The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku pengurusan 2026
SMK MATANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizul5, 2026-02-05 01:56:48

Buku Pengurusan 2026

buku pengurusan 2026
SMK MATANG

BIL NAMA PENCERAP FASA 1( MEI – OGOS) FASA 2 (SEPT – DIS) 5 Noor Zuraidah Binti Razali Rosnaini Binti Mohamad Salleh Rosnaini Binti Mohamad Salleh Ilanggo A/L Kanan Ilanggo A/L KananPui Siew Li Pui Siew Li Kliswari A/P Krisna Kliswari A/P Krisna Noratika Binti Bahtiar Noratika Binti Bahtiar Kausalya a/p Vikraman Kausalya a/p Vikraman Salbiah Binti Budin Salbiah Binti Budin6 Norasyikin Binti ArshadRashidah Binti Baharudin Rashidah Binti BaharudinNur Fajrina Binti Zaini Nur Fajrina Binti ZainiSyazwani Binti Karim Syazwani Binti Karim Cheang Chee Cheong Cheang Chee CheongSoh Suan Hua Soh Suan Hua Wong Mei Leng Wong Mei Leng 7 Anour @ Anuar Bin Ahmad Abdul Hakim Bin Abdul Malik Abdul Hakim Bin Abdul Malik Ahmad Nazri Bin Sahaine Ahmad Nazri Bin Sahaine Mohammad Hafizul Bin Haron Mohammad Hafizul Bin Haron Nor Azian Binti Zainol Abidin Nor Azian Binti Zainol Abidin Muhamad Suhaimi Bin Mohthar Muhamad Suhaimi Bin MohtharSuraiya Hani Binti Haim Suraiya Hani Binti Haim 8 Mat Fuzi Bin Awang Zuraidah Binti Ali Zuraidah Binti AliMohammad Sofeanudden Mohammad Sofeanudden Siti Khadijah Binti AB Manap Siti Khadijah Binti AB ManapMurfiqah Binti Abni Hajar Murfiqah Binti Abni HajarKhairullizam Bin Zainuddin Khairullizam Bin Zainuddin Ahmadan Bin Ghazali Ahmadan Bin Ghazali Nur Farah Najiha Binti Hashim Nur Farah Najiha Binti Hashim ❖ SEMUA KP MESTI MELAKSANAKAN PENCERAPAN GURU DAN PENYEMAKAN BUKU LATIHAN PANITIA MASING-MASING 2 KALI SETAHUN101


WAKTU RASMI SEKOLAH: Isnin – Khamis : 7.30 Pagi – 2.30 Petang Jumaat : 7.30 Pagi – 12:00 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH: PERHIMPUNAN MINGGUAN ditetapkan pada setiap hari Isnin mulai jam 7.30 pagi hingga 8.10 pagi. Semua guru lelaki diminta memakai baju “Long Suite” manakala pakaian guru perempuan adalah bersesuaian dan blazer. Guru kelas diminta menguruskan rekod kehadiran murid kelas masing-masing 7 minit sebelum perhimpunan bermula. PERHIMPUNAN KOKURIKULUM ditetapkan pada hari Rabu 7:30 - 9:00 pagi setiap minggu. Semua guru penasihat dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan tempat semasa sesi perjumpaan unit/ kelab masing-masing. PERHIMPUNAN HARIAN (ROLL CALL) diadakan setiap pagi bermula jam 7.20 pagi hingga 7.30 pagi. Semua guru kelas dan Penyelaras Tingkatan dikehendaki berada di tapak roll call untuk pengurusan murid. KELAS BIMBINGAN/ KELAS TAMBAHAN Semua murid dikehendaki memakai pakaian sekolah (jika kelas diadakan pada waktu persekolahan) dan pakaian yang sesuai iaitu T-Shirt Sekolah ( jika kelas diadakan pada waktu cuti persekolahan ) KEHADIRAN: 1.1 Guru-guru dikehendaki berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. 1.2 Kakitangan sokongan hendaklah mematuhi waktu hadir dan pulang yang telah ditentukan. 1.3 Guru-guru dan kakitangan sokongan dikehendaki merakamkan kehadiran. Jika ada gangguan atau berlaku kerosakan kepada sistem tersebut, guru-guru dan kakitangan diminta mencatat kehadiran ke dalam buku kehadiran. Buku kehadiran ini diletakkan di kaunter pejabat sekolah sahaja. (Surat Pekeliling Am Bil .11 tahun 1981 dan Perkara 4(2)(g), Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib )1993) 1. KEBERADAAN GURU Bukti kehadiran guru akan direkod dalam sistem keberadaan guru dan dipaparkan melalui dashboard Kementerian Pendidikan Malaysia ( Ruj.:Surat Timbalan KPPM – Operasi Pendidikan ,KPMSP.700-2/1/60) 7 bertarikh 19/11/2015 “Pelaksanaan Sub Modul Keberadaan Guru Menerusi Modul Pengurusan Guru” Sekiranya guru dan staf tidak dapat hadir ke sekolah, DIMINTA UNTUK MAKLUMKAN KEPADA PENGETUA . 1.1 MENINGGALKAN PEJABAT UNTUK URUSAN PERIBADI: Guru dan kakitangan yang MERASAKAN PERLU meninggalkan pejabat pada waktu kerja untuk melakukan urusan peribadi dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G. 102


