The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arsamahmad, 2020-03-29 09:49:12

Tamadun : Tingkatan 5

Tamadun Islam
Tingkatan 5

Tajuk : 9
Latarbelakang Kerajaan Abbasiah
&
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiah


1.
Pendahuluan
- Pada zaman kerajaan Abbasiah tamadun Islam berada di mercu keagungannya berikutan pencapaian
umat Islam dalam pelbagai bidang.
- Sejarawan Islam telah mengiktiraf zaman kerajaan Abbasiah sebagai “Zaman Keemasan Tamadun
Islam”

2.
Latar Belakang Kerajaan Abbasiah
Pengasas Abu Al-Abbas Abdullah As-Saffah
Faktor - Merealisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap tampuk
Penubuhan pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka.
- Penentangan terhadap khalifah pada akhir zaman kerajaan Bani Umaiyah kerana
mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
Tempoh 132H sehingga 650H = 750M hingga 1258M (lebih daripada 5 kurun)
Pemerintahan
Jumlah 37 orang
Khalifah
Sistem Khalifah Secara warisan
Corak Banyak diadaptasi daripada sistem pentadbiran kerajaan Parsi. Ini disebabkan oleh
Pemerintahan ramai orang Parsi memeluk Islam dan memegang jawatan penting dalam kerajaan
Abbasiah.

3.
Sistem Pemerintahan Kerajaan Abbasiah
Al-Khalifah (Ketua Negara – Pemimpin tertinggi)


Al- Wazir (Perdana Menteri)


Ad-Dawawin (Jabatan-jabatan Kerajaan dibawah pengawasan al-Kuttab/Sekretari)























USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
89

4.
Khalifah Abbasiah Yang Terkenal
Abu Al-Abbas Abu Jaafar Al- Harun Ar-Rasyid Al-Makmun
Abdullah As- Mansur
Saffah
Pengenalan Khalifah pertama Saudara kandung Paling warak & Abdullah Abu Al-
As-Saffah terkenal Abbas Al-Makmun
(Anak Harun Ar-
Rasyid)
Tempoh 4 tahun 9 bulan 22 Tahun 23 thn 1½ bln 20 tahun
132H – 136H 136H -158H 170H-192H 198H-218H
750M – 754M 754M-775M 786M-809M 813M – 833M

Sumbangan - Pengasas kerajaan - Menjadikan - Memerintahkan - Menggiatkan
Abbasiah. Baghdad sebagai Al-Qadhi Yusuf usaha
- Menghapuskan ibu kota menulis kitab penterjemahan
pemberontakan. - Membaiki sistem tentang cukai dalam
cukai. (Kitab Al-Kharaj) pelbagai bidang
- Membina saliran - Mewujudkan ilmu.
- Menyediakan jawatan - Menyediakan
pasar di tempat Ketua Hakim. biasiswa
yang strategik. - Menubuhkan kepada pelajar-
Baitul Hikmah pelajar cemerlang.
- Menjadikan
Baghdad
sebagai pusat
perdagangan, ilmu
pengetahuan dan
kebudayaan.

5.
Faktor Penyebaran Islam
Faktor Dalaman Faktor Luaran
1. Keinginan penduduk setempat yang tertarik 1. Pembukaan wilayah-wilayah baru.
dengan Islam serta akhlak umatnya.
2. Dasar Kerajaan yang menyamakan kedudukan 2. Penggunaan bahasa arab secara meluas yang
bangsa arab dan bukan arab. mendorong kepada pemahaman al-Quran dan
3. Galakkan Khalifah yang menyediakan hadis.
peruntukan khas dari Baitul Mal untuk para
ulamak dan pendakwah menjalankan aktiviti 3. Hubungan diplomatik antara kerajaan
dakwah. Abbasiah dengan negara-negara luar.
4. Kedudukkan Baghdad yang menjadi tumpuan
dalam bidang keilmuan dan perdagangan 4. Usaha para pedagang Islam berdakwah
antarabangsa menerusi aktiviti perdagangan mereka.

6.
Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Abbasiah

1. Melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas bukan sekadar mengangkat senjata di medan
perang.
2. Mereka berusaha memajukan diri dan negara dengan menerokai pelbagai bidang ilmu.
3. Mereka telah berjaya menguasai bidang ilmu sehingga memartabatkan tamadun Islam ke tahap yang
lebih agung.
4. Kejayaan ini telah meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada zaman itu sehingga mampu
menguasai hampir 2/3 dunia selama 13 kurun.





USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
90

7.
Kesan Positif Penyebaran Islam
Aqidah Ilmu Pengetahuan Kebudayaan Sistem Masyarakat
1. Berubah daripada 1. Lahir ilmu al-Quran, 1. Mengamalkan 1. Khalifah Al-Mahdi
kepercayaan hadis, nahu, budaya dan nilai menubuhkan Dewan
menyembah berhala geografi, matematik, Islam yang bersifat al-Mazalim
kepada mengesakan falak, perubatan, sejagat. (Mahkamah Tinggi
Allah. fizik dan falsafah. Rayuan) untuk
mengadili kes-kes
2. Banyak masjid 2. Lahir ramai pakar 2. Sebahagian budaya rayuan.
dibina seperti dalam pelbagai yang tidak 2. Menghapuskan
Masjid Jamik al- bidang ilmu sehingga bertentangan dengan sistem perhambaan.
Mansur dan Masjid disegani dan Islam dikekalkan
Basrah dipandang tinggi seperti seni bina 3. Memberi peluang
oleh umat lain. masjid dan kepada bukan arab
3. Masjid dijadikan bangunan, sebagai memegang jawatan
pusat dakwah. contoh : Masjid utama dalam negara.
Jamek Ibnu Thulun.
4. Orang bukan Islam
diberi kebebasan
mengamalkan
kebudayaan dan
kepercayaan
masing-masing.












































USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
91

Tajuk : 10
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah

1.
Sebab Perkembangan Pendidikan Zaman Abbasiah Lebih Pesat Berbanding Zaman Umaiyah
1. Khalifah Umaiyah banyak menumpukan kepada perluasan kuasa dan juga pembukaan wilayah-
wilayah baru.
2. Kerajaan Umaiyah juga menghadapi pemberontakan khususnya dari puak Syiah.
3. Kerajaan Umaiyah juga lebih menumpukan perhatian kepada penyebaran Islam.


