti berhubung dengan
komputer, komunikasi dengan pemproses untuk melaksanakan tugasan atau arahan.

➢ Data yang dimasukkan ke dalam komputer dengan menggunakan peranti input akan
dipegang oleh memori dan akan dihantar kepada unit sistem.

➢ Data dan arahan tadi akan diproses dalam unit sistem dan akan dihantar semula
sebagai maklumat (output) dan dihantar kepada peranti output atau storan untuk
simpanan.

➢ Di bawah adalah penerangan mengenai Rajah 2.0 :

a) Unit Kawalan
o Unit yang mengawal unit pemprosesan pusat. Unit kawalan menerima arahan

daripada program atau aplikasi dan melakukan tindakan terhadap arahan
tersebut.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

b) Unit logik Aritmetik
o Komponen yang melakukan tugas-tugas aritmetik seperti pengiraan,

perbandingan dan lain-lain tugas aritmetik.
o Ini bererti segala arahan dan data dalam bentuk binari (1 dan 0) dan di sinilah

segala penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian aritmetik serta
perbandingan berlaku secara asasnya.

c) Registers
o Setiap unit pemprosesan mempunyai ingatannya yang tersendiri yang dikenali

sebagai register.

➢ Unit pemprosesan pusat bergantung pada litar kristal kuarza kecil untuk mengawal
masa pemprosesan komputer.

➢ Hertz (Hz) adalah ukuran jumlah sistem masa sesaat unit pemprosesan pusat.
Semakin besar bilangan Hz sesuatu pemproses maka semakin pantas ia untuk

melaksanakan sesuatu arahan.

3.0 Ingatan 15. NUR SOLEHAH

➢ Ingatan mengandungi komponen elektronik yang menyimpan arahan-arahan yang
akan dilaksanakan oleh pemproses, data yang diperlukan untuk arahan tersebut dan
hasil daripada pemprosesan.

➢ Berbeza dengan pemproses, ingatan tidak melaksanakan proses terhadap data yang
disimpannya.

➢ Ingatan hanya berguna apabila data diperlukan oleh komponen komputer yang lain.
Ruangan Ingatan dikategorikan kepada 3 fungsi iaitu:

1. Digunakan oleh sistem operasi dan sistem perisian lain untuk
mengawal dan menyelenggara komputer dan peranti.

2. Digunakan oleh program aplikasi untuk melaksanakan tugas khas
seperti pemprosesan kata.

3. Menyimpan data yang diproses oleh program aplikasi dan
menghasilkan maklumat.

➢ Byte adalah unit asas storan dalam ingatan. Semasa arahan dilaksanakan, data serta
arahan wujud dalam bentuk byte (binari) dan akan disimpan di dalam alamat

ingatan.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

➢ Alamat merupakan satu tempat simpanan byte yang unik. Semakin besar jumlah
byte maka semakin banyak ruangan alamat dalam ingatan.

➢ Masa capaian ingatan adalah jumlah masa yang diperlukan untuk pemproses
membaca data, arahan dan maklumat dari ingatan. Unit yang selalu di gunakan

adalah nanosesaat(ns).

➢ Kebanyakan pengilang menggunakan Hz untuk memaparkan kelajuan masa capaian.
Contohnya, RAM berlabel 800MHz DDR2 SDRAM bermakna 1.25ns
(1,000,000,000/800,000,000) masa capaian.

➢ Terdapat dua jenis memori dalam sistem unit iaitu meruap dan tidak meruap. Apabila
sebuah komputer di tutup, memori meruap akan hilang kandungannya.

➢ Berbeza dengan memori tidak meruap, kandungannya tidak akan hilang apabila
komputer ditutup. Oleh itu, memori meruap adalah bersifat sementara manakala
memori tidak meruap bersifat kekal.

➢ RAM adalah contoh bagi memori meruap dan contoh bagi memori tidak meruap pula
adalah seperti ROM, CD, CMOS dan cakera keras.

16. NURALIA SUFINA

3.1 RAM – Ingatan Capaian Rawak

➢ RAM juga dipanggil ingatan utama dibina daripada beberapa cip ingatan yang boleh
dibaca dan ditulis oleh pemproses atau peranti lain.