1032 PERATURAN PAKAIAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN 2.1 Berpakaian kemas dan sesuai. (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985). 2.2 Guru-guru dan kakitangan sokongan diwajibkan memakai tanda nama sepanjang masa dalam kawasan sekolah. 2.3 Kakitangan sokongan yang mendapat peruntukan pakaian hendaklah memakai pakaian berkenaan pada hari kerja. 2.4 Guru-guru diminta mematuhi peraturan berpakaian yang telah ditetapkan, iaitu pakaian untuk perhimpunan rasmi, hari kokurikulum, hari-hari rasmi sekolah, berpakaian batik (setiap hari Khamis), pakaian kebangsaan pada hari Jumaat. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2006 “Fesyen Pakaian Alternatif Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi” dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2008 “Pemakaian Batik Malaysia”. 3. PENILAIAN PRESTASI : Penilaian Prestasi Tahunan adalah diasaskan kepada instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) dan instrumen Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Wajaran penilaian prestasi adalah seperti berikut: 3.1 PBPPP: ■ Generik & Fungsional 90% ■ Keberhasilan 10% 3.2 MY PERRFORMANCES: ● Penghasilan Kerja (50%): ● Kuantiti Hasil Kerja ● Kualiti Hasil Kerja ● Ketepatan Masa ● Keberkesanan Hasil Kerja ● Ilmu Pengetahuan Dan Kepakaran (25%) ● Ilmu Pengetahuan Dan Kepakaran Dalam Bidang Kerja ● Pelaksanaan Dasar, Peraturan Dan Arahan Pentadbiran● Keberkesanan Komunikasi ● Kualiti Peribadi (20%) ● Ciri-ciri Pemimpin ● Kebolehan Mengelola ● Disiplin ● Proaktif Dan Inovatif ● Jalinan Hubungan Dan Kerjasama. ● Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi (5%) 4 CUTI Dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual guru ganti dapat disediakan. 4.1 Cuti Sakit Sijil sakit hendaklah diserahkan segera kepada Pengetua. 4.2 Cuti Rehat Rujuk pekeliling-pekeliling berikut: 4.1.1 Pek.Perkhid. Kem. Bil. 2/80 4.1.2 Pek.Perkhid. Bil. 4/1977 4.1.3 Pek.Perkhid. Bil. 2/1991 4.1.4 Pek.Perkhid. Bil. 3/2005 4.3 Cuti Tanpa Gaji Rujuk: Pek.Jab.Pel.Pk. (Perkhidmatan Pentadbiran) Bil. 1/1985 20% Profesionalisme10% Tugas Tambahan10% Penglibatan60% Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran


1044.4 Cuti Bersalin Rujuk: Pek.Perkhid. Bil. 5/1984 4.5 Kemudahan Cuti Bersalin Rujuk: Pek. Perkid. Bil 4/2010 Surat pek. Perkhid.Bil. 5/20094.6 Cuti Haji Rujuk: Pek.Jab. Pel.Pk.(Perkhidmatan Pentadbiran) Bil. 1/1985 (Tanpa kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri Perak kakitangan tidak dibenarkan bercuti. (Jika peraturan ini tidak dipatuhi tindakan tatatertib boleh diambil). 4.7 Cuti-Cuti Lain Jika diperlukan kakitangan diminta membuat permohonan dengan mengguna borang khas bagi mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak. 5. PENGGUNAAN HRMIS/ E-OPERASI Semua guru dan kakitangan dikehendaki mengisi dan mengemaskinikan tanpa gagal semua maklumat peribadi, perkhidmatan dan sasaran kerja mengikut tempoh yang ditetapkan. 6. KETEPATAN MASA Guru hendaklah berada dalam kelas mengikut jadual waktu Pdp yang telah ditetapkan. 7 Guru tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal pada rehat atau pada waktu pulang.PERTEMUAN / BERURUSAN DENGAN PIHAK LUAR 7.1 Pihak luar tidak dibenarkan berurusan terus dengan guru/kakitangan sekolah. 7.2 Semua pihak yang hendak berurusan dengan guru/kakitangan sekolah mesti mendapat kebenaran pengetua. 8 PENGGUNAAN HARTA DAN KEMUDAHAN SEKOLAH 8.1Guru dan kakitangan mesti mendapat kebenaran pengetua sebelum mengguna harta dan peralatan sekolah (contoh penggunaan bilik-bilik khas, ruang kerja dan sebagainya). 8.2 Tempoh/ masa penggunaan harta dan peralatan sekolah hanya pada waktu pejabat sahaja (7.00 Pagi – 5.00 Petang). Selepas waktu pejabat perlu kebenaran pengetua. 9 LAPORAN 9.1Program/Projek/Aktiviti: Minit curai hendaklah disediakan selepas selesai sesuatu program, projek atau aktiviti. (Rujuk Lampiran) 9.2Mewakili Pengetua: Wakil pengetua dalam sesuatu mesyuarat atau program hendaklah menyediakan dua salinan dan menyerahkan salinan itu kepada pengetua dengan segera (selewatlewatnya tiga hari selepas peristiwa berkenaan). 10 DISIPLIN PELAJAR 10.1 Semua guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab ke atas pelajar yang berada di dalam kelas, di dalam kawasan sekolah atau semasa mengurus program di luar kawasan sekolah. 10.2 Guru hendaklah mengguna kebijaksanaan sebagai pendidik untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti pelajar tidak membuat kerja rumah, bising semasa P&P, tidak melakukan kerja-kerja yang ditetapkan dan lain-lain masalah. Bagaimanapun bagi masalah yang tidak dapat diselesaikan, dan pelanggaran disiplin yang berat seperti ponteng kelas, merokok, biadab terhadap guru, bergaduh, dan sebagainya, perkara itu hendaklah dirujuk dengan segera kepada Guru Disiplin atau Penolong Kanan HEM. 10.3Hukuman berbentuk deraan (seperti menjemur pelajar di tengah panas, berdiri di atas kerusi, menconteng muka pelajar, dan lain-lain hukuman yang boleh mencederakan pelajar) adalah dilarang. Sila rujuk buku “Pengurusan Disiplin” yang disediakan oleh KPM. 10.4 Dalam melaksanakan tugas mengurus disiplin sila rujuk: a. Peraturan Pelajaran 1959 Bil. (3) dalam JPN.Pk.(AM)/D/28, dan


105b. Pek. Ikhtisas Bil. 1/1972 c. Buku Disiplin (yang dikeluarkan oleh SMK Matang 11 MESYUARAT GURU DAN MESYUARAT-MESYUARAT LAIN 11.1 Guru wajib hadir ke mesyuarat guru. Jika tidak dapat hadir kerana urusan tugas rasmi yang lain, perkara itu hendaklah dimaklumkan kepada pengetua atau Penolong Kanan dengan segera. 11.2 Guru juga wajib hadir ke mesyuarat yang dijalankan oleh unit-unit lain yang melibatkan tugas di sekolah. Contoh: mesyuarat panitia, mesyuarat rumah sukan, mesyuarat persatuan dan mesyuarat-mesyuarat lain. 11.3 Mesyuarat di sekolah hendaklah diutamakan daripada urusan peribadi. 12 KOKURIKULUM / GERAK KERJA LUAR 12.1 Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada komponen pendidikan. Mulai tahun 2007, kemasukan ke IPTA akan memperuntukkan 10% untuk kegiatan kokurikulum. Oleh itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.12.2 Semua guru terlibat mengurus kegiatan kokuriklum iaitu, pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan kelab permainan. 12.3 Di samping itu guru juga akan ditugaskan mengurus pasukan permainan dan mengurus peserta bagi pertandingan seperti kuiz, syarahan, drama, sketsa dan sebagainya. 13 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH Penggunaan telefon dibenarkan bagi urusan kerja sekolah sahaja. 14 MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEKOLAH 14.1 Guru dan staf sekolah dilarang menjalankan urus niaga di sekolah. (Contohnya melakukan jualan langsung, menjadi agen insurans dan sebagainya). 14.2 Jurujual luar seperti agen insurans, agen kad kredit dan lain-lain perniagaan dilarang berjumpa dengan guru. 14.3 Urusniaga tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah (kecuali koperasi dan kantin sekolah). 15 KELAB GURU DAN STAF SEKOLAH Semua guru dan kakitangan sokongan sekolah ini adalah AHLI KELAB GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH dan wajib membayar yuran. 16 KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAH 16.1 Semua guru hendaklah menjaga keselamatan dan peka kepada keselamatan pelajar sewaktu di dalam dan di luar bilik darjah. 16.2 Guru kokurikulum/sukan/persatuan/unit beruniform hendaklah mengawasi keselamatan pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Pastikan alatan yang digunakan adalah selamat untuk diguna. 16.3 Langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak dan SMK. Matang hendaklah difahami dan dipatuhi. 16.4 Guru hendaklah mengambil kira faktor cuaca apabila hendak menjalankan aktiviti. Dilarang menjalankan aktiviti dalam keadaan yang berbahaya seperti hujan lebat, kilat petir, banjir dan lain-lain. 16.5 Sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku hendaklah diambil tindakan yang wajar dan segera. Laporkan segera perkara berkenaan kepada pengetua. Buat laporan bertulis dalam buku tugas harian guru. 17 STOR SUKAN 17.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Setiausaha Sukan adalah bertanggungjawab memeriksa dan menyelenggara stor dan peralatan sukan bagi memasti alatan yang diguna berada dalam keadaan baik dan selamat untuk diguna.