2.
Faktor Perkembangan Ilmu Zaman Abbasiah Institusi Pendidikan Zaman Abbasiah
1. Usaha dan galakan para khalifah. 1. Masjid - Masjid Jamek al-Mansor
2. Kreativiti para ulamak. 2. Istana Khalifah - sudut-sudut untuk
3. Aktivti penterjemahan pelbagai bidang ilmu. menyampaikan ilmu di istana(khalifah al-
4. Kestabilan politik dan kewangan. Muktadid Billah)
5. Dasar Kerajaan yang memberi keutamaan 3. Perpustakaan
kepada ilmu pengetahuan. - Baitul Hikmah di Baghdad
6. Wujud prasarana pendidikan yang baik. - Darul Hikmah di Mesir
7. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan 4. Pusat pengajian
perdagangan antarabangsa. - Didirikan oleh orang kaya, menteri,
8. Hubungan diplomatik dengan negara-negara khalifah di atas tanah wakaf milik
luar. kerajaan/wakaf/persendirian seperti
Madrasah An-Nizamiah (157H=1065M)
oleh Nizamul Mulk

3.
Dua Tempat Untuk Mempelajari Ilmu Pada Zaman
Peranan Baitul Hikmah
Kerajaaan Abbasiah
1. Pusat pertemuan para sarjana 1. Kota Andalus
2. Pusat penterjemahan 2. Kota Sicily
3. Pusat sumber
4. Pusat penyelidikan ilmiah
5. Pusat latihan para ilmuan

4.
Tanggungjawab Manusia Terhadap Ilmu
1. Menggunakan ilmu untuk meningkatkan keimanan kepada Allah.
2. Menyebarkan ilmu untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.
3. Menggunakan ilmu ke arah kebaikan.
4. Tidak menggunakan ilmu ke arah menyusahkan diri dan masyarakat.

5.
Bidang Ilmu Yang Diterokai
Ilmu Berteraskan Wahyu Ilmu Berteraskan Akal
1. Ilmu Tafsir 1. Ilmu Matematik 4. Ilmu Fizik
2. Ilmu Hadis 2. Ilmu Falak/Astronomi 5. Ilmu Geografi
3. Ilmu Fekah 3. Ilmu Kimia 6. Ilmu Perubatan
4. Ilmu Tauhid

6.
Perpustakaan Awam Zaman Abbasiah
Nama Tempat
Baitul Hikmah Baghdad
Darul Hikmah Mesir



92
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

7.
Kepentingan Ilmu Serta Kesannya Dalam Membina Tamadun
1. Perkembangan ilmu pada zaman ini telah menyuburkan perkembangan tamadun ilmu dunia.
2. Kesepaduan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah menyebabkan umat Islam menjadi kuat dari segi
fizikal dan mental.
3. Hasil penemuan ulama Islam telah dibawa ke Eropah sehingga tercetusnya zaman
pembaharuan (Renaissance)
4. Karya sarjana Islam telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Hebrew dan Latin.

8.
Cara Generasi Hari Ini Mengembalikan Semula Kegemilangan Islam
1. Menguasai bidang ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
2. Menjadi pakar yang mahir dalam pelbagai bidang yang diperlukan.
3. Mempertingkatkan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi.

9. Ilmu yang diterokai
Ilmu Berteraskan Wahyu
Bidang Penemuan / Hasil Tokoh
Ilmu
Ilmu Disusun mengikut surah - Yahya b. Ziyad al-Farra’ (207H/883M)
Tafsir (Kitab Maanil Qur’an)
- Ibnu Jarir Al-Tabari (Kitab tafsir At-
Tabari)
Ilmu Zaman kegemilangan pengumpulan dan 1. Imam Al-Bukhari 2.Imam muslim
Hadis penyusunan hadis 3. Imam At-Tirmizi 4.Imam Abu Daud
5. Imam An-Nasai 6.Imam Ibnu
Majah
Ilmu Mazhab-mazhab fekah - Imam Abu Hanifah (150H/767M)
Fekah - Imam Malik (179H/795M)
- Imam As-Syafie ( 204H/820M)
- Al-Qadi Abu Yusuf (182H/798M)
- Imam Ahmad b.Hambal ( 241H /855M)
Ilmu Ulama Islam telah melakukan pelbagai usaha -Imam al-Ghazali (505H/111M)
Tauhid bagi memurnikan semula akidah umat Islam
akibat terpengaruh dgn.falsafah Yunani. Oleh - Abu Hassan Al-Asya’ri
itu perbahasan ilmu tauhid menjadi semakin (324H/935M)
meluas.

10.
Ilmu Berteraskan Akal
Bidang Penemuan Ilmu Tokoh
Ilmu
Matematik - trigonometri - algebra - geometri Muhammad b. Musa al- Khawarizmi
- logarithm (236H/850M)
- memperkenalkan sistem angka dalam abjad
arab.
- memperkenal bilangan sifar (0) dalam sistem
angka.
Ilmu - Mengukur jarak antara bumi dan matahari. Al-Battani (317H/929M)
Falak/ - Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang.
Astronomi - Menjelaskan sistem geologi bumi serta
pengaruh bulan dan matahari terhadap
pertukaran musim.
- Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali
sebagai astrolabe.




93
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Ilmu - Penemuan asid nitrik,asid sulfurik dan asid Jabir b. Hayyan (198H / 813M)
Kimia hidroklorik.
- Teori penghasilan petroleum.
- Teori penghasilan alkohol
- Membaiki proses pembuatan kaca.
Ilmu Fizik - Mencipta teori pergerakan jirim,daya graviti Al-Hassan b. Al-Haitham
dan pantulan cahaya. (430H/1039M)
- Menjelaskan tentang lapisan mata serta proses
penglihatan.
- Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya.
- Mencipta cermin mata.
Geografi - Memberi ukuran tepat keluasan permukaan As-Syarif Al-Idrisi (461H/1166M)
bumi.
- Menghasilkan peta dunia pertama dalam
bentuk glob.
Perubatan - Kesan kuman dalam penyakit seperti penyakit Ibnu Sina (428H/1037M)
rubella .
- Teori jangkitan kuman virus seperti TB.
- Alahan (allergy), cacar & penyakit jiwa.
- Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik.
- Mencipta picagari dan ubat bius.
- Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.


Tajuk : 11
Perkembangan Sains & Teknologi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah


1.
Faktor Perkembangan Sains & Teknologi Zaman Abbasiah
1. Aktiviti penterjemahan.
- Zaman khalifah al-Makmun kegiatan ini dilakukan dengan lebih terancang.
- Baitul Hikmah dijadikan pusat penterjemahan negara.
- Penterjemah : Yuhana b. Masawaih (243H/857M)
Hunain b. Ishak (260H/873M)

2. Galakan para khalifah
- Mengadakan seminar perubatan pada setiap musim haji.
- Menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang ini.
- Membina pusat penyelidikan sains.
Contoh: Khalifah Makmun - bina balai cerap/memerintah sekumpulan ahli falak muslim mengukur
lilitan bumi.
Khalifah Muktasim - bina makmal pembedahan pertama.