➢ Apabila komputer dihidupkan dan sedang digunakan, fail sistem operasi dari cakera
keras diambil dan disimpan dalam RAM untuk mengekalkan perjalanan komputer.

➢ Begitu juga dengan aplikasi-aplikasi lain yang sedang beroperasi semuanya disimpan
sementara dalam RAM. Apabila komputer dimatikan, storan dalam RAM dikosongkan.

Rajah 3.1 : RAM yang dimasukkan pada papan utama

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

Terdapat 3 jenis asas RAM:

1. RAM Dinamik
➢ Cip yang memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi atau jika tidak
kandung akan hilang.

2. RAM Statik
➢ Lebih baik daripada RAM Dinamik dan tidak memerlukan tenaga untuk
mengekalkan maklumat.
➢ Walau bagaimanapun ianya lebih mahal daripada RAM dinamik.

3. RAM Magnetoresistive
➢ Menyimpan data dalam bentuk caj magnetik berbanding caj elektrik.
➢ Mempunyai kapasiti yang lebih besar dan tiada kehilangan data apabila
bekalan kuasa tiada.
➢ RAM ini dipercayai akan menggantikan DRAM dan SRAM.

3.2 CACHE

Cache merupakan ingatan yang dibina untuk meningkatkan kelajuan komputer. Cache
menyimpan arahan dan data yang selalu digunakan. Ingatan ini bersifat sementara dan akan
hilang apabila komputer dimatikan.

Cache terdiri daripada 3 jenis :

1. L1 cache
Dibina di dalam unit pemprosesan pusat. Kebiasaannya mengandungi kapasiti yang
kecil iaitu antara 8 KB hingga 128 KB.

2. L2 cache
Sedikit perlahan daripada LI cache tetapi kapasitinya lebih besar daripada L1 cahce
iaitu di antara 64 KB hingga 16 MB.

3. L3 cache
Dibina dalam papan utama. kapasiti di antara 8 MB sehingga 24MB.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

L1 Cache
L2 Cache

L3 Cache

Rajah 3.2 : 3 jenis Cache iaitu L1 cache, L2 cache, dan L3 cache. L1 cache adalah
capaian paling laju. L2 cache lebih perlahan dari L1 cache. Manakala L3 cache lebih

perlahan daripada L1 dan L2 cache.

3.3 ROM – Ingatan baca sahaja

➢ ROM adalah bersifat tidak meruap. Data di dalam ROM tidak akan hilang apabila tiada
bekalan kuasa.

➢ ROM mengandungi data kekal, arahan, dan maklumat. PROM (Programmable Read
Only Memory) memerlukan pengaturcara untuk menulis arahan, maklumat dan data

di dalam cip sebelum ianya menjadi ROM dan tidak boleh ditukar dan dipadamkan
lagi.

➢ EEPROM (Electrically erasable programmable read-only memory) membenarkan

pengaturcara untuk memadam maklumat menggunakan isyarat elektrik dan menulis
semula arahan baru.

3.4 Memori Flash 17. NURUL AFIDA

➢ Memori Flash merupakan sejenis ingatan yang tidak meruap yang mana ia boleh

dibaca dan ditulis. Memori Flash juga menyimpan data dan program bagi komputer

dan peralatan lain seperti telefon pintar, PDA, pencetak, pengimbas, perakam suara

elektrik dan banyak lagi.

3.5 CMOS

➢ CMOS (Complementary metal-oxide semiconductor) juga merupakan memori tidak

meruap. Ia memberi capaian yang pantas serta menggunakan sedikit tenaga elektrik.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

➢ Bateri sering kali digunakan untuk mengekalkan maklumat walaupun komputer
dimatikan. CMOS menyimpan data kalendar, tarikh, masa semasa walaupun
komputer dimatikan.

4.0 KAD AUDIO

➢ Kad Audio ataupun juga dikenali sebagai kad bunyi memudahkan input dan output
signal audio kepada dan daripada komputer dengan kawalan dari program komputer.

➢ Kebanyakan komputer kini mempunyai kebolehan bunyi bina dalam, sementara yang
lain memerlukan kad tambahan untuk menyediakan kebolehan audio.