10617.2 Stor sukan hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Keluar masuk peralatan sukan hendaklah direkodkan. 18 KAWALAN, SELIAAN DAN PENCERAPAN DI DALAM BILIK DARJAH Satu sistem kawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum, di antaranya ialah: 18.1 pelaksanaan ujian formatif dan sumatif 18.2 melakukan peperiksaan dalaman dan tindak ikut 18.3 mengendalikan rekod penilaian 18.4 menubuhkan item bank soalan 18.5 menyelia kerja guru 18.6 menyelia kerja pelajar 18.7 mencerap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 19 KURSUS DALAMAN DAN PERKEMBANGAN STAF 19.1 Kursus diadakan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi dan keterampilan guru. Kehadiran adalah wajib. 19.2Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan. 20 GURU TIDAK HADIR BERTUGAS DI SEKOLAH 20.1 Guru yang tidak hadir bertugas sama ada secara terancang (contohnya berkursus atau menghadiri mesyuarat) atau tidak terancang (contohnya jatuh sakit) hendaklah menyedia bahan mengajar. Bahan itu hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan. 20.2Guru ganti dikehendaki menggunakan bahan itu semasa berada di dalam kelas berkenaan. 21 MENULIS SURAT KEPADA PIHAK ATASAN 21.1 Setiap urusan surat menyurat keluar atas urusan rasmi hendaklah dengan pengetahuan pengetua, mengguna kepala surat ‘letter head’ sekolah dan ditandatangan oleh pengetua. 21.2 Surat peribadi tidak boleh menggunakan surat yang ada ‘letterhead’ sekolah. 22 JADUAL WAKTU Semua guru hendaklah mematuhi jadual waktu Pdp yang telah ditetapkan. Jika tidak hadir ke sekolah hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Pengetua. 23 PERSEDIAAN MENGAJAR Rancangan mengajar harian dalam CIDS hendaklah disedia dengan lengkap, teratur dan kemas kini. RPH hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat. Jika Jumaat merupakan hari cuti awam, buku berkenaan hendaklah diserahkan sebelum hari cuti. 24 Penghantaran RPH dalam CIDS adalah salah satu dokumen yang dirujuk sewaktu menilai prestasi kerja tahunan guru.25 JADUAL GANTI 25.1 Jadual ganti dibuat apabila seseorang guru tidak hadir ke sekolah. Tugas sebagai guru ganti akan diberi kepada guru yang kurang memasuki kelas pada hari berkenaan. Bagaimanapun guru-guru lain juga akan ditugaskan sebagai guru ganti berdasarkan keperluan yang wujud pada sesuatu masa.25.2 Guru ganti bertanggungjawab untuk memberi maklumat terhadap perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas semasa jagaannya. 25.3 Guru ganti hendaklah mengambil bahan daripada Guru Kanan mengikut bidang masing-masing untuk diguna di kelas yang digantinya. Bagaimanapun guru ganti boleh mengguna kelas itu untuk melaksanakan kelas tambahan. 25.4 Guru-guru yang tidak dapat masuk ke kelas atas urusan rasmi perlu mengisi borang MMI yang disediakan di pejabat dan disahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.