3. Globalisasi ilmu
- Andalus menjadi tempat tumpuan masyarakat Eropah untuk menimba ilmu pengetahuan.(700 buah
masjid, sebuah universiti, 70 buah perpustakaan dan 500,000 manuskrip)
- Sicily pula banyak menyimpan khazanah ilmu pengetahuan terutamanya ilmu astronomi dan
perubatan.


2.
Bukti Kecintaan Para Khalifah Terhadap Ilmu
1. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera-tentera Rom
yang ditawan.
2. Mereka menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab.
3. Mereka memberi banyak hadiah kepada kerajaan Rom untuk mendapatkan karya dalam bidang
perubatan dan falsafah.



USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
94

3.
Program Yang Dijalankan Oleh Para Khalifah
Dalam Membantu Perkembangan Sains Dan Teknologi
1. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia pada musim
haji.
2. Menyediakan peruntukan yang banyak dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi.
3. Membina pusat penyelidikan sains.

4.
Kesan Penemuan Sains & Teknologi Kepentingan Menguasai Ilmu Sains
1. Hidup mereka lebih maju daripada umat lain. 1. Memudahkan urusan hidup manusia yang
semakin kompleks.
2. Status umat Islam dipandang tinggi di mata 2. Meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap
dunia. kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.
3. Umat yang ketinggalan dalam bidang ini akan
3. Ramai orang bukan Islam tertarik untuk terkeluar dari arus perdana dunia.
memeluk agama Islam. 4. Menyebabkan umat Islam maju dari semua
sudut.




Tajuk : 12
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiah


1.
Kepentingan/Keistimewaan Kota Baghdad
1. Kedudukan strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
2. Terdapat sebuah pasar “ Suk Baghdad” yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi.
3. Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali “Suk al-Baqar”


Sektor Utama Ekonomi
Kerajaan Abbasiah



Pertanian Perindustrian Perdagangan
2.

3.
Pertanian
Langkah Meningkatkan Sektor Pertanian Jenis Hasil Pertanian
1. Membina saliran. 1. Bijirin - gandum,barli dan beras
2. Melebarkan sungai dan terusan. 2. Buahan - anggur, limau dan kurma
3. Membuat empangan. 3. Sayuran - Timun, kobis dan kunyit
4. Membuka tanah pertanian baru. 4. Ternakan - lembu, kambing dan ayam
5. Membuat penyelidikan.
- Kerajaan Abbasiah telah menubuhkan satu jabatan
khusus untuk mengendalikan urusan pengairan dan
saliran dikenali dengan nama Dewan al-Ma’








95
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

4.
Perindustrian
Jenis Industri Pengeluar
1. Tenunan, hamparan dan permaidani Baghdad, Syiria dan Asfahan
2. Pinggan mangkuk Mesir dan Syam
3. Barang kaca, tembikar, mozek Baghdad, Mesir dan Syam
4. Barangan kulit dan senjata Mesir, Andalus dan Maghribi
5. Perhiasan dan batu permata Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan
6. Kertas Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus

5.
Perdagangan
Faktor Kepesatan Perdagangan Langkah Kerajaan Untuk Menggiatkan
Aktiviti Perdagangan
1. Pembukaan wilayah-wilayah baru membuka 1. Membina rumah api untuk panduan kapal-kapal
ruang pasaran perniagaan. perdagangan.
2. Perkembangan industri perkapalan 2. Membina pusat-pusat perniagaan yang
memudahkan pergerakan para pedagang. dilengkapi dengan perigi di jalan-jalan utama.
3. Sarjana Islam yang menghasilkan karya- karya 3. Mengetatkan kawalan keselamatan untuk
yang menjelaskan hukum-hukum perniagaan mengelak daripada lanun dan perompak.
serta galakan terhadapnya.
4. Kemahiran orang arab dalam bidang
perniagaan sejak zaman jahiliah.

6.
Contoh-contoh Pelabuhan Yang Menjadi Baghdad, Basrah, Antokiah, Amman, ´Adn,
Tumpuan Ahli-ahli Perniagaan : Kaherah dan Iskandariah.

7.
Laluan Sutera : Laluan peniaga muslim ke China untuk mendapatkan sutera melalui Samarkand
dan Turkistan.

8.
Tempat-tempat Andalus, Eropah Barat, Selatan Afrika dan Madagascar.
Lain :

9.
Barang-barang Tamar, gula, kapas, hasil tenunan, senjata dan barangan kaca.
Yang Dieksport :

10.
Barang-barang Rempah, kapur barus, arang dan sutera.
Yang Diimport :

11.
Al-Saftajah : Cek kembara yang digunakan oleh para pedagang pada zaman kerajaan Abbasiah
bagi memudahkan urusan kewangan mereka.










96
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

12.
Bukti Sumbangan Para Sarjana Muslim Dalam Menggiatkan Aktiviti Perdagangan
Nama Perbincangan Bab/Kitab
Al-Bukhari Memperuntukan bab khusus dalam kitab sahihnya - Babul Buyu’
(256H/870M) tentang perniagaan
Muhammad b. Hassan Membincangkan secara mendalam tentang - Kitab al-Makasib
As-Syaibani perniagaan serta pandangan syara’ terhadapnya. - Kitab al-Syira’
(189H/805M )
Al-Kasani Membincangkan tentang jenis-jenis syarikat serta - Kitab Badai’us Sanai’
(857H/1191M) hukum hakamnya.

13.
Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiah
Zakat Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang
mencukupi had minimum (nisab) menurut syarat-syarat tertentu
Kharaj Cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai juga dikenakan ke atas tanah milik orang
Islam yang diperolehi melalui peperangan. Kadar kharaj ditentukan berdasarkan keadaan
tanah.
Ghanimah Harta rampasan perang.
80 % diberikan kepada para pejuang Islam dan bakinya dibahagikan mengikut cara yang
ditetapkan oleh Al-Quran.
Fai’ Harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.
Jizyah Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam(kafir zimmi) yang mendiami negara
Islam.
Usyur Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang
singgah di pelabuhan-pelabuhan negara Islam untuk tujuan perdagangan.

14.
Baitul Mal
Erti Diketuai oleh Akaun Peranan
dikawal oleh
Institusi Sohibu Baitul - Dewan al- Peranan utama Dikawal oleh
kewangan Mal Usul 1. Menguruskan sumber pendapatan Dewan al-
terbesar (Pengurus (Jabatan negara Kharaj
negara Perbendaharaan Dalam (Jabatan
Negara) Negeri) Hasil)
- Dewan al- 2. Mengawal belanjawan negara Dewan al-
Azimmah Nafakah
(Jabatan (Jabatan
Audit Kewangan)
Negara)

15.
Kesan Pembangunan Ekonomi Terhadap Rakyat
1. Umat Islam menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.
2. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
3. Kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat.











