The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rahayuabdrahim, 2021-04-06 11:19:56

BUKU MAT PIBG 2020

BUKU MAT PIBG 2020

PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG)

SK PARIT KADZI

889.JALAN TEMENGGONG AHMAD,84000, MUAR, JOHOR
Tel/ Faks : 06 9534387/ Emel : [email protected]

‘SEHATI’

KALI KE – 42 & 43

HARI : JUMAAT
TARIKH : 9 APRIL 2021
MASA : 09:00 PAGI MAT KE - 42
10:00 PAGI MAT KE - 43
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUM : SECARA DALAM TALIAN

“SATU HATI USAHA DIBERKATI”

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 1

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1) Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG 3
2) Kata Alu-Aluan Guru Besar 4
3) Visi Dan Misi Sekolah 6
4) Notis Mesyuarat Agung 8
5) Aturcara Majlis/Agenda Mesyuarat 10
6) AJK PIBG 2019/2020 12
7) AJK Pelaksana 14
8) Minit Mesyuarat Agung kali ke – 41 17
9) Laporan Tahunan 23
10) Penyata Kewangan 26
11) Usul – Usul 27
12) AJK PIBG 2021/2022 31
13) Catatan 33
14) Penghargaan 34

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 2

KATA ALU-ALUAN
YDP & GURU BESAR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 3

KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
SK PARIT KADZI

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita
bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 42 dan 43 pada tahun ini
secara dalan talian. Sokongan daripada semua amat diharapkan agar segala program PIBG
dapat dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam bidang
akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah
kepada guru-guru sekolah ini yang telah berkorban dari segi masa dan tenaga bagi memastikan
kejayaan anak-anak kita.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 kerana
memberi kerjasama sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini. Saya berharap kerjasama ini
berterusan demi kecemerlangan anak-anak kita. PIBG akan terus memainkan peranan
membantu pihak sekolah dalam pelbagai perkara untuk memacu lagi kecemerlangan di masa
hadapan. Perkongsian pintar dan kerjasama antara guru dan ibu bapa telah terbukti banyak
menyumbang kepada kejayaan anak-anak kita di sekolah.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan yang berterusan di
dalam melaksanakan dan mencapai aspirasi PIBG sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

…………………………………………………….. 4
(EN. MD TAUFEK BIN KAMALUDIN)
YANG DIPERTUA PIBG
SK PARIT KADZI

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SK PARIT KADZI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya dapat kita bersama-
sama mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Parit Kadzi kali ke – 42 dan 43 pada hari ini
secara dalam talian. Terima kasih kepada tuan-tuan yang turut serta dalam mesyuarat pada
hari ini. Semoga mesyuarat kali ini akan membawa keberkatan dan hasil kerjasama yang baik.

Pendidikan Negara pada hari ini telah memasuki era pembaharuan. Saban tahun
pelbagai program dan gerak kerja perlu dilaksanakan dalam merealisasikan kecemerlangan
anak-anak murid dari segi pembangunan sahsiah, akademik dan kemenjadian murid. Maka
dengan itu diharapkan pihak PIBG dan pihak sekolah akan terus berganding bahu dalam
merangka dan melaksanakan program-program tertentu untuk pembangunan prasarana
sekolah yang lebih baik dan memberi manfaat kepada semua warga sekolah. Saya berharap
kerjasama antara PIBG dan pihak sekolah ini akan berterusan selamanya.

Akhir kata saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua
jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020 yang komited tinggi memberi sumbangan kepada
pihak sekolah. Semoga kerjasama ini diberkati dan memberi impak yang baik demi
kecemerlangan anak-anak murid kita. Selamat bermesyuarat.

Sekian, terima kasih.