5.0 KAD GRAFIK

➢ Kad grafik juga dipanggil kad video atau kad paparan.
➢ Kad grafik digunakan untuk menghasilkan output imej sebagai paparan.
➢ Banyak kad video menyediakan fungsi tambahan seperti Grafik 2D, tangkapan video,

TV output, pengekodan MPEG-2/MPEG-4 atau membolehkan untuk berhubung
pelbagai monitor.

6.0 TROUBLESHOOT KOMPUTER 18. NURUL FATHAH

6.1 Pemasangan komputer

Keperluan perkakasan utama yang perlu ada untuk membina sebuah komputer :

1. Chassis

2. Alat bekalan kuasa

3. Papan utama

4. Tetikus

5. Skrin paparan

6. CPU

7. RAM

8. Pemacu cakera keras

9. Pemacu CD/DVD

10. Monitor

11. Kad bunyi

12. Kad rangkaian

13. Mempunyai liang seperti USB, serial, PS2 dan lain-lain liang penghubung yang

dirasakan perlu Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Topik 02-Kertas Penerangan

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

Peralatan atau peranti sampingan :

1. Pencetak
2. Pengimbas
3. Kamera web
4. Cakera keras luaran

5. Thumb drive

6. Pembaca kad

Keperluan perisian:

1. Sistem operasi – produk Microsoft, Linux, Unix, dan lain-lain
2. Perisian khas seperti aplikasi DNS (Domain Name Server)
3. Perisian pemacu untuk membolehkan peralatan berfungsi

6.2 Kaedah Penjagaan Komputer

1. Sistem penyejukan – memastikan semua peralatan komputer tidak terlalu panas.
Adalah lebih baik di dalam bilik penghawa dingin dan mempunyai kipas dalaman
(contohnya kipas CPU) yang baik.

2. Bekalan kuasa – hendaklah bekalan kuasa adalah mencukupi dan tidak mengalami
ganggu. Apabila bekalan kuasa terputus kemungkinan kerosakan pada peralatan
komputer terutama storan.

3. Perisian keselamatan komputer – Antivirus adalah penting untuk menjaga

keselamatan komputer daripada ancaman dari virus, spyware, worm, trojan dan
sebagainya. Perisian anti-spyware, firewall dan lain-lain juga sama pentingnya.

4. Kedudukan komputer – seelok-eloknya komputer diletakkan pada tempat yang
sepatutnya seperti di atas meja dan tempat yang kering serta mempunyai kedudukan
yang menyenangkan ketika menggunakannya.

5. Kemas kini perisian – proses kemas kini sistem operasi dan perisian aplikasi
hendaklah dilakukan bagi membolehkan perisian sentiasa terkini. Begitu juga perisian
pemacu bagi peralatan komputer.

6. Membuang fail atau program tidak digunakan – Membuang fail dan program
merupakan salah satu cara mengikatkan prestasi dan keupayaan komputer.

7. Pengendalian semasa dihidupkan dan dimatikan – hendaklah memastikan
komputer dihidupkan dan dimatikan dengan cara yang betul. Pengguna hendaklah
bersabar sedikit untuk membuka atau menutup komputer kerana kadangkala ianya
mengambil masa yang agak lama.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

6.3 Mengenal Pasti Masalah Dan Pembaikan Komputer 19. NURUL FATIHAH

Kegagalan fungsi komputer mengganggu operasi sebuah komputer. Kegagalan fungsisebuah
komputer seringkali terjadi disebabkan oleh perkakasan dan perisian. Kadang kala kegagalan
fungsi perisian dan perkakasan ini tidak disedari kerana perkakasan atau perisianitu tidak
digunakan pada masa itu. Adalah penting untuk seorang itu mengenal pasti masalah supaya
proses pembaikan dapat dilakukan supaya dapat menjimatkan masa dan kos.

6.3.1 Mengenal Pasti Kegagalan Perkakasan Dan Pembaikannya

a. Kegagalan komputer disebabkan masalah bekalan kuasa
➢ Apabila komputer gagal untuk dihidupkan atau berfungsi mungkin disebabkan
masalah berkaitan bekalan kuasa berlaku.
➢ Simptom yang jelas menunjukkan kegagalan kuasa apabila tiada apa-apa

tindak balas apabila butang kuasa ditekan iaitu tiada bunyi buzzer, lampu dan

kipas tidak berpusing.
➢ Masalah ini mungkin berpunca daripada:

i. Tiada sambungan antara komputer dengan bekalan kuasa.
ii. Terdapat kecacatan pada wayar bekalan kuasa sama ada fius

atau wayar terputus.
iii. Kegagalan alat bekalan kuasa ke papan utama.
iv. Kerosakan pada butang suis.
v. Kesalahan memasang peralatan-peralatan komputer.

➢ Kaedah membaik pulih masalah ini hendaklah dimulakan dengan memastikan
sambungan telah dibuat dengan sempurna iaitu sambungan dalaman
komputer serta sambungan dengan bekalan kuasa.

➢ Sekiranya masih gagal beroperasi maka hendaklah menukar peralatan seperti
butang suis kuasa, kabel elektrik, soket elektrik, fius dalam soket dan alat
bekalan kuasa.

➢ Selalunya kegagalan alat bekalan kuasa sering terjadi menyebabkan
komputer gagal beroperasi.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

b. Kegagalan CPU
➢ Jika komputer mempunyai mampu dihidupkan tetapi tidak boleh memasuki
proses memulakan komputer ini bererti terdapat masalah CPU. Kegagalan
CPU dapat dikesan beberapa tanda antaranya:
i. Semasa komputer dihidupkan komputer seolah-olah berfungsi
yang mana kipas penyejukan berfungsi tetapi tidak
sebenarnya.
ii. Terdapat isyarat bunyi.
iii. Terdapat isyarat lampu.
iv. Komputer terpadam selepas dihidupkan.
v. Tiada apa-apa perubahan selepas dihidupkan seperti tiada
bekalan kuasa.
➢ Bagi memastikan CPU benar-benar bermasalah sila buka dan pasang semula
CPU untuk menguji sama ada ianya rosak atau tidak.
➢ Proses mengeluarkan dan memasang semula CPU memerlukan kita membuka
kipas dan sirip penyejuk yang berada di atas CPU.
➢ Namun begitu, jika sesebuah komputer mempunyai 2 atau lebih CPU maka ia
masih boleh beroperasi. kita boleh memeriksa BIOS dan memeriksa maklumat
CPU selepas komputer dihidupkan.

c. Kegagalan RAM
➢ Masalah RAM hampir sama dengan masalah CPU.
➢ Oleh itu jika ingin menggantikan RAM sila pastikan papan utama menyokong
spesifikasi RAM yang hendak digantikan.

d. Peralatan terlalu panas 20. NURULAIN

➢ Apabila komputer terlalu panas terdapat dua tanda yang jelas iaitu komputer

mati secara automatik atau komputer tergendala.

➢ Kebiasaannya peralatan seperti CPU, RAM, papan utama dan cakera keras

akan lebih panas.

➢ Untuk memastikan komputer tidak terlalu panas ada beberapa kaedah.

o Pertama, memastikan semua kipas berfungsi.

o Kedua menambah kipas penyejuk.

o Ketiganya, komputer berada dalam tempat yang mempunyai sistem
penyejukan yang baik.

➢ Penggunaan komputer dalam tempoh masa yang panjang juga akan
memanaskan komputer.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

e. Kegagalan skrin paparan
➢ Sekiranya paparan rosak, ini bererti tiada paparan dapat dilihat tetapi
komputer masih boleh beroperasi kerana fungsi-fungsi komputer tidak
terletak pada skrin paparan.
➢ Contohnya komputer yang dijadikan sebagai pelayan laman web, pengguna
masih boleh melayari laman web.
➢ Oleh itu kaedah paling mudah memastikan skrin rosak adalah melihat lampu
pada komputer atau skrin.
➢ Jika kualiti paparan tidak memuaskan atau terjejas ini jelas menunjukkan skrin
paparan menghadapi masalah.

f. Kegagalan pemacu cakera keras
➢ Kegagalan pemacu cakera keras menyebabkan komputer tidak berfungsi
kerana di dalam pemacu cakera keras menyimpan banyak data dan
maklumat.
➢ Kerosakan pemacu cakera keras juga dapat dikesan apabila data atau
maklumat dalam pemacu cakera keras sukar untuk dicapai atau mengambil
masa yang lama untuk mendapatkannya.
➢ Kadangkala sesebuah komputer mengandungi lebih daripada satu pemacu
cakera keras yang mana ianya mungkin masih boleh beroperasi disebabkan
maklumat untuk menjalankan operasi tidak terjejas.
➢ Kegagalan pemacu cakera keras boleh dibahagikan dalam beberapa keadaan.
i. Kerosakan pemacu cakera keras keseluruhannya. Memerlukan
penukaran pemacu cakera keras dan pemasangan semula sistem
operasi dan perisian-perisian lain.
ii. Kerosakan pada data menyebabkan data di dalam pemacu cakera
keras terpadam atau rosak. Pengguna perlu memperbaiki atau
mendapatkan semula data tersebut.
iii. Masalah pada sistem litar pada pemacu cakera keras akan
menyebabkan pemacu cakera keras tidak stabil. Adalah lebih baik
menggantikan pemacu cakera keras supaya data dan maklumat dapat
diselamatkan sebelum pemacu cakera keras mengalami kerosakan
kekal.
iv. Kerosakan pada sektor-sektor dalam pemacu cakera keras
menyebabkan data menjadi rosak dan tidak dapat di tafsir oleh
komputer. Pengguna perlu melakukan satu proses membaiki sektor ini

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

(contohnya scandisk dalam windows) atau menggantikan pemacu

cakera keras yang baru.

g. Kegagalan CD/DVD-ROM 21. SITI FAIRUZ

➢ Kita jarang menggunakan pemacu CD atau DVD tetapi ia amat penting bagi

sesebuah komputer.

➢ Pemacu ini biasanya digunakan untuk memasangkan perisian ke dalam

komputer.

➢ Ianya juga boleh digunakan untuk memindahkan fail ke dalam CD atau DVD.

➢ Masalah pemacu CD/DVD mungkin disebabkan masalah pemacu CD/DVD

untuk membaca atau menulis data.

➢ Sekiranya CD/DVD rosak juga menyebabkan pemacu tidak boleh membaca

atau menulis fail dalamnya.

h. Kegagalan peralatan/peranti luaran
➢ Peralatan-peralatan papan kekunci dan tetikus amat penting untuk sebuah
komputer.
➢ Peralatan-peralatan lain yang kadangkala dihubungkan dengan komputer
seperti pencetak, pengimbas, pembaca kod bar, kamera digital dan lain-lain.
➢ Kegagalan peranti mungkin berpunca dari 2 sebab iaitu:
o pertama, perisian pemacu peranti yang tidak sesuai.
o kedua peralatan/peranti luaran sememangnya telah rosak atau gagal
berfungsi dengan baik.
➢ Memperbaiki atau menukar peralatan adalah satu cara menyelesaikan
masalah berkaitan dengan peranti.
➢ Pengguna juga boleh memasang perisian pemacu semula untuk membaiki
fail-fail yang diperlukan untuk berfungsi.

i. Kehabisan tenaga bateri CMOS
➢ Bateri pada papan utama amat penting untuk membolehkan BIOS/CMOS
menyimpan data.
➢ Sekiranya BIOS tidak mampu menyimpan maklumat seperti tarikh maka
adalah perlu bateri dalam komputer ditukarkan.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

6.3.2 Mengenal Pasti Kegagalan Perisian Dan Pembaikannya

a. BIOS atau CMOS 22. SITI NUR FATIHAH

➢ Perisian BIOS atau CMOS amat penting untuk memulakan komputer.

➢ BIOS atau CMOS perlu berfungsi sebelum sistem operasi mengambil alih

tugas komputer.

➢ BIOS atau CMOS tidak boleh diperbaiki tetapi cip BIOS/CMOS boleh

digantikan.

➢ Adalah penting menjaga bekalan kuasa BIOS/CMOS supaya maklumatnya

tidak berubah kepada maklumat asas.

b. Sistem operasi
Sistem operasi adalah platform bagi sesebuah komputer. Masalah sistem operasi
terdapat beberapa simptom seperti
i. Komputer gagal memasuki sistem operasi secara keseluruhan
ii. Komputer gagal meneruskan atau pun berhenti pada satu tahap sebelum
dihidupkan sepenuhnya.
iii. Prestasi atau keupayaan komputer didapati semakin perlahan
iv. Tidak boleh melakukan fungsi atau tugas walaupun telah memasuki sistem
operasi.

Apabila komputer menghadapi masalah sistem operasi maka adalah penting untuk membaik
pulih atau memasang semula sistem operasi agar komputer dapat digunakan dengan lebih
baik.

c. Masalah pemacu perisian
➢ Perisian pemacu amat penting untuk membolehkan sesuatu peranti atau
peralatan berfungsi.
➢ Oleh itu, perisian pemacu perlu diperiksa sekiranya sesuatu peralatan itu
gagal berfungsi untuk memastikan samada peralatan atau perisian pemacu
yang mengalami kerosakan.

d. Masalah perisian khas
➢ Perisian khas digunakan bagi melakukan tugas-tugas tertentu seperti
pemprosesan kata.
➢ Pengguna perlu mengemas kini perisian dan membaiki perisian untuk
memastikan ianya menjalankan tugas tertentu.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

Kegagalan perisian kebiasaannya disebabkan data dalam storan menghadapi kerosakan atau
kepincangan. Perisian-perisian perlu dikemas kini selalu. Jika terdapat masalah maka kita
perlu memasang semula atau memperbaiki perisian tersebut.

6.3.3 Kesan Kegagalan Perisian Dan Perkakasan 23. ZULAIKHA

a. Keupayaan dan prestasi komputer menjadi semakin perlahan
➢ Komputer menunjukkan pengurangan prestasi semasa digunakan.

kelambatan atau kelewatan sesuatu kerja sehingga mengambil masa yang
agak lama.

➢ Sebagai contoh untuk membuka satu laman sesawang ianya mengambil masa
yang cukup lama untuk dipaparkan.

➢ Kelewatan ini juga dapat dilihat melalui penggunaan CPU, RAM, capaian ke

atas pemacu cakera keras, cakera optik dan peranti storan luaran.

b. Komputer tergendala
➢ Semasa komputer sedang digunakan secara tiba-tiba komputer tidak boleh
digunakan.
➢ Paparan menjadi statik, peralatan seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan
pencetak tidak berfungsi.

c. Komputer tertutup atau restart secara tiba-tiba
➢ Komputer terpadam atau hidup semula secara tiba-tiba walaupun pengguna
tidak membuat proses tersebut.

d. Komputer tidak dapat dihidupkan
➢ Kegagalan untuk menghidupkan komputer samada masalah bekalan kuasa
atau masalah memulakan sistem operasi.

e. Fungsi peralatan peranti input atau output tidak dapat digunakan
➢ Kegagalan fungsi peranti input dan output dari awal komputer dihidupkan
atau semasa peralatan disambungkan.

f. Perisian-perisian khas tidak berfungsi dengan baik
➢ Perisian-perisian khas tidak dapat dipasang atau tidak dapat digunakan
secara maksimum selepas dipasang dalam sebuah komputer.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)

Kod Kertas UIT 2221/T02/KP02 Muka surat : 1 drpd 18

RUJUKAN :

1. Othman Shariff.2010. Manual Asas Pemasangan Komputer Peribadi & Internet.
Venton Publishing

2. Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2010,
Sistem Komputer & Aplikasinya, Venton Publishing.

3. Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail, 2009. Panduan Asas Komuter, Venton
Publishing

4. Shelly, G. B. & Vermaat, M. E. 2010. Discovering Computers 2010. The Components
of the System Unit. USA : ISE Course Technology. Hlm 208-255.

5. Morley, D. & Parker, C. S. 2007. 11TH Edition. Understanding computers. The System
Unit : Processing and Memory. USA : Thomson Course Technology. Hlm 54-95.

Topik 02-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)


Click to View FlipBook Version