97
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 13
Perkembangan Ketenteraan Pada Zaman Kerajaan Abbasiah

1.
Pembaharuan Yang Dilakukan Oleh Khalifah Dalam Bidang Ketenteraan
1. Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti Turki dan Parsi.
2. Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan.
3. Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.

2.
Struktur Organisasi Ketenteraan Abbasiah

Al-Khalifah

Al-Wazir

Dewan Al-Jundi ( Kementerian Pertahanan)


3.
Struktur Pasukan Ketenteraan Abbasiah
Al-Amir (Laksamana)

Al-Qaid (Panglima perang)

An-Naqib (Kapten)

Al-A’rif (Koperal)

4.
Fungsi Ketenteraan Dalam Menjaga Keamanan
Tugas Utama Tugas Bantuan
1. Menentang musuh negara. 1. Membantu polis dan pihak berkuasa dalam
2. Mempertahankan sempadan negara menjaga ketenteraman awam.
daripada pencerobohan. 2. Membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan
3. Menghadapi sebarang keadaan darurat. malapetaka dan pembangunan negara.

5.
Bahagian Kementerian Pertahanan
Bahagian Tugas
Dewan Al-Jundi - Menguruskan hal ehwal pertahanan negara.
- Merekodkan daftar lengkap tentang tentera darat dan laut.
- Mengurus hal gaji, imbuhan dan pangkat tentera.
Majlis At-Takrir - Mengurus hal gaji dan imbuhan tentera.
(Kewangan)
Majlis Al-Muqabalah - Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera-tentera baru.
(Latihan)
Al-Massahun - Membuat panduan dan menasihatkan panglima-panglima angkatan tentera
(Peninjau) tentang topografi sesuatu tempat.
Dewan Al-Tasnif - Mengurus kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan :
(Pengurusan sumber 1. Pasukan pengawal khalifah.
manusia) 2. Pasukan bergaji tetap – al-Murtaziqah.
3. Pasukan sukarelawan – al-Mutatawwi’.
Dewan Al-A’rdi - Mengurus stor dan kelengkapan senjata.



USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
98

(Simpanan)

Al-Jawasis /Al-U’yun - Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera.
(Perisikan)
Dairatul Muhandissin - Membina kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan.
(Kejuruteraan)
Al-Bahriah - Mengawasi perairan serta pembinaan kapal-kapal perang dan penyusunan
(Tentera laut) angkatan tentera laut.

6.
Faktor Kejayaan Tentera Islam Zaman Abbasiah
1. Dasar ketenteraan yang terbuka kepada orang bukan Arab terutamanya Parsi dan Turki.
2. Pemimpin yang berkaliber seperti Abu Jaafar al-Mansur, khususnya dalam menjaga kebajikan tentera
dengan memberi gaji dan imbuhan yang lumayan serta melantik pemimpin-pemimpin tentera yang
berkaliber tanpa mengira bangsa
3. Dilengkapi peralatan ketenteraan yang canggih.
4. Memiliki strategi peperangan yang berkesan seperti al-Karadis yang diwarisi dari zaman Saidina
Umar al-Khattab.
5. Keimanan dan semangat jihad tentera Islam yang tinggi.

7.
Peralatan Ketenteraan Yang Digunakan
Manjanik sebagai meriam
Dabbabah (kayu pelantak) untuk merempuh bilangan musuh yang ramai
Barud gunpowder

8.
Strategi Al-Karadis







Strategi peperangan yang
membahagikan tentera kepada lima
ketumbukan besar yang
mempunyai peranan masing-
masing.








9.
Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan Negara
1. Pembangunan dan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kestabilan politik, ekonomi dan
pendidikan.
2. Jika kestabilan politik tergugat perkembangan ekonomi dan pendidikan akan terjejas.
3. Negara yang tidak aman akan menjadi mundur dan terdedah kepada ancaman-ancaman
luar.







99
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 14
Kegemilangan Dan Kejatuhan Kerajaan Abbasiah

1.
Kegemilangan Kerajaan Abbasiah Kemerosotan Kerajaan Abbasiah
- Penggal pertama pemerintahan kerajaan - Kerajaan Abbasiah merosot semasa pemerintahan
Abbasiah terkenal sebagai zaman Al-Wasiq Billah bin al-Muktasim.
kegemilangannya. - Beliau memerintah dari tahun 227-232H/842-
- Khalifah-khalifah yang mentadbir pada masa itu 847M
ialah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid, Al- - Puncanya beliau tidak melakukan sebarang
Makmun, Al-Mahdi dan Al-Hadi. perubahan.
- Perubahan dalam aspek pentadbiran: - Banyak bergantung kepada pegawai-pegawai
▪Mengamalkan sistem pentadbiran berpusat Turki dan Parsi untuk menjalankan polisi
yang sistematik dan mantap yang diketuai pemerintahan.
oleh seorang khalifah. - Kesannya selepas pemerintahan beliau pengaruh
▪Keperluan dan bidang kuasa jabatan-jabatan Turki dan Parsi menguasi percaturan politik
dinilai dari semasa ke semasa agar bersesuaian kerajaan Abbasiah dan seterusnya menyebabkan
dengan keperluan. Sebagai contoh Dewan al- kerajaan Abbasiah merosot.
Barid(Jabatan Pos) diluaskan fungsinya
sebagai Jabatan Pos dan Jabatan Penerangan.
▪ Beberapa jabatan baru telah ditubuhkan seperti
Dewan al-Mazalim(Jabatan Kehakiman) dan
Dewan al-Zimam(Jabatan Audit dan
Kawalan).
- Perubahan dalam aspek ekonomi :
▪Tumpuan diberikan pada tiga sektor utama,
iaitu pertanian, perindustrian dan
perdagangan.
▪Memberi inisiatif dalam sektor pertanian
dengan mengurangkan cukai tanah serta
menaik taraf saliran dan tali air.
▪Mempelbagaikan serta meningkatkan kualiti
barangan keluaran sehingga mendapat tempat
di peringkat antarabangsa.
▪Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat
perdagangan yang menjadi tumpuan para
pedagang dari Timur dan Barat.
- Perubahan dalam aspek pertahanan negara
▪Keanggotaan ketenteraan dibuka seluas-
luasnya kepada bangsa bukan arab seperti
Parsi dan Turki untuk membina interaksi
antara pelbagai kaum.
▪Dasar pertahanan negara diubah daripada
memberi tumpuan kepada perluasan kuasa
kepada aktiviti membendung pemberontakan
dari dalam terutama dari golongan Syiah dan
sebahagian penyembah berhala.









USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
100

2.
Faktor Kegemilangan Kerajaan Abbasiah Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiah
1. Kestabilan politik hasil kejayaan pencegahan 1. Kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiah
pemberontakan dalam negara. yang menyerahkan kuasa pemerintahan
2. Dasar politik kerajaan yang memberi layanan sepenuhnya kepada pegawai daripada bangsa
yang adil kepada rakyat tanpa mengira bangsa. Turki dan Parsi.
3. Kedudukan Baghdad yang strategik di tengah- 2. Perpecahan wilayah-wilayah di bawah
tengah laluan para pedagang timur dan barat. kekuasaan kerajaan Abbasiah akibat daripada
4. Perpaduan antara kaum terjalin erat hasil pegawai Turki dan Parsi ingin membina
layanan yang adil tanpa diskriminasi. kerajaan sendiri.
5. Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat 3. Perebutan kuasa khalifah dalam kalangan
mendorong umat Islam menceburi secara aktif pewaris takhta.
dalam aktiviti perekonomian. 4. Masalah kegawatan ekonomi menyebabkan
pedagang luar tidak berdagang di Baghdad.
5. Perselisihan aliran fahaman keagamaan
khususnya Syiah dan Khawarij.
6. Serangan musuh datang dari segenap penjuru.

3.
Serangan Musuh Luar Ke Atas Pertahanan Abbasiah
Arah Serangan Musuh Luar
Utara Tentera Georgia/Armenia
Barat Tentera salib
Timur Tentera Monggol(diketuai oleh Hulagho Khan)

4.
Iktibar Sejarah Kegemilangan Abbasiah Iktibar Sejarah Kemerosotan Abbasiah
1. Kita hendaklah sedar bahawa kemajuan yang 1. Umat Islam mesti berusaha memupuk dan
dicapai pada hari ini adalah hasil daripada mengekalkan perpaduan sesama Islam.
sumbangan umat Islam pada zaman kerajaan 2. Umat Islam mesti menghindari konflik dalam
Abbasiah. negara.
2. Orang Barat telah memindahkan 3. Umat Islam mesti menghapuskan kemunculan
penemuan pelbagai bidang ilmu sains dan pelbagai aliran fahaman agama.
teknologi ke negara mereka dan 4. Umat Islam hendaklah berusaha
menterjemahkannya ke bahasa mereka. mempertingkatkan penguasaan ilmu
3. Umat Islam perlu berusaha mengembalikan pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu
semula zaman kegemilangan Islam dengan 5. Umat Islam mesti mengutamakan kepentingan
belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar agama melebihi kepentingan peribadi dalam
dalam semua bidang yang diperlukan oleh menghadapi percaturan hidup yang mencabar
manusia. kini.

5.
Peranan Generasi Hari Ini Memartabatkan Semula Keunggulan Tamadun Islam

1. Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk meningkatkan pembangunan diri dan agama.
2. Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.
3. Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan.
4. Mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah dicapai.









101
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 15
Ibnu Sina Bapa Perubatan

1.
Riwayat Hidup
Nama Al-Husain bin Abdullah bin Hassan
Dikenali Ibnu Sina - di Timur
Avicenna - di Barat
Lahir 370 H/980M - di Afsyanah, Bukhara , Turkistan
Meninggal 428H/1037 M - di Hamazan

2.
Jawatan Yang Pernah Di sandang Tempat / Menteri
1. Doktor Hamazan
2. Pakar Perubatan Wilayah Rai
3. Penasihat Agung Menteri Amir ‘Ala Ad-Daulah di Asfahan

3.
Sifat Peribadi Contoh
1. Tekun Pernah membaca buku berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40
mempelajari ilmu kali
2. Taat beragama Sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan.
3. Pintar Berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah ketika berusia 18 tahun
4. Berinovatif Banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai
bidang ilmu terutamanya perubatan.

4.
Usia Ilmu
5 Tahun Belajar al-Quran
10 Tahun Hafaz al-Quran
16 Tahun Menguasai ilmu perubatan dan menjadi pakar perubatan yang terkenal

5.
Ilmu Guru
Feqah dan Tasawwuf Ismail al-Zahid
Ilmu Hisab dan Geometri Muhammad al-Massah
Ilmu Falsafah Abu Abdullah al-Natili
Sains dan Astronomi Al-Biruni

6.
Ketokohan Dalam Bidang Perubatan
1. Mendapat pengiktirafan dunia.
Penguasa Bukhara Nuh b. Mansur
2. Kepakarannya telah berjaya Penguasa Jurjan Amir Syamsul Maali
merawat : Penguasa Hamazan Amir Syamsul Ad-Daulah
Penguasa Asfahan Amir ‘Ala Ad-Daulah









USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
102

7.
Pencapaian Beliau Dalam Bidang Perubatan
Bidang Contoh
1. Penemuan penyakit baru dan 1. Pengaruh kuman dalam penyakit.
puncanya. 2. Jangkitan virus “TB”.
3. Penyakit Rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa.
2. Penemuan dalam bidang farmasi. Menghasilkan ubat untuk pelbagai penyakit kronik
seperti ubat bius.
3. Membangunkan teknologi perubatan. 1. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
2. Mencipta picagari

7.
Kitab Yang Dihasilkan Dalam Bidang Perubatan
1. Al-Qanun Fit Tib
2. Al-Adawiyyah al-Qalbiyyah
3. Al-Fiyyah al-Tibbiyyah

8.
Kesan Peninggalan Beliau Dalam bidang Sumbangan Beliau Dalam Bidang Ilmu dan
Perubatan Pemikiran
1. Memperkenalkan metodi pemerhatian 1. Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang
(observation) dan analisis sehingga ilmu seperti mantik, falsafah, astronomi, matematik
perubatan berkembang maju hingga hari ini. fizik, kimia, biologi dan sains politik.
2. Analisis yang telah beliau lakukan telah 2. Hasil-hasil tersebut telah disimpan oleh
mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan Domonican Institute For Oriental Studies di
moden dengan terciptanya alat perubatan moden Kaherah, Mesir.
seperti ultrasound/x-ray. 3. Buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam
3. Penemuan ini membolehkan penyakit dikesan bahasa Arab oleh Liga Arab pada tahun 1950M.
pada peringkat awal dan dapat diubati dengan 4. Bagi menghargai jasa beliau sebuah institusi
cepat dan berkesan. pendidikan di Hungry telah diberi nama
“Avicenna College”
5. Karya beliau, Al-Qanun Fit Tib dijadikan
rujukan utama dalam bidang perubatan di
seluruh pusat pengajian barat termasuk
Universiti Frankfurt di Jerman, Universiti Paris
di Paris dan Universiti Oxford di England.



