“SATU HATI USAHA DIBERKATI”

……………………………………………………….
(TN. HJ. KHAIRUL IZAM BIN ABD SAMAT)
GURU BESAR SK PARIT KADZI

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 5

MISI & VISI
SEKOLAH

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 6

Visi Sekolah

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA

Misi Sekolah

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN

POTENSI INDIVIU BAGI MEMENUHI ASPIRASI
NEGARA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 7

NOTIS
MESYUARAT AGUNG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 8

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Tel / Faks: 06-9534387
SK. PARIT KADZI MUAR Emel : [email protected]
889 JALAN TEMENGGONG AHMAD
84000 MUAR, JOHOR

Fail Kami : PIBG/JBA 5032/(14)/2021
Tarikh : 21 Mac 2021

Kepada ,
Yang Dipertua,
Semua Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru dan Ibu Bapa / Penjaga Murid,
SK Parit Kadzi Muar.

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK PARIT KADZI KALI KE – 42 & 43

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan dipersilakan hadir ke majlis tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 9 APRIL 2021

Hari : JUMAAT

Masa : 9.00 PAGI – 10.00 PAGI MAT 2020

10.00 PAGI – 11.00 PAGI MAT 2021

Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING

3. Kehadiran tuan amat diperlukan bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ahli PIBG
sekolah ini. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, wassalam

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________

ISMAIL BIN MOHD HATTA
SETIAUSAHA PIBG
SK. PARIT KADZI
84000 MUAR, JOHOR.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 9

ATURCARA
&

AGENDA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 10

ATURCARA MAJLIS / AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43

09.00 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
: Bacaan Doa ( Ustaz Mohd Farhad Bin Abdul Muin )
: Ucapan En Md Taufek Bin Kamaludin (YDP PIBG SKPK)
: Ucapan Tn. Hj. Khairul Izam Bin Abd Samat (Penasihat PIBG SKPK )
: Penyampaian Sijil & Cenderahati kepada AJK 2019/2020

09.30 pagi : Mesyuarat Agung kali ke – 42 dimulakan
Agenda Mesyuarat :

 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke - 41
 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SKPK sesi 2019/2020
 Membentang , menerima & meluluskan Laporan Penyata Kewangan PIBG

SK Parit Kadzi berakhir 31 Disember 2019
 Pembentangan dan perbahasan usul-usul yang diterima.(dibawa ke MAT

ke -43)
 Ucapan penangguhan

11.00 pagi : Mesyuarat Agung kali ke – 43 dimulakan
Agenda Mesyuarat :

 Ucapan Penasihat
 Ucapan YDP
 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke - 42
 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SKPK sesi

2020/2021
 Membentang , menerima & meluluskan Laporan Penyata Kewangan

PIBG SK Parit Kadzi berakhir 31 Disember 2020
 Pembubaran AJK sesi 2020/2021
 Pelantikan Pengerusi sementara
 Pengumuman AJK 2021/2022
 Penetapan sumbangan PIBG 2021/2022
 Pembentangan dan perbahasan usul-usul yang diterima
 Ucapan penangguhan
 Cabutan Bertuah

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 11

AJK
2019/2020

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 12

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK PARIT KADZI MUAR BAGI TAHUN 2019/2020

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn. Hj. Khairul Izam Bin Abd Samat
Yang Dipertua : En. Md Taufek Bin Kamaluddin
Naib Yang Dipertua : En. Ahmad Khair Bin Yusof
Setiausaha : Cikgu Ismail Bin Mohd Hatta
Bendahari : Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom

AHLI JAWATANKUASA ( IBU BAPA/PENJAGA )

En Wan Abd Halim Bin Wan Mohd Ghazali
En Mohd Tajaudin Bin Abd Wahab
Pn Norfaizah Binti Rabaie
Pn Mawar Binti Mohamad
Pn Nurul Ain Binti Md Said
Pn Marzita Binti Othman

AHLI JAWATANKUASA ( GURU )