10726 SISTEM PENGURUSAN MURID ( idme) 26.1 Maklumat di dalam APDM hendaklah dikemas kini oleh Guru Kelas sahaja. 26.2 Kehadiran murid hendaklah diisi selewat-lewatnya pada awal waktu kedua. 26.3 Pada akhir bulan data kehadiran murid dalam APDM ini hendaklah disahkan dan diserahkan kepada PK HEM. 26.4 Guru kelas hendaklah menghantar surat-surat amaran kepada penjaga bagi pelajar yang tidak hadir mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. 26.5 Sila rujuk tatacara penghantaran surat kepada penjaga bagi memaklumkan kes tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau berselang seli. Guru kelas diminta mematuhi tatacara berkenaan. (rujuk prosedur). 27 KELUAR KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS 27.1 Guru dan kakitangan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu bekerja. 27.2 Guru dan kakitangan yang perlu keluar kerana urusan penting hendaklah memaklumkan kepada pengetua dan merekodkannya ke dalam kad rekod kebenaran keluar di pejabat dan bilik pengawal keselamatan. 28 RAHSIA SEKOLAH Guru dan kakitangan tidak dibenarkan membocorkan maklumat sulit sekolah kepada mana- mana pihak termasuk kepada pihak media massa.29 MENJAGA NAMA BAIK JABATAN 29.1 Guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik Kementerian Pelajaran Malaysia dan institusi yang berada di bawahnya. 29.2 Kakitangan yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan berdasarkan Perintah Am Bab D2. 30 PENGELUARAN BAHAN BERCETAK 30.1 Penerbitan sesuatu risalah atau majalah mestilah dengan kebenaran pengetua. 30.2 Satu salinan risalah/majalah hendaklah dihantar kepada pengetua. 30.3 Bahan bercetak yang dikeluarkan adalah untuk edaran dalaman sahaja. 30.4 Kandungan risalah hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur subversif, perkauman dan tidak berbau politik. 31 PENGGUNAAN ALATAN SEKOLAH Sebarang alat hendaklah diguna untuk kepentingan sekolah ini dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, guru-guru yang memegang komputer riba, LCD, Kamera dan Dongle hendaklah mengguna perkakasan itu untuk kerja-kerja sekolah dan digunakan sebagai alat pemudah cara PdP. 31.1 Pinjaman hendaklah dengan kebenaran ketua bahagian / penjaga stok. 31.2 Pinjaman dan pemulangan alatan hendaklah dicatatkan ke dalam Buku Pinjaman Bahagian / Jabatan berkenaan. 31.3 Laporkan kepada ketua bahagian/penjaga stok sekiranya alat yang dipinjam rosak. 31.4 Alat boleh dipinjam dalam jangka pendek (ditetapkan ketua bahagian/penjaga stok). 31.5 Peminjam bertanggungjawab untuk membuat laporan (termasuk laporan polis) jika alatan itu hilang semasa berada di dalam tangannya.32 LAPORAN MESYUARAT DAN AKTIVITI LUAR 32.1 Semua ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit dan ketua panitia hendaklah melaporkan kegiatan-kegiatan yang telah selesai dijalankan. 32.2 Laporan hendaklah disampaikan kepada pengetua, dan 32.3 Masukkan satu laporan itu dalam fail yang berkenaan. (sila rujuk format laporan dilampiran)


10833 LAWATAN KE LUAR NEGARA 33.1 Guru dan kakitangan yang bercadang melawat ke luar negara (seberang laut) hendaklah memohon kebenaran Jabatan Pelajaran Perak dengan mengisi borang khas yang boleh didapati di pejabat sekolah. Permohonan boleh dibuat sebulan lebih awal dari tarikh pergi melancong. 33.2 Guru diminta memaklumkan ke pejabat sekolah tentang tarikh dan jangkamasa ke luar negara. Rujuk: Bil. (3) dlm.J. Pel.Pk 4072/64 Pt. 11. 34 SURAT, ARAHAN DAN PEKELILING 34.1 Surat-surat, arahan dan pekeliling yang ditujukan kepada guru hendaklah diteliti dan ambil tindakan yang diperlukan.34.2 Jika surat-surat berkenaan merupakan makluman ia hendaklah difailkan. 34.3 Surat-surat penting hendaklah disimpan dalam fail sekolah, sementara salinannya disampaikan kepada guru yang berkenaan 35 PENGURUSAN FAIL-FAIL 35.1 Apabila guru menerima fail yang ditujukan kepadanya untuk dilakukan tindak ikut, guru tersebut hendaklah bertanggungjawab mengurus perkara berkenaan sehingga selesai. 35.2 Jika melibatkan pengisian maklumat ke dalam borang, guru berkenaan bertanggungjawab mendapat dan mengisi maklumat ke dalam borang berkenaan. 35.3 Guru diminta menyedia draf surat iringan. Draf surat itu hendaklah sempurna dari segi susunan ayat, ejaan dan tatacara surat rasmi. Draf surat itu diserahkan kepada PO untuk ditaip. 36 PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PSKPP) 36.1 Semua guru dan kakitangan dimestikan menjadi ahli PSPKK dan membayar bayaran khas yang dikenakan oleh persatuan ini.Sebagai ahli, semua guru dan kakitangan digalak mengambil bahagian dalam dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini37 KESELAMATAN MAKMAL SAINS, BENGKEL DAN BILIK-BILIK KHAS 37.1 Bilik berkenaan hendaklah mempunyai peringatan bertulis tentang langkahlangkah menjaga keselamatan. Ketua unit atau ketua panitia bersama guru-guru dalam panitianya bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini. 37.2 Selepas diguna alat-alat hendaklah disusun atur dengan kemas supaya pengguna berikutnya boleh mendapat alatan itu dengan mudah. 38 KERUSI MEJA DAN ALATAN DALAM BILIK DARJAH 38.1 Guru kelas diminta melapor kepada Penolong Kanan HEM tentang kerosakan kerusi, meja, alat elektrik dan sebagainya supaya kerja pembaikan dapat dilakukan. 38.2 Penyelaras peperiksaan SPM hendaklah memeriksa bilik-bilik yang diguna sebagai bilik peperiksaan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula. Laporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang kerosakan yang berlaku (termasuk cermin tingkap dan pintu yang perlu diganti). 39 ALAMAT MASA CUTI Guru hendaklah mengemas kini alamat masing-masing supaya dapat dihubungi ketika bercuti. 40 SISTEM PENYEBARAN MAKLUMAT 40.1 Maklumat sekolah disampaikan melalui talian terus (Telegram Rasmi Sekolah) dan papan kenyataan di bilik guru (maklumat bertulis dipamerkan di bilik guru). 40.2 Guru diminta memberi perhatian dan peka terhadap perkara ini dan mengambil tindakan segera terhadap makluman berkenaan. 41 PENGGUNAAN BUKU KERJA 41.1 Buku kerja hanya boleh diguna sebagai sumber latihan setelah guru-guru mengajar


109konsep dan kemahiran kepada murid-murid (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991, bertarikh 2 Oktober 1991). 41.2 Murid-murid boleh mengguna buku ini sebagai bahan rujukan dan untuk membuat kerja rumah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991, bertarikh 2 Oktober 1991). 41.3 Buku ini tidak boleh diguna sewaktu mengajar dalam kelas (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1933, bertarikh 27 Disember 1993).42 PERATURAN TENTANG LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS 42.1 Guru-guru hendaklah mengelak daripada berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius. 42.2 Surat-surat yang boleh dirujuk tentang perkara ini ialah: a) Surat Jabatan Pelajaran Perak, J. Pel.Pk. SULIT.4753 Jld.3(79), bertarikh 14 Februari 2006. b) Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA(S)TT.7082 Jld.6/ (35), bertarikh 28 Disember 2005, yang kandungannya antara lain adalah: i. Perkara 2 surat berkenaan menyatakan: Kedudukan pendapatan bersih pegawai awam hendaklah tidak kurang daripada 40% dari emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keadaan keterhutangan yang serius. ii. Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: Pegawai awam dilarang meminjam wang daripada mana-mana orang khususnya yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang. Pegawai awam boleh meminjam wang daripada institusi kewangan yang berlesen dengan syarat-syarat tertentu. iii.Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: Pegawai awam dikategorikan berada dalam keterhutangan yang serius, sekiranya: a. Agregat hutang dan liabiliti yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak sepuluh kali emolumenbulanannya. b. Pegawai seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven. 42.3 Sehubungan dengan itu pihak pentadbir sekolah (pengetua dan semua penolong kanan) tidak akan membuat perakuan borang pinjaman yang dikemukakan oleh guru- guru atau kakitangan sokongan yang kedudukan kewangan berada dalam situasi 41.2 (rujuk di atas). A. PANDUAN PEROLEHAN/PEMBELIAN 1. ASPEK-ASPEK PENTING 1.1 Perancangan yang baik dengan mengambil kira jumlah peruntukan bagi mengelak pembaziran. 1.2 Semua pembelian akan diuruskan oleh Pembantu Tadbir (Kewangan) 1.3 Pastikan pembelian berdasarkan keperluan dan peruntukan wang yang mencukupi. 1.4 Tentukan kualiti barangan yang hendak dibeli berdasarkan: a. Stok terakhir b. Keperluan (penting) c. Kekerapan penggunaan 2. PESANAN DAN PEMBELIAN 2.1 Cadangan hendaklah dibuat dengan mengisi borang atau berunding dengan ketua panitia/ketua bidang. 2.2 Ketua panitia/ketua bidang hendaklah meneliti cadangan dengan mengambil kira baki stok untuk dipertimbangkan oleh Pengetua/jawatankuasa pengurusan kewangan sekolah. 2.3 Ketua Bidang /Ketua Panitia perlu mengisi nota minta dan menyerahkan kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) untuk urusan pembelian.


1103. KAEDAH BORANG NOTA MINTA 3.1 Borang nota minta hendaklah diisi oleh Ketua Bidang /Ketua Panitia berkenaan, dan ditandatangan oleh Pengetua. 3.2 Borang nota minta perlu disediakan sebelum pembelian dibuat selepas menerima kelulusan daripada Pengetua. 4. KAEDAH PEMBAYARAN 4.1 Pembelian/perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 tidak perlu mengguna borang pesanan. Guna panjar wang runcit (PWR) bagi membiayai pembelian/perbelanjaan yang tidak melebih RM100.00.4.2 Semak invois dan bil pesanan tempatan yang diterima daripada pembekal bagi memastikan barang yang diterima adalah sama seperti yang dipesan (dari segi kuantiti, kualiti, harga dan sebagainya). 4.3 Guru yang memesan hendaklah menurunkan tandatangan dan menulis nama pada invois yang diterima supaya mudah untuk dirujuk. Cop tarikh terima dan catatkan ke dalam stok tentang barang-barang yang diterima. (Tindakan guru yang memesan barang). 4.4 Daftarkan invois itu ke dalam ‘Buku Daftar Bil’. (Tindakan Ketua Pembantu Tadbir). 4.5 Sediakan baucer bayaran dan cek. Kemukakan cek dan dokumen berkenaan kepada Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangan. Selepas itu serahkan cek dan dokumen itu kepada pengetua untuk ditandatangan. 4.6 Pastikan baucer dan resit bayaran diserah oleh pembekal (penerima bayaran) dalam tempoh yang munasabah (paling lewat dalam tempoh 14 hari). 4.7 Resit belian tunai perlu ditandatangani dan dicop jawatan KP/ GK pada bahagian bawah resit. :PERINGATAN Guru yang membuat pesanan hendaklah menyerahkan invois dengan segera kepada Ketua Pembantu Tadbir, iaitu TIDAK MELEBIHI TEMPOH TUJUH HARI SELEPAS MENERIMA INVOIS ITU. B. TUGAS-TUGAS GURU SENARAI TUGAS GURU KELAS 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan. 1.2 Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas: 1.2.1 Jadual waktu 1.2.2 Jadual tugas 1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan tulis 1.2.4 Alatan untuk membersih kelas seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah 1.3 Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria. 1.4 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 1.5 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan. 1.6 Memastikan ahli jawatankuasa dalam organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas. 2. KEHADIRAN MURID 2.1 Tanda kehadiran dalam idme.2.2 Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.


1112.3 Memastikan catatan di dalam buku jadual berkenaan merupakan maklumat terkini. 3. Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti dan Surat Akuan 3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai laporan kemajuan pelajar. 3.2 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal ke dalam kad atau dokumen yang ditetapkan bagi setiap semester/penggal.Menyampaikan rekod kemajuan pelajar kepada ibu bapa. 3.3 Menyedia dan mengisi: 3.3.1 “Helaian Markah” bagi setiap peperiksaan/ujian yang dijalankan oleh sekolah. 3.3.2 Sijil berhenti bagi pelajar tingkatan 3 (yang bertukar ke sekolah lain) dan tingkatan 5. 3.3.3 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin 3.3.4 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik. 3.3.5 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu). 3.3.6 Ada sifat empati dalam menangani masalah pelajar. 3.3.7 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika. 3.3.8 Terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.3.3.9 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 3.3.10 Melapor kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin sekolah. C. SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya. Dalam hal ini sila Bincangkan dengan Penolong Kanan Pentadbiran.2. Kuota pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perkara ini hendaklah dimaklumatkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. 3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4. 4. Membantu guru tingkatan membuat agihan buku bantuan kerajaan (SPBT). 5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak diberi bantuan/biasiswa. 6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan jumlah pelajar di dalam setiap kelas dari masa ke semasa. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam fail daftar masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur. 8. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran keluar: 8.1 Dokumen Kemajuan Pelajar 8.2 Dokumen Gerko 8.3 Kad 001 dan Kad 002 8.4 Borang Kelulusan Pinjaman SPBT 9. Mendapatkan dari guru mata pelajar keputusan “Penilaian Berasaskan Sekolah” bagi matapelajaran-matapelajaran tertentu. 10. Berkerjasama dengan guru kelas melakukan analisis keputusan PT3/SPM. 11. Bekerjasama dengan guru kelas dan penyelaras peperiksaan awam bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan PT3/SPM. 12. Bertugas pada hari pendaftaran pelajar baru (Tingkatan 1) dan membantu mengagihkan pelajar. 13. Memastikan guru kelas mencatat ke dalam Buku Pendaftaran maklumat tentang bilangan, nombor pendaftaran dan maklumat murid yang mendaftar masuk ke sekolah ini.Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan guru kelas mengemaskini maklumat yang diperlukan.


11214. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru ke dalam fail daftar masuk mengikut kelas. 15. Memaklumkan data kemasukan pelajar baru kepada Penolong Kanan pada akhir bulan Januari, Februari, Mac, Mei, Julai, September dan Oktober. 16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan. D. SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN 1. Hari bertugas adalah pada hari Isnin hingga Jumaat (5 hari). 2. Datang ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sekolah bermula dan pulang sekurang-kurangnya 20 minit setelah berakhir. 3. Memantau kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan mereka menepati waktu datang, rehat dan pulang. 4. Mengawas pergerakan murid terutama waktu pulang selepas tamat persekolahan. 5. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu dan sampah sarap dibuang bagi memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih. 6. Memastikan lampu, kipas angin dan tingkap ditutup apabila waktu persekolahan tamat. 7. Memantau kebersihan tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Laporkan kepada pengetua dengan segera jika wujud keadaan yang tidak memuaskan atau merbahaya kepada murid/guru/pekerja. 8. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin. 9. Mengurus pelajar yang sakit. Jika perlu hantar pelajar ke hospital. 10. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu sebelum loceng pertama, waktu rehat. Ambil tindakan yang munasabah apabila bertemu dengan kes pelajar melanggar disiplin sekolah. 11. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan aduan kehilangan barang. Memaklumkan kepada guru disiplin dan Penolong Kanan HEM. 12. Membuat catatan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas. 13. Perhimpuan rasmi: 13.1 Memastikan alatan dan perkakasan disediakan dan mencukupi: bendera, 13.2 kerusi guru, pembesar suara dan meja hadiah (jika ada majlis penyampaian hadiah). 13.3 Mengarah dan mengawal persiapan awal bagi memastikan pelajar mematuhi tatatertib perhimpunan rasmi. 13.4 Mengarah dan mengawal murid bergerak keluar dari perhimpunan supaya murid bersurai secara teratur. E. SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN/SUKAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 1. Jadual aktiviti kokurikulum, iaitu bagi kegiatan Kelab/Persatuan/PasukanPakaian Seragam adalah seperti berikut hari Rabu. 2. Satu notis (kenyataan bertulis) hendaklah diserahkan kepada ibubapa supaya mereka mendapat maklumat tentang pergerakan anak mereka.Notis ini hendaklah ditandatangan oleh guru penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum. 3. Bertanggungjawab membimbing pasukan, kelab, persatuan, sukan, permainan yang dipertanggungjawabkan. 4. Bertanggungjawab dalam perancangan aktiviti dan projek-projek pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan sepanjang tahun. 5. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti dan projek-projek melalui perjumpaan-perjumpaan dan mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan. 6. Menyediakan program-program perkembangan keahlian pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. 7. Menyimpan rekod-rekod minit mesyuarat, senarai guru penasihat, senarai jawatankuasa, senarai nama ahli serta penyata bayaran khas dan kewangan yang


113lengkap dan kemas kini. 8. Menyediakan surat-surat persetujuan ibu bapa/penjaga bagi anak-anak mereka memasuki pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. Lawatan-lawatan dan aktiviti yang perlu bermalam atau lewat balik perlu mendapat surat kebenaran polis dan Jabatan Pendidikan. 9. Memperakui keanggotaan dan pengelolaan ahli-ahli bagi kegunaan Surat Akuan dan Sijil Berhenti Sekolah. 10. Mengawasi disiplin dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelab, persatuan, pasukan, sukan dan permainan yang dikelolakan. 11.Bertanggungjawab menentukan yang persatuan, kelab, pasukan, sukan dan permainan berkenaan adalah selaras dengan kehendak serta kepentingan pihak sekolah/Jabatan Pendidikan/Kementerian Pendidikan Malaysia. 12.Bertanggungjawab berurusan dengan Penolong Kanan Kokurikulum dalam hal perjalanan pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permainan. 13.Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran pasukan, kelab, pasukan, persatuan dan permainan yang dikelolakan. 14. Mencatatkan setiap perjumpaan dan mesyuarat di dalam buku rekod aktiviti unit yang dikelolakan. 15. Setiap aktiviti hendaklah dirancang lebih awal. Pelaksanaan aktiviti secara bidan terjun hendaklah dielakkan. 16. Permohonan penggunaan bilik, dewan dan peralatan sekolah semasa menjalankan aktiviti di dalam kawasan sekolah. 16.1 Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat seminggu sebelum aktiviti dijalankan. Permohonan yang tidak mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dipertimbangkan. 16.2 Guru penasihat hendaklah berjumpa Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum supaya perbincangan lanjut tentang perkara ini dapat dilakukan. Perkara ini tidak boleh diurus oleh pelajar. 16.3 Guru hendaklah berada bersama murid sepanjang masa aktiviti dijalankan, termasuk pada waktu malam. 16.4 Guru penasihat hendaklah memastikan: 16.4.1 Ibu bapa murid dimaklumkan secara bersurat tentang aktiviti yang dijalankan. 16.4.2 Tempat yang diguna bersih dan disusun semula diguna. 16.4.3 Alatan yang diguna tidak dirosakkan.


Click to View FlipBook Version