103
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 16
Ibnu Khaldun Tokoh Sejarawan Ulung

1.
Riwayat hidup
Nama Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad
Dikenali Ibnu Khaldun
Lahir 732H/1332M - Di Tunisia
Keturunan Arab Yaman yang berhijrah ke Andalus
Keluarga Cerdik pandai kerana bapanya merupakan seorang sarjana
Berpindah Ke beberapa tempat seperti Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir sejak
Tunisia diserang wabak taun pada tahun 749H
Meninggal 808H/1406M - di Kaherah, Mesir (87 tahun)

2.
Gelaran Kesarjanaan
1. Al-Sadrul al-Kabir
2. Al-Fakih al-Jalil
3. Al-‘Allamah
4. Imam al-‘Aimmah
5. Jamal al-Islam Wal Muslimin

3.
Jawatan Yang Pernah Disandang
Jawatan Tempat
Setiausaha Negara Istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan
Abu Anan
Anggota Majlis Ilmiah Fez, Maghribi
Setiausaha Sulit Sultan Sultan Abu Salim di Fez, Maghribi
Duta Granada
Perdana Menteri Bougie
Ketua Hakim Negara Mesir

4.
Sifat Peribadi
Tekun mencari ilmu Ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Berjiwa pemimpin Cekap dalam pentadbiran dan berupaya mengemukakan idea untuk kemajuan
negara ketika menjadi pegawai istana dan ketua hakim negara
Kreatif Mampu menghasilkan pelbagai buku ilmiah untuk rujukan para ilmuan hasil
daripada pengalaman dan kreativiti.

5.
Pendidikan
Ilmu Guru Karya Agung
Mempelajari asas agama dan Bapanya Muhammad bin 1. Muqaddimah Ibnu Khaldun
bahasa Arab. Muhammad (Al-Muqaddimah)
Ilmu fardu kifayah seperti Muhammad bin Ibrahim al-Abili
mantik, falsafah, sains dan 2. Al-Ta’rif Bi Ibnu
matematik Khaldun Wa
Sewaktu di Fez mendapat Ahmad bin al-Qassar Rehlatuhu Gharban
pendidikan tinggi. Lisan ad-Din bin Al-Khatib Wa Syarqan
(Pengarang buku sejarah
Granada)





USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
104

6.
Ketokohan Ibnu Khaldun Dalam Pelbagai Bidang
Tokoh Sejarawan Berkemahiran menganalisis tamadun dari permulaan faktor
kegemilangan dan kejatuhan.
Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi,
alam sekitar dan geografi
Memberi idea dan panduan terbaik kepada manusia tentang asas
pembinaan sebuah tamadun.
Tokoh Negarawan Banyak menabur jasa kepada negara.
Tokoh Budayawan Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.

7.
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran Islam
1. Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,ekonomi, politik, dan pendidikan.
2. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil daripada gabungan aspek rohani dan jasmani.
3. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, bengkel, seminar dan tema dalam persidangan para
sarjana.
4. Hasil karya beliau dijadikan bahan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi.
5. Beliau merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
6. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah serta
judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

8.
Empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam meneliti dan menganalisis laporan
sejarah :
1. Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab.

2. Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku.

3. Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.

4. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

9.
Pendapat Beliau Tentang Asas Penting Dalam Pembinaan Negara
1.Agama 2. Ekonomi 3.Akhlak Pemimpin Dan Rakyat

10.
Penghargaan Yang Diberikan Untuk Mengenangkan Jasa Ibnu Khaldun
1. Universiti Ibnu khaldun Jakarta, Indonesia
2. Anugerah Ilmiah yang berprestij : Universiti Amerika, Washington
“ Ibnu Khaldun Chair Of Islamic
Studies”

11.
Bidang llmu Yang Dikuasai Oleh Ibnu Khaldun
1. Psikologi 3. Ekonomi
2. Sosiologi 4. Sejarah

12.
Keistimewaan Hasil Karya Beliau
1. Karyanya hasil daripada gabungan pengalaman, ilmu pengetahuan serta kreativiti yang beliau miliki.
2. Hasil karya beliau adalah daripada pemurnian ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu
ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.



105
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 17
Al-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
Pejuang Islam Yang Gigih

1.
Riwayat Hidup
Nama As-Sayyid Jamaluddin bin Safdar Al-Afghani
Lahir 1254H/1838M
Tempat lahir Perkampungan As’ad Abad, Kabul, Afghanistan
Digelar Al-Sayyid kerana :
1. Salasilah keturunan beliau bersambung dengan Saidina Ali dan Rasulullah SAW.
2. Juga bersambung dengan Imam At-Tarmizi (Ulama hadis yang terkenal)
Merantau Menyebarkan idea islah ke beberapa tempat seperti Mekah, India, Mesir, Istanbul,
Iran, Rusia, Baghdad, Paris dan London
Merupakan pelopor kepada gerakan Islah
Menjadi buruan pihak Perancis dan Inggeris kerana idea fahaman Islah yang beliau bawa.
Meninggal 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M ( Usia 60 tahun)

2.
Jawatan Yang Pernah Disandang
Jawatan Tempat
Anggota Majlis Al-Ma’arif (Kementerian Turki
Pendidikan)

3.
Sifat Peribadi
Berani memperjuangkan Menaikkan semangat umat Islam supaya bersatu menentang penjajah
kebenaran melalui pidatonya sehingga diusir dari India, Turki dan Mesir. Contoh
pidato beliau : “ Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini
ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun nescaya kamu akan
dapat memekakkan telinga orang Inggeris dengan suara kamu ……”
Suka Merantau Untuk mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islah.
Tekun Menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa.

4.
Pendidikan
Tahun/Ilmu Ilmu Yang Dipelajari
Pendidikan awal Daripada bapanya dalam bidang agama dan bahasa Arab
Usia 12 tahun Hafaz al-Quran
Usia 18 tahun Menguasai ilmu al-Quran, hadis, feqah, ilmu kalam, tasawwuf, nahu,
sorof, balaghah, mantik, falsafah, matematik, astronomi dan perubatan.
Berhijrah ke India Matematik moden
Menguasai bahasa Afghanistan, Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Rusia.