Cikgu Ismail Bin Mohd Hatta
Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom
Cikgu Nurul’Ain Binti Md. Nor
Cikgu Nor Adura Binti Paimin
Cikgu Siti Rashidah Binti Mohamad
Cikgu Zuriana Binti Kamarudin

AJK PEMERIKSA KIRA-KIRA

Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
Pn Siti Hajar Binti Mohamad

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 13

AJK
PENGELOLA

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 14

JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 42 & 43

SK PARIT KADZI MUAR

AJK INDUK

Penasihat : Tn. Hj. Khairul Izam Bin Abd Samat (Guru Besar SKPK)
Pengerusi : En Md Taufek Bin Kamaludin (YDP PIBG SKPK)
Naib Pengerusi : En Ahmad Khair Bin Yusof (NYDP PIBG SKPK)
Setiausaha : Cikgu Ismail Bin Mohd Hatta
Bendahari : Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENDAFTARAN BACAAN DOA

Ustazah Nor Rafidah Binti Markom Ustaz Mohd Farhad Bin Abdul Muin
Cik Noraziena Binti Khairol

PENCATAT HIASAN PENTAS/DEWAN

Cikgu Norfadlin Binti Abd Jabbar Cikgu Zuriana Binti Kamarudin
Cikgu Adura Binti Paimin Cikgu Alif Bin Khalid

ISTIADAT & PROTOKOL Cikgu Farah Qistina Binti Fahimi
Cikgu Fareha Binti Kamil@Hussin

Pn Marzita Binti Othman
Pn Hafizah Binti Abd Rahman

Cikgu Mohd Nuh Bin Abdullah JAMUAN
Cikgu Ismail Bin Aspan
Cikgu Nor Liah Binti Hamzah
Cikgu Zainudin Bin Abu Naim Cikgu Noh Laili Binti Abd Samad
En Mohd Tajaudin Bin Abd Wahab
En Wan Abdul Halim Bin Wan Mohd Ghazali Ustazah Atiqah Binti Atan
Pn Anita Binti Aziz

Pn Nurul Ain Binti Mohd Said
Pn Mawar Binti Muhammad

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 15

PENGACARA MAJLIS CABUTAN BERTUAH &
CENDERAHATI
Ustazah Siti Aisyah Binti Mohd Zaman
Cikgu Siti Rashidah Binti Muhammad Ustazah Samsiah Binti Salleh
Ustazah Fauzana Binti Zakaria
SIJIL Ustazah Nurulhuda Binti Halit

Cikgu Nurul ‘Ain Binti Md.Nor Pn Norfaizah Binti Rabaie
Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
PA SISTEM
PERAKAM PERISTIWA
Cikgu Zulhaidi Bin Ahmari
Cikgu Mohd. Kamaruzaman Bin Parlin Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
Cikgu Mohd Ruzaini Bin Ahmad
PERSIAPAN TEMPAT
BUKU PROGRAM
Cikgu Ramli Bin Abd Majid
Cikgu Ismail Bin Mohd Hatta Cikgu Mohd Ruzaini Bin Ahmad
Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
En Md Salleh Bin Imam
En Azhar Bin Chik Pn Sutamah Binti Kijo
Pn Nurhapidah Binti Musa
BACKDROP/BANNER
TEKNIKAL PENGUNDIAN
Cikgu Mohd Fahmi Helmi Bin Ramle
Cikgu Mohd Kamaruzaman BIn Parlin Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
Cikgu Zabah Bin Sulaiman

Ustazah Siti Zabidah Binti Mohd Amin
Cikgu Semerah Binti Mohd Ali

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 16

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 17

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 41

Tarikh : 16 Mac 2019

Masa : 08.30 pagi

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan SK Parit Kadzi Muar

Perasmi : Encik Hasrol Fahmy Bin Hj Hashim

( Ketua Kampung Parit Sakai )

Kehadiran : 97 orang

Pengerusi Mesyuarat : En Md Taufek Bin Kamaludin

AGENDA

1 Kata-kata aluan.

2 Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKPK kali ke - 40.

3 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG SK Parit Kadzi sesi 2018/2019.

4 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2018/2019.

5 Senarai AJK PIBG SK Parit Kadzi Sesi 2019/2020

6 Pembentangan dan perbahasan usul-usul yang diterima.

7 Hal-hal lain

8 Ucapan penangguhan.

Minit 1.0 : Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dapat meluangkan masa dalam
mesyuarat kali ini.

1.2 Menyatakan kali ini PIBG tiada karnival keusahawanan kerana beliau kurang sihat.

1.3 Mengharapkan SK Parit Kadzi menjadi sekolah yang terbaik.

Minit 2.0 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 40

2.1 Tn Hj Mahdom Bin Ahmad telah membentangkan minit mesyuarat Agung Tahunan

PIBG Kali ke 40 sesi 2018/2019.

2.2 Pn MawarBinti Mohamad mencadangkan minit tersebut diterima dan disahkan.

Disokong oleh Pn Nurul Ain Binti Mohd Said.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 ( Tindakan : Makluman )
18

Minit 3.0 : Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG 2018/2019
3.1 Tn Hj Mahdom Bin Ahmad membentangkan laporan tahunan aktiviti PIBG yang telah

dijalankan sepanjang tahun.
(Tindakan: Makluman )

Minit 4.0 : Membentang, Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG 2018/2019

4.1 Tn Hj Azizan Bin Sitam telah membentangkan laporan kewangan tahunan PIBG Sesi

2018/2019.

4.2 Pn Hannisah Binti Shafiee mencadangkan agar penyata kewangan tersebut diterima
dan disahkan.

Disokong oleh Pn Nurul Ain Binti Mohd Said

4.3 Bayaran tambahan sekolah rendah bagi murid bukan warganegara tahun 2019.

4.3.1 Guru Besar menyatakan bahawa kutipan bayaran tambahan bagi murid bukan
warganegara tahun 2019 adalah seperti berikut:

BIL JENIS BAYARAN KADAR SEKOLAH RENDAH KADAR SEKOLAH MENENGAH

1 MSSM RM 2.00 RM 4.00

2. Insuran Takaful RM 1.60 RM 1.60

JUMLAH RM 3.60 RM 5.60

4.3.2 Bayaran tambahan sekolah rendah perlu dijelaskan oleh ibu bapa bukan
warganegara berjumlah RM 3.60 pada awal tahun.

( Tindakan : Makluman )

Minit 5.0 : AJK PIBG Sesi 2019/2020

AJK PIBG sesi 2019/2020 adalah sama seperti berikut. Tiada pelantikan baru. Pemilihan AJK
akan diadakan pada sesi 2020/2021

Penasihat : En Zulkefli Bin Abdullah

Yang Dipertua : En Md Taufek Bin Kamaludin

Naib Yang Dipertua : En Ahmad Khair Bin Yusof

Setiausaha : Tn Hj Mahdom Bin Ahmad

Bendahari : Tn Hj Azizan Bin Sitam

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 19

AJK Ibu Bapa : En Wan Abdul Halim Bin Mohd Ghazali
En Mohd Tajaudin Bin Abdul Wahab
Pn Norfaizah Binti Rabaie
Pn Nurul Ain Binti Md Said
Pn Marzita Binti Othman
Pn Mawar Binti Mohamad

AJK Guru : Cikgu Ismail Bin Mohd Hatta
Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom
Cikgu Mohd Yatim Bin Othman
Cikgu Siti Rashidah Binti Mohamad
Cikgu Nurul Ain Binti Md Nor
Cikgu Adura Binti Paimin
Cikgu Zuriana Binti Kamarudin

Pemeriksa Kira-kira : Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
Puan Siti Hajar Binti Mohamad

Pemegang Amanah : En Md Taufek bin Kamaludin (YDP)
Tn Hj Mahdom Bin Ahmad (Setiausaha)
Tn Hj Azizan Bin Sitam (Bendahari)

Minit 6.0 : Membahaskan Usul-usul

6.1 Pn Hannisa Binti Shafiee membawa usul.

1. Mohon sediakan tempat/pondok untuk murid menunggu ibu bapa di seberang jalan
(Berhadapan masjid) untuk keselamatan murid dan tempat berteduh jika hujan atau
panas . Ibu bapa dari arah bandar tidak perlu pusing kenderaan.

2. Tutup lubang di laluan hadapan sekolah untuk elak murid terjatuh.

Maklumbalas oleh En Md Taufek Bin Kamaludin

Tunggu anak di pondok dalam kawasan masjid. Telah dibincangkan dan dibenarkan oleh
pihak masjid. Ianya lebih selamat. Jika dibina pondok di tepi jalan dikhuatiri ada
kenderaan terbabas dan menyusahkan semua pihak. Permohonan untuk menutup

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 20

longkang telah pun dibuat kepada Datuk Ashari (Ahli Majlis Perbandaran Muar) tetapi
tidak berjaya.

6.2 En Mohamad Noor Fitri Bin Kasiran mengusulkan pihak sekolah memantau kes buli di
sekolah jika ada.

Maklum balas yang diterima.

Setakat ini tiada kes buli di sekolah.

6.3 En Hisham Bin Othman mengusulkan murid tahun 3 balik awal dari tahun 6 disebabkan
waktu bermula sekolah agama yang cepat.

Maklum balas yang diterima.

Pihak sekolah tidak dapat laksanakan. Balik 1.10 petang adalah yang terbaik yang mana
ibu bapa tidak perlu mengambil anak pulang sebanyak 2 kali.

6.4 Pn Semerah Bt Mohd Ali mengusulkan PIBG memberikan peruntukan alatan sukan
berupa wang ringgit pada jumlah tertentu dan tetap, contoh RM3000 untuk kelab sukan
memanah dan alatan itu menjadi hak sekolah serta duit bayaran jurulatih yang
mengajar.

Maklum balas yang diterima.

PIBG telah meluluskan RM1000 untuk hadiah kepada atlet sukan SK Parit Kadzi yang
berjaya mendapat pingat. Peruntukan RM3000 untuk memanah adalah tinggi dan PIBG
tidak berkemampuan.

6.5 Pn Rosmina Bt Hussain mengusulkan murid melintas jalan dengan selamat dengan
iringan pengawal keselamatan. Murid tanpa iringan prngawal keselamatan sukar dilihat
oleh pengguna jalan raya walaupun dengan bantuan lampu isyarat dan masih ada
pengguna jalan raya yang melanggar lampu isyarat.

Maklum balas yang diterima.

Mengiring anak melintas jalan bukanlah tugas pengawal. Ibu bapa yang sepatutnya
mengiring anak mereka melintas jalan.

Minit 7.0 : Hal – hal lain

7.1 En Wan Abdul Halim menyarankan ibu bapa perlu menghantar atau menurunkan anak-
anak mereka dengan segera untuk mengelakkan kesesakkan di hadapan pintu pagar
sekolah. Ibu bapa perlu menepati masa untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

7.2 En Taufek member pendapat dan bersetuju aktiviti merentas desa di Tanjung Ketapang
adalah selamat dari kemalangan jalanraya dapat dielakkan.

7.3 Pn Zalina Binti Abd Majid bertanya tentang ibu bapa sudah membeli satu set buku tulis
lengkap di kedai buku , namun masih tidak mencukupi. Ada guru menyuruh murid
membeli lagi buku tulis yang tidak cukup.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 21

7.4 Pn Marzita Binti Othman mengaju pertanyaan kepada guru iaitu ada buku kerja atau
buku aktiviti yang sudah dibeli masih kosong dan banyak yang tidak dibuat oleh murid.
Maklum balas dari Puan Semerah Binti Mohd Ali, buku kerja bolleh dibuat olleh murid
sebagai aktiviti tambahan dengan panduan yang diberikan oleh guru.

7.5 Bayaran sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM50.00 sekeluarga.Sebulat suara telah
bersetuju dalam mesyuarat agung 2018/2019 yang dicadangkan oleh Pn Suraya Binti
Bachik.

Minit 8.0 Ucapan Penangguhan

8.1 En Md Taufek Bin Kamaludin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir
dan member sokongan aktiviti PIBG.

8.2 En Md Taufek selaku Naib Yang Dipertua PIBG SM Dato Sri Amar Diraja mengalu-alukan
sumbangan untuk mengumpul dana kepada penduduk di Pasir Gudang yang sedang
mengalami bencana pencemaran udara pembuangan sisa toksid oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.

DIsediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………… …………………………………………………..
( TN. HJ. MAHDOM BIN AHMAD) ( EN MD TAUFEK BIN KAMALUDIN)
SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG
SK PARIT KADZI SK PARIT KADZI

TARIKH : 20 MAC 2019 TARIKH : 20 MAC 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 22

LAPORAN TAHUNAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 23

LAPORAN TAHUNAN PIBG SK PARIT KADZI MUAR
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

A. MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2019

Kali pertama 16/04/2019
Kali kedua 25/08/2019
Kali ketiga 17/11/2019

B. PROGRAM & AKTIVITI PIBG 2019
1. Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 41 ( 16/03/2019 )
dirasmikan oleh En Hasrol Fahmy Bin Hj Hashim (Ketua Kampung Parit Sakai)
2. Mesyuarat AJK kali pertama (16/04/2019)
3. Solat Hajat Perdana UPSR – Masjid Al Hikmah ( 05/09/2019 )
4. Mesyuarat AJK kali kedua ( 25/08/2019)
5. Sukan Tahunan Sekolah di Stadium Muar ( 28/09/2019)
6. Mesyuarat AJK kali ketiga ( 17/11/2019)

C. SUMBANGAN BAGI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2019
1. Majlis perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6
2. Bantuan awal persekolahan
3. Hadiah Kecemerlangan UPSR
4. Mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG
5. Majlis persaraan Tuan Hj Mahdom
6. Sukan Sekolah
7. Wakaf tempat wuduk
8. Wakaf penapis air Coway
9. Bantuan Hari Raya
10. Majlis Jamuan Selamat Datang, Persaraan dan Perpindahan.
12. Barang-barang pasca Covid-19

D. MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS PERINGKAT SEKOLAH
1. Majlis Bacaan Yasin/Tahlil & Solat Hajat UPSR
2. Majlis Sambutan Hari Guru
3. Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan
4. Majlis Sambutan Maulidur Rasul
5. Kejohanan Sukan Sekolah

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 24

LAPORAN TAHUNAN PIBG SK PARIT KADZI MUAR
BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

A. MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2020

Kali pertama 16/02/2020

Kali kedua 06/06/2020

Kali ketiga 08/07/2020

B. PROGRAM & AKTIVITI PIBG 2020
1. Mesyuarat AJK kali pertama ( 16/02/2020 )
2. Mesyuarat AJK kali kedua ( 06/06/2020 )
3. Mesyuarat AJK kali ketiga ( 08/06/2020 )
4. Bicara Santai Guru Besar bersama AJK PIBG (11/10/2020)
5. Gotong-royomg bersama MPM (06/11/2020)

C. SUMBANGAN BAGI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2020
1. Kelengkapan bilik isolasi dan banner cobid -19
2. Cenderamata guru yang bertukar
3. Pembelian pengimbas suhu dan hand sanitizer
4. Baik pulih sinki di pra sekolah
5. Peralatan tempat membasuh tangan untuk murid-murid
6. Bayaran menebang pokok di pra sekolah
7. Sumbangan kepada YDP
8. Majlis Bubur Asyura
9. Sumbangan Hari Lahir Guru Besar
10. Sumbanga Majlis Maulidur Rasul
11. Sumbangan kepada Puan Mawar
12. Sumbangan kepada pelajar
13. Sumbangan Tanaman Hidroponik

D. MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS PERINGKAT SEKOLAH
1. Majlis persaraan Puan Julainah
2. Majlis perpindahan Ustaz Azizan
3. Majlis Hari Lahir Guru Besar
4. Majlis suai kenal AJK PIBG bersama Guru Besar
5. Pemilihan bagi tender pengusaha kantin
6. Mesyuarat Pemuafakatan Sekolah (PIBK)
7. Ziarah Cakna
8. Kayuhan Santai Merdeka

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 25

PENYATA KEWANGAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 26

USUL-USUL

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 27

SENARAI USUL-USUL YANG DITERIMA

USUL 2020

Bil Pembawa Usul Usul Nama Anak

1. Pn Noraini Binti Abdullah Supaya ubah semula waktu pulang seperti Emilda Syazwani
tahun lepas iaitu 1.10 petang supaya murid 1 Bestari
dapat membuat persiapan untuk ke
sekolah agama.

2. En Syahril Bin Ismail Setiap guru kelas menyediakan group Siti Nur Aqilah
Whatsapp agar mudah ibu bapa 4 Bestari
mengetahui aktiviti di kelas masing-masing
dan bertanya tentang aktiviti sekolah
sekiranya ada kemusykilan.

3. Pn Siti Noraini Binti Penggunaan “locker” (almari) bagi Fathiah Nisrina Binti Mohd
Mohamad Rabi menyimpan buku pelajar. Ini bagi Firdaus
mengatasi masalah beg berat yang pelajar 4 Bestari
hadapi.

4. Aidil Fadilah Bin Sarbim 1.Lebihkan kawalan pada murid-murid yang Muhammad Adha Shah
menyeberangi jalan. 2 Bestari
2.Buat bonggol atau garisan kuning
sebelum sampai di lampu isyrat di depan
sekolah.

5. Wani Hayati Binti Abu Pengecualian murid Tahun 1 daripada Sufiea Syazwani
Bakar aktiviti luar seperti Merentas Desa 1 Bijak
memandangkan keadaan keselamatan dan
faktor ketahanan terhadap cuaca yang
boleh mengakibatkan masalah kesihatan.

6. Mohd Shahairi Bin Abu Adakan kelas bahasa lain seperti Bahasa Muhammad Siddiq
Bakar Cina bagi memberi peluang kepada murid 1 bijak
menguasai kepelbagaian bahasa.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 28

USUL 2021

Bil Pembawa Usul Usul Nama Anak
1. Rosmina Binti
1.Samakan waktu pulang bagi tahap 1 dan 2 1. Muhd Azhad Iman
Hussain@Abdullah 2.Banyakkan lagi pilihan makanan di kantin (3 Bestari)
dan makanan jangan terlalu pedas. 2. Nur Batrisyia
2. Mohd Fauzi Bin Nasuha (5 Bestari)
Suleiman
Mohon supaya pihak sekolah mengadakan Mujammad Faris
ujian kepada pelajar supaya pihak ibu bapa Ilham (2 BESTARI)
dapat mengetahui sejauh mana kedudukan
akademik seseorang pelajar.

3. Ahmad Yasir Bin Hashim Fokus kemenjadian murid perlu MAISARAH BT

dititikberatkan. Murid didapati tidak dapat AHMAD YASIR (2

menguasai subjek jawi malahan tidak dapat Bijak)

mengenal huruf dengan baik. Jadual dan

guru subjek sering bertukar ganti justeru

tidak ada usaha berterusan untuk mengawal

selia pemahaman murid sepanjang tahun.

Perlu ke subjek agama islam di letakkan

dalam 3 nama berbeza spt AQ, AU? Ibu bapa

konfius dalam memilih buku mana yang

perlu dibawa bagi subjek tersebut.

4. Md.Taufek Bin Sediakan bumbung di bahagian luar pagar Nur Syuhada (5
Kamaludin antara pintu A dan pintu B untuk ibu bapa BESTARI)
menunggu anak bagi mengelak panas serta
disimen bahagian rumput di luar.Perkara ini
perlu mohon kepada pihak PBT.

5. Norfaiezah binti Mohon pihak pengusaha kantin dan guru 1.Nurfareesya Najwa
Roba'ee untuk menyediakan menu seimbang untuk (1 Bijak)
pelajar setiap hari bagi memudahkan ibu 2.Muhammad Fareez
bapa menyediakan duit poket sekolah Zafran (5 Bestari)
secukupnya . Contohnye boleh update menu
makanan secara harian atau mingguan
melalui aplikasi whatapp kelas masing-
masing.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 29

6. Siti Fatimah Binti Tahir 1. Harap pihak sekolah beritahu ibu bapa Danish Mikael (1
tentang kerja sekolah atau aktiviti bagi murid Bijak)
tahun 1 di dalam whatapps kelas.
2. Harap pihak sekolah bagi waktu balik
dalam 12.30 untuk tahun 1 & 2 bagi
kurangkan kesesakan.

7. Azuhaida binti Abd Cadangan untuk subjek psv. Minta guru 1.Che Nurul Qalesya
Aziz/Nashrudin bin gunakan bahan yang mudah dicari, murah Maisara (3 Bestari)
Murad dan tidak bebankn ibu bapa untuk sediakan 2.Che Nurul Qaisara
bahan contoh bendi yang kena beli.Harap Ardini (5 Bijak)
cikgu boleh guna bahan lain seperti lobak 3.Che Nurul Sahira(6
atau batang pisang. Bestari)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 30

AJK
SESI 2021/2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 31

AHLI JAWATANKUASA PIBG SKPK 2021/2022

1. Penasihat Tn. Hj. Khairul Izam Bin Abd Samat ( Guru Besar SK Parit Kadzi )
2. Yang Dipertua …………………………………………………………………………………….
3. Naib Yang Dipertua …………………………………………………………………………………….
4. Setiausaha Ustaz Mohd Farhad Bin Abdul Muin
5. Bendahari Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom

AJK IBU BAPA

1……………………………………………………………………………………………………………………………………………
2…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
3…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
4……………………………………………………………………………………………………………………………………………
5…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
6…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

AJK GURU

1. Cikgu Zulhaidi Bin Ahmari
2. Cikgu Mohd Kamaruzaman Bin Parlin
3. Cikgu Zuriana Binti Kamarudin
4. Cikgu Nor Adura Binti Paimin
5. Cikgu Farah Qistina Binti Fahimi
6. Cikgu Nurul’Ain Bin Md Nor

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1.Cikgu Mohd Rasyidi Bin Alias
2…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

PEMEGANG AMANAH
1………………………………………………………………………………………………………………….( YDP )
2. Ustaz Mohd Farhad bin Abdul Muin (SETIAUSAHA)
3. Cikgu Mohd Hashim Bin Ejom (BENDAHARI)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 32

CATATAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 33

PENGHARGAAN

“ Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa,
ibu bapa, guru-guru, orang perseorangan dan pihak-pihak yang telah
menyumbang di dalam menjayaakan mesyuarat agung pada kali ini.
Segala sumbangan anda dari segi idea, pendapat, tenaga mahupun
wang ringgit sangat-sangat kami hargai. Semoga kolaborasi ini akan
berterusan dan seterusnya memberikan impak kejayaan dan
kecemerlangan kepada anak murid di sekolah ini “

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42 & 43 34


Click to View FlipBook Version