The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizul5, 2018-12-26 07:28:47

TAKWIN SMK MATANG 2019

9.4 Dalam melaksanakan tugas mengurus disiplin sila rujuk:
a. Peraturan Pelajaran 1959 Bil. (3) dalam JPN.Pk.(AM)/D/28, dan
b. Pek. Ikhtisas Bil. 1/1972
Buku Disiplin (yang dikeluarkan oleh SMK Matang

10 MESYUARAT GURU DAN MESYUARAT-MESYUARAT LAIN

10.1 Guru wajib hadir ke mesyuarat guru. Jika tidak dapat hadir kerana urusan tugas rasmi
yang lain, perkara itu hendaklah dimaklumkan kepada pengetua atau Penolong
Kanan dengan segera.

10.2 Guru juga wajib hadir ke mesyuarat yang dijalankan oleh unit-unit lain yang
melibatkan tugas di sekolah. Contoh: mesyuarat panitia, mesyuarat rumah sukan,
mesyuarat persatuan dan mesyuarat-mesyuarat lain.

10.3 Mesyuarat di sekolah hendaklah diutamakan daripada urusan peribadi.

11 KOKURIKULUM / GERAK KERJA LUAR

11.1 Kegiatan kokurikulum merupakan sebahagian daripada komponen pendidikan.
Mulai tahun 2007, kemasukan ke IPTA akan memperuntukkan 10% untuk kegiatan
kokurikulum. Oleh itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum hendaklah dilaksanakan
mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

11.2 Semua guru terlibat mengurus kegiatan kokuriklum iaitu, pasukan pakaian seragam,
persatuan/kelab dan kelab permainan.

11.3 Di samping itu guru juga akan ditugaskan mengurus pasukan permainan dan
mengurus peserta bagi pertandingan seperti kuiz, syarahan, drama, sketsa dan
sebagainya.

12 PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH

13.1 Penggunaan telefon dibenarkan bagi urusan kerja sekolah sahaja.

13 MENJALANKAN PERNIAGAAN DI SEKOLAH

14.1 Guru dan kakitangan dilarang menjalankan urusniaga di sekolah. (Contohnya
melakukan jualan langsung, menjadi agen insurans dan sebagainya).

14.2 Jurujual luar seperti agen insurans, agen kad kredit dan lain-lain perniagaan
dilarang berjumpa dengan guru.

14.3 Urusniaga tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah (kecuali koperasi dan
kantin sekolah).




96

14 KELAB GURU DAN KAKITANGAN

Semua guru dan kakitangan sokongan sekolah ini adalah AHLI KELAB GURU DAN
KAKITANGAN SEKOLAH dan wajib membayar yuran.

15 KESELAMATAN DIRI PELAJAR DI SEKOLAH

16.1 Semua guru hendaklah menjaga keselamatan dan peka kepada keselamatan
pelajar sewaktu di dalam dan di luar bilik darjah.

16.2 Guru kokurikulum/sukan/persatuan/unit beruniform hendaklah mengawasi
keselamatan pelajar yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Pastikan
alatan yang diguna adalah selamat untuk diguna.

16.3 Langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak dan SMK. Matang hendaklah
difahami dan dipatuhi.

16.4 Guru hendaklah mengambil kira faktor cuaca apabila hendak menjalankan
aktiviti. Dilarang menjalankan aktiviti dalam keadaan yang merbahaya seperti
hujan lebat, kilat petir, banjir dan lain-lain.

16.5 Sebarang kemalangan dan kecederaan yang berlaku hendaklah diambil
tindakan yang wajar dan segera. Laporkan segera perkara berkenaan kepada
pengetua. Buat laporan bertulis dalam buku tugas harian guru.

16 STOR SUKAN

17.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Setiausaha Sukan adalah
bertanggungjawab memeriksa dan menyelenggara stor dan peralatan sukan
bagi memasti alatan yang diguna berada dalam keadaan baik dan selamat
untuk diguna.

17.2 Stor sukan hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Keluar
masuk peralatan sukan hendaklah direkodkan.

17 KAWALAN, SELIAAN DAN PENCERAPAN DI DALAM BILIK DARJAH

Satu sistem kawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan kurikukulum, di
antaranya ialah:
18.1 pelaksanaan ujian formatif dan sumatif
18.2 melakukan peperiksaan dalaman dan tindak ikut
18.3 mengedalikan rekod penilaian
18.4 menubuhkan item bank soalan
18.5 menyelia kerja guru
18.6 menyelia kerja pelajar
18.7 mencerap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


97

18 KURSUS DALAMAN DAN PERKEMBANGAN STAF

18.1 Kursus diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi dan
ketrampilan guru. Kehadiran adalah wajib.

18.2 Guru yang tidak hadir hendaklah memaklumkan segera kepada Pengetua atau
Penolong Kanan.
19 GURU TIDAK HADIR BERTUGAS DI SEKOLAH

19.1 Guru yang tidak hadir bertugas sama ada secara terancang (contohnya berkursus
atau menghadiri mesyuarat) atau tidak terancang (contohnya jatuh sakit)
hendaklah menyedia bahan mengajar. Bahan itu hendaklah diserahkan kepada
Guru Kanan.

19.2 Guru ganti dikehendaki menggunakan bahan itu semasa berada di dalam kelas
berkenaan.

20 MENULIS SURAT KEPADA PIHAK ATASAN

20.1 Setiap urusan surat menyurat keluar atas urusan rasmi hendaklah dengan
pengetahuan pengetua, mengguna kepala surat ‘letter head’ sekolah dan
ditandatangan oleh pengetua.

20.2 Surat peribadi tidak boleh mengguna surat yang ada ‘letter head’ sekolah.

21 JADUAL WAKTU

21.1 Semua guru hendaklah mematuhi jadual waktu P&P yang telah ditetapkan. Jika
tidak hadir ke sekolah hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Pengetua.

22 PERSEDIAAN MENGAJAR

22.1 Buku Persediaan mengajar hendaklah disedia dengan lengkap, teratur dan kemas
kini. Buku ini hendaklah diserahkan kepada pengetua, penolong kanan, atau ketua
bidang yang berkenaan pada setiap hari Jumaat. Jika Jumaat merupakan hari cuti
awam, buku berkenaan hendaklah diserahkan sebelum hari cuti.

22.2 Buku Persediaan Mengajar adalah salah satu dokumen yang dirujuk sewaktu menilai
prestasi kerja tahunan guru.
23 JADUAL GANTI
23.1 Jadual ganti dibuat apabila seseorang guru tidak hadir ke sekolah. Tugas sebagai
guru ganti akan diberi kepada guru yang kurang memasuki kelas pada hari
berkenaan. Bagaimanapun guru-guru lain juga akan ditugaskan sebagai guru ganti
berdasarkan keperluan yang wujud pada sesuatu masa.
23.2 Guru ganti bertanggungjawab untuk memberi maklumat terhadap perkara-perkara
yang berlaku di dalam kelas semasa jagaannya.



98

23.3 Guru ganti hendaklah mengambil bahan daripada Guru Kanan mengikut bidang
masing-masing untuk diguna di kelas yang digantinya. Bagaimanapun guru ganti
boleh mengguna kelas itu untuk melaksanakan kelas tambahan.

23.4 Guru-guru yang tidak dapat masuk ke kelas atas urusan rasmi perlu mengisi borang
permintaan relief yang disediakan di pejabat dan disahkan oleh Pengetua atau
Penolong Kanan Pentadbiran.

24 JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

23.1 Maklumat di dalam buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis oleh Guru
Kelas sahaja.

23.2 Kehadiran pelajar hendaklah ditanda selewat-lewatnya pada awal waktu
kedua.

23.3 Pada akhir bulan buku ini hendaklah ditutup (iaitu dilakukan rumusan data).

23.4 Guru kelas hendaklah menghantar surat-surat amaran kepada penjaga bagi
pelajar yang tidak hadir mengikut jumlah hari yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian.

23.5 Sila rujuk tatacara penghantaran surat kepada penjaga bagi memaklumkan kes
tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau berselang seli. Guru kelas
diminta mematuhi tatacara berkenaan. (rujuk Buku Kehadiran Murid muka surat
6).

25 KELUAR KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU BERTUGAS

24.1 Guru dan kakitangan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam
waktu bekerja.

24.2 Guru dan kakitangan yang perlu keluar kerana urusan penting hendaklah
memaklumkan kepada pengetua dan merekodkannya ke dalam buku rekod
kebenaran keluar di pejabat dan bilik pengawal keselamatan.



26 RAHSIA SEKOLAH

Guru dan kakitangan tidak dibenarkan membocorkan maklumat sulit sekolah kepada
mana-mana pihak termasuk kepada pihak media massa.

27 MENJAGA NAMA BAIK JABATAN

26.1 Guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik Kementerian Pelajaran
Malaysia dan institusi yang berada di bawahnya.


99

26.2 Kakitangan yang tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan
berdasarakan Perintah Am Bab D2.

28 PENGELUARAN BAHAN BERCETAK

29.1 Penerbitan sesuatu risalah atau majalah mestilah dengan kebenaran pengetua.

29.2 Satu salinan risalah/majalah hendaklah dihantar kepada pengetua.

29.3 Bahan bercetak yang dikeluarkan adalah untuk edaran dalaman sahaja.

29.4 Kandungan risalah hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur subversif,
perkauman dan tidak berbau politik.

29 PENGGUNAAN ALATAN SEKOLAH

Sebarang alat hendaklah diguna untuk kepentingan sekolah ini dan mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Contohnya, guru-guru yang memegang komputer riba,
LCD, Kamera dan Donggle hendaklah mengguna perkakasan itu untuk kerja-kerja
sekolah dan digunakan sebagai alat pemudah cara PdP.

30.1 Pinjaman hendaklah dengan kebenaran ketua bahagian / penjaga stok.
30.2 Pinjaman dan pemulangan alatan hendaklah dicatatkan ke dalam Buku
Pinjaman Bahagian / Jabatan berkenaan.
30.3 Laporkan kepada ketua bahagian/penjaga stok sekiranya alat yang dipinjam
rosak.
30.4 Alat boleh dipinjam dalam jangka pendek (ditetapkan ketua
bahagian/penjaga stok).
30.5 Peminjam bertanggungjawab untuk membuat laporan (termasuk laporan polis)
jika alatan itu hilang semasa berada di dalam tangannya.

30 LAPORAN MESYUARAT DAN AKTIVITI LUAR

31.1 Semua ketua jabatan, ketua bahagian, ketua unit dan ketua panitia hendaklah
melaporkan kegiatan-kegiatan yang telah selesai dijalankan.
31.2 Laporan hendaklah disampaikan kepada pengetua, dan
31.3 Masukkan satu laporan itu dalam fail yang berkenaan. (sila rujuk format laporan
dilampiran)
31 LAWATAN KE LUAR NEGARA

32.1 Guru dan kakitangan yang bercadang melawat ke luar negara (seberang laut)
hendaklah memohon kebenaran Jabatan Pelajaran Perak dengan mengisi
borang khas yang boleh didapati di pejabat sekolah. Permohonan boleh dibuat
sebulan lebih awal dari tarikh pergi melancong.

32.2 Guru diminta memaklumkan ke pejabat sekolah tentang tarikh dan jangkamasa
ke luar negara. Rujuk: Bil. (3) dlm.J. Pel.Pk 4072/64 Pt. 11.


100

32 SURAT, ARAHAN DAN PEKELILING

33.1 Surat-surat, arahan dan pekeliling yang ditujukan kepada guru hendaklah diteliti
dan ambil tindakan yang diperlukan.

33.2 Jika surat-surat berkenaan merupakan makluman ia hendaklah difailkan.

33.3 Surat-surat penting hendaklah disimpan dalam fail sekolah, sementara
salinannya disampaikan kepada guru yang berkenaan

33 PENGURUSAN FAIL-FAIL

34.1 Apabila guru menerima fail yang ditujukan kepadanya untuk dilakukan tindak
ikut, guru tersebut hendaklah bertanggungjawab mengurus perkara berkenaan
sehingga selesai.

34.2 Jika melibatkan pengisian maklumat ke dalam borang, guru berkenaan
bertanggungjawab mendapat dan mengisi maklumat ke dalam borang
berkenaan.


34.3 Guru diminta menyedia draf surat iringan. Draf surat itu hendaklah sempurna
dari segi susunan ayat, ejaan dan tatacara surat rasmi. Draf surat itu diserahkan
kepada PO untuk ditaip.

34 PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(PSKPP)

35.1 Semua guru dan kakitangan dimestikan menjadi ahli PSPKK dan membayar
bayaran khas yang dikenakan oleh persatuan ini.

35.2 Sebagai ahli, semua guru dan kakitangan digalak mengambil bahagian dalam
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini



35 KESELAMATAN MAKMAL SAINS, BENGKEL DAN BILIK-BILIK KHAS

36.1 Bilik berkenaan hendaklah mempunyai peringatan bertulis tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan. Ketua unit atau ketua panitia bersama guru-
guru dalam panitianya bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara ini.

36.2 Selepas diguna alat-alat hendaklah disusun atur dengan kemas supaya
pengguna berikutnya boleh mendapat alatan itu dengan mudah.





101

36 KERUSI MEJA DAN ALATAN DALAM BILIK DARJAH

37.1 Guru kelas diminta melapor kepada Penolong Kanan HEM tentang kerosakan
kerusi, meja, alat elektrik dan sebagainya supaya kerja pembaikan dapat
dilakukan.

37.2 Penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM hendaklah memeriksa bilik-bilik yang
diguna sebagai bilik peperiksaan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum
peperiksaan bermula. Laporkan kepada Penolong KananHEM tentang
kerosakan yang berlaku (termasuk cermin tingkap dan pintu yang perlu diganti).

37 ALAMAT MASA CUTI

38.1 Guru hendaklah mengemas kini alamat masing-masing supaya dapat dihubungi
ketika bercuti.

38 SISTEM PENYEBARAN MAKLUMAT

39.1 Maklumat sekolah disampaikan melalui talian terus (Telegram Rasmi Sekolah)
dan papan kenyataaan di bilik guru (maklumat bertulis dipamerkan di bilik guru).

39.2 Guru diminta memberi perhatian dan peka terhadap perkara ini dan mengambil
tindakan segera terhadap makluman berkenaan.

39 PENGGUNAAN BUKU KERJA

40.1 Buku kerja hanya boleh diguna sebagai sumber latihan setelah guru-guru
mengajar konsep dan kemahiran kepada murid-murid (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bi. 10/1991, bertarikh 2 Oktober 1991).
40.2 Murid-murid boleh mengguna buku ini sebagai bahan rujukan dan untuk
membuat kerja rumah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bi. 10/1991, bertarikh 2 Oktober
1991).
40.3 Buku ini tidak boleh diguna sewaktu mengajar dalam kelas (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 10/1933, bertarikh 27 Disember 1993).




40 PERATURAN TENTANG LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KETERHUTANGAN
KEWANGAN YANG SERIUS

41.1 Guru-guru hendaklah mengelak daripada berada dalam situasi keterhutangan
kewangan yang serius.
41.2 Surat-surat yang boleh dirujuk tentang perkara ini ialah:
a) Surat Jabatan Pelajaran Perak, J. Pel.Pk. SULIT.4753 Jld.3(79), bertarikh 14
Februari 2006.
b) Surat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, JPA(S)TT.7082 Jld.6/ (35),
bertarikh 28 Disember 2005, yang kandungannya antara lain ialah:

102

i. Perkara 2 surat berkenaan menyatakan: Kedudukan pendapatan
bersih pegawai awam hendaklah tidak kurang daripada 40% dari
emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keadaan
keterhutangan yang serius.

ii. Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993:
Pegawai awam dilarang meminjam wang daripada mana-mana
orang khususnya yang menjalankan perniagaan pemberian
pinjaman wang. Pegawai awam boleh meminjam wang daripada
institusi kewangan yang berlesen dengan syarat-syarat tertentu.

iii. Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993:
Pegawai awam dikategorikan berada dalam keterhutangan yang
serius, sekiranya:
a. Agregat hutang dan liabitli yang tak bercagar pada bila-
bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak
sepuluh kali emolumen bulanannya.
b. Pegawai seorang bankrap atau seorang pemakan gaji
tak solven.

41.3 Sehubungan dengan itu pihak pentadbir sekolah (pengetua dan semua
penolong kanan) tidak akan membuat perakuan borang pinjaman yang
dikemukakan oleh guru-guru atau kakitangan sokongan yang kedudukan
kewangan berada dalam situasi 41.2 (rujuk di atas).

A. PANDUAN PEROLEHAN/PEMBELIAN

1. ASPEK-ASPEK PENTING

1.1 Perancangan yang baik dengan mengambil kira jumlah peruntukan bagi
mengelak pembaziran.
1.2 Semua pembelian akan diuruskan oleh Pembantu Tadbir (Kewangan)
1.3 Pastikan pembelian berdasarkan keperluan dan peruntukan wang yang
mencukupi.

1.4 Tentukan kualiti barangan yang hendak dibeli berdasarkan:
a. Stok terakhir
b. Keperluan (penting)
c. Kekerapan penggunaan

2. PESANAN DAN PEMBELIAN

2.1 Cadangan hendaklah dibuat dengan mengisi borang atau berunding dengan
ketua panitia/ketua bidang.



103

2.2 Ketua panitia/ketua bidang hendaklah meneliti cadangan dengan mengambil
kira baki stok untuk dipertimbangkan oleh Pengetua/jawatankuasa pengurusan
kewangan sekolah.

2.3 Ketua Bidang /Ketua Panitia perlu mengisi nota minta dan menyerahkan kepada
Pembantu Tadbir (Kewangan) untuk urusan pembelian.

3. KAEDAH BORANG NOTA MINTA

3.1 Borang nota minta hendaklah diisi oleh Ketua Bidang /Ketua Panitia berkenaan,
dan ditandatangan oleh Pengetua.

3.2 Borang nota minta perlu disediakan sebelum pembelian di buat selepas
menerima kelulusan daripada Pengetua.

4. KAEDAH PEMBAYARAN

4.1 Pembelian/perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 tidak perlu mengguna
borang pesanan. Guna panjar wang runcit (PWR) bagi membiayai
pembelian/perbelanjaan yang tidak melebih RM100.00.

4.2 Semak invois dan bil pesanan tempatan yang diterimadaripada pembekal bagi
memastikan barang yang diterima adalah sama seperti yang dipesan (dari segi
kuantiti, kualiti, harga dan sebagainya).

4.3 Guru yang memesan hendaklah menurunkan tandatangan dan menulis nama
pada invois yang diterima supaya mudah untuk dirujuk.

4.4 Cop tarikh terima dan catatkan ke dalam stok tentang barang-barang yang
diterima. (Tindakan guru yang memesan barang).

4.5 Daftarkan invois itu ke dalam ‘Buku Daftar Bil’. (Tindakan Ketua Pembantu
Tadbir).

4.6 Sediakan baucer bayaran dan cek. Kemukakan cek dan dokumen berkenaan
kepada Penolong Kanan untuk disemak dan ditandatangan. Selepas itu
serahkan cek dan dokumen itu kepada pengetua untuk ditandatangan.

4.7 Pastikan baucer dan resit bayaran diserah oleh pembekal (penerima bayaran)
dalam tempoh yang manasabah (paling lewat dalam tempoh 14 hari).

4.8 Resit belian tunai perlu ditandatangani dan dicop jawatan KP/ GK pada
bahagian bawah resit.






104

5. PERINGATAN

Guru yang membuat pesanan hendaklah menyerahkan invois dengan segera
kepada Ketua Pembantu Tadbir, iaitu TIDAK MELEBIHI TEMPOH TUJUH HARI
SELEPAS MENERIMA INVOIS ITU.

B. TUGAS-TUGAS GURU

B.1 SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas,
Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.

1.2 Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
1.2.1 Jadual waktu
1.2.2 Jadual tugas
1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan tulis
1.2.4 Alatan untuk membersih kelas seperti penyapu, bakul sampah dan
pengaut sampah.

1.3 Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan ceria.

1.4 Menentukan pendawaian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
1.5 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan.
1.6 Memastikan ahli jawatankuasa dalam organisasi kelas yang dilantik menjalankan
tugas.

2. Jadual Kedatangan Pelajar

2.1 Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat. Buku
kedatangan boleh ditanda oleh guru kelas sahaja. Pelajar dilarang mengambil
atau menanda buku ini.

2.2 Menentukan semua butiran yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan pelajar ditulis.

2.3 Memastikan catatan di dalam buku jadual berkenaan merupakan maklumat
terkini.






105

3. Laporan Pelajaran, Sijil Behenti danSurat Akuan

3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai rekod kemajuan pelajar.

3.2 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
fizikal ke dalam kad atau dokumen yang ditetapkan bagi setiap
semester/penggal.

3.3 Menyampaikan rekod kemajuan pelajar kepada ibu bapa.

3.4 Menyedia dan mengisi:
3.4.1 “Helaian Markah” bagi setiap peperiksaan/ujian yang dijalankan oleh
sekolah.

3.4.2 Sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar tingkatan 3 (yang bertukar ke
sekolah lain) dan tingkatan 5.

3.5 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
3.5.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap
akademik.

3.5.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan
memberikan hadiah (jika perlu).

3.5.3 Ada sifat empati dalam menangani masalah pelajar.

3.5.4 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika.

3.5.5 Terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar.

3.5.6 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat
pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

3.5.7 Melapor kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar
disiplin sekolah.

C.2 SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah
jagaannya. Dalam hal ini sila Bincangkan dengan Penolong Kanan Pentadbiran.

2. Kuota pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan mesti dipatuhi. Perkara ini hendaklah
dimaklumakan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan
minat/aliran bagi pelajar Tingkatan 4.

4. Membantu guru tingkatan membuat agihan buku bantuan kerajaan (SPBT).

106

5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak diberi
bantuan/biasiswa.
6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan jumlah pelajar di dalam setiap kelas
dari masa ke semasa.

7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam fail daftar
masuk (ikut tingkatan) dengan kemas dan teratur.

8. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad
berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran keluar:

8.1 Dokumen Kemajuan Pelajar
8.2 Dokumen Gerko
8.3 Kad 001 dan Kad 002
8.4 Borang Kelulusan Pinjaman SPBT

9. Mendapatkan dari guru mata pelajar keputusan “Penilaian Berasaskan Sekolah” bagi
matapelajaran-matapelajaran tertentu.

10. Berkerjasama dengan guru kelas melakukan analisis keputusan PT3/SPM.

11. Bekerjasama dengan guru kelas dan penyelaras peperiksaan awam bagi menyediakan
bilik-bilik peperiksaan PT3/SPM.

12. Bertugas pada hari pendaftaran pelajar baru (Tingkatan 1) dan membantu
mengagihkan pelajar.

13. Memastikan guru kelas mencatat ke dalam Buku Pendaftaran maklumat tentang
bilangan, nombor pendaftaran dan maklumat murid yang mendaftar masuk ke sekolah
ini.

14. Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan guru kelas mengemaskini
maklumat yang diperlukan.

15. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru ke dalam fail daftar masuk
mengikut kelas.

16. Memaklumkan data kemasukan pelajar baru kepada Penolong Kanan pada akhir bulan
Januari, Februari, Mac, Mei, Julai, September dan Oktober.

17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua atau Penolong Kanan.

C.4. SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Hari bertugas ialah pada hari Isnin sehingga Jumaat (5 hari).



107

2. Datang ke sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum sekolah bermula dan pulang
sekurang-kurangnya 20 minit setelah berakhir.

3. Memantau kehadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan mereka menepati waktu
datang, rehat dan pulang.

4. Mengawas pergerakan murid terutama waktu pulang selepas tamat persekolahan.

5. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu dan sampah sarap dibuang bagi memastikan
bilik darjah berada dalam keadaan bersih.
6. Memastikan lampu, kipas angin dan tingkap ditutup apabila waktu persekolah telah
tamat.

7. Memantau kebersihan tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Laporkan
kepada pengetua dengan segera jika wujud keadaan yang tidak memuaskan atau
merbahaya kepada murid/guru/pekerja.

8. Memantau kebersihan makanan yang dijual di kantin.

9. Mengurus pelajar yang sakit. Jika perlu hantar pelajar ke hospital.

10. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu sebelum loceng pertama,
waktu rehat. Ambil tindakan yang manasabah apabila bertemu dengan kes pelajar
melanggar disiplin sekolah.

11. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan aduan kehilangan barang. Memaklumkan
kepada guru disiplin dan Penolong Kanan HEM.

12. Membuat catatan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
13. Perhimpuan rasmi:



14.
14.1 Memastikan alatan dan perkakasan disediakan dan mencukupi: bendera, kerusi
guru, pembesar suara dan meja hadiah (jika ada majlis penyampaian hadiah).

14.2 Mengarah dan mengawal persiapan awal bagi memastikan pelajar mematuhi
tatatertib perhimpunan rasmi.

14.3 Mengarah dan mengawal murid bergerak keluar dari perhimpunan supaya
murid bersurai secara teratur.

C.5 SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT

KELAB/PERSATUAN/SUKAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM



108

1. Jadual aktiviti kokurikulum, iaitu bagi kegiatan Kelab/Persatuan/PasukanPakaian
Seragam adalah seperti berikut hari Rabu.

2. Satu notis (kenyataan bertulis) hendaklah diserahkan kepada ibubapa supaya
mereka mendapat maklumat tentang pergerakan anak mereka. Notis ini
hendaklah ditandatangan oleh guru penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum.

3. Bertanggungjawab membimbing pasukan, kelab, persatuan, sukan, permainan
yang dipertanggungjawabkan.

4. Bertanggungjawab dalam perancangan aktiviti dan projek-projek pasukan, kelab,
persatuan, sukan dan permainan sepanjang tahun.

5. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti dan
projek-projek melalui perjumpaan-perjumpaan dan mesyuarat-mesyuarat yang
dijalankan.

6. Menyediakan program-program perkembangan keahlian pasukan, kelab,
persatuan, sukan dan permainan.

7. Menyimpan rekod-rekod minit mesyuarat, senarai guru penasihat, senarai
jawatankuasa, senarai nama ahli serta penyata bayaran khas dan kewangan yang
lengkap dan kemas kini.

8. Menyediakan surat-surat persetujuan ibu bapa/penjaga bagi anak-anak mereka
memasuki pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permaian. Lawatan-lawatan dan
aktiviti yang perlu bermalam atau lewat balik perlu mendapat surat kebenaran polis
dan Jabatan Pendidikan.

9. Memperakui keanggotaan dan pengelolaan ahli-ahli bagi kegunaan Surat Akuan
dan Sijil Berhenti Sekolah.

10. Mengawasi disiplin dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelab, persatuan, pasukan,
sukan dan permainan yang dikelolakan.
11. Bertanggungjawab menentukan yang persatuan, kelab, pasukan, sukan dan
permainan berkenaan adalah selaras dengan kehendak serta kepentingan pihak
sekolah/Jabatan Pendidikan/Kementerian Pendidikan Malaysia.

12. Bertanggungjawab berurusan dengan Penolong Kanan Kokurikulum dalam hal
perjalanan pasukan, kelab, persatuan, sukan dan permaian.

13. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan dan pentadbiran pasukan, kelab,
pasukan, persatuan dan permainan yang dikelolakan.

14. Mencatatkan setiap perjumpaan dan mesyuarat di dalam buku rekod aktiviti unit
yang dikelolakan.



109

15. Setiap aktiviti hendaklah dirancang lebih awal. Pelaksanaan aktiviti secara bidan
terjun hendaklah dielakkan.

16. Permohonan penggunaan bilik, dewan dan peralatan sekolah semasa menjalankan
aktiviti di dalam kawasan sekolah.

16.1 Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat seminggu sebelum aktiviti
dijalankan. Permohonan yang tidak mematuhi tempoh masa yang telah
ditetapkan itu tidak akan dipertimbangkan.
16.2 Guru penasihat hendaklah berjumpa Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum
supaya perbincangan lanjut tentang perkara ini dapat dilakukan. Perkara ini
tidak boleh diurus oleh pelajar.

16.3 Guru hendaklah berada bersama murid sepanjang masa aktiviti dijalankan,
termasuk pada waktu malam.
16.4 Guru penasihat hendaklah memastikan:

16.4.1 Ibu bapa murid dimaklumkan secara bersurat tentang aktiviti yang
dijalankan.
16.4.2 Tempat yang diguna bersih dan disusun semula diguna.
16.4.3 Alatan yang diguna tidak dirosakkan.

JADUAL PENCERAPAN GURU & PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID 2019

PENGGAL 1 (Bermula Februari 2019)

BIL. PENCERAPAN GURU-GURU YANG DICERAP

1. Hj. Hasnul Hadi B. Abd Thamin
1. Zainal B. Hj. Umar 2. En. Mohamad Rizal B Abdul Rahim
3. En. Mohd Shariff B Mohammed Noor

1. Mohd Asri B Daud
2. Halimaton Bt Abdul Hamid
3. Muhamad Fedli B Zakaria
4. Nor Hanim Bt Abdul Aziz
5. Ahmad Noornizam B Shamsudin
2. Hj. Hasnul Hadi B. Abd Thamin 6. Ahmadan B Ghazali
7. Mohammad Hafizul B Haron
8. Mohammad Sofeanudden B Abdul Rahman
9. Tan Ai Ling
10. Thuneshwaran A/L Langar @ Gunasegaran
11. Nazwakiefly B Bakar

1. Azlin Bt Kamallulariffin
2. Mandip Kaur A/P Guardial Singh
Mohamad Rizal B Abdul 3. Musa B Mahamud
3.
Rahim 4. Noor Aziah Bt Ghazali
5. Nursyaheeda Bt Yusof
6. Norshazwani Bt Mohd Shaharom
7. Yvonne Ooi Yeng Bee
110

8. Mas Amira Bt Ab Latib

1. Che Hakma Zaini Bt Che Soh
2. Ang Ai Kim
Mohd Shariff B Mohammed 3. Beh Ai Ling
4.
Noor 4. Muhammad Hafriz B Ishak
5. Norazmi B Abd. Azis
6. Izati Bt Adnan
7. Kamaruzaman B Ahmad

1. Cik Azlina Bt Othman
2. Karpagam A/P Kandasamy
3. Hasnah Bt Jusoh
5. Mohd Asri B. Daud 4. Halijah Bt Kamari
5. Muhamad Suhaimi B Mohthar
6. Farizah Bt Sulaiman
7. Mat Fuzi B Awang

1. Mages A/P Venugopal
2. Khairusmawi B Haji Hitam
3. Vijayaranni A/P Ragavan
6. Halimaton Bt. Abdul Hamid
4. Lee Bee Kee
5. Low Mei Hoon
6. Hamimah Bt Aziz


1. Chew Siau Huey
2. Mandy Chin Wei Seen
7. Muhamad Fedli B. Zakaria 3. Rajakumari A/P Sinasamy
4. Wong Mei Leng
5. Nursyaheeda Bt Yusof
6. Puspavalli A/P Subramanian

1. Sanisah Bt Sarmun
2. Rasnah Bt Mohamad
8. Nor Hanim Bt. Abdul Aziz 3. Wan Nor Azura Bt Fauzi
4. Soh Suan Hua
5. Tan Gaik Hoon
6. Aida Azmawati Bt Baharin
















111

JADUAL BERTUGAS HARIAN DAN WAYS 2019

KHAMIS
BULAN ISNIN SELASA RABU JUMAAT
M1 M2 M3 M4

GK GK
JANUARI PK 1 PK HEM PK KO GK B GK K PGB
SM VT

GK GK
FEBRUARI PK HEM PK KO PK 1 GK K GK B PGB
SM VT
GK GK
MAC PK KO PK 1 PK HEM GK K GK B PGB
VT SM

GK GK
APRIL PK 1 PK HEM PK KO GK B GK K PGB
VT SM
PK GK GK
MEI PK KO PK 1 GK B GK K PGB
HEM SM VT

PK GK GK
JUN PK KO PK 1 GK K GK B PGB
HEM SM VT
GK GK
JULAI PK 1 PK HEM PK KO GK K GK B PGB
VT SM

PK GK GK
OGOS PK KO PK 1 GK B GK K PGB
HEM VT SM

PK GK GK
SEPTEMBER PK KO PK 1 GK B GK K PGB
HEM SM VT
GK GK
OKTOBER PK 1 PK HEM PK KO GK K GK B PGB
SM VT

PK GK GK
NOVEMBER PK KO PK 1 GK K GK B PGB
HEM VT SM













112


Click to View FlipBook Version