5.
Sumbangan Dalam Bidang Pemikiran dan Gerakan Islah Hasil Karya
1. Penggerak perjuangan menentang penjajah. 1. Al-A’mal Al-Kamilah

2. Merantau ke beberapa negara untuk menyatukan umat Islam. 2. Akhbar Al-Urwatul Wusqa

3. Mengembalikan keyakinan umat Islam menentang penjajah. 3. Akhbar Mesir

4. Pengasas akhbar “Al-Urwatul Wusqa” di Perancis. 4. Akhbar Alt-Tijarah

5. Menghasilkan karya ilmiah yang bermutu untuk tatapan umat 5. Akhbar Al-Khafiqin
Islam.



USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
106

6.
Islah Pembaikan/Perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

7.
Bentuk Islah Yang Dibawa Kesan Islah Yang Dibawa
1. Mengembalikan kecemerlangan umat Islam 1. Meningkatkan daya fikir umat Islam dengan
sebagaimana zaman khulafa al-Rasyidin. membuat kajian semula pemahaman dan amalan
masyarakat serta membetulkan menurut tafsiran
2. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan al-Quran dan hadis.
budaya melalui gagasannya “Al-Jami’atul
Islamiah” 2. Umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar.
3. Menyeru umat Islam menjauhi taklid buta
(mengikut secara membuta tuli). 3. Umat Islam mula berjuang membebaskan
tanah air daripada penjajahan barat.
4. Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran
Islam yang tulen berdasarkan al-Quran dan 4. Idea Islah ini diteruskan oleh Muhammad
hadis. Abduh dan Rasyid Redha
5. Menyedarkan umat Islam tentang keburukan
fanatik mazhab yang memecah belahkan
kesatuan umat Islam.

6. Menyeru umat Islam menumpukan perhatian
kepada usaha untuk memerdekakan tanah air
dan pemikiran mereka daripada penjajahan.

8.
Kepentingan Islah Dalam Kehidupan Umat Islam

1. Membangunkan diri dan melaksanakan tuntutan Islam.

2. Meyakinkan umat Islam tentang kesesuaian agama Islam untuk diamalkan.

3. Memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan.

4. Membentuk sikap positif dalam jiwa pelajar untuk menjadi pelajar yang berjaya di
dunia dan di akhirat.






















107
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 18
Al-Syeikh Muhammad Abduh
Tokoh Islah Agung

1.
Riwayat Hidup
Nama Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah
Lahir 1265H/1849M - di Tanta, Mesir
Asal Keluarga petani yang miskin
1882M Dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan “Urabi”
Meninggal 1322H / 1905M - di Iskandariah, Mesir

2.
Sifat Peribadi
Berani Menyatakan idea Islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pancaroba yang
besar.
Tegas dan Menubuhkan Al-Jamiah al-Khairiah Islamiah untuk membantu murid-muridnya
penyayang yang menghadapi masalah kewangan.
Berketrampilan Memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan.

3.
Jawatan Yang Pernah Disandang
Guru - Masjid Al-Husaini
- Sekolah Al-Sultaniah, Beirut
Pensyarah - Darul ‘Ulum, Mesir
Ketua Editor Akhbar Al-Waqai’ Al-Misriah, Mesir
Hakim Mahkamah Rayuan Mesir
Mufti Kerajaan Mesir
Anggota Majlis Pengurusan Universiti Universiti Al-Azhar, Mesir

4.
Pendidikan
Tahun Ilmu / Guru
Semasa kecil Belajar membaca dan menulis daripada bapanya sendiri.
Dalam masa 2 tahun Mempelajari dan menghafaz al-Quran.
1877M Mendapat Ijazah dari Universiti Al-Azhar.
1896M Mendalami bidang akedemik dan pemikiran Islam daripada Al-Sayyid
Jamaluddin Al-Afghani.

5.
Aliran Pemikiran Serta Perjuangan Beliau
Aqidah Menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam serta dalam bentuk asal
menyesuaikannya dengan kehendak zaman asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran
dan hadis serta menolak konsep taklid buta.

Integrasi Ilmu Mengintegrasikan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah ke dalam kurikulum sekolah dan
universiti.

Kecekapan Pengislahan sistem kehakiman kerana didapati tidak sistematik.
Pentadbiran







108
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

6.
Metode (Cara) Menyalurkan Islah
1.Proses Pengajaran Di Masjid al-Hussin,Darul Ulum,Universiti Al-Azhar
2.Media Massa Majalah Al-Urwatul Wusqa, Akhbar Al-Waqa’I Al-Misriah
3.Karya-karya Ilmiah Risalah Al-Tauhid, Tafsir Juz’Amma
4.Jawatan-jawatan Yang Disandang Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, Anggota Majlis Pengurusan
Universiti Al-Azhar, Mufti Kerajaan Mesir

7.
Hasil Karya Beliau
1. Risalah At-Tauhid
2. Tafsir Juz Amma
3. Tafsir Surah Al-Asr
4. Risalah Ar-Radda ‘Ala Ad-Dahriyyin
(Terjemahan karya Al-Sayyid Jamaluddin dalam bahasa Parsi)
5. Syarhu Nahjil Balaghah
6. Syarhu Maqamatil Badi’

8.
Faktor Beliau Melakukan Pengislahan Dalam Sumbangan Beliau Dalam Bidang Pendidkan
Sistem Pendidikan
1. Inspirasi gerakan Islah As-Sayyid Jamaluddin 1. Mewujudkan mata pelajaran matematik,
yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi geometri, al-gebra, geografi, sejarah dan seni
ilmu. khat.

2. Kesedaran beliau terhadap keperluan kepada 2. Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan
Islah dalam Kurikulum sekolah dan universiti sijil.
yang sudah ketinggalan zaman.
3. Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar
3. Sistem pendidikan pada masa itu yang lebih Universiti Al-Azhar.
menjuruskan ke arah taklid dan jumud(pasif).
4. Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari
4. Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan perbendaharaan negara dan wakaf negara.
daripada kerajaan yang menyebabkan golongan
miskin terpinggir. 5. Memperbaiki asrama pelajar dengan
menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.






















USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
109

Tajuk : 19
Al-Syeikh Tahir Jalaluddin
Tokoh Pemikir Tanah Air

1.
Riwayat Hidup
Nama Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
Lahir 7 November 1869M
Tempat Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia
Keturunan Melayu Minangkabau (bapanya seorang ulama)
Thn 1900 Tamat pengajian di Mekah beliau terus menetap di Perak
Meninggal 26 Oktober 1956, di Perak

2.
Jawatan Yang Pernah Disandang
Guru - Madrasah Al-Masyhur , P.Pinang
- Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar
- Masjidil Haram
Mufti Perak dan Johor
Nazir Sekolah-sekolah Agama Negeri Johor

3.
Sifat Peribadi
Menepati masa Tidak pernah terlewat menghadiri kelasnya kecuali uzur
Cinta kepada ilmu Suka membaca dan menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya.
Tekun dan gigih Menyebarkan idea Islah dalam kalangan masyarakat walaupun mendapat
tentangan hebat daripada ulama tradisional tanah air.

4.
Pendidikan
1. Ketika berusia 12 tahun beliau belayar ke Mekah.

2. Di Mekah beliau tinggal dengan saudara sepupunya Syeikh Ahmad Al- Khatib(Pemimpin Mazhab
Syafie di Masjidil Haram) dalam mempelajari ilmu agama.

3. Tahun 1893, beliau menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Universiti Al-Azhar.

4. Tamat pengajian beliau kembali ke Mekah dan mengajar di Masjidil Haram.

5.
Idea Islah
1. Mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan hadis
yang bebas dari adat lama yang sebahagiannya dipusakai daripada agama Hindu.

2. Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya barat.

3. Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

4. Menolak amalan taklid buta.









USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
110

6.
Metode (Cara) Menyalurkan Islah
1.Penerbitan Akhbar - Majalah Al-Imam (Jamadil Akhir 1324H/ Julai 1906)
- Al-Munir (1908) - Indonesia
- Neraca (1911) - Singapura
- Pengasuh(1918) - Malaysia
2.Jawatan yang pernah Mufti Perak dan Johor
disandang
3.Proses Pengajaran - Madrasah Al-Masyhur, Pulau Pinang
- Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Johor

7.
Faktor Mendorong Beliau Melakukan Kegigihan/Halangan Yang Dihadapi
Pembaharuan
1. Aqidah umat Islam semakin terpesong. 1. Tentangan hebat dari ulama tradisional
2. Masyarakat Islam masih lemah dalam bidang khususnya di Malaysia.
pendidikan. 2. Tentangan pihak Belanda hingga dipenjara
3. Masyarakat Islam masih dalam kongkongan pada tahun 1927 selama 9 bulan atas tuduhan
penjajah. menentangnya.
4. Pemikiran umat Islam masih jumud (pasif). 3. Tentangan ini langsung tidak dapat menggugat
5. Amalan yang bertentangan dengan Islam perjuangan beliau yang sudah sebati dengan
masih berleluasa dalam masyarakat. jiwanya.


8.
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran
Bidang Pemikiran Majalah Al-Imam digunakan untuk menyalurkan idea Islah untuk
membebaskan masyarakat Melayu dari unsur penjajahan fizikal dan
pemikiran.
Bidang Pendidikan Menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura pada tahun
1908.
Bidang Ilmu Falak Orang yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu falak di Malaysia dan
digelar “Al-Falaki” kerana kepakaran beliau dalam bidang ilmu falak.
Bidang Kesusasteraan Penggiat sastera melalui majalah beliau Al-Imam

























111
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

Tajuk : 20
HAMKA Permata Nusantara

1.
Riwayat Hidup
Nama Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amrullah
Lahir 13 Muharram 1362H/16 Februari 1908M
Tempat Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
Keturunan Ulama yang membawa pembaharuan di Minangkabau
Meninggal 24 Julai 1981 (Usia 73 tahun)

2.
Jawatan Yang Pernah Disandang
Guru Tebing Tinggi dan Padang Panjang
Pensyarah - Universiti Islam Jakarta
- Universiti Muhammadiah, Padang Panjang.
Rektor Perguruan Tinggi Jakarta
Pegawai Tinggi Agama Mesir
Ketua Umum Majlis Ulamak Indonesia

3.
Antara Anugerah Yang Diterima
Doktor Kehormat - Universiti Al-Azhar, Mesir (1959)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (1947)
Guru Besar(Profesor) Universiti Moestopo, Jakarta (1960)

4.
Sifat Peribadi
Petah berpidato Diberi penghormatan berpidato dalam rancangan radio Arab Saudi.
Berjiwa seni Mampu menulis pantun dan syair yang menusuk kalbu.
Berani Mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang
penjajah Belanda.

5.
Pendidikan
1. Mempelajari al-Quran dan asas agama dari bapanya sendiri.

2. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama Al-
Tawalib yang didirikan oleh bapanya.

3. Mengikuti pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulamak yang terkenal.

4. Suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku
ilmiah.













USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI
112

6.
Bukti Kegigihan/Usaha Beliau Dalam Dakwah Islamiah
Tahun Penglibatan
Semenjak usia Melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menebitkan majalah “Khatibul
17 tahun Ummah”
1927 Tubuh “Persatuan Hindia Timur” di Mekah untuk memberi pelajaran agama kepada
jemaah haji Indonesia.
Kembali dari Melibatkan diri dengan pertubuhan “Muhammadiah” dan mengetuai cawangannya
Mekah di Padang Panjang.
1935 Mengasas “ Kolej Al-Muballaghin”
1936 Menerbitkan majalah “ Pedoman Masyarakat”
1953 Dilantik sebagai anggota pemimpin pusat Muhammadiyyah
Beliau berdakwah melalui penulisan, ceramah dan berpidato.

7.
Hasil Karya
Bidang Agama Bidang Falsafah Bidang Sastera
1. Tafsir Al-Azhar 1. Falsafah Hidup 1. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2. Tasawwuf Moden 2. Lembaga Hidup 2. Laila Majnun
3. Revolusi Agama 3. Pandangan Hidup 3. Di Bawah Lindungan Kaabah
4. Sejarah Umat Islam Muslim 4. Menunggu Beduk Berbunyi
5. Arkanul Islam 4. Falsafah Ideologi
6. Pedoman Muballigh Islam Islam

8.
Sumbangan Dalam Ilmu Dan Pemikiran
1. Penerus idea Islah Jamaluddin Al-Afghani di Nusantara.

2. Menyeru umat Islam agar mengamalkan ajaran Islam yang sebenar melalui penulisan
akhbar dan majalah.

3. Meninggalkan hasil karya agung sebagai rujukan.

4. Banyak menerima anugerah yang mengiktiraf ketokohannya.

9.
Perjuangan Hamka
1. Mengetuai “Front Pertahanan Nasional” untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.
2. Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bid’ah dan tarikat kebatinan yang sesat dengan
mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.
3. Menyampaikan ajaran Islam yang sebenar tanpa rasa takut dan gentar melalui pidato dan penulisan.
4. Bergiat cergas dalam politik dan pernah dilantik sebagai ketua umum Majlis Ulamak Indonesia.
5. Pernah merengkuk di dalam penjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim
Indonesia kerana hasutan Komunis.

10.
Sebab Hamka Digelar Mujaddid
1. Mengajak umat Islam mengkaji semula tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan
dengan al-Quran dan hadis.
2. Menentang amalan khurafat, bid’ah dan tarikat kebatinan yang sesat.

11.
Kesan Perjuangan Hamka Terhadap Pembangunan Umat
1. Persatuan Hindia Timur ditubuhkan untuk memberi pengajaran agama kepada jemaah haji.
2. Lahirnya ramai muballigh Islam melalui latihan Kolej Muballaghin.



113
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI

3. Hasil penulisannya yang pelbagai telah banyak membuka minda umat Islam.
















































































114
USTAZ ARSAM BIN AHMAD SAKTI MENERAJUI


Click to View FlipBook Version