Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 1 drpd 28
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA SUBJEK
/ SUBJECT’S CODE & NAME UIT 2221 TEKNOLOGI MAKLUMAT
TAHAP (LEVEL) / KOD 2/ SEMESTER 2
KURSUS
NO. DAN TOPIK / 03 RANGKAIAN
TOPIC AND NO.
03.01 TAKRIFAN RANGKAIAN
NO. DAN SUB TOPIK / 03.02 PENGELASAN RANGKAIAN
SUB TOPIC AND NO. 03.03 SENIBINA RANGKAIAN
03.04 TOPOLOGI RANGKAIAN
OBJEKTIF PENCAPAIAN 03.05 PEMASANGAN RANGKAIAN
PIAWAIAN / 03.06 KONFIGURASI RANGKAIAN
TERMINAL PERFORMANCE 03.07 PERKAKASAN RANGKAIAN
OBJECTIVE 03.08 TROUBLESHOOT RANGKAIAN
Modul ini akan memperkenalkan pelajar bagaimana untuk
troubleshoot komputer dan penyelenggara komputer. Huraian dan
penerangan yang lebih mendalam mengenai perkakasan dan
komponen-komponen komputer juga diterangkan dalam modul ini.
TUJUAN · Menerangkan terma-terma dalam rangkaian iaitu takrifan
dan pengelasan rangkaian.
· Boleh membezakan dan menghuraikan jenis-jenis seni bina
dan topologi rangkaian.
· Mengetahui cara dan perkakasan yang diperlukan dalam
pemasangan rangkaian
· Mengetahui kaedah untuk mengkofigurasi rangkaian.
· Mengenal pasti dan mengetahui fungsi-fungsi setiap
perkakasan rangkaian.
· Boleh mengendalikan troubleshoot ringkas rangkaian.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 2 drpd 28
PENERANGAN :
PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN DAN PENYELENGARAAN RINGKAS
1.0 TAKRIFAN RANGKAIAN
Rangkaian adalah koleksi beberapa komputer dan perkakasan yang dihubungkan bersama
menggunakan peranti komunikasi dan media penghantaran. Rangkaian boleh terdiri
daripada rangkaian dalaman dalam sesebuah organisasi atau luaran iaitu ke dunia luar
melalui internet.
Banyak syarikat perniagaan menggunakan rangkaian untuk tujuan kemudahan komunikasi,
perkongsian perkakasan, data, dan maklumat seperti dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1 : Sebab-sebab syarikat perniagaan menggunakan rangkaian
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 3 drpd 28
Terdapat beberapa kebaikan daripada penggunaan rangkaian seperti diterangkan di bawah :
a) Memudahkan komunikasi
Dengan menggunakan rangkaian, komunikasi manusia akan menjadi lebih efisien
dengan menggunakan e-mail, blog, rangkaian sosial atas talian seperti facebook dan
twitter, mesyuarat atas talian, dan chat.
b) Perkongsian perkakasan
Dalam persekitaran rangkaian, setiap komputer mempunyai capaian pada perkakasan
dalam rangkaian. Pengguna di rumah dan di syarikat-syarikat perniagaan
menghubungkan perkakasan mereka pada rangkaian untuk jimat wang. Contohnya
apabila pencetak laser telah dihubungkan pada rangkaian, pengguna komputer yang
lebih daripada seorang boleh menggunakan pencetak tersebut dalam rangkaian.
c) Perkongsian data dan maklumat
Mana-mana pengguna komputer yang dikenal pasti dalam rangkaian boleh mencapai
data dan maklumat yang di simpan dalam komputer lain dalam rangkaian. Contohnya
dalam satu syarikat besar mempunyai satu pangkalan data maklumat pelanggan. Mana-
mana pengguna yang dikenal pasti boleh mencapai maklumat tersebut.
d) Perkongsian perisian
Pengguna yang telah dihubungkan dalam rangkaian mempunyai capaian perisian dalam
rangkaian. Untuk menyokong pelbagai pengguna mencapai perisian tersebut, pelbagai
vendor menjual perisian yang berlesen versi rangkaian yang mana kos adalah kurang
daripada beli perisian secara individu.
2.0 PENGELASAN RANGKAIAN
Rangkaian biasanya dikelaskan kepada 3 iaitu rangkaian setempat (LAN), rangkaian
metropolitan (MAN), dan rangkaian luas (LAN).
Perbezaan antara pengelasan ini adalah dari segi liputan kawasan.
2.1 Rangkaian Setempat
Rangkaian setempat atau juga dikenali sebagai LAN (Local Area Network) adalah rangkaian
yang menghubungkan beberapa komputer dan perkakasan dalam kawasan geografi yang
terhad seperti rumah, sekolah, dan bangunan pejabat.
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 4 drpd 28
Ø Setiap komputer atau perkakasan dalam rangkaian dipanggil nod.
Ø Kebiasaannya nod dihubungkan melalui kabel tetapi terdapat juga yang
menggunakan tanpa wayar yang dikenali sebagai LAN tanpa wayar (wireless LAN).
Ø Komputer atau perkakasan yang mencapai LAN tanpa wayar mesti mempunyai
kebolehan tanpa wayar bina dalam komputer atau kad tanpa wayar rangkaian,
adapter USB rangkaian, kad PC, atau kad flash.
Rajah 2.1 : Komputer pada tingkat yang berbeza mencapai LAN dalam satu bangunan
pejabat
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 5 drpd 28
Rajah 2.2: Komputer dan peranti mobil pada rangkaian LAN tanpa wayar
2.2 Rangkaian Metropolitan
Ø Rangkaian metropolitan atau juga dikenali sebagai MAN (Metropolitan Area Network)
merupakan rangkaian berkelajuan tinggi yang berhubung rangkaian setempat dalam
kawasan metropolitan seperti bandar dan boleh mengatasi aktiviti komunikasi yang
besar.
Ø Satu MAN kebiasaannya mengandungi satu atau lebih LAN tetapi kawasan liputannya
adalah lebih kecil daripada WAN.
Rajah 2.3 : Beberapa LAN dalam satu bandar yang membentuk MAN
2.3 Rangkaian Luas
Ø Rangkaian luas atau juga dikenali sebagai WAN (Wide area network) adalah
rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang besar seperti bandar, negara
ataupun dunia dengan menggunakan saluran komunikasi yang menggabungkan
pelbagai jenis media seperti talian telefon, kabel, dan siaran radio.
Ø WAN boleh terdiri daripada satu rangkaian besar atau dua atau lebih LAN yang
berhubung bersama.
Rajah 2.4 : Contoh bagi WAN
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 6 drpd 28
3.0 SENIBINA RANGKAIAN
Reka bentuk komputer, perkakasan, dan media dalam rangkaian dipanggil seni bina
rangkaian. Terdapat dua kategori iaitu client/server atau peer-to-peer.
3.1 Client/Server
Dalam rangkaian client/server, satu atau lebih komputer akan berfungsi sebagai pelayan dan
selebihnya akan berfungsi sebagai pelanggan yang meminta perkhidmatan daripada
pelayan.
Ø Pelayan juga dikenali sebagai hos komputer.
Ø Ianya mengawal capaian pada perkakasan dan lain-lain sumber dalam rangkaian dan
menyediakan ruang storan terpusat untuk program, data, dan maklumat.
Ø Pelanggan dalam rangkaian akan mencapai program, data, dan maklumat daripada
pelayan dalam rangkaian.
Ø Sesetengah pelayan dipanggil dedicated servers yang melaksanakan tugasan
tertentu dan boleh digantikan dengan dedicated server yang lain untuk
melaksanakan pelbagai tugasan.
Ø Contohnya fail pelayan yang menyimpan dan menguruskan fail serta pencetak
pelayan yang menguruskan pencetak dan dokumen yang hendak dicetak.
Ø Kebiasaannya, rangkaian client/server ini menyediakan hubungan sehingga 10 atau
lebih komputer.
Rajah 3.1 : Rangkaian client/server
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 7 drpd 28
3.2 Peer-To-Peer
Satu contoh mudah bagi rangkaian peer-to-peer adalah hubungan kurang daripada 10
komputer.
Ø Setiap komputer dipanggil peer yang mempunyai peranan dan kebolehan yang
sama, berkongsi perkakasan, data atau maklumat dengan komputer yang lain dalam
rangkaian peer-to-peer.
Ø Setiap komputer menyimpan fail dalam storan masing-masing.
Ø Oleh itu, setiap komputer dalam rangkaian mempunyai Operasi sistem pelayan dan
perisian aplikasi.
Ø Terdapat juga rangkaian internet peer-to-peer ataupun dikenali sebagai P2P, di
mana pengguna boleh mencapai cakera keras komputer lain dan membuat
pertukaran fail secara langsung melalui internet.
Ø Apabila satu pengguna keluar dari rangkaian, pengguna lain tidak lagi boleh
mencapai cakera keras tersebut.
Rajah 3.2 : Rangkaian P2P – pengguna berhubung dengan cakera keras pengguna lain
dan proses pertukaran fail secara langsung
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 8 drpd 28
4.0 TOPOLOGI RANGKAIAN
Topologi rangkaian adalah merujuk kepada susunan komputer dan perkakasan dalam
rangkaian.
Ø Terdapat tiga topologi yang biasa digunakan iaitu:
o topologi bintang,
o topologi bas, dan
o topologi cincin.
Ø Kebanyakan rangkaian termasuk internet menggunakan kombinasi antara ketiga-tiga
topologi tersebut.
4.1 Rangkaian Bintang
Pada rangkaian bintang, semua komputer dan perkakasan dalam rangkaian berhubung
dengan peranti pusat yang akan membentuk seperti bintang.
Ø Hub dan switch digunakan sebagai titik hubungan terpusat.
Ø Semua data akan berpindah daripada satu nod kepada nod yang lain melalui
hub/switch.
Ø Rangkaian bintang mudah untuk diuruskan.
Ø Nod boleh ditambah dan dikurangkan daripada rangkaian dengan hanya terdapat
sedikit atau mungkin tiada langsung gangguan pada rangkaian.
Ø Dalam rangkaian bintang, jika terdapat satu nod gagal maka nod tersebut sahaja
yang akan dipengaruhi. Nod lain beroperasi seperti biasa.
Ø Tetapi jika hub/switch gagal, seluruh rangkaian tidak akan beroperasi sehingga
hub/switch dibaiki.
Rajah 4.1 : Rangkaian bintang yang menggunakan hub/switch sebagai titik terpusat
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 9 drpd 28
4.2 Rangkaian Bas
Pada rangkaian bas mengandungi satu kabel terpusat yang mana menghubungkan semua
komputer dan perkakasan lain.
Ø Bas adalah kabel yang menghubungkan komputer dan lain-lain perkakasan.
Ø Kabel ini yang menghantar data, arahan, dan maklumat pada kedua-dua arah.
Ø Rangkaian bas popular dalam LAN kerana ianya tidak mahal dan senang untuk
dipasang.
Ø Satu kelebihan penggunaan rangkaian bas adalah komputer atau perkakasan lain
boleh ditambah atau dibuang dari mana-mana titik di bas tersebut tanpa
mengganggu rangkaian pada komputer lain.
Ø Kelebihan lain adalah satu komputer atau perkakasan dalam rangkaian gagal, ianya
tidak memberi kesan pada rangkaian tersebut.
Ø Kelemahan pada rangkaian bas adalah jika bas sendiri yang tidak beroperasi maka
rangkaian tidak akan beroperasi sehingga bas kembali beroperasi.
Rajah 4.2 : Perkakasan pada rangkaian bas berkongsi satu laluan data
4.3 Rangkaian Cincin
Pada rangkaian cincin, kabel berbentuk bulat menyerupai cincin dengan semua komputer
dan perkakasan lain disusun di sepanjang cincin.
Ø Data dihantar pada rangkaian cincin tersebut daripada satu perkakasan kepada
perkakasan lain melalui laluan cincin tersebut iaitu dalam satu hala.
Ø Apabila komputer atau perkakasan lain menghantar data, data tersebut akan melalui
setiap komputer pada rangkaian tersebut sehingga menjumpai destinasi yang
hendak dituju.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 10 drpd 28
Ø Jika satu komputer atau perkakasan pada rangkaian cincin gagal, semua perkakasan
sebelum komputer yang gagal tidak mengalami kesan gangguan tetapi bagi semua
perkakasan selepas komputer gagal tersebut tidak boleh berfungsi.
Ø Rangkaian cincin boleh mencapai jarak yang lebih besar daripada rangkaian bas
tetapi ianya sukar untuk dipasang.
Rajah 4.3 : Pada rangkaian cincin, semua perkakasan berhubung membentuk gelung yang
berulang
5.0 PEMASANGAN RANGKAIAN
Membina rangkaian adalah penting untuk menghubungkan 2 nod untuk berkomunikasi.
Ø Perkara yang pertama perlu dibuat adalah perancangan membina rangkaian.
Ø Oleh itu seni bina rangkaian perlu ditentukan.
Rajah 5.1 : Contoh bagi persekitaran LAN
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 11 drpd 28
Persoalan-persoalan dalam membina rangkaian:
Ø Perkara Pertama: Sekadar untuk menghubungkan beberapa komputer dan
pencetak kita hanya memerlukan kabel rangkaian, hub dan mengkonfigurasi
komputer atau pencetak.
Rajah 5.2 : Diagram LAN
Ø Perkara Kedua: Sebuah komputer sahaja yang ingin membuat capaian ke internet.
Maka adalah mengkonfigurasi komputer dan alat gateway internet. Alat gateway
mungkin modem dial-up, ADSL modem, 3G modem dan lain-lain.
Rajah 5.3 : Sambungan asas internet
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 12 drpd 28
Ø Perkara Ketiga: Apabila beberapa komputer dalam satu rangkaian hendak
membuat capaian internet. Ini bererti Perkara 1 dan 2 di atas akan digabungkan.
Rajah 5.4 : Struktur asas rangkaian organisasi
Adalah penting untuk memasang peralatan keselamatan rangkaian seperti dinding api dan
penapis capaian rangkaian.
5.1 Peranti yang diperlukan:
a. Modem DSL/ADSL
Untuk mendapatkan perkhidmatan internet daripada pembekal perkhidmatan
internet (Internet Service Provider).
b. Router (mungkin terbina dalam modem).
Untuk menguruskan paket-paket data dalam rangkaian, terutamanya antara 2
segment (LAN dan WAN).
Simbol Router Contoh Router
Rajah 5.5 : Router
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 13 drpd 28
c. Switch dan hub membesarkan/menambah bilangan nod/komputer dalam
Digunakan untuk
rangkaian.
Rajah 5.6: Switch
d. Wireless Access Point (titik capaian tanpa wayar)
- membina rangkaian tanpa wayar.
- Keselamatan capaian wireless perlu ditetapkan.
Rajah 5.7 : Titik capaian tanpa wayar
e. Firewall
- peralatan khas untuk mengawal trafik terutama paket dalam rangkaian.
- Ianya mungkin terbina dalam peralatan lain seperti modem atau router.
f. Kad rangkaian
- membenarkan komunikasi antara komputer disambungkan melalui kabel
g. Kad wireless dan USB kad wireless
- membenarkan komunikasi tanpa wayar.
h. Sistem pendawaian elektrik
- ini bertujuan membekalkan tenaga elektrik yang secukupnya kepada peralatan
komputer dan rangkaian.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 14 drpd 28
5.2 Fungsi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membina rangkaian:
a. Capaian ke internet yang didapati dari pembekal seperti Jaring, Maxis Net,
Celcom.Net, Digi, TMNet dan lain-lain pembekal perkhidmatan internet.
b. Pelayan DHCP - berfungsi untuk membekalkan alamat internet kepada pelanggan
dalam rangkaian.
c. NAT (Network address translation) - fungsi yang perlu ada dalam peralatan seperti
modem.
5.3 Mereka bentuk rangkaian
Untuk mewujudkan sistem rangkaian sama ada rangkaian rumah atau pejabat kecil, anda
masih perlu merancang pelan asas fizikal rangkaian anda, sekurang-kurangnya secara
lakaran. Misalnya ruang dalam bangunan yang akan ditempatkan komputer atau nod
rangkaian, bilik ke bilik atau tingkat ke tingkat, tebal dinding, jarak dan keluasan.
a. Menghubungkan antara 2 nod komputer
Merupakan asas kepada komunikasi yang mana 2 komputer berhubung terus antara
satu sama lain. Perhubungan ini dibuat secara terus melalui wayar, wireless, infrared
atau Bluetooth.
b. Menghubungkan beberapa komputer dan peralatan lain dalam rangkaian setempat
(LAN).
Peralatan yang penting dalam menghubungkan beberapa komputer dalam rangkaian adalah
switch, hub dan titik capaian wireless serta pendawaian jika perlu. Untuk pendawaian semua
komputer perlu dihubungkan antara switch melalui kabel UTP, kabel sepaksi (coaxial) atau
fiber. Manakala untuk perhubungan tanpa wayar perlu dipastikan komputer bersambung
dengan pusat capaian wireless menggunakan isyarat yang sama. Sebagai tambahan dalam
perkhidmatan wireless perlu dipastikan capaiannya mempunyai kunci keselamatan.
a. Membuat capaian ke internet (contohnya modem, router dan bridge)
Perhubungan di dalam rangkaian setempat LAN boleh dihubungkan dengan
rangkaian LAN yang lain atau dengan WAN (internet). Kebiasaannya router atau
bridge boleh digunakan untuk menghubungkan 2 LAN yang berbeza untuk membina
MAN. Manakala untuk menghubungkan LAN dan WAN peralatan capaian internet
(modem, 3G Broadband, DSL atau ISDN) diperlukan.
b. Penambahan peralatan keselamatan (contohnya firewall, IPS dan penapis
spam).
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 15 drpd 28
Bagi meningkatkan keselamatan dalam rangkaian seperti menghalang penggodam,
virus, mail spam dan ancaman-ancaman lain dari luar LAN.
c. Penambahan komputer pelayan seperti mail, web, ftp server.
Pelayan digunakan apabila sesuatu perkhidmatan ingin dikongsi atau digunakan
dalam rangkaian LAN atau WAN. Bagi membolehkan pelayan berfungsi dengan baik
penetapan pada peralatan seperti alatan capaian internet (modem, DSL atau router)
dan peralatan keselamatan (firewall, IPS) perlu dilakukan dengan betul.
6.0 KONFIGURASI RANGKAIAN
Setelah perancangan sesuatu rangkaian telah dibuat. Maka juruteknik dan jurutera perlu
membuat konfigurasi pada semua peralatan yang terlibat. Konfigurasi rangkaian
menentukan rangkaian yang dibina berfungsi atau tidak. Ia mungkin memeningkan kepala
jika ia tidak dilakukan dengan baik.
6.1 Penetapan pengenalan komputer.
Memastikan bahawa setiap komputer adalah unik dan berbeza dari segi nama
komputer dan alamat IP dalam satu rangkaian setempat. Oleh itu penting alamat IP,
IP sub mask, alamat IP gateway dan IP DNS (domain name servers). Penetapan
alamat IP hendaklah ditetapkan pada peralatan rangkaian sama ada kabel atau
wireless.
Rajah 6.1 : Maklumat IP, Subnet Mask dan Gateway
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 16 drpd 28
6.2 Kepentingan gateway dan proxy
Gateway dan proxy merupakan peralatan yang akan membolehkan satu LAN
berhubung dengan rangkaian lain.
a. Gateway merupakan peranti yang mempunyai fungsi menukar protokol bagi
membolehkan komputer-komputer berkomunikasi antara satu sama lain.
b. Pelayan proxy merupakan komputer perantara antara LAN dan WAN yang
menyalin fail dan data supaya pelanggan dapat mencapai data lebih cepat.
Proxy juga mampu berfungsi sebagai peralatan keselamatan seperti dinding
api, IPS dan penapis e-mel.
6.3 Kepentingan DNS (domain name servers)
DNS amat penting bagi mendapatkan alamat IP bagi semua nama domain terutama
apabila melibatkan melayari internet sebagai contoh www.kbs.gov.my menggunakan
alamat IP 202.75.6.253. DNS server boleh dapati secara percuma seperti dari
pembekal perkhidmatan internet (telekom-202.188.1.5 dan 202.188.0.133) atau
membina pelayan DNS dalam rangkaian.
6.4 Penetapan capaian internet
a. Modem berfungsi menukar isyarat komunikasi. Manakala router
menghubungkan 2 rangkaian yang sama protokol tetapi berbeza rangkaian
(LAN dengan WAN). Bridge menghubungkan 2 protokol yang berbeza.
Kebiasaannya semua fungsi modem, bridge dan router berada dalam
peralatan yang sama seperti ADSL modem.
b. Jalur lebar daripada perkhidmatan telefon mudah alih - Menggunakan
peralatan khas bagi mendapat capaian internet melalui talian telefon.
c. Wimax - Satu komunikasi wireless menggunakan isyarat WiMax bagi capaian
internet. Pengguna perlu mendapatkan peranti khas bagi mendapatkan talian
ini.
6.5 Alamat IP private dan Public.
a. Alamat IP private adalah alamat IP bagi semua nod dalam satu rangkaian yang
mahu mencapai internet melalui router (gateway).
b. Alamat IP public merupakan alamat IP yang diberikan kepada modem atau
router oleh Pembekal Perkhidmatan Internet.
Alamat IP private dan public adalah berbeza kerana ianya merupakan pengenalan
komputer dalam rangkaian masing-masing iaitu LAN dan WAN. Kebiasaannya
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 17 drpd 28
sekumpulan (1 subnet mask) LAN akan ditukarkan kepada 1 alamat public
menggunakan fungsi NAT (Network Address Translation) oleh router. Namun begitu
terdapat juga keadaan di mana 1 private ditukarkan kepada 1 alamat public.
6.6 Mencapai pelayan dari WAN
Pemasangan pelayan dalam rangkaian bagi menyediakan perkhidmatan tertentu
untuk capaian LAN atau WAN seperti pelayan web, FTP dan mel. Juruteknik perlu
mengkonfigurasi aplikasi pada pelayan dapat berfungsi dengan baik. Selain itu perlu
dipastikan bahawa pelayan tersebut dapat dicapai terus dari internet dengan
menetapkan alamat IP public. Maklumat nama domain dan alamat ip public
hendaklah dimasukkan ke dalam satu sistem maklumat nama domain iaitu di pelayan
DNS.
6.7 Penambahan peralatan keselamatan
Peralatan keselamatan dipasang dalam rangkaian bagi memantau, mengesan dan
menghalang komunikasi setiap data dan maklumat. Peralatan ini mungkin di tengah-
tengah laluan komunikasi yang mana semua paket dipantau seperti dinding api. Ada
juga keadaan di mana peralatan ini dipasang dalam rangkaian dan semua data
dialihkan laluan kepada peralatan keselamatan seperti penapis web dan mel.
6.8 Fungsi VLAN
Bagi satu organisasi yang besar beberapa LAN terpaksa diwujudkan bagi
membezakan jabatan atau unit. VLAN digunakan untuk memisahkan dan
menghubungkan beberapa LAN. Selalunya switch digunakan untuk mengasingkan
VLAN dan router digunakan menghubungkan semula LAN.
6.9 Fungsi VPN
Bagi sebuah organisasi yang mempunyai beberapa cawangan. Perhubungan antara
cawangan melalui internet akan membataskan komunikasi antara komuter dan
cawangan. VPN digunakan supaya satu rangkaian maya diwujudkan seolah-olah 2
rangkaian yang berbeza (dari cawangan-cawangan) menjadi satu rangkaian. Oleh itu
kesemua komputer dalam VPN boleh menggunakan sumber yang sama walaupun
dihubungkan melalui internet. Aplikasi VPN ini memerlukan alat VPN dan perlu
dipasang di cawangan yang ingin berkomunikasi secara VPN.
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 18 drpd 28
6.10 Menghadapi masalah rangkaian :
a. Masalah sambungan rangkaian
Kegagalan komunikasi rangkaian disebabkan sambungan rangkaian yang terputus
terjadi pada kabel mahupun tanpa wayar. Adalah penting bagi memastikan semua
peralatan seperti kad rangkaian, kabel rangkaian, hub atau switch dan komputer
berada dalam baik dan telah dihidupkan.
b. Perisian pemacu
Perisian pemacu amat penting bagi membolehkan kad rangkaian berfungsi. Kad
rangkaian LAN dan wireless perlu diperbaiki jika kad rangkaian tidak berfungsi.
c. Salah konfigurasi
Walaupun rangkaian telah disambungkan namun kadangkala masih berlaku
kekurangan atau kesilapan konfigurasi. Contohnya masalah protokol, terdapat
sekatan pada firewall dan senarai capaian dalam switch mungkin mengganggu
rangkaian dan perlu di konfigurasi semula.
d. Perkhidmatan tidak berfungsi
Perkhidmatan seperti laman sesawang, aplikasi e-mel dan FTP perlu beroperasi
untuk membolehkan sesuatu perkhidmatan atau aplikasi beroperasi. oleh itu
adalah penting pentadbir sesebuah pelayan memastikan perkhidmatan mereka
benar-benar beroperasi. jika hal ini terjadi ini bermakna dari segi capaian
rangkaian tiada masalah dan hanya perlu menumpukan pada pembaikan pada
komputer pelayan.
e. Hubungan antara peralatan perlahan.
Apabila capaian komunikasi rangkaian menjadi semakin perlahan maka ini
mungkin disebabkan beberapa faktor:
i. Sambungan kabel longgar.
ii. Kabel yang digunakan terlalu panjang.
iii. Isyarat wifi lemah.
iv. Terlalu banyak komunikasi yang terjadi dalam rangkaian menyebabkan
kesesakan dalam talian.
v. Prestasi komputer pelayan dan pelanggan yang agak perlahan.
vi. Terdapat sekatan-sekatan dalam rangkaian seperti firewall, proxy, hub yang
banyak dan penapis dalam rangkaian.
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 19 drpd 28
7.0 PERKAKASAN RANGKAIAN
Perkakasan rangkaian terdiri daripada komputer, kad rangkaian, modem, router, hub, switch
dan lain-lain perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi dan pemprosesan
data dilakukan dalam rangkaian.
7.1 Fail Pelayan
Fail pelayan adalah satu komputer yang bertanggungjawab bagi storan terpusat dan
pengurusan fail supaya komputer lain dalam rangkaian yang sama boleh mencapai fail
tersebut. Fail pelayan membenarkan pengguna untuk berkongsi maklumat dalam rangkaian
tanpa mempunyai pindahan secara fizikal iaitu dengan penggunaan sebarang peranti storan
luaran.
Mana-mana komputer boleh dijadikan sebagai host dan berfungsi sebagai fail pelayan. Fail
pelayan mestilah berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar
dan kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (NOs) dipasang pada komputer ini
berserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu.
Rajah 7.1 : Fail pelayan yang mengawal capaian pada sumber dalam rangkaian
7.2 Stesen Kerja
Semua komputer yang dihubungkan dalam fail pelayan dalam rangkaian dikenali sebagai
stesen kerja. Stesen kerja tersebut mestilah dilengkapi dengan perkakasan rangkaian seperti
kad rangkaian dan kabel yang bersesuaian.
7.3 Modem
Modem adalah merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator . Modem ini berfungsi
untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog seperti talian telefon dan dari isyarat
analog kepada isyarat digital semula supaya data boleh difahami oleh komputer.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 20 drpd 28
Rajah 7.2 : Penukaran isyarat digital-isyarat analog dan isyarat analog-isyarat digital
Rajah 7.3 : Penggunaan modem
Terdapat pelbagai jenis modem antaranya dial-up modem, ISDN, DSL, modem tanpa wayar
dan lain-lain.
a) Modem Dial-Up
Contoh fungsi dial-up modem ialah dial-up modem ini akan berhubung dengan komputer
penghantar dan akan menukar isyarat digital kepada isyarat analog. Isyarat analog
kemudiannya akan melalui talian telefon. Pada komputer penerima pula nanti juga
mempunyai modem dial-up yang lain yang berfungsi untuk menukar isyarat analog
kepada isyarat digital supaya komputer penerima boleh memproses data yang
diterimanya.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 21 drpd 28
b) Modem Digital
ISDN, DSL dan juga modem berwayar dikenali sebagai modem digital. Modem digital
adalah merupakan perkakasan rangkaian yang menghantar dan menerima data dan
maklumat kepada dan daripada talian digital. Terdapat tiga jenis modem digital iaitu
modem ISDN, moden DSL dan modem berwayar.
Modem ISDN menghantar data dan maklumat daripada satu komputer kepada talian
ISDN dan menerima data dan maklumat digital daripada talian ISDN juga. Modem DSL
menghantar data dan maklumat digital daripada sebuah komputer kepada satu talian
DSL dan menerima data dan maklumat digital daripada talian DSL juga. Kebiasaannya
modem ISDN dan DSL adalah peranti luaran yang mana satu nya akan berhubung
dengan talian telefon dan satu lagi akan berhubung dengan liang pada unit sistem.
Modem berwayar pula juga dikenali sebagai modem broadband. Modem ini menghantar
dan menerima data digital menerusi wayar rangkaian televisyen (CATV). Modem ini
menyediakan capaian internet yang lebih baik berbanding modem dial-up.
Rajah 7.4 : Contoh modem
c) Modem Tanpa Wayar
Sesetengah komputer mobil mempunyai modem tanpa wayar yang menggunakan
rangkaian telefon untuk mencapai internet sama ada menggunakan komputer riba,
smart phone, dan lain-lain komputer mobil.
7.4 Kad Rangkaian
Kad rangkaian ataupun kad antara muka rangkaian (NIC) adalah merupakan perkakasan
rangkaian yang membenarkan sesebuah komputer yang tidak mempunyai kebolehan
rangkaian terbina dalam untuk mencapai rangkaian. Kad rangkaian mengkoordinasi
transmisi dan menerima data, arahan, dan maklumat kepada dan daripada komputer atau
perkakasan yang mempunyai kad rangkaian.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 22 drpd 28
Terdapat juga kad rangkaian yang menyediakan transmisi data tanpa wayar yang dikenali
sebagai kad rangkaian tanpa wayar yang selalunya mempunyai antenna.
Kad rangkaian memenuhi kehendak piawaian komunikasi rangkaian seperti Ethernet dan
token ring. Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan. Kad Ethernet juga boleh
menyokong kelajuan pelbagai iaitu contohnya kad Ethernet 10/100 yang mana kad ini boleh
menyokong 10 Mbps dan 100Mbps.
Rajah 7.5 : Kad Rangkaian
7.5 Router
Router adalah merupakan satu daripada perkakasan rangkaian yang menghubungkan
pelbagai komputer atau pelbagai router bersama dan menghantar data kepada destinasi
yang sepatutnya dalam rangkaian. Router boleh digunakan dalam sebarang saiz rangkaian.
Dalam skala rangkaian yang besar, router bersama-sama tulang belakang internet
menghantar paket data pada destinasi mereka mengunakan jalan yang sedia ada. Bagi
rangkaian di rumah ataupun pada perniagaan kecil, router membenarkan beberapa
komputer untuk berkongsi satu kelajuan tinggi hubungan internet seperti melalui modem
kabel atau modem DSL.
Banyak router telah dilindungi dengan terdapatnya bina dalam firewall untuk mengelakkan
daripada pengguna yang tidak dikenal pasti mencapai fail-fail dan komputer. Firewall ini
dikenali sebagai perkakasan firewall. Sesetengahnya juga mempunyai perlindungan bina
dalam antivirus.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 23 drpd 28
Rajah 7.6 : Menerusi router, rangkaian di rumah atau syarikat kecil boleh berkongsi
capaian internet berkelajuan tinggi menerusi kabel atau modem DSL
7.6 Hub dan Switch
Hub atau switch adalah merupakan perkakasan yang menyediakan titik tengah untuk kabel
dalam rangkaian. Rangkaian yang lebih besar biasanya menggunakan hub manakala
rangkaian yang lebih kecil menggunakan switch. Sesetengah hub atau switch mempunyai
router iaitu hub atau switch tersebut menerima data daripada pelbagai arah dan
kemudiannya menghantar semula ke satu atau lebih destinasi.
Antara jenis-jenis hub ialah standalone hub, stackable hub dan modular hub . Standalone
hub boleh berfungsi dengan sendirinya tanpa bergantung pada hub yang lain. Ianya lebih
mahal dari hub yang lain. Hub jenis ini amat sesuai digunakan untuk rangkaian yang kecil.
Stackable hub hamper sama dengan standalone hub tetapi ianya boleh disambungkan pada
stackable hub yang lain. Apabila disambungkan, hubungan dalam rangkaian lebih efisien.
Manakala modular hub lebih sesuai untuk rangkaian yang lebih besar. Ianya seakan-akan
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 24 drpd 28
chassis dan di dalamnya anda boleh memasukkan kad modul dengan setiap modul boleh
mempunyai 12 liang kabel berpintal.
Rajah 7.7 : Hub/switch adalah titik pusat bagi menghubungkan beberapa
perkakasan dalam rangkaian
7.7 Titik Capaian Tanpa Wayar (wireless)
Titik capaian tanpa wayar adalah merupakan perkakasan komunikasi terpusat yang
membenarkan beberapa komputer dan beberapa perkakasan lain untuk menghantar data
secara tanpa wayar antara mereka atau untuk menghantar data secara tanpa wayar kepada
rangkaian berwayar.
Titik capaian tanpa wayar mempunyai antenna kualiti tinggi untuk memaksimumkan isyarat.
Untuk mendapatkan isyarat yang bagus, kedudukan titik capaian tanpa wayar ini mestilah
berada di lokasi yang paling tinggi yang boleh dilakukan dan menggunakan amplifier.
Rajah 7.8 : Contoh Titik capaian tanpa wayar
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 25 drpd 28
7.8 Bridge
Bridge adalah satu perkakasan rangkaian yang menghubungkan rangkaian setempat (LAN)
dengan rangkaian setempat yang lain yang menggunakan protocol yang sama contohnya
Ethernet- Ethernet ataupun token ring- token ring.
Bridge berfungsi mengawal laluan dari kedua-dua rangkaian supaya data yang diterima
dapat dihantar pada destinasi yang diminta. Bridge berkeupayaan menapis data agar data
yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Ini dapat mengurangkan
trafik dalam sesebuah LAN tersebut.
Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi satu rangkaian dengan mempunyai
nombor rangkaian yang sama.
Rajah 7.9 : Contoh bridge
7.9 Gateway
Gateway adalah merupakan titik rangkaian yang berfungsi sebagai pintu masuk untuk ke
rangkaian lain. Dalam Internet, satu nod atau titik berhenti boleh menjadi nod gateway atau
nod titik akhir. Komputer yang mengawal trafik dalam rangkaian syarikat anda ataupun
pada ISP setempat anda adalah merupakan nod gateway.
Dalam rangkaian bagi organisasi yang besar, pelayan komputer berfungsi sebagai nod
gateway dan juga berfungsi sebagai pelayan proxy dan pelayan firewall. Gateway selalunya
berganding bahu dengan router dan switch yang mana router mengetahui destinasi paket
yang diterima oleh gateway dan switch berperanan melengkapi laluan dalam dan luar yang
sebenar gateway bagi paket tersebut.
7.10 Repeater
Repeater adalah merupakan satu perkakasan yang menerima isyarat digital dalam medium
elektromagnetik atau medium transmisi optikal dan memperbaharui isyarat tersebut.
Apabila isyarat bergerak dalam rangkaian, ianya akan menjadi kurang bertenaga. Dengan
adanya repeater, isyarat tadi akan diperbaharui dengan mengambil isyarat yang melaluinya
dan menghantar semula pada rangkaian. Repeater tidak menyekat data yang tidak
diperlukan termasuk data yang rosak.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 26 drpd 28
Repeater digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui piawaian yang
sepatutnya. Contoh perlunya menggunakan repeater ialah pada LAN yang menggunakan
topologi bintang dengan kabel UTP Kategori 5 (berpintal) di mana had maksimum kabel
ialah 100 meter. Tenaga semua isyarat dalam kabel tersebut akan bertenaga semula
apabila melaluinya dan membenarkan had jumlah kabel pada rangkaian melebihi 100 meter.
Rajah 7.10 : Contoh repeater
7.11 Multiplexer
Multiplexer adalah satu perkakasan yang juga dikenali sebagai mux. Ianya digunakan untuk
menggabungkan beberapa isyarat untuk penghantaran melalui satu talian komunikasi.
Demultiplexor akan melengkapkan proses tersebut dengan mengasingkan isyarat yang
telah disatukan daripada satu laluan penghantaran. Kebanyakan multiplexor dan
demultiplexor telah disatukan menjadi satu peranti yang boleh memproses isyarat masuk
dan isyarat keluar.
Selain itu, multiplexer akan menerima isyarat daripada pelbagai peranti komputer,
memampatkan isyarat ke dalam satu aliran data dan seterusnya menghantar melalui satu
talian komunikasi.
Dengan adanya multiplexer, keberkesanan komunikasi dapat ditingkatkan. Kos perbelanjaan
juga dapat dikurangkan dengan penggunaan multiplexer kerana ianya dapat mengurangkan
penggunaan talian telefon dan modem jika dibandingkan penggunaan talian berasingan
antara host dan terminal.
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 27 drpd 28
Rajah 7.11 : Contoh multiplexer
8.0 TROUBLESHOOTING RANGKAIAN
Troubleshooting rangkaian adalah mengenal pasti dan mendiagnosis masalah rangkaian
dengan tujuan untuk memastikan rangkaian berjalan dengan optima. Sebagai administrator
rangkaian, keprihatinan utama anda adalah memelihara hubungan semua perkakasan. Anda
juga perlu menilai dan meningkatkan prestasi rangkaian secara berterusan.
Masalah hubungan berlaku apabila stesen terakhir tidak boleh berkomunikasi dengan
kawasan yang lain dalam LAN atau WAN. Menggunakan peralatan pengurusan rangkaian,
anda boleh membaiki masalah hubungan rangkaian sebelum pengguna menyedarinya.
Masalah hubungan melibatkan :
1. Kegagalan komunikasi rangkaian disebabkan sambungan rangkaian yang terputus
terjadi pada kabel mahupun tanpa wayar. Adalah penting bagi memastikan semua
peralatan seperti kad rangkaian, kabel rangkaian, hub atau switch dan komputer
berada dalam baik dan telah dihidupkan.
2. Kegagalan perisian pemacu
Perisian pemacu amat penting bagi membolehkan kad rangkaian berfungsi. Kad
rangkaian LAN dan tanpa wayar perlu diperbaiki jika kad rangkaian tidak berfungsi.
3. Salah konfigurasi
Walaupun rangkaian telah disambungkan namun kadangkala masih berlaku
kekurangan atau kesilapan konfigurasi. Contohnya masalah protokol, terdapat
sekatan pada firewall dan senarai capaian dalam switch mungkin mengganggu
rangkaian dan perlu dikonfigurasi semula.
4. Perkhidmatan tidak berfungsi
Perkhidmatan seperti laman sesawang, aplikasi email, dan FTP perlu beroperasi
untuk membolehkan sesuatu perkhidmatan atau aplikasi beroperasi. Oleh itu adalah
Kod Kertas UIT 2221/T03/KP03 Muka surat : 28 drpd 28
penting pentadbir sesebuah pelayan memastikan perkhidmatan mereka benar-benar
beroperasi. Jika hal ini terjadi ini bermakna dari segi capaian rangkaian tiada
masalah dan hanya perlu menumpukan pada pembaikan pada komputer pelayan.
5. Hubungan antara peralatan perlahan
Apabila capaian komunikasi rangkaian menjadi semakin perlahan maka ini mungkin
disebabkan beberapa faktor:
a. Sambungan kabel longgar.
b. Kabel yang digunakan terlalu panjang.
c. Isyarat wifi lemah.
d. Terlalu banyak komunikasi yang terjadi dalam rangkaian menyebabkan
kesesakan dalam talian.
e. Prestasi komputer pelayan dan pelanggan yang agak perlahan.
f. Terdapat sekatan-sekatan dalam rangkaian seperti firewall, proxy, penggunaan
hub yang banyak dan penapis dalam rangkaian.
RUJUKAN :
1. Preston Gralla, 2010, Bagaimana Komputer Berfungsi, Pearson Education
Malaysia Sdn. Bhd
2. Meor Muhammad Muazzim, 2010, Pengenalan Jaringan Komputer, Eazy .com
Sdn Bhd
3. Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail, 2010, Menguasai Internet, Venton
4. Shelly, G. B. & Vermaat, M. E. 2010. Discovering Computers 2010. The
Components of the System Unit. USA : ISE Course Technology. Hlm 74-123,
460-499.
5. Morley, D. & Parker, C. S. 2007. 11TH Edition. Understanding computers.
The System Unit : Processing and Memory. USA : Thomson Course
Technology. Hlm 156-179.
Topik 03-Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2016 (Versi